Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUMAAT BERTAJUK: “MAKNA IHSAN”

‫ فعظّم بعضها‬،‫ وق ّدر الشهور والسنني طيلة األدهار‬،‫هلل الَّ ِذ ْي َخلَ َق الليل والنهار‬ ِ ‫اَحْل م ُد‬
َْ
‫ُّهو ِر ِعْن َد اللَّ ِه‬ ِ
ُ ‫ «إِ َّن ع َّد َة الش‬:‫ال تعاىل‬ َ َ‫ ق‬.‫مواسم متأل باألوراد واألذكار‬ َ ‫وخصصها لتكو َن‬
ِ ِ َّ ‫اب اللَّ ِه يوم خلَق‬
‫ِّين‬
ُ ‫ك الد‬ َ ‫ض ِمْن َها أ َْر َب َعةٌ ُح ُر ٌم ۚ َٰذل‬
َ ‫الس َم َاوات َواأْل َْر‬ َ َ َ َْ ِ َ‫ا ْثنَا َع َشر َش ْهرا يِف كِت‬
ً َ
‫ني َكافَّةً َك َما يُ َقاتِلُونَ ُك ْم َكافَّةً ۚ َو ْاعلَ ُم وا‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫الْ َقيِّ ُم ۚ فَاَل تَظْل ُموا في ِه َّن أَْن ُف َس ُك ْم ۚ َوقَاتلُوا الْ ُم ْش ِرك‬
ِ
»)‫التوبة‬36( ‫ني‬ َ ‫َن اللَّهَ َم َع الْ ُمتَّق‬
َّ ‫أ‬

‫ اَللَّ ُه َّم‬.ُ‫َن َسيِّ َدنَا حُمَ َّم ًدا َعْب ُدهُ َو َر ُس ولُه‬َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،ُ‫ك لَه‬َ ْ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن اَل إِلَهَ إِاَّل اهللُ َو ْح َدهُ اَل َش ِري‬
،‫ َفيَ ا أَيُّ َه ا الْ ُم ْس لِ ُمو َن‬،‫ أ ََّما َب ْع ُد‬. َ ‫ص ْحبِ ِه أَمْج َعِنْي‬ ِِ ٍ ِ
َ ‫ص ِّل َو َس لِّ ْم َعلَى َس يِّدنَا حُمَ َّمد َو َعلَى آل ه َو‬ َ
ِ َّ ِ ‫ أُو ِص ي ُكم وإِيَّاي بَِت ْق وى‬.‫اَِّت ُق وا اهلل‬
َ ‫ «يَا أَيُّ َه ا الذ‬: ‫ال اهللُ َت َع اىَل‬
‫ين‬ َ َ‫ ق‬.‫ َف َق ْد فَ َاز الْ ُمَّت ُق ْو َن‬،‫اهلل‬ َ َ َْ ْ ْ َ
1
»‫َآمنُوا َّات ُقوا اللَّهَ َح َّق ُت َقاتِِه َواَل مَتُوتُ َّن إِاَّل َوأَنتُم ُّم ْسلِ ُمو َن‬
Muslimin yang dirahmati Allah Taala,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa
Taala dengan cara memastikan akidah kita bertepatan dengan akidah
Ahlussunnah Wal Jamaah; al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, beriltizam dengan
syariat sesuai pemahaman para Imam empat mazhab, serta menghayati ruh
pengamalan kita sesuai garis panduan Sayyidut Thoifah Imam al-Junaid al-
Baghdadi RA. Mudah-mudahan, kita tergolong dalam golongan yang
dikumpulkan bersama para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan solihin.
Mimbar Jumaat pada kali ini ingin menyentuh mengenai bulan Muharram
Hadirin yang dirahmati Allah,
Berdasarkan ayat al-Quran itu tadi, Allah SWT menyatakan bahawa Dia telah
menjadikan 12 bulan dalam setahun. Antara 12 bulan ini 4 bulan yang
dinamakan sebagai bulan haram kerana kemuliaannya dan diharamkan di zaman
jahiliyyah untuk menumpahkan darah di bulan-bulan tersebut. Ahli tafsir
menyatakan bahawa 4 bulan tersebut adalah bulan Zul Qaedah, Zul Hijjah,
Muharram dan Rejab.

1
102 :‫آل عمران‬
Kerana kita masih di bulan Muharram, maka eloklah untuk kita mengetahui
kelebihan bulan ini.
Di dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi SAW
bersabda:
‫ وأفضل الصالة بعد الفريضة قيام الليل‬،‫أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر هللا الذي تدعونه المحر َم‬.
Antara keempat-empat bulan haram ini, Sayyidina al-Hasan RA berpendapat
bahawa bulan Muharramlah bulan yang paling mulia setelah bulan Ramadan.
Dan hari-hari yang paling mulia dalam bulan tersebut adalah 10 hari
pertamanya.
Hari ke-10 muharram dikenali sebagai hari Asyura’. Ia merupakan hari yang
mempunyai kelebihan yang amat besar. Para Nabi bersuapa pada hari tersebut.
Sabda Nabi SAW:
‫يوم عاشوراء كانت تصومه األنبياء وفصوموه أنتم‬.
Ahli kitab juga berpuasa pada hari tersebut. Begitu juga bangsa Quraisy di
zaman Jahiliyyah.
Hari asyura’ ini juga mengumpul berbagai peristiwa besar di dalamnya.
Antaranya peristiwa terselamatnya Nabi Musa AS seperti yang dinyatakan
dalam sebuah hadis muttafaq alaih:
‫ال‬ii‫ فق‬،‫وراء‬ii‫وم عاش‬ii‫ ي‬i‫ياما‬ii‫ود ص‬ii‫ المدينة فوجد اليه‬i‫ قدم رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬:‫عن ابن عباس قال‬
َ . ‫و ٌم عظي ٌم‬ii‫ذا ي‬ii‫ ه‬: ‫الوا‬ii‫ ما هذا اليو ُم الَّذي تصومونَهُ ؟ فق‬:‫لهم رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬
‫ه‬ii‫أنجى هللاُ في‬
ُ‫لَّى هللا‬ii‫و ُل هللاِ ص‬ii‫ال رس‬ii‫ فق‬. ُ‫ فنحنُ نصو ُمه‬. ‫ شكرًا‬i‫ فصا َمهُ مو َسى‬. ُ‫ق فرعونَ وقو َمه‬ َ ‫ وغ َّر‬. ُ‫ وقو َمه‬i‫مو َسى‬
‫وأمر بصيا ِم ِه‬
َ َّ َّ َ ُّ ‫ فنحنُ أح‬: ‫ عليه وسلَّم‬.
. ‫ فصا َمهُ رسو ُل هللاِ صلى هللاُ عليه وسلم‬، ‫ منك ْم‬i‫ق وأوْ لى بمو َسى‬
Di tahun sebelum kewafatan Nabi SAW, Baginda berazam agar tidak hanya
puasa Asyura sahaja pada tahun berikutnya, tetapi Baginda ingin berpuasa 9
Muharram juga. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:
‫ أو بعده‬:‫ وفي رواية‬.‫ قبله يوما وبعدها يوما‬i‫ صوموا‬.‫ يوم عاشوراء وخالفوا اليهود‬i‫صوموا‬.
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Amalan lain yang disarankan pada 10 Muharram adalah membelanjakan harta
untuk ahli keluarga (‫)التوسعة‬. Dalam sebuah hadis disebut:
‫من وسع على أهله يوم عاشوراء وسع هللا عليه سائر السنة‬.
Sufyan bin uyaynah berkata: aku telah mencubanya selama 50 tahun atau 60
tahun, semua yang aku dapat adalah kebaikan.
Di dalam kitab I’anah al-Tholibin, Syeikh Abu Bakr Syatho menukilkan sebuah
kisah pada Hari 'Asyura tentang seorang faqir yang mempunyai keluarga dan
mereka semua berpuasa pada hari itu dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa
pun.
Si faqir itu keluar ke sana sini untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan
sebagai hidangan berbuka untuk mereka sekeluarga tetapi tidak menjumpai apa-
apa.
Kemudian dia masuk ke kawasan pedagang emas dan perak dan telah melihat
seorang saudagar beragama Islam yang terdapat di kedainya timbunan emas dan
perak.
Si faqir itu menuju kepada saudagar tersebut, memberi salam dan berkata
kepadanya:
“Wahai tuan! Aku seorang faqir, aku berharap dapat berhutang dengan tuan
sebanyak satu dirham sahaja untuk membeli sedikit hidangan berbuka untuk
keluargaku. Aku akan berdoa untuk kebaikan tuan pada hari (yang mulia) ini”.
Saudagar itu terus memalingkan mukanya dan tidak memberikan apa-apa pun
kepada si faqir tersebut. Lalu dia pun berpaling keluar dari kedai itu dalam
keadaan hati yang remuk dan bercucuran air mata.
Pemilik kedai sebelah yang beragama yahudi telah melihat si faqir tersebut lalu
menegurnya dengan berkata:
“Aku melihat kau bercakap dengan jiranku tadi, (apa yang terjadi)?”.
Si faqir menjawab:
“Aku pergi kepadanya dengan harapan dapat berhutang sebanyak satu dirham
supaya aku boleh menyediakan makanan berbuka untuk keluargaku tetapi dia
menolak permintaanku. Aku berkata kepadanya bahawa aku akan mendoakan
kebaikan untuknya pada hari (yang mulia) ini (sebagai balasan jika dia sudi
memberi hutang kepadaku)”.
Saudagar yahudi bertanya:
“Apa istimewanya hari ini?”.
Si faqir menjawab:
“Hari ini adalah Hari 'Asyura yang terdapat padanya sekian-sekian kelebihan”.
(Menceritakan kelebihan yang ada padanya).
Lalu saudagar yahudi itu memberikan kepada si faqir sebanyak 10 dirham dan
berkata kepadanya:
“Ambillah duit ini dan belanjakanlah ia kepada ahli keluargamu untuk
memuliakan hari ini”.
Si faqir pun berlalu dari situ dalam keadaan gembira dan membelikan makanan
yang istimewa untuk ahli keluarganya berbuka.
Tibanya malam hari, saudagar pertama yang beragama Islam tadi bermimpi
seolah-olah Hari Kiamat telah terjadi dan dia dalam keadaan yang sangat haus
dan terdesak.
Lalu dia melihat ada sebuah mahligai yang diperbuat dari batu permata yang
berwarna putih manakala pintunya dari yaqut berwarna merah. Dia
mendongakkan kepalanya sambil melaung:
“Wahai pemilik mahligai! Berilah kepadaku minum seteguk air”.
Kemudian dia mendengar satu suara berkata:
“Mahligai ini adalah milikmu semalam. Tetapi apabila engkau menolak
permintaan si faqir tadi sehingga menyebabkan dia meninggalkanmu dalam
keadaan kecewa, namamu ke atas mahligai ini telah dipadam dan digantikan
dengan nama jiranmu si yahudi yang telah menghilangkan kekecewaan si faqir
dan memberikan sebanyak 10 dirham kepadanya”.
Saudagar tersebut terjaga dari tidur dalam keadaan panik dan ketakutan. Dia
mula menyesal dan mencela dirinya sendiri.
Pada keesokan harinya, dia pergi menemui saudagar yahudi dan berkata
kepadanya:
“Engkau jiranku, aku ada hak ke atasmu sebagai jiran dan sekarang aku ada
hajat terhadapmu”.
Yahudi bertanya:
“Apa dia?”.
Dia berkata:
“Engkau juallah kepadaku pahala untuk 10 dirham yang telah kau beri kepada si
faqir semalam dengan bayaran 100 dirham”.
Lalu si yahudi menjawab:
“Demi Allah, aku tidak akan menjualnya walaupun dengan bayaran 100 ribu
dinar! Kalaulah engkau minta untuk masuk ke dalam pintu mahligai yang kau
mimpikan malam tadi, aku tidak akan sesekali memberimu keizinan!”.
Saudagar muslim itu terkejut dan bertanya:
“Siapakah yang memberi tahu kepadamu perkara itu?
Saudagar yahudi menjawab:
“Zat yang berfirman: Kun fa yakun. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang
layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa lagi tiada sekutu bagiNya dan
aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad i‫ صلى هللا عليه وسلم‬adalah hambaNya dan
utusanNya”.
Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Lihatlah bagaimana yahudi ini, bersangka baik pada Hari 'Asyura sedangkan dia
tidak tahu pun kelebihannya. Lalu Allah i‫ سبحانه وتعالى‬mengurniakan balasan
tersebut dan menganugerahkan kepadanya agama Islam.
Bagaimana pula dengan orang yang mengetahui fadhilat dan ganjaran yang
disediakan pada hari ini tetapi bersikap sambil lewa sahaja untuk beramal
padanya?! Alangkah ruginya orang itu! Jika kita tidak sempat melakukan
kebajikan pada hari Asyura sekalipun, tetaplah memuliakan bulan Muharram ini
dan berdoalah semoga kita dapat sampai ke hari Asyura’ di tahun hadapan.

،‫الذ ْك ِر احْلَ ِكْي ِم‬


ِّ ‫ات و‬ ِ ِ‫ و َن َفعيِن وإِيَّا ُكم مِب َا ف‬،‫آن الْع ِظي ِم‬
ِ ‫يه ِمن اآْل ي‬ ِ
َ َ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ ‫بَ َار َك اهللُ يِل َولَ ُك ْم يِف الْ ُق ْر‬
.‫الس ِمْي ُع الْ َعلِْي ُم‬
َّ ‫ إِنَّهُ ُه َو‬،ُ‫َوَت َقبَّ َل ِميِّن ْ َو ِمْن ُك ْم تِاَل َوتَه‬
ِ َ‫ ف‬،‫ات‬ ِ ‫ول َقويِل ه َذا وأَسَت ْغ ِفر اهلل الْع ِظيم يِل ولَ ُكم ولِسائِِر الْمسلِ ِمني والْمس لِم‬
ُ‫اس َت ْغف ُر ْوه‬
ْ َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ َ ْ ْ ُ ُ‫أَق‬
.‫الر ِحْي ُم‬
َّ ‫إِنَّهُ ُه َو الْغَ ُف ْو ُر‬

Anda mungkin juga menyukai