Anda di halaman 1dari 1

Kertas Kerja Cadangan Program Bualn Sembahyang 2010

Kertas Kerja Cadangan


Bengkel Imam dan Bilal & Pertandingan Azan dan Iqamat

Pengenalan:
Mengimbas kembali tujuan Allah menciptakan manusia dan kenapa manusia dihantar ke
muka bumi ini, kita akan dapati hebatnya perancangan yang telah Allah tetapkan untuk
makhluknya yang bernama manusia. Kita diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Kita
dihantar ke muka bumi ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT serta memakmurkan
bumi ini dengan agama Allah yang mulia (Islam).

Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada menjadi pemimpin dan juga
pengikut. Di kampung kita menjadi pengikut kepada ketua kampung, di sekilah kita
menjadi pengikut kepada guru dan pentadbir sekolah dan di pejabat kita menjadi pengikut
kepada ketua kita. Ke mana sahaja kita pergi, kita tidak terlepas dari keadaan ini. Maka
Allah yang Maha Bijaksana telah memberi latihan kepada kita semua bagaimana cara
untuk menjadi ketua dan pengikut yang baik. Latihannya sebanyak lima kali sehari iaitu
sembahyang fardu secara berjemaah. Konsep inilah yang telah dan patut kita terjemahkan
dalam kehidupan seharian agar kita menjadi seorang ketua dan pengikut yang baik sertaa
taat pada peraturan dan arahan.

Bertitik tolak dari peranan yang besar yang dimainkan oleh imam dan bilal ini, maka kami
pihak Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kahang mengambil inisiatif untuk
menganjurkan Bengkel Imam dan Bilal kepada murid tahap dua sekolah ini. Semoga usaha
kami yang sedikit ini mampu untuk melahirkan generasi yang membesar bersama agama.

Objektif :
]

 Menghayati peranan imam dan bilal.


 Mengetahui sejarah pengsyariatan azan.
 Memberi pendedahan tentang azan dan iqamat.
 Melatih murid agar tidak takut untuk melakukan perkara kebaikan.

Tema :

MENYEMAI BENIH KEIMANAN

Anjuran :

Panitia Pendidikan Islam, SK Kahang

Sasaran :
Murid Tahap Dua, SK Kahang

Tempat & Tarikh :

Tempat : Bilik Mesyuarat, Sekolah Kebangsaan Kahang


Tarikh : 1 Julai 2010 bersamaan 18 Rejab 1431H

Panitia Pendidikan Islam, SK Kahang 1

Anda mungkin juga menyukai