Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN


UNTUK PROJEK KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. TAJUK 
Memohon sumbangan kewangan untuk menyediakan sebanyak 8 set ‘signboard’
(papan tanda) Selamat Datang bagi bilik-bilik khas Pusat Sumber Sekolah 30
‘Frame’ pelbagai informasi dan 2 tong cat yang berjumlah RM 1000.00 (Ringgit
Malaysia Satu Ribu Sahaja)

2. PENDAHULUAN
Pusat Sumber Sekolah dalam erti kata yang luas adalah merangkumi sebuah
sekolah yang mengandungi pelbagai bilik-bilik khas dan kemudahan-kemudahan
tertentu untuk digunakan oleh pelajar khasnya dan guru-guru amnya. ‘Signboard’
atau papantanda bagi bilik-bilik khas memainkan peranan penting untuk memberi
panduan kepada pelajar dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Selain itu
pelbagai frame dan poster informasi perlu dipamerkan sebagai memenuhi salah
satu kriteria pertandingan.

3. OBJEKTIF
1. Memperkenalkan dan mempromosi bilik-bilik khas kepada pelajar dan pelawat
2. Menambah keceriaan dan informasi di sekitar sekolah
3. Menyertai Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Sekolah tahun 2010.

4. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah


seunit
1 Selamat Datang ke 45.00 1 RM 45.00
Pusat Sumber (2’x9’)
2 Selamat Datang ke Pusat 45.00 1 RM 45.00
Akses (2’x9’)
3 Selamat Datang ke Galeri 45.00 1 RM 45.00
Sejarah (2’x9’)
4 Selamat Datang ke 45.00 1 RM 45.00
Perpustakaan (2’x9’)
5 Selamat Datang Panel 45.00 1 RM 80.00
Penilai Pertandingan
(4’x8)
6 Banner INFO dan Bunting 45.00 3 RM 135.00
Promosi PSS (2’x9’)

7 ‘Frame’ dan Poster 22.00 20 RM 435.00


Informasi PSS (1’x3’)
8 Cat dan berus 85.00 2 RM 170.00

JUMLAH RM 1000.00
5. PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Induk Pusat Sumber Sekolah mengucapkan ribuan terima


kasih dan penghargaan atas sumbangan yang diberikan. Semoga sumbangan
yang diberikan akan memberi manfaat kepada semua pihak dan berjaya mencapai
objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh,

………………………………………
(RUMAJA BIN SARMIN)
Guru Perpustakaan & Media
SMKA Segamat

Tarikh : 29 Okt.2010

Disahkan oleh,

……………………………………….

Tarikh :
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMKA SEGAMAT
KM.5 JLN. GENUANG
85000 SEGAMAT, JOHOR.
Tel: 07-9432284

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
JRA7001/SMKAS/PSS/2010( )
Tarikh : 29 Oktober 2010
Kepada :

En.Amer Bin Haron


Yang Dipertua PIBG
SMKA Segamat

Melalui,

Hjh. Siti Esah Binti Abd.Latif


Pengetua SMKA Segamat

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROJEK KECERIAAN PUSAT


SUMBER SEKOLAH TAHUN 2010

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Pusat Sumber Sekolah SMKA Segamat telah terpilih untuk
mewakili Daerah Segamat ke Pertandingan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat
Negeri Johor pada 3 Nov 2010.

3. Sehubungan itu J/K Induk PSS telah bermesyuarat pada 20 Okt. 2010 dan
keputusan mesyuarat telah bersetuju untuk memohon sumbangan kewangan daripada
pihak PIBG bagi menampung sebahagian perbelanjaan untuk aktiviti keceriaan PSS.

4. Bersama permohonan ini disertakan kertas kerja berkaitan untuk rujukan tuan.
Sekian, kerjasama dan keprihatinan tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………
( RUMAJA BIN SARMIN )
Guru Perpustakaan dan Media
SMK Agama Segamat

sk:
1. Pengetua
2. Fail PSS

Anda mungkin juga menyukai