Anda di halaman 1dari 13

BARZANJI DALAM MASYARAKAT JOHOR

Miselia Aisha El Quin

Nama Pensyarah: Mifedwil Jandra Janan

UICI SEKSEN 10

FAKULTI TAMADUN ISLAM


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2020
Abstract

Barzanji is very popular among the people of Johor and often seen in entertainment occasions
such as weddings, tahtim (khataman), shaving babies, circumcision, Birthday of Prophet, and
others. There are many benefits can be obtained when reading for content of Barzanjicontent
is centred of around the life history of the Prophet Muhammad, his sons, and others.
However, only the generation aged 50 and above who joined the Barzanji groups compared
with the younger generation. The main purpose of this study was to examine the art by
reading the Barzanji of religious rituals in Johor society. Therefore, appropriate actions
should be taken so that the tradition of reading Barzanji is not lost with current development.
The methodology used in this study is by using the library reference sources Sultanah
Zanariah, books, interviews, journals, and internet. These results prove that the Johor society
fine arts but is synonymous with Barzanji and many sing at various functions

Abstrak

Barzanji sangat masyhur di kalangan masyarakat Johor dan sering dialunkan di majlis-
majlis keraian seperti majlis perkahwinan, tahtim (khataman), bercukur jambul, khitan,
Maulid Nabi, dan lain-lain.Banyak kebaikan yang dapat diperolehi apabila membaca Barzanji
kerana kandungan Barzanji adalah berkisar tentang sejarah hidup Rasulullah S.A.W.,
keturunan Baginda, dan lain-lain.Namun begitu, hanya generasi berusia 50 tahun ke atas
sahaja yang menyertai kumpulan-kumpulan Barzanji berbanding dengan generasi
muda.Justeru, langkah-langkah sewajarnya perlu diambil agar tradisi bacaan Barzanji tidak
hilang dek arus pembanguan zaman.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mendalami seni ritual agama menerusi
bacaan Barzanji dalam masyarakat Johor.
Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui sumber rujukan di Perpustakaan
Sultanah Zanariah, jurnal, buku, temubual, dan internet. Hasil kajian ini membuktikan bahawa
masyarakat Johor halus dan kaya dengan kesenian yang malah amat sinonim dengan Barzanji
dan banyak melagukannya di pelbagai majlis keraian. Seni Barzanji dapat meningkatkan
kesadaran beragama dalam masyarakat Johor.

1
PENDAHULUAN

1.0 Latar Belakang

Konsep seni dalam Islam merangkumi aspek penciptaan dan penilaian yang
berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Kesenian Islam berbeza dengan kesenian-kesenian yang
lain dan amat menekankan persoalan niat, kaedah mencipta, bahan, motif, penghayatan, imej,
dan matlamat. Seterusnya, matlamat akhir dalam konsep kesenian Islam adalah mendorong
manusia mengabdikan diri kepada Allah melalui ciptaan yang kreatif. Konsep kesenian Islam
boleh dikatakan mempunyai kaitan dengan pengertian ‘Islam’. Seperti yang disebutkan dalam
Al-Quran, Islam bermaksud kedamaian1, melapangkan dada2, agama yang lurus3, dan
mendapat cahaya dari Allah S. W. T.4. Daripada keterangan-keterangan yang terdapat dalam
Al-Quran ini menunjukkan pengertian ‘Islam’ ini membawa kesan keindahan yang
mandalam. Dalam pada itu, konsep kesenian Islam ini juga dapat disandarkan kepada sebuah
hadis5 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan.

Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai kesenian dan
kebudayaan yang terkenal di Malaysia. Komposisi masyarakat Johor adalah terdiri daripada
orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain bangsa. Pada 2010, pecahan suku orang Melayu
adalah 50% suku Jawa, 12% suku Bugis, 30% suku Melayu Johor, dan 8% lain-lain suku6.

Kesenian dan kebudayaan yang tersohor di negeri Johor adalah tarian tradisional,
muzik tradisional, pakaian tradisional, permainan tradisional, makanan dan hidangan di
samping mempunyai adat resam yang kuat. Contoh adat yang masih dilaksanakan adalah adat
perkahwinan, aqiqah, waktu kelahiran bayi, bercukur jambul (rambut), maulid nabi, khatam
Al-Quran, dan lain-lain.

(Konsep) Perkataan Barzanji berasal daripada nama pengarangnya iaitu Sayyid


Ja’afar bin Sayyid Hasan bin Sayyid ‘Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul
al-Barzanji7. Beliau merupakan ulama besar berketurunan Junjungan Besar Nabi Muhammad

1
Surah Al-Hujrat, ayat 10
2
Surah Al-An’am, ayat 125
3
Surah A-Rum, ayat 43
4
Surah Az-Zumar, ayat 22
5
Riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ibnu Hanbal dalam Kitabul-Iman
6
Jabatan Perangkaan Negeri Johor (2010)
7
Al-Kawakib Al-Anwar syarahan Al-Maulid AN-Nabawi, Karangan Syed Ja’far ibn Al-Barzanji (keturunan
Syed Ja’far Al-Barzanji pengarang Maulid), tahqiq Nada Farj Darwisy, desemak oleh Institut Pengkajian
Akademik Universiti Azhar, cetakan Markaz ibn Al-Athar litthurath, pg 647-650.

2
S.A.W. dari keluarga Saadah al-Berzanji yang terkenal berasal dari daerah Barzinj atau
Kurdistan di Iraq.

Kitab Barzanji berbahasa Arab. Namun begitu, terdapat terjemahan dalam Bahasa
Melayu. Kitab Barzanji tidak sama dengan Kital Al-Quran Al-Karim kerana apabila
seseorang membaca Kitab Al-Quran akan mendapat pahala untuk setiap hurup yang dibaca
sama ada pembacanya faham atau tidak. Sedangkan membaca Kitab Barzanji ini mendapat
pahala bukan daripada membacanya tetapi daripada amalannya membaca riwayat Rasulullah
dan memuji-muji Baginda S.A.W.8 Disinilah letak unik dan menariknya

(Fakta). Budaya pembacaan kitab Barzanji di kalangan masyarakat negeri Johor


diamalkan di majlis-majlis tertentu bagi memeriahkan dan memberikan kesan yang baik
kepada para pendengarnya dan menyeronokkan serta membawa rasa keindahan yang khusus.

Justeru, kajian ini diambil kerana masih belum ramai yang membuat kajian yang
mendalam berhubung dengan budaya pembacaan Barzanji ini. Di samping itu juga, ia
dilakukan kerana didapati generasi muda kini kurang berminat untuk mendalami dan
mengamalkan pembudayaan bacaan Barzanji sehingga tidak berkembang, walaupun di
Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Johor telah meletakkan salah satu mata pelajaran Barzanji
dalam peringkat sekolah itu, oleh itulah sehingganya penting untuk dibuat kajian. (Hujah
untuk dilakukan kajian)

Permasalahan

Dari latar belakang di atas, dapat dirumuskan PROBLEM kajian ini adalah Barzanji
menarik tetapi tidak berkembang maka pertanyaan kajiannya adalah seperti berikut:

1.Apa itu Barzanji dan bentuk-bentuknya? Apa keunikan yang terdapat dalam budaya
pembacaan Barzanji? Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mengekalkan tradisi bacaan
Barzanji di negeri Johor?

2.Bagaimana cara masyarakat Melayu Johor mengamalkan budaya pembacaan Barzanji?


Dasarnya dan contohnya.

3.Apa manfaat yang diperoleh apabila membaca Barzanji? Untuk apa dan kenapa? Apa
makna sibolik dari aktiviti Barzanji di Johor

Tujuan Kajian

8
Amalan Barzanji Menurut Perspektif Islam. Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki. 2008.

3
1.Untuk mengenalpasti perkaitan di antara seni ritual agama dalam penyampaian Barzanji. 2.
Untuk mengenalpasti manfaat membaca Barzanji. 3.mengenalpasti cara masyarakat Melayu
Johor mengamalkan bacaan Barzanji. 4.mengenalpasti proses-proses sewaktu bacaan Barzanji
dilagukan. 5.mengenalpasti kaedah-kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menarik minat
golongan muda untuk menyertai bacaan Barzanji.

Metodologi

Kaedah yang dijalankan bagi mendapatkan data untuk menjalankan kajian ini adalah dengan
membuat rujukan 1-di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, internet, buku, jurnal dan 2-
temubual bersama tiga orang yang menyertai bacaan Barzanji. Maklumat yang diperolehi
daripada laman sesawang tertentu yang berhubungkait dengan topik kajian juga diambil
sebagai rujukan untuk meneruskan kajian ini. Oleh yang demikian, maklumat dan informasi
yang telah diambil daripada buku atau jurnal serta temubual telah dipetik dengan nama
penulis dan tahun penerbitan. 3-Observasi, 4-Dokumentasi

BARZANJI DI JOHOR

1 Bentuk-bentuk Barzanji

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia, zaman, citarasa,
kehendak, sifat, dan akal fikiran manusia. Setiap manusia mempunyai perasaan sukakan
keindahan dan keindahan tersebut adalah seni. Kesenian merupakan salah satu kompenen
kebudayaan yang membawa maksud berlapis-lapis9. Kesenian ialah suatu ciptaan dan
penghayatan yang kreatif dan ciptaan seni adalah berbentuk benda atau bukan benda.Ciri-ciri
yang ditekankan dalam masyarakat Melayu ialah kesan kehalusan, keberukiran,
keseimbangan, keharmonian, keindahan dan ketenangan.Sumber kebudayaan Islam adalah
Al-Quran yang mana kandungannya menceritakan sistem hidup orang Islam10.

Barzanji merupakan sebuah kitab yang dikarang dalam Bahasa Arab dan pada dasarnya
mempunyai 19 penggal (bab). Terdapat dua bahagian besar dalam Barzanji iaitu Natsar dan
Nadhom. Bahagian Natsar terdiri daripada 19 sub bahagian yang mempunyai 355 untaian

9
Asas kebudayaan dan kesenian melayu, Anwar Din, 2008. pg 51
10
Mendekati Kebudayaan Melayu. Norhale.pg 115.

4
syair dengan mengolah bunyi “ah” pada setiap rima akhir. 11 Keseluruhan bahagian ini
menceritakan riwayat Nabi Muhammad S.A.W. bermula dari saat Baginda dilahirkan
sehingga masa-masa menjelang Baginda mendapat tugasan (wahyu) kenabian. Manakala
Nadhom terdiri daripada 16 sub bahagian yang mempunyai 205 untaian syair dengan
mengolah rima akhiran “nun”. Ia dikarang dalam bentuk puisi dan prosa serta qasidah yang
indah dan menarik.

Para penulis Barzanji ini terpukau dengan akhlak dan kehidupan Nabi S.A.W. Dalam
bahagian Nadhom contohnya diungkapkan sapaan kepada Baginda “Engkau mentari, Engkau
rembulan dan Engkau cahaya di atas Cahaya”.

Selain itu, penulisan karya ini dilihat diilhamkan berdasarkan alam maya, bulan,
purnama, cahaya, satwa,batu, dan lain-lain. Ia juga digabungkan bersama selawat ke atas Nabi
S.A.W.dan doa sehingga melahirkan perasaan dan kesan kepada pembacanya. Dalam pada
itu, salasilah Baginda digambarkan sebagai “Untaian Mutiara”. Asas penulisan Barzanji
adalah berdasarkan Al-Quran, Hadith dan sirah nabawiyyah dan mengolah penulisan tersebut
ke dalam bentuk madah yang lebih puitis sehingga pembacanya dapat merasakan madah yang
indah.12

Di Malaysia khasnya di negeri Johor, kitab Barzanji ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu kerana ia bertujuan untuk pembelajaran dan pemahaman terhadap kandungan
Barzanji ini. Terjemahan yang telah ditukar ke dalam Bahasa Melayu ini kebanyakannya
ditulis menggunakan tulisan Jawi. Kitab Barzanji yang telah diterjemahkan ini telah diajar dan
diperluaskan pembacaannya di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Agama Johor.

Adat dan kesenian di negeri Johor banyak dipengaruhi oleh masyarakat Jawa. Sebagai
contohnya tarian kuda kepang yang menjadi tarian tradisi yang masyhur, majlis maulid nabi,
adat perkahwinan dan sebagainya. Di Jawa terkenal dengan dakwah yang disampaikan oleh
Ulama Wali Songo yang memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat Jawa pada hari
ini. Kaedah dakwah yang disampaikan oleh Wali Songo adalah berasaskan kesenian dan
hiburan.

11
Haji Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki (2008). Amalan Barzanji Menurut Perspektif Islam.
Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah, Majlis Agama Johor, hlm.76
12
Anwar Din (2008), Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm.
121

5
2 Amalan bacaan Barzanji oleh masyarakat Melayu Johor.

Kebiasanya Barzanji di Negeri Johor dilagukan di majlis-majlis tertentu sebagai


sebuah pengharapan untuk sesuatu pencapaian yang lebih baik. Misalnya Majlis Maulid,
Berendoi, Pernikahan, Khatam Al-Quran, Berkhitan, Menyambut Kelahiran, dan Bercukur
Jambul (mencukur rambut bayi), syukuran, kematian (haul), hadhrah, dan lain-lain.

Masyarakat Melayu Johor menamakan Kitab Barzanji ini dengan nama ‘Merawi’ 13.
Kitab ini mengandungi 19 penggal dan diakhiri dengan bacaan doa Barzanji. Penulisan Barzanji ini
ada yang berbentuk syair, prosa, dan sebagainya, dengan pelbagai lagu seperti:

Jenis Lagu Maksud


Rekby Bacaan perlahan
Hejas Bacaan yang lebih keras dari rekby
Ras Bacaan yang lebih tinggi dari nadanya dengan irama yang perbagai ragam
Husein Dibaca dengan suara yang tenang
Nahwan Suara tinggi tetapi nadanya sama dengan nada ras
Masyry Suara lembut dengan berserta dengan perasaan yang dalam

Majoriti ahli Kumpulan Barzanji yang mengamalkan bacaan Barzanji di negeri Johor
adalah berusia 50-an dan ke atas. Menerusi temubual bersama ketua kumpulan barzanji dan
mengaji14, kumpulan Barzanji biasanya lebih daripada 15 orang ahli yang berumur dalam 50-
an. Tempoh bacaan Barzanji bergantung kepada masa yang diberikan untuk sesuatu majlis.
Sebagai contohnya bacaan Barzanji dalam Majlis Perkahwinan kebiasaannya tuan rumah akan
memberikan masa selama dua hingga tiga jam untuk bacaan ini. Barzanji dalam Majlis
Perkahwinan boleh dilaksanakan pada waktu malam atau siang hari (pagi). Ia bergantung
kepada tuan rumah yang menjemput kumpulan ini bagi memeriahkan majlis perkahwinan
anak mereka. Selain untuk memeriahkan majlis perkahwinan, bacaan berzanji ini juga
bertujuan agar majlis perkahwinan pengantin lebih diberkati apabila puji-pujian ke atas Nabi
S.A.W. dialunkan dalam majlis tersebut.

Selain itu, bacaan Barzanji juga diamalkan sewaktu majlis Bercukur Jambul. Majlis
Bercukur Jambul ini merupakan majlis kesyukuran ke atas kelahiran bayi dan kebiasaannya
bayi yang berusia 3 hingga 8 bulan. Sewaktu bacaan tiba di penggal ke empat, ahli Barzanji
akan berdiri dan sambil berselawat (marhaban) ke atas Rasulullah S.A.W. Pada ketika ini, ibu
bayi tersebut akan membawa bayinya bersama-sama kumpulan Barzanji. Kemudian, beberapa

13
Wawancara bersama Pn Hajah Siti Alpah bt Pekah. Ketua Kumpulan Barzanji dan Mengaji Nurul Hidayah.
14
Pn Hajah Siti Alpah binti Pekah, Kumpulan Nurul Hidayah, Felda Pemanis 2, Segamat, Johor.

6
ahli kumpulan Barzanji akan mencukur rambut bayi ini sepanjang marhaban berlangsung.
Tujuan majlis ini dilaksanakan adalah untuk meraikan kelahiran bayi di samping
membersihkan rambut bayi selepas kelahiran agar ia digantikan dengan rambut yang lebih
bersih. Dalam pada itu, bercukur rambut semasa marhaban dialunkan ia adalah bertujuan agar
bayi tersebut mendengar alunan puji-pujian ke atas Kekasih Allah dan menjadi anak yang
soleh dan solehah kelak.

3 Keunikan yang Terdapat dalam Budaya Pembacaan Barzanji Masyarakat


Melayu Johor

Budaya pembacaan Barzanji dalam masyarakat Melayu Johor dilihat mempunyai


keunikan yang tersendiri di mana terdapat beberapa proses-proses tertentu sewaktu membaca
Barzanji. Dalam proses pembacaan Barzanji ini ia meliputi dengan bacaan tasbih dan zikir-
zikir mendekatkan diri kepada Allah serta puji-pujian ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Dengan alunan tasbih dan zikir-zikir ini sekaligus meninggalkan kesan yang mendalam
kepada pembacanya kerana ia dapat mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya dan kecintaan
kepada Kekasih Allah. Proses-proses bacaan Barzanji15adalah seperti berikut:

SEBELUM BACAAN SEMASA BACAAN SELEPAS BACAAN


MULA PENUTUP
BARZANJI BARZANJI BARZANJI

Rajah 1

Sebelum memulakan bacaan Barzanji, ahli kumpulan akan menyanyikan lagu nasyid
(Qasidah) bagi mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli yang lain. Kemudian, proses bacaan
Barzanji akan dimulakan dengan salah seorang ahli membaca Penggal 1 dari Kitab Barzanji.
Setiap rangkap yang dibaca akan disambut dengan menyebut ‘Allah’ oleh ahli-ahli yang lain.
Setiap penggal akan dibaca oleh salah seorang ahli yang berbeza manakala yang lain akan
mendengar bacaan.

Seterusnya, bacaan Barzanji diteruskan sehingga Penggal 4. Pada Penggal ini semua
ahli kumpulan akan berdiri sambil memulakan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Di dalam
penggal ini terdapat rangkaian selawat (marhaban) Nabi S.A.W. Tujuan mereka berdiri kerana
memuliakan dan membesarkan Kekasih Allah S.W.T. Ulama’ sendiri memandang baik akan

15
Temubual bersama Pn Tupsiah binti Ibrahim, Ahli Barzanji, Felda Pemanis 2, Segamat. 2013.

7
amalan berdiri sewaktu berselawat sebagai melahirkan kegembiraan atas kelahiran seorang
Nabi S.A.W. pembawa cahaya dan rahmat ke seluruh alam.

Setelah selesai berselawat mereka akan kembali duduk dan meneruskan pembacaan
mereka di Penggal 4 dan penggal yang seterusnya. Pada kebiasaannya, bacaan Barzanji akan
berhenti setelah selesai bacaan di Penggal 12. Apabila selesai membaca Barzanji mereka akan
beristighfar sebanyak 9 kali dan melagukan zikir munajat serta Asma ‘Ul-husna. Akhir sekali,
Ketua Kumpulan akan membaca doa Barzanji.

4 Tindakan yang Perlu Diambil untuk Mengekalkan Tradisi Bacaan Barzanji di


Negeri Johor

Generasi muda di negeri Johor didapati tidak ramai yang menyertai kumpulan
Barzanji walaupun mereka terdedah dengan pembudayaan bacaan Barzanji ini. Hanya sedikit
sahaja daripada golongan ini yang berminat untuk menyertai kumpulan ini. Seperti Kumpulan
Nurul Hidayah16, hanya lima orang sahaja ahli kumpulan mereka di kalangan generasi muda
yang menganggotai kumpulan ini berbanding dengan ahli yang lain berusia lingkungan 50
tahun ke atas. Kekurangan penglibatan dari generasi muda amat membimbangkan kerana ia
dikhuatiri tradisi bacaan Barzanji ini akan terkubur begitu sahaja. Justeru, tindakan yang
sewajarnya harus diambil agar tradisi pembudayaan bacaan Barzanji ini tidak akan luput
kelak.

Apa yang dilihat di sini, Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama
Johor telah mengambil langkah yang amat baik yang mana Barzanji telah diperkenalkan
kepada generasi muda yang berada di peringkat sekolah. Ia dilaksanakan menerusi
pembelajaran di Sekolah Agama Johor (Sekolah Petang). Para pelajar akan mempelajari
pengisian yang terkandung dalam Kitab Barzanji kerana ia ditulis dengan terjemahan Bahasa
Melayu tetapi dengan menggunakan tulisan Jawi. Oleh yang demikian, dengan pendedahan
awal yang diberikan kepada para pelajar diharap budaya pembacaan Barzanji ini dapat
diteruskan oleh generasi ini pada masa akan datang.

Selain itu, penterjemahan kitab Barzanji amat penting supaya para pembacanya lebih
memahami makna yang terkandung dalam kitab Barzanji seterusnya memberikan kesan yang
baik kepada pembacanya. Ini kerana, dikalangan pembaca Barzanji hanya membaca kitab
yang ditulis dalam Bahasa Arab sahaja tanpa mempunyai terjemahannya. Justeru, ia amat
dukacita dan rugi kerana hanya membacanya tanpa memahami kandungannya. Oleh yang
16
Kumpulan Barzanji Felda Pemanis 2, Segamat, Johor

8
demikian, dengan membaca sesuatu dengan memahaminya maka ia akan menerbitkan rasa
yang mendalam dan kesan kepada para pembacanya.

Di samping itu, kelas-kelas terbuka untuk mempelajari lagu-lagu Barzanji juga boleh
diadakan sebagai salah satu langkah untuk menarik generasi muda untuk mempelajari lagu-
lagu Barzanji serta isi kandungan yang terdapat di dalam kitab tersebut. Kelas-kelas terbuka
ini boleh diadakan di mana-mana yang bersesuaian selain di sekolah kerana ia dapat menarik
minat generasi muda yang ingin mengetahui Barzanji kerana mereka tidak perlu mencari guru
Barzanji di kampung-kampung untuk mengajar mereka.

Dalam pada itu, pertandingan melagukan Barzanji juga boleh diadakan selain dibuka
untuk pelajar sekolah sahaja. Pertandingan seperti ini perlu dibuka kepada generasi muda
sewaktu majlis-majlis keraian iaitu Majlis Maulid Nabi kerana ia akan membuka minda
kepada para pendengar yang hadir semasa majlis tersebut berlangsung akan kehalusan bacaan
Barzanji ini.

5 Manfaat membaca Barzanji

Rasulullah S.A.W. merupakan satu tanda kebesaran Allah kerana dengan kemunculan
Baginda S.A.W. seluruh dunia dapat mengetahui tentang keesaan Allah. Dengan membaca
Barzanji ia dapat memberikan kesan positif terhadap kemantapan jiwa dan pemikiran umat
Islam. Firman Allah yang bermaksud:

Dan tiap-tiap berita dari berita para Rasul itu Kami ceritakan kepadamu (wahai
Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya.

[Surah Hud: 120]

Selain itu, dengan membaca sirah Rasullullah S.A.W. yang terdapat dalam kitab
Barzanji, ia banyak memberikan unsur-unsur pengajaran yang boleh dicontohi oleh umat
Islam pada hari ini. Di samping itu, ia juga menjadi salah satu platfom dakwah untuk
melahirkan kecintaan umat Islam kepada Allah dan Rasulullah. Dalam pada itu, membaca
Barzanji secara tidak langsung akan menjana penghayatan dan kecintaan umat Islam terhadap
sunnah Rasulullah S.A.W. Sabda Baginda maksudnya:

9
Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah aku lebih dikasihi daripada bapanya, anaknya
dan sekalian manusia.

Para sahabat saling mengingati di antara mereka tentang sirah para Nabi a.s. Baginda juga
menunjukkan kepada para sahabat agar mengingati sirah Baginda kerana sesungguhnya
Rasulullah S.A.W. merupakan manusia yang paling sempurna dan afdal.

Selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W. merupakan antara amalan terpenting yang
amat dituntut oleh Allah Ta’ala ke atas setiap mukmin. Sebagaimana firmannya:

Sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan


keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kalian berselawat
(mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.

[Surah Al-Ahzaab:56]

Selain itu juga, bacaan Barzanji ini dapat melahirkan perasaan gembira terhadap
Rasulullah S.A.W. terutamanya dalam menyebut tentang kelahirannya sebagai pembawa
rahmat ke seluruh alam. Seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran:

Katakanlah dengan kurniaan Allah S.W.T. dan rahmat-Nya, maka dengan itu mereka
bergembira, itulah yang terlebih baik dari apa yang mereka himpunkan.

[Surah Yunus:58]

Perasaan gembira yang dinyatakan oleh Allah menerusi ayat ini merupakan sebagai satu tanda
bagi melahirkan kesyukuran kepada-Nya dengan kurniaan dan rahmat pemberian-Nya.

7 Kesimpulan

Seni ritual agama dilihat banyak terdapat dalam pengisian bacaan Barzanji yang sering
disampaikan oleh masyarakat Melayu Johor. Dengan alunan lagu menerusi rangkap-rangkap
Barzanji mampu membuat pendengarnya merasai kebesaran Allah dan memuji kemuliaan
Rasulullah S.A.W. melalui sirah dan salah silah kehidupan Baginda di samping memberi
kesan yang baik kepada pembaca dan pendengarnya. Bacaan Barzanji oleh Masyarakat
Melayu Johor mengikut lima peringkat iaitu dimulakan dengan berqasidah, kemudian semasa
Barzanji tiba di Penggal 4, semua ahli kumpukan akan berdiri untuk berselawat. Seterusnya
bacaan diteruskan setelah selawat selesai dan pembacaan diteruskan sehingga penggal 12.
Akhirnya bacaan istighfar sebanyak 9 kali, zikir munajat danAsma ul-Husna Walaupun

10
generasi emas menguasai bacaan Barzanji ini, namun tindakan yang sewajarnya perlu diambil
segera supaya tradisi bacaan Barzanji tidak akan terkubur kelak. Pembudayaan bacaan
Barzanji ini perlu diteruskan dan diamalkan kerana ia merupakan amalan yang baik yang
dapat mendekatkan diri kepada sang Pencipta-Nya dan Kekasih-Nya.

Dalam arus permodenan yang serba canggih ini, masih belum banyak kajian dilakukan bagi
mengekalkan tradisi bacaan Barzanji di negeri Johor. Kajian yang lebih mendalam perlu
dijalankan bagi memastikan Barzanji tidak hilang di arus kemodenan.

Rujukan

1. Sheikh Abdullah Basmeih (1990),Tafsir A-Quran Pimpinan Ar-Rahman, Jakim dan


Darulfikir.

2. Haji Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki (2008). Amalan Barzanji Menurut
Perspektif Islam. Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah, Majlis Agama
Johor.

3. Anwar Din (2008), Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia.

4. Norhale (1985). Mendekati Kebudayaan Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5. Jabatan Perangkaan Negeri Johor (2010).

6. Haji Jamaluddin bin Hashim (1984). Barzanji Arab-Melayu. Jabatan Agama Johor.

7. Syed Ja’afar bin Ibn Al-Barzanji, tahqid Nada Farj Darwisy. Institut Pengkajian
Akademik Universiti Azhar, Markaz Ibn Al-Athar Litthurath.

8. Wawancara bersama Pn Hajah Siti Alpah binti Pekah, Ketua Kumpulan Barzanji dan
Mengaji Nurul Hidayah (30 November 2013). Felda Pemanis 2, Segamat, Johor.

11
9. Wawancara bersama Pn Tupsia binti Ibrahim, ahli Kumpulan Barzanji Nur Hidayah
(29 November 2013). Felda Pemanis 2, Segamat, Johor.

10. Wawancara bersama Pn Hajah Miskiah binti Safee, Ketua Program Sakinah, Felda
Pemanis 2, Segamat, Johor.

11. Wawancara menerusi email bersama Saudara Toharudin bin Rasid, Blogger Putra
Lapis Mahang (28 November 2013).

12

Anda mungkin juga menyukai