Anda di halaman 1dari 3

2.3.

Membaca Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan idea
1 sampingan dengan betul dan tepat.

Berdasarkan petikan dibawah lengkapkan borang Chatt

Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang


semakin menuju ke status negara maju. Namun demikian,
penggunaan pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh
segelintir masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika
hendak dibandingkan satu dekad yang lalu. Pihak kerajaan telah
mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu
perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-
bagai faedah yang kita peroleh apabila menggunakan pengangkutan
awam.

Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu


lintas yang sering menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar
besar. Hal ini bertambah runcing lagi apabila tiba waktu puncak
ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai sepakat
menggunakan perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya
masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai contoh, semua orang
menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta
persendirian di atas jalan raya pastinya berkurangan.

Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan


menjimatkan masa individu yang menggunakannya. Hal ini demikian
kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel yang
tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai
ke satu-satu destinasi. Stesen-stesen LRT ini juga dibina di tempat-
tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu
menempuh jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

2.3. Membaca Membaca untuk menyaring dan mengenal pasti idea utama dan idea
1 sampingan dengan betul dan tepat.

Berdasarkan petikan diatas lengkapkan borang Chatt

BORANG CHATT
Kata Kunci/ Istilah Imej

Definisi

IDEA UTAMA

1.

2.

IDEA SAMPINGAN/ IDEA SOKONGAN

1.

2.

RUMUSAN GURU

Anda mungkin juga menyukai