Anda di halaman 1dari 1

4 Air Rebusan Elok Untuk Kesihatan

1. Rebusan Serai dan Halia

Anda hanya perlukan tiga batang serai dan 4cm halia. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Kemudian
anda rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Diingatkan guna air yang sudah ditapis. Bukan air paip
mahupun air yang telah dimasak. Anda amalkan 2 atau kali seminggu. Rebusan ini elok bagi anda yang
letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu
waktu siang.

2. Rebusan Sireh

Gunakan tiga atau lima helai daun sireh. Rebuskan didalam periuk juga dengan tiga gelas air yang telah
ditapis. Minum ketika air tersebut suam. Anda boleh tambah bunga cengkih tiga kuntum dan sedikit
serbuk kayu manis. Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal
badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.

3. Rebusan Sireh dan Daun Inai

Guna tiga atau ke lima helai daun sireh dan segenggam daun Inai. Seperti biasa rebus di dalam periuk
dengan menggunakan tiga gelas air yang sudah ditapis. Minum apabila sudah suam. Rebusan ini sesuai
bagi wanita yang mengalami peputihan dan banyak lendiran yang berbau. Elok diamalkan selepas haid.

4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

Anda perlu ketuk dua atau tiga batang serai. 3cm halia dan 2cm kunyit juga diketuk. Sedikit kulit kayu
manis, bunga cengkih atau bunga lawang, sehelai daun pandan dan sedikit madu susu. Diambil setiap
kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali. Ini untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan
badan anda. Amalan berkhasiat ini juga bagus untuk penjagaan kesihataan terutama bagi yang mahu
menjaga dalaman adan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.

Anda mungkin juga menyukai