Pergerakan Asas

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

PERGERAKAN ASAS

1.0 PENGENALAN

Definasi pergerakan adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang dilakukan oleh
seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut.
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan
berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. 

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan


seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar.
Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas
seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya


menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik,
pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR KREATIF


Pergerakan lokomoto secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek
pergerakan, iaitu

2.1 Ruang
Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada
dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi
individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah
kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri
dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras - tinggi, sederhana, rendah
b) arah - hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran - awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi - mengecil, membesar

2.2 Masa
Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat
dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada
seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.

a) Serta-merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat,
tegas, spontan dan dinamik.

b) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal.


Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak
perlu cepat atau tergesa-gesa.

2.3 Beban
Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti
pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot
semasa melakukan pergerakan.

a) Halus-ringan - Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan


kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

b) Berat-kuat - Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan
tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

2.4 Aliran
Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan
licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.

3.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR


Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.

3.1 Konsep Pergerakan Lokomotor


Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor
digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan
itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini
melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

3.1.1 Arah:
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

3.1.2 Haluan
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus,
bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

3.1.3 Masa
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam
keadaan cepat atau pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal

3.2 Bentuk Pergerakan Lokomotor


3.2.1 Berjalan
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:

a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan


b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak
f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan
g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan
i) Berjalan naik tangga

3.2.2 Berlari
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan
d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
e) di berikan dan berlari semula
f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi
g) Berlari mengikut seorang ketua
h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
i) Berlari mengikut arah zig zag
j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

3.2.3 Melompat
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:

1. Melompat seperti rusa melompat pagar


2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil mengubah arah lompatan

4.0 PERGERAKAN LOKOMOTO: MELOMPAT KETINGTING


Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

1. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat


2. kiraan
3. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
4. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan
5. mengikut isyarat
6. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

5.0 PERGERAKAN LOKOMOTO: MERANGKAK


Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali

6.0 PERMANIPULASIAN PERALATAN


Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk
mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai.
Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola
besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.

6.1 Konsep
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.

6.2 Kemahiran
Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah.
Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau
menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran
sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat
dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan
lain-lain.

6.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat


Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

6.3.1 Membaling Dan Melambung


Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
1. Melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola kedinding dan menahan semula
5. Meleretkan bola kesasaran

6.3.2 Menyambut
Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:

1. Melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula


2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

6.3.3 Memukul
Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:

1. Memukul alatan dengan tangan


2. Memukul alatan dengan gengaman
3. Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon keudara dan kemudian memukul
5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras
bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

7.0 CADANGAN DAN CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

7.1 Pergerakan Ulat Bulu yang Menggatalkan

a) Alatan yang digunakan : Bola Kecil

b) PROSEDUR:

1. Cara bergerak seperti ulat bulu yang menggatalkan jika terkena pada manusia.
2. Berdiri dengan tegak dan kedua belah tangan diluruskan ke atas sambil memegeng bola
kecil. Sambil meluruskan tangan nafas perlu ditarik untuk mendapat keseimbangan badan.
3. Kemudian kedua belah tangan dalam keadaan menyentuh lantai apabila badan
dibengkokkan. Pada masa ini saraf tunjang dalam keadaan berlipat.
4. Abdomen perut akan berasa tegang pada masa ini kerana berlipat.
5. Tangan akan akan ditarik kehadapan kemudian kaki juga akan ditarik perlahan-lahan
kehadapan. Jadi berlakulah pergerakkan seperti ulat bulu.

8.0 KESIMPULAN
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan
seperti pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan
adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid.

Pergerakan lokomotor dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas
untuk mencipta pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan
seharian. Sebab itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah
supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang
lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman variasi
pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran kelak.

9.0 RUJUKAN
David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for
all children. New Orleans: Human Kinetics

Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran


sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary
children. New York: Burgess Pub. Co.
10.0 REFLEKSI

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara amali dan
menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik bagaimana merancang
dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan loko dan menggunakan peralatan semasa
aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya juga pada masa yang sama telah berjaya
mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang
dipelajari sepanjang saya mengikuti kursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman
dan impak terhaap matapelajaran bersifat sukan yang yang bakal saya mengajar kelak.

Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang mengikuti
kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkan dengan lebih
mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan
menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para pelatih
guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran yang
berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat digunakan
sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah
kelak.

Anda mungkin juga menyukai