Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan Karangan Umum

Lengkapkan tempat kosong

Contoh 1 
‘Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.’ Isu ………………………..semakin kerap
dipaparkan melalui media massa. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini
peka terhadap isu semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta
mencari jalan penyelesaiannya. Hal ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan
……………………………………………………….. menjadi barah yang memusnahkan
kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan
………………………………………………… berlaku? 

Contoh 2 
Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu ……………………………………, isu tersebut
sering kita dengar dan baca daripada media massa. ………………………….sering berkaitan
dengan masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu,langkah-langkah/cara-cara mengatasinya
harus dilaksanakan @ Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti. 

Contoh 3 
Isu …………………………………………………….. sering diperkatakan oleh semua pihak.
Perkara ini perlu diberikan perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi
masalah …………………………………………. Sekiranya semua pihak bekerjasama, hal ini
dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah ‘Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat’. 

Contoh 4 
Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang
………………………………………………… melalui dada-dada akhbar serta media elektronik.
Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat dan juga pada peringkat
global. Pelbagai pihak telah mengambil …………………………………..yang semakin serius ini.
Peribahasa ‘Sediakan paying sebelum hujan’ wajar dijadikan pedoman individu dalam
mengatasi masalah ini. 

Contoh 5 
Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan
fenomena ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu …………………………..telah menjadi
perbualan dalam kalangan masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala
usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan
sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah. Situasi sedemikian boleh berlaku kerana
tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di
tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang ………………………………………………..
Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.

Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan
ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran
globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama,
teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan,
kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat
menemui kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan
dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan
barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar.

Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak
yang terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa
takut.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang


tiruan dapat dibanteras.

Anda mungkin juga menyukai