Anda di halaman 1dari 3

Banjir di Kampung Saya

Hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama beberapa hari di kampung saya. Air sungai
di hujung kampung mulai melimpah. Akhirnya, kampung saya telah dilanda banjir. Penghuni-
penghuni kampung dinasihati supaya berpindah ke tempat yang selamat. Kami sibuk
memindahkan barang-barang yang penting dan berharga ke tempat yang tinggi.

Selepas itu, bot-bot penyelamat pun membawa kami meninggalkan tempat kediaman
kami. Kami telah ditempatkan di balai raya. Air bah telah memusnahkan tanam-tanaman yang
diusahakan oleh penduduk kampung. Banyak binatang ternakan seperti ayam, itik, kambing dan
lembu yang mati lemas.

Peralatan-peralatan rumah yang tidak sempat dipindahkan turut musnah dibawa arus
deras. Di balai raya, semua mangsa banjir mendapat bantuan dari segi pakaian, makanan, ubat-
ubatan dan barang keperluan harian. Banyak warga emas dan kanak-kanak yang jatuh sakit
akibat bencana ini. Saya dan kawan-kawan yang lain juga tidak dapat bersekolah selama
beberapa hari. Selepas beberapa hari, air bah mulai surut, kami dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing.

Kami berasa amat sedih melihat keadaan rumah kami yang kotor dan berlumpur. Kami
terpaksa bergotong-royong untuk membersihkan tempat kediaman kami. Saya berharap agar
tragedi ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.
Karangan Berita : Kejadian Banjir

Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita


mengenai kejadian banjir tersebut.

Kemaman, Ahad – Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman


baru-baru ini. Beberapa kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1
meter hingga 2 meter.

                Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun


tidak berhenti-henti selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan
banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Masalah longkang
yang tersumbat juga telah memburukkan keadaan.

                Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang


terlibat dengan banjir perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa
pusat pemindahan telah dibuka di kawasan yang terlibat dengan
banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa banjir dibekalkan
dengan makanan, pakaian dan selimut.

Anda mungkin juga menyukai