Anda di halaman 1dari 1

SKEMA JAWAPAN

Pendahuluan
Rumusan membincangkan faedah mempelajari mata pelajaran Sejarah dan faktor-faktor
murid kurang berminatnya.

Isi tersurat
Bahan 1 : Petikan (faedah mempelajari mata pelajaran Sejarah)
1. dapat mengelakkan diri daripada mengulangi sesuatu kesilapan.
2. menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa.
3. alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi negara yang tercinta ini.
4. rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan dan undang-undang dalam
pembentukan negara ini.
5. dapat membentuk semangat patriotisme
6. mendedahkan tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada murid.
7. dijadikan teladan dalam merencanakan masa hadapan.

Bahan 1 : Petikan (faktor-faktor murid kurang berminatnya)


1. teknik pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang tidak menarik.
2. perkembangan teknologi maklumat.
3. dasar kerajaan terhadap Sains dan Matematik.

Bahan 2 : Sajak (kepentingan Sejarah)


1. mendidik kita agar mencermin diri dalam kehidupan. (rangkap 1)
2. memberikan kenangan kepada kehidupan manusia. (rangkap 1)
3. memperoleh banyak pengalaman. (rangkap 3)

Penutup
Kesimpulannya, semua pihak haruslah menghayati mata pelajaran Sejarah agar kesejahteraan
dan keamanan negara terjamin.

Anda mungkin juga menyukai