Anda di halaman 1dari 1

Cerita: Kampungku dilanda banjir

Pada cuti sekolah yang lalu kamu telah pulang ke kampung. Tidak lama kemudian kampung kamu
dilanda banjir. Ceritakan pengalaman kamu itu.
_______________________________________________________________________
Pada cuti sekolah yang lalu, saya pulang ke kampung kelahiran saya di Kampung Merapoh Kuala Lipis,
Pahang. Sejak tiba di kampung, hujan lebat turun tidak berhenti-henti menyebabkan kami sekeluarga
berasa bimbang. Oleh sebab itu, keluarga saya mula mengemaskan barang-barang yang penting dan
berharga sebagai persediaan jika terpaksa berpindah.
Akhirnya, kami terpaksa dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan menggunakan sampan dan bot.
Kami bersyukur kerana semua penduduk kampung berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan dengan
selamat. Walau bagaimanapun saya berasa agak sedih setelah melihat seluruh kampung kami telah
hampir ditenggelami air. Kami hanya mampu berdoa agar air bah akan surut dengan segera dan keadaan
kembali pulih seperti biasa.
Semasa berada di pusat pemindahan, kami dibekalkan dengan pelbagai barang keperluan oleh pihak
kerajaan seperti makanan, air, ubat-ubatan dan pakaian. Kaum wanita pula bergotong-royong untuk
menyediakan makanan. Saya berasa kurang selesa dan bosan berada di situ kerana terpaksa tidur di
tempat yang terbuka, berkongsi bilik air dan sebagainya. Mujurlah saya dapat bermain dengan beberapa
orang kawan sebaya.
Seminggu kemudian, banjir di kampung kami kembali pulih. Sekembali ke kampung, kami berasa
sungguh sedih apabila melihat keadaan rumah yang begitu kotor dengan sampah dan lumpur. Banyak
harta benda seperti kereta, binatang ternakan dan tanam-tanaman yang musnah.
Banjir yang dahsyat ini meninggalkan kenangan pahit buat semua penduduk kampung. Kami berdoa agar
kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi.
Linkwithin

Anda mungkin juga menyukai