Anda di halaman 1dari 17

1

PELAJARAN
24 RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW


Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin
Nama sebenar
Hasyim
Nama lain Ahmad, al-Mahi, al-Hasyir, al-Aqib
Gelaran Al-Amin
Tarikh dan tempat
12 Rabiul Awal, tahun gajah di Mekah
lahir
Kuniyah Abu al-Qasim
Nama Ibu Aminah binti Wahbin
Ibu Susuan Thuwaibatul Aslamiyah, Halimatus Sa’diah
Pengasuh Asy-Saima’, Ummu Aiman

Isteri 1) Khadijah binti Khuwailid


2) Sa’udah binti Zam’ah
3) ‘Aisyah binti Abu Bakar
4) Hafsah binti Umar
5) Zainab binti Khuzaimah
6) Juwairiyyah binti al-Harith
7) Zainab binti Jahsyi
8) Ummu Salamah binti Abu Umayyah
9) Safiyyah binti Huyai
10) Ummu Habibah binti Abu Sufian
11) Maimunah binti al-Harith
12) Mariatul Qibtiyyah
Al-Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqayyah,
Anak
Ummu Kalthum dan Fatimah
Tarikh dan tempat
12 Rabiulawal Tahun 11 Hijrah di Madinah
wafat

SIFAT FIZIKAL NABI MUHAMMAD SAW


Rasulullah memiliki rupa paras yang amat tampan, sederhana tinggi dan berbadan tegap. Rambut
baginda ikal mayang dan sentiasa kelihatan berminyak. Sentiasa kelihatan ceria dan segak. Mata hitam
baginda hitam pekat dan bulu mata baginda lentik. Para sahabat yang menceritakan rupa paras baginda
pasti berkata, “Aku tidak pernah melihat orang lain yang setanding dengan ketampanan Nabi
Muhammad SAW.

2
Kilab

Zuhrah Qusai
Galeri Kata

Kuniyah ialah panggilan


Abdu Manaf kepada seseorang
disamping nama atau
Abdu Manaf Hashim gelaran, dengan
meletakkan ‘Abu’ bagi
lelaki dan ‘Ummu’ bagi
Wahab Abdul Mutalib perempuan di awal
sesuatu nama.

Aminah Abdullah

Nabi Muhammad SAW

PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW

SEBELUM KERASULAN

UMUR TEMPOH PERISTIWA

Selepas Baginda dipelihara oleh Halimatus Sa’diah . di


2 tahun
kelahiran perkampungan Bani Sa’ad yang jauh daripada unsur negatif.

2-4 tahun Dada baginda dibedah oleh Malaikat Jibril . .


Nabi Muhammad SAW tinggal bersama-sama ibu baginda.
Ketika berumur 6 tahun baginda dibawa melawat kubur bapa
4-6 tahun 2 tahun baginda di Madinah.
Ibu baginda meninggal di Abwa’ . dalam perjalanan ke
Mekah.
Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuk baginda, Abdul…….
Mutalib , hingga datuk baginda meninggal dunia.
6-8 tahun 2 tahun Selepas itu Nabi Muhammad SAW tinggal pula dengan bapa
saudara baginda, Abu Talib .

3
UMUR TEMPOH PERISTIWA

Nabi Muhammad SAW mengikut Abu Talib ke Syam .


Di pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat daripada
12 tahun Bukhaira Ar-Rahib ketika di Bandar Busra , sempadan
Syam supaya membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke
Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.

• Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara baginda


menyaksikan Hilfu Al-Fudhuli iaitu perjanjian untuk
membela orang yang teraniya dalam perniagaan.
20 tahun
• Baginda mengembala kambing . bersama-sama
saudara susuan di perkampungan Bani Sa’ad …………………….
kemudian di Mekah.

Nabi Muhamad SAW didik oleh Allah SWT dengan kehidupan


IKTIBAR yang mencabar sebagai persediaan untuk dilantik menjadi rasul
yang agung.

UMUR PERISTIWA

Berdagang ke Syam.
• Nabi Muhamad SAW berkecimpung dalam perniagaan di luar Kota
Makkah al-Mukarramah .
• Baginda berurus niaga dengan Saidatina Khadijah RA, seorang wanita
quraish yang sangat berharta dan berhati mulia .
Rasulullah SAW membawa barang dagangan Saidatina Khadijah ke
25 tahun Syam dengan dibantu oleh Maisarah, seorang pekerja lelaki Saidatina
Khadijah.
• Semasa di Syam, Nabi Muhamad SAW menjalankan perniagaan
dengan penuh jujur dan amanah .
• Akhirnya Nabi Muhamad SAW membawa pulang keuntungan yang
lumayan berkat ketekunan dan kemahiran baginda.

Sifat kemuliaan yang perlu dicontohi daripada peristiwa


ini ialah Nabi Muhamad SAW :
IKTIBAR Menunaikan amanah, mendapat kepercayaan
masyarakat, mempunyai kerjaya dan menjalankan kerja
dengan mahir dan bijaksana.

4
UMUR PERISTIWA

Berkahwin dengan Saidatina Khadijah RA .


• Sekembalinya Nabi Muhammad SAW pada kali kedua dari Syam,
Saidatina Khadijah RA mengambil keputusan untuk berkahwin dengan
Nabi Muhammad SAW.
• Pengalaman beliau berurusan dengan Nabi Muhammad SAW dan
kemuliaan akhlak yang diceritakan oleh Maisarah sudah
cukup menjadikan hatinya terpikat dengan Nabi Muhammad SAW.
25 tahun • Saidatina Khadijah RA menghantar salah seorang kawan rapatnya,
Nafisah Binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada
Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW menerima hasrat mulia
tersebut dan meminang Saidatina Khadijah RA melalui bapa
saudaranya ‘Amru Bin Asad.
• Hasil perkahwinan dengan Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad SAW
dikurniai enam orang anak .

Antara akhlak mulia Nabi Muhamad SAW yang menarik


perhatian Saidatina Khadijah RA termasuklah :
IKTIBAR
Jujur, menghormati keluarga dan menjaga adab dan batas
pergaulan.

UMUR PERISTIWA
Peristiwa Perletakkan Hajarul Aswad
Ketika Nabi Muhammad SAW berumur 35 tahun, Mekah dilanda banjir besar sehingga
meruntuhkan dinding Kaabah. Kabilah Arab berpakat untuk membaik pulih Kaabah. Nabi
Muhammad SAW turut membantu dalam pembinaan tersebut. Apabila tiba masa untuk
meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru Kaabah, berlaku perebutan antara ketua
kabilah sehingga hampir berlaku pertumpahan darah.
Akhirnya Abu Umayyah Al-Mahzumi seorang yang dihormati dalam kalangan kabilah
Arab mengajukan cadangan yang diterima sebulat suara. Mereka bersedia menerima
35 tahun keputusan orang pertama yang masuk ke pintu Bani Syaibah ketika itu. Dengan takdir
Allah SWT orang pertama yang memasukinya ialah Nabi Muhammad SAW. Semua yang
melihat Nabi Muhammad SAW masuk ke masjid berkata ‘Dialah As-Sadiq Al-Amin (orang
yang benar lagi amanah)’.
Nabi Muhammad SAW menghamparkan rida’ (selendang) baginda kemudian meletakkan
Hajarul Aswad di tengah-tengahnya. Baginda meminta ketua-ketua kabilah memegang
hujung rida’ tersebut dan membawanya beramai-ramai ke penjuru Kaabah. Lalu baginda
mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal. Majlis tersebut berjalan
dengan lancar dan semua yang hadir berpuas hati.

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi


Muhamad SAW :
* Bersifat tawaduk
IKTIBAR *Turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan
* Menerima amanah dengan penuh tanggungjawab
* Menyelesaikan masalah masyarakat dengan bijaksana
* Mendamaikan kehidupan masyarakat

5
SELEPAS KERASULAN
MENERIMA WAHYU PERTAMA (40 TAHUN)

• Era kerasulan Nabi Muhammad SAW bermula ketika baginda berumur 40 tahun.
• Ketika itu baginda suka bersendirian di Gua Hira’ untuk beribadat dan
memikirkan cara menyelamatkan umat daripada kesesatan jahiliah.
• Pada suatu hari dalam bulan Ramadhan, baginda didatangi malaikat Jibril AS. Jibril AS
memeluk erat Nabi Muhammad SAW tiga kali dan menyuruh baginda
membaca.
• Setiap kali Jibril AS menyuruh baginda membaca, baginda menjawab “saya tidak tahu
membaca”.
• Akhirnya Jibril AS mengajar Nabi Muhammad SAW wahyu pertama iaitu Surah al- .
A’laq, ayat 1 hingga 5.
• Dakwah yang disampaikan oleh baginda mendapat sambutan daripada masyarakat
Arab terutama hamba abdi dan golongan yang lemah.

Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah Nabi


Muhamad SAW :
* Tidak suka dengan kesesatan masyarakat.
IKTIBAR * Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT untuk
memohon petunjuk.
* Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah.
* Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah.

Orang pertama yang beriman dan menyokong dakwah baginda ialah :


1. Isteri baginda, Saidatina Khadijah RA.
2. Sahabat karib baginda, Saidina Abu Bakar RA
3. Sepupu baginda yang masih kecil, Saidina Ali bin Abu Talib RA

6
SELEPAS KERASULAN
ISRAK DAN MIKRAJ (51 TAHUN)

• Saidatina Khadijah RA sentiasa setia mempertahankan dakwah Nabi Muhammad


SAW.
• Bapa saudara nabi, Abu Talib membela Nabi Muhammad SAW walaupun
beliau tidak memeluk Islam.
• Kematian mereka berdua menyebabkan Nabi Muhammad SAW berdukacita .
• Kedukaan baginda terubat apabila dibawa mengembara menyaksikan tanda-
tanda kebesaran Allah SWT dalam peristiwa Israk dan Mikraj .

KRONOLOGI RINGKAS PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Nabi Muhammad SAW


dibawa pada waktu Dalam perjalanan,
malam dari baginda ditunjukkan Baginda menjadi
dengan pelbagai imam solat
Masjidil Haram
gambaran yang akan kepada para Nabi di
di Mekah ke
berlaku kepada umat Masjidil Aqsa.
Masjidil Aqsa baginda
di Palestin.

Baginda turun ke
Baginda dibawa Mikraj
Mekah sebelum subuh Baginda menghadap
merentas tujuh
dan menceritakan Allah SWT dan
lapisan langit
pengalaman baginda menerima kefarduan
sehingga ke Sidratul
kepada penduduk solat lima waktu
Muntaha.
Mekah.

Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan iktibar bahawa


Nabi Muhamad SAW :
* Menjalani Israk Mikraj dengan roh dan jasad.
* Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti
IKTIBAR ajaran para rasul sebelum baginda.
* Menerima kefardhuan solat secara terus daripada Allah
SWT sebagai ibadat yang paling utama dalam Islam
* Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan
kebenaran.

7
SELEPAS KERASULAN
HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM
(53 TAHUN)
✓ Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah Nabi Muhammad SAW dengan
pelbagai cara. Terdapat dalam kalangan sahabat yang diseksa dan dibunuh .
✓ Akhirnya Nabi Muhammad SAW mendapat perintah Allah SWT untuk berhijrah
bersama-sama dengan para sahabat ke Madinah (Yathrib) . Peristiwa ini
berlaku 13 tahun selepas kerasulan baginda.
✓ Nabi Muhammad SAW menyahut perintah tersebut mengharungi pelbagai halangan
untuk berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar al-Siddiq ra .
✓ Dengan perancangan yang rapi, mereka akhirnya berjaya tiba ke Madinah dengan
selamat. Sebelum itu, baginda singgah di Quba’ dan membina masjid yang
pertama di sana.
✓ Di Madinah Nabi Muhammad SAW membina pertahanan yang berteraskan wahyu.
Baginda membina masjid Nabawi , mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar ,
dan menggubal Piagam Madinah sebagai asas pembentukan negara.
✓ Dalam membentuk tamadun yang unggul, Nabi Muhammad SAW menghadapi
tentangan musuh yang cuba menggugat keamanan Madinah.
✓ Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan kaum Muhajirin dan Ansar .
mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat juang yang
hebat.
✓ Antara peperangan yang dipimpin oleh Nabi Muhammmad SAW termasuklah
peperangan Badar, Uhud, Khaibar, Pembukaan Mekah dan Hunain .

Pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa


hijrah dan kepimpinan Nabi Muhamad SAW :
* Nabi Muhamad SAW sanggup berkorban demi
menegakan agama Allah SWT.
* Baginda menyampaikan Islam dengan sempurna dan
IKTIBAR penuh amanah.
* Baginda membentuk pemerintahan yang adil
berteraskan wahyu.
* Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam
terbaik.

Peperangan pada zaman Nabi Muhamad SAW :


o Ghazwah : Pasukan tentera Islam yang dipimpin sendiri oleh Nabi Muhammad SAW (28
peperangan).
o Sariyah : Pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi Muhammad SAW dan baginda
melantik seorang ketua (Amir) untuk memimpin peperangan (54 peperangan).
o Jumlah semua peperangan ialah 82.

8
JASA NABI MUHAMMAD SAW TIADA TOLOK BANDING
✓ Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan negara.
✓ Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat kemasyarakatan
disamping tempat ibadat.
✓ Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban demi kesucian Islam.
✓ Menjadikan Madinah sebagai negara terunggul dan menjadi contoh tamadun yang
gemilang sehingga dikenali sebagai “al-Madinatul Munawwarah” yang bererti
kota bercahaya.

Setiap Muslim wajib mencintai Nabi Muhamad SAW. Antara tanda cinta kepada baginda SAW
termasuklah :
✓ Mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW, mematuhi perintah dan menjauhi larangan baginda.
✓ Sentiasa merindui baginda Nabi Muhammad SAW.
✓ Memuliakan dan bertawaduk apabila mendengar nama Nabi Muhammad SAW dengan
berselawat keatas baginda.
✓ Mencintai Ahlul bait (orang yang ada pertalian keluarga dengan baginda) dan para sahabat
(orang beriman yang sempat bertemu Nabi Muhammad SAW).

KEWAFATAN RASULULLAH SAW (63 TAHUN)

➢ Setelah sempurna menjalankan tugas sebagai rasul, pada waktu dhuha hari Isnin 12
Rabiulawal, tahun 11 Hijrah, dirumah Saidatina Aisyah ra ,
Nabi Muhammad SAW dijemput kembali menemui Penciptanya.
➢ Berita duka kewafatan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah SWT ini mengemparkan
penduduk Madinah.
➢ Jasad Nabi Muhammad SAW yang mulia dimakamkan di rumah Saidatina Aisyah ra.

Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk


memimpin manusia ke jalan yang benar.
Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan
pengorbanan demi ketinggian agama Islam.
IKTIBAR Baginda membentuk tamadun yang seimbang dan
sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun
hari ini.
Umat manusia amat terhutang budi dengan jasa Nabi
Muhammad SAW yang tidak ada tolok banding.

9
PELAJARAN
25 ERA MASYARAKAT JAHILIAH
(SIRAH)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD JAHILIAH

o Jahiliah berasal daripada perkataan Arab “Jahala ” yang bermaksud tidak tahu ,
bodoh atau jahil .
o Kejahilan masyarakat arab ketika itu bukan bermaksud mereka tidak berilmu.
o Mereka terkenal dengan kehebatan bersyair dan berqasidah.
o Namun begitu, mereka jahil akidah dan akhlak.

JAHIL AKIDAH JAHIL AKHLAK


Mereka menganut ajaran Nabi Ibrahim . Mereka banyak melakukan perilaku buruk
dan Nabi Ismail AS tetapi seperti suka menindas perempuan dan
mencampuradukkannya dengan hamba , berjudi serta
penyembahan berhala, amalan sihir dan minum arak.
khurafat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW


DARI SEGI AKIDAH
AGAMA YAHUDI AGAMA NASRANI
• Agama nasrani ialah agama samawi
• Agama yahudi ialah agama samawi yang
yang diubah suai daripada ajaran Nabi
diubah suai daripada ajaran nabi Musa
Isa AS mengikut keinginan
AS mengikut keinginan para
penganutnya.
penganutnya.
• Mereka mempercayai Nabi Isa as
• Mereka banyak memfitnah para nabi
sebagai anak tuhan.
dan menolak ajaran Nabi Muhammad
SAW. • Mereka datang dari Habsyah dan Rom.
• Mereka datang dari Palestin ke negara • Abrahah, raja Nasrani membina tempat
Arab. ibadah baharu di Yaman untuk
menyaingi populariti kaabah di Mekah,
namun gagal dengan pertolongan Allah
SWT.
• Kisah ini telah dipaparkan dalam Surah
al-Fil.
KEPERCAYAAN MAJUSI KEPERCAYAAN ANIMISME
• Animisme ialah kepercayaan bahawa
• Majusi ialah kepercayaan yang dianuti
setiap benda mempunyai roh dan
oleh golongan penyembah api.
semangat.
• Pada malam kelahiran Rasulullah SAW,
• Oleh itu, penganut kepercayaan ini
api yang disembah oleh penganut majusi
menyembah alam seperti matahari,
di Parsi telah padam.
binatang dan pokok.
• Api tersebut tidak pernah padam selama
1000 tahun sebelum kelahiran
Rasulullah SAW.

10
MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
DARI SEGI AKIDAH
AGAMA HANIF AGAMA PENYEMBAH BERHALA
• Agama ini mula diperkenalkan oleh
• Pada mulanya, majoriti masyarakat Arab
A’mru bin A’mir bin Luhai, pemimpin
beragama dengan agama hanif.
Khuza’ah.
• Agama hanif ialah agama yang dibawa
• Dia menemukan ajaran tersebut dari
oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS.
negeri Syam lalu membawa berhala
• Agama ini agama Samawi, sama seperti
bernama “Hubal” ke Mekah dan
agama Islam.
meletakkannya di dalam Kaabah.
• Buktinya dapat dilihat pada ciri-ciri
Kemudian, dia memerintahkan seluruh
kepercayaan agama Hanif yang sama
penduduk Mekah supaya menyembah
dengan Islam, seperti:
berhala tersebut.
✓ Percaya kepada Allah SWT, tuhan
• Agama ini dicampuradukkan dengan
yang satu.
agama hanif sehingga muncul sebagai
✓ Percaya kepada hari kebangkitan
agama yang mensyirikkan Allah.
dan hidup sesudah mati.
• Agama penyembahan berhala ini
✓ Percaya kepada dosa dan pahala.
disebarkan kepada seluruh orang Arab
• Ajaran agama Hanif yang diteruskan ketika musim haji.
amalannya dalam syariat Islam seperti • Ketika Mekah berjaya dibuka oleh Nabi
ibadah korban, ibadah haji dan umrah. Muhammad SAW, ada sebanyak 360
berhala di sekitar kaabah. Kesemuanya
dimusnahkan oleh baginda dan para
sahabat.

MASYARAKAT ARAB SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW DARI SEGI AKHLAK

AKHLAK BURUK AKHLAK BAIK

1. Berjudi dan minum arak 1. Menepati janji

2. Perzinaan dan pelacuran berleluasa 2. Berani, kuat dan pantang menyerah kalah

3. Mengamalkan bigamy 3. Menjaga kebersihan mulut dan kuku


4. Tidak mengahwini mereka yang ada
4. Pewarisan harta hanya pada lelaki
pertalian darah
5. Membunuh anak perempuan 5. Menghormati tetamu

6. Mengamalkan tenung nasib 6. Taat kepada pemimpin

7. Berperang kerana perkara yang kecil 7. Menghormati bulan haram

11
PENGUTUSAN RASULULLAH SAW KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH

• Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat Jahiliah kerana beberapa sebab, iaitu :

✓ Masyarakat Jahiliah mempunyai nilai negatif seperti suka berjudi, berzina, .


minum arak serta merendahkan martabat wanita .
✓ Selain itu, mereka juga suka mengamalkan khurafat dalam kehidupan.
Rasulullah SAW datang membawa ajaran yang memandu mereka ke jalan yang
benar.
✓ Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak . Masyarakat Arab
Jahiliah lebih mudah dilentur kerana mereka buta huruf. Hal ini secara tidak
langsung menjadi bukti kerasulan Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak
pernah membaca atau mempelajari kitab agama samawi dan ajaran agama
purba .

✓ Semenanjung Arab terletak di antara empat kuasa besar dunia pada waktu itu,
iaitu Rom, Parsi, Greek dan India . Kedudukan yang strategik
ini menjadikan Islam mudah tersebar keseluruh tamadun dunia dan pelbagai
bangsa ketika itu.

12
PELAJARAN
26 KEUNGGULAN PERJUANGAN KHULAFA’
(SIRAH) AR-RASYIDIN
HARI : _______________ TARIKH : ______________

RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN

Gelaran yang diberikan kepada empat orang sahabat Rasulullah


Khulafa’ ar-Rasyidin
SAW yang memegang jawatan pemerintah kerajaan Islam
ialah
selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW.

SENARAIKAN 4 KHULAFA’ AR-RASYIDIN.

1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA (11 - 13 h/ 632 - 634M)


2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA (13 - 23H/ 634 - 644M)
3. Khalifah Usman bin Affan RA (23 - 35H/644 - 656M)
4. Khalifah Ali bin Abu Talib RA (35 - 40H/ 656 - 661M)

✓ Khulafa’ ar-Rasyidin merupakan golongan yang terpilih untuk menyambung gagasan


dan kepimpinan Rasulullah SAW.

✓ Antara keistimewaan mereka termasuklah sentiasa berdamping dengan Rasulullah


SAW sewaktu hidup baginda selain mempunyai hubungan kerabat dengan baginda.

✓ Corak pemerintahan mereka berlandaskan al- Quran dan al-Sunnah serta


menitikberatkan konsep syura yang diwarisi daripada Rasulullah SAW.

✓ Pemerintahan mereka yang berpusat di Madinah mengambil masa selama lebih


kurang 29 tahun.

13
BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN
KHALIFAH PERTAMA KHALIFAH KEDUA
BIODATA
ABU BAKAR AS-SIDDIQ RA UMAR BIN AL-KHATTAB RA
Nama Abdullah bin Usman bin A’mir bin
Umar bin al-Khattab bin Nufail bin
penuh A’mru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim
Abdul U’zza
bin Murrah bin Ka’ab
Tempat
Di Mekah Di Mekah
Lahir
Tahun Lahir Tahun 572 M, dua tahun selepas Tahun 584 M, 13 tahun selepas
kelahiran Rasulullah SAW. kelahiran Rasulullah SAW.
Keturunan Bani Tamim, Quraisy Bani A’di, Quraisy
Nama Ibu Ummul Khaira Salma binti Sakhr Hantamah binti Hasyim
Gelaran “A’tiq ” (bebas daripada api neraka)
“al-Faruq” (pemisah antara hak
dan “al-Siddiq” (orang yang paling
dengan batil)
benar dalam kata-kata)
Meninggal Pada tahun 23 Hijrah ketika berusia
dunia 63 tahun akibat ditikam oleh Abu
Pada tahun 13 Hijrah ketika berusia
Lu’luah Fairuz al-Farisi (hamba
63 tahun. Beliau dimakamkan disisi
kepada al-Mughirah bin Syu’bah).
Rasulullah SAW.
Beliau dimakamkan disisi Saidina
Abu Bakar RA.

SIFAT-SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN


ABU BAKAR AS-SIDDIQ UMAR BIN AL-KHATTAB

Seorang yang berpengetahuan tinggi .


Seorang sahabat yang sangat pemurah .
serta cukup agamanya.

Seorang yang berani i. Beliau selalu


Seorang sahabat yang sangat berani i.
membela Rasullullah SAW yang cuba
Contohnya beliau berhijrah pada waktu
dibunuh oleh kaum baginda semasa di
siang dan secara terang-terangan.
Mekah.
Seorang hartawan yang dermawan n Memiliki kecerdasan yang luar
dan banyak membelanjakan hartanya ke biasa, sehingga banyak pendapat beliau yang
jalan Allah. bertepatan dengan firman Allah SWT.

Seorang yang cinta akan kebenaran . Seorang yang berwatakan keras, suka
serta mempunyai semangat setia kawan beradu kekuatan dan sangat cekap
yang tinggi. menunggang kuda.

Seorang yang lembut hatinya dan mudah


menangis terutama ketika membaca al-
Quran.

14
BIODATA DAN RIWAYAT HIDUP KHULAFA’ AR-RASYIDIN
KHALIFAH KETIGA KHALIFAH KEEMPAT
BIODATA
UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA
Nama Uthman bin Affan bin Abu al-A’s bin
Penuh Umaiyyah bin Abdu Syams bin Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
Abdu Manaf bin Qusa bin Kilab bin bin Hasyim bin Abdu Manaf
Murrah bin Ka’ab
Tempat
Di Mekah Di Mekah
Lahir
Tahun Lahir Tahun 576 M Tahun 599 M
Keturunan Bani Umaiyyah, Quraisy Bani Hasyim, Quraisy
Nama Ibu Arwa binti Kuraiz Fatimah binti As’ad
Gelaran “Zunnurain” (yang memiliki dua
cahaya kerana beliau berkahwin
dengan dua orang puteri Rasulullah “Abu Turab” (bapa si tanah)
SAW, iaitu Ruqayyah dan Ummu
Kalthum)
Meninggal Pada tahun 35 Hijrah pada usia 80
Syahid kerana ditikam oleh Abdul
dunia tahun kerana dibunuh oleh
Rahman bin Muljam pada malam
pemberontak dan dimakamkan
17 Ramadan tahun 40 hijrah
diperkuburan al-Baqi’.

SIFAT-SIFAT PERIBADI KHULAFA’ AR-RASYIDIN


UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA
Terkenal sebagai seorang yang sangat Merupakan panglima perang yang berani
pemalu dan lemah lembut. dan gagah perkasa .

Terkenal dengan sifat dermawan dan Pandai berpidato,handal bermain pedang,


pemurah. Beliau banyak menderma untuk memanah dan menunggang kuda.
perang Tabuk,membeli perigi Raumah,
menderma seribu ekor unta dengan
muatan kepada umat Islam yang susah.
Suka membantu orang-orang yang berada Pandai menulis dan membaca sehingga
dalam kesusahan. dilantik menjadi salah seorang penulis .
wahyu .

Sangat pintar dan mahir dalam bidang


faraid, al-Quran,hukum-hukum syarak,
bahasa dan sastera serta kuat daya ingatan
sehingga mampu menghafaz seluruh al-
Quran.

15
SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
ABU BAKAR AL-SIDDIQ RA UMAR BIN AL-KHATTAB
Menubuhkan majlis Syura
Meneruskan cita-cita Rasulullah SAW Membahagikan jajahan Islam kepada
POLITIK

menghantar pasukan Usamah bin Zaid beberapa wilayah dan ditadbir oleh
ke sempadan negeri Syam untuk gabenor
memerangi kerajaan Rom Timur
Menubuhkan jabatan tentera, jabatan
(Byzantine)
polis, jabatan percukaian dan jabatan
perbendaharaan negara
Memerangi golongan yang enggan
membayar zakat, golongan yang murtad
dan nabi palsu.
Setelah tamat perang Yamamah, banyak
tentera Islam mati syahid termasuklah
AGAMA

para penghafaz al-Quran. Atas nasihat


Saidina Umar binal-Khattab ra, khalifah
abu Bakar ra telah mengarahkan Zaid bin
Thabit supaya mengetuai usaha
menghimpunkan al-Quran yang tertulis
pada batu, kulit haiwan, daun dan
hafazan para hafiz.
Menetapkan wang sara hidup kepada
rakyat berdasarkan keutamaan dan
perjuangan mereka.
SOSIAL

Mengasaskan takwim Islam.

Memperkenalkan undang-undang
pentadbiran tanah.

Menubuhkan Baitulmal.
EKONOMI

Memperkenalkan pelbagai jenis cukai


seperti Jizyah dan Kharaj.
Membina terusan dan tali air untuk
mengairi kawasan pertanian.

Mengemaskini angkatan tentera.


TENTERA

Memberi gaji kepada gabenor dan


tentera yang berjuang.

16
SUMBANGAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN
UTHMAN BIN AFFAN RA ALI BIN ABU TALIB RA
Memperkenalkan sistem protokol dalam
POLITIK

pentadbiran.
Mengukuhkan peranan Baitulmal untuk
membiayai pembangunan Negara.
Membentuk jawatankuasa untuk menyalin
semula ayat al-Quran yang dikenali
sebagai ”Mushaf Uthmani”.
AGAMA

Memperkenalkan azan kedua pada hari


Jumaat dan mengambil zakat berdasarkan
nilai matawang .
Membeli tanah untuk membesarkan
masjid Nabawi.
Berusaha meningkatkan pendapatan
SOSIAL

Berusaha mengekalkan kestabilan dan


rakyat dengan memberi peluang
keharmonian negara.
pekerjaan.
EKONOMI

Meneruskan kutipan jizyah.

Mengukuhkan pertahanan negara dengan


TENTERA

membina angkatan tentera laut bagi Membina markas tentera di Parsi dan
membasmi pemberontakan dan di sempadan Syiria.
penaklukan.

PENGAJARAN

✓ Umat Islam hendaklah mencontohi semangat perjuangan dan sifat mulia para sahabat
agar diredai Allah SWT .

✓ Umat Islam perlu bersikap berani menegakkan kebenaran dan menghapuskan .


kebatilan yang menyesatkan .

✓ Umat Islam perlu sanggup berkorban tenaga, harta dan nyawa untuk kepentingan .
agama .

✓ Kita perlulah mentaati dan menghargai sumbangan pemimpin Islam yang banyak .
berjasa. .

17

Anda mungkin juga menyukai