Anda di halaman 1dari 66

UVW410

TOPIK 1:
KEMAHIRAN BERBAHASA
MUHAMMAD BAZLI BIN MAHMOOD
ZALIZA ZUBIR
PUSAT SAINS LIBERAL (PSL),
FAKULTI SAINS GUNAAN & KEMANUSIAAN (FSGM)
1
DEFINISI BAHASA

Satu keupayaan fitrah manusia yang berupa satu


sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang
dipersetujui bersama satu kelompok sosial sebagai
alat interaksi. (Kamus Linguistik, 1997)

2
FUNGSI BAHASA
(Keraf, 1997)
Bergantung kepada keperluan individu.
○ Sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial
○ Sebagai alat ekspresi diri
○ Sebagai alat komunikasi
○ Sebagai alat kawalan sosial

3
KEMAHIRAN BERBAHASA

● Empat kemahiran asas dalam kemahiran


berbahasa, iaitu:
○ Kemahiran mendengar
○ Kemahiran bertutur
○ Kemahiran membaca
○ Kemahiran menulis.

4
KEMAHIRAN BERBAHASA

● Penguasaan keempat-empat kemahiran ini amat


penting bagi memastian kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran.
● Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan
dua kompenan asas yang tergolong dalam
kemahiran lisan. Manakala, kemahiran membaca
dan menulis pula tergolong dalam kemahiran
bukan lisan.

5
KEMAHIRAN MENDENGAR

● Mendengar merupakan kemahiran bahasa yang


penting dan perlu dipelajari secara intensif dan
penting dikuasai kerana penggunaannya yang
meluas dalam kehidupan.
● Kemahiran mendengar merujuk kepada
keupayaan seseorang itu mendengar dengan teliti
dan memahami perkara yang didengar dalam
pelbagai situasi seperti perbualan, syarahan,
ucapan dan soal jawab.

6
● Keterampilan mendengar juga diertikan sebagai
kemampuan pendengar memahami maklumat
yang diungkapkan oleh penutur melalui lambang-
lambang bunyi.
● Dua perkara yang memainkan fungsi dan peranan
yang besar ialah pancaindera pendengaran dan
juga daya konsentrasi.

7
KAEDAH MELATIH PENDENGARAN

Kegiatan yang boleh digunakan dalam kelas:


● Mendengar rakaman kaset/audio
● Mendengar lagu-lagu Melayu yang sesuai tema
dan bahasanya
● Mengadakan kuiz untuk melatih pendengaran
● Permainan bahasa

8
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
MENDENGAR
Yahya Othman (2005) membincangkan beberapa strategi bagi
meningkatkan kemahiran mendengar, antaranya:
● Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami
percakapannya
● Minta diulang
● Minta bercakap dengan perlahan sedikit
● Dapatkan penjelasan
● Menyebutkan semula frasa
● Mengulang ayat yang tidak difahami
● Beri perhatian pada intonasi dan nada suara
● Fokuskan kepada kata tanya
● Menganggap perbualan sebagai relevan

9
KEMAHIRAN BERTUTUR

● Penguasan kemahiran bertutur sangat ditekankan


dalam pendidikan bahasa Melayu.
● Kemahiran bertutur merupakan proses
melafazkan gabungan bunyi menggunakan alat
artikulasi setelah menerima dan memahami input
● Kemahiran ini dikuasai melalui pengalaman
mendengar dan meniru (jarang dihasilkan secara
semula jadi).

10
ASPEK-ASPEK PERTUTURAN

● Sebutan

● Intonasi

● Tekanan

● Jeda (#) – persendian/memisahkan perkataan

● Panjang dan pendek (mora)

11
ASPEK YANG MEMPENGARUHI
KEMAHIRAN BERTUTUR
○ Ciri fizikal: alat artikulasi dan pendengaran
○ Ciri mental: kemahiran memahami,
menginterpretasi
○ Ciri emosi: gemuruh, kontak mata, tidak cukup
maklumat dan persediaan
● Kemahiran ini sangat penting untuk memberi
respon dan menyampaikan maklumat dengan
berkesan.

12
MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BERTUTUR
Antara panduan untuk mengatasi masalah
penguasaan bertutur ialah:
● lakukan semua aktiviti bahasa di dalam kelas
● bersedia untuk berkomunikasi
● berlatih secara senyap
● tidak takut membuat kesilapan
● menjelaskan dengan perkataan lain atau gunakan
perkataan sinonim

13
KEMAHIRAN MEMBACA

● Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa


kemahiran membaca merupakan pemangkin
kepada kejayaan penguasaan bahasa serta mata
pelajaran lain dan penting diberikan penekanan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

● Kemahiran ini memerlukan seseorang itu


menterjemah kembali lambang-lambang bunyi
yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

14
● Membaca melibatkan aktiviti mencari maklumat
secara aktif dan menghubungkan maklumat dalam
petikan dengan pengetahuan yang sudah sedia
dikuasai.

● Pembaca perlu memahami maklumat bertulis,


menghuraikan bahan bertulis kepada pertuturan
dan pada masa yang sama dihuraikan pertuturan
itu kepada pemikiran .

15
STRATEGI MEMBINA KEMAHIRAN
MEMBACA
Terdapat beberapa strategi bagi membina kemahiran
membaca, antaranya:

● Pilih petikan yang mudah

● Membuat andaian

● Menyediakan pen dan kertas

● Memikirkan/menetapkan matlamat membaca

● Memperlahankan kelajuan membaca

● Membuat semakan berkaitan idea yang dibaca


16
KEMAHIRAN MENULIS

● Kemahiran ini merupakan kebolehan mengatur


huruf-huruf menjadi kata yang bermakna,
menyusun kata-kata menjadi ayat yang gramatis
dan mengarang ayat menjadi wacana yang
berwibawa
● Menulis secara khususnya dikaitkan dengan
proses ilmu, idea ataupun maklumat secara
bersistem.
● Penulis perlu menguasai kaedah yang berkesan
supaya penyampaian mesej atau maklumat dapat
dibuat tanpa halangan komunikasi.

17
● Yahya Othman (2005) menyatakan menulis adalah:
○ Proses memberi respon
○ Proses komunikasi
○ Ekspresi kendiri
○ Bersifat sejagat
○ Ditadbir oleh peraturan
○ Proses pembelajaran

18
PRINSIP PENULISAN

Antara prinsip penulisan yang perlu dimiliki dan


diikuti oleh penulis ialah:
a. Isi
b. Proses menulis
c. Khalayak
d. Tujuan
e. Pemilihan kata
f. Penyusunan
g. Mekanis penulisan
h. Tatabahasa

19
ASPEK PENTING DALAM
KOMUNIKASI
1. Pemilihan kata

2. Struktur ayat

3. Cara penyampaian

4. Kesantunan berbahasa

5. Laras Bahasa

6. Bahasa sapaan

20
PEMILIHAN KATA

● Linguistik : Pemilihan kata ialah pemilihan dan


penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk
mengungkapkan idea (peristiwa dan sebagainya)
secara bertulis atau lisan.
● Pemilihan kata amat penting semasa
berkomunikasi.
● Dikenali juga sebagai leksis, perbendaharaan kata,
kosa kata, leksikal.

21
● Pemilihan kata perlulah baik, jelas, mudah, tepat,
indah, sesuai dan menarik.
● Contoh: cantik, comel, jelita, kacak, tampan, lawa,
anggun, segak, molek, manis, menawan, ayu,
menarik, indah

22
KESESUAIAN DAN KETEPATAN DALAM
PEMILIHAN KATA
● Kemampuan seseorang menguasai sesuatu kosa
kata, membolehkannya menyampaikan gagasan,
idea dan perasaan dengan tepat sebagaimana
yang dikehendaki berdasarkan kesesuaian konteks
yang dialaminya.
● Konteks ialah suatu keadaan, persekitaran, waktu,
situasi atau peristiwa.
● Kesesuaian kata bererti kata yang dipilih itu
adalah kena pada tempatnya, iaitu berpadanan
dengan aspek kontekstual dan sasaran(khalayak).

23
● Ketepatan dalam pemilihan kata pula
berpadanan dengan aspek makna. Penyampaian
sesuatu kata dengan tepat dan berkesan mampu
melahirkan makna yang dapat difahami oleh
sasaran. Hal ini juga dapat mengelakkan daripada
berlakunya salah faham ketika komunikasi
berlangsung.
● Perkara atau isu yang disampaikan mestilah dapat
difahami berdasarkan ciri-ciri orang yang dilawan
bercakap,

24
STRUKTUR AYAT

● Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan


atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang
sempurna.
● Gunakan ayat yang mengandungi kata, istilah atau
ungkapan yang sesuai untuk menterjemahkan
buah fikiran sama ada dalam bentuk lisan
mahupun tulisan.

25
Contoh:
○ Sunyi sepi kelas kita hari ini.
○ Biskut raya di atas meja itu, kelihatan sungguh
sedap.
○Amboi, rajinnya dia!

26
CARA PENYAMPAIAN

● Bahasa dapat disampaikan melalui lisan ataupun


tulisan.
● Lisan- cara berkomunikasi dengan melahirkan
perkataan-perkataan daripada mulut yang dapat
berlaku secara bersemuka ataupun tidak
bersemuka.
● Teknik yang sering digunakan seperti bercerita,
bersyarah, berbincang, bersoal jawab dan
pengucapan awam.

27
● Bukan lisan/ Tulisan-perkataan atau istilah yang
dipilih mewakili idea yang terjana dalam minda
ditulis dalam bentuk karakter huruf.
● Idea atau pemikiran diterjemahkan melalui aksara,
iaitu huruf-huruf yang membentuk perkataan yang
bermakna.
● Teknik yang sering digunakan seperti surat, mel
elektronik (e-mel), memo, pekeliling dan siaran
akhbar.

28
KESANTUNAN BERBAHASA

• Abdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff dan Mohd


Isha Awang (2003)
Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh
seseorang itu dengan penuh sopan, tidak biadap
atau kurang ajar yang merangkumi aspek-aspek
seperti pemilihan kata yang digunakan ketika
bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak laku
dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.

29
Teo Kok Seong (2003)

Kesantunan bahasa ditakrifkan sebagai bentuk


bahasa (misalnya kata/ rangkai kata atau ayat)
dan/atau penggunaan bahasa (misalnya cakap
secara berlapik atau cakap secara tidak berterus
terang) yang bermaksud untuk berlaku sopan
kepada orang yang mendengar atau diajak
bercakap bagi tujuan menghormatinya, di samping
memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang
bercakap agar dia dianggap sebagai berbudi
bahasa.

30
● Kaedah atau peraturan yang wujud dalam
berbahasa.
● Merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus,
sopan, baik dan bersesuaian mengikut konteks
dan situasi penggunaannya.
● Wujud istilah seperti bahasa halus dan bahasa
kasar semasa kita berkomunikasi sama ada secara
sedar atau tidak (penggunaan kiasan dan
ungkapan dalam pertuturan).

31
RASIONAL KESANTUNAN
BERBAHASA
● Membolehkan semua pihak berasa selesa antara
satu sama lain.
● Mengelakkan antara pihak berasa tersinggung,
dimalukan atau terpinggir.
● Kehalusan budi penutur
● Kesopanan yang tinggi dalam diri penutur

32
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PENGGUNAAN KESOPANAN BAHASA

● konteks rasmi atau tidak rasmi


○ dengan siapa kita berucap
○ taraf sosial orang yang dilawan bercakap
○ tahap pendidikan
○ jawatan dan gelaran penutur, pendengar atau
penulis

33
CONTOH

● Sahabat kita ingin pulang ke kampung kerana


ayahnya baru meninggal dunia
● Allahyarham tidak sakit, maghrib semalam masih
berjemaah di masjid. Malam tadi dia pulang ke
rahmatullah.
● “Kenapa kita harus ke rumah Ali, bang?’ “Ayahnya
telah mendahului kita”.

34
CONTOH

● Wey, Pinjam kejap!

● Kau pekak ker? Aku panggil dari tadi lagi buat tak
tahu je..

● Anak jiran sebelah dah bunting dah tu.

● Buruk lantak betullah budak kat sebelah tu kan?

● Aku nak pergi jamban sekejap.

35
LARAS BAHASA

● Gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.


● Menurut Ure & Ellis (1977), jenis-jenis bahasa yang
digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.
● Halliday (1968), Variasi bahasa yang berbeza
berdasarkan fungsi & berubah-rubah mengikut
situasi.

36
LARAS BAHASA BERFORMAT

1. Laras undang-undang (akta)


2. Laras ucapan (sapaan)
3. Laras iklan (tender)
4. Laras laporan berita dan akhbar
LARAS UNDANG-UNDANG (AKTA)

• Laras bahasa undang-


undang yang berbentuk
akta terbahagi kepada
bahagian dan seksyen.
• Terdapat juga judul ringkas
bagi setiap akta.
LARAS UCAPAN (SAPAAN)
Saudara Pengerusi Majlis
• Sesuatu ucapan dimulakan
Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, dengan bentuk sapaan.
Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah • Salutasi dan protokol perlu
Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua
dipatuhi dalam laras bahasa
Jabatan,
ucapan.
Dif-Dif Kehormat, Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Tuan-Tuan, Puan-Puan,

Seterusnya Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam


sejahtera dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah, marilah
kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurniaNya,
kita dapat berhimpun dalam satu majlis bersejarah yang
menandakan permulaan transformasi kemahiran
selaras dengan agenda yang telah digariskan dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), iaitu
Mengarusperdana Pendidikan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TEVT).
CONTOH LARAS IKLAN (TENDER)

• Muncul dalam pelbagai


bentuk.
• Ada iklan yang hanya
mengguna perkataan
sahaja, tetapi ada yang
turut dimuatkan dengan
format-format tertentu
bergantung kepada syarikat.
LARAS LAPORAN BERITA

Taiping – Kementerian • Terdapat maklumat khusus


Pertanian dan Industri yang digunakan seperti
Asas Tani mengisytiharkan tempat, masa dan tarikh
berita tersebut dilaporkan.
penularan wabak anjing
gila di tiga negeri, iaitu di • Sumber berita juga akan
dicatatkan jika sesuatu
Perlis, Kedah dan Pulau
berita itu memetik sumber-
Pinang (Sinar Harian, sumber daripada agensi
Jumaat 18 September luar.
2015)
JENIS-JENIS LARAS BAHASA
● Laras bahasa sains
● Laras bahasa undang-undang
● Laras bahasa agama
● Laras bahasa himbauan (doa)
● Laras bahasa klasik
● Laras bahasa kreatif
● Laras bahasa iklan
● Larasa bahasa ekonomi

42
LARAS BAHASA SAINS

(Einstein membuat • Merupakan laras bahasa


kesimpulan bahawa ilmiah dan bersifat formal.
kuantum tenaga yang • Tidak menggunakan bahasa
terkandung dalam kiasan.
gelombang cahaya • Bersifat intelektual dan
dipindahkan seolah-olah spesifik.
seperti zarah dan • Maklumat berdasarkan
kuantum tenaga itu akan kajian dan fakta.
dipindahkan kepada • Banyak menggunakan
elektron…) istilah yang bersesuaian
dengan bidang.

43
LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

(Dasar umum hak cipta • Tidak mengandungi


yang berkaitan dengan gambar, gambar rajah, graf,
Pusat Penerbitan UniMAP jadual dan sebagainya.
adalah termaktub dalam • Struktur ayat terdiri
Akta Hak Cipta 1987 dan daripada prinsip undang-
undang, diikuti dengan
sebarang pindaan-
syarat, dan diakhiri dengan
pindaan yang dibuat keputusan undang-undang.
selepas itu. Walau
• Terdapat bentuk frasa
bagaimanapun, dasar ini sendir nama yang tidak
memperakui dasar khas digunakan dalam teks
yang termaktub…) teknikal yang lain.

44
LARAS BAHASA EKONOMI

(Nilai inventori atau stok • Berbentuk ilmiah berkaitan


barang niaga yang isu ekonomi.
dikeluarkan pada jangka • Menggunakan istilah
masa sebelumnya teknikal ekonomi.
mungkin tidak • Tidak mengutamakan
menggambarkan nilai struktur ayat.
sebenarnya apabila • Fakta berdasarkan bukti
dihitung berdasarkan dan statistik.
harga semasa.)

45
LARAS BAHASA AGAMA

(Daripada Abu Hurairah Abdul • Terdapat unsur bahasa


Rahman ibn Sokhirin r.a berkata: klasik.
Aku telah mendengar Rasulullah
SWA bersabda: Apa-apa yang aku • Terdapat istilah agama
larang kamu melakukannya, maka khusus mengikut agama
hendaklah kamu menjauhinya, yang dibicarakan.
dan apa-apa yang aku perintahkan
kamu melakukannya, maka • Banyak mengandungi cerita,
lakukanlah seberapa daya kamu. kias dan ibarat.
Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu telah
binasa lantaran banyak persoalan
dan banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka: Hadis
Riwayat Iman Al-Bukhari dan
Muslim)

46
LARAS BAHASA KLASIK

• Teks asal ditulis dalam


(Hatta berapa antaranya maka tulisan jawi.
rangga dan Raden Aria pun
datanglah dari benua Keling itu. • Tiada penggunaan tanda
Maka dipersembahkan oranglah baca dan sistem perenggan.
kepada Seri Betara mengatakan
Raden Aria dan Rangga sudah • Banyak menggunakan ayat
datang (Hikayat Hang) pasif.
• Penggunaan kata praklausa
atau pembuka kata.
• Menggunakan bahasa
istana.
• Tidak terdapat imbuhan
asing dan istilah teknikal.
LARAS BAHASA HIMBAUAN (DOA)

Ya Allah! Jauhilah kami • Banyak menggunakan


daripada bala’ bencana, perkataan yang membawa
wabak penyakit, taun, maksud ajak atau larangan.
pelbagai perlakuan keji dan • Menggunakan contoh, kes,
mungkar, segala kepayahan cerita yang selaras dengan
dan dugaan yang zahir dan tajuk.
yang tersembunyi. Ya Allah!
Selamatkanlah negeri kami • Mengemukakan faedah
ini khususnya, dan negara atau akibat daripada
umat Islam amnya daripada perbuatan tersebut.
segala bencana tersebut.
Sesungguhnya Engkau Maha
Berkuasa ke atas segala-
galanya dan Engkaulah yang
selayaknya memberi
perkenan.
48
LARAS BAHASA KREATIF

• Menggunakan struktur ayat


aktif dan pasif.
meski ku rapuh dalam langkah • Menggunakan bentuk
kadang tak setia kepadaMu dialog atau kata bual.
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu • Menggunakan bahasa
perlambangan dan kiasan.
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu • Bersifat kreatif, imaginatif.
dalam dadaku harap hanya • Terdapat unsur ketaksaan.
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu • Terdapat penyimpangan
semua berakhir padaMu (deviasi)
• Menggunakan alat stailistik
untuk tujuan menimbulkan
kesan.
LARAS BAHASA IKLAN

• Terdapat penggunaan unsur grafik, ilustrasi yang


sangat ketara pada iklan bercetak.
• Penggunaan video dan audio dalam iklan
audiovisual.
• Penggunaan warna dan teknik kesan khususnya
pada iklan bercetak dan audiovisual.
• Struktur ayat pendek dan menggunakan ayat
tunggal.
• Menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa.
• Menggunakan ungkapan dan istilah yang ‘stylish’.
• Menggunakan pelbagai kaedah pemujukan.
50
KAEDAH LARAS IKLAN

● Umpan (Beli 1 Percuma 1 , Diskaun…)


● Perngisytiharan (Kini…)
● Perincian ciri (Baju sarat dengan sulaman manik..)
● Perintisan (….ternyata no. 1 di Jepun.)
● Suruhan (Datanglah…Kunjungilah…)
● Perbandingan (Bandingkan produk kami dengan…)
● Doa (agar , supaya)

51
BAHASA SAPAAN

● Di Malaysia terdapat pelbagai sistem sapaan yang


digunakan oleh masyarakat yang berbilang kaum.
● Sistem sapaan yang betul dan tepat akan
melambangkan kesopanan dan kehalusan budi
seseorang penutur.
● Penggunaan sistem sapaan juga akan menentukan
jarak perhubungan seseorang penutur sama ada
akrab atau sebaliknya.

52
JENIS BAHASA SAPAAN

● Kata ganti nama


● Kata panggilan umum/hormat
● Kata panggilan dalam keluarga

53
KATA GANTI NAMA

● Kata ganti nama diri pertama (tunggal & jamak)


saya, cheq, orang, aku, kawan, hamba
● Kata ganti nama diri kedua (tunggal & jamak)
hang, hangpa, kamu, awak, engkau, kitak
● Kata ganti nama diri ketiga (tunggal & jamak)
dia, mereka, depa, dema, sidak

54
● Faktor yang menentukan pola penggunaan kata
ganti nama:
❑ Umur
❑ Jauh dekat perhubungan
❑ Status
❑ Konteks rasmi atau tidak

55
KATA PANGGILAN UMUM

● Kata yang menggantikan nama yang digunakan


pada manusia dengan penentuan gender, rujukan
dan status.
● Kata sapaan hormat dikategorikan dalam kata
panggilan umum.
Contoh:
Encik, Puan, Cik, Saudara, Tuan, Yang Berhormat,
Yang Arif, Yang Berbahagia

56
GELARAN DALAM
MASYARAKAT MELAYU
● Gelaran Warisan
● Gelaran Kurniaan
● Gelaran Peribadi
● Gelaran Keagamaan
● Gelaran Kekeluargaan
● Gabungan Gelaran

57
GELARAN WARISAN

● Gelaran yang berasal daripada keturunan dan


diperturunkan dari generasi ke generasi
❑ Daripada raja-raja (Tunku, Tengku, Ku dan
Raja)
❑ Daripada orang-orang besar (Megat,Puteri,
Wan, Nik dan sebagainya)
❑ Daripada Rasul dan sahabat-sahabatnya
(Sayid atau Syed, Syeikh dan Syarifah bagi anak
perempuan)

58
GELARAN KURNIAAN

● Gelaran yang diberikan oleh individu atau


pertubuhan tertentu.
● Terbahagi kepada:
● Kurniaan Pemerintah:
Gelaran suami Sapaan isteri
Tun Toh Puan
Tan Sri Puan Sri
Datuk Seri Datin Seri
Datuk Amar Datin Amar
Datuk Seri Utama Datin Seri Utama

59
● Kurniaan pertubuhan rasmi/Institut
Diberikan kepada seseorang yang sangat berjasa
○ Gelaran Bapa Kemerdekaan, Bapa
Pembangunan
○ Gelaran Pendeta
○ Gelaran Seniman Agung
○ Gelaran Biduanda Negara

60
● Kurniaan Akademik/ ikhtisas
diperoleh hasil kejayaan seseorang dalam bidang
akademik.
○ Profesor Diraja
○ Profesor Emeritus
○ Profesor
○ Profesor Madya
○ Doktor

61
● Mengikut sistem adat
Lazimnya terdapat dalam sistem politik tradisional
seperti Adat Pepatih. Gelaran tertentu akan
diberikan misalnya Undang Jelebu bergelar Datuk
Mendika, Ketua Luak Tampin bergelar Tengku
Besar Tampin.

62
GELARAN PERIBADI

● Gelaran ini wujud untuk mengenal pasti individu


yang mempunyai nama yang sama (2 orang
Ahmad).
● Terjadi juga akibat kelaziman atau nama timang-
timangan (Boboy, Bob)
● Lazimnya ia diberi gelaran berdasarkan sifat atau
ciri-ciri fizikal yang dimilikinya seperti gemuk,
kurus, sengau, pekak (Midah Gebu, Mail Botak).
● Terjadi juga hasil daripada tabiat / kelakuan
semula jadi seseorang (Som Latah, Pian Guli).

63
GELARAN KEAGAMAAN

● Gelaran ini diberikan kepada seseorang yang


menunaikan kewajipan agama seperti gelaran Haji
kepada lelaki dan Hajah kepada perempuan (Yang
Mulia)
● Gelaran Mufti (Yang Amat Arif Tuan Mufti
Sahibulsamahah)
● Tuan Kadi (Yang Arif Tuan Kadi Sahibul fadilah)
● Tuan Imam (Yang Berbahagia)
● Ustaz / Ustazah

64
GABUNGAN GELARAN

● Kekeluargaan & Keagamaan


Pak Haji / Pak Lebai / Mak Hajah
● Kekeluargaan & Warisan
Pak Ungku / Mak Engku / Pak Wan
● Warisan & Keagamaan
Tn Hj Nik / Tengku Hajah
● Kurniaan kerajaan & Akademik/Ikhtisas & warisan
& keagamaan
Tan Sri Prof.Dr. Ungku Hj Omar
65
KATA PANGGILAN DALAM KELUARGA

● Penggunaan sistem panggilan dalam masyarakat Melayu


adalah berbeza.

● Penggunaan kata panggilan dalam masyarakat Melayu di


Kedah akan mengikut susunan daripada anak pertama
hingga yang terakhir.
Along anak pertama
Angah anak kedua
Alang anak ketiga
Anjang anak keempat
Andak anak kelima
Tam anak keenam
Tih anak ketujuh
Acik anak kelapan
Usu anak kesembilan/ terakhir
66

Anda mungkin juga menyukai