Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN NYANYIAN

SUKAN MUHIBBAH JABATAN KETUA MENTERI (JKM)


2017
ISI KANDUNGAN

MUKASURAT PERKARA

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Rasional 1

3.0 Objektif 1

4.0 Kelayakan Peserta 1

5.0 Cadangan Pelaksanaan 2

6.0 Jawatankuasa Pengelola 2

7.0 Syarat-syarat Pertandingan 3

8.0 Kriteria Pemarkahan 3

9.0 Juri Pertandingan 4

10.0 Anggaran Perbelanjaan 4

11.0 Aturcara Tentatif 4

12.0 Penutup 5
1.0 Pendahuluan

Pertandingan Nyanyian Antara Jabatan Ketua Menteri (JKM) dianjurkan oleh


Kelab Sukan Dan Rekreasi Jabatan Tanah dan Ukur (TANKUR). Pertandingan
nyanyian ini merupakan acara baru yang diperkenalkan oleh penganjur
sempena kejohanan Sukan Muhibbah pada kali ini. Tujuan pertandingan ini
adalah untuk mengetengahkan bakat-pakat kakitangan JKM yang terpendam
dalam bidang nyanyian serta memupuk budaya kekitaan dan saling
berkerjasama dalam satu pasukan. Selain dari itu, ianya adalah pengisian
istemewa untuk anjuran sukan Muhibbah JKM pada kali ini.

2.0 Rasional

Pertandingan ini diadakan untuk memupuk semangat berkerjasama


bukan sahaja dikalangan kakitangan sendiri bahkan dengan kakitangan
dibawah Jabatan Ketua Menteri di samping mencungkil bakat para
kakitangan dalam bidang nyanyian.

3.0 Objektif

a). Mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian solo

b). Menanamkan nilai dan semangat kekitaan dalam diri


menggunakan pendekatan seni.

c). Mengasah kakitangan dalam bidang seni suara disamping memberi


peluang menyumbang kepada jabatan masing-masing.

4.0 Kelayakan Penyertaan

Terbuka kepada semua kakitangan jabatan di bawah JKM yang berkhidmat


lebih dari 6 bulan perkhidmatan.

1
5.0 Cadangan Pelaksanaan

Tarikh : 15 September 2017

Hari : Jumaat

Masa : 7.30 – 10.30 malam

Tempat : Dewan Serbaguna Wisma Tanah dan Ukur

6.0 Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Desmond Simon Ital

Timbalan Pengerusi : James Omar

Setiausaha : Fazelahwati Abdul Rahman

Bendahari : Saffiona S. Tuning

AJK :

i. Floor Manager : Yenasusila M.


ii. Multimedia : Ag. Mohd. Ariffin
iii. Sijil & Cenderamata : Zuriah K
iv. Teknikal : Mohd. Zahiruddin A & Syanel E.
v. Publisiti : Mohd. Hadafie
vi. Dokumentasi : Fiona Habirin
vii. Receptionist : Angelina Deidre
viii. Ushering : Didacus & Zuriah
ix. Jurukamera/video : Shaiful J & Avinash Thalival
x. Pengacara : James Omar

2
7.0 Syarat-syarat Pertandingan:

1) Penyertaan adalah dibuka kepada kakitangan dalam jabatan JKM yang


bertanding dengan menghantar 2 peserta (Lelaki dan Wanita) untuk
mewakili Jabatan masing-masing.

2) Pertandingan terdiri daripada kategori solo sahaja.

3) Tema dan lagu Bebas DAN hanya satu lagu untuk seorang peserta. Tema
nyanyian terdiri daripada lagu-lagu dalam bahasa Malaysia / bahasa
English sahaja tidak kira lama ataupun moden.

4) Terbuka kepada semua kakitangan jabatan di bawah JKM yang telah


berkhidmat lebih dari 6 bulan perkhidmatan.

5) Setiap peserta hanya diperuntukkan maksimum 5-7 minit untuk


mempersembahkan lagu mereka.

6) Penganjur / Pengelola akan menyediakan audio/minus one/versi


instrumental (Versi Karaoke), walaubagaimanapun peserta digalakkan
menyediakan minus one/ versi instrumental bagi lagu yang
dipilih.

7) Lirik lagu yang dipilih hendaklah berunsur sihat dan positif.

8) Ketika menghantar borang penyertaan, peserta mestilah


memberikan lirik lagu, minus one atau bahan-bahan yang difikirkan
perlu oleh penganjur.

9) Pakaian mestilah bersesuaian untuk pertandingan dan tidak menjolok


mata.

10) Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang


tidak menepati syarat pertandingan.

11) Pingat/kemenangan peserta akan diambilkira dalam punggutan


keseluruhan pingat bagi Jabatan masing-masing.

3
8.0 Kriteria pemarkahan:

i. Vokal (35%)
ii. Gaya persembahan (25%)
iii. Tempoh/rentak (25%)
iv. Sebutan (15%)

Kedua-dua peserta jabatan masing-masing (lelaki dan wanita) akan


dijumlahkan markah untuk mendapatkan jumlah keseluruhan bagi
menentukan pemenang pertandingan.

9.0 Juri pertandingan

Juri pertandingan merupakan juri bertauliah dan profesional. Keputusan juri


adalah muktamad.

10.0 Anggaran Perbelanjaan

NO PERKARA CATATAN KUANTITI JUMLAH

1. Persiapan Pentas Disediakan oleh penganjur


2. Pengacaraan 1 RM 250.00
3. Set Karaoke 1 RM 750.00
4. Pengadil / Juri @500.00 3 RM1,500.00
5. Hadiah Iringan Sijil dan Hamper RM 500.00

3(E,P & G) @ 2 Peserta


6. Medal 6
Disediakan oleh penganjur

JUMLAH KESELURUHAN RM3,000.00

4
11.0 Aturcara Tentatif

Masa Program

6.30 petang Ketibaan peserta

7.00 petang Ketibaan Jemputan, pegawai, kakitangan dan barisan juri

7.30 malam Pertandingan bermula

9.30 malam Penyampaian cenderahati kepada para juri

Pengumuman dan Penyampaian hadiah

10.15 malam Bersurai

11.0 Penutup

Harapan penganjur dengan terlaksananya pertandingan ini akan


membuka lembaran baru dalam sukan JKM bagi memveriasikan acara
dwitahunan ini selain acara-acara sukan yang tentunya akan memberikan
sedikit tekanan kepada peserta-peserta dan pegawai-pegawai yang terlibat.
Disamping itu juga, penganjur akan memberi peluang kepada pemenang
untuk membuat persembahan pada malam penutup.

Anda mungkin juga menyukai