Anda di halaman 1dari 2

DRAF TEKS UCAPAN

TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN LABUAN

Yang berusaha,
Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan;

Ketua-ketua sektor;

Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan;

Para guru, para pelajar, para ibu bapa, tuan-tuan, puan-puan;

Dan hadirin maya yang dihormati dan dikasihi sekalian.

1. Alhamdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnianya, kita semua diberikan kesempatan untuk menjalin
silaturahim dan menyulam ukhuwah secara maya bagi program “Terima kasih,
Cikgu” sebagai tanda kasih sayang kita kepada cikgu atas sumbangan, pengorbanan
dan sumbangan warga pendidik ke arah pembangunan negara.

2. Secara peribadi, saya sangat mengagumi dan menghargai kesungguhan guru dalam
mendidik anak-anak sepanjang pandemik ini. Terima kasih, cikgu. Kalianlah insan
terpilih dan bertuah kerana dengan amanah besar ini, kalian menduduki satu darjat
yang paling dimuliakan dalam masyarakat sepanjang zaman.

3. Tidak dinafikan pandemik Covid-19 menimbulkan cabaran semasa buat para guru
dengan kewujudan norma baharu dalam Pendidikan seperti Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PDPR). Namun begitu, warga pendidik tetap berusaha
keras dalam memastikan ilmu dapat disampaikan kepada anak-anak kita. Semua pihak
khususnya warga pendidik telah berjaya mengharungi cabaran yang tidak pernah
berlaku di negara kita sehingga terwujudnya ‘norma baharu’ dalam kehidupan kita
semua.

4. Benarlah, guru merupakan penggerak utama dalam memainkan peranan penting untuk
menyempurnakan akhlak murid, serta membentuk insan seimbang dan sahsiah yang
unggul. Lebih-lebih lagi, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, aspek
akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama dalam sistem pendidikan
kita. Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan
ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi juga mesti diperkukuhkan
dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai murni.

5. Kita tahu, profession perguruan sejak berlakunya pandemik Covid-19 ini dipandang
rendah dan dikritik oleh segelintir masyarakat. Kita dituduh makan gaji buta, terlalu
selesa dan sebagainya. Malah, ada juga yang mencadangkan agar gaji dipotong kerana
terlalu selesa dalam melaksanakan tugas. Tuduhan-tuduhan ini sedikit banyak
meruntun jiwa kita sebagai pendidik.

Warga pendidik yang saya kasihi,


6. Bak kata pepatah, “tangan kanan yang memberi, jangan sampai tangan kiri tahu”
merupakan satu peribahasa yang sinonim dengan keadaan kita sekarang dalam
memberi ilmu. Jerih payah guru bersengkang mata membuat kuiz, membuat video
agar kelas online dapat dilaksanakan dengan meriah dan kreatif kita senyapkan. Kita
pedulikan apa ungkapan yang dilontarkan kepada kita kerana kita tahu Tuhan menilai
apa yang kita lakukan.

7. Bercerita tentang kerja, keihklasan dalam mengajar merupakan satu aspek yang
sangat penting. Ahli bijak pandai ada mengatakan bahawa “sebuah negara tidak akan
tumbuh besar jika guru tidak besar jiwanya”. Kesejahteraan sesebuah negara
dipengaruhi oleh golongan warga pendidik. Kehebatan sebuah negara itu bergantung
kepada kehebatan guru mereka. Oleh itu, marilah bersama-sama kita menjadi warga
pendidik yang sentiasa dapat memartabatkan profesion keguruan pada tahap yang
cukup tinggi dan mulia.

8. Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua guru atas dedikasi dalam mengajar anak-anak kita. Dengarkanlah dua
rangkap pantun khas untuk buatmu guru ;

Dingin air penuh sekendi,


Dibawa putera berwajah cerlang;
Andai guru ikhlas berbudi,
Aspirasi negara pasti gemilang.

Subur gaharu pinggiran anjung,


Tempat merbah membuat sarang;
Budimu guru mekar setanjung,
Sepanjang zaman dikenang orang.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai