Anda di halaman 1dari 1

PENULISAN

Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan

Andaikan kamu seorang wartawan telah diminta membuat satu liputan berita tentang
kemalangan kereta api.Tulis berita kamu itu selengkapnya.

CONTOH

Karangan Berita : Kejadian Banjir

Kejadian banjir telah berlaku di tempat tinggal kamu. Tulis berita mengenai kejadian banjir
tersebut.

Kemaman, Ahad – Kejadian banjir telah melanda daerah Kemaman baru-baru ini. Beberapa
kawasan telah dinaiki air setinggi antara 1 meter hingga 2 meter.

Kejadian banjir ini berlaku disebabkan hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama
beberapa hari. Hal ini menyebabkan banyak kawasan rendah dinaiki air dengan cepat. Masalah
longkang yang tersumbat juga telah memburukkan keadaan.

Pihak berkuasa telah mengarahkan semua penduduk yang terlibat dengan banjir
perpindah ke pusat pemindahan. Beberapa pusat pemindahan telah dibuka di kawasan yang
terlibat dengan banjir. Di pusat perpindahan, mangsa-mangsa banjir dibekalkan dengan
makanan, pakaian dan selimut.

Selepas beberapa hari, banjir mulai surut. Beberapa pusat pemindahan telah ditutup.
Mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Mereka membersihkan
rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap.

Pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat memberi bantuan kepasa mangsa-mangsa
banjir. Antara bantuan yang diberikan ialah wang tunai dan makanan. Bantuan ini dapat
membantu meringankan beban mangsa banjir.

Mangsa banjir sangat bersyukur atas bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Mereka berharap banjir besar seperti tahun ini tidak akan berulang.

Anda mungkin juga menyukai