Anda di halaman 1dari 5

Tafaqquh 30/09/2021

Untuk makluman para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
______________________________________________________________________

Yang Berbahagia Dr Muhd Akmal Noor bin Rajikon, Pengarah Pusat Islam UTeM.

Yang Diraikan Penceramah jemputan kita pada malam ini al-Fadhil Ustaz Abdullah

Bukhari bin Abdul Rahim Al-Hafiz.

Yang berusaha, Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Islam

UTeM.

Pegawai-pegawai kanan universiti, pegawai-pegawai, serta hadirin-hadirat yang

dirahmati Allah S.W.T sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.
______________________________________________________________________

Sebelum memulakan majlis, marilah sama-sama kita membaca ummul kitab al-Fatihah.
______________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada hadirin-hadirat kerana sudi bersama-sama menyertai


Program Tafaqquh Ibrah al-Quran yang bertajuk Surah Al-Mukminun (Penentu
Kejayaan) pada malam ini secara online di Facebook Pusat Islam, UTeM.

Untuk makluman yang berbahagia Al-Fadhil Ustaz, dan hadirin, hadirat yang dirahmati
Allah S.W.T sekalian.

• Program tafaqquh Ibrah al-Quran dan Hadith adalah program tahunan yang
dilaksanakan oleh unit masjid dan penerbitan Pusat Islam UTeM. dengan kerjasama
Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Badan Dakwah dan Rohani, UTeM.
• Setiap tahun program ini akan dilaksanakan antara 5-7 sesi dan dilaksanakan
secara bergilir antara al-Quran dan Hadith.
• Para Penceramah yang dijemput juga berbeza mengikut kepakaran dan topik
yang akan dibincangkan.
• Program ini bertujuan memberikan pendedahan khusus kepada para pelajar dan
staf UTeM serta boleh juga di sertai oleh masyarakat luar amnya, mengenai
kepentingan mempelajari ilmu al-Quran dan Hadis di dalam kehidupan setiap muslim.
Tafaqquh 30/09/2021

Sebelum meneruskan majlis ingin saya memperkenalkan serba-sedikit mengenai latar


belakang Penceramah kita pada malam ini.

• Yang Berbahagia Al-Fadhil Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz berasal
dari Kota Bharu, Kelantan.
• Berkelulusan Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat, Darul Quran JAKIM, bermula
tahun 1993 hingga tahun 1997,
• Sarjana Muda Usuluddin pengkhususan al-Quran dan al-Hadith, Universiti
Malaya bermula tahun 1997 hingga tahun 2000 dan
• Sarjana Usuluddin pengkhususan Tafsir al-Quran, Universiti Malaya bermula
tahun 2000 hingga tahun 2004.
• Bertugas di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa dan Perkembangan
Akademik Pra Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 2000.
Bidang pengkhususan beliau adalah Tajwid, Tahfiz, dan Tafsir al-Quran

Saya juga ingin mengingatkan kepada para peserta agar membuat pendaftaran
menggunakan google form yang telah disediakan di pautan Facebook Pusat Islam
UTeM.
Ini bertujuan memudahkanTuntutan Mata CPD atau SMP.
Untuk makluman para peserta juga link pendaftaran akan dibuka pada jam 8.30 malam
dan akan ditutup pada jam 11.00 malam nanti.

InsyaAllah, tanpa membuang masa lagi saya menjemput Yang Berbahagia al-Fadhil

Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim Al-Hafiz untuk menyampaikan ceramah

beliau.

Dengan Segala Hormatnya, Dipersilakan.


Tafaqquh 30/09/2021

Alhamdulillah, untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian kita sudah pun sampai
kepada sesi soal jawab. Kepada sesiapa yang ingin bertanya bolehlah membuat
pertanyaan di facebook pusat islam utem dan InsyaAllah akan dijawab oleh al fadhil
ustaz Abdullah bergantung pada masa yang masih berbaki selama lebih kurang 20
minit.

Soalan.
1. Ada golongan agamawan yang mengatakan kejayaan yang sebenar hanyalah
apabila kita telah berjaya masuk ke dalam syurga Allah S.W.T. berdasarkan
kefahaman ini mereka tidak bersungguh-sungguh di dalam melakukan hal-hal
yang berkaitan keduniaan. Jadi apa pendapat ustaz mengenai golongan yang
berpendapat sebegini?
2. Benarkah jika seseorang membaca surah Al-Mukminun, maka dia akan
mendapatkan kabar baik dari malaikat dan dia akan mendapatkan ketenangan
saat didatangi malaikat maut.?
3. Benarkah surah al-mukminun juga boleh dijadikan sebagai ayat Pelaris dan
Penawar penyakit dalaman?
4. Adakah benar asbabunnuzul surah al mukminun adalah disebabkan kerana
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa apabila Rasulullah saw shalat, beliau
suka memandang ke langit, maka turunlah ayat ini (QS: 23 al-Mu’minun: 2)
sebagai petunjuk bagi orang yang shalat.

Saya kira ini soalan yang terakhir dan ustaz boleh selitkan sekali dengan nasihat
terakhir buat semua para pendengar InsyaAllah, dipersilakan Ustaz.
______________________________________________________________________
Tafaqquh 30/09/2021

Alhamdulillah, Untuk makluman hadirin, hadirat sekalian, majlis kita sudahpun sampai
ke penghujungnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia al-Fadhil Ustaz Abdullah

Bukhari bin Abdul Rahim Al-Hafiz di atas perkongsian sebentar tadi.

Diharapkan kita semua dapat mengambil pengajaran dan manfaat mengenai erti
sebenar sebuah kejayaan yang benar-benar diiktiraf si sisi Allah S.W.T. seterusnya
meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

Pihak majlis sekali lagi mengingatkan kepada para peserta agar membuat pendaftaran
menggunakan google form yang telah disediakan di pautan Facebook Pusat Islam
UTeM.
Ini untuk memudahkan Tuntutan Mata CPD atau SMP.

Jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bukhari
dan hadirin, hadirat sekalian yang sudi bersama-sama dengan kami pada malam ini
hingga ke akhir program.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan PROGRAM
TAFAQQUH IBRAH AL-QURAN pada malam ini. Semoga kita semua berjumpa lagi
pada masa yang akan datang.

Marilah sama-sama kita mengakhiri majlis dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al
asr.
‫ُوب إ لَ ْي َك‬
ُ ‫ َأ ْشهَدُ َأ ْن اَل َهل اَل َّ َأن َْت َأ ْس َت ْغ ِف ُركَ َوَأت‬، َ‫ُس ْب َحان ََك اللَّه َُّم َوحِب َ ْم ِدك‬
‫ِإ‬ ‫ِإ ِإ‬

Sekian, Wassalamua’laikum w.b.t.


Tafaqquh 30/09/2021

Anda mungkin juga menyukai