Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK

DEA 2323 – ELECTRICAL APPLIANCES SERVICING

TAJUK : MENGESAN DAN MENGATASI KEROSAKAN PENYAMAN UDARA

A. Penyaman Udara Tidak Berfugsi.

Dua ( 2 ) kemungkinan berlaku jika penyaman udara tidak berfungsi.

 Tiada arus elektrik


 PCB rosak

a. Tiada Bekalan Arus Elektrik Masuk Ke Unit Penyaman Udara.

Langkah-langkah pemeriksaan berikut perlu dijalankan:

- Periksa pemutus arus (MCB) atau Plug penyambungan) dengan


menggunakan test pensama ada, ada arus ataupun tidak.
- Periksa fius pada plug penyambung elektrik , sama ada dalam keadaan baik
atau terputus, jika terputus ganti fius yang baru dengan saiz yang sama.
- Periksa sambungan kabel sama ada putus, kendur, longgar atau terbakar.
Jika terdapat kerosakan segera gantikan dengan yang baharu dan pastikan
sambungannya baik dan betul.
b. PCB Rosak.

Ia dapat dikesan pada lampu LED ataupun pada LCD remote control.
- Periksa fius di bahagian PCB indoor, sama ada putus ataupun tidak. Jika
putus ganti yang baru.
- Periksa kabel-kabel pada PCB, jika terputus buat penyambunganbaru pada
PCB tersebut.
- Jika langkah-langkahn di atas sudah dilakukantetapi masih lagi bermasalah,
ganti PCB yang baru.

B. Unit Penyaman Udara Tidak Sejuk

1. Setting Remote Control.

- Periksa ( MODE ) pada remote – tukar kepada mode ( COOL ) atau ( AUTO )
- Jika aturan pada mode ( FAN ) udara dingin tidak akan keluar tetapi angin
dari blower sahaja yang bekerja.

2. Compressor Tidak Berfungsi.

Biasanya berlaku kipas outdoor berpusingtetapi compressor tidak berfungsi,


berikut merupakan 2 kaedah mengesan masalah pada compressor:-
i. Arus elektrik – Clamp meter tidak menunjukkan bacaan arus.
ii. Tekanan refrigerant – manifold gauge – tekanan 200 psi

Periksa :-

i. Arus / Voltan
ii. Kapasitor compressor
iii. Overload protector
iv. Kabel dan soket utama
v. Kapasitor kipas
vi. Pusingan kipas outdoor – bearing

Jika keadaan masih bermasalah, ganti compressor yang baharu.

3. Kipas Outdoor Tidak Berputar Tetapi Compressor Berfungsi.

- Periksa bearing motor kipas – pastikan pusingan kipas pada pusingan yang
betul.
- Periksa kapasitor kipas outdoor – gunakan multi meter.
- Jika 2 langkah diatas telah dilakukan tetapi kipas masih belumberputar, tukar
motor kipas yang baharu.

Catatan.

- Kipas outdoor berfungsi mendinginkan kondensor dan mencepatkan


pembebasan haba panas pada refrigerant.
- Jika kipas tidak berfungsi secara maksimum atau berpusing dengan
perlahan, ini akan menyebabkan compressor cepat panas.
- Panas yang berlebihan ( over heat ) akan menyebabkan overload motor
protector compressor memutuskan arus elektrik ke compressor.
- Akibatnya compressor tidak akan berfungsi.
- Jika keadaan ini terus dibiarkan ia akan memendekkan penggunaan overload
motor protector dan compressor itu sendiri.
4. Kipas Outdoor Dan Compressor Tidak Berfungsi.

- Compressor dan kipas motor memerlukan 3 minit selepas sistem berfungsi


untuk beroperasi.
- Periksa thermistor dan relay pada PCB elektronik, jika rosak segeragantikan
dengan yang baharu.
- Setting remote aircond dalam mood ( COOL ) atau ( AUTO ).
- Periksa kabel elektrik pada penyambunganoutdoor.
- Buat pengujian pada kapasitor compressor dan motor kipas.

5. Kebocoran Pada Gas.

- Periksa injap servis dan injap nyahcas dan pastikan tiada kebocoran pada
bebenang masuk dan keluar serta pada penyambungan dengan paip kuprum
dari outdoor ke indoor aircond.

C. Aircond Beroperasi Tetapi Tidak Sejuk.

1. Tekanan Refrigerant Yang Kurang.

- Periksa arus dengan menggunakan Clamp Meter dengan berpandukan pada


plat nama unit AC, 1 hp 3.5a.
- Periksa tekanan sistem menggunakan charging manifold mengikut standard
normal, jika 1 hp 70 psi.
2. Udara Dari Blower Lemah.

- Periksa putaran blower indoor.


- Bersihkan sirip-sirip evaporator pada indoor menggunakan pam steam.
- Buat pengujian pada kapasitor dan motor blower indoor dan pastikan dalam
keadaan baik.

3. Pemampat Compressor Lemah.

Tanda-tanda jika compressor perlu diganti :

- Mengeluarkan bunyi yang bising dank eras.


- Arus elektrik ( ampere ) compressor lebih rendah dari standard.
- Tekanan refrigerant melebihi standard.

SEKIAN TERIMA KASIH

Zaidi25012021

Anda mungkin juga menyukai