Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: Cara Mengelakkan diri dari terjebak dengan penagihan dadah

Tarikh : 25 April 2021 (Ahad)

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang berfaedah

Kegiatan seperti Rakan Muda, Prostar dan berpersatuan membantu remaja menghindarkan
daripada dari alkohol. Anda juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Selain daripada
menyihatkan badan, bersukan juga dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan dan
melupakan penggunaan dadah. Sukan juga akan dapat menjadikan hidup anda lebih produktif dan
mengalihkan diri anda kepada perkara yang lebh positif.

Sokongan Keluarga

Gunakanlah masa yang ada untuk membincangkan sebarang masalah bersama keluarga. Perkongsian
bersama ahli keluarga akan dapat membantu anda untuk menyelesaikan sebarang masaalah dan
menhilangkan tekanan. Dengan cara ini akan dapat mengelakan diri daripada terjebak dengan
pengambilan dan penggunaan dadah.

Elak berkawan dengan orang yang mengambil dadah

Elakan berkawan atau bergaul dengan orang yang mengambil dadah. Ini akan menyebabkan anda
untuk berani mencuba menggunakan dadah. Carilah kawan yang positif dan dapat membantu anda
melalui cara yang lebih baik.

Mengatasi tekanan

Belajar menenangkan fikiran semasa menghadapi tekanan. Dapatkan bantuan daripada kaunselor jika
perlu terutamanya untuk masalah yang tidak dapat diatasi.

Perubahan rutin
Buat perubahan kepada rutin harian anda. Cari hobi atau perkara baru yang membolehkan anda untuk
menjadi lebih baik. Anda boleh mencuba pelbagai perkara baru seperti muzik atau aktiviti seni.
Perubahan ini akan menjadikan hidup anda lebih baik dan mengelakan diri daripada terjebak dengan
aktiviti dadah.

Anda mungkin juga menyukai