Anda di halaman 1dari 4

Soalan 35 : Terangkan peranan dan perlaksanaan Cukai Jizyah pada zaman Khalifah Al-Rasyidin abad

ke 7 hingga abad ke-8 Masihi.

Fakta Keterangan Catatan


Pendahuluan Jizyah berasal daripada perkataan Arab yang
bermaksud ganti rugi atau cukai perlindungan
Jizyah dianggap sebagai satu pemberian ufti oleh
seseorang individu atau kerajaan bukan Islam
kepada kerajaan Islam dan ia merupakan simbol
naungan.
Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan
oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir
zimmi sebagai balasan terhadap perlindungan
atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda
mereka.
Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir
dhimmi dikenakan jizyah,sebaliknya mereka yang
wajib mem bayar jizyah mestilah sihat fizikal dan
mental,akil balgh,berkemampuan,merdeka serta
bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
Secara amnya,jizyah terbahagi kepada dua
kategori ; Jizyah yang kadarnya ditetapkan secara
persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya
ditetapkan oleh kerajaan Islam.
Oleh itu, terdapat peranan dan perlaksanaan
Cukai Jizyah pada zaman Khalifah Al-Rasyidin abad
ke-7 hingga abad ke-8 Masihi.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 1 : Antara peranan cukai jizyah pada zaman Khalifah
Memberikan Al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 Masihi
jaminan ialah memberikan jaminan keselamatan nyawa
keselamatan dan harta.
nyawa dan harta Hal ini dikatakan demikian kerana, kewajipan
membayar jizyah akan gugur seandainya
seseorang itu menganut Islam atau kerajaan Islam
gagal memberikan jaminan keselamatan nyawa
dan harta benda orang-orang kafir zimmi.
Amalan pungutaan jizyah ini diteruskan pada
zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Contohnya,
Ketika menghantar ekspedisi bagi menyaingi
Byzantine dan Parsi sebelum peperangan
panglima Islam telah menawarkan tiga
tuntutan,iaitu menerima Islam,berperang atau
membayar jizyah.
Oleh itu, memberikan jaminan keselamatan
nyawa dan harta merupakan peranan cukai jizyah
pada zaman khalifah Al-Rasyidin.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 2 : Selain itu, meningkatkan ekonomi atau
Meningkatkan pendapatan negara.
ekonomi atau Hal ini dikatakan demikian kerana, sumber
pendapatan pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada
negara zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab berikutan
kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi
ketenteraan sama ada di Iraq,Syam,Mesir dan
sebagainya.
Contohnya, pemimpin Baitulmaqdis sendiri
mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin
Al-Khattab dengan menyatakan persetujuan
membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu
memberikan jaminan ke atas harta dan nyawa.
Oleh itu, ekonomi pada zaman pemerintahan
Khalifah Al-Rasyidin semakin meningkat dari
semasa ke semasa dan membawa banyak
perubahan dari semasa ke semasa.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 3 : Namun , terdapat pelaksanaan cukai jizyah pada
Pelaksanaan zaman Khalifah Al-Rasyidin iaitu pelaksaan cukai
cukai jizyah pada jizyah pada zaman Khalifah Abu Bakar.
zaman Khalifah Hal ini dikatakaan demikian kerana,pelaksanaan
Abu Bakar jizyah dijalankan secara meluas pada zaman
Khalifah al-Rasyidin berikutan kejayaan ekspedisi
ketenteraan dan dakwah.
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau akan
memberi tiga pilihan kepada penduduk Iraq dan
Syria iaitu memeluk Islam,membayar jizyah atau
berperang.
Contohnya,Khalifah Abu Bakar berjaya menguasai
beberapa wilayah seperti Iraq dan Syria di mana
pemimpin Kawasan tersebut bersetuju membayar
jizyah sebanyak 19 ribu dirham kepada kerajaan
Islam Madinah. Gerakan tentera Islam yang
dihantar ke Iraq dan Syria bertujuan menyaingi
kekuataan Parsi dan Byzantine.
Kesannya, kerajaan di Hirah,al-anbar dan ‘Ain al-
Tamar sanggup bernaung di bawah kerajaan Islam
apabila ditawan panglima Khalid bin al-Walid
dalam ekspedisi ke Daumat al-Jandal.Penduduk di
wilayah-wilayah berkenaan rela membayar jizyah
satu dinar setiap individu.
Oleh itu, pelaksaan jizyah pada zaman Khalifah
Abu Bakar bertujuan membiayai pembangunan
negara dan meningkatkan sumber pendapatan
negara.
Fakta Keterangan Catatan
Isi 4 : Seterusnya, pelaksanaan cukai jizyah pada zaman
Pelaksanaan Khalifah Umar bin Al-Khattab.
cukai jizyah pada Pelaksaan jizyah semakin meningkat pada zaman
zaman Khalifah pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab
Umar bin Al- berikutan kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan
Khattab seperti di Mesir,Iraq dan Syam.
Contohnya,bagi melicinkan pungutan jizyah,
Khalifah Umar mengarahkan para gabenor
melaksana dan menentukan kadar jizyah ke atas
wilayah masing-masing. Namun, untuk wilayah
penting, Khalifah Umar sendiri memberikan
persetujuan melalui perjanjian pelaksanaan jizyah
seperti ke atas pemerintah Byzantine setelah
kerajaan Islam berjaya menawan Palestin.
Pungutan jizyah dimasukkan ke dalam Baitulmal
dan dimanfaatkan untuk kepentingan negara dan
rakyat seperti membiayai kemudahan-kemudahan
awam dan membayar gaji kakitangan kerajaan
termasuklah tentera.
Penduduk Syam,Palestin dan Jordan bersetuju
membayar jizyah selepas kejayaan tentera Islam
pimpinan Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah Al-
Jarrah mengalahkan tentera Byzantine dalam
beberapa siri peperangan.
Di Syria,kadar jizyah yang dikenakan antara 1
hingga 4 dinar bergantung pada status dan
kemampuan individu.
Penduduk Qibti di Mesir yang menjemput
panglima Amru bin Al-As untuk mengusir penjajah
Rom bersetuju bernaung dan membayar jizyah
kepada kerajaan Islam Madinah dengan kadar 2
dinar setahun.
Oleh itu, di Asia Tengah, penduduk Azerbaijan
telah diberi kelonggaran untuk tidak membayar
jizyah pada tahun 22H setelah mereka ikut serta
dalam peperangan yang disertai tentera Islam.
Namun pada tahun berikutnya, mereka perlu
membayar jizyah dengan kadar tertentu.

Fakta Keterangan Catatan


Isi 5 : Disamping itu, pelaksanaan cukai jizyah pada
Pelaksanaan zaman khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali
cukai jizyah pada bin Abi Talib.
zaman Khalifah Khalifah Uthman meneruskan pelaksanaan jizyah
Uthman bin Affan berikutan Kawasan wilayah naungan kerajaan
dan Khalifah Ali Islam semakin meluas.
bin Abi Talib Contohnya, kejayaan ekspedisi menyebabkan
wilayah-wilayah seperti Tarablus,Tripoli,Nubah
dan Qairawan (Utara Afrika) menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan
Islam melalui pembayaran jizyah.
Oleh itu, wilayah berkenaan juga bersetuju
berdamai dan sebahagian penduduknya pula telah
menganut Islam.
Namun pada zaman Khalifah Ali Bin Abi Talib,
pelaksanaan jizyah pada zaman pemerintahan
Khalifah Ali agak kabur.
Situasi ini mungkin disebabkan keadaan negara
yang tidak aman,berlaku pergolakan
politik,pemberontakan dan perang saudara
seperti Perang Jamal dan Perang Siffin.
Meskipun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap
dilaksanakan. Contohnya, surat Khalifah Ali
kepada al-Aystar al-Nakha ‘i agar beliau tidak
menolak perjanjian damai yang diminta kafir
zimmi melalui pembayaran jizyah.
Khalifah Ali mewarisi wilayah taklukan dari
khalifah sebelumnya seperti Azerbaijan,Palestin
dan Jordan masih lagi menerima jizyah sebagai
balasan jaminan keselamatan harta benda dan
nyawa.
Oeh itu, namun pendapatan negara melalui jizyah
berkurangan kerana terdapat beberapa buah
wilayah enggan membayar jizyah dan
membebaskan diri daripada menjadi naungan
kerajaan Islam pusat seperti Mesir.

Kesimpulan Kesimpulannya, pelaksanaan cukai jizyah bukan


sahaja membuktikan kekuasaan kerajaan Islam
tetapi pada masa yang sama dapat meningkatkan
sumber pendapatan negara.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-
Khattab,pembangunan negara berkembang pesat
berikutan peningkatan sumber pendapatan
negara termasuk jizyah. Peningkatan sumber
pendapatan ini dikaitkan dengan kejayaan
ekspedisi ketenteraan dan kecekapan pengurusan
dana negara.
Oleh itu, sistem cukai jizyah diteruskan pada
zaman kerajaan Abbasiyah dan kerajaan-kerajaan
Islam selepasnya.

Anda mungkin juga menyukai