Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN 4

Tarikh
Masa
Kelas 4
Bidang Membuat Corak dan Rekaan
Tema Alam Semulajadi / Objek Ciptaan Manusia
Tajuk Alas Dulang
Aktiviti Lukisan

Standard 2.1 Persepsi Estetik 2.2 Aplikasi Seni 2.3 Ekspresi Kreatif 2.4 Apresiasi Seni
Pembelajaran 2.1.1 Unsur Seni 2.2.1 Media 2.3.1 2.4.1
21.1.1, 2.1.1.2, 2.2.1.1, 2.2.1.2 2.3.2 2.4.2
2.1.1.3 2.3.3 2.4.3
2.2.2 Teknik dan
2.1.2 Prinsip Proses
Rekaan 2.2.2.1 Teknik Lukisan
2.1.2.1, 2.1.2.2,
2.1.2.3
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat;
Pembelajaran 1. mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak
teknik lukisan.
2. mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan corak teknik lukisan.
3. mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, kemahiran
media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik lukisan secara
kreatif.
4. membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada
aspek bahasa seni visual.
Aktiviti PdP Persepsi Estetik
1. Guru memperkenalkan jenis-jenis susunan.
2. Guru menunjukkan contoh lukisan corak sisik ikan.
3. Guru meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada
pada contoh lukisan corak susunan sisik ikan.
Aplikasi Seni
1. Guru memperkenalkan media yang digunakan.
2. Guru menunjuk cara menghasilkan corak.
3. Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan lukisan corak.
Ekspresi Kreatif
1. Murid melakar corak susunan sisik ikan.
2. Murid mewarnakan corak mengikut kreativiti masing-masing.
3. Murid membuat kemasan akhir pada hasil kerja untuk menghasilkan alas dulang.
Apresiasi Seni
1. Murid mempamerkan karya yang dihasilkan.
2. Murid menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan.
3. Murid menyatakan hasil corak teknik lukisan boleh dijadikan hiasan pada rekaan
lain.
EMK Keusahawan, Kreativiti dan Inovasi
Penilaian PdP 1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat lukisan berdasarkan empat
standard kandungan.
Bahan Bantu 1. Alat : pembaris dan alatan lain yang sesuai
Belajar 2. Bahan : kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel.
3. Contoh jenis - jenis susunan (susunan batu bata, sisik ikan dan orgee)
Refleksi Pada akhir pengajaran;

______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak
mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembentangan akan datang.

Anda mungkin juga menyukai