Anda di halaman 1dari 6

KELAB FUTSAL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU 2017

1. Pengenalan

Pertandingan Futsal Tertutup MRSM Tun Mustapha diadakan adalah

bertujuan untuk memenuhi kalendar aktiviti Kelab Futsal MRSM Tun

Mustapha Tawau. Pertandingan ini diadakan julung-julung kalinya bagi

merealisasikan impian MARA dalam menghasilkan pelajar yang aktif dari

semua aspek. Keadaan ini juga adalah bertujuan memupuk semangat

perpaduan serta kesefahaman di antara warga MRSM Tun Mustapha lebih-

lebih lagi di antara pelajar dan tenaga pengajar serta staf MRSM.

Perlaksanaan program ini juga dapat memberikan pengalaman kepada

penganjur iaitu pelajar-pelajar maktab ini dalam merancang dan

menganjurkan program-program sukan. Terdapat juga aktiviti-aktiviti

sampingan yang diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.

Ahli Kelab Futsal MRSM Tun Mustapha Tawau akan bertindak sebagai

penganjur program ini dengan kerjasama Unit Ko-Kurikulum. Mesyuarat

Kelab Futsal telah mencadangkan untuk mengadakan pertandingan ini pada

21 Januari 2017 (Sabtu).

2. Objektif

 Menjadikan aktiviti permainan futsal sebagai pertandingan tahunan


peringkat dalaman
KELAB FUTSAL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU 2017

 Merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan.

 Melatih pelajar-pelajar merancang dan melaksanakan program-


program pertandingan sukan.

 Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar-pelajar, tenaga


pengajar dan kakitangan MRSM Tun Mustapha Tawau.

 Mengenalpasti bakat-bakat baru dalam permainan futsal

3. Skop Pertandingan Futsal

3.1 Sistem dan format pertandingan Futsal

 Pertandingan dijalankan dalam format permainan ”futsal padang”

 Pertandingan akan dijalankan dalam sistem permainan liga berkumpulan


dan peringkat kalah-mati (Separuh Liga)

 5 pemain utama dan 3 pemain simpanan untuk satu pasukan bertanding

3.2 Penyertaan Pasukan

 Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seramai 8 orang pemain untuk


satu pasukan (5 pemain utama dan 3 pemain simpanan)

 Hanya pelajar MRSM Tun Mustapha sahaja yang layak menyertai


pertandingan ini.

 Terbuka kepada semua pelajar-pelajar MRSM Tun Mustapha.

3.3 Peraturan Pengadilan

 Pengadilan dan peraturan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana


pasukan yang bertanding.
KELAB FUTSAL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU 2017

 Taklimat permainan dan pertandingan akan diberikan sebelum


pertandingan berlangsung iaitu semasa undian pasukan bertanding
dibuat.

3.4 Yuran Penyertaan

 RM 6.00 untuk setiap peserta yang menyertai pertandingan.

4. Ahli Jawatankuasa “Pertandingan Futsal Tertutup MRSM Tun


Mustapha”

Penaung : Hj. Hassan Bin Rosli

Penasihat : En. Ismail Bin Badri

: Cik Nur Izzati Binti Lockman

: En. Mohd Rafizi Bin Ruslan

Pengerusi : Zulkifly Bin Rahman

N/Pengerusi : Siti Aisyah Nabilah Binti Salam

Setiausaha : Sri Ain Nasuha Binti Roslan

Bendahari : Ahmad Mursyid Bin Norman


KELAB FUTSAL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU 2017

AJK : 1. Armiera Balqis Binti Amrin

2. Hakimie Daniel

3. Ain Nurfatehah Binti Arupudin

4. Syarah Mashyta Binti Amrin

5. Mohd Azizie Bin Salam

5. Pendapatan & Perbelanjaan

PENDAPATAN
Yuran Penyertaan RM 420.00
Sumbangan RM -
  RM 420.00
PERBELANJAAN
Sewa 'court' RM 180.00
Minuman RM 55.00
Pengangkutan RM 140.00
RM 375.00
RM 45.00

 Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak : RM 375.00


 Anggaran yuran pendaftaran penyertaan yang
bakal diterima adalah sebanyak : RM 420.00

6. Tarikh Dan Masa

Pertandingan Futsal Tertutup ini akan diadakan pada 21 Januari 2017. Masa
ialah jam 2.30 – 5.30 petang

7. Tempat

Pertandingan Futsal Tertutup ini akan diadakan di SG Futsal di Batu 3 Tawau


KELAB FUTSAL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU 2017

8. Penutup

Pertandingan futsal yang akan diadakan pada kali ini diharap dapat memberikan

manfaat kepada semua yang terlibat dalam penganjuran dan memberikan impak

yang baik kepada pembangunan permainan futsal Kelab Futsal MRSM Tun

Mustapha Tawau. Usaha-usaha dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat

dalam penganjuran program ini diharap dapat menjadikan program ini antara

program terbaik yang pernah dianjurkan oleh kelab/persatuan bagi sesi 2017.

Akhir kata semoga pertandingan ini mendapat restu dari Allah S.W.T dan

program ini dipelihara olehNya dari awal hingga ke akhir perjalanan program ini.

Disediakan Oleh:

-----------------------------------------------
(SITI AISYAH NABILAH BINTI SALAM)
Timbalan Presiden,
Kelab Futsal,
MRSM Tun Mustapha

Disokong:

------------------------------------------------
(CIK NUR IZZATI BINTI LOCKMAN)
Penasihat
Kelab Futsal MRSM Tun Mustapha
KELAB FUTSAL MRSM TUN MUSTAPHA TAWAU 2017

Disahkan:

----------------------------------
(EN ISMAIL BIN BADRI)
Timbalan Pengetua Ko-Kurikulum
MRSM Tun Mustapha

Diluluskan:

----------------------------------
(HJ. HASSAN BIN ROSLI)
Pengetua
MRSM Tun Mustapha

Anda mungkin juga menyukai