Anda di halaman 1dari 2

2.2.

2 Membaca Membaca untuk memahami maklumat daripada arahan dalam pelbagai bahan
dengan memberikan respons yang betul dan tepat.
SINAR MASA DEPAN

KIT Kata
 elektronik: dijalankan atau dilaksanakan dengan elektron.
 melayari internet: mencari dan mendapatkan maklumat
 Grafik: lukisan, gambar atau imej yang dihasilkan pada
skrin komputer dan sebagainya
 Tekanan: keadaan menanggung beban yang sukar untuk
ditanggung

Baca maklumat yang terdapat dalam petikan. Kemudian, jawab soalan-soalan


yang berikutnya

Komputer merupakan sejenis alat elektronik yang banyak kegunaannya.


Antaranya termasuklah kita dapat menggunakan komputer untuk melayari
Internet. Melalui Internet, kita dapat memperoleh pelbagai maklumat. Kita
hanya perlu menaip maklumat yang kita inginkan pada papan kekunci dan
maklumat tersebut akan dipaparkan terus pada skrin komputer. Pencarian
maklumat ini lebihpantas. Dengan demikian, kita akan dapat menambah
penegtuahuan dan tidak menjadi seperti katak di abwah tempurung.

Selain itu, kita dapat menggunakan komputer untuk menulis laporan membuat
kerja sekolah. Laporan yang ditaip dengan menggunakan komputer dapat
disimpan, dibetulkan, dan dicetak. Data-data yang disimpan pula dapat
digunakan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini akan menjimatkan masa dan
memudahkan kerja kita.

Guru-guru turut menggunakan komputer untuk menyampaikan pengajaran di


dalam kelas. Pengajaran tersebut dapat dipersembahkan dalam bentuk grafik
dan ilustrasi yang berwarna-warni. Persembahan yang ceria ini dapat menarik
minat murid-murid untuk memberikan tumpuan pada pelajaran. Dengan
demikian, murid-murid dapat menerima ilmu dengan berkesan.

Di samping itu, kita dapat mengurangkan tekanan dan menghiburkan diri


dengan menggunakan komputer. Kita dapat menonton video, mendengar
muzik, dan bermain permainan video. Kita dapat menggunakan komputer
untuk menghubungi kawan-kawan dan berbual-bual dengan mereka melalui
media sosial juga. Sesungguhnya, komputer menjadikan hidup kita lebih
mudah dan ceria.
1. Berikan maksud peribahasa seperti katak di bawah tempurung.

2. Apakah kelebihan menaip laporan dengan menggunakan komputer?

3. Guru-guru disarankan mempersembahkan bahan pengajaran dalam


bentuk grafik dan ilustrasi yang berwarna-warni. ( bagi dua jawapan, ayat
yang berbeza)
Pada pendapat anda, mengapakah guru perlu mempersembahkan bahan
pengajaran dalam bentuk grafik dan ilustrasi yang berwarna-warni?

Anda mungkin juga menyukai