Anda di halaman 1dari 2

1.2.

Mendengar dan Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah dan
1 Bertutur ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat
mengikut konteks.

Dengar dan fahami petikan yang dibaca oleh guru kamu. Kemudian, sebut rangkai kata dan
ungkapan yang berhuruf tebal dengan betulnya dan tepatnya.

KUANTAN, Sabtu - Dua orang kanak-kanak hampir menemui ajal


apabila terjatuh ke dalam arus yang deras ketika bermain-main di
halaman rumah mereka petang semalam. Mangsa dikenal sebagai
Nik Amirul Nik Hasif, 10 tahun dan Syafiq Afendi, 9 tahun. Kedua-dua
kanak-kanak itu yang tinggal berjiran sedang leka bermain air banjir
yang dikatakan sudah mencecah paras pinggang kanak-kanak
terbabit.
Ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak terbabit sedang bersiap
sedia untuk berpindah ke kawasan yang lebih selamat selepas
diarahkan berbuat demikian. Hujan lebat yang turun selama dua
hari berturut-turut menyebabkan air naik. Nik Amirul dikatakan
terjatuh lalu dihanyutkan arus deras. Syafiq yang panik dengan
kejadian itu segera menarik tangan Nik Amirul tetapi gagal.
Sebaliknya, Syafiq turut dihanyutkan arus.
Kedua-dua mangsa sempat diselamatkan oleh jiran mereka
yang terdengar jeritan meminta tolong. Beberapa orang jiran lain
yang menyaksikan kejadian tersebut turut menghulurkan bantuan.
Jiran terbabit yang dikenal sebagai Pak Long Man berkata, dia
terlihat seorang kanak-kanak lelaki terkapai-kapai di dalam air sambil
meminta tolong. Dia segera terjun ke dalam air lalu menarik tangan
kanak-kanak terbabit. Syafiq pula terselamat apabila bajunya
tersangkut pada sebatang kayu. Ibu bapa mangsa kemudiannya
dimaklumkan tentang kejadian tersebut.
Mangsa-mangsa kejadian segera dibawa ke Hospital Tengku
Ampuan Afzan oleh pihak penyelamat yang sedang melakukan
operasi memindahkan mangsa banjir di kawasan itu. Pihak hospital
mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut stabil. Namun, mereka
dikhabarkan mengalami gangguan emosi sebagi akibat terlalu
terkejut dengan kejadian tersebut.

Ibu bapa kanak-kanak itu bersyukur keranan anak-anak mereka


selamat.Namun, kejadian itu merupakan trauma buat mereka
sekeluarga. Oleh itu, awasilah anak-anak Ketika musim banjir kerana
malang tidak berbau. Janganlah biarkan anak-anak berpesta air
kerana keseronokan sementara itu akan membawa padah.

Anda mungkin juga menyukai