Anda di halaman 1dari 430

KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

1
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

LOCKDOWN

2
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Sebuah kompilasi cerpen terbitan AI DIGITAL PUBLICATION

Terbitan pertama- 2021

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan


untuk pengeluaran atau diubah kepada mana-mana bentuk atau dengan
apa jua sekalipun kecuali setelah mendapat keizinan daripada AI DIGITAL
PUBLICATION.

Kompilasi cerpen ini adalah karya fiksyen. Watak-watak yang terdapat di


dalam buku ini mahupun ilustrasi kulit luar adalah hasil karya kreatif para
penulis dan ilustrator semata-mata. Sebarang persamaan kepada orang
perseorangan sama ada yang masih hidup atau yang telah mati, peristiwa
atau kawasan, ia adalah kebetulan.

Perpustakaan Negara Malaysia Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan

KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN / HAIKAL RAZAK, NURUL SYAFIQAH, NOR


AZIZAH, ALYA AZMAN, ADLINA AISYAH, NIK NUR AMALIN, SITI NUR NAJWA,
NUR ALFARINA, NUR ALIAA NADHIRAH, DINI YAHYA, ANGEL_K20.
Mode of access: Internet
eISBN 978-967-19620-2-2
1. Malay fiction.
2. Malaysian fiction (Malay).
3. Electronic books.
4. Short stories, Malay.
I. Nik Nur Amalin. II. Nurul Syafiqah.
III. Adlina Aisyah. IV. Dini Yahya.
V. Nor Azizah. VI. Nur Alfarina.
VII. Nur Aliaa Nadhirah. VIII. Siti Nur Najwa.
IX. Alya Azman. X. Haikal Razak.
899.233010803

Pereka Kulit Novel: Adlina Aisyah Aris Kefli


Sidang editor:
1. Angel_k20 (Ketua)
2. Nabilah SZ
3. Ayin_syamyenm

Diterbit dan diedarkan oleh:


AI DIGITAL PUBLICATION

3
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

PRAKATA

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT atas keizinan


untuk menerbitkan buku kompilasi cerpen ini.
Buku ini memuatkan 10 buah cerpen hasil
daripada himpunan karya daripada 10 orang penulis.
Mereka merupakan pemenang pertandingan cerpen
Lockdown Cerpen Contest anjuran AI DIGITAL
PUBLICATION yang telah berlangsung dengan
jayanya di Wattpad pada 01 Jun 2021 hingga 14 Jun
2021.
Adalah diharapkan semoga himpunan karya ini
memberikan manfaat kepada semua pembaca dan
penulis lain dalam mencari bahan bacaan bermutu
tinggi bagi mengisi pengetahuan dan masa lapang.
Akhir sekali, kami sebagai penerbit
mengucapkan tahniah kepada semua para pemenang
atas pencapaian membanggakan ini. Selamat maju
jaya pada masa akan datang!

Penerbit.
AI DIGITAL PUBLICATION. 20 Jun 2021

4
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ISI KANDUNGAN
KATEGORI MS

AKSI/MISTERI/THRILLER
NURIN ZAHIRAH – Nurul Syafiqah Mohammad 1
Arifin
SAHMURA – Adlina Aisyah Aris Kefli 47
ADEINA – Nik Nur Amalin Nik Mohd Zulkifli 93
MENCARI BAYANGMU – Nur Alfarina Pirdaus 143

CINTA/ROMANTIK KOMEDI
5 SYARAT CINTA- Nor Azizah Yusof 180
MENCARI CINTA- Nurul Dini Yahya 222
MAMAT ISTANBUL CELUP- Alya Azman 266

KEHIDUPAN
HAK – Muhammad Haikal Abd Razak 309
SYURGA YANG BERDOSA- Siti Nur Najwa 353
Baharudin

FANTASI
ASTEROPE: PEWARIS TERAKHIR POISON 379
DRAGON- Nur Aliaa Nadhirah Adnan

ADA APA DENGAN KARYA 414

5
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

NURIN ZAHIRAH
NURUL SYAFIQAH MOHAMAD ARIFIN
(AKSI THRILLER MISTERI)

KILAT sabung-menyabung memancarkan


cahayanya di seluruh jagat raya. Serentak
dengan itu, guruh yang berdentum kuat
kedengaran. Atap rumah berdenting begitu
bingit. Angin bertiup kencang. Berpusar di
sekeliling pepohon renek yang melambai-
lambai mengikut arah angin. Malahan, angin
kencang seakan-akan mengetuk tingkap yang
tertutup rapat. Cuaca buruk pada malam itu
turut memberikan gambaran yang sangat
menggerunkan di sebuah rumah agam.
Jeritan bergema di segenap ruang. Dua
orang anak kecil yang bersembunyi di dalam
almari menggigil ketakutan. Air mata merembes
laju ke pipi bagaikan air sungai yang mengalir
tiada hentinya. Mereka saling berpelukan

1
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

antara satu sama lain. Sesekali, bunyi papan


lantai berderit menusuk corong telinga.
Tangisan si adik kian berlagu sayu. Degupan
jantung seakan-akan gendang yang dipalu
kuat. Nafas keduanya semakin tidak teratur
ditambahkan pula dengan ruangan yang sempit
di dalam almari.
“Kakak… a… adik takut. Adik tak… nak
mati… lagi,” lirih si kecil yang berusia lima
tahun. Bibirnya menggeletar. Pandangannya
yang kabur dengan air mata memandang wajah
kakaknya. Mengharap agar kakaknya
mempunyai buah fikiran untuk mereka
meloloskan diri daripada sebuah kekejaman.
“Kita… akan keluar… dari sini! Kakak
janji!” bisik si kakak seraya memeluk erat tubuh
adiknya. Suaranya bergetar. Melalui lubang
pintu almari yang sedikit terbuka, anak matanya
dapat melihat sepasang kaki yang sudah
mengelilingi bilik tersebut. Titisan-titisan darah

2
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mengalir di tangan si figura misteri. Tangannya


sedang menggenggam sebilah pisau yang
berlumuran dengan darah.
“Jangan takut! Mama cuma nak
selamatkan kita bertiga. Kakak, adik… ke
marilah dengan mama. Mama sayangkan
kakak dan adik. Mama tak akan sakitkan kau
orang berdua. Lekas! Kita kena keluar dari
rumah ni secepatnya!” tegas si figura yang
menggelarkan dirinya sebagai ‘mama’. Anak
matanya melingas memandang sekeliling bilik
anak-anaknya. Sesekali, air mata yang
mengalir ke pipinya yang memar dikesat kasar.
Darah sudah mengotori wajah wanita berambut
panjang itu.
“Mama penatlah nak main sorok-sorok.
Cepatlah keluar!” kata wanita berpakaian serba
hitam itu lagi. Punggungnya dilabuhkan di birai
katil anaknya. Keluhan berat terlepas dari bibir.
Dia lelah dengan situasi menegangkan

3
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sebentar tadi. Patung beruang berwarna coklat


dicapai. Tiba-tiba, tergaris senyuman sinis di
bibir wanita itu. Pisau yang berada di
genggamannya lantas diangkat tinggi. Tatapan
matanya yang kosong tunak merenung kepala
patung beruang milik anaknya.
Beberapa saat kemudian…
Tangan wanita itu terus-menerus
menikam patung beruang kesayangan milik
anaknya. Serentak dengan itu, segala memori
pahit menerjah ruang memori. Nafasnya sudah
turun naik melepaskan amarah yang membakar
dinding hati. Wajah seorang lelaki berwajah
bengis dan menenangkan silih berganti
berlayar di kotak ingatan. Saat emosinya
semakin mendominasi fikiran, tangannya
semakin laju mencarik-carik kapas yang
terdapat di dalam patung beruang pula.
Sesekali, tawanya terletus bersama dengan
linangan air mata.

4
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Seketika, tawanya berganti pula dengan


esakan sayu. Tangannya yang berlumuran
dengan darah menggeletar. Patung beruang
yang sudah hancur ditikam dibuang ke atas
lantai. Wanita itu bangun dari duduknya. Dalam
keadaan longlai, langkah diatur keluar dari bilik.
Anak matanya yang berubah sayu tiba-tiba
tertancap ke arah sebuah almari kayu. Nafas
panjang dihela.
“Kakak…”
Melihatkan bahaya berada di depan
mata, si kakak terus meraba-raba alat yang
boleh dijadikan sebagai senjata. Bahunya juga
sudah terhinggut-hinggut akibat ketakutan. Di
hadapan mereka saat ini bukan lagi ibu mereka
yang lembut dan penyayang! Apa yang tinggal
hanyalah seorang wanita yang sudah menjadi
jelmaan algojo.
“Aku cakap keluar!”
Serentak dengan jeritan wanita itu, masa

5
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

seakan-akan berhenti berputar buat seketika.


Anak matanya melotot melihat wajah dua orang
kanak-kanak yang sudah berpelukan antara
satu sama lain. Tangisan si adik semakin
kedengaran kuat. Si kakak pula sudah meluru
seraya memukul wanita itu dengan kayu besbol
di tangan. Dia cuba memberanikan dirinya demi
menyelamatkan nyawa adiknya! Dia juga sudah
lelah dengan penderitaan di dalam rumah agam
itu.
Dia tidak minta dilahirkan dalam keluarga
yang keji seperti itu!
“Kau nak jadi macam bapa dan abang tiri
durjana kau? Hah! Baik! Aku akan hantar kau
sekali dengan mereka!” jerkah wanita itu. Tiada
langsung empati dalam dirinya tatkala melihat
anak berusia lapan tahun sedaya upaya
melawannya daripada kekejaman. Syaitan
sudah merasuki minda wanita yang bergelar
seorang ibu itu. Tiada lagi rasa sayang yang

6
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tertanam di sudut atmanya.

PELBAGAI ragam para penghuni yang berumur


dalam lingkungan empat hingga 17 tahun
kelihatan di sebuah ruangan makan. Ada yang
sedang berbual di meja makan sambil
menikmati juadah makan malam.
Sesetengah daripada mereka masih
beratur dengan tertib. Menunggu giliran untuk
mengambil makanan yang dihidangkan oleh
Mak Intan. Tukang masak di Rumah Anak
Yatim Seri Impian. Sesekali, kedengaran gelak
tawa sekumpulan kanak-kanak yang sedang
berlari menuju ke ruang makan. Berlumba
untuk mengambil hidangan masing-masing.
Zahirah yang bertugas memantau para
penghuni pada malam itu terus mengira jumlah
anak jagaannya. Memastikan kesemua mereka
menikmati hidangan makan malam untuk

7
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mengelakkan keciciran. Sesekali, seulas


senyuman terukir di bibir Zahirah. Ramah
melayani anak-anak yang menegurnya.
Hari ini, sudah masuk tujuh bulan Zahirah
bekerja sebagai penjaga rumah anak yatim.
Selama tujuh bulan itu jugalah, Zahirah masih
cuba menyelesakan dirinya di tempat kerja
baru. Dek kerana sifatnya yang tertutup,
bekerja di dalam kelompok sudah tentunya
memberikan konflik dalaman kepada gadis itu.
Namun, Zahirah cuba untuk bersikap lebih
profesional.
“Nanti dah siap makan, akak nak semua
masuk bilik. Jangan ada yang bermain lagi.
Esok kena bangun awal. Dah mula hari
persekolahan yang baru. Siapa lambat, akak
denda,” tegas Zahirah. Gadis itu sudah siap
mengira bilangan penghuni di ruang makan. Air
mukanya sedikit tegang menandakan dia
sedang bertegas.

8
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Kalau nak baca komik boleh tak akak? Is


nak habiskan bacaan komik sebelum masuk
sekolah. Nanti mesti mak rampas komik Is
kalau dah mula sekolah,” tanya Iskandar.
Komik Lawak Kampus yang berada di
genggamannya diangkat lalu ditayangkan di
hadapan Zahirah.
“Tak boleh! Ini arahan...”
Tak semena-mena, Zahirah kematian
diksi tatkala anak matanya tertancap ke arah
satu susuk tubuh berbadan kecil yang berdiri
tegak di belakang sekelompok penghuni.
Dahinya terus dilapisi dengan kerutan. Aneh
melihat figura yang hanya berdiri statik di
bawah lampu yang malap.
Intuisi Zahirah mula berasa tidak enak.
Manakan tidak, sepanjang dia berkhidmat di
rumah itu, budak perempuan itu sering saja
menjadi orang terakhir yang muncul. Seolah-
olah diletakkan di ruang isolasi dan

9
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menyebabkan Zahirah jarang menemuinya.


Lantas, Zahirah menghampiri. Mahu
melihat dengan lebih jelas gerangan di sebalik
figura tersebut.
“Adik, sinilah makan sama-sama. Kak
Zah jarang nampak adik,” ujar Zahirah.
Tangannya sudah membuat isyarat memanggil
si anak kecil bergaun merah jambu.
Namun, sepantas kilat, anak kecil itu
melarikan dirinya. Seakan-akan Zahirah
merupakan sebuah ancaman terhadap gadis
berusia dalam lingkungan lima tahun itu. Tapak
kakinya yang sudah berlari di atas tangga kayu
membingitkan suasana buat seketika.
Nafasnya turun naik tatkala perasaan takut
menjalar di ruang hati si anak kecil.
“Hei, tunggu! Akak tak akan apa-apakan
awaklah. Jangan takut!” tegas Zahirah. Aneh
melihat si gadis kecil melarikan diri. Tidak mahu
dinding hatinya terus berteka-teki, langkah

10
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

terus diatur membuntuti si anak kecil yang


sudah berada di tingkat atas. Sesekali, Zahirah
berpapasan dengan penjaga di rumah anak
yatim itu. Masing-masing kaget melihat Zahirah
yang kelihatan kelam kabut.
“Kakak… tolong!”
Tiba-tiba, lolongan yang kedengaran
membibitkan rasa cemas di atma Zahirah.
Ketenangannya diragut sekelip mata. Tangisan
si gadis kecil yang sudah pecah benar-benar
menimbulkan debaran di jantung gadis itu.
Manakan tidak, baru saja sebentar tadi
suasana begitu tenang. Kali ini, ada pula suara
lolongan seorang gadis kecil.
“Jangan bunuh adik! Adik… minta maaf
mama. Adik janji… adik… tak akan nakal lagi.
Adik… dengar… cakap mama!” lirih si gadis
kecil. Seakan-akan merayu agar dirinya tidak
dicelakai oleh insan bergelar ‘mama’. Suaranya
juga kedengaran bergetar sayu.

11
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Tatkala itu juga, langkah Zahirah semakin


perlahan. Anak matanya dipusatkan ke
sekeliling tingkat atas. Rayuan si gadis kecil
benar-benar meruntun hati Zahirah. Barulah
mindanya dapat menafsirkan bahawa gadis
kecil itu sudah tentunya mempunyai trauma
yang mendalam sehingga takut tatkala dirinya
dipanggil sebentar tadi.
Sebaik saja Zahirah menaiki anak tangga
yang terakhir, anak matanya tunak memandang
si gadis kecil yang sudah berlindung di bawah
sebuah meja bersaiz lebar. Wajahnya pucat tak
berdarah. Tubuhnya menggeletar. Kedua belah
lututnya dirapatkan ke dada bersama esakan
sayu. Sungguh, melihatkan itu, tubir mata
Zahirah mula terasa hangat. Dinding hatinya
berkecamuk. Simpati dengan keadaan gadis
kecil itu.
“Adik… Kak Zah tak akan sakiti adik. Mari
sini… dekat dengan kakak. Kita makan sama-

12
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sama ya,” pujuk Zahirah seraya


membongkokkan tubuhnya. Secangkir
senyuman terukir di bibir gadis bertudung bawal
biru itu.
Gadis kecil yang masih teresak-esak
hanya memandang wajah Zahirah. Sentuhan
Zahirah yang lembut seakan-akan memujuknya
bahawa keadaan selamat. Intuisi gadis kecil itu
menyatakan bahawa Zahirah bukanlah ibunya
yang kejam. Namun, masih saja ada syak
wasangka yang memacu dinding hati kecilnya.
Sehinggakan, anak matanya melingas
memandang sekeliling. Takut kalau-kalau
ibunya yang kejam muncul kembali.
“Siapa nama adik?” soal Zahirah lagi. Dia
sudah menjatuhkan lututnya sambil
mengenggam tangan si gadis kecil.
“Nu… Nurin,” jawab Nurin dengan suara
yang bergetar.
“Nurin umur berapa?”

13
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Lima tahun.”
Melihat Nurin semakin menunjukkan
respons yang baik memberikan kesenangan
dalam diri Zahirah. Pujukannya berhasil.
Lantas, tangan Nurin ditarik lembut. Lambat-
lambat, Nurin merangkak keluar dari bawah
meja. Nurin benar-benar merasakan dirinya
selamat tatkala melihat raut wajah Zahirah yang
menyenangkan. Seakan-akan kakaknya
berada di depan mata dan melindunginya dari
marabahaya.
“Kakak tak akan tinggalkan Nurin, kan?”
soal Nurin sambil mengesat air matanya.
Bahunya sudah terhinggut-hinggut sambil
teresak-esak. Entah mengapa melihat wajah
Zahirah membisikkan kerinduan di atma gadis
itu terhadap kakaknya.
Zahirah mengusap lembut rambut
pendek Nurin. Wajah Nurin ditatap
sedalamnya. Wajah polos yang sedang

14
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menanggung derita itu benar-benar


membibitkan rasa sayang dalam diri Zahirah.
Namun, belum sempat Zahirah memeluk tubuh
Nurin, rambutnya yang terlindung dengan
tudung terus dicengkam dari belakang. Zahirah
yang kaget terus mengadu kesakitan.
“Bangun atau aku bunuh budak tu!” bisik
si figura dari belakang. Suaranya dingin tanpa
intonasi. Ada sebilah pisau diacukan di
pinggang Zahirah.
“Mama! Jangan sakitkan kakak. Adik janji
adik…”
“Diam!” jerkah si penyerang sambil
menekankan lagi mata pisau ke pinggang
Zahirah.
Suasana yang hiba menjadi tegang buat
seketika. Hanya bunyi keriuhan di tingkat
bawah saja kedengaran. Saat itu, jantung
Zahirah berdebar kencang. Dari ekor mata, dia
dapat melihat wajah seorang figura serba hitam

15
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang dipanggil sebagai ‘mama’. Rintik-rintik


peluh sudah merecik di dahi gadis itu. Seluruh
wajah Zahirah turut membahang panas dek
debaran yang semakin dipalu kuat.
“Kau… nak… apa daripada aku?” soal
Zahirah cuba berkompromi dengan
penyerangnya. Mahu menjerit, Zahirah tahu
bahawa tindakan tersebut akan merisikokan
dirinya dan Nurin. Penyerang itu bersenjata.
Zahirah pula bertangan kosong. Sudah
pastinya penyerang akan mendominasi sebuah
perlawanan.
“Aku… nak kau…”
Si penyerang jeda.
Bibirnya terherot sinis. Anak mata pisau
ditekankan lagi ke pinggang Zahirah. Sorotan
mata helangnya memandang Nurin yang sudah
kembali menggigil ketakutan. Bibir didekatkan
ke telinga Zahirah. Bisikan-bisikan halus terus
menusuk gegendang telinga Zahirah. Ada

16
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mesej yang tersirat di sebalik omongan si


penyerang. Mesej berbaur ancaman.
Sebelum akhirnya…
“Kakak!”
Tubuh Zahirah akhirnya rebah tatkala
pisau ditusuk ke pinggangnya. Darah mengalir
deras di pinggang gadis tinggi lampai itu.
Dahinya berkerut menahan sakit yang bukan
kepalang. Nafasnya sudah terasa sesak di
dada. Zahirah mahu menjerit. Namun, mulutnya
seakan-akan dikunci rapat. Kenapa saat ini
para penghuni tidak muncul dan menyedari ada
penyerang di rumah itu? Seakan-akan tangisan
Nurin tiada kepentingannya.
“Aku nak kau mati! Budak ni… aku ambil
balik. Ini anak aku!” jerkah wanita berselubung
hitam itu lantas menarik Nurin keluar dari
tingkat atas melalui balkoni rumah.
Dengan kudrat yang masih tersisa,
Zahirah merangkak sambil menekup

17
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pinggangnya dengan tangan. Cuba


menghalang si penyerang daripada menculik
Nurin. Tangannya sudah terketar-ketar ingin
mengenggam kaki penyerangnya. Malangnya,
kesakitan yang kian menyucuk membejatkan
tindakan Zahirah. Pandangannya juga semakin
lemah sebelum Zahirah rebah dengan darah
yang semakin mengalir deras bagaikan tiada
hentinya.
Sayup-sayup, hanya suara Nurin
meminta tolong saja yang menyapa deria
pendengaran Zahirah. Ke manakah penghuni
rumah tatkala Nurin dalam bahaya? Keanehan
apakah ini tatkala tiada seorang pun yang
mendengar rintihan anak kecil itu? Seolah-olah
Nurin merupakan halimunan saja. Entah,
Zahirah tidak tahu. Terlalu banyak persoalan
menujah kotak fikirannya saat ini.

18
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“MACAM mana boleh jadi begini? Kenapa


puan sebagai pengetua tak ambil kisah pasal
kebajikan pekerja puan? Hari tu… Zah kata
masa dia dalam perjalanan ke rumah anak
yatim, dia rasa macam ada yang ekori dia dari
jauh. Dah berkali-kali dia mengadu perkara
yang sama dekat saya. Tapi, dia berdegil. Tak
nak laporkan perkara ini kepada puan dan
pihak polis! Sekarang, tengok apa yang dah
jadi? Sebab kecuaian pihak puan, adik saya
hampir mati!”
Puan Kamilah hanya mampu berdiri statik
tatkala Ghazi melemparkan aksara kemarahan
kepadanya. Sesekali, wajah pucat Zahirah
yang hanya tersandar lemah di belakang katil
ditatap. Ada pancaran tidak puas hati terserlah
di raut wajah wanita itu. Manakan tidak, kerana
Zahirah, air mukanya pula tercalar di dalam
wad. Beberapa orang pesakit yang berada di
sekitar Zahirah juga sudah menumpukan

19
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

perhatian kepada dirinya. Persis seorang


pesalah yang menunggu sebuah hukuman.
“Ghaz, dahlah tu! Bukan salah…”
“Kau diam! Sebab kau suka sangat jaga
perasaan orang lain, kau dicelakakan sampai
macam tu,” pintas Ghazi. Suaranya masih naik
seoktaf. Jari telunjuk dihalakan di hadapan adik
angkatnya. Sudah tentunya Ghazi risau melihat
Zahirah dicederakan oleh seseorang! Zahirah
sajalah ahli keluarga yang dia punya setelah
kematian ibunya dua tahun yang lalu.
“Hah sambung! Zahirah kata, ada budak
dalam rumah tu kena culik…”
“Apa yang encik merepek ni? Budak
mana? Jangan nak main-main dengan benda
yang tak betul boleh tak? Ada bukti ke yang
menyatakan Zahirah diserang? Ada bukti yang
menyatakan ada budak kita orang yang
diculik?”
Kali ini, Puan Kamilah mula bersuara.

20
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Julat suaranya meninggi. Dia tidak betah


disalahkan di atas perkara yang tiada buktinya.
Sorotan matanya tertancap ke wajah Zahirah
pula. Jelas, ada kerutan di dahi gadis itu.
Seakan-akan kaget dengan soalan bertalu-talu
yang meluncur keluar dari mulutnya. Entah
mengapa, intuisi Puan Kamilah merasakan
tidak senang melihat wajah Zahirah. Adakah
pekerja barunya ini sedang mereka cerita?
“Puan, saya nampak dengan mata saya
sendiri yang Nurin diculik. Saya tak tahu
kenapa kau orang tak dengar dia menangis
minta tolong. Puan tak nampak ke yang balkoni
dekat tingkat atas tu terbuka? Puan tak sedar
ke ada budak yang hilang dekat rumah tu?
Saya tak fahamlah kenapa puan seolah-olah
bertindak macam yang Nurin tu tak wujud!” kata
Zahirah pula. Sungguh, kerisauannya sudah
semakin berada di kemuncak. Entah mengapa
sejak kebelakangan ini, Zahirah merasakan

21
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bahawa seseorang sedang menyelinap masuk


ke dalam rumah tersebut.
Ternyata, intuisi Zahirah benar. Dia
sendiri yang menjadi saksi kejadian Nurin
diculik.
“Zah dah makan ubat ke belum
sebenarnya ni?” soal Puan Kamilah tiba-tiba.
Nada suaranya berubah dingin tatkala
kesabarannya semakin sirna.
“Puan nak cakap adik saya tak waras ke?
Ya, memang adik saya depression survivor.
Dulu dia pernah nampak benda yang tak wujud!
Berhalusinasi! Tapi sejak dia dah tamat belajar,
dia tak perlu bergantung dengan ubat-ubatan
lagi,” tegas Ghazi. Dinding hatinya semakin
bergelegak panas. Giginya sudah dikacip
menahan amarah. Dek kerana kemarahannya
itu jugalah dia tidak kisah dengan sekeliling lagi.
Mendengarkan itu, Zahirah jadi bingung.
Pandangannya terus dialihkan daripada

22
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

memandang wajah Puan Kamilah. Meja yang


kosong menjadi tatapannya. Serentak dengan
itu, ruang minda mula memproses kejadian
buruk yang menimpanya semalam. Kalau ini
halusinasi, kenapa dia bisa terlantar akibat
ditikam?
“Okey! Kita tengok jawapan siapa yang
betul. Zah, saya balik dulu. Pastikan kamu
betul-betul dah sembuh baru kamu bekerja
dengan saya semula. Saya tak nak
dipersalahkan atas kesilapan kamu sendiri,”
tegas Puan Kamilah. Keluhan berat terlepas
dari bibirnya. Berhadapan dengan Ghazi yang
panas baran hanya bisa memarakkan lagi api di
sudut atmanya.
Sepeninggalan Puan Kamilah, Ghazi
kembali menghampiri Zahirah yang kelihatan
keruh. Pelipisnya dipicit sebelum duduk
dilabuhkan di sisi adik angkatnya. Senyuman
tawar terukir di bibir pemuda berambut panjang

23
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

paras bahu itu. Nafas panjang ditarik lalu dihela


perlahan-lahan. Menenangkan dirinya yang
masih diserang amuk.
“Aku dah banyak kali jumpa Nurin.
Kenapa dia orang tak pernah sedar kehadiran
Nurin dalam rumah tu? Memang, Nurin
bermasalah. Tapi…”
Zahirah jeda.
Kepalanya digelengkan dengan layanan
dingin penghuni Rumah Anak Yatim Seri
Impian terhadap Nurin. Selama tujuh bulan
Zahirah bekerja, Nurin sering saja dipulaukan.
Bila Zahirah bertanya, ada saja alasan yang
tidak munasabah diberikan kepadanya.
“Kau jangan dekat dengan budak tu. Dia
membahayakan!”
“Aku tak tahan nak hadap Nurin. Sebab
dia… aku nyaris mati engkau tahu.”
Bermacam-macam lagi lontaran kata
yang membuatkan Zahirah keliru. Saat ini,

24
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Puan Kamilah pula bertindak seakan-akan


Nurin tidak pernah wujud di rumah itu. Oh
sungguh, kusut benar fikiran Zahirah mahu
memikirkan gerangan seorang Nurin.
“Kau rehatlah dulu. Kau masih belum
pulih. Jangan risau pasal Nurin. Aku akan
tolong selagi aku mampu. Kalau dia orang dah
hapuskan bukti, aku boleh cari bukti yang baru.
Aku yakin, ini bukan halusinasi. Kalau
halusinasi kau, kenapa kau boleh cedera? Betul
tak?” kata Ghazi. Meyakinkan Zahirah bahawa
semuanya bukan halusinasi. Segelas air sejuk
dihulurkan kepada Zahirah bagi menenangkan
kegusaran hati gadis itu.

“KAK, sampai bila kita nak rahsiakan hal yang


sebenar daripada Zahirah? Dia berhak tahu
siapa Nurin. Saya dah tak nak menipu lagi.
Saya rasa tak sedap hati selagi dia tak tahu

25
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

siapa Nurin.”
“Betul kak. Dah masuk tujuh bulan dia
kerja. Takkan kita masih nak berahsia? Kesian
pula tengok dia asyik tertanya-tanya.”
“Tertanya-tanya sampai tercedera pula
tu. Nasib baik luka dia tak dalam. Mahunya kita
jadi suspek kalau luka tu buat dia masuk ICU
atau paling teruk dia mati katak terus.”
Puan Kamilah menampar lengan Izzati
yang lancang. Boleh pula gadis berambut ikal
mayang itu memperlekehkan kecederaan
Zahirah. Wanita itu bangun dari duduknya.
Langkah diatur menuju ke tingkap ruang tamu.
Kelihatan, sekumpulan kanak-kanak sedang
khusyuk duduk di taman mini rumah sambil
mendengar Zahirah bercerita. Segaris
senyuman terukir di bibir Puan Kamilah.
Senang hati melihat Zahirah kembali sihat.
“Belum masanya untuk dia tahu siapa
Nurin. Apa yang penting sekarang, jangan

26
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pernah anggap Nurin wujud dalam rumah ini.


Budak tu… hanya akan memberikan ancaman
kepada Zahirah saja,” kata Puan Kamilah
seraya kembali kalih memandang para penjaga
Rumah Anak Yatim Seri Impian.
Izzati, Liana dan Haifa sudah terkelu
dengan keputusan pengetua. Mereka sudah
saling berpandangan dengan wajah yang tidak
berpuas hati. Sudah tentunya mereka tidak
senang dengan keputusan Puan Kamilah!
Mereka penat untuk menipu walhal kebenaran
itu lebih penting daripada sebuah penipuan.

USAI menidurkan anak jagaannya, Zahirah


melangkah keluar dari kamar yang
menempatkan penghuni perempuan. Lampu
ditutup. Memberikan keselesaan kepada
mereka. Jam di pergelangan tangan dikerling.
Sudah pukul 9.30 malam. Itulah rutin seharian

27
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Zahirah sebelum dia pulang ke rumah dengan


menaiki sebuah skuter hadiah pemberian
Ghazi.
Tatkala teringat akan si pemilik nama,
Zahirah mengeluh berat. Langkah diatur
menuju ke balkoni yang menjadi tempat Nurin
diculik. Angin malam yang menerobos masuk
melalui tingkap menyapa wajah si gadis berkulit
kuning langsat. Serentak, omongan Ghazi
semalam berlayar di ruang memori.
“Nama Nurin tak pernah wujud dalam
rumah tu. Dalam erti kata lain, kehadiran Nurin
sama sekali tak didaftar sebagai penghuni
rumah anak yatim. Aku dah cari pasal Nurin
berdasarkan dokumen yang kau bagi dekat
aku. Bukan tu saja, aku ada bertemu dengan
rakan sekerja kau. Dia orang kata… Nurin tak
pernah wujud dalam rumah. Aku siap pergi
sekolah budak-budak tu lagi tanya pasal Nurin.
Tapi dia orang kata, tak ada murid yang

28
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bernama Nurin. Aku tak nak cakap macam ni


tapi… mungkin betul apa yang Puan Kamilah
kata. Kau perlu makan ubat.”
Zahirah mengepal penumbuknya tatkala
omongan Ghazi membakar amarah di ruang
hati. Jadi, Ghazi juga mahu mengatakan
bahawa dia masih belum sembuh daripada
depresi. Tidakkah mereka lihat bahawa
seorang Zahirah sudah bisa keluar daripada
sebuah kegelapan? Sungguh, Zahirah kecewa
dengan orang sekeliling yang seolah-olah tidak
mempercayai dirinya. Kalau benar dia
berdelusi, siapa yang sudah mencelakainya
dahulu?
Lamunan Zahirah terbejat tatkala anak
matanya tertancap ke arah Puan Kamilah yang
sedang berbincang bersama seorang figura
serba hitam di pagar rumah. Wajah wanita itu
kelihatan tegang. Intuisi Zahirah mula terasa
tidak enak dengan perbincangan tersebut.

29
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Manakan tidak, melihat susuk tubuh figura itu


membuatkan memori Zahirah mengimbas
kejadian dia ditikam. Dari ketinggian dan
pakaiannya, menunjukkan orang yang sama!
Serta-merta, Zahirah merasakan dirinya
diancam bahaya tika ini.
“Kakak…”
Suara lirih dari belakang menyentak
Zahirah dari ketakutan. Kepala dikalih
memandang si figura. Saat itu juga, tubir mata
Zahirah terasa hangat melihat wajah pucat
Nurin. Dia kaget. Keadaan Nurin yang comot
meluluhkan hati Zahirah.
“Macam mana… Nurin…”
“Kakak… Nurin takut. Nurin rasa dia
orang bencikan Nurin. Mesti dia orang nak
bunuh Nurin,” jelas Nurin. Dia mula teresak-
esak dengan tubuh yang menggigil ketakutan.
Zahirah kehilangan diksi. Pelbagai tanda
tanya semakin bermain di benak fikirannya.

30
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Tetapi, Zahirah tiada masa untuk


memikirkannya memandangkan keselamatan
Nurin lebih penting. Malahan, pertemuan Puan
Kamilah bersama figura misteri itu
menambahkan kegusaran Zahirah. Dia benar-
benar merasakan dirinya dan Nurin diancam!
Bagaikan sebuah sumpahan tatkala Zahirah
lebih mempertahankan Nurin saat ini.
“Ikut kakak!”

WAJAH polos Nurin yang sedang menjamah


sarapan pagi ditatap sayu. Sesekali, Zahirah
tersenyum tawar. Membalas senyuman Nurin
yang kelihatan ceria semenjak gadis kecil itu
tinggal bersamanya. Zahirah bertekad untuk
melindungi Nurin yang sudah dianggap seperti
seorang adik. Kalau Ghazi tidak mahu
membantu, Zahirah tidak kesah. Dia bisa
bertindak tanpa sebarang bantuan.

31
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘Mustahil ini delusi aku. Nurin wujud. Dia


orang tu yang tipu Ghazi sampai Ghazi
berpihak kepada mereka!’ desis hati Zahirah.
Telefon pintar yang kembali bergetar di atas
meja hanya dipandang kosong. Silih berganti
Ghazi dan Puan Kamilah menghubunginya.
“Kakak sayang Nurin?” soal Nurin polos.
Langkah diatur menghampiri Zahirah yang
sedang duduk di atas sofa.
“Mestilah. Nurin kan adik kakak. Mulai
hari ini, Nurin tinggal dengan kakak. Tak payah
tinggal dekat rumah tu lagi. Kakak akan selalu
jaga dan lindungi Nurin sampai bila-bila,” jawab
Zahirah sambil mengesat pipi Nurin yang comot
dengan coklat.
Segaris senyuman terukir di bibir Nurin.
Tubuh Zahirah terus didakap erat. Melihat sifat
manja Nurin membibitkan rasa senang dalam
diri Zahirah. Ubun-ubun Nurin diusap lembut.
Namun, kesenangan mereka hanya seketika

32
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

cuma tatkala pintu rumah Zahirah diketuk dari


luar. Keluhan berat lantas terlepas dari bibir
Zahirah.
“Assalamualaikum, Zahirah! Aku tahu kau
ada dekat dalam. Buka pintu ni. Tolonglah
jangan lari daripada aku. Ada sesuatu yang aku
nak cakap dekat kau,” rayu Ghazi dengan suara
naik seoktaf. Sesekali, pandangannya
menerawang ke sekeliling kejiranan Zahirah.
Sedar bahawa dia bertindak bingit.
“Zahirah! Buka…”
Ghazi kematian diksi tatkala pintu dibuka
dari dalam. Nafas panjang dihela tatkala
sorotan matanya memandang wajah tegang
Zahirah. Hampir dua minggu gadis itu
menyembunyikan diri. Sudah tentunya Ghazi
khuatir dengan keadaan adik angkatnya.
Manakan tidak, Zahirah itu amanah yang sudah
dititipkan oleh arwah ibunya.
“Zah, kau okey?”

33
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Zahirah hanya berpeluk tubuh sambil


memandang Nurin yang berdiri di sisinya.
Rajuknya kepada Ghazi masih belum hilang.
Sewenangnya saja abang angkatnya
beranggapan yang sama dengan Puan
Kamilah. Walhal, bukan mudah Zahirah
berusaha keluar dari kegelapan yang
diciptakan selama bertahun-tahun!
“Kau merajuk…”
“Kau nak apa sebenarnya? Cepat cakap.
Aku nak bawa Nurin ke klinik. Dia tak berapa
sihat hari ini. Demam. Jadi, jangan buang masa
aku,” pintas Zahirah.
Secangkir senyuman meniti di bibir Ghazi
tatkala Zahirah menunjukkan respons. Entah
bagaimana dia mahu menyampaikan butir
bicaranya kepada Zahirah tatkala gadis itu
masih berdingin. Namun, kalau itu rentak
Zahirah, maka Ghazi bertekad untuk menurut
kemahuan gadis itu. Masalah Zahirah harus

34
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

diselesaikan dengan segera.


“Aku hantarkan? Kesian dekat Nurin
kalau dia berpanas. Boleh kan?”
Tak semena-mena, Zahirah tertawa sinis
dengan pelawaan Ghazi. Hatinya tercuit lucu
dengan omongan pemuda berkemeja kotak-
kotak berwarna merah. Sorotan matanya
terhadap Ghazi semakin sinis. Seakan-akan
mengejek pemuda yang membuatnya kecewa.
“Nurin tak wujud…”
“Apa pula tak wujud? Sebelah kau tu
Nurin. Kan? Okey, aku minta maaf sebab aku
anggap kau yang salah. Tapi hari ini… aku dah
nampak yang kau betul. Aku cuma keliru bila
tak ada bukti mengenai penyerang kau,” pintas
Ghazi. Nada suaranya kedengaran lemau
tatkala rasa bersalah kian menujah kotak hati.
Mendengarkan itu, Zahirah hanya
mampu memandang wajah Ghazi. Tangannya
masih ligat mengelus lembut ubun-ubun Nurin.

35
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Mereka bukan saja tidak mempunyai bukti.


Malahan, laporan polis yang sudah dibuat
seakan-akan dipandang enteng saja. Zahirah
jadi buntu. Disebabkan itu, dia bertekad untuk
bertindak tanpa sebarang bantuan. Namun,
Ghazi pula yang muncul menjadi hero. Tugas
yang sering dilakukan oleh Ghazi ketika
Zahirah dilanda masalah.

PERBUALAN Nurin dan Zahirah di dalam


kereta menceriakan suasana. Gelak tawa
Zahirah hanya mampu membuatkan Ghazi
yang sedang memandu tersenyum senang.
Sudah lama Ghazi tidak melihat Zahirah
tertawa semenjak kematian ibu mereka. Melihat
Zahirah senang hati cukup menyenangkan juga
hati Ghazi yang sentiasa runsing mengenai
keadaan adik angkatnya.
“Sekarang kau percaya cakap aku lagi tak

36
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lepas tengok Nurin depan mata kau?” soal


Zahirah sambil mengenggam tali pinggang
keledar.
“Maaflah di atas kelancangan aku yang
suruh kau makan ubat. Ya, aku faham bukan
mudah kau keluar daripada kegelapan itu.
Jangan marah lagi. Nanti kalau aku rindu suara
kau, tak fasal-fasal aku pun demam,” kata
Ghazi diselitkan dengan usikan.
Seketika, Zahirah memandang raut wajah
Ghazi. Secangkir senyuman terukir di bibir
gadis bertudung bawal maroon itu. Ada getaran
menusuk dinding hatinya tatkala Ghazi
menuturkan kata-kata rindu di hujung katanya.
Tatkala Ghazi turut memandangnya, cepat-
cepat Zahirah mengalihkan pandangannya.
Liur terasa kelat di rengkungannya. Malu
tatkala Ghazi menangkapnya asyik menatap
wajah pemuda itu.
“Aku masih tak faham kenapa semua

37
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

orang anggap Nurin tak wujud. Banyak sangat


persoalan yang bermain dalam fikiran aku.
Pasal siapa yang serang aku malam itu. Rahsia
yang Puan Kamilah dan yang lain simpan.
Lagi…”
“Rahsia? Maksud kau?”
Zahirah mengeluh berat tatkala Ghazi
menekankan perkataan ‘rahsia’ kepadanya.
Bagaikan aksara itu mengandungi seribu beban
yang tersimpan.
“Ada sesuatu yang dia orang sorokkan
daripada aku. Aku dapat rasa dia orang nak
buat benda yang tak baik dekat aku lepas aku
asyik pertahankan Nurin. Buktinya, aku ada
nampak Puan Milah jumpa seseorang yang
berpenampilan seperti penyerang aku. Tak
pelik ke dia orang berdua berurusan tengah
malam? Pekerja yang lain pula selalu sindir
aku. Kes aku hari tu, ditutup semudah itu saja
atas alasan kemalangan! Ghaz, aku nak buat

38
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

apa? Aku tak nak dia orang apa-apakan Nurin!”


tegas Zahirah.
Mendengarkan itu, Ghazi terpempan
dengan ketegasan Zahirah. Tubuhnya statik
dengan minda yang ligat menafsirkan kata-kata
gadis itu. Tiada lagi diksi yang mampu Ghazi
tuturkan saat perasaan resahnya terhadap
Zahirah semakin membuak-buak. Ghazi juga
mahu menyelamatkan Zahirah. Semuanya
harus ditamatkan dengan kadar yang segera!
Lantas, Ghazi mengubah laluannya ke sebuah
tasik. Ada sesuatu yang mustahak harus
dilakukan demi keselamatan gadis
kesayangannya!

“KAU jangan buang masa aku boleh tak? Nurin


tu tak sihat. Apahal kau bawa aku ke sini?
Cakap cepat boleh tak daripada kau pandang
muka aku macam nak minta penyepak!”

39
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Penting sangat ke Nurin tu sampai kau


nak ketepikan keselamatan kau sendiri? Huh?
Sudahlah Zah! Aku tak nak kau libatkan diri
dengan Nurin lagi,” tegas Ghazi. Dahinya
sudah berkerunyut memandang wajah tegang
Zahirah. Angin yang meniup rambut
panjangnya disebak ke belakang.
Tanpa bersuara, Zahirah terus menonong
sambil memimpin tangan Nurin melintasi jalan.
Dia tak betah mahu berdiskusi bersama Ghazi
yang seakan-akan mahu memisahkannya
daripada Nurin. Tubir mata mula terasa hangat
dengan dinding hati yang berkecamuk.
Sungguh, Zahirah kecewa dengan Ghazi!
“Zahirah! Tunggu!” jerkah Ghazi seraya
menahan langkah Zahirah. Kepalanya
digelengkan. Menegah Zahirah daripada
melarikan diri. Sorotan matanya berubah sayu
tatkala Zahirah kelihatan sedih.
“Zahirah… dengar sini baik-baik. Nurin…

40
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dia tak pernah wujud…”


“Baru saja tadi kau kata yang Nurin tu
wujud. Kau menyesal dengan kata-kata kau!
Sekarang, kau nak anggap aku gila sebab kata
Nurin wujud? Hah!” jerkah Zahirah dengan
suara yang lirih.
“Tak… kau tak gila. Kau cuma mengalami
delusi atau halusinasi sebab jauh di sudut hati
kau, arwah adik kau yang meninggal waktu kau
berumur lapan tahun masih hidup. Aku tak tahu
bila kau kembali trigger dengan delusi tu.
Tapi… sejak kau bekerja dekat rumah anak
yatim, kau dah jadi Zahirah yang dulu. Zahirah
waktu kita kecil dulu. Zahirah yang selalu rasa
dirinya terancam disebabkan arwah ibu kau
bunuh keluarga kau sekelip mata. Termasuk…
adik kau yang bernama Nasha,” jelas Ghazi
dengan nada yang tenang. Dia tidak bisa
menjadi api yang memarakkan lagi emosi
marah Zahirah. Semuanya harus diselesaikan

41
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

saat ini juga.


Tatkala itu, Zahirah terus mengalihkan
pandangannya daripada menatap wajah Ghazi.
Bibirnya menggeletar menahan sebak di dada.
Air matanya mengalir deras. Samar-samar,
ingatan Zahirah mengimbas detik adiknya
dibunuh oleh insan bergelar ‘mama’ yang
menghidap Skizofrenia akibat didera oleh ayah
tirinya. Teringat akan hal itu, esakan Zahirah
mula pecah. Hatinya menangis dengan
kenyataan itu.
“Kejadian kau ditikam tu pun…
sebenarnya kau yang cipta delusi kau sendiri.
Kau tertikam diri kau sendiri bila kau merasakan
ada seseorang yang tak wujud cuba nak
bahayakan kau dan Nurin. Kau cipta Nurin
sebagai watak pengganti adik kau. Tak ada
yang nak ancam nyawa kau melainkan delusi
kau sendiri, Zahirah. Orang dekat rumah anak
yatim tu pun rahsiakan masalah kau sebab dia

42
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

orang tak sanggup nak tengok kau bersedih.


Sudahlah, Zah…”
“Diam! Kau saja cakap macam ni sebab
nak pisahkan aku dengan Nurin, kan?” jerkah
Zahirah seraya mengacukan pisau lipat ke arah
Ghazi. Nafasnya terasa sesak di dada tatkala
omongan Ghazi semakin mengguris hatinya.
“Zahirah. Bawa bertenang. Aku cuma nak
tolong orang yang aku sayang. Please…
letakkan pisau tu,” pujuk Ghazi sambil
mengangkat tangan kanan. Cuba mencapai
pisau yang dihalakan ke arahnya.
“Sayang? Huh! Kalau kau sayangkan
aku… kau tak akan sakitkan aku dengan kata-
kata dusta kaulah! Berambus!” marah Zahirah
lagi seraya melangkah beberapa tapak untuk
melarikan dirinya. Sungguh, fikiran Zahirah
bercelaru. Dia keliru di antara realiti atau delusi.
Namun baginya, figura Nurin itu wujud.
Beberapa orang pengunjung yang berada

43
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

di tasik sudah berasa cemas melihat amukan


Zahirah. Mahu menghampiri, mereka risau
andai menjadi mangsa Zahirah yang sedang
mengenggam pisau. Ada juga yang mula
menghubungi pihak polis bagi meredakan
ketegangan. Risau kalau-kalau Ghazi menjadi
mangsa gadis yang kelihatan kusut itu.
“Zahirah! Aku cuma…”
Belum sempat Ghazi menuturkan
bicaranya, Zahirah sudah meluru ke jalan raya.
Kelihatan, gadis itu seakan-akan tenggelam
dengan delusinya tanpa sedar bahawa Nurin
tidak pernah wujud. Gadis itu kelihatan terpukul
dengan esakan yang tiada hentinya.
Lantas, Ghazi mengejar. Malangnya,
hanya seketika cuma tatkala tubuh Zahirah
sudah dirempuh oleh sebuah kenderaan.
Hampir luruh jantung Ghazi melihat gadis itu
sudah terbaring di atas jalan dengan darah
berlumuran di kepalanya. Serta-merta, tubir

44
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mata Ghazi terasa hangat melihat sorotan mata


Zahirah yang kelihatan sayu.

PUAN Kamilah hanya mampu menatap wajah


pucat Zahirah yang masih terlantar koma
dengan bantuan alat pernafasan. Tangan
Zahirah digenggam erat. Menyalurkan
kekuatan buat anak kandungnya. Ada
penyesalan yang menghurung tangkai hati
wanita berumur 50-an itu. Manakan tidak, kalau
saja dia reda dengan kelahiran Zahirah dahulu,
sudah pastinya anaknya tidak akan merasakan
sebuah penderitaan.
Namun, nasi sudah menjadi bubur.
Semudah itu saja dia memberikan Zahirah
kepada arwah adiknya atas alasan tidak
mampu menanggung kehidupan Zahirah.
Semuanya dek kerana kehidupannya yang daif
suatu ketika dahulu.

45
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Teringat akan kejadian Ghazi berpura-


pura menyerangnya ketika kejadian Zahirah
menikam diri sendiri, menambahkan lagi luluh
di hati Puan Kamilah. Setitis air mata mengalir
ke pipinya. Dek kerana tidak sanggup melihat
Zahirah kecewa, Puan Kamilah terpaksa
mencipta seribu penipuan sekali lagi.
Semuanya hanya demi menjaga hati Zahirah
yang mempercayai kewujudan Nurin.
“Zahirah masih belum pulih daripada
Skizofrenia. Delusi yang diciptakan
menyebabkan anak puan mengalami gangguan
mental yang membuatkannya percaya dan
yakin sesuatu hal yang tidak nyata. Sebab itu,
wujudnya watak Nurin dalam hidup Zahirah.
Malahan, dia merasakan dirinya diancam
bahaya. Anak puan memerlukan pemantauan
psikiatri sekali lagi.”

- TAMAT -

46
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

SAHMURA
ADLINA AISYAH ARIS KEFLI
(AKSI THRILLER MISTERI)

“ISH, asyik nak mengelak je kau ni. Dasar


pengecut kau, Airis Hannani!” jerkah Meilin
dengan garang. Mukanya bertukar merah
padam.
Melihat Airis yang tersenyum sinis,
sukmanya semakin membara dengan
semangat yang luar biasa. Giginya diketap
geram. Seluruh berat badannya dikumpulkan
pada tapak kaki lalu dianjak sekuat hati untuk
melompat tinggi ke atas. Kaki kanan terlunjur ke
hadapan untuk menendang perut Airis.
Airis segera melompat ke tepi untuk
mengelak serangan Meilin. Meilin jatuh
terbaring di atas lantai simen yang keras itu. Dia
mengerang sakit namun, perkara itu tidak
mematahkan semangat seorang Liu Meilin. Dia

47
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pantas bangkit untuk menyerang semula.


Akan tetapi, Airis lebih pantas
menendang bahagian belakang lutut Meilin
menyebabkan dia jatuh terduduk. Lipatan lutut
Meilin terlalu sakit akibat dihentak kuat. Dia
mengerang sakit menahan pedih.
Dia tidak mampu untuk bangun semula.
“Belajar lagi cara untuk kalahkan aku Liu
Meilin,” cabar Airis. Dia ketawa sinis.
Baru saja Airis membuka langkah
berlawan, seseorang menerkamnya dari
belakang. Mereka berdua bergelut di atas lantai
saling menahan tumbukan.
Meilin bersorak girang melihat rakannya
datang untuk menyelamatkan dia daripada
Airis. Memandangkan tubuh gadis itu lebih
berat, Airis tidak berdaya untuk menolak gadis
yang sedang menghempapnya itu. Bibirnya
menguntum senyum lebar.
“Terima kasih Kamitha Mishra,” ucap

48
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Meilin.
“Anytime my friend,” balas gadis itu lalu
tersenyum sinis.
“Airis Hanani! Kau dah uji kesabaran aku.
Berani kau mempermainkan kami ya,” ujar
Meilin seraya bangkit daripada baringnya. Dia
melangkah menuju ke arah Airis.
Meilin memandang Kamitha. Kedua-dua
mereka tidak bercakap namun, renungan
mereka sudah cukup untuk menyampaikan
mesej secara telepati. Kemudian, Meilin dan
Kamitha menganggukkan kepala tanda
persetujuan telah dicapai.
“Kami nak balas dendam. Kau biarkan
kami tunggu kau tiga jam dekat kafe semalam.
Mana kau pergi hah?” tanya Meilin dengan
suara yang nyaring. Dia duduk melutut di
sebelah Airis. Dagu Airis ditolak supaya
memandang wajahnya.
“Ish, kan aku cakap papa aku tak bagi aku

49
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

keluar,” balas Airis separa menjerit. Pehanya


mulai sakit kerana ditindih lama oleh Kamitha.
Sudahlah gadis itu lima kilogram lebih berat
berbandingnya. Kepala lutut Kamitha sudah
mula menekan tulang paha Airis. Airis mengigit
bibir bawahnya menahan sakit.
“Bukan kau kata semalam kau terpaksa
tolong mama kau beli barang dapur ke? Penipu
kau ni. Kamitha! Mari kita ajar si Airis cukup-
cukup. Biar dia tahu kekuatan kita yang
sebenarnya,” kata Meilin.
“Baiklah. Kau yang minta semua ini Airis,”
kata Kamitha pula.
Wajah Meilin dan Kamitha semakin lama
semakin rapat dengan wajah Airis. Airis
semakin kuat meronta namun, tenaganya
semakin berkurangan. Dia sudah penat untuk
melawan mereka berdua.
Akhirnya, Airis menutup mata. Andai ini
balasan kerana tidak dapat menghadirkan diri

50
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ke kafe seperti yang dijanjikan, dia pasrah. Dia


lebih daripada layak untuk menerima hukuman.
“Geletek dia sampai pengsan, Kamitha!”
“Meilin, kau geletek badan dia, aku pula
geletek tapak kaki dia.”
Deraian ketawa Airis memecah
kesunyian. Terlentuk-liuk badan Airis menahan
geli. Seluruh badan dan kakinya sedang
digeletek oleh dua sahabatnya itu. Airis
terbatuk-batuk dalam ketawanya gara-gara
tersedak air liur. Wajahnya kemerah-merahan.
Tudung bawal hitam yang tersarung di kepala
sudah longgar dan tidak kemas.
“Okey... aku minta maaf. Le... le...
lepaskan aku. Hahaha!” gelak Airis. Susah
untuk Airis berkata-kata. Dia kekurangan
oksigen akibat terlalu banyak ketawa.
Meilin dan Kamitha tidak mempedulikan
permintaan Airis. Airis harus diajar cukup-
cukup. Salah gadis itu juga kerana

51
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

membatalkan perjumpaan mereka setelah


mereka berdua menunggu Airis lebih tiga jam di
kafe Starbucks semalam. Katanya, dia harus
menolong mamanya membeli barang dapur
kerana ada saudara-mara yang hendak datang
melawat.
Keadaan itu berterusan selama lima
minit. Akhirnya, Meilin dan Kamitha terbaring
kepenatan di sebelah Airis. Jari-jemari mereka
penat dan sakit menggeletek.
Perut Airis senak akibat terlalu banyak
ketawa. Kepalanya tiba-tiba berasa pening.
Tekak juga haus meminta air. Airis menarik
nafas dalam sebelum bangkit daripada
pembaringan. Dia menoleh ke arah Kamitha
dan Meilin di sisi kanan dan kirinya bersilih
ganti.
Pasti dia tidak akan digeletek oleh
mereka lagi, Airis merangkak menuju ke beg
galasnya yang tersandar di tiang berhampiran.

52
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Botol mineral dikeluarkan dari sisi poket beg


galas. Air mineral sejuk itu diteguk rakus.
Meilin dan Kamitha turut bangun dan
segera merapati Airis. Mereka menghulurkan
tangan meminta sedikit air.
“Ish, kau orang ni macam tak ada air
sendiri,” rungut Airis. Walaupun dia merungut,
air itu tetap dikongsi bersama mereka berdua.
“Air kami dah habis. Kau baru beli di
kantin kan?” tanya Meilin sambil meneguk air
mineral itu. Kemudian, botol itu diserahkan
kepada Kamitha yang setia menanti.
Airis mengangguk, mengiakan jawapan
untuk soalan Meilin itu.
“Ramai sangat ke di kantin tadi sampai
sejam nak sampai dewan? Setahu aku hari ni
hari Ahad. Mana ada murid lain selain kita,
budak-budak yang ada kelas karate. Itu pun
ada kita bertiga saja. Yang lain belum sampai,”
ujar Meilin. Dia menongkat dagu memandang

53
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Airis.
“Jangan kata kau tolong mak cik kantin
masak pula. Mereka pun cuti hari ni. Air ni pun
air vending machine. Maaf kalau kau terasa
dengan soalan aku tapi... kau dah tak nak
kawan dengan kami ke?” tanya Kamitha
bernada serius. Botol mineral itu diletakkan di
antara mereka bertiga. Kedua pasang mata itu
tajam memerhatikan bahasa badan Airis. Mana
tahu Airis akan menipu mereka buat kali kedua.
“Kenapa kau orang tanya soalan macam
tu? Aku sayang kau orang berdua walaupun
berlainan bangsa dan agama. Aku sayang kau
orang macam adik-beradik tau. Mestilah aku
nak kawan lagi dengan Liu Meilin dan Kamitha
Mishra,” ujar Airis. Wajahnya kelihatan
bersungguh-sungguh menutur untuk
menunjukkan dia benar-benar memaksudkan
ayatnya itu. Airis sangat sayangkan mereka
berdua. Noktah. Kalau boleh, dia mahu berkepit

54
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dengan mereka sampai akhir hayat andai


diizinkan oleh-Nya.
“Kalau macam tu jawablah soalan aku.
Apa kau buat sampai sejam kat vending
machine?” Meilin masih ternanti-nanti jawapan
untuk soalannya yang tidak terjawab.
“Aku... aku... ha! Duit aku tersangkut
kat vending machine tadi. Aku dah la bayar duit
RM10 tapi boleh pula mesin tu tak bagi aku
baki. Aku pergilah claim kat pejabat sekolah.
Bila aku sampai, tiada orang di sana. Aku
tunggulah. Mana tahu belum buka sebab hari
minggu. Rupa-rupanya, pejabat tutup tadi
sebab waktu rehat. Buat penat je aku tunggu,”
bohong Airis. Jantungnya berdebar-debar. Dia
menggaru belakang kepala yang tidak gatal
sambil tersenyum kekok membalas renungan
dua orang sahabatnya.
Meilin dan Kamitha saling berpandangan.
Mereka tahu yang Airis senang menipu mereka

55
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lagi. Mereka bertiga sudah berkawan sejak di


Tingkatan 1 dan kini tinggal lima bulan saja lagi
sebelum mereka menamatkan zaman
persekolahan. Hampir lima tahun mereka
berkawan, Meilin dan Kamitha sudah cukup
serik dengan perangai masing-masing. Hasil
daripada pemerhatian mereka, apabila Airis
menipu pasti gadis itu akan menggaru belakang
kepala sambil tersenyum kekok.
“Airis... kau ada masalah ke?” tanya
Kamitha risau. Dia menepuk perlahan paha
kanan Airis.
“Tak ada,” jawab Airis dengan nada
mendatar.
“Habis… kenapa kau menipu?” tanya
Kamitha lagi. Kali ini Kamitha mencapai tangan
Airis. Dia mahu memberikan semangat kepada
rakannya itu supaya berterus terang dengan
mereka.
“Mana ada aku menipu. Aku okey je la

56
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kamitha, Meilin. Tiada apa yang perlu


dirisaukan. By the way... mana orang lain? Dah
lama dah kita tunggu tapi tiada orang pun.
Kelas batal ke?” Airis cuba menukar topik.
Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan
mencari kelibat orang lain selain mereka
namun, hanya mereka bertiga sahaja yang
berada di situ. Suasana di dewan terbuka SMK
Taman Indah itu sunyi sepi.
“Kelas kita dah tamat sejam yang lepas
Airis. Kau bukan pergi vending machine sejam
tapi kau mengilangkan diri tiga jam lamanya,”
ujar Kamitha perlahan. Jelas terlukis riak
kecewa pada wajahnya.
Airis tergamam. Matanya terbuntang luas
memandang mereka berdua. Jantungnya yang
baru saja tenang tiba-tiba berdegup kencang
semula. Dadanya berombak naik turun dengan
laju. Peluh mula menitik daripada dahi. Pawana
panas menampar kuat pipinya untuk membantu

57
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dia sedar ke alam realiti.


Kedua orang sahabat baiknya sudah
dapat menghidu pembohongannya. Adakah
selepas ini dia akan berjaya melarikan diri
daripada mereka?
Airis meraup perlahan wajahnya yang
kesal itu. Tangannya menggigil ketakutan. Dia
takut andai disebabkan kesilapannya, dia akan
kehilangan sahabat yang paling disayangi.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya. Hidup berkuah derita dan
berulam nestapa.
Hawa begitu kering dan garing.
“Aku... minta maaf.” Airis sedaya upaya
cuba menahan air matanya daripada mengalir.
Dia mengemam bibirnya. Pandangannya
dilontarkan ke arah lain.
“Airis... kalau kau ada masalah, kau boleh
kongsi dengan kami. Kami janji kami
takkan judge. Kami sakit tahu tak tengok kau

58
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sedih seminggu ni. Kami ingat, kau dah tak


mahu kawan dengan kami lagi,” ujar Meilin
sambil menggosok perlahan bahu Airis.
Kamitha pula mengusap perlahan kekura
tangan Airis.
Airis diam membisu. Meilin dan Kamitha
seperti sedang bercakap dengan batu.
Lama keadaan sunyi sepi sebelum Airis
mengeluh berat. Dengan pandangan yang
redup, dia merenung dua wajah kedua
sahabatnya itu dengan mendalam seperti
menyuruh mereka untuk tidak masuk campur
urusannya. Jika mereka berdegil, akan ada
akibat yang menanti.
Pipinya yang tidak gatal digaru perlahan.
Pupil mata dilarikan lagi sekali daripada
membalas tenungan Meilin dan Kamitha. Airis
buntu. Dia terperangkap. Dia kenal sangat
dengan perangai Meilin dan Kamitha yang akan
mengekorinya ke mana saja selepas ini

59
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sehinggalah rahsianya terbongkar.


Airis kenal sangat dengan uslub mereka
berdua.
Mungkin… sudah tiba masanya untuk
Airis memberitahu hal sebenar. Lagipun, dia
sudah penat berlari tanpa arah tuju. Dia sudah
penat menyeksa hati untuk kekal tabah dan
kuat walhal sedang ditikam berkali-kali.
“Aku harap kau orang berdua tak benci
aku selepas ni,” gumam Airis perlahan. Hujung
bibirnya dipaksa untuk mengukir senyuman.
Walaupun nampak tidak ikhlas, lebih baik
daripada tiada langsung aura positif.
“Kami janji kami takkan marah. Lagipun
kita dah macam adik-beradik kan? Banyak
susah senang sudah kita lalui bersama. Satu
lagi cabaran tak akan menjadi masalah,” pujuk
Kamitha. Dia berganjak untuk duduk di sebelah
Airis.
Bahu Airis dipaut mesra.

60
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Terima kasih sebab selalu sokong aku.


Kau orang berdua dah banyak tolong aku.
Kalau boleh aku tak nak susahkan kau orang
berdua tapi...” Belum sempat Airis
menghabiskan kata-katanya, Meilin
meletakkan jari telunjuk di atas bibir Airis
menyuruh dia senyap.
“Tak ada istilah susahkan orang dalam
kes ni. Kau bff kami jadi kami kena rasa apa
yang kau rasa. Bagitahu segalanya sekarang
juga Airis Hannani,” tegas Meilin. Dia menarik
semula jari telunjuknya yang menyentuh bibir
Airis.
Airis berdehem. Duduknya dibetulkan
supaya menjadi lebih selesa. Tudung yang
dalam keadaan selekeh itu dibetulkan.
Badannya harus tenang terlebih dahulu
sebelum memulakan cerita.
“Seminggu yang lalu, adik lelaki aku Aqil
Hilmi...”

61
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ting!
Telefon pintar milik Airis bergetar dan
berbunyi menandakan ada mesej masuk. Airis
segera mengesot rapat ke beg galasnya
kemudian, dia menyeluk keluar telefon pintar
dari poket hadapan. Nombor yang tertera pada
skrin disebut di dalam hati.
Tanpa menunggu sesaat lagi, Airis
membuka mesej itu. Wajah Airis masam
mencuka ketika membaca mesej itu dengan
senyap. Ada kedutan yang bermukim pada dahi
Airis. Meilin dan Kamitha hanya setia
menunggu.
Airis tidak bercakap walaupun sepatah.
Dia tekun menganalisis butir bicara daripada si
pengirim mesej. Wajahnya serius. Tiada
senyuman yang terbit.
Tidak sampai seminit, Airis sudah
mematikan telefon pintarnya. Wajah Airis
semakin keruh. Tangannya menggumpal

62
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

penumbuk. Giginya diketap geram. Deruan


nafasnya berubah laju.
Meilin dan Kamitha dapat rasakan aura
kemarahan yang menguasai diri Airis ketika ini.
Mereka terkesima. Masing-masing terkunci
mulut, tidak berani untuk mengujar.
“Tak guna,” seranah Airis dengan
garangnya. Dia pantas berdiri. Matanya merah
menahan amarah yang sedang marak menyala
di dalam sukma. Keningnya sudah bercantum
di tengah.
Airis meragut kasar beg galasnya. Tanpa
memandang Meilin dan Kamitha, Airis segera
beredar dari situ. Tapak kakinya dihentakkan ke
lantai sekuat hati untuk melepaskan geram.
Timbul urat hijau pada pergelangan tangan
kerana menggenggam penumbuk terlalu kuat.
“Airis! Kau nak ke mana?”
Soalan Meilin dibiarkan tidak terjawab.
Sekelip mata saja, kelibat Airis sudah tidak

63
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kelihatan lagi. Meilin dan Kamitha yang tadinya


terpinga-pinga kini kelam-kabut mengambil beg
galas mereka. Mereka berlari untuk mengejar
Airis yang kini sudah hampir tiba di pintu pagar
utama sekolah.
“Airis Hannani!” laung Meilin dan Kamitha
serentak tetapi, Airis sudah masuk ke dalam
kereta BMW hitam yang sedia menunggunya di
hadapan pagar sekolah.
Kereta BMW hitam itu meluncur pergi.
Disebabkan tingkap kereta yang sungguh
gelap, mereka tidak dapat mengenal pasti
wajah pemandu mahupun dengan siapa Airis
sedang bersama.
Apa yang mereka tahu, itu bukan kereta
milik keluarga Airis.
“Apa yang kita nak buat sekarang?” soal
Kamitha termengah-mengah. Badannya
dibongkok ke belakang untuk menghilangkan
rasa lenguh. Tidak pernah seumur hidupnya dia

64
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berlari selaju itu. Rasanya, dia boleh menyaingi


Usain Bolt di atas trek lumba lari dengan
jayanya.
“Aku tak tahu. Siapa punya kereta tadi?
Aku tak rasa itu kereta baru keluarga dia
sebab bumper belakang kereta tadi kemik. Kita
pun tahu papa Airis paling pantang kalau kereta
dia ada calar sikit pun. Dia sanggup berhimpit
dalam LRT nak pergi kerja,” balas Meilin. Dia
menarik nafas dalam sebelum
menghembuskannya perlahan-lahan. Setelah
beberapa saat, barulah nafas kencangnya
menjadi lebih tenang.
Meilin dan Kamitha buntu, tidak tahu
mahu melakukan apa. Mereka berpandangan
sesama sendiri. Perubahan karakter Airis yang
mendadak membuatkan mereka kebingungan
tak sudah. Sudahlah gadis itu berubah daripada
seorang yang peramah kepada seorang yang
pendiam dalam masa seminggu. Seminggu itu

65
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

jugalah banyak pembohongan Airis yang telah


dihadam oleh mereka.
Meilin dan Kamitha tercegat berdiri di
hadapan pagar sekolah. Sungguh, mereka
sedang ketandusan idea untuk bertindak.
Ting!
Telefon pintar Meilin dan Kamitha
bergetar menandakan ada mesej baru yang
masuk. Mereka segera menyeluk keluar telefon
pintar mereka dari poket seluar.
“Mesej daripada Airis!” beritahu Kamitha.
Dia tidak menyangka pula Airis akan
menghantar pesanan kepada mereka.
“Dia bagi kita live location,” ujar Meilin
pula setelah membuka mesej terssebut. Meilin
segera menekan peta itu.
“Nampaknya, dia nak kita ikut dia.”
Kamitha meluahkan pandangannya kepada
Meilin. Meilin mengangguk setuju. Pupil
matanya ralit melihat ikon gambar Airis sedang

66
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bergerak di dalam peta itu. Hala tuju Airis,


masih tidak diketahui.
“Tapi, kita nak ikut macam mana? Kita
bukannya ada kereta. Kalau nak order
Grab takut lambat sangat pula,” ujar Kamitha
risau.
Pin! Pin! Pin!
Bunyi hon kereta bersipongang menerjah
ruang langit dan bumi sebelum bersatu dengan
desiran pawana yang sedang melintas udara.
Meilin dan Kamitha tersentak terkejut. Dengan
pantas mereka berpaling ke arah jalan sehala
kawasan sekolah mereka itu. Sebuah kereta
Camry berwarna putih berhenti di hadapan
mereka.
“Meilin, hari sudah nak malam, jom balik
rumah.” Cermin tingkap kereta diturunkan.
Terpampanglah wajah seorang lelaki yang
berusia awal 20-an di retina mata Meilin dan
Kamitha.

67
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Jeremy Liu!” teriak Meilin.


Dia menarik kuat lengan Kamitha untuk
berlari bersamanya masuk ke dalam kereta.
Kamitha terpinga-pinga. Wajahnya kelihatan
pasrah ditarik sebegitu kuat. Akan tetapi, dia
akur dengan tindakan rakannya itu. Akhirnya,
mereka berdua duduk di tempat duduk
belakang kereta.
“Hai Kamitha, apa khabar?” tanya Jeremy
sambil menoleh ke belakang memandang
mereka berdua. Hujung bibirnya mengoyak
senyuman nipis.
“Abang, kita kena gerak sekarang!
Cepatlah drive. Abang ikut je arah yang Meilin
akan tunjuk,” celah Meilin tanpa sempat
Kamitha menjawab soalan Jeremy.
“Kenapa?” soal Jeremy. Dahinya berkerut
hairan melihat wajah serius Meilin.
“Cepatlah tekan minyak. Airis mungkin
dalam bahaya,” tegas Meilin. Dia memanjat

68
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kerusi untuk duduk di tempat duduk


penumpang hadapan dan membiarkan Kamitha
duduk berseorangan di tempat duduk belakang.
“Cepatlah!” marah Meilin apabila kereta
abangnya masih belum bergerak.
Jeremy mengeluh. Jam di tangan dijeling
sekilas. Masa sudah menunjukkan jam 6:45
minit petang. Melihat adiknya yang
bersungguh-sungguh mengarahkan itu ini,
nampaknya terpaksalah dia membatalkan
perjumpaannya bersama rakan sekolej di kedai
mamak setengah jam lagi.
Jeremy menukar gear kepada gear
pandu. Pedal minyak ditekan sedikit demi
sedikit. Segala arah yang dinyatakan oleh
Meilin, dipatuhi. Kereta Camrynya laju
membelah jalan raya pada kelajuan 100
kilometer sejam.
Setelah 45 minit memandu dan
menempuh kesesakan jalan raya, akhirnya

69
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kereta Camry milik Jeremy berhenti di sebuah


bangunan yang antik struktur bentuknya seperti
dibina selepas negara baru saja mencapai
kemerdekaan. Di hadapan bangunan itu,
terdapat banyak tiang tinggi di mana bendera
negara Malaysia digantungkan dan berkibar
megah ditiup angin.
Ukiran pada tiang dan pintu bangunan itu
kelihatan sungguh unik dan klasik seperti reka
bentuk zaman dahulu kala. Sekali lihat
keindahan bangunan itu, pasti akan ada rasa
semangat patriotisme yang ditiupkan ke dalam
jiwa secara tidak langsung.
“Apa yang kita buat dekat Muzium Negara
ni? Kalau kamu berdua nak melawat, muzium
dah tutup. Kalau...”
“Abang tunggu sini. Jangan keluar selagi
Meilin tak suruh!” celah Meilin. Nadanya tegas
menekan perkataan 'tak suruh'.
Belum sempat Jeremy mengujar lagi,

70
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Meilin dan Kamitha sudah keluar dari kereta.


Mereka berlari menuju ke arah pintu masuk
muzium itu.
Jeremy mengeluh berat. Memandangkan
Meilin mempunyai tali pinggang hitam dalam
karate, nak tak nak dia harus akur dengan
arahan Meilin. Dia kenal sangat dengan meter
garang adiknya itu. Tidak semena-mena pula
badannya akan dikerat lapan belas jika dia
melanggar perintah.
Meilin dan Kamitha memperlahankan
lariannya sebaik saja tiba di perkarangan pintu
masuk utama Muzium Negara. Anak mata
mereka diliarkan ke sekeliling untuk mencari
kelibat Airis. Menurut peta di skrin telefon pintar
mereka, Airis berada di situ sebelum dia
mematikan mod lokasi secara langsung.
“Apa sebenarnya rancangan Airis ni,”
rungut Meilin perlahan yang hanya dapat
didengari olehnya sahaja. Tiada siapa yang

71
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berada di situ melainkan mereka berdua.


Kaunter tiket juga tidak ada orang yang jaga. Di
sebalik kaca kaunter, sudah tertampal kertas
yang bertulis 'tutup' menandakan muzium itu
tidak lagi beroperasi.
“Meilin! Kamitha!” panggil satu suara
dengan berbisik. Mereka berdua segera
menoleh ke belakang.
“Airis!” jerit mereka berdua serentak.
“Perlahan sikit suara tu!” marah Airis
seraya meletakkan jari telunjuknya di bibir,
menyuruh mereka senyap. Langkahnya
semakin laju menghampiri mereka berdua.
“Apa semua ni, Airis? Kami tak faham.
Boleh tak jangan main teka-teki dengan kami
lagi? Kami dah penat,” keluh Kamitha hampa.
Jujur dia katakan, badan sudah penat
dengan semua drama yang berlaku pada hari
ini. Daripada drama bertumbuk sehinggalah
sekarang. Semuanya masih belum menjawab

72
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

persoalan yang sedang berlegar-legar dalam


minda mereka.
Airis mengajak mereka ke kaunter tiket
seraya mengeluarkan sejambak kunci dari
poketnya. Setelah dia membuka mangga di
pintu, dia menarik lengan Meilin dan Kamitha
untuk masuk ke dalam pondok kecil itu. Pintu
dikunci semula dari dalam lalu mereka bertiga
duduk bersila di atas lantai.
Meilin dan Kamitha diam tidak berkutik.
Mereka hanya menunggu Airis yang kelihatan
seperti cacing kepanasan itu memulakan cerita.
“Aku nak kau orang baca mesej daripada
nombor tak dikenali ni,” ujar Airis seraya
menghulurkan telefon pintarnya kepada
mereka.
Kamitha mengambil telefon pintar itu.
Meilin berganjak merapati Kamitha untuk
membaca mesej yang terpapar pada skrin
telefon pintar Airis.

73
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Misi terakhir untuk Airis Hannani:


Dapatkan sahmura biru termahal di dunia.
Ingat! Nyawa adik lelakimu menjadi taruhan.
Meilin dan Kamitha berpandangan
sesama sendiri selepas membaca mesej
daripada nombor asing itu. Mereka terkejut
dengan apa yang baru dibaca. Mulut masing-
masing terlopong luas.
“Seminggu yang lalu, adik aku kena culik
dengan si durjana yang bagi aku mesej ni. Papa
dan mama aku sedang outstation jadi, mereka
tak tahu tentang ni dan aku pun tak bagitahu
mereka. Ya, aku faham mesti kau orang
tertanya-tanya kenapa aku tak beritahu
mereka. Well... si penculik ni ugut aku kalau
aku bagitahu orang lain, dia akan pancung
kepala adik aku. Aku tak mahu nyawa adik aku
jadi taruhan. Sebab itu aku rahsiakan daripada
semua orang.” Airis berjeda.
“Seminggu ini jugalah, aku dipaksa buat

74
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kerja kotor mencuri barangan mahal di rumah


orang kaya. Aku lambat datang kelas karate
sebab aku dipaksa untuk mencuri barangan
kemas dekat rumah seorang tan sri di Shah
Alam. Aku tak boleh menidakkan mereka sebab
kalau aku degil adik aku akan...” Airis berhenti
bercerita. Dia tunduk menekur hujung
kasutnya. Air mata mula bertakung di tubir
mata.
“Aku faham kalau kau orang benci aku.
Aku...”
“Airis Hannani! Jangan pernah kau ingat
kami benci pada kau. Kami sayang kau tahu
tak? Walau apa pun yang terjadi, kami akan
setia di sisi kau. Kita akan lalui semua ini
bersama-sama. Kami janji kami akan tolong
kau,” tegas Meilin. Dia menepuk perlahan bahu
Airis untuk menyalurkan semangat.
Kamitha menganggukkan kepada
mengiakan kata-kata Meilin. Pergorbanan Airis

75
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

selama ini terlalu banyak untuk mereka bayar


semula. Mereka tidak akan berputus asa dalam
persahabatan hanya disebabkan satu
kesilapan kecil.
Airis terharu. Dia menyeka air mata yang
mengalir membasahi pipi. Dalam hati, dia tidak
berhenti memanjatkan kesyukuran kerana
dikurniakan rakan yang baik seperti Meilin dan
Kamitha.
“Aku rasa aku dah tahu kenapa kau suruh
kami datang ke sini. Kau mesti nak bantuan
kami curi sahmura biru tu kan? Tapi... sahmura
ni benda apa? Tak pernah aku dengar
perkataan ni,” ujar Meilin lalu mengherotkan
bibirnya ke kanan. Dia tertanya-tanya maksud
sebenar perkataan sahmura itu.
“Sahmura tu maksudnya batu permata. Si
penculik ni cakap, malam ni Blue
Diamond akan tiba di muzium negara dari luar
negara untuk dipamerkan kepada rakyat

76
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Malaysia. Harga Blue Diamond ialah 3.93


million dollar per carat,” jelas Airis.
“Aku dah perhatikan sistem keselamatan
dan sekuriti muzium ni selama seminggu. Si
penculik tu sudah sediakan peralatan untuk
mencuri tapi, aku tak cukup tangan. Tak ada
orang nak tolong cover track aku. Jadi, aku
perlukan bantuan kau orang berdua. Kamitha,
kau pandai hack kan? Boleh kau hack CCTV
muzium ni supaya muka aku dan Meilin tak
ditangkap kamera?” soal Airis kepada Kamitha
sambil mengeluarkan sebuah komputer riba
dari beg galasnya.
Kamitha tersenyum sinis lalu
mengangguk. Kedua belah tapak tangannya
digosok tanda berpuas hati. Inilah peluang dia
untuk tahu sejauh mana kemampuannya dalam
dunia penggodaman.
“Meilin, kau akan ikut aku. Aku nak kau
jadi Bruce Lee aku kalau ada orang datang

77
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menyerang,” ujar Airis.


“Okey! Aku pun tak puas belasah lawan
aku masa kelas tadi.” Meilin mengangguk
setuju dengan peranannya dalam misi itu.
“Kalau macam tu, kita mulakan misi tepat
jam 8 malam, setengah jam dari sekarang. For
now, aku akan terangkan pelan muzium ni.”

“PENGAWAL-PENGAWAL yang meronda


sudah tertidur lepas aku masukkan pil tidur
dalam air mereka. Jadi, buat masa ni tiada
siapa yang akan halang kita,” lapor Meilin
sebaik saja dia tiba di lobi muzium.
Airis tersenyum bangga dengan kelicikan
sahabatnya itu.
“Kalau macam tu kita kena cepat. Pil tidur
yang kita bagi tu ringan je supaya tak
menjejaskan kesihatan mereka. Kita ada lebih
kurang 10 minit untuk jalankan misi,” tegas

78
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Airis. Meilin mengangguk kepala tanda faham.


“Okey Kamitha. Lead kami ke Blue
Diamond,” arah Airis kepada Kamitha
melalui earbud.
“Baiklah. Kamu berdua jalan terus
sampailah jumpa tangga. Kemudian, naik ke
tingkat dua,” beritahu Kamitha. Anak matanya
ralit memerhatikan pelan muzium yang
diberikan oleh Airis sebelum dia dan Meilin
memecah masuk ke dalam muzium.
Airis dan Meilin bergerak mengikut arah
yang diberitahu oleh Kamitha. Memandangkan
semua pengawal sudah tertidur, pergerakan
mereka berjalan dengan lancar. Mereka
berjaya masuk ke ruang pameran yang
menempatkan sahmura termahal di dunia itu
tanpa apa-apa gangguan kurang daripada lima
minit sahaja.
Masa mereka masih banyak berbaki. Kini,
tumpuan Airis dan Meilin tertumpu pada meja

79
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

paparan kaca yang tertutup dengan kain


merah. Mereka berdua saling berpandangan.
“Kau serius ke nak buat semua ni?” soal
Meilin ingin kepastian.
Tanpa teragak-agak, Airis mengangguk.
Dia yakin dengan keputusannya. Demi adiknya
yang disayangi, dia sanggup mempertaruhkan
nyawanya.
“Guys… cepat sikit buat kerja tu. Kita
bukannya boleh ada kat sini semalaman. Aku
dah hack penggera keselamatan. Sistem
masukkan nombor pin pun aku dah matikan.
Jadi, ia takkan berbunyi kalau kau buka kaca
tu,” tegur Kamitha melalui earbud. Dia sedang
memerhatikan kamera CCTV tempat di mana
para pengawal sedang tidur. Buat masa ini,
mereka masih belum terjaga.
Airis dan Meilin mengangguk faham.
Mereka segera menarik kain merah yang
menutupi meja paparan kaca itu.

80
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Itu dia... Blue Diamond.”


“Wah...” Tidak berkelip mata bertiga
melihat sahmura biru itu dengan penuh kagum.
Cahaya yang terpantul pada sudut genting batu
permata itu membuatkan ia berkilau-kilauan
cantik. Di bahagian dalam permata itu,
warnanya biru laut tetapi semakin menghampiri
bucu, warnanya semakin bertukar jernih.
Saiznya hampir sebesar bola sepak raga.
Kecantikan yang memukau itu membuatkan
mereka bertiga kaku tidak bergerak. Sudahlah
cantik, mahal pula. Memang padanlah
kecantikan sahmura itu dengan harganya.
Airis mengangkat kaca itu sambil dibantu
oleh Meilin. Perlahan-lahan tangan mereka
yang bersarung tangan itu menyentuh sahmura
tersebut. Rasanya seperti memegang kaca,
cuma lebih keras dan lebih licin.
“Okey, kau angkat benda ni sekarang.
Jangan bagi pecah. Aku nak keluarkan bekas

81
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

khas untuk letak sahmura biru ni,” arah Airis.


Meilin segera mengangkat Blue
Diamond dari meja pameran itu dengan
berhati-hati. Jantungnya mula berdegup
kencang. Peluh menitik laju menuruni dahi. Dia
terpaksa menahan nafasnya yang tiba-tiba
berubah laju.
'Janganlah jatuh... janganlah jatuh,” doa
Meilin di dalam hati.
Kamitha turut rasa debaran apabila Meilin
memegang batu permata itu. Dia terlalu leka
memerhatikan dua orang rakannya melalui
CCTV tanpa menyedari ada beberapa orang
berpakaian seragam sudah masuk ke dalam
muzium dengan senjata di tangan.
Sahmura biru itu berjaya dimasukkan ke
dalam bekas khas dengan selamat. Meilin dan
Airis berpelukan lega. Misi mereka telah
berjaya!
“Kamitha... kami dah berjaya ambil Blue

82
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Diamond. Sekarang, boleh kau bagitahu jalan


untuk keluar dari sini?” lapor Airis kepada
Kamitha. Meilin pula sedang menutup semula
kaca itu.
10 saat berlalu namun masih tiada
respons daripada Kamitha. Airis mengerut dahi
kehairanan.
“Kamitha... jangan cakap kau tertidur,”
gurau Airis tetapi masih tidak disambut oleh
Kamitha.
Airis mula berasa tidak sedap hati. Rasa
cemas menyerang jiwanya. Hatinya berasa
tidak enak seolah-olah ada sesuatu yang buruk
telah terjadi kepada rakannya itu. Syukur, Airis
masih ingat jalan untuk keluar dari muzium. Dia
harus beredar cepat. Nalurinya kuat
mengatakan bahawa Kamitha berada dalam
bahaya.
“Meilin, jom kita per...” Sebaik saja dia
menoleh ke arah Meilin, dia terkedu. Meilin

83
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sedang mengangkat kedua belah tangan ke


udara. Terdapat tiga titik merah laser yang
disasarkan pada dadanya.
“Polis! Jangan bergerak! Menyerah diri
atau kami tembak!” laung satu suara dari
hujung ruang.
Jantung Airis seolah-olah berhenti
berdegup apabila melihat sekumpulan anggota
polis lengkap berpakaian seragam sedang
mengelilingi mereka dengan muncung pistol
dihalakan tepat ke arah mereka berdua. Airis
menggenggam erat tali beg galas yang di
dalamnya terisi sahmura biru itu. Nafasnya
sekali lagi berubah rentak.
Seorang anggota polis lelaki
menghampiri Airis secara perlahan-lahan.
Muncung pistol dihala tepat ke perut Airis.
Airis meliarkan matanya memerhatikan
sekeliling. Tidak! Dia tidak seharusnya berputus
asa walaupun dia sedang dikelilingi oleh polis.

84
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Dia harus menyelamatkan adiknya biarpun


nyawanya menjadi taruhan. Walaupun dia tidak
mempunyai senjata, dia tetap akan melawan.
Dia perlu bawa sahmura biru ini kepada
si penculik. Suara adik lelakinya, Aqil Hilmi
yang menjerit minta tolong terngiang-ngiang di
cuping telinga. Sukmanya membara dengan
semangat untuk melawan. Biarpun selepas ini
dia akan dihumban ke dalam lokap, dia
sanggup asalkan adiknya, Aqil Hilmi selamat.
Budak yang baru berusia enam tahun tidak
sepatutnya melalui mimpi ngeri ini!
Segala kudrat yang ada dikumpulkan
pada gumpulan penumbuk. Minda Airis sudah
merencana idea untuk keluar dari situ. Dia
sudah tekad. Segala jenis musibah yang
menanti, dia sanggup mengharunginya.
Mahu saja Airis menghayunkan
penumbuk, namun belum sempat dia berbuat
demikian, Jeremy muncul dari arah belakang

85
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lalu menerkam Airis jatuh ke lantai. Mereka


berdua bergelut membalas tumbukan demi
tumbukan. Meilin menjerit menyuruh abangnya
berhenti namun, Jeremy tetap kuat membalas
serangan Airis.
Kepala Airis berpinar-pinar apabila
Jeremy berjaya mendaratkan penumbuk padu
di wajahnya. Pandangan mulai berbalam-
balam, sekejap gelap sekejap cerah. Dadanya
mula terasa sesak. Salur pernafasnnya terasa
semakin sempit, tidak membenarkan
pengaliran udara berlaku.
Badan Airis terkulai lemah di lantai.
Hujung bibirnya yang pecah mengalirkan
darah. Kelopak matanya mula terasa berat.
Badannya terasa seperti sedang jatuh ke dalam
gaung.
“Bangun Airis! Bangun!”
Itulah kata-kata terakhir daripada Jeremy
sebelum dunia Airis bertukar gelap gelita.

86
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

AIRIS membuka kelopak matanya perlahan-


lahan apabila terasa ada sesuatu yang sejuk
memegang lengannya. Cahaya terang yang
menerjah laju ke retina mata tanpa memberi
amaran menyebabkan Airis mengerang
kesakitan. Airis segera menghalang cahaya
terang itu dengan tapak tangannya.
“Weh, Airis dah bangun,” teriak satu
suara. Katil yang sedang dibaringnya menjadi
sedikit mendap apabila ada orang duduk di birai
katil.
Airis mengelipkan matanya beberapa
kali. Setelah beberapa saat, barulah
pandangannya mula jelas. Dua wajah yang
amat dikenalinya menghiasi pandangan.
“Meilin? Kamitha?” sebut Airis sambil
bangkit daripada pembaringan. Otaknya berasa
sungguh keliru. Anak matanya diliarkan ke
sekeliling memandang ruang itu.
“Airis, kau mimpi apa sampai meracau

87
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

teruk dalam tidur? Kau asyik meracau pasal


sahmura. Apa bendanya sahmura tu? Dia adik-
beradik samurai ke?” tanya Meilin. Tangannya
disilang rapat ke dada.
“Aku... dalam bilik tidur aku? Sahmura?
Aku... Aqil! Mana adik aku Aqil?” Mata Airis
terbuntang luas. Sebaik saja Kamitha
menyebut perkataan sahmura, sel-sel
memorinya mula bersambung.
Airis kelam-kabut untuk turun dari katil.
Wajahnya jelas terpancar riak kerisauan.
Kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan mencari
kelibat adik lelakinya.
“Adik kau ada kat bawah
dengan parents kau. Kau dah kenapa macam
cacing kepanasan? Kau mimpi apa sampai jadi
macam ni sekali?” Meilin laju menahan bahu
Airis daripada berlari ke luar dari bilik.
Kepalanya digeleng laju melihat perubahan
mendadak sahabat baiknya itu.

88
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Semua tu hanya mimpi?” soal Airis.


Matanya terbeliak tidak percaya. Tidak mungkin
semua itu hanya mimpi. Dia dapat rasakan
setiap adrenalina yang mengalir di tubuhnya
semasa misi mencurinya. Mustahil semua itu
adalah permainan syaitan semata-mata.
Setiap babak terasa seperti benar-benar
terjadi. Malah, degupan jantung Airis juga
masih berdebar-debar seperti sedang berlari.
“Ish kau ni. Itulah... tak baik tidur lepas
asar. Kan dah mimpi bukan-bukan. Sudah-
sudahlah mengarut. Cepat sikit siap tu, kata
nak sleepover kat rumah aku. Abang aku dah
tunggu kat luar,” ujar Meilin.
Airis masih berada dalam keadaan
terpinga-pinga. Sleepover? Mengapa dia tidak
ingat langsung tentang hal itu?
Airis menarik nafas dalam dan
menghembusnya perlahan-lahan. Wajahnya
diraup kesal. Bibirnya dikemam dapat. Dia

89
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

duduk di atas katil semula.


Mungkin benarlah semua itu hanya
mimpi. Lagipun jam sudah menunjukkan
hampir pukul 5 petang. Tidak elok jika tidur
waktu-waktu sebegini. Syaitan itu sentiasa ada
agendanya untuk menganggu ketenteraman
manusia.
Airis menghela nafas syukur. Nasib
baiklah semua itu hanya sekadar mimpi. Dia
tidak dapat membayangkan jika perkara itu
benar-benar terjadi.
Airis bergerak mencapai tuala mandi. Dia
ingin membersihkan diri dan segera
menunaikan solat Asar. Kamitha dan Meilin
duduk di atas katil Airis untuk menunggu
sahabatnya itu bersiap.
Sebelum Airis masuk ke dalam bilik air,
dia bergerak menuju ke tingkap biliknya untuk
menyelak langsir yang terbuka luas. Cahaya
matahari terbenam yang menerobos masuk ke

90
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dalam bilik membuatkan biliknya terasa seperti


sauna.
Mahu saja dia ingin menarik langsir itu,
kornea matanya terpandang kereta Camry
berwarna putih milik abang Meilin, Jeremy Liu.
Jeremy sedang duduk di tempat duduk
pemandu.
Kelihatan Jeremy seperti sedang
bercakap di telefon sambil memegang sesuatu
di tangan kirinya. Airis mengecilkan mata untuk
mengenal pasti objek yang biru yang berkilau-
kilau itu. Rupanya seperti pernah dilihat oleh
Airis sebelum ini.
“Airis cepatlah mandi. Jangan cakap kau
teringat tentang samurai dalam mimpi kau tu,”
sakat Meilin.
“Bukan sahmura ke?” soal Kamitha. Dia
pasti Meilin tersalah sebut perkataan ‘sahmura’
itu.
Mendengar perkataan sahmura itu, ada

91
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sesuatu menyelak langsir ingatannya. Matanya


terbuntang luas memandang objek biru yang
berkilauan di tangan Jeremy. Dia yakin bahawa
dia tidak tersalah lihat. Dia kenal rupa sahmura
biru yang paling mahal di dunia itu.
“Objek di tangan Jeremy itu kan… Blue
Diamond?”

- TAMAT -

92
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ADEINA
NIK NUR AMALIN NIK MOHD ZULKIFLI
(AKSI THRILLER MISTERI)

BOLA mata digerakkan ke kiri dan kanan, cuba


mengalihkan perhatian daripada suara-suara
yang bergema di dalam mindanya yang kini
semakin jelas kedengaran. Suara yang ingin
dia tepis sejauh mungkin. Dia mengambil
tindakan untuk menjerit sekuat hati untuk
mengusir suara itu namun hampa apabila ia
masih lagi bermain-main di dalam fikirannya.
“Tak naklah! Kau tak dengar ke aku kata
aku tak nak!” jeritnya sekuat mungkin. Tudung
di kepalanya diramas geram.
Seketika kemudian, pintu ditolak kasar.
Wajah abangnya terpacul di muka pintu. Riak
risau si abang ditenung sedalam mungkin.
“Aku nak darah kau,” kata Adeina sambil
mengukir senyuman sinis. Addeen hanya

93
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mempamerkan wajah tenang walaupun Adeina


semakin mendekat.
“Darah kau sangat pekat. Aku suka,” tutur
Adeina lagi. Langkah kaki semakin laju
mendekati Addeen. Semakin dekat jarak
mereka, wajah Addeen semakin jelas. Dia
terkaku.
“Abang, lari dari sini! Deina tak mahu
cederakan abang! Tolong, tolong pergi abang,”
rintih Adeina perlahan. Suara-suara itu kembali
berlegar dalam fikirannya membuatkan dia
semakin panik. Tidak mustahil si abang akan
tercedera mahupun terbunuh jika dia tidak
mampu mengawal dirinya.
“Dengar sini Aufa Adeina. Pandang
abang. Istighfar. Jangan layan suara tu. Terus
beristighfar dan pandang abang. Adik kuat dan
adik mampu. Tolong lawan dia untuk abang,”
bisik Addeen, cuba menenangkan si adik yang
sedang menggigil ketakutan.

94
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ya, insya-Allah adiknya kuat.

21 TAHUN lepas…
Bibirnya tersenyum apabila blok
mainannya kini berdiri teguh setelah lima kali
jatuh ke bumi. Tawa riang kedengaran darinya
tanda dia sedang gembira. Matanya bersinar-
sinar memandang hasil kerjanya itu. Bibir kecil
itu terkumat-kamit ingin memanggil si abang
untuk meluahkan rasa terujanya.
“A… bang, a… bang.” Akhirnya si kecil itu
berjaya bersuara.
Sedang dia mencari abangnya, tangan
kecilnya direntap kasar dari arah belakang.
Adeina terjerit kuat apabila cengkaman di
tangannya semakin kuat.
“Mummy, Daddy,” rintihnya perlahan. Dia
menggigil ketakutan, juga menahan rasa sakit.
“Shh, nenek ada di sini, sayang,” bisik

95
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

suara itu perlahan. Tangannya mula naik


menjalar menyentuh wajah mulus Adeina.
Apabila dia merasakan tubuh si kecil itu
menggigil ketakutan, dia tertawa kecil.
Puas.
“Biar nenek beritahu kamu satu kisah
yang menarik.”

“CIK ADEINA makan ubat atau tak ni?” soal


Doktor Hayyan dengan tegas.
Adeina hanya tertunduk. Memang salah
dia pun kerana tidak mengambil ubat seperti
yang diarahkan. Tapi, dia bukan dia saja tak
nak makan. Dia memang tak ingat!
Apa boleh buat, hadap sajalah…
“Degil kan? Saya hanya suruh awak
makan ubat tau? Bukan saya suruh awak terjun
bangunan. Ini dah masuk kali ketiga awak skip
ubat kan? Eh, geramnya saya,” bebel Hayyan.

96
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Geram betul dia dengan sikap degil Adeina itu.


Adeina hanya mengekalkan muka
selambanya. Namun, seketika kemudian dia
kelihatan berfikir.
“Doktor, sebenarnya saya ada nak
beritahu sesuatu tapi doktor jangan pengsan
pula.”
“Apa?”
“Jom kahwin.” Akhirnya perkataan itu
keluar dari bibirnya setelah tiga hari berlegar di
dalam mindanya.
“Apa?” Terjerit kuat Hayyan apabila
mendengarkan usul Adeina yang selamba itu.
Adeina hanya mengangguk laju tanda dia
serius. Hayyan masih lagi terkejung, kaku.
“Kejap, bagi otak saya proses balik ayat
awak,” kata Hayyan lalu termenung seketika.
Beberapa saat kemudian dia kembali
menumpukan perhatian kepada Adeina.
“Awak nak kahwin dengan saya?” Sekali

97
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lagi jejaka itu terjerit kuat sebelum tubuhnya


melonglai.

“DEINA buat apa sampai pengsan anak teruna


orang?” soal Mikael lalu tertawa kecil.
Adeina hanya memuncung panjang
apabila diusik oleh si ayah yang dari tadi
menyakatnya. Apa yang Hayyan terkejut
sangat? Perkahwinan itu perkara biasa, bukan?
Seketika kemudian, kedengaran suara Hayyan
menggumam perlahan.
“D... doktor. Kenapa saya ada di sini?
Bukan ke saya ada appointment dengan
Adeina?” soal Hayyan bertalu-talu sambil
matanya meliar. Cuba mengecam di mana dia
berada kerana suasana di sini agak asing pada
pandangan matanya.
“Awak ada di bilik saya, Doktor Hayyan.
Awak pengsan tadi,” kata Mikael yang masih

98
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

belum lekang daripada tawanya. Mata Hayyan


terbuntang. Matanya mencari kelibat Adeina
untuk mengesahkan sesuatu sejak tadi
membelenggu jiwa lelakinya. Akhirnya matanya
tertumpu kepada Adeina yang sedang duduk di
hujung bilik itu.
“Adeina, awak serius tentang lamaran
awak?” soal Hayyan dengan nada serius.
Adeina hanya tertunduk sambil mengangguk
perlahan.
“Kejap, apa ni? Deina lamar Doktor
Hayyan?” soal Mikael. Matanya terbuka luas
sambil memandang anak daranya itu. Adeina
hanya mengangguk, langsung tidak bersuara.
“Seriously? Kenapa? Deina tahu kan,
keadaan Deina bagaimana?” soal Mikael lagi.
Dia masih lagi terkejut dengan perkara
yang didengarinya tadi. Bukan itu sahaja, dia
juga serba salah untuk membenarkan Adeina
berkahwin lantaran keadaan Adeina yang

99
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

masih belum stabil. Sedang Mikael berfikir


sendirian, suara Hayyan menyapa halwa
telinganya.
“Saya tahu ini mungkin mengejutkan bagi
doktor mahupun Adeina sendiri, namun
mungkin ini adalah keputusan terbaik. Saya
setuju untuk kahwin dengan Adeina,” tutur
Hayyan, tenang. Adeina sendiri sudah
terbuntang matanya.
“Doktor Hayyan setuju kahwin dengan
anak saya? Pasti doktor sudah tahu tentang
keadaan dia kan?” soal Mikael perlahan. Dia
bimbang akan keadaan Hayyan, juga Adeina
sendiri.
“Usah risau, Doktor Mikael, ini keputusan
saya sendiri. Insya-Allah saya akan jaga Adeina
dan di samping itu berusaha untuk bantu dia
dengan izin Allah.” Hayyan tersenyum manis.

100
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“DOKTOR! Kenapa setuju kahwin saya?” kalut


si gadis bertanya apabila mereka kembali ke
bilik Hayyan untuk menyambung sesi mereka
yang tergendala tadi.
Hayyan menghela nafasnya perlahan.
Baru ingat nak sambung bebel.
“Then, kenapa awak ajak saya kahwin?”
Soalan maut keluar dari bibir Hayyan. Adeina
terkebil-kebil. Apa dia mahu jawab?
“Tak ada jawapan kan? Then, jangan
tanya saya soalan tu. Sekarang saya nak
sambung membebel untuk awak. Dengar sini
Aufa Adeina. Selama tiga tahun saya jadi
doktor awak, saya dah kenal tingkah laku awak.
Cuba ceritakan pada saya, apa sebenarnya
yang berlaku? Jika awak tak beritahu saya,
saya tak tahu apa yang terjadi, Adeina. Awak
dah 25 tahun, dah sampai usia matang. Tak
sepatutnya awak pendam segala masalah.
Awak tahu, bukan?”

101
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ah, sudah. Hayyan sudah membebel dan


dia tahu dia tak boleh lari.
“Perkara itu kembali berulang, doktor. Dia
datang semula,” ujar Adeina sambil tersenyum
tawar. Itu dia hakikatnya. Hakikat yang harus
dihadapinya.
Dia kembali.

SEDANG Adeina dalam perjalanan pulang,


suara yang tidak diingini itu kembali menyapa
telinganya.
Bunuh.
Darah.
Pisau.
Dia hanya membiarkan suara-suara itu
berlegar di mindanya, tidak ingin terlalu
melayan. Teknik distraction yang diajar oleh
Hayyan cuba dilakukan. Teknik distraction
merupakan satu teknik yang menggunakan

102
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lima deria rasa iaitu hidung, mulut, sentuhan,


bau, dan penglihatan. Ia merupakan suatu
teknik di mana kita boleh mengalihkan
perhatian dengan perkara yang disukai.
Contohnya bagi deria penglihatan, kita boleh
melihat pemandangan indah seperti sawah
padi. Begitu juga dengan deria bau, kita boleh
menghidu haruman yang digemari.
Adeina mengeluarkan satu aromaterapi
yang lalu menghidunya sambil menutup mata.
Beberapa saat kemudian, matanya kembali
dibuka. Kali ini, lebih tenang. Bibirnya
mengucapkan syukur sambil tersenyum lega.

“ASSALAMUALAIKUM, mummy! Deina dah


balik!” sapa Adeina sambil tersenyum riang. Dia
tersenyum melihat ibunya yang sedang tidur di
atas sofa.

Bibirnya mengukir senyuman nakal. Dia


103
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

perlahan-lahan menuju ke sofa dan menyusup


ke dalam pelukan ibunya. Ah, selesanya
pelukan seorang ibu. Memandangkan pelukan
si ibu sangat selesa, akhirnya matanya mula
melayu.

“Amboi, mak dengan anak tidur dekat


sini.” Suara itu membuatkan Adeina tersentak.
Dia menghela nafas apabila mula mengecam
suara itu.
Daddy.
“Apa daddy? Bagi lah Deina tidur dengan
mummy. Daddy pergi ajak Ad tidur dengan
daddy. Deina nak peluk mummy,” gumam
Adeina sebelum matanya kembali layu.
“Eh, bangun sekarang. Daddy nak ajak
Deina cari baju kahwin.” Sekali lagi Adeina
tersentak, namun kali ini lebih teruk. Terus dia
bangkit daripada pelukan ibunya yang masih
lagi hanyut dalam lenanya.
“Apa?”
104
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Hayyan suruh cari baju kahwin. Hujung


minggu ni family dia datang rumah untuk
bincang tarikh kahwin kamu berdua.”
Adeina terkesima. Bukankah ini terlalu
pantas?

SETELAH berperang dengan ibu bapanya,


akhirnya mereka bersetuju dengan warna
pilihannya iaitu biru lembut. Seluruh tubuhnya
terasa sengal akibat hampir seharian hanya
berdiri di butik pengantin itu.
Dia memicit bahunya yang tegang itu
dengan lembut. Seketika kemudian, telefonnya
berdering nyaring. Addeen, abangnya.
“Assalamualaikum, adik. Jom lepak kat
ruang tamu. Rindu.” Setelah itu, panggilan itu
ditutup.
“Malulah tu.”

105
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ADEINA memandang abangnya yang sedang


menonton televisyen sambil menyuapkan jajan
ke dalam mulut.
“Rindu?” usiknya sambil mencari bantal
peluknya. Dia tergelak kecil melihat si abang
yang sudah menjulingkan matanya tanda
menyampah.
“Kau dah nak kahwin dik.” Kata Addeen
sambil tersenyum nipis.
Adik kembarnya yang selama ini dijaga
dengan penuh kasih sayang, akan berkahwin.
Sedih? Ya, sangat sedih. Dia menangis apabila
ayahnya menyatakan bahawa Adeina akan
berkahwin. Namun, dia tahu bukan selamanya
mereka akan bersama. Masing-masing bakal
mengambil haluan sendiri.
“Insya-Allah aku takkan lupakan kau,
abang. Kau jaga aku sejak kita kecil. Kau juga
dah berapa kali cedera sebab aku, abang. Aku
sayang kau, tahu?” Matanya sudah berair,

106
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

hingga akhirnya air mata turun dengan laju.


“Adik sayang abang.”
“Abang sayang adik.”
DIA merenung wajahnya yang telah siap
disolek nipis dengan lama. Pandangannya
jatuh pada baju pengantin yang tersarung di
tubuhnya.
“Jika ada tompokan darah di baju ini, pasti
akan jadi lebih cantik. Di mana harus aku cari
darahnya ya?” gumam Adeina sambil mengukir
senyuman.
“Deina, jom turun. Keluarga Hayyan dah
sampai,” kata Mikayla sambil tersenyum manis.
Adeina berpaling dan merenung ibunya lama.
Dia tersenyum sinis. Mikayla beristighfar
apabila menyedari keadaan anaknya itu.
“Bertenang, sayang. Istighfar banyak-
banyak. Ini mummy Deina. Mummy yang Deina
sayang,” ujar Mikayla sambil tersenyum tawar.
Hatinya bagai dicarik-carik melihatkan keadaan

107
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Adeina. Seketika kemudian, Mikael muncul,


barangkali untuk memanggil mereka turun
namun melihatkan keadaan Adeina sekarang,
dia hanya tersenyum sambil mendekati Adeina.
“Adeina, tengok daddy. Deina sanggup
cederakan daddy?” soal Mikael lembut sambil
cuba menenangkan Adeina. Wajah Adeina
berubah keruh apabila mula menyedari bahawa
dia sedang berhadapan dengan ayah
kandungnya sendiri. Suara-suara yang berlegar
di mindanya perlahan-lahan beransur pergi.
“Daddy.”
“Ya, ini daddy. Cuba usir suara itu jauh-
jauh. Cakap kat dia, Deina seorang yang kuat!
Deina tak mahu dengar cakap dia.” Mikael kini
melontarkan kata-kata semangat kepada anak
perempuannya itu.
Adeina akhirnya mengukir senyuman
apabila suara itu berjaya diusir sepenuhnya.
Dia mengucap syukur.

108
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Deina kuat.”

ADEINA mengucapkan syukur seraya


menyimpul senyum apabila dia sudah sah
menjadi isteri Hayyan. Matanya merenung
Hayyan yang memakai baju melayu dan
bersongkok itu. Apabila mereka bertemu mata,
pantas Adeina mengenyitkan matanya. Hayyan
hanya berkerut melihatnya lalu menggelengkan
kepala. Apa? Salah ke nak menggedik dengan
suami sendiri?
Sesi pembatalan air sembahyang
bermula. Hayyan tersenyum melihat isterinya
sedang tersenyum ke arahnya. Dia bersyukur
kerana akhirnya, Aufa Adeina yang dicintai
sejak tiga tahun lepas akhirnya menjadi
miliknya.Mereka duduk berhadapan. Wajah
Adeina direnung lama.
“Alhamdulillah, cinta yang abang tunggu

109
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

selama tiga tahun dah jadi milik abang,” kata


Hayyan sambil menyimpul senyuman lalu
menyarungkan cincin di jari manis Adeina.
Mata Adeina terbuntang luas. Tiga tahun?
Namun akhirnya bibir itu mencarik senyuman
manis. Tangan Hayyan diraih lembut lalu cincin
disarungkan.
“Cinta yang Deina tunggu selama 3 tahun
juga kini dah berada di hadapan Deina, sah
sebagai suami dan insya-Allah mampu
menjaga Deina sebaik mungkin.” Senyuman
bahagia kini menghiasi wajahnya.

TUBUHNYA yang lenguh di sana sini dipicit


perlahan. Mata yang mula melayu itu kembali
meluas apabila kelibat si suami mula kelihatan
keluar dari bilik air.
“Ubat belum makan, Adeina. Abang cubit
nanti,” ugut Hayyan apabila melihat Adeina
110
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang sudah berbalut selimut.


“Ha’ahlah abang. Deina lupa.
Alhamdulillah, terima kasih ingatkan Deina,”
kata Adeina lalu berlari ke arah meja solek
untuk mengambil ubatnya yang berada di atas
meja serta sebotol air mineral.
“Come here, abang suapkan Deina.”
Adeina ternganga mendengar kata-kata
Hayyan yang selamba itu.
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah si
suami yang sedang duduk di atas katil lalu
menyerahkan ubat itu kepada Hayyan.
Akhirnya ubat itu selamat ditelan oleh Adeina
setelah disuap oleh Hayyan walaupun
wajahnya sudah kemerah-merahan.
“Terima kasih abang.” Adeina tersenyum
manis.
“Now, come here. Abang ada benda nak
jelaskan, dan abang nak Deina jelaskan pada
abang juga,” ujar Hayyan sambil menarik

111
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tangan Adeina dengan lembut untuk duduk di


sebelahnya.
“Mungkin Deina rasa keputusan abang
hari tu mengejut, kan? Tapi sebenarnya tidak.
Abang dah cintakan Deina sejak tiga tahun
lepas. Abang terkejut, tapi sangat bersyukur
masa Deinna ajak abang kahwin walaupun
abang tak tahu kenapa Deina ajak abang
kahwin,” luah Hayyan lalu tertunduk malu.
Adeina mengintai wajah Hayyan yang
tertunduk itu lalu tersenyum nipis.
“Deina pun dah cintakan abang sejak
abang mula jadi doktor Deina. Jadi tak perlu
risau sebab kita sama,” kata Adeina lalu
memeluk Hayyan dengan erat.
“T… tapi, Deina sakit, abang,” kata
Adeina lalu menarik senyuman pahit.
“Abang Addeen dah banyak kali
dicederakan masa Deina hilang kawalan. Tak
mustahil kalau perkara itu juga berlaku pada

112
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

abang,” kata Adeina dengan nada sayu.


“Adeina, dengar cakap abang. Deina
sakit, tak bermaksud Deina tak layak disayangi.
Deina kena ingat bahawa Deina juga seorang
manusia,” kata Hayyan sambil mengusap
kepala Adeina dengan lembut, cuba untuk
menenangkan si isteri.
“Dia dah kembali, abang. Deina tak kuat
lawan dia. Deina takut,” ujar Adeina sambil
menangis teresak-esak.
“Dia? Maksud Deina, fikiran Deina tu?”
Melihatkan Adeina hanya mendiamkan dirinya,
dia menyangka mungkin telahannya itu benar.
“Deina kena kuat lawan dia! Jangan bagi
dia berlegar-legar dalam minda Deina lagi, okay
sayang? Aufa Adeina seorang yang kuat, kan?”
Adeina tersenyum pahit.

113
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“ADEINA.”
Adeina kini menggigil ketakutan apabila
suara itu memanggil namanya berkali-kali. Dia
sedang dalam perjalanan untuk ke bilik Doktor
Hayyan kerana hari ini merupakan tarikh janji
temu mereka, namun dia tidak menyangka
gerangan itu akan mencarinya di sini.
Ketakutan yang melampau menyebabkan
Adeina diserang panic attack. Dia tercungap-
cungap cuba mencari nafas apabila rentak
pernafasannya semakin tidak teratur.
Tangan seseorang melingkar di
wajahnya, mengelus kulitnya perlahan. Adeina
menangis ketakutan apabila sebilah pisau kini
terpampang di hadapan matanya.
“Adeina rindu nenek, dan kawan nenek
tak?” soal wanita itu perlahan. Ya, sebilah pisau
tajam itu merupakan kawan yang
dimaksudkannya.
“Tak payah pergi janji temu dengan

114
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Doktor Hayyan itu. Buang masa. Kita main


sama-sama ya?”
Ya, dia benar-benar sudah kembali.

“MANA Deina ni? Tadi orang suruh datang


sekali, dia nak pergi asing-asing.” Hayyan
sudah memulakan sesi bebelannya apabila
kelibat Adeina masih lagi tidak kelihatan.
Tiba-tiba pintu dikuak perlahan. Adeina.
“Ya, Puan Adeina. Kenapa lambat?” soal
Hayyan sambil membuat muka tegasnya.
Namun, Adeina hanya mendiamkan dirinya
sambil perlahan-lahan menghampiri Hayyan.
Hayyan mengerutkan dahinya apabila Adeina
tidak mengedahkannya, malah gadis itu
kelihatan sedikit aneh.
Belum sempat dia menyapa Adeina, rasa
sakit mula menggila di bahagian perutnya.
Rupanya sebilah pisau sudah terpacak di
115
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

perutnya. Darah mengalir dengan banyak


membasahi tangan Adeina yang kelihatan
seperti tidak berperasaan. Matanya kosong,
seperti langsung tidak ada rasa bersalah,
mahupun takut. Seketika kemudian, bibirnya
menarik senyuman puas. Darah di tangannya
diperhatikan.
“Darah kau pekat. Aku suka.”
Dia mendekati Hayyan yang sudah
terkulai layu itu. Tangannya yang penuh
dengan darah mengusap wajah Hayyan sambil
tersenyum sinis.
Setelah beberapa saat dia memerhatikan
sekujur tubuh yang sudah terbaring itu,
matanya mula meluas.
“A… abang.”

ADEINA hanya memerhatikan seraut wajah


yang pucat itu dengan senyuman pahit. Ya,

116
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

suaminya kini terlantar di hospital. Puncanya


siapa? Benar. Puncanya ialah dia. Ah,
keputusan sudah dia lakukan, dia harus kuat.
Sedang Adeina mengelamun sendiri,
tangannya diraih seseorang.
“Assalamualaikum sayang,” sapa Hayyan
sambil mencarik senyuman walaupun bibirnya
sakit kerana terlampau kering. Adeina
mengangkat wajah untuk melihat Hayyan.
Senyuman itu. Rasa sakit mencengkam hati
melihat balutan tebal di kawasan perut Hayyan.
Ini dia, Aufa Adeina. Say it.
“Ceraikan saya.” Hayyan tersentak.
Tangannya perlahan-lahan naik menyentuh
wajah Adeina yang sedang memandangnya
kosong. Diusap lembut pipi si isteri tanda
memujuk.
“Sayang nak abang ceraikan sayang
sebab tak nak abang cedera disebabkan
sayang lagi?” tebak Hayyan. Adeina hanya

117
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah


kata. Riak wajahnya juga masih kekal dingin
namun hanya Allah tahu betapa hatinya carik
melihat air mata suaminya menitis di atas
tangannya.
“T… tak nak. Abang tak nak ceraikan
Adeina.” Kini Hayyan sudah menukar
panggilannya. Mungkin kerana terlalu marah.
Bibirnya diketap kuat sehingga darah mula
menitis akibat gigitannya yang terlalu kuat.
Adeina terpaku melihat darah yang mengalir
keluar dari bibir suaminya.
“Baguslah kalau begitu, aku tak nak
bermenantukan pembunuh.” Suara itu bergema
kuat. Wajah ibu mentuanya kini menerpa
pandangan matanya. Terasa pandangan tajam
memanah ke arahnya. Bukan itu sahaja,
pandangan jijik juga dilemparkan.
Adeina tersentak. Pembunuh? Dia
pembunuh?

118
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Aku baru tahu sejarah kau, Aufa Adeina.


Kau gila! Aku terima kau sebab kau nampak
baik, normal, cantik. Tapi sebenarnya kau gila
Adeina! Kau jijik,” cemuh Puan Shazi sambil
mencebikkan bibirnya.
Hayyan yang mendengar kata-kata
ibunya itu terpaku. Isterinya dipandang sekilas,
dan ternyata Adeina langsung tidak menitiskan
air mata. Malah tiada riak sedih terukir di
wajahnya. Hanya tenang.
“Saya faham, Puan Shazi. Di sini saya
mahu serahkan semula anak puan sementara
saya buat rawatan. Buat pengetahuan puan,
saya akan dimasukkan ke wad psikatri mungkin
selama satu tahun. Jadi saya minta tolong puan
untuk jaga Hayyan. Saya sayangkan dia
setulus hati saya. Insya-Allah saya kembali
lepas saya pulih.” Sejurus meluahkan hal itu,
dia tersenyum tenang.
“Aufa Adeina, apa sayang cakap ni?”

119
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Hayyan sudah menangis teresak-esak sambil


cuba menggapai tangan Adeina namun
perlahan-lahan dirungkai oleh gadis itu Adeina
tersenyum pahit.
“Abang, Deina minta sangat supaya
abang tak lawat Deina dekat hospital nanti.
Deina nak jumpa abang, bila Deina dah betul-
betul sihat dan boleh jadi isteri abang yang
berguna, dan bukannya menjijikkan macam
sekarang.”
“Mari, Deina. Baju Deina semua mummy
dah packing,” ujar Mikael yang baru sahaja
sampai di wad itu. Bibirya mengukir senyum
namun air mata tetap mengalir laju. Kata- kata
besannya tadi sangat melukakan hatinya
namun dia hanya memilih untuk mendiamkan
diri dan bersabar.
Dia merenung wajah pucat Hayyan buat
seketika. Jelas kelihatan bahawa Hayyan amat
sedih dan terkilan.

120
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Hayyan, daddy ambil semula anak daddy


ya? Bila tiba waktunya, insya-Allah daddy akan
serahkan pada Hayyan semula.” Sejurus itu dia
memeluk Hayyan erat dan hanya mampu
menahan air matanya apabila Hayyan
menangis teresak-esak di bahunya.
Puan Shazi hanya memandang mereka
dengan pandangan hina. Baginya, itu tetap
keluarga pembunuh. Hina dan jijik.
Adeina melangkah perlahan-lahan ke
arah suaminya lalu tubuh itu dipeluk erat.
Tangan Hayyan diraih dan dikucup lembut.
Akhirnya dia mengukirkan senyuman manis
kepada Hayyan.
“Berdoalah agar Deina akan membawa
pulang senyuman ini kembali pada abang.
Untuk abang, tolong jaga senyuman itu
sehingga Deina pulang. Deina sayang abang.
Maafkan segala silap Deina sepanjang enam
bulan jadi isteri abang.”

121
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Tunggu Deina ya, abang.”

ADEINA memandang sekeliling wad itu lalu


tersenyum walaupun hatinya pedih. Seketika
kemudian, bahunya disentuh lembut
membuatkan dia berpaling. Kelihatan si ibu
sudah berjuraian air matanya diiringi dengan
esakkan kecil.
“Mummy akan rindukan Deina,” kata
Mikayla sambil memeluk anaknya erat. Sekali
lagi air matanya tumpah. Mikael dan Addeen
hanya tersenyum tawar.
“Jaga diri, adik. Abang sayang kau.” Tidak
mampu menahan sebak, air mata lelakinya
turut jatuh apabila melihat wajah si adik yang
sedang tersenyum.
“Daddy akan tengok-tengokkan Hayyan
untuk Deina. Jangan risau ya?” Kini giliran
Mikael memeluk satu-satunya anak

122
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

perempuannya itu.
“Dahlah, jangan sedih-sedih. Bukannya
tak boleh datang lawat Deina,” kata Adeina
sambil tergelak kecil.
“Kami pergi dulu, Deina. Jaga diri.”
Pesanan terakhir dititipkan oleh Mikael sebelum
mereka semua melangkah pergi.
Adeina duduk di atas katilnya sambil
merenung dinding. Nafasnya dihela perlahan.
Ya, kini dia sendiri. Oleh kerana keadaannya
yang boleh membahayakan pesakit lain, dia
ditempatkan di satu bilik asing. Ah, ini yang
harus dia tempuhi. Namun dia tahu, dan dia
yakin bahawa dia seorang yang kuat. Seketika,
bibirnya menggumam perlahan sambil
tersenyum.
“Kau kuat, Aufa Adeina.”

123
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

SETAHUN kemudian…
Langkah kakinya dibawa ke sebuah
rumah. Loceng di pintu ditekan berkali. Kakinya
dihentak perlahan tanda tidak sabar menunggu
gerangan yang berada di dalam rumah untuk
membuka pintu.
Akhirnya pintu terkuak perlahan. Adeina
mengerutkan dahinya apabila kelibat Hayyan
tidak kelihatan. Dia menjenguk ke dalam rumah
namun terjerit kecil apabila ada seseorang
sedang memeluk lutut di celah bukaan pintu.
Hayyan.
Wajah suaminya diteliti. Rambut yang
berserabai, tubuh yang sangat susut dan
bibirnya yang kering. Keadaan Hayyan
sekarang seperti tidak terurus.
Perlahan-lahan Hayyan membuka
matanya.
“Adeina? Adeina dah balik, sayang?” soal
Hayyan sambil berusaha untuk bangun namun

124
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tidak berjaya lantaran tubuhnya yang menggigil


itu. Adeina memeluk Hayyan dengan erat
sambil menangis teresak-esak. Dia tidak
menyangka keadaan Hayyan menjadi sangat
teruk seperti ini.
Hayyan melemparkan sebuah senyuman
sebelum matanya perlahan-lahan terkatup.

“ADEINA! Sayang!”
Hayyan terjaga daripada lenanya secara
tiba-tiba. Tercungap-cungap dia cuba mencari
nafas yang kian menghilang dek kerana kejutan
yang melampau di dalam mimpinya tadi.
Matanya menghala ke arah Mikael yang berada
tepi katilnya.
“Adeina dah balik kan, daddy? Mana
Adeina? Mana dia?” soal Hayyan bertalu-talu
sambil matanya meliar di sekitar bilik untuk
mencari kelibat Adeina.

125
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Seketika kemudian, matanya tertancap


pada seorang wanita di hujung biliknya. Aufa
Adeina. Isterinya. Matanya meluas lalu terus
bangkit dari katilnya dan meluru ke arah
Adeina. Drip di tangannya ditarik kasar
sehingga mengeluarkan darah yang banyak
namun langsung tidak disedari olehnya.
Tubuh Adeina dipeluk erat sambil
menangis teresak-esak. Rintihannya
kedengaran begitu pedih dan penuh dengan
kesakitan.
Adeina tersenyum sambil membalas
pelukan Hayyan namun tiba-tiba ayahnya
mencuit bahunya.
“Tangan dia berdarah teruk,” bisik Mikael
dengan nada risau. Adeina terus menolak
Hayyan supaya kembali duduk di atas katilnya.
Cadar putih itu sudah dicemari dengan darah
Hayyan.
“Abang. Kenapa pergi cabut drip tu? Kan

126
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dah berdarah ni.” Bebel Adeina sambil


membersihkan darah yang ada di tangan
Hayyan. Namun suaminya tidak menjawab
malah masih lagi menangis teresak-esak.

“A… BANG rindu D… Deina.” Tergagap-gagap


Hayyan bersuara.
Air matanya dikesat lalu dia merenung
Adeina dengan pandangan sayu. Adeina
tersenyum tenang walaupun sebenarnya hati
sedang gelisah memikirkan bagaimana dia
harus menyampaikan berita yang mungkin
akan membuatkan Hayyan bertambah sedih.
Namun, berita itu harus diketahui oleh Hayyan
kerana dia berhak.
“Abang, Deina ada benda nak bagitahu
abang,” kata Adeina lalu menghela nafasnya
perlahan.
“Ya, sayang. C… cakaplah,”
127
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Nafas dihela sekali lagi.


“Kita ada anak, namanya Rayyan. T…
tapi, dia dah meninggal abang. Dia dah pergi
dulu.” Sambil tersenyum pahit, Adeina
menuturkan perkara itu.
Hayyan terdiam. Langsung tidak beriak
namun seketika kemudian nafasnya mula laju.
Tercungap-cungap cuba mencari nafas yang
mula hilang.
Adeina panik lalu memeluk suaminya erat
sambil mengalunkan istighfar. Diusapnya
lembut belakang Hayyan, untuk menenangkan
suaminya. Beberapa saat kemudian,
pernafasan Hayyan kembali normal. Adeina
mengucapkan syukur apabila Hayyan kembali
tenang. Pasti suaminya mengalami kejutan
yang melampau sehingga diserang panic
attack.
“Anak…kita?” soal Hayyan perlahan.
“Ya, anak kita.”

128
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

SETAHUN lepas…
Adeina terjaga daripada tidurnya apabila
rasa mual semakin kuat. Ini sudah masuk kali
ketiga dia terjaga. Dia menghela nafas sebelum
mencari sesuatu di dalam beg tangannya.
Pregnancy test. Bismillah diucap sebelum dia
melangkah ke tandas.
Positif.
Senyuman lebar terukir di bibirnya
apabila ujian itu menunjukkan bahawa dia
sedang hamil. Ucapan alhamdulillah masih
meniti di bibirnya. Perutnya diusap lembut.
Telefonnya dibuka lalu lantas menelefon
suaminya. Namun, setelah tiga kali tidak
berangkat akhirnya dia mengalah. Tangannya
kembali naik mengusap perut.
“Assalamualaikum, anak ibu.
Alhamdulillah, awak duduk baik-baik dalam
kandungan ibu ya? Sampai masa, insya-Allah
kita jumpa papa.”

129
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Setelah beberapa bulan berlalu, perutnya


semakin membulat. Pergerakannya juga kini
sedikit terbatas oleh kerana dia semakin sarat.
Ibu bapa, serta abangnya sering melawatnya di
sini semejak mengetahui dia hamil. Namun, dia
sedikit terkilan apabila ibu Hayyan tidak
membenarkan dia memberitahu tentang
kewujudan kandungannya ini.
Katanya anak ini anak pembunuh. Anak
ini anak yang hina. Dia hanya akur dengan
permintaan ibu mentuanya buat sementara
waktu. Ya, hanya untuk sementara waktu. Dia
tidak bodoh untuk menyembunyikan kehadiran
anaknya daripada pengetahuan Hayyan.
Sedang kakinya melangkah perlahan
untuk menuju ke tandas, lengannya direntap
kuat oleh seseorang, namun dia bertindak lebih
cekap untuk meleraikan pegangan itu.
Wajahnya diangkat untuk melihat gerangan
yang menariknya sebentar tadi. Adeina

130
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

terpaku. Badannya menggigil ketakutan.


Nenek?
Bertemankan pisau di tangannya, wanita
itu mendekati Adeina yang sudah tidak mampu
bergerak kerana terlalu takut.
“Nenek tak sangka cucu nenek juga ada
di tempat nenek berada. Tak sia-sia nenek ajar
kamu sesuatu masa kamu kecil. Akhirnya
kamu ada teman nenek di sini. Kita gila Adeina.
Kita sama-sama gila!” Dia ketawa terbahak-
bahak tanpa menghiraukan Adeina yang sudah
menangis teresak-esak. Beberapa saat
kemudian wanita itu berhenti tertawa. Matanya
tertumpu pada perut Adeina. Tangannya cuba
mengusap perut Adeina namun ditepis
perlahan.
“Jangan sentuh anak saya.” Tegas
Adeina berkata walaupun dia sendiri sudah
lemah. Ruhaila tergelak perlahan.
“Nenek nampak kamu dah semakin

131
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sembuh. Apa kata nenek buat kamu jadi gila


balik? Boleh teman nenek lama-lama kat sini.”
Serentak itu, tubuh Adeina ditolak kuat
sehingga badannya terhempas ke dinding.
Darah mengalir dengan banyak, rasa sakit kian
menjalar membuatkan mata Adeina semakin
layu.
“Ibu minta maaf.”

“MATI dah anak kau? Entah-entah kau yang


bunuh,” sinis Puan Shazi sambil menjeling ke
arah Adeina sekali gus memberi pandangan
hina. Bibirnya meluahkan tawa puas. Dia
gembira dengan berita ini. Sememangnya dia
tidak mahukan cucu daripada keturunan
pembunuh. Sangat menjijikkan.
Adeina menarik nafasnya lama. Cuba
bertenang.
“Mama, please stop.” Dengan tegas

132
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Hayyan bersuara. Matanya sudah mula


berkaca melihatkan wajah Adeina yang
berubah sayu itu. Sejujurnya dia masih sangat
terkejut namun segalanya dipendam sendiri.
Dia tahu isterinya memerlukan sokongan
daripadanya.
“Saya pembunuh, puan? Anak sendiri
pun sanggup saya bunuh. Kejam kan saya?”
Kini Adeina sudah menangis teresak-esak.
Namun beberapa saat kemudian ketawa kecil
mula kedengaran.
“Memang aku nak bunuh anak aku pun!”
jerit Adeina sambil ketawa terbahak-bahak
walaupun air mata tetap setia menemaninya.
Hayyan terus meluru ke arah isterinya lalu
memeluk Adeina erat. Pasti Adeina sedang
mengalami tekanan perasaan yang sangat
teruk sekarang. Diusap lembut belakang
Adeina untuk menenangkan si isteri yang
sedang hilang kawalan.

133
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Sayang, istighfar. Bukan salah sayang,


okay? Abang tak marah sayang pun,” pujuk
Hayyan dengan nada lembut. Tidak lama
kemudian, Adeina kembali tenang. Mata
merahnya menatap Hayyan lama.
“M… maafkan, Deina.” Sambil teresak-
esak Adeina berbicara. Dia terkilan. Dia
sangkakan setelah membuat rawatan dia
mampu menjadi isteri yang terbaik buat Hayyan
namun dia gagal sebagai seorang ibu, juga
seorang isteri. Dia tetap seorang yang
menjijikkan.
“Tell you what, sayang bukan seorang
yang lemah. Jauh lagi menjijikkan. Aufa Adeina
isteri abang. Seorang isteri yang kuat. Seorang
isteri yang paling bernilai.”

LIMA bulan kemudian…


Adeina merenung Hayyan lama.

134
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Seketika, bibirnya mengukir senyuman.


“Kenapa, sayang?” soal Hayyan yang
terkebil-kebil apabila ditenung lama oleh
Adeina. Malu!
“Muka Rayyan ada iras abang. Deina
rindu dia, jadi Deina tengok abang,” ujar Adeina
dengan tenang. Wajah Hayyan mula berubah.
Adeina meluaskan matanya sambil mengemam
bibirnya.
“Sayang, abang… minta maaf, sebab tak
sempat tengok anak kita. Baby, papa minta
maaf.” Hayyan sudah menangis tersak-esak di
bahu Adeina. Adeina menepuk lembut
belakang Hayyan tanda memujuk.
“Abang, just like abang cakap Deina tak
salah, begitu juga untuk abang. Abang tak
salah, Deina tak salah. Ini ujian untuk kita,
abang. Ada hikmah di sebalik setiap ujian yang
kita hadapi. Percaya pada perancangan Allah
ya, kerana ia pasti lebih baik.” Adeina memujuk

135
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lembut.
Senyuman manis dilemparkan kepada si
suami yang masih lagi larut dalam kesedihan.
Akhirnya Hayyan cuba mengukirkan senyuman
untuk si isteri yang sedang terkelip-kelip
memujuknya. Comel. Geram nak cubit pipi!
“Sayang, macam mana Puan Ruhaila tu
boleh kenal sayang? Dalam rekod history
sayang sewaktu abang jadi doktor sayang pun
tak ada kisah detail tentang dia. Kenapa dia
berdendam sangat dengan sayang?” soal
Hayyan berhati-hati.
Adeina tersenyum tawar.
“Nenek. Dia ibu tiri mummy dan dia
memang tak suka mummy. Dia juga
berdendam dengan mummy sebab masukkan
dia ke hospital sakit jiwa. Dulu dia pernah buat
perkara yang sama pada mummy. Mummy juga
keguguran tapi waktu tu kandungan mummy
masih awal. Kami sangka dia dah tak ada, tapi

136
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

waktu Deina kecil dia datang balik. Dia tunjuk


macam-macam perkara yang tak sepatutnya
kanak-kanak berumur empat tahun tengok.
Darah? Pisau? Semua Deina dah tengok. Pada
umur Deina 16, daddy nampak Deina pelik.
Suka main pisau, malah Deina pernah toreh
tangan Deina sendiri. Jadi daddy bawa Deina
jumpa doktor, dan 6 tahun selepas tu abang jadi
doktor Deina!” cerita Adeina sambil tertawa
kecil.
“Mesti dalam hati Deina puji abang, kan?
Susahnya jadi doktor handsome dan cute ni.
Ramai peminat.” Hayyan berkata sambil
menjongketkan keningnya.
Adeina tersenyum sinis.
“Ha, senyum macam tu, mesti ada
agenda apa-apa ni,” kata Hayyan sambil
membuat wajah jengkel lalu menjauhkan
dirinya daripada Adeina yang semakin
mendekat.

137
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Hey, doktor handsome datanglah sini.


Malu pulak doktor ni,” usik Adeina sambil
mencuit-cuit bahu Hayyan yang sudah
membahang wajahnya. Sekali sekala usik
suami, apa salahnya kan?
Akhirnya Hayyan turun dari katil lalu
berlari sebelum ditangkap oleh Adeina. Si
Adeina itu bukan calang-calang. Sekali dia lari,
Hayyan pun kalah.
Akhirnya,telahan Hayyan tepat. Adeina
telah berjaya menarik hujung bajunya dan dia
tahu dia tak boleh lari. Hanya boleh tunggu, apa
lagi idea Adeina nak mengusik dia. Tiba-tiba dia
terasa satu kucupan di atas kepalanya lalu
rambutnya diusap lembut. Mukanya sudah
semakin merah. Adeina ni memang nak kena.
“Deina sayang abang.” Perkataan itu
membuatkan dia mendongak memandang
wajah Adeina. Ya, wanita itu sedang menangis.
“Kenapa sayang menangis ni?” soal

138
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Hayyan lalu mengusap lembut pipi gebu


Adeina. Kalau mereka bukan dalam keadaan
serius sekarang, mahu dia cubit pipi Adeina
yang bulat itu.
“Setahun tanpa abang bukan mudah.
Deina rindu sangat pada abang, dan sekarang
abang ada dengan Deina buatkan Deina rasa
nak menangis.” Adeina berkata lalu menangis
teresak-esak.
Segala kesusahannya sewaktu ketiadaan
Hayyan dahulu kembali menerpa mindanya.
Segalanya ditanggung sendirian malah
kandungannya juga dijaga sendiri tanpa
kehadiran seorang suami. Melihatkan Hayyan
yang setia bersamanya sekarang membuatkan
dia menjadi sedih dan juga gembira.
“Sayang, no. Jangan menangis lagi.
Jangan kenangkan lagi kisah silam dahulu.
Sekarang, di setiap kesusahan yang Deina
alami, akan ada abang yang setia menemani

139
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Deina, insya-Allah. Kita tempuh segalanya


bersama ya?” kata Hayyan sambil mengucup
dahi Adeina lembut.
Sejujurnya bagi pihaknya sendiri,
ketiadaan Adeina juga memberi satu impak
yang besar dalam hidupnya. Dia pernah
disahkan kemurungan dan perlu mengambil
ubat-ubatan. Paling menyakitkan, ibunya
sendiri mencemuhnya apabila mengetahui dia
disahkan kemurungan. Sejak hari itu, Puan
Shazi langsung tidak pernah melawatnya,
mahupun mengambil berat tentangnya. Kata
Puan Shazi, dia tidak mahu ada anak yang gila.
Sedang dia mengelamun tanpa sedar,
bahunya dicuit perlahan. Adeina sedang
tersenyum manis kepadanya.
“Abang, sebenarnya Deina pregnant.”
Cepat-cepat Adeina menyuarakan hal itu lalu
berlari ke luar rumah. Hayyan terkebil-kebil
cuba menangkap kata-kata Adeina sebentar

140
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tadi. Matanya terbuntang. Aufa Adeina


memang suka buat dia sakit jantung!

5 TAHUN kemudian…
“Papa! Papa Long kejar ibu! Tolonglah ibu
cepat!” jerit Jannah kuat. Tangannya mula
menarik-narik baju si ayah yang sudah selamat
terbaring di atas sofa akibat kepenatan.
“Jannah tidur dengan papalah. Jangan
layan ibu dengan Papa Long tu. Kerjanya asyik
bergaduh je. Malas papa nak layan,” ujar
Hayyan lalu mengangkat tubuh Jannah supaya
berbaring dengannya. Tubuh kecil itu dipeluk
erat bagaikan bantal golek.
Sedang mereka hanyut dalam lena,
kedengaran jeritan Adeina dan Addeen bersilih
ganti.
“Mummy! Tengok Ad ni! Dia kata dia anak
kesayangan mummy. Dah tua, buat cara

141
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tualah!”
“Deina ni mengada lah, mummy! Dah ada
anak seorang pun nak claim diri tu anak
kesayangan mummy. Manja! Terimalah hakikat
yang mummy lebih sayangkan aku.”
“Habis tu kau? Kau fikir kau tak ada anak
bini ke? Aku…”
“Aduh mummy! Jangan cubit Deina!
Abang! Tolong Deina!” Kedengaran jeritan
nyaring Adeina meminta pertolongannya
seiring dengan leteran mummy.
“Mari kita tolong gelakkan ibu, Jannah.”
Dalam matanya tertutup rapat, Hayyan tergelak
perlahan melihatkan situasi membahagiakan
tersebut. Alhamdulillah, semoga kebahagiaan
mereka berkekalan selama-lamanya.

- TAMAT -

142
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

MENCARI BAYANGMU
NUR ALFARINA PIRDAUS
(AKSI THRILLER MISTERI)

MALAM sudah semakin kelam diseliputi awan


gelap, diiringi hujan yang semakin lebat dengan
dentuman guruh yang sabung-menyabung.
Dalam kesunyian malam itu, seorang wanita
berusia lingkungan awal 20-an berlari
termengah-mengah kekurangan nafas namun
masih terus berlari kerana tiada siapa yang
dapat menghulurkan bantuan buat dirinya
ketika itu.
Larian itu adalah nyawanya saat ini. Di
belakangnya rapat mengekori, seorang lelaki
berpakaian serba hitam dengan topeng putih
yang dibawa bersamanya sebatang besi
panjang seperti batang paip. Larian lelaki sasa
itu sungguh pantas dan penuh bertenaga.
Walaupun sudah tidak kuat untuk berlari

143
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lebih laju lagi dengan kudratnya yang sudah


pasti tidak mampu menandingi tenaga lelaki
tangkas yang akal sihatnya telah dikuasai
bisikan iblis durjana di belakangnya, wanita
malang itu tetap berlari dan terus berlari
menyelinap ke sebuah lorong di hadapannya
lalu berselindung di sebalik tiang besar di suatu
penjuru yang ditemuinya dengan harapan
berjaya melindungi dirinya daripada ancaman.
Bunyi nafas yang tercungap-cungap itu tidak
mampu dikawal akibat terlalu keletihan berlari
sejak berminit yang lalu.
Bunyi tapak kaki itu semakin mendekati
tempat persembunyiannya. Gadis yang sudah
tidak bermaya itu cuba menahan nafasnya
daripada menghasilkan bunyi yang dapat
didengari semampu mungkin.
“Mana kau nak menyorok hah
perempuan?” Suara menyeramkan syaitan
bertopengkan manusia itu menaikkan segala

144
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bulu roma gadis naif yang ketakutan itu.


Lama-kelamaan, bunyi tapak kaki
tersebut semakin menghilang dan tidak
kedengaran lagi. Yakin sang iblis telah berlalu
dari lorong tersebut tanpa menyedari
keberadaannya, wanita tersebut menghembus
nafas lega dengan sekali hembus. Namun,
tanpa disedari, lengan kirinya tiba-tiba ditarik
kuat sehingga seluruh tubuhnya tertarik sama
oleh kekuatan lelaki sasa tersebut.
Besi panjang di genggaman lelaki itu
dihayun tinggi ke udara lalu melayang ke
kepala wanita tersebut tanpa belas. Teriakan
yang kuat diikuti oleh percikan darah merah
yang terlempias hebat menjadikan malam itu
bagaikan sebuah mimpi ngeri.
Aku terjaga daripada lelap. Mataku
terbuka luas. Dadaku masih berdebar, dapat
kurasa degupan jantung yang masih laju. Aku
tertidur di atas sofa lagi selepas pulang

145
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

daripada kerja dan mimpi yang sama masih


berkunjung di alam bawah sedarku. Entah
kenapa mimpi mengerikan itu sering
menghantui malamku. Adakah kerana aku
terlalu penat dengan kerja atau... kerana aku
terlalu rindukan Fais?
Jam dinding yang dijenguk menyedarkanku
ke alam realiti. Aku dah lewat! Aku perlu pergi
mandi sekarang atau akan terlambat pergi
kerja!

KASUT kanvas disarung pantas. Lantas, kakiku


lincah memecut laju menaiki motosikal Yamaha
Y15 milikku lalu mula meluncur laju di atas jalan
raya. Mujurlah aku menaiki motosikal, jika
dengan kereta sudah pasti tersangkut di
kesesakan pagi lalu lintas bandaraya Kuala
Lumpur yang pastinya terkenal sebagai pusat
kesesakan lalu-lintas yang tersohor.

146
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Deruan enjin motosikal berkuasa tinggi


yang aku hentikan secara mendadak menarik
perhatian semua yang ada di kawasan luar Ibu
Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur. Aku buat
tak peduli saja. Seperti biasa, akulah yang
selalu buat bising di kala kesunyian pagi
dengan motosikal kesayangan yang telah aku
ubahsuai ekzosnya itu. Beberapa kali juga aku
ditegur pegawai lain agar menukar ekzos
motosikalku kepada yang lebih berhemah
sebagai seorang anggota yang membawa
identiti berdisiplin, tapi maaflah aku buat acuh
tak acuh saja.
Aku memecut laju ke pintu masuk balai
sambil sekejap-kejap menjenguk ke arah jam di
tangan. Habislah kena marah lagi kalau lambat
hari ini!
Sampai saja di ruangan pejabat, aku
menjenguk ke sekeliling sebelum mula duduk.
Fuh, syukur Komander Darwish tiada di situ.

147
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kalau tidak, habislah aku kena bebel sebab


lambat lagi hari ni. Belakangan ini aku selalu
masuk kerja lewat, bukan aku sengaja tapi tidur
malam aku selalu terganggu dengan insomnia
dan mimpi-mimpi pelik. Mungkin sekarang aku
dah tak akan dapat Anugerah Pegawai
Berdisiplin Terbaik lagi macam sebelum ini.
Baru beberapa saat saja aku sempat
melabuhkan duduk, rakan sekerja menyapa
bahu aku, “Cepat weh, kita ada kes baru lagi,
kes ‘The Virgin Devil’.”
“Apa dia? Okey!” balasku serius
kemudian tanpa membuang masa bergegas
bangun.

BEBERAPA orang wartawan dan anggota unit


forensik sedang mengambil gambar di tempat
kejadian. Mayat wanita yang tidak dapat dikenal
pasti wajahnya itu diselaputi darah yang sudah

148
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

membusuk dan berubah warna kepada hitam.


“Daripada jumlah darah yang ada di sini
menunjukkan yang tempat pembunuhan
berlaku bukan di sini tapi di tempat lain. Mayat
mangsa dipindahkan ke sini setelah dibunuh,”
ujar Komander Darwish.
Aku amati keadaan mayat yang terkujur di
lantai bumi itu. Bayangan mimpi yang selalu
hadir menganggu malamku menyergah fikiran.
“Faiq, kau fikir apa tu?” Izzuddin
melambai-lambai tangannya di depan muka
aku.
“Ah, tak ada apa-apa.” Aku berjalan ke
arah Komander Darwish meninggalkan
Izzuddin tanpa menjawab persoalannya.
Mayat yang telah dibungkus rapi dengan
plastik hitam itu diangkat oleh unit forensik
untuk dibawa pergi.

149
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“MODUS operandi yang digunakan oleh suspek


adalah sama dengan dua pembunuhan baru-
baru ni dan juga 10 pembunuhan berantai
tahun lepas yang masih belum terungkai!
Suspek mengetuk kepala mangsa beberapa
kali atau lebih tepat lebih daripada 20 kali
dengan objek besi tumpul sehingga tengkorak
kepala mangsa pecah pada bahagian tulang
parietal kemudian suspek memacakkan pula
sebilah pisau di dada mangsa dengan tangan
mangsa sendiri yang memegang pisau itu.
Kesemua 14 mangsa adalah wanita muda
dalam lingkungan usia 20-an,” terang
Komander Darwish serius.
“Berdasarkan bedah siasat mangsa,
kematian mangsa adalah berpunca daripada
hentakan yang kuat di bahagian kepala dan
bukanlah tikaman di dada mangsa. Jadi apa
tujuan pembunuh memacakkan pisau di dada
mangsa dengan tangan mangsa memegang

150
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pisau? Dia nak kita sangka mangsa bunuh


diri?” Aku mengemukakan persoalan.
“Saya tak rasa pembunuh itu sebodoh itu.
Mungkin juga itu adalah identiti yang
ditinggalkan?” balas seorang anggota lain pula.
“Kenapa pembunuh perlu tinggalkan
identiti?” Satu persoalan yang bermain di fikiran
aku. Namun, persoalan itu kekal tidak
berjawab.

“FAIQ, kau belum balik lagi?” Iliyana yang tiba-


tiba saja sudah duduk di sebelahku menyapa.
Aku terlalu khusyuk menelaah fail-fail kes
sehingga tak perasan bila dia datang.
“Yana, kau bukan cuti ke hari ni?”
“Ya, aku cuti tapi aku datang nak hantar
ni dekat kau sebab aku tahu kau selalu lupa
makan kalau dah khusyuk buat kerja.”
“La, susah-susah jelah kau ni.”

151
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Apa yang susahnya. Kalau kau sakit lagi


susah tau.”
“Eh, kenapa pula?” Sengaja aku buat-
buat tak faham.
“Susahlah! Nanti aku susah hati. Dah
jangan banyak cakap. Makan ni.”
Aku hanya mampu tersenyum. Aku dan
Iliyana dah kenal lama. Sejak kami masih di
bawah jagaan rumah anak yatim lagi. Dia
memang selalu ikut aku. Dari zaman sekolah
membawa ke universiti sampailah ke alam
kerja. Katanya, dia memang minat nak jadi
polis, bukan sebab nak ikut aku, tapi aku tak
berapa yakin dengan alalsan tu. Haha!
Tapi sejujurnya memang Iliyanalah
penghibur aku bila aku stres dengan kerja, dia
selalu ada idea buat benda-benda bodoh untuk
hiburkan aku yang membosankan ni, macam
tengok wayanglah, main game dekat
arcadelah. Aku layankan saja selalunya,

152
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

asalkan dia bahagia. Okeylah, aku pun


bahagialah juga sikit-sikit.
MALAM ini sekali lagi aku sukar melelapkan
mata. Aku termenung, fikiran melayang jauh.
Bila sendirian di rumah aku lebih suka
termenung, teringat masa lalu. Mungkin tiada
apa yang manis pada masa lalu yang boleh
diingat melainkan kenangan aku dengan Fais.
Kenapa kami harus terpisah seperti ini?
Telefon bimbit aku tiba-tiba berbunyi
menghentikan lamunanku.
“Hello. Apa dia? Kau dapat jejak Fais?
Dekat mana? Okey aku datang sekarang!“
Sepantas kilat aku bersiap keluar apabila
mendengar khabar gembira itu daripada
Rushdi, kawan aku yang membantu aku
mencari Fais.

“FAIS?” Aku membuka pintu rumah pondok

153
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

terpencil itu lalu masuk ke dalamnya. Rasa


sebak di hati tak mampu aku bendung sebaik
melihat rumah Fais yang agak daif. Aku tak tahu
bagaimana kehidupan Fais sekarang sejak
kami terpisah 15 tahun dulu.
“Fais, kau okey?” Aku bertanya teragak-
agak.
“Kenapa kau diam je? Kau tak nak cakap
dengan aku ke? Aku rindu kau...” Terus saja
aku luahkan apa yang terbuku di hati walaupun
masih tiada respons daripada Fais.
“Kalau kau rindu aku, kenapa kau baru
datang sekarang? Kau patut cari aku dari dulu
untuk selamatkan aku!”
Aku hanya tergamam dengan jawapan
Fais. Aku tak sangka dia marahkan aku. Atau,
mungkin aku sangka juga ini akan berlaku
sebenarnya.
“Tapi aku dah datang sekarang Fais. Aku
boleh selamatkan kau...”

154
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Tak, Faiq! Kau tak boleh selamatkan


aku, semuanya dah terlambat sekarang!”
Kata-kata Fais masih bermain di fikiran
aku. Kenapa dia kata aku tak boleh selamatkan
dia? Kenapa dia kata aku dah terlambat? Apa
yang dah terjadi pada dia sekarang? Aku rasa
tak sedap hati. Macam mana caranya aku boleh
tolong Fais? Macam mana aku nak gembirakan
dia? Aku betul-betul rasa bersalah sebab
tinggalkan Fais sendiri dulu.

“INI dah kes keempat dalam masa tiga bulan,”


ujar Komander Darwish.
“Mangsa keempat berjaya selamatkan
diri lepas bergelut dengan suspek. Kami dah
dapat lakaran komposit muka suspek daripada
keterangan mangsa keempat. Ini lakarannya
tuan.” Izzuddin menghulurkan lakaran di
tangannya kepada Komander Darwish.

155
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Kenapa muka ni rasa macam biasa


tengok ya?” respon Komander Darwish spontan
apabila melihat lakaran yang diberikan.
“Sebenarnya tuan, identiti suspek telah
pun berjaya dikenal pasti. Nama penuh suspek,
Arman Fais bin Burhanuddin.” ujar Izzuddin
terlihat gugup.
Semua mata terarah kepada aku setelah
nama penuh suspek disebutkan. Ya, itulah
nama penuh kembar aku Fais. Apa dia? Fais
adalah pembunuh? Itu tak mungkin! Aku
kembar dia, aku kenal Fais! Dia tak mungkin
jadi pembunuh! Faislah manusia paling baik
dan tak pentingkan diri yang pernah aku kenal
atas muka bumi ini! Dia selalu lindungi aku! Dia
abang yang baik! Kepala aku tiba-tiba terasa
berat, pening!
Aku terus saja bangun daripada duduk
seraya menolak kasar kerusiku tanpa sengaja.
Bunyi geseran kerusi dan permukaan lantai

156
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang kuat membuatkan semua orang terdiam


sekali lagi.
“Saya pergi tandas sekejap.” Aku ingin
beredar dari bilik perbincangan ketika itu juga.
Udara sekeliling terasa bagai menyesakkan
nafas aku. Aku tak tahan!
Aku berjalan agak tersasar dari pintu
seakan hampir pitam sejenak. Aku berpaut
pada pintu untuk dua saat sebelum
membukanya.
“Kau okey?“ tanya Iliyana yang jelas risau
lantas bangun untuk mendapatkan aku.
“Aku okey...” Tangan kanan aku angkat
sebagai isyarat agar Iliyana membiarkan saja
aku sendiri.

“FAIQ, Mak Cik Senah bagi ikan bakar.” Fais


bersorak girang dari luar pintu lagi. Tak
menyempat nak masuk dulu sudah terjerit-jerit

157
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dari luar.
“Wah, mesti sedap kan? Bau pun dah
menyelerakan.” Aku teruja melihat ikan bakar
yang dibawa Fais.
“Nah, kau makanlah ni.” Fais
menghulurkan bekas berisi ikan bakar itu
kepada aku.
Aku terus ambil dan mula menjamah
dengan penuh berselera. Setelah mengunyah
beberapa cubitan besar daripada bahagian
ikan, kunyahan aku berhentikan. Aku lihat Fais.
Dia hanya menatap aku makan sambil
tersenyum.
“Kenapa kau tak makan?”
“Ah, aku... aku dah makan dah tadi dekat
rumah Mak Cik Senah.”
“Betul ke ni? Kau jangan tipu aku.”
“Fais! Faiq!” Suara ayah yang tiba-tiba
kedengaran mengubah senyuman kami
dengan serta-merta.

158
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Ayah dah balik! Ayah dah balik!” Kami


berdua berubah cemas.
“Fais! Faiq! Mana pergi budak-budak tak
guna ni ha?” Suara ayah semakin meninggi.
Aku dan Fais sama-sama jadi panik. Pasti kami
akan menjadi mangsa amukan ayah lagi hari ni.
Lengan aku yang masih merah akibat melecur
tempoh hari Fais pandang sekilas, risau.
“Kau pergi menyorok! Eh, ha, keluar ikut
pintu belakang! Cepat! Cepat!” gegas Fais
seraya menolak aku ke dapur.
“Kau pula macam mana?” Aku enggan
berganjak. Aku risaukan Fais.
“Aku tak apa. Kau tu masih tak sihat lagi.
Tangan kau masih belum baik. Kau tak boleh
kena pukul lagi. Cepat keluar!”
Aku akhirnya akur dengan permintaan
Fais. Aku keluar melalui pintu belakang lalu
menyorok di belakang pokok tak jauh dari pintu
belakang.

159
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Mana budak tak guna ni! Ha, ni pun kau!


Kenapa kau seorang? Faiq mana?” bentak
ayah dengan tak semena-mena.
“Faiq keluar...,“ jawab Fais ketakutan.
“Mana Faiq? Kau pandai ya sekarang nak
tipu aku!” Tali pinggang dilepaskan dari
seluarnya lalu ayah mula melibas Fais sekuat
hatinya.
“Sakit ayah! Sakit!” raung Fais dalam
kesakitan.
Aku hanya memerhati dari tempat aku
bersembunyi. Apa yang perlu aku buat
sekarang? Mahu saja aku cuba hentikan ayah
daripada memukul Fais. Tapi apa yang budak
12 tahun berbadan kecil seperti aku dapat
lakukan untuk menghalang lelaki dewasa
sesasa ayah?
Kedengaran bunyi siren seperti siren polis
dan sepertinya semakin menghampiri kawasan
rumah. Ya, tak salah jangkaan aku, kereta polis

160
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

itu berhenti di hadapan rumah kami!


“Tak guna, macam mana polis boleh
datang sini pula!” Ayah keluar senyap-senyap
dari pintu belakang sebaik menyedari
kehadiran pihak polis di luar rumah. Aku intai
ayah dari tempat aku bersembunyi. Dia tidak
pergi sendiri, tapi dia tarik Fais bersamanya!
Kenapa? Kenapa perlu bawa Fais?
“Fais!” Aku hanya mampu memanggil
sayup dari tempatku tetapi mereka sudah
semakin jauh.
“Kami polis. Buka pintu ni.” Pihak polis
mengetuk pintu.
Dari belakang rumah aku berjalan ke arah
sekumpulan polis yang menunggu di pintu.
“Adik, mana ayah? Adik seorang saja ke
ada dekat rumah?” Salah seorang anggota
polis bertanya kepada aku.
“Ayah dah lari,” rengek 12 tahun aku yang
kebuntuan.

161
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

FAIS...
Aku rindukan kau!
Aku rindukan kita yang dulu...
“Faiq, kau dah sedar?” Iliyana kini di
depan mata aku sebaik saja mataku kubuka
perlahan.
“Kenapa dengan aku?” tanyaku nyata
keliru.
“Kau pengsan depan bilik perbincangan
tadi.”

SUDAH masuk tiga hari aku direhatkan di


rumah. Mulanya aku enggan bersetuju tapi
akhirnya aku akur juga setelah dipujuk
Komander. Mungkin betul juga aku perlu
berehat. Aku perlu stabilkan emosi untuk
menghadapi semua realiti ini walaupun aku tak
pasti sama ada aku mampu untuk bangkit
semula atau tidak.

162
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Jelas aku keliru saat ini. Sangat keliru! Aku


tak ingin menyakiti Fais, tapi Fais yang
sekarang mungkin bukan lagi Fais yang dulu!
Dan aku kini adalah seorang anggota polis
yang berkhidmat untuk kesejahteraan sejagat.
Tapi aku tak percaya Fais yang melakukan
semua itu! Aku kenal dia lebih daripada orang
lain. Aku saudara kembar dia.
Aku pernah dengar orang kata yang
kembar seiras ni ada “psychic connection”. Bila
salah seorang sakit atau dalam kesusahan,
pasti seorang lagi akan dapat merasakannya.
Dulu arwah nenek pun pernah beritahu perkara
yang lebih kurang sama. Walaupun tiada bukti
atau data saintifik tentang kesahihan fakta ini,
tapi aku pernah baca sebuah kisah pasangan
kembar Houghton yang pernah menjadi liputan
pada sekitar Mac 2009 dulu.
Suatu hari, Gemma Houghton yang
berusia 15 tahun tiba-tiba tersentak dengan

163
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

perasaan yang kuat bahawa saudara


kembarnya Leanne sedang dalam masalah.
Gemma bergegas ke bilik mandi lalu mendapati
Leanne yang sedang mandi telah lemas, tidak
sedarkan diri dan tubuhnya mula berubah
menjadi biru. Leanna adalah penghidap
epilepsi dan tiba-tiba saja mengalami sawan di
dalam tab mandi ketika mandi. Gemma menarik
adiknya dari tab mandi, memberikan
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) dan
berjaya menyelamatkan nyawa Leanne.
"Saya mendapat suatu perasaan tiba-tiba
untuk pergi memeriksanya. Rasanya seperti
ada suara yang memberitahu saya ‘adik kau
sedang memerlukan kau!’" Gemma
memberitahu wartawan liputan akan hal itu.
Sekiranya Gemma tidak dirangsang oleh
perasaan itu untuk memeriksa adiknya, Leanne
pasti akan mati lemas.
Tinjauan yang dilakukan oleh Dr. Lynne

164
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Cherkas, seorang penganalisis genetik di


jabatan untuk kajian kembar di King's College
London, menunjukkan bahawa satu daripada
lima kembar seiras mengatakan bahawa
mereka telah mengalami beberapa bentuk
telepati dan satu daripada sepuluh kembar tak
seiras juga melaporkan fenomena tersebut.
Adakah aku dan Fais juga ada telepati yang
disebut “psychic connection“ seperti mana yang
diceritakan?
Loceng rumah aku berbunyi, memberikan
jeda pada lamunan aku tadi. Aku bangun dari
sofa untuk membuka pintu.
“Eh, ada apa kau orang datang rumah
aku malam-malam ni?“ Hairan juga aku tiba-
tiba Iliyana dan Izzuddin terpacak di depan
rumah aku malam-malam ini.
“Kita orang baru habis kerja terus singgah
sini nak melawat kau.” Iliyana menjawab
pertanyaanku.

165
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Aku okey jelah. Apa susah-susah nak


datang melawat beria ni? Siap bawa buah
bagai. Macam nak melawat orang sakit dah.”
Aku menjeling sebakul buah di tangan Iliyana
sebelum berseloroh.
Mereka berdua hanya tersenyum seperti
kerang busuk mendengar selorohan aku.
“Masuklah.” Aku pelawa sajalah mereka
masuk.
Aku menghidupkan televisyen sebelum
bergerak ke dapur untuk menyediakan air
minuman buat tetamu aku yang tak diundang
itu.
“Pada kira-kira pukul 12 tengah hari tadi,
mayat seorang wanita lingkungan 20-an yang
disyaki dilakukan oleh pembunuh yang sama
dengan tiga pembunuhan berantai kejam
sebelum ini...”
Sebaik saja berita itu terpasang, Iliyana
segera menukar siaran lain.

166
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Aku datang ke ruang tamu dengan pantas


dan menukar semula siaran kepada berita tadi.
“Pihak polis sedang mengesan
keberadaan suspek...”
“Jadi sebab inilah kau orang datang
rumah aku malam-malam ni ya? Nak pastikan
sama ada aku dah dengar berita ni atau
belum?”
Kakiku melangkah laju ke pintu terus
menyarung kasut tanpa mengendahkan
mereka berdua lagi. Dalam fikiran aku sekarang
hanya tentang Fais!
Aku meluncur laju di kesibukan jalan raya
kota dengan motosikalku.

“FAIS!” Aku menyergah masuk.


“Kenapa kau datang?” Fais menyoal.
“Aku risaukan kau.”
“Kau jangan tipu.”

167
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Dulu kau pernah kata kau nak lindungi


aku kan?” Aku terus saja mengungkit janji lama
Fais padaku dulu. Aku masih ingat dengan
segar dalam fikiran aku sampai sekarang.
“Aku memang tengah lindungi kau,”
jawab Fais serius.
“Argghh!“
“Tuan, tu macam suara Faiq!” Tiba-tiba,
aku dapat mendengar tutur nyaring suara
Iliyana yang kedengaran cemas.
Semua anggota polis yang telah sampai
di luar rumah Fais menyerbu masuk ke dalam
sebelum mendapati aku yang sedang terduduk
berlumuran darah dengan lengan kananku
yang tercacak sebilah pisau padanya.
“Faiq, kau okey?” Iliyana segera
mendapatkan aku yang tercedera.

“KAU ingat apa yang jadi sebelum lengan kau

168
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kena tikam?” soal Komander Darwish.


“Aku bertengkar dengan Fais. Bila kami
dengar bunyi polis sampai, Fais tikam lengan
aku sebelum larikan diri ikut tingkap.” Aku
memberikan keterangan jujur walaupun jauh di
sudut hati, berat sekali untuk memberi
keterangan yang akan menentang Fais. Namun
rasa tanggungjawab aku sebagai seorang
anggota polis memantulkanku semula kepada
kesedaran.

“SEMUA bukti-bukti yang telah dianalisis


menunjukkan persamaan yang besar antara
empat kes tahun ni dengan 10 kes pembunuan
‘The Virgin Devil’ tahun lepas, tapi ada sesuatu
yang aku masih tak dapat nak hubungkan
sekali,“ ulas Komander Darwish sambil
menunjukkan gambar-gambar pada skrin
projektor di hadapan bilik perbincangan.

169
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Apa yang tak kena tu Komander?” tanya


salah seorang anggota yang menyertai
perbincangan.

“FAIQ, ada seseorang nak jumpa kau.”


Komander Darwish datang bersama seorang
wanita berbaju kurung yang kelihatan
berkaliber daripada penampilannya.
“Siapa?” tanyaku ingin tahu.
“Selamat pagi Detektif Ammar Faiq. Saya
Doktor Amalia. Boleh kita sembang-sembang
sikit? Saya ada perkara yang saya nak tanya
pada detektif,” tutur doktor yang baru
memperkenalkan dirinya itu lembut.

“FAIS, mana Faiq?” Iliyana menyapa aku yang


sedang menunggu kedatangannya.
Kalau kau nak Faiq selamat, datang rumah

170
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

aku sekarang! Jangan berani bawa polis kalau


kau tak nak apa-apa jadi dekat orang yang kau
sayang!
Isi surat yang kutinggalkan buat gadis itu
menerjah lagi memoriku. Mungkin, dia
terperanjat dan tertanya-tanya mengenai surat
yang kutinggalkan di atas katil hospital tadi.
Mungkin juga, dia sudah mengetahui identiti
sebenarku. Buktinya, dia memanggilku dengan
nama Fais dan bukannya Faiq.
“Kenapa? Kau takut aku apa-apakan adik
kembar aku? Kau takut aku cederakan dia?”
“Fais, saya tak bermaksud nak provok
awak atau apa, saya cuma nak bawa Faiq balik,
itu saja.”
“Kenapa kau pedulikan Faiq? Dia siapa
bagi kau? Dia adik kembar aku kot! Kau siapa?”
“Aku... aku sayangkan Faiq. Aku sayang
dia macam nyawa aku sendiri. Dia berharga
bagi aku.”

171
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Pandangan mata serakahku sedikit


berubah. Pandangan amarahku sebentar tadi...
beransur sirna.
Tiba-tiba, kedengaran beberapa bunyi
tapak kaki semakin menghampiri. Iliyana dan
aku, kedua-duanya juga menyedari akan hal
itu.

“Huh! Kau bawa kawan-kawan polis kau!


Kau kata tak bermaksud nak provok aku?“
Amarahku kembali membara.
Beberapa orang anggota polis menerjah
masuk ke dalam rumah Fais ataupun
sebenarnya aku sambil mengacukan pistol ke
arahku.
Aku menyeluk keluar sepucuk pistol dari
poket seluar kemudian dengan pantas menarik
Iliyana ke arahku sebelum pistol itu diacukan
tepat di kepala gadis itu.
“Jangan maju ke depan atau perempuan
ni akan mati!”
172
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Pihak polis memberhentikan langkah


mereka, bimbang Iliyana akan diapa-apakan.
“Fais, tolong bertenang. Kami takkan apa-
apakan kau. Percayalah. Lepaskan Iliyana,”
rayu Komander Darwish.
“Takkan apa-apakan aku? Huh, kau
orang nak aku percayakan tu? Aku dah tak
percayakan sesiapa lagi dah dekat dunia ni!”
Picu pistol dalam genggaman tangan
kiriku mula ditarik perlahan. Tindakanku itu
mencemaskan semua anggota polis yang
mengepungku lalu sepantas itu juga satu das
tembakan dilepaskan. Bukan! Bukan satu tapi
dua das tembakan yang dilepaskan serentak
melalui dua pistol berbeza! Ketika aku
melepaskan picu pistolnya, Komander Darwish
juga berbuat yang sama!
Sejurus itu, tubuhku rebah menyembah
bumi. Iliyana turut jatuh bersamaku. Aku dapat
melihat gadis itu membuka matanya lalu

173
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

melihat tangannya yang berlumuran darah.


Darah itu datang daripada kesan tembakan di
dadaku.
“Faiq!” teriak Iliyana.
“Yana... Faiq ataupun Fais... takkan...
takkan mungkin apa-apa kau... sebab kau
berharga bagi aku...” Seusai mengungkapkan
kata-kata itu, mataku terpejam rapat.
“Faiq!” teriak Iliyana lebih kuat lagi.

“AMMAR Faiq adalah seorang penderita


Gangguan Identiti Disosiatif (D.I.D). Kecelaruan
ini masih sangat baru dihidap Ammar Faiq dan
dia sendiri masih belum sedar tentang
perubahan personaliti dalam dirinya.
Penghidap D.I.D ada yang sedar dan ada yang
belum sedar tentang penyakit mereka.
Kesedaran itu boleh datang pada bila-bila
masa. Dalam kes Ammar Faiq, dia baru

174
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menderita D.I.D selama lebih kurang setahun


selepas kematian saudara kembarnya, Arman
Fais,” terang Doktor Amalia, seorang doktor
pakar psikiatri kepada Komander Darwish dan
Iliyana di hadapannya.
“Gangguan Identiti Disosiatif (D.I.D)
adalah keadaan psikiatri kompleks dan kronik
yang berkaitan dengan trauma psikologi
kumulatif ketika zaman kanak-kanak. Ia
dicirikan oleh gangguan identiti yang ketara
kerana wujudnya keadaan keperibadian yang
berbeza yang ‘hidup’ dalam diri penghidapnya.
Kecelaruan ini dikatakan mengubah
keperibadian seseorang penghidap secara
berulang kali yang mengawal atau merubah
identiti individu kepada personaliti lain tanpa
kesedaran dirinya,” sambungnya lagi.
“Arman Fais dah meninggal dunia
setahun yang lalu dan kematiannya disaksikan
sendiri oleh Ammar Faiq. Ammar Faiq telah

175
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menyembunyikan kematian Arman Fais dari


dunia untuk ‘menghidupkan semula’ Arman
Fais. Mayat Arman Fais telah ditanam secara
rahsia di halaman rumah keluarga mereka di
kampung yang kini tak berpenghuni.”
“Setelah kejadian itu, semua trauma masa
kecilnya kembali menghantui dan dari situlah
wujudnya personaliti Arman Fais dalam diri
Ammar Faiq kerana ketidakstabilan emosinya
akibat terlalu terpukul oleh rasa bersalah yang
mendalam terhadap penderitaan Arman Fais
yang telah menjadi seorang psikopat kerana
terpaksa hidup dengan ayah mereka yang suka
mendera fizikal dan mental sedangkan dirinya
sendiri yang terselamat. Trauma masa kecil
dua kembar inilah yang menyebabkan mereka
menderita masalah mental mereka dihidapi;
Amran Fais psikopat, Ammar Faiq D.I.D.“
“Metode pembunuhan kejam Amran Fais
terinspirasi daripada tragedi pembunuhan ibu

176
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mereka yang dilakukan oleh ayah mereka dan


perempuan simpanannya. Ayah mereka
seorang pengedar dadah yang juga kaki judi.
Arman Fais dan Ammar Faiq sendiri menjadi
saksi langsung pembunuhan ibu mereka.
Kepala ibu mereka telah diketuk beberapa kali
dengan batang paip oleh perempuan simpanan
ayah mereka dan kemudian ayah mereka telah
menikam pula dada ibu mereka dan
meletakkan tangan ibu mereka memegang
pisau tu seolah-olah dia membunuh diri.“
“Itulah yang sempat Ammar Faiq sempat
ceritakan kepada saya sewaktu sesi tempoh
hari. Saya sempat buat tiga sesi dengan dia
lepas jumpa dia di hospital tempoh hari. Bukan
D.I.D yang dihidapinya yang membahayakan
orang lain sebenarnya, tapi personaliti psikopat
Arman Fais pada Ammar Faiq yang bahaya.“
Doktor Amalia mengakhirinya penerangannya.
Iliyana dan Komander Darwish

177
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mendengar khusyuk namun kedua-dua mereka


terlihat sayu terutama Iliyana yang sudah
berkaca matanya.
“Doktor saya ada satu soalan,“ Iliyana
bersuara.
“Ya?” respons Doktor Amalia.
“Yang muncul terakhir hari tu, Fais
ataupun Faiq?”
Doktor Amalia terjeda seketika sebelum
meluahkan jawapannya.
“Berdasarkan pemerhatian saya, yang
terakhir tu adalah Ammar Faiq. Dia ‘menyamar‘
sebagai Arman Fais sebab dia nak akhiri
semua ni. Waktu sesi kaunseling hari tu saya
tahu dia berat untuk terima hakikat kecelaruan
dalam diri dia yang akan membahayakan orang
sekeliling. Lagi satu, kalau itu personaliti Arman
Fais, apa motif dia buat semua tu sedangkan itu
jelas akan mendedahkan diri dia kepada
ancaman?”

178
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Mendengar penjelasan Doktor Amalia, air


mata yang ditahan sedari tadi mengalir dengan
sendirinya membanjiri wajah polos Iliyana.
“Faiq... kenapa kau buat macam ni?” luah
Iliyana dalam esakan yang sudah tak mampu
ditahan. Di tangannya, tergenggam satu kertas
yang hampir berkeronyok dan bertintakan ayat
selamat tinggal.
Selamat tinggal Iliyana Maisarah!
Selamat tinggal semua!
Aku minta maaf.

- TAMAT -

179
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

5 SYARAT CINTA
NOR AZIZAH YUSOF
(CINTA/ROMANTIK KOMEDI)

ADHAM berjalan mundar mandir di hadapan


Imani yang sedang enak bermain game. Gadis
itu langsung tidak terganggu dengan kelakuan
sahabatnya.
‘‘Apa yang aku perlu buat ni?’’ rungut
Adham sambil menyerabutkan rambut. Topi
sudah selamat mendarat di atas meja. Dia
sudah mati akal memikirkan suruhan umi dan
abi.
‘‘Ala, kalah lagi.’’ Telefon berjenama
Oppo dicampak lemah di atas meja kerusi batu.
Seketika itu, mata Imani beralih pula
memandang sahabatnya di sebelah.
‘‘Kau kenapa? Dah macam orang gila pun
ada,’’ kutuk Imani selamba. Adham laju
panggung kepala.

180
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Kau ni kan. Boleh tak kalau sehari tak


menyakitkan hati aku? Dahlah dengan masalah
yang tak selesai lagi. Aku ingatkan lepak
dengan kau adalah manfaatnya jugak tapi
hampeh,’’ bebel Adham panjang lebar.
Imani menegakkan badan. Adham jarang
membebel. Jika lelaki itu membebel
maksudnya dia sedang dilanda masalah yang
sangat berat. Hampir sepuluh tahun mereka
berkenalan dan dia sudah masak dengan
perangai lelaki itu.
‘‘Kau kenapa? Cuba share dengan aku,’’
soal Imani menumpukan sepenuh perhatian
kepada kawannya.
Adham hela nafas berat. Entah
bagaimana dia hendak mulakan cerita.
‘‘Umi…’’ Panggilan kepada ibu
kandungnya dileret panjang.
‘‘Kenapa dengan umi? Umi sakit ke? Dah
bawak pergi hospital?’’ tanya Imani kalut. Dia

181
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sudah tidak senang duduk apabila Adham


memetik nama ibu angkatnya.
‘‘Umi sihat. Yang tak sihatnya aku.’’
Jawapan Adham melegakan sekeping hati milik
Imani. Baguslah kalau umi baik-baik sahaja.
Sudah lama dia tidak menjenguk umi.
‘‘Kau tak nak tanya ke kenapa aku tak
sihat?’’ soal Adham lemah. Suaranya
mengendur sedikit.
Entah kenapa dia terasa dengan sikap
Imani yang suka melebihkan umi berbanding
dirinya. Kadang-kadang dia terfikir umi atau dia
sebenarnya sahabat Imani.
‘‘Kau buat apa aku nak tahu? Lagipun kau
bukannya penting dalam hidup aku,’’ balas
Imani bergurau kasar. Menyakat Adham
merupakan hobinya. Muahahaha…
Adham menghantar pandangan lipat
maut kepada Imani. Wajahnya masam
mencuka. Kunci kereta, dompet yang

182
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

diletakkan di atas meja batu itu ditarik kasar.


Balik lagi bagus.
Belum sempat Adham mencapai topi
miliknya, Imani lantas melarikan topi itu dan
disembunyikan di belakang.
‘‘Bagilah balik. Aku nak balik ni,’’ gesa
Adham sambil memandang ke arah Imani tidak
berpuas hati. Dia bercekak pinggang di
hadapan gadis itu.
Imani pula menayangkan riak wajah tidak
bersalah. Dia langsung tidak terkesan dengan
kata-kata Adham.
‘‘Aku takkan benarkan kau balik selagi
kau tak cerita kat kau apa yang dah jadi
sebenarnya,’’ putus gadis itu selamba.
Mahu tidak mahu, Adham menurut kata.
Punggungnya dilabuhkan semula di tempat
tadi. Nafas dijujut tenang.
‘‘Umi suruh aku kahwin,’’ ujar Adham
pendek. Keluhan nafas berat kedengaran di

183
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

hujung bicara.
‘‘Kahwin jelah apa yang susah?’’ Balasan
Imani membuatkan rahang Adham terjatuh.
Ikutkan hati mahu sahaja mencekik leher gadis
itu. Nasib baik dia masih ada iman. Masih boleh
menjaga batas pergaulannya dengan Imani.
‘‘Masalahnya aku tak ada calon yang
sesuai. Kau pun tahu aku macam mana kan?’’
Imani menghadam jawapan Adham
sebelum membalas. Pelik. Mustahil lelaki
sesegak Adham tidak mempunyai calon isteri
yang sesuai dan dapat memenuhi kriteria yang
umi inginkan. Sangat tidak logik. Tina, Arifah
dan Maisarah rasanya calon yang paling sesuai
jika hendak digandingkan dengan sahabatnya
itu. Petik saja jari beratur perempuan ingin
berkenalan dengannya.
‘‘Dah cuba kenalkan girlfriend kau pada
umi? Manalah tau umi berkenan ke?’’ cadang
Imani.

184
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Dah,’’ balas Adham lemah.


‘‘Kau nak tahu, aku siap tunjuk gambar
lagi. Masalahnya semua umi reject,’’
sambungnya lagi. Sudah bingung dia
dibuatnya.
‘‘Kalau macam tu, kau cari jelah mana-
mana perempuan yang sesuai. Kau kan banyak
client perempuan. Takkan tak ada satu pun
yang okey?’’
‘‘Kau ingat cari bini macam beli ikan dekat
pasar ke?’’ bidas Adham sedas.
‘‘Betul jugak eh.’’ Imani mengetuk jari
jemarinya di atas meja batu itu. Cuba mencari
jalan penyelesaian kepada masalah sahabat
dunia akhiratnya itu.
‘‘Kalau kaulah dalam situasi aku
sekarang, agaknya apa yang kau akan buat?’’
Soalan Adham menyebabkan Imani tercekik air
liur. Lama dia berdiam diri untuk menjawab
persoalan lelaki itu.

185
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Kalau aku…’’ Jeda. Mata dihala ke


hadapan merenung kosong tasik yang
terbentang luas. Jari telunjuk diketuk perlahan
pada dagu.
‘‘Aku akan cari suami yang boleh penuhi
semua syarat aku,’’ sambung Imani selepas
beberapa minit.
‘‘Syarat? Maksud kau?’’ soal Adham
berserta kerutan di dahi.
‘‘Macam yang kau cakap tadi. Nak cari
isteri bukannya macam beli ikan dekat pasar.
Jadi, bagi aku kalau ada lelaki yang cuba nak
masuk line, aku akan bagi dia beberapa syarat
dulu sebelum ke peringkat yang seterusnya.’’
‘‘Syarat apa?’’ soal Adham tidak sabar
ingin tahu.

ADHAM meletakkan kopiah di atas meja.


Badan dihempas kasar di atas katil. Dia

186
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

merenung siling dengan pandangan kosong.


Perbualan dengan Imani petang tadi berlegar-
legar di dalam lautan fikirannya.
‘‘Syarat apa?’’
‘‘Syarat yang aku kenakan simple je.
Kalau dia lepas lima syarat aku, selamat. Kalau
tak, kirim salam,’’ jawab Imani bongkak sambil
mencalitkan ibu jari ke hidung.
‘‘Yelah tapi apa syaratnya?’’ soal Adham
tidak sabar ingin tahu.
‘‘Satu. Dia mestilah seorang lelaki yang
tak tinggalkan solat. Solat mesti tepat pada
waktunya dan lagi bagus kalau dia selalu
jemaah di masjid.’’
Adham memberikan sepenuh perhatian
sambil mengangguk kecil. Mestilah kesemua
perempuan inginkan lelaki seperti itu untuk
dijadikan sebagai suami mereka.
‘‘Lagi?’’
Imani memandang Adham melalui ekor

187
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mata. Tak menyempat!


‘‘Kedua, dia mestilah menghormati ibu,
ayah dan ahli keluarga dia. Kalau dia tak
hormatkan kedua orang tua dia, macam mana
dia nak hormatkan aku?’’
‘‘Okey. Seterusnya?’’
‘‘Ketiga. Aku mencari seorang lelaki yang
rajin bekerja. Tak kisahlah kalau dia pekerja
sementara sekalipun yang penting dia ada
usaha untuk cari kerja. Kalau dia pekerja tetap
lagi bagus. Bonus untuk dia.’’ Mata Adham
masih melekap pada wajahnya. Kadang kala
lelaki itu mengangguk kepala.
‘‘Keempat, aku perlukan seorang lelaki
yang penyabar.’’
‘‘Kenapa penyabar?’’ Belum sempat
Imani menyambung ayat, Adham laju
mencelah.
‘‘Aku nak cakaplah ni. Kau diam boleh
tak?’’ Jari telunjuk diletakkan di mulut

188
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menghantar isyarat kepada lelaki itu.


‘‘Aku perlukan lelaki yang boleh bersabar
dengan kerenah aku. Kau bukannya tak tahu
aku jenis yang macam mana? Lambat bersiap,
mudah menangis, cepat melenting dan banyak
lagilah. Kalau dia tak penyabar, habis aku.
Karang tak pasal-pasal melayang pinggan
mangkuk di dapur,’’ jelasnya lagi. Sebelah kaki
diletakkan di atas kerusi batu itu.
‘‘Bukan aku nak cakap banyaklah kan.
Tapi, zaman sekarang susah tau kau nak cari
lelaki yang penyabar.’’ Adham berkongsi
pandangannya.
Boleh dikatakan hampir setiap hari, pasti
ada sahaja kes rumah tangga di mana suami
selalu mendera isteri terpampang di dada
akhbar. Belum campur lagi dengan kes
penderaan rumah tangga yang tidak
dilaporkan.
‘‘Memanglah. Aku pun bukannya

189
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

penyabar sangat tapi tak salahkan kalau aku


tetapkan syarat tu?’’ Nada suara Imani
kedengaran sedih.
Acap kali dia mendengar kata-kata ustaz
dan ustazah di corong radio. Jodoh adalah
cerminan diri kita. Jika kita menginginkan lelaki
yang baik-baik sebagai suami, maka kita
haruslah mempersiapkan diri untuk menjadi
seorang perempuan yang baik terlebih dahulu.
Adham mengesan perubahan pada raut wajah
Imani.
‘‘Dah tak payah nak sedih-sedih sangat.
Syarat terakhir?’’ Dagu ditongkat sambil
menunggu bicara selanjutnya.
‘‘Syarat terakhir, dia mestilah pandai
memasak sebab aku tak pandai masak.
Hahahaha.’’ Adham menampar dahinya. Rasa
macam buang masa pun ada bersembang
dengan si Imani.
‘‘Kalau diikutkan syarat yang aku dah

190
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

patuhi syarat kedua, ketiga dan keempat.


Syarat pertama dengan kelima masih boleh
diperbaiki. Cuma masalahnya kau jual mahal
sangat,’’ rungut Adham seorang diri. Dia
membayangkan Imani berada di situ
mendengar omogannya.
Nurul Imani. Pemilik sebaris nama itu
dikenalinya semenjak mereka berada di
sekolah menengah lagi. Pertama kali
berkenalan dengan Imani sudah membuatkan
dia jatuh suka pada gadis itu. Imani yang
selamba, Imani yang suka menyakatnya dan
Imani yang agak kasar. Gadis itu lebih suka
berkawan dengan lelaki berbanding dengan
kaum sejenis. Katanya tidak ramai yang boleh
menerima dirinya melainkan Adham seorang.
Oleh sebab itulah, dia dan Imani
bersahabat sehingga sekarang. Sejak di awal
pertemuan lagi, Imani sudah menyatakan
bahawa hubungan mereka hanyalah sebagai

191
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sahabat dan tidak akan lebih daripada itu.


Jurang antara mereka telah dicipta oleh gadis
itu.
‘‘Masalahnya sekarang aku dah sukakan
kau. Cuba kau cakap macam mana aku nak
buang perasaan tu?’’ Dia merenung siling
sambil bercakap seorang diri. Lengan kanan
dilipat dan dijadikan bantal.
‘‘Kalau dah suka cakap jelah. Tak baik
pendam sorang-sorang. Nanti tak pasal-pasal
dikebas orang. Mulalah nak gigit jari.’’ Umi
mengambil tempat di sebelah Adham yang
sedang enak terlentang di atas katil.
‘‘Eh, umi.’’ Dia termalu sendiri. Badan
disandarkan pada kepala katil sambil tersengih
seperti kerang busuk. Boleh pula terkantoi
depan umi. Malu!
‘‘Kenapa Am tak bagitahu hal yang
sebenar?’’ soal umi prihatin.
Adham menukar pula posisi kepada

192
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

duduk bersila.
‘‘Susah umi. Dia bukannya sukakan Am
pun. Umi kan tahu dia cuma anggap Am ni
sahabat dunia akhirat dia. Tak lebih dan tak
kurang daripada tu,’’ ujar Adham lemah.
Sebenarnya, rancangan umi dan abi
menyuruhnya mendirikan rumah tangga
langsung tidak wujud. Semua itu adalah
rekaannya semata-mata. Dia mengharapkan
gadis itu akan menawarkan diri menjadi calon
bakal isterinya namun tidak berhasil. Haih…
‘‘Termenung pulak dia.’’ Hujung hidung
dicuit perlahan. Terbang melayang segala
lamunan yang menganggu kotak fikirannya.
‘‘Umi…’’ Kepala dijatuhkan di atas riba
wanita kesayanggannya itu, ingin bermanja.
Dia lebih rapat dengan umi berbanding abi.
Mananya tidak jika abi asyik menayangkan
wajah serius 24 jam.
Rambut pendek Adham diusap perlahan.

193
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Matanya ditutup perlahan ingin merasai nikmat


dibelai seperti itu. Lama-kelamaan, kelopak
matanya tidak mampu dibuka lagi.
‘‘Umi rasa baik kamu berterus terang
dengan dia. Manalah tahu dia akan terima
kamu?’’ Umi membuat andaian.
‘‘Hmm.’’
‘‘Cuba bagitahu macam mana umi nak
pujuk Imani supaya terima kamu?’’
Diam.
Dengkuran halus mula kedengaran. Umi
lantas memandang ke bawah. Bertuah punya
budak! Tidur rupanya. Wanita itu hanya mampu
menggeleng perlahan. Am, Am…

IMANI menggigit kuku yang baru diketip


beberapa hari lepas. Kakinya bergerak-gerak
sendiri. Kemudian dia bangun dan berjalan
mundar-mandir di dalam bilik itu. Hujung baju

194
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kurung dipintal-pintal.
‘Tak boleh jadi ni. Mustahil dia tak tahu
langsung pasal hal ni,’ getusnya di dalam hati.
Tangan naik mengurut pelipis. Serentak itu
matanya terpandang kotak baldu merah yang
berada di atas meja solek.
Punggung dilabuh di atas kerusi dan
ditarik merapat dengan meja tersebut.
Perlahan-lahan, kotak itu dibuka. Matanya
disajikan dengan cincin emas putih yang
bertatahkan berlian kecil. Sungguh cantik.
Namun, dia tahu perhiasan itu tidak layak
dipakai olehnya. Cincin itu hanya layak
disarungkan ke jari bakal isteri Adham. Dan
bakal isteri Adham bukannya dia.
Haih pening sungguh kepalanya!
Dua tiga hari lepas dia mendapat
panggilan telefon daripada ibu mengatakan ada
rombongan meminang untuknya. Terkejut
beruk dia dibuatnya. Kata ibu, lelaki yang

195
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

hendak meminangnya itu sudah lama


berkenalan dengan dirinya. Setahu dia, hanya
Adham sahaja satu-satunya sahabat lelaki
yang dia ada.
Dan siapa sangka telahannya ternyata
benar. Lelaki yang masuk meminangnya ialah
Adham. Mujurlah dia tidak pengsan semasa
sesi menyarung cincin sebentar tadi. Yang lebih
merumitkan keadaan, ini bukannya majlis
merisik semata-mata tetapi digabungkan
dengan majlis pertunangan. Kata umi, perkara
yang baik eloklah dipercepatkan.
Telefon bimbit miliknya berbunyi nyaring
minta diangkat. Apabila melihat nama Adham
tertera pada skrin telefon, laju tangannya
meleret butang hijau ke tepi.
‘‘Assalamualaikum,’’ sapa si pemanggil di
hujung talian.
‘‘Waalaikumussalam. Eh, Am! Apa yang
kau cuba buat ni hah? Kenapa aku kena

196
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bertunang dengan kau?’’ Imani melontarkan


soalan seperti peluru berpandu yang tiada
hentinya.
‘‘Woah, woah. Sabar. Rileks dulu. Dengar
apa yang aku nak cakap,’’ pujuk Adham
menyuruh tunangnya bertenang. Dia sendiri
juga sedang berdebar di hujung talian.
‘‘Okey terangkan,’’ putus Imani sambil
menahan amarah yang bertandang. Dadanya
turun naik. Kalaulah Adham ada di depannya,
pasti lelaki itu akan menjadi mangsa
keganasannya.
‘‘Pertama sekali, aku nak minta maaf
sebab dah hantar rombongan meminang tanpa
minta persetujuan daripada kau dulu,’’ luah
lelaki itu berat.
‘‘Masalahnya sekarang ini bukan
rombongan meminang. Ni majlis bertunang kau
tahu!’’ jerit Imani kegeraman.
Dia sudah terbangun dari duduknya.

197
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kipas di siling yang terpasang dari tadi tidak


mampu menyejukkan dirinya.
‘‘Aku tahu. Aku minta maaf pasal hal tu.
Aku yang minta umi untuk sekalikan majlis. Aku
tak nak tangguh lama-lama,’’
‘‘Tak. Apa yang aku tak faham sekarang
ni, kenapa kau perlu pinang aku sedangkan kau
tak cintakan aku?’’ Protes Imani lagi.
‘‘Siapa cakap aku tak cintakan kau?’’
Jawapan Adham menyebabkan langkahnya
terpasak pada lantai. Dia ada salah dengar ke
tadi?
‘‘Kau apa?’’ soal Imani kurang mengerti.
‘‘Aku cintakan kau. Aku sukakan kau lebih
daripada seorang sahabat,’’ ucap Adham
berterus terang.
Amani terdiam sejenak sementara
otaknya sedang ligat mencerna pengakuan
yang terbit dari mulut sahabatnya itu. Matanya
terkebil-kebil. Seakan dunia berhenti berputar

198
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

buat seketika.
‘‘Imani?’’ seru Adham di hujung talian.
Itulah sebabnya kalau boleh dia tidak mahu
menjelaskan perkara penting ini di telefon.
‘‘Ak… aku…’’ Imani seperti kehilangan
kosa kata. Langsung tidak pernah telintas di
ruang pemikirannya bahawa Adham akan
membuat pengakuan seperti itu.
‘‘Hah, aku tahu! Kau sebenarnya terdesak
kan? Kau tak jumpa calon yang sesuai untuk
dijadikan isteri lepastu kau gunakan aku. Kau
ingat aku ni apa hah?’’ sembur Imani pedas.
Memikirkan alasan yang dirasakan logik di
sebalik apa yang berlaku, Imani terus menuduh
Adham tanpa sebarang bukti.
‘‘Ya Allah Imani! Sumpah aku tak terfikir
pun nak jadikan kau pak sanggup dalam hal ni.
Ya aku tahu semua ni sangat mendadak bagi
kau. Tapi, percayalah cakap aku. Aku sukakan
kau. Rasa sayang aku pada kau melebihi

199
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sayang sebagai seorang sahabat.’’ Adham


sudah mati akal mahu menerangkan hal yang
sebenar.
‘Rasa sayang aku pada kau melebihi
sayang sebagai seorang sahabat’
Ayat itu bermain-main di dalam kotak
fikirannya. Terngiang-ngiang pada deria
pendengarannya. Entah kenapa terbit satu
perasaan halus di dalam hatinya. Tanpa sedar,
hujung bibirnya terangkat sedikit. Dia
tersenyum sendiri.
‘‘Imani. Kau okey tak?’’ soal Adham
kerisauan.
Bagaikan baru tersedar daripada mimpi,
Imani terus menggelengkan kepalanya.
‘‘Aku okey,’’ balasnya pendek. Kalaulah
dia berdepan dengan Adham ketika ini,
pastinya lelaki itu akan melabelnya gila.
‘‘Aku mula sukakan kau dah lama
sebenarnya. Masa kita di tingkatan empat lagi.

200
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kau tak sama macam perempuan yang aku


kenal. Tapi, aku sedar kau tak mungkin akan
sukakan aku sebab kau dah anggap aku
sahabat dunia akhirat kau kan?’’ Adham
tergelak pedih di hujung bicara.
Itulah sebabnya kenapa dia tidak pernah
berterus terang kepada Imani tentang
perasaanya. Dia pernah cuba melupakan rasa
cinta kepada gadis itu. Tina, Arifah, Indah,
Maisarah antara perempuan pernah menjadi
teman wanitanya. Mereka semua dijadikan
bahan eksperimen untuk dia melupakan Imani.
Namun, ternyata tiada salah seorang pun di
antara mereka yang mampu menggantikan
tempat Imani di hatinya.
Imani sekali lagi gagal untuk
mengeluarkan kata-kata. Lidahnya sudah kelu
untuk memberikan jawapan. Lama mereka
berdiam diri sehingga akhirnya Adham
membuat kesimpulan sendiri.

201
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Aku nak minta maaf sekali lagi. Pasal


pertunangan tu, aku… tak marah kalau kau nak
putuskan. Aku tahu kau tak pakai cincin yang
aku belikan.’’ Serentak itu, mata Imani
memandang kotak cincin berbentuk love itu.
‘‘Minggu depan kau balik sini kan? Kau
pulangkan cincin tu pada umi. Bagitau dia yang
kau tak setuju untuk berkahwin dengan aku.
Aku yakin umi mesti faham punya,’’ ujar Adham
lemah sebelum dia menghela nafas berat.
Untuk apa lagi dia mempertahankan
pertunangan mereka jika dia sahaja yang beria
mahu menghalalkan hubungan ini. Hakikatnya
dia sedang bertepuk sebelah tangan. Kalaulah
Adham tidak terburu-buru menghantar
rombongan meminang pastinya lelaki tidak
akan kecewa seperti ini. Sakitnya hanya Tuhan
sahaja yang tahu.
‘‘Aku…’’
‘‘Kau rehatlah. Kau mesti penat kan. Aku

202
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pun ada kerja nak dibuat. Bye


assalamualaikum,’’ cantas Adham lalu
mematikan panggilan telefon.
Imani memandang telefon bimbit yang
sudah bertukar gelap. Apa yang patut aku buat
sekarang?

IMANI tunduk memandang lantai. Melihat kaki


sendiri yang dibaluti stoking. Jari jemari
bermain antara satu sama lain.
‘‘Maaf ya umi lambat,’’ tegur umi yang
baru turun selepas menunaikan solat sunat
Dhuha.
Imani panggung kepala. Wajah suci umi
ditatap lama sambil bibirnya menghadiahkan
satu senyuman manis buat wanita itu.
‘‘Tak apa umi. Imani yang datang tak
bagitahu dulu.’’
Umi mengambil tempat di sebelahnya.

203
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Sofa yang didudukinya bergerak sedikit saat


umi melabuhkan punggung.
‘‘Imani nak bincang pasal kahwin dengan
Am ke? Dia tak ada,’’ maklum umi kepada bakal
menantunya itu.
‘‘Eh, bukan. Imani bukannya nak jumpa
Am tapi Imani datang ada perkara yang bincang
dengan umi,’’ jawab Imani perlahan. Hujung
jemari mula berasa sejuk.
‘‘Nak bincang apa?’’ soal umi sambil
memaling badan ke arah Imani. Dia menanti
ayat seterusnya.
Kotak cincin yang berada di dalam beg
dibawa keluar dan diletakkan di atas meja kopi.
Umi kelihatan tersentak sambil memerhatikan
jari manis Imani yang kosong.
‘‘Imani…’’ Suara tersekat di kerongkong.
Ikutkan hati dia tidak sanggup hendak
memberitahu hal yang sebenar kepada umi tapi
dia tidak punya pilihan lain. Dia sudah berfikir

204
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

masak-masak dan semoga keputusan yang


diambil adalah jalan yang terbaik untuk dirinya
dan Adham.

ADHAM menapak lemah ke dalam biliknya.


Kotak cincin yang berada di atas meja tadi
digengam erat. Tombol pintu dipulas perlahan.
Usai menutup daun pintu, dia menyandarkan
badannya pada pintu. Perlahan-lahan
badannya melorot jatuh ke lantai.
Air mata bertakung di tubir mata. Siapa
sangka selepas pulang dari kolam memancing
dengan abi tadi, dia dikhabarkan dengan berita
yang tidak enak. Berita yang paling dia takuti.
Perkhabaran yang disampaikan benar-benar
mengguris luka di hatinya.
‘‘Tadi Imani datang sini dan dia tertinggal
benda ni,’’ tutur umi sambil menghulurkan kotak
baldu bewarna merah itu kepadanya.

205
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Dia ada minta maaf pada umi sebab dah


lukakan hati Am,’’ sambung umi lagi. Wajah
keruh umi dipandang Adham.
Kotak kecil itu diangkat sedikit tinggi.
Belum sempat tangannya membuka kotak itu,
terdengar nyanyian Cakra Khan dan Dato’ Siti
Nurhaliza dari poket seluar. Tanpa memandang
ke arah nama si pemanggil dia meleretkan
butang hijau untuk menjawab panggilan.
‘‘Helo, Am. Kau kat mana sekarang?’’
tanya Imani kalut. Doanya Adham masih di luar.
‘‘Kenapa kau nak tahu?’’ jawab Adham
dingin.
Imani terus terdiam. Mendengar nada
suara Adham yang lain dari kebiasaannya, dia
terus membuat kesimpulan bahawa Adham
sudah tahu tentang kehadirannya ke rumah
keluarganya pagi tadi.
‘‘Aku…’’ ujar Imani dengan rasa bersalah.
‘‘Dahlah Imani. Aku tak sangka ini

206
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

rupanya pengakhiran kisah kita. Salah ke kalau


seorang sahabat mengaku yang dia dah jatuh
suka pada sahabatnya sendiri? Perlu ke kau
buat sampai macam ni sekali?’’
‘‘Am, dengar dulu apa yang aku nak
cakap. Aku tak bermaksud nak…’’ Ayatnya
tidak dapat dihabiskan sebaik telinganya
menangkap bicara Adham yang mampu
menyebabkan dia kehilangan kosa kata.
‘‘Aku harap kau bahagia dengan
keputusan kau. Tapi, maaf sebab aku tak
mampu nak jadi sahabat kau lagi selepas ni.’’
Serentak itu panggilan dimatikan olehnya.
Kepala disembam pada lutut. Buat kali
pertama dia menangis kerana seorang
perempuan. Kerana perempuan bernama
Imani. Hatinya hancur bagaikan kaca yang
dihempas kuat ke batu.
Malam itu dia bangun selepas terjaga dari
tidur. Jarum jam loceng menunjukkan jam 2.00

207
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pagi. Hendak menyambung tidur, matanya


tidak mahu lelap. Kaki diatur ke tandas. Pili paip
dibuka dan dia mengambil wuduk.
Sejadah dihamparkan ke arah kiblat.
Dalam kesamaran cahaya lampu tidur, dia
menunaikan Solat Sunat Taubat dan diikuti
dengan solat sunat istikarah.
‘‘Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu
dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan
daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku
memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan
yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha
Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak
mengetahui dan Engkaulah yang Maha
Mengetahui segala perkara yang ghaib.
Ya Allah seandainya Engkau mengetahui
bahawasanya urusan perkahwinanku dengan
Imani adalah baik bagiku dan baik bagi
agamaku, kehidupanku dan kesudahan

208
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

urusanku sama ada cepat atau lambat, maka


takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah
serta berkatilah bagiku kepadanya.
Seandainya Engkau mengetahui bahawa
urusan ini akan mendatangkan keburukan
bagiku pada agamaku, kehidupanku dan
kesudahan urusanku sama ada cepat atau
lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya
serta takdirkanlah kebaikan untukku dalam
sebarang keadaan sekalipun, kemudian
redakanlah aku dengannya.’’
Tangan diraup ke muka. Terasa tenang
hatinya selepas meluahkan rasa beban yang
terbuku di hati. Tasbih yang diletakkan di
hujung sejadah diambil dan zikir dialunkan satu
persatu. Serentak itu juga, air mata galak
menuruni lekuk pipi. Terhinjut bahunya
menahan tangis.

209
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

DUA bulan selepas peristiwa perit itu berlaku,


Adham membuat keputusan untuk
menamatkan zaman bujangnya. Dia meminta
umi mencarikan calon yang sesuai untuk
dirinya. Cukuplah dia pernah kecewa dengan
Imani. Yang pasti, dia hendak memulakan
hidup baru. Bercakap mengenai gadis itu, entah
apa khabarnya sekarang? Sihatkah dia?
Adakah dia telah bertemu dengan lelaki yang
telah memenuhi kelima syarat yang ditetapkan?
‘‘Am, lambat lagi ke nak siap? Pukul 11
pagi nanti majlis dah nak bermula. Kita
sepatutnya dah gerak ke masjid ni,’’ laung ibu
dari luar bilik.
Termati terus angannya. Telefon
dipandang sepi. Sudah beberapa bulan dia
terputus hubungan dengan Imani. Berpuluh
mesej dan panggilan telefon telah diterima
namun satu pun tidak dilayan. Biarlah kisah
mereka terhenti di situ.

210
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Songkok hitam disarung ke kepala. Baju


melayu bewarna putih gading yang tersarung
pada tubuh dikemaskan untuk kali yang
terakhir. Samping juga turut dipakai.
Merasakan dirinya sudah cukup bersedia untuk
menempuhi hari bahagia ini, Adham melangkah
keluar dari bilik.
‘‘Dah siap?’’ soal abi di luar bilik. Segak
sungguh anaknya.
‘‘Dah abi. Mana umi?’’ Matanya liar
mencari kelibat uminya.
‘‘Ada kat bawah kot. Jom turun sekali,’’
ajak abi mengetuai langkah ke bawah.

ADHAM memusingkan badannya ke belakang.


Selepas itu, dia berpusing semula ke hadapan.
Pipi ditampar berkali-kali.
‘‘Apasal pulak aku nampak dia kat sini?
Am jangan jadi bodohlah. Kau dah nak kahwin

211
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pun,’’ marahnya kepada diri sendiri. Ada ke


patut wajah pengantin perempuannya yang
hinggap di matanya sebiji dengan wajah Imani.
Dia menggeleng perlahan menghilangkan
wajah itu daripada terus menghantui hidupnya.
‘Lupakan Imani dan mulakan hidup baru,’
getus hatinya.
‘‘Kau boleh Am!’’
‘‘Mohamad Adham Rafie,’’ panggil tok
kadi yang sudah bersila di hadapan Adham.
Kertas yang siap diisi oleh kedua-dua
pengantin ditenung seketika.
‘‘Ya, saya,’’ balas Adham perlahan. Dia
menyedut nafas dan menghembus perlahan.
Berdebar punya pasal.
‘‘Dah bersedia?’’ soal tok kadi yang
bernama Wahid itu. Wajah bakal pengantin
lelaki di hadapannya dipandang lama. Dia cuba
memberikan masa supaya lelaki itu dapat
mengawal perasaan gemuruhnya.

212
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Sedia, tok,’’ balas Adham yakin. Wajah


abi di sebelah dipandang sekilas. Tidak lama
selepas itu, dia mengalihkan pandangan
memandang umi pula. Senyuman umi terukir di
bibir tuanya. Dan, akhir sekali kepada bakal
isterinya. Saat matanya bersabung dengan
perempuan itu, laju dia memandang ke arah
lain.
Kenapalah otaknya masih tidak dapat
membuang wajah Imani?
‘‘Kita teruskan.’’ Tidak mahu bertangguh
lagi, dia memberikan jawapan. Apa yang pasti,
selepas berkahwin dia akan mencintai isterinya
sepenuh hati. Imani pula hanyalah sebahagian
daripada kenangan terindah yang pernah dia
lalui.
Tok kadi berjabat tangan dengan Adham.
‘‘Mohamad Adham bin Rafie,’’
‘‘Ya, saya,’’
‘‘Aku nikahkan dikau dengan Nurul Imani

213
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

binti Abdul Razak dengan mas kahwin seribu


ringgit tunai.’’ Serentak itu tangan digerakkan
ke bawah.
‘‘Aku terima nikahnya Nurul Imani…
hah?’’ Adham terjerit kecil. Kening bertaut
sesama sendiri. Kenapa nama Imani disebut
oleh tok kadi? Adakah dia sedang
berhalusinasi?
‘‘Lah yang kamu pergi hah kenapa?’’ soal
tok kadi yang agak terkejut dengan kelakuan
Adham. Lafaz tersebut sudah tidak sah.
‘‘Maaf tok. Saya nak minta masa
bertenang kejap,’’ pintanya sambil
mengibaskan baju melayu. Peluh sejuk sudah
merecik di dahi. Penghawa dingin yang
dipasang di dalam masjid seolah-olah tidak
berfungsi untuknya.
Adham memalingkan wajahnya ke
belakang semula. Bebola mata mencari figura
bakal isteri yang akan berkongsi kehidupan

214
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dengannya nanti.
Perempuan itu memandangnya pelik.
Tiba-tiba, Adham merasakan oksigen yang
dipam oleh jantungnya tidak mencukupi untuk
dia bernafas. Pandangannya berbalam-balam
sebelum semuanya gelap.
‘‘Ya Allah, Am!’’

ADHAM bercekak pinggang di hadapan


isterinya, Imani. Akhirnya selepas dua kali
percubaan, dia dan Imani sudah selamat
bergelar suami isteri. Dia sedang menanti
jawapan daripada mulut Imani. Bagaimana
mereka dapat meneruskan perkahwinan ini
sedangkan Imani sendiri telah memutuskan
pertunangan mereka?
‘‘Jelaskan,’’ tegas Adham mengeluarkan
arahan.
Imani sejak dari tadi menunduk sahaja

215
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kerjanya. Bibir bawah digigit perlahan. Dia tidak


tahu mahu bermula dari mana.
‘‘Nurul Imani. Aku bukannya marah kau.
Aku perlukan penjelasan di sebalik apa yang
dah berlaku.’’ Kendur sudah suara Adham.
Baginya semua ini berlaku secara tiba-tiba. Dia
melabuhkan duduk di sebelah isterinya.
‘‘Pandang aku,’’ pujuk Adham sambil
mengangkat sedikit dagu Imani supaya
memandangnya.
Mata Imani berkaca-kaca. Tidak lama
selepas itu, air mata menuruni pipi satu persatu.
Tangan Adham lantas menyeka mutiara jernih
yang luruh.
‘‘Aku nak minta maaf,’’ ujar Imani
perlahan.
‘‘Sebenarnya aku tak sempat nak
putuskan pertunangan kita. Umi yang
selamatkan hubungan kita,’’ sambung Imani
lagi.

216
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Maksudnya?’’ soal Adham tidak faham.


Ingatan Amani kembali menjangkau
suasana di mana dia bertemu dengan umi
beberapa bulan yang lalu.
‘‘Kenapa ni Imani? Cuba kongsi dengan
umi kenapa Imani tiba-tiba nak putuskan
pertunangan dengan anak umi,’’ luluh hati
tuanya melihat kotak baldu bewarna merah itu.
‘‘Maafkan Imani. Imani tak dapat nak
teruskan pertunangan kami,’’ jawab Imani
lemah.
Tangan Imani digengam erat. Umi
memandang tepat ke dalam bebola mata gadis
itu.
‘‘Umi rasa umi patut kongsikan sesuatu
dengan kamu.’’
‘‘Umi sebenarnya dah lama tahu yang Am
sukakan kamu. Dari zaman sekolah menengah
lagi. Kamu perempuan pertama yang dia
kenalkan kepada umi dengan abi. Belum

217
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pernah lagi dia kenalkan mana-mana


perempuan kepada kami. Umi dah lama beri
cadangan untuk dia pinang kamu tetapi dia
selalu sangat mengelak. Katanya hubungan
kamu berdua tak lebih daripada seorang
kawan. Suatu hari, dia balik mengadu dekat umi
yang kamu kenakan lima syarat kepada bakal
suami kamu. Betul ke?’’ tanya umi kepada
Imani.
‘‘Ya, umi.’’ Balasan Imani mengundang
senyum pada wajah umi.
‘‘Umi nampak perubahan dalam diri anak
umi. Kalau dulu, bukan main liat dia nak ke
masjid. Macam-macam alasan diberi.
Alhamdulillah selepas kamu kenakan syarat
macam tu, dia belajar ke masjid walaupun tak
sempurna lima waktu. Sampaikan pernah satu
hari dia pesan pada umi. Dia minta umi tolong
ingatkan dia untuk ke masjid tiap kali masuk
waktu melainkan kalau dia tengah bekerja.’’

218
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Kalau nak tahu, dia sekarang suka


belajar memasak. Katanya kamu suka suami
yang pandai memasak. Walaupun tangan dia
penuh dengan luka, percikan minyak panas,
umi tak pernah sekali pun dengar dia cakap nak
berhenti belajar memasak,’’ jelas umi panjang
lebar.
‘‘Selepas dengar penerangan umi, aku
terus bagi kata putus untuk sambung
pertunangan kita. Tapi tak sangka pulak kau
beria tuduh aku yang bukan-bukan,’’ luah Imani
sedih.
‘‘Habis tu, yang kau tinggal kotak cincin
kat atas meja kenapa?’’
‘‘Sebabnya aku terlupa nak bawak balik.
Itu yang aku telefon kau. Tanya kau ada kat
mana,’’ jawab Imani.
Adham menepuk dahi. Salah faham
rupanya. Kalaulah dia buka kotak cincin itu
terlebih dahulu.

219
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

‘‘Jadi, maksudnya aku dah salah


fahamlah ya?’’ soal Adham sambil menggeleng
kepala. Patutlah umi berat hati ingin meminang
gadis lain untuknya. Selepas ini, ingatkan dia
untuk berterima kasih pada umi.
‘‘Kau dah sedia nak jalankan
tanggungjawab sebagai isteri aku?’’ Soalan
Adham menyebabkan Imani hampir tersedak
air liur. Lelaki itu mempamerkan senyuman
nakal.
‘‘Aku dah jadi bini kau kan. Suka hatilah
kau nak buat apa pun. Cuma aku ada benda
nak tanya kau.’’ Kali ini, Imani pula yang
menyoal.
‘‘Apa dia?’’
‘‘Lima syarat aku kau dah penuhi. Jadi,
apa pulak syarat kau untuk aku?’’
Adham berfikir seketika sebelum
membalas.
‘‘Aku ada dua syarat untuk bini aku. Satu,

220
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

aku perlukan isteri yang boleh hormat aku


dengan keluarga aku. Kedua, aku perlukan
isteri yang setia dengan aku. Isteri yang boleh
ada dalam setiap susah senang aku,’’ jawab
Adham mengeluarkan ibu jari dan jari telunjuk.
‘‘Kau dah bersedia?’’
‘‘Bersedia untuk apa?’’
‘‘Untuk penuhi syarat aku?’’ Kening
dijungkitkan ke atas.
‘‘Anggap je dah selesai,’’ balas Imani
sambil tersipu malu.
‘‘Alhamdulillah.’’
Bahu Imani ditarik rapat ke dalam
pelukannya. Ubun-ubun isterinya dikucup
penuh syahdu. Doanya semoga perkahwinan
mereka ini akan berkekalan sehingga ke anak
cucu. Amin…

- TAMAT -

221
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

MENCARI CINTA
NURUL DINI YAHYA
(CINTA/ROMANTIK KOMEDI)

ULYA memandang sekeliling sebaik sahaja


turun dari kereta mewah milik ayahnya, Dato’
Bahran. Rambut yang beralun ditiup angin
diselit di belakang telinga.
“Mulai hari ini, Ulya akan tinggal di
kampung nenda sementara abi dan umi ada
urusan di luar negara.”
Ulya menjeling abi dan umi. Bukan dia tak
tahu yang abi dan umi tinggalkan dia kali ini
untuk membaiki sikapnya yang sentiasa
membangga diri akan kekayaan keluarga.
Lihat sahaja namanya Ghina Ulya yang
bermaksud ‘kekayaan yang tinggi’. Ulya
mencebik sebelum kakinya mula melangkah
masuk ke dalam rumah nenda yang sedia
mewah namun masih terdapat elemen

222
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kekampungan.
“Ha Ulya, baru sampai? Abi dengan umi
kamu mana?” soal Puan Hamdah sebaik
sahaja terpampang raut wajah Ulya di muka
pintu.
Namun, soalan nenda diabaikan lalu bilik
tetamu di rumah nenda dituju.

HAR memandang teman wanitanya, untuk kali


ke-19 dia ditolak. Tahun ini umurnya sudah
genap 29 tahun, mahu atau tidak dia harus
berkahwin.
“Mulai hari ini, kita putus.”
“Tapi… kenapa?” soal Har polos.
Wanita di hadapan Har tersenyum sinis.
Harapkan muka sahaja kacak, anak ketua
kampung tapi lurus bendul.
“You tu lurus bendul! I dekat dengan you
pun sebab nak duit jelah, kalau tak memang

223
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mimpi!”
Har terpana, bibir digigit. Dia mati-mati
ingat wanita di hadapannya ini ikhlas, apa dia
mahu jawab dengan ayah? Lagi-lagi dia gagal
dalam percintaan.
“By the way, thanks untuk RM10 ribu
yang you transfer ke account I.” Wanita itu terus
berlalu meninggalkan Har terpinga-pinga.
Mata masih memandang wanita yang
baru sahaja memutuskan hubungan mereka.
Habis, dia macam mana? Har mengeluh.
Berpuluh ribu dia habiskan demi wanita yang
kononnya sudi memilihnya untuk dijadikan
suami. Apa lagi yang dia tak cukup?
Terasa bahu ditepuk dari belakang,
pantas Har memusingkan kepala memandang
gerangan tersebut.
“Kene reject lagi?” tanya Amar,
sahabatnya.
“Aku dah cakap yang Aina tu nak

224
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

gunakan kau. Berapa kali aku nak tegur?”


Kepala ditunduk, tidak tahu mahu
menyesal atau apa. Duit lesap, ditipu wanita.
Bukan sekali, bahkan 19 kali.
“Kau pandang aku Har Athman.
Percayalah, tak ada wanita yang nak dekat kau
kalau dari mula dia orang dah meminta-minta.
Kau faham aku tak?” tegas Amar.
Jujur, Har memang lurus, sangat lurus.
Membuat kesilapan berulang kali memang hobi
Har Athman. Tak usah dikira berapa banyak
kali dia harus menasihati Har.
“Jadi berapa kau habiskan untuk
perempuan nama Aina tu?”
Har mengangkat kepala memandang
Amar.
“RM20 ribu.”
Jawapan Har berjaya membuatkan Amar
mengucap panjang.

225
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

PUAN Hamdah memandang cucunya. Sejak


kecil cucunya dilimpahi kemewahan. Sudahlah
anak tunggal, jadi tak hairan kalau Ulya
dimanjakan.
“Nenda ada buatkan ayam merah, kamu
nak makan tak?” soal Puan Hamdah.
“Tak nak.” Jawapan Ulya membuatkan
Puan Hamdah mengeluh.
“Ikut suka kamulah.”
Sebaik sahaja memastikan nenda hilang
daripada penglihatannya, pantas Ulya
membuka pintu lalu selipar disarung. Daripada
dia menghadap muka nenda, ada baiknya dia
keluar ambil angin kampung.
‘Dah petang pun panas!’ rungut Ulya
dalam hati. Tangannya dikipas-kipas berharap
haba panas berkurangan. Telefon dikeluarkan.
“Tengok, line pun tak ada. Kampung
betullah!” Telefon dibawa ke udara dengan
harapan H+ bertukar 4G.

226
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Entah di mana silapnya, dia dirempuh dari


belakang lalu membuatkan telefon mahalnya
terpelanting. Membulat mata Ulya, manusia
mana pula ni jalan tak pakai mata?
“Maaf-maaf,” ucap empunya yang
merempuhnya.
Muka Ulya tatkala ini tak usah dikata,
sudahlah panas. Entah siapa pula
merempuhnya, lagilah berganda panas
termasuk hati.
“Kau ni jalan memang tak guna mata ke?”
Kuat suara Ulya menyoal.
“Guna, cik.” Har menggaru kepalanya, tak
akanlah dia nak buat-buat buta pula.
“Jadi, takkanlah kau tak nampak aku?”
Geram Ulya, sebal betul. Sakit hati dengan abi
umi sudahlah tidak habis, ditambah pula sakit
hati dengan mamat di depannya. Kini,
berganda-ganda geram yang ditahan.
“Nak cepat, ayah call.” Kelam-kabut Har

227
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mengeluarkan telefon, menunjukkan bahawa


ayahnya sedang call.
Ulya berdecit kuat, panas betul hati ni.
Nafas ditarik lalu dihembus. Jangan marah
Ulya, jangan. Kau kena sabar, ini semua ujian.
“Jadi, telefon aku dah pecah. Macam
mana?”
“Saya ganti baru. Cik nak berapa? RM5
ribu cukup?”
Tercengang Ulya mendengar soalan
lelaki dihadapannya. Sekaya dia pun, tak
semudah itu dia nak berikan wang kepada
seseorang yang baru dia kenal. Penampilan
lelaki di hadapannya dilihat. Berkemeja, seluar
pejabat. Kaya, mungkin.
“Nama kau apa?” soal Ulya.
“Har Athman. Nama cik? Nombor account
bank cik apa ya? Saya transfer online boleh?”
Har sudah membuka aplikasi untuk
memberikan wang secara atas talian kepada

228
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

wanita di hadapannya.
“Hei, hei. Aku ada cakap nak duit kau ke?”
Nama sahaja sedap, perangai lurus bendul!
Ulya mengutuk Har di dalam hati.
“Nama aku Ghina Ulya.”
Mata Har membulat, jadi inilah cucu
Nenda Hamdah? Bibir Har mengoyakkan
senyuman. Dia rupanya Ghina. Mengingati
bahawa wanita itu tidak mahu wangnya,
senyuman Har semakin lebar. Amar berpesan,
carilah wanita yang tidak mahukan wangnya
dan wanita yang tidak meminta-minta daripada
awal perkenalan. Jadi, mungkinkah Ghina
orangnya?
“Awak nak tak jadi isteri saya, Ghina?”
Membulat mata Ulya. Tak cukup dengan
itu, hampir tercekik air liurnya apabila namanya
dipanggil Ghina.
“Kau ni gila ke?” Terus Ulya mengambil
telefon yang sudah pecah di atas jalan raya dan

229
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berlalu pergi. Boleh gila dia lama-lama di situ.


Har hanya memandang dengan
pandangan terpinga-pinga. Dia ada salah
cakap ke? Seketika keluhan dilepaskan,
macam mana nak cari isteri ni? Kepala
dijatuhkan, habislah ayah akan bising.

WAJAH Encik Haiman dipandang oleh


penduduk kampung. Ketua kampung mereka
itu sudahlah kaya orangnya, paling banyak
berjasa pula. Sebut saja perlukan bantuan,
pasti wajah Encik Haiman akan muncul.
“Di sini saya ingin beri borang kepada
semua penduduk Kampung Damai. Borang
berkaitan anak saya. Semua pasti tahu Har
Athman akan dikahwinkan tidak lama lagi,
tetapi masih tiada calon. Jadi, sesiapa sahaja
yang berkenan untuk jadikan anak saya
sebagai menantu, boleh isi borang tersebut dan

230
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

serahkan kepada saya dalam tempoh masa


seminggu.”
Mendengar sahaja bicara ketua
kampung, penduduk mula berbisik sesama
sendiri. Har Athman memang terkenal kerana
wajah tampan, kerja yang bagus namun sifat
lurus bendulnya juga terkenal. Oleh kerana itu,
gadis di kampung ini sering mengambil
kesempatan atas Har Athman.
Puan Hamdah yang mengikuti mesyuarat
penduduk Kampung Damai tersenyum
mendengarkan berita yang disampaikan oleh
Encik Haiman. Kalau dia offer kepada Ulya, nak
tak cucunya? Ulya pun bukan muda sangat, 27
tahun sudah sesuai untuk mendirikan rumah
tangga.

KEESOKAN harinya, kecoh sekampung


apabila poster Har Athman ditampal di mana-

231
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mana sahaja dengan tulisan 'Mencari Cinta'.


Amar hanya mampu mengeluh. Pasti, Encik
Haiman sudah hilang limit sabarnya.
Har di sebelah hanya merenung sawah
padi yang terbentang luas. Dia punya rupa, dia
punya kekayaan, jadi kenapa wanita masih
tidak mahu dengannya? Apa yang kurang?
Terdengar keluhan berat Har.
“Kau masih fikirkan apa yang ayah kau
buat ke Har?” Amar mendekati Har yang
berada di pondok berhampiran sawah padi itu.
“Aku cuma nak ada isteri dan anak. Kau
tahu tak Amar, lepas je ayah tahu aku kene tipu
lagi, terus dia tekad keluarkan poster dan
borang semalam. Aku malu.”
“Jodoh tu tak akan ke mana Har, cuma
kita perlu sabar dan tunggu. Kau tahukan nak
cari wanita yang ikhlas dengan kita bukannya
mudah. Lagi-lagi zaman moden, ada saja akal
mereka nak mempergunakan kita demi wang.”

232
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kepala Har masih memandang sawah


padi di hadapannya. Nasihat Amar memang
betul. Beruntung dia memiliki sahabat seperti
Amar yang sentiasa menegur kekhilafannya.
Seketika, dia terlihat Ghina Ulya melintasi
sawah padi dengan menaiki basikal. Hati Har
berasa berdegup laju. Wajah Ghina sangat
cantik dan dialah satu-satunya wanita yang
tidak meminta wang daripadanya.
“Amar, aku rasa aku dah jatuh cinta.”
Ucapan Har membuatkan Amar mengerut dahi.
Tadi baru sesi luah-meluah, ini kenapa pula
sahabatnya tangkap cinta?
“Siapa?”
“Itu.” Jari Har menunjuk ke arah Ghina
yang sedang menunggang basikal.
“Ulya? Cucu Nenda Hamdah?”
Laju Har menganggukkan kepala tanda
ya dengan soalan Amar.
“Seminggu lepas, aku ada terlanggar

233
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ghina. Telefon dia pecah dan sikit pun dia tak


minta ganti rugi. Macam kau cakap, cari wanita
yang tidak meminta-minta, jadi Ghinalah
orangnya,” terang Har kepada Amar.
Tap!
“Aduh!” jerit Har perlahan apabila
bahunya ditepuk oleh Amar.
“Bukan tu maksud aku Har. Ya Allah…”
Memang dia ada katakan kepada Har
tentang carilah wanita yang tidak meminta, tapi
lihatlah itu Ghina Ulya. Memanglah tidak
meminta ganti rugi sebab wanita itu memang
sudah kaya.
“Kau betul-betul jatuh cinta ke ni?”
“Betul!”
Amar mengeluh.
“Aku akan bagi kau tips, tapi kau kena
usahalah.”
Membulat mata Har teruja apabila Amar
menawarkan diri untuk memberikan tips

234
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kepadanya.

DARI jauh, Ulya sudah melihat kelibat Har


mendekatinya. Lagi-lagi lelaki ini. Apa dalam
kampung ini memang ada dia seorang je ke
lelaki? Cemuh benar dia melihat wajah Har.
“Assalamualaikum, Ghina.” Har
tersenyum ke arah Ulya.
“Panggil aku Ulya.” Tegas suara Ulya.
Penampilan Har dipandang dari atas hingga ke
bawah. Lelaki ni kerja apa? 24 jam pakai
kemeja. Tak panas ke dengan cuaca kampung
yang selalu bahang ni?
“Ulya. Har betul-betul nak
memperisterikan Ulya. Har tak kesah berapa
yang Ulya mahu, duit, rumah, kereta. Semua
Har akan bagi,” ucap Har teruja. Wajah jelita
Ghina Ulya dipandang. Putih, bersih dan yang
paling penting menambat hatinya.

235
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Tersenyum sinis Ulya tatkala mendengar


bicara Har Athman di hadapannya. Lelaki ni nak
menunjuk kekayaan atau nak melamar dia?
“Kau Har kan? Macam nilah. Aku
langsung tak berminat dengan apa yang kau
ada. Tak kiralah kereta, rumah, atau duit.
Padanlah kena tolak dengan perempuan selalu.
Aku tahulah kau tu kaya, tapi boleh tak jangan
lurus bendul nak bagi je semua duit kau dekat
perempuan?”
Panas betul hatinya dengan sikap
seorang Har Athman. Memanglah dia turut
sama berlagak akan kekayaan yang dimiliki,
tapi dia tidak sebodoh Har untuk berikan wang
yang dia ada kepada orang yang baru sahaja
dikenali.
“Tapi mereka kata, mereka ikhlas dengan
Har. Har pun ada baca dalam internet yang
lelaki romantik harus selalu mengeluarkan duit
demi wanita yang dicintai,” balas Har semula.

236
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Dia tahu Ulya benar, tetapi dia masih mahu


menegakkan benang yang basah.
“Ikhlas? Ha mana mereka? Kenapa kau
seorang pula?”
Har menunduk, dia tidak tahu mahu kata
apa. Benarlah mereka kata, dia bodoh. Lurus
bendul. Kaya tetapi bodoh. Har menahan
geram di hati. Air mata jantannya juga ditahan
sehabis baik.
“Tak apalah Ulya. Har pergi dulu.” Sayu
kedengaran suara Har meminta diri.
Ulya menggigit bibir. Terasakah lelaki itu?
Seketika dia menongkat basikal lalu langkah
Har dikejar dengan larian anak. Har Athman.
Kacak orangnya, berbudi bahasa, punya
kekayaan tapi sayang sifat lurus bendul yang
dia ada membuatkan semua perfect yang
dimiliki hilang begitu sahaja.
“Har. Tunggu sekejap!” Laungan Ulya
berjaya memberhentikan langkah Har.

237
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Aku boleh terima kau sebagai suami aku,


tapi kau kena ubah sifat kau.”
Har tercengang. Ubah sifat?
“Sifat apa Ulya? Har sempurna sifat
setakat ni.”
Jawapan Har berjaya membuatkan Ulya
berdecit geram sekali lagi. Kenapalah dia boleh
kata begitu? Dah tahukan mamat ni jenis
macam mana.
“Maksud aku, ubah perangai lurus bendul
kau.”
“Macam mana?” soal Har polos sambil
tersenyum.

PUAN Hamdah mendekati cucunya yang


sedang menonton televisyen. Punggung
dilabuhkan bersebelahan Ulya. Borang di
tangan dipegang kemas.
“Ulya. Nenda nak cakap sikit dengan

238
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kamu.”
Ulya hanya menghayun dagu ke
hadapan. Tanda apa?
“Kamu kenal kan Har Athman? Anak
ketua kampung.”
Fokus Ulya terhadap televisyen mula
hilang apabila nama Har disebut nenda. Anak
ketua kampung rupanya. Melihat borang di
tangan nenda, jantung Ulya terus berdetak laju.
Jangan cakap nenda nak paksa dia jadi isteri
Har Athman tu? Ulya mulai cemas. Petang tadi
dia cakap macam itu pun kerana mahu Har
Athman berubah. Pantang betul dirinya melihat
seseorang diguna-gunakan begitu.
“Kenapa dengan dia?”
“Nenda berkenan betul dengan Har tu.
Baik budaknya tapi selalu kena tipu dengan
perempuan. Tahu kan ketua kampung
sekarang tengah buka peluang kepada semua
wanita di kampung atau bandar untuk ambil Har

239
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sebagai suami. Jadi, nenda ambillah borang


untuk kamu satu, kot kamu berminat.”
“Umur kamu pun sepatutnya sudah
berumah tangga. Nak kata kamu tak mampu
atau tak sedia, nenda rasa lebih dari mampu
dan sedia. Kerja pun tidak.” Panjang lebar
bicara Puan Hamdah sambil menasihati
cucunya.
Ulya mengeluh sambil mata dipejam.
Betullah tekaan dia sebentar tadi. Bayangkan
dia yang kaya dan cantik ini digandingkan
bersama Har yang lurus bendul tu? Memang
miskin awallah jawabnya.
“Ulya akan isi borang tu nanti.” Jawapan
Ulya berjaya membuatkan Puan Hamdah
tersenyum lebar.
Ulya terus membawa diri berlalu ke
biliknya. Ada lebih kurang seminggu lagi
sebelum abi dan umi pulang dari luar negara.
Cukupkah jangka masa itu untuk dia ubah

240
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

seorang Har Athman? Tak apa mungkin beri


sedikit fake hope asalkan lelaki itu tidak lagi
lurus bendul.
Akhirnya, minda Ulya mula merangka
beberapa buah idea untuk menjadikan Har
Athman lebih cakna dengan wanita.

MOTOR ditongkat. Langkah Har yang


memasuki kedai runcit dipandang oleh makcik-
makcik dan juga anak dara yang turut membeli
di situ. Sebungkus jajan dicapai pantas.
“Eh ada Har. Har, boleh tak belanja
Qilah? Qilah terlupa bawa duitlah.” Manja suara
Qilah meminta-minta. Har tersenyum lalu
mengangguk. Tangan diseluk ke dalam poket
seluar lalu beg duit dikeluarkan. Membuntang
mata Qilah melihat duit yang berkepuk-kepuk di
dalam beg duit Har.
“Pak Mail, kira sekali ya barang Har dan

241
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Qilah,” pinta Har sambil tersenyum.


“Semua sekali RM50 ringgit,” beritahu
Pak Mail sambil tangannya lincah memasukkan
barang Qilah ke dalam plastik.
Namun, baru sahaja tangan Har ingin
menghulurkan duit kepada Pak Mail, tangannya
dipegang oleh seseorang. Pantas Har
memandang gerangan tersebut.
“Ulya!” teruja Har.
“Berapa kali aku nak pesan? Simpan duit
kau.” Arahan Ulya pantas dilakukan.
Qilah yang memandang mendengus tidak
puas hati. Siapa pula wanita yang
mengarahkan Har? Jika tidak, pasti duit
poketnya tidak perlu dikeluarkan.
“Kalau kau miskin sangat, tak payah
berlagak nak beli barang banyak-banyak.”
Jelingan dihadiahkan kepada wanita bernama
Qilah.
“Kau siapa hah? Suka hati akulah!” marah

242
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Qilah kepada Ulya. Har hanya memerhati, tidak


berani mencelah.
“Aku ni bakal isteri Har. Kau boleh tak
jangan nak ambil kesempatan atas bakal suami
aku? Dasar mata duitan! Jom, Har.” Lengan
Har ditarik. Sempat Har meletakkan RM1 ringgit
buat jajan yang diambilnya sebentar tadi.
Har hanya mengikuti langkah Ulya. Tak
apalah motor dia ambil nanti sahaja, yang
penting sekarang Ulya.
Setelah memastikan jarak mereka sudah
jauh dari kedai runcit itu, Ulya melepaskan
tangan Har. Wajah Har yang polos dilihat.
Ikutkan hati, mahu sahaja dipukul. Nafas ditarik
dan dihembus.
“Kau tak nampak ke perempuan tu nak
ambil kesempatan dekat kau? Duit kau ni, tak
boleh simpan sikit ke hah?” Tengkingan Ulya
membuatkan Har menunduk.
“Okey, look! Aku tak marah, tapi boleh tak

243
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kau buka mata kau luas-luas. Aku tahu kau


kaya tapi jangan terlalu lurus bendul nak bagi
kekayaan kau senang-senang je dekat orang.
Itu harta kau Har. Kalau macam nilah gaya, kau
mimpi jelah aku nak jadi isteri kau. Borang yang
bapa kau bagi tu pun, memang taklah aku nak
isi.”
Ulya terus mengorak langkah
meninggalkan Har dan niatnya nak bantu lelaki
itu terus hilang. Entah kenapa dia tak suka
melihat Har dipijak-pijak dan dipergunakan. Itu
prinsip seorang Ghina Ulya.
“Ghina. Ghina! Har minta maaf Ghina!”
jerit Har sambil mengejar langkah Ulya.
“Panggil aku Ulya!” laung Ulya sambil
berjalan laju.
“Okey! Ulya, maafkan Har. Har janji Har
tak buat lagi!” Jeritan Har berjaya membuatkan
langkah Ulya terhenti.
“Aku bagi kau masa seminggu. Kalau kau

244
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

masih tak ubah diri kau, aku akan balik bandar


dan jangan harap aku nak kahwin dengan kau.”
Pantas Har mengangguk. Demi Ulya dia harus
berubah. Demi Ulya, demi memperisterikan
Ulya!

“HAR tak nak kahwin dengan orang lain. Har


cuma nak kahwin dengan Ulya.” Wajah
ayahnya dipandang.
Encik Haiman memandang Har. Begitu
juga Puan Aisyah. Sebelum ini anaknya akan
cakap begitu juga, tapi lihatlah sekarang.
Habuk pun tak ada. Ditipu, adalah.
“Untuk kali ini, biar ayah dan ibu yang
tentukan calon buat Har. Kalau benar Ulya yang
Har katakan tu ikhlas, biar dia sendiri isi borang
dan hantar kepada ayah,” tegas Encik Haiman
sambil mata memandang Har dengan tajam.
“Tapi kali ini Har yakin, memang Ulya

245
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ikhlas dengan Har.” Jawapan Har membuatkan


Encik Haiman berdecit geram.
“Har kata dia ikhlas? Ada bukti ke?”
Kening dijongket tanda sinis kepada anaknya.
“Tolonglah ayah, ibu. Har betul-betul nak
kahwin dengan Ulya seorang sahaja. Har janji
Ulya tak akan tinggalkan Har macam bekas
kekasih Har yang lain,” rayu Har. Namun,
rayuan tersebut diabaikan oleh Encik Haiman.
Langkah ayahnya dipandang, hati dia
kata memang Ulyalah orangnya.
“Ibu pun tak percayakan Har?”
Serba salah Puan Aisyah memandang
anaknya.
“Kita ikut keputusan ayah ya, Har? Ibu tak
nak anak ibu kena tipu lagi. Kita biar ayah yang
tentukan mana yang terbaik buat Har ya?”
Jawapan Puan Aisyah membuatkan Har
terdiam. Walau apapun, dia nak Ulya. Hanya
Ulya seorang!

246
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

TELEFON yang menjerit minta diangkat


dipandang oleh Ulya. Tertera nama umi
tersayang, segera butang hijau ditekan.
Seketika, terdengar suara uminya.
“Assalamualaikum Ulya.”
“Waalaikummussalam umi.”
“Kamu sihat tak dekat sana?” tanya
uminya lagi.
“Ulya sihat. Umi lambat lagi ke nak balik?
Panaslah dekat kampung ni. Bau lembu,
kambing merata-rata,” rungutnya kepada umi.
“Umi dengan abi akan usahakan untuk
balik awal. Kamu jaga diri, jangan nak banyak
kompelin ya?”
Teguran umi hanya dibalas ya sebelum
talian diputuskan dengan ucapan salam. Jadi,
ada lebih kurang empat hari lagi sebelum umi
dan abi pulang. Har Athman juga kini sedikit
sebanyak berubah. Tidaklah seratus peratus,
tapi adalah sedikit. Har tidak lagi senang-

247
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

senang mengeluarkan wang demi wanita. Tidak


lagi polos. Seketika, Ulya tergelak. Apa akan
jadi kalau Har tahu bahawa dia hanya pura-
pura ingin menjadi isteri Har? Pasti lucu.
Dia buat semua ini pun demi kebaikan
Har. Tidaklah lelaki itu selalu dipijak dan lurus
bendul. Borang untuk menjadi isteri Har sudah
dihantar petang kelmarin. Alah, pasti ramai lagi
anak dara yang mahu menyunting Har menjadi
suami mereka. Jadi, Ulya langsung tidak
endahkan hal borang itu.
“Ulya.” Panggilan nenda memadamkan
lamunannya tentang Har Athman.
“Ya, kenapa?”
Nenda melabuhkan punggung di
sebelahnya. Lalu, dirinya ditenung oleh nenda.
Dahi Ulya mula berkerut, kenapa pula? Dia ada
buat salah ke?
“Encik Haiman, ketua kampung nak
jumpa kamu makan malam hari ini.” Senyuman

248
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tidak lekang di bibir tua Puan Hamdah.


“Ke… kenapa?” Jangan cakap bapa Har
berniat nak jadikan dirinya menantu. Mampus,
gumam Ulya.
“Datang je malam ni, nanti kamu tahulah.”
Nenda terus berlalu keluar dari kamarnya. Hati
Ulya mula tidak tenang.

“JADI, kamulah Ulya, cucu Nenda Hamdah


ya?” soal Puan Aisyah ramah.
Ulya mengangguk kepala sedikit lalu nasi
disuap ke dalam mulut. Rumah Har boleh tahan
mewah. Jangan cakap orang kampung miskin
belaka. Har yang sedang leka dengan nasi di
pinggan, dipandang. Di rumah pun terlihat
ketampanannya.
Selesai sahaja makan malam, Encik
Haiman mengajaknya untuk berbual di ruang
tamu sambil menjamu dessert buatan Puan

249
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Aisyah.
“Terima kasih sudi hantar borang tu
kepada pakcik. Pak cik dan mak cik berbesar
hati sangat terima Ulya sebagai bakal menantu
kami.” Ucapan Encik Haiman membuatkan
jantung Ulya berdetak laju.
“Maksud pak cik?” soal Ulya pelik.
Semoga apa yang dia fikirkan tidak menjadi
kenyataan.
“Kamu satu-satunya yang hantar borang
itu kepada pak cik. Lagipun Har memang
berkenan dengan kamu. Jadi, kalau kamu
berdua suka antara satu sama lain, kami tak
boleh nak halang. Boleh Ulya beritahu alamat
rumah Ulya di bandar? Pak cik dengan mak cik
nak hantar rombongan meminang.”
Terasa darah yang mengalir, terhenti.
Wajah bahagia Har dipandang, begitu juga
Encik Haiman dan Puan Aisyah. Tak, tak. Ini
semua mimpi. Tak mungkin dia seorang sahaja

250
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang hantar borang tu, ramai lagi anak dara di


kampung ini. Mustahil. Sangat mustahil.
“Saya minta diri dulu. Dah lewat ni pak
cik, mak cik.” Tangan Puan Aisyah disalam
laju. Di fikirannya, esok dia harus pulang ke
bandar.
Mati jika abi dan umi tahu. Pasti mereka
akan setuju dengan perkahwinan ini. Langkah
kaki laju meninggalkan perkarangan rumah
Har. Kalau nenda halangnya esok pagi, dia
tekad untuk pulang juga. Niat ingin membantu
Har berubah agar tidak dipijak, tapi lain pula
jadinya.
“Ulya!” Panggilan Har diabaikan.
“Ulya! Mari Har hantar!” Jangan berhenti
jalan Ulya, biarkan lelaki itu. Dia dah berubah,
jadi niat kau nak bantu dia dah selesai.
Har yang melihat langkah Ulya semakin
laju, mula membonceng motornya mendekati
Ulya. Kenapa raut wajah Ulya tidak gembira

251
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dengan berita yang disampaikan oleh


ayahnya? Mungkin Ulya masih terkejut, fikir
positif Har.
“Ulya, mari Har hantar.” Helmet
diserahkan kepada Ulya, namun tidak
disambut.
“Mari Ulya, dah lewat ni. Bahaya anak
dara jalan seorang diri.” Sekali lagi tangannya
menghulur helmet kepada Ulya.
Tap!
Helmet itu ditepis oleh Ulya sehingga
terpelanting ke atas jalan. Har terus
memberhentikan motor. Terkedu dia dengan
tindakan Ulya, tetapi rasa marahnya ditahan.
Helmet tersebut diambil.
“Kenapa ni Ulya?” soal Har dengan nada
lembut.
“Batalkan rancangan perkahwinan tu.”
Ucapan Ulya membuatkan Har terkesima.
Senyuman diberikan, mungkin Ulya masih

252
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

terkejut.
“Ulya terkejut ya? Tak apa. Ambil masa
okey? Nanti bila Ulya dah sedia, Ulya beritahu.”
“Memang aku terkejut. Har, dengar sini.
Aku memang tak akan kahwin dengan kau.
Langsung tak akan. Aku tak suka kau, faham
tak?” Entah apa yang merasuki Ulya
sehinggakan dia mahu berterus terang.
“Ap… apa Ulya cakap ni? Har tak
fahamlah.” Matanya galak merenung Ulya di
hadapannya. Terdengar keluhan berat yang
Ulya lepaskan.
“Okey look, aku tipu kau. Aku tak suka
kau. Aku tak cinta kau. Aku bohong je sebab
aku nak kau berubah. Aku tak nak kau dipijak-
pijak dan ditipu oleh perempuan. Kau faham
kan? Jadi lupakan aku, kita tak ada apa-apa.
Okey? Esok aku nak balik bandar dan aku
minta maaf sekali lagi sebab aku tipu kau,”
terang Ulya panjang lebar.

253
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Mata Har yang memandang Ulya mula


berkaca. Rasa seperti dikhianati. Memang ini
bukan kali pertama tapi tidak sedarkah Ulya
bahawa dia memang inginkan Ulya sebagai
isterinya yang sah?
“Har ingat… Ulya lain daripada bekas
kekasih Har. Rupanya Har silap. Har buat
kesalahan yang sama untuk kali ke-20.” Lemah
suara Har berkata. Terasa harapannya untuk
bahagia hilang, Ya Allah, siapa jodoh Har kalau
bukan Ulya?
Ulya mula berasa bersalah, tapi dia buat
semua ini kerana ingin membantu Har. Mata
Har yang berkaca dilihat. Lambat atau cepat dia
tetap akan berterus terang tentang penipuan
ini.
“Maafkan Ulya, Har.” Terus langkah
kakinya diteruskan meninggalkan Har yang
masih kecewa.
Perkenalan mereka memang singkat

254
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tetapi itu bukan kali pertama mereka berjumpa.


Acap kali Ulya pulang ke kampung, mereka
akan terserempak tetapi tidak berminat untuk
menegur antara satu sama lain. Sekadar
melihat.
Tubuh Ulya yang semakin samar dari
pandangan dilihat. Matanya yang berkaca mula
mengeluarkan mutiara panas. Sekali lagi, Har
kena tipu ibu, ayah.
“Har yang bodoh. Har yang lurus bendul,”
ucapnya sendiri sambil tergelak seraya air mata
diseka dengan tangan.
“Har tak minta ditipu...”
“Har penat. Har penat!” jeritnya geram.
Rasa amarah membuak-buak tapi dia
tahu semua ini tiada gunanya. Dia ditipu sekali
lagi. Berubah demi wanita, tapi lihatlah dia
diperbodohkan sekali lagi.
“Har dah tak larat nak kecewa…”
Kenangan dia dan Ulya selama seminggu lebih

255
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mula berputar.
“Kau janganlah bengap sangat nak bagi
semua duit kau dekat orang.”
“Maaf, Ulya.” Har menggaru kepala yang
tidak gatal.
“Kau nak kahwin dengan aku tak?”
“Nak!” Jawapan Har membuatkan Ulya
tergelak. Muka Har terlihat sangat teruja.
“Kalau kau nak kahwin dengan aku, kau
tak boleh lurus bendul.”
“Har janji, Har berubah.”
‘Demi Ulya,’ sambung Har di dalam hati.
Apa lagi dia tak cukup? Apa lagi dia tak
beri kepada Ulya? Hatinya hancur sekali lagi.
Dia dipermainkan wanita yang dia anggap
serius, rupanya palsu. Hanya menganggap dia
sebagai mainan.
Untuk kali ini, Har betul-betul berputus
asa untuk mencari cinta dalam hidupnya.

256
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

SUDAH beberapa bulan kejadian tersebut


berlaku. Ulya menyimpan semula telefon
bimbitnya ke dalam tas tangan. Kereta mewah
miliknya dimasuki dan enjin kereta dihidupkan.
Namun, sebaik sahaja keretanya diundur,
entah bagaimana dia terlanggar kereta di
belakang.
“Ya Allah!” Pantas hand break ditarik.
Pintu dibuka dan dengan kalut dia berlalu ke
bonet kereta.
Habis kemik keretanya dan begitu juga
kereta di belakang. Tak lama selepas itu,
gerangan manusia di dalam kereta yang
dilanggar mula keluar.
Terpaku Ulya di saat wajah si dia yang
sudah lebih beberapa bulan tidak ditatap keluar
dari kereta. Muka Ulya mula panas. Malu atau
rasa bersalah?
“Ha… Har?”
Wajah lelaki itu hanya bersahaja. Sedikit

257
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pun tidak menunjukkan riak teruja seperti


dahulu. Hanya beku.
“Cik kenal saya ke?” Soalan Har berjaya
membuatkan Ulya terkedu.
“Har Athman?” Tak mungkin dia tersalah
orang.
“Ghina Ulya?” soal Har kembali.
Ulya mengukirkan senyuman. Ternyata
lelaki itu masih mengingati dirinya. Namun,
senyuman itu kembali padam tatkala
mendengar ayat yang meluncur keluar dari
mulut Har.
“Ghina Ulya yang buat saya patah hati
beberapa bulan yang lalu? Dan sekarang masih
tersenyum seolah tak bersalah.” Sinis bicara
Har.
Har Athman di hadapannya kini benar-
benar berubah. Jauh lebih dingin. Tak akanlah
kerana dia menipu Har sebulan yang lalu, lelaki
itu berubah secara drastik begini?

258
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Maaf tentang beberapa bulan yang lalu,


niat Ulya cuma nak Har berubah.” Panggilan
diubah agar lebih sopan, biarpun Har
memandangnya pelik sekarang ini.
“Thanks. Har dah berubah. Tentang
kereta ni, tak apa. Har tak minta ganti rugi,
anggap semua ni tak sengaja.” Pantas Har
berlalu ke dalam keretanya. Tidak betah dia
melihat lama-lama wajah jelita Ulya, takut
hatinya yang sudah dijahit mulai koyak dan
berdarah sekali lagi.
Ulya pantas memegang pintu kereta Har,
menahan. Mata mereka saling bertaut.
“Har dah ada calon?” Laju soalan itu
keluar dari mulut Ulya. Rasa nak pukul je mulut
sekarang ini, gatal pergi tanya macam tu.
“Har masih mencari cinta.” Jawapan Har
membuatkan Ulya menghela nafas lega.
“Masih ada peluang buat Ulya?” Sekali
lagi dia berasa mahu pukul mulutnya.

259
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Perlahan-lahan Har mengoyakkan


senyuman. Wajah Ulya dipandang lama
sehinggakan suasana menjadi janggal. Pipi
Ulya turut kemerahan akibat panas dan malu.
“Har tunggu Ulya di kampung.” Sempat
Har memberi kad namanya dan berlalu pergi
meninggalkan Ulya.

ULYA memandang Har yang sedang melihat


rekod penting tentang ladang-ladang miliknya.
Tak sangka bahawa Har Athman yang lurus
bendul, rupanya mempunyai perniagaan susu.
Dia menternak lembu dan kambing lalu susu
daripada lembu dan kambing diproses dan
dijual di pasaran.
“Assalamualaikum.” Ucapan salam Ulya
berjaya membuatkan Har terkejut.
Bunga dan coklat diberi kepada Har,
namun lelaki itu hanya memandang sepi.

260
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Sudah sebulan dia di kampung ini, mengejar


seorang insan bernama Har Athman.
Percayalah, hati lelaki sekali terluka
sangat susah untuk menerima kembali. Sekali
lagi huluran bunga dan coklat diberikan kepada
Har. Akhirnya Har menyambut hulurannya.
“Har, masih berdarahkah luka yang lalu?”
soal Ulya dengan maksud tersirat.
“Sudah hampir sembuh.” Jawapan Har
membuatkan Ulya menunduk.
Satu kampung kini kecoh dengan
kehadiran Ulya yang terhegeh-hegeh mengejar
Har, anak ketua kampung. Ada yang
mengatakan dia hanya gilakan harta Har, ada
yang mengatakan dia gila kerana terkejarkan
lelaki lurus bendul. Namun, semuanya tidak
mematahkan semangat Ulya untuk terus
menambat hati Har sehingga kini.
“Hari ini, hari terakhir Ulya. Kalau Har
masih tak boleh terima Ulya, tak apa. Ulya

261
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

faham. Jaga diri Har selalu, semoga Har jumpa


seseorang yang boleh menerima kekurangan
Har. Ulya harap, Har dapat seseorang yang
lebih sempurna.”
Sudah sebulan dia di sini. Abi dan umi
sudah mula bising dan mengatakan pulang
sahaja, tak usah dikejar benda yang tidak pasti.
Ikutkan hati, dia tidak akan pulang selagi Har
tidak menerimanya. Tetapi, atas arahan orang
tua, mahu atau tidak dia tiada pilihan lain selain
daripada pulang ke bandar.
Melihat Har tidak membalas apa-apa,
membuatkan Ulya yakin. Mungkin tiada jodoh
antara mereka. Kereta mewah milik Dato’
Bahran yang sudah sedia menunggu
kehadirannya, dituju. Tidak betah berlama,
takut empangan air mata tidak mampu ditahan.
Melihat Ulya yang melangkah pergi
membuatkan Har mendengus geram. Sudah
putus asakah Ulya dengannya?

262
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Ulya, tunggu.” Kata-kata Har berjaya


membuatkan langkah Ulya terhenti. Terasa
jantung dipam laju.
“Har terima Ulya.” Cukup tiga perkataan
itu mambuatkan Ulya tersenyum bahagia.

MASA berlalu dengan pantas. Sedar tidak


sedar, mereka sudah sah sebagai suami isteri.
Jujur dalam hati Ulya, selepas kejadian Har
menerimanya, dia tekad untuk memperbetulkan
semuanya.
Kini, dirinya tidak lagi dihurung rasa
bersalah dan berdosa kerana telah melukakan
hati seorang Har Athman dahulu. Sampai satu
saat dia pernah mengambil keputusan untuk
solat istikharah dan jawapan yang ditunjukkan
membuatkan dirinya lebih dihurung rasa
bersalah.
Pertemuan Har dan dirinya setahun yang

263
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lalu membuatkan dia pula yang mengejar Har,


malah dia yang meminang Har sebagai suami.
Tidak peduli lagi dengan status perigi cari
timba. Asalkan Har menjadi miliknya. Dia terima
kekurangan Har, begitu juga Har menerima
kekurangannya.
“Susu time!” jerit Har teruja dari dalam
rumah bersama segelas susu.
Cinta mereka sedang bercambah di
dalam rahimnya. Tidak lama lagi mereka bakal
menimang cahaya mata. Pertemuan mereka
mungkin ringkas dan pendek, akan tetapi kalau
kata hati ini milik Allah, bila-bila masa sahaja
kita akan jatuh suka, sayang dan cinta.
“Terima kasih husband.” Cawan yang
berisi susu mula beralih tangan.
“Sama-sama, wife!” Pucuk hidung Ulya
dicuit sebelum mereka bersandar dan
menikmati pemandangan sawah padi.
Sebaik sahaja menikah, dia membuat

264
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

keputusan tinggal di kampung bersama Har.


Sedikit sebanyak sifat bangga diri dalam dirinya
mula hilang.
“Har Aimman duduk diam-diam ya dalam
perut ibu? Kesian ibu kalau Aimman ganas.”
Perut buncit Ulya diusap lembut, sebelum mata
naik memandang wajah Ulya.
Ini kisah Har Athman yang mencari cinta,
dan dipertemukan dengan Ghina Ulya. Dia
merancang, Allah juga merancang. Kadangkala
yang kita sangkakan terbaik rupa-rupanya ada
yang lebih baik dalam perancangan Tuhan.
Semoga mereka mampu menghadapi
setiap dugaan dan cabaran. Jatuh dan bangun.
Sakit dan perit. Semoga perkahwinan ini kekal
dan bahagia selamanya.

- TAMAT -

265
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

MAMAT ISTANBUL CELUP


ALYA AZMAN
(CINTA/ROMANTIK KOMEDI)

NAMA aku Aimina. Hanya Aimina. Ringkas,


bukan? Aku bukan anak orang kaya, bukan
pewaris tunggal syarikat milik keluarga jauh
sekali anak raja. Kedua ibu dan ayah aku
merupakan seorang pendidik anak bangsa.
Oleh itu, gelaran ‘anak cikgu’ bukanlah satu
panggilan yang asing untuk aku.
Tipikal anak cikgu, pasti saja dikenali
ramai dan punya ramai kenalan. Tapi, bukan
aku. Aku ni, nak kata forever alone macam
kejam sangat bunyinya. Hakikatnya, begitulah.
Setiap hubungan yang aku cuba bina, tak
kiralah kawan atau lebih daripada kawan, pasti
akan menemui titik noktahnya. Entah apalah
sumpahan yang terkena pada aku.
Mudah katanya, aku tak ada kawan rapat.

266
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Bukan tak cuba cari, tapi masalahnya dah puas


berkenalan dengan ramai orang. Paling lama
bertahan pun, selama dua tahun sebelum aku
difitnah merampas kekasih hati bekas kawan
baik aku. Itu lagi satu masalah. Macam mana
nak rampas sedangkan memang tak ada lelaki
nak dekat aku? Kalau tidak, masakan aku boleh
‘bercerai’ talak tiga dengan bekas teman lelaki
aku?
Mula-mula, memang rasa janggal apabila
tak ada kawan rapat. Tambah pula bila tengok
orang lain seronok menghabiskan zaman
remaja dengan rakan sebaya. Pernahlah juga
aku menangis, tapi bak kata papa aku, tak mati
pun tak ada kawan rapat. Sejak itu, aku cuba
mulakan hidup tanpa seorang yang bergelar
sahabat.
Sedar tak sedar, ini tahun ketujuh aku
tanpa seorang sahabat. Aku dah terbiasa
dengan semua itu. Hanya keluarga tempat aku

267
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mengadu segala jerih-perih. Aku tak perlukan


orang luar selain daripada keluarga.
Bukanlah aku ni tak berkawan langsung
dengan orang. Macam yang aku cerita tadi,
yang tak ada cuma teman akrab. Kawan biasa-
biasa itu wujud saja, cuma muncul apabila aku
senang dan hilang ketika aku susah. Tapi, tak
kisahlah. Aku dah imun dengan semua itu.
Namun, tak sangka pula aku, segala
kesunyian yang aku lalui tahun-tahun sebelum
ini bakal dibawa pergi dengan kehadiran
seseorang. Seseorang yang pada mulanya aku
tak pernah menjangkakan kedatangannya,
akhirnya bergelar seorang sahabat dunia
akhirat aku.
Ini kisah persahabatan aku dan dia. Yang
permulaannya tak seindah pelangi, tetapi
manisnya tetap terasa. Dia, si mamat Istanbul
celup.
“AIMINA, jawab soalan nombor empat,” arah

268
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Puan Faizah yang sedang menulis sesuatu di


meja guru. Pantas aku bangkit dan menuju ke
papan putih. Penuh keyakinan, tetapi
segalanya punah saat melihat tulisan yang
tertulis di hadapanku.
Soalan persamaan kuadratik itu
dipandang lama. Habislah aku, macam mana
nak jawab ni? Setengah minit menghadap
papan yang bersih tidak tercela, bunyi ketukan
dari arah luar berjaya mengalih perhatian
semua.
“Assalamualaikum cikgu, maaf
mengganggu. Saya nak panggil Aimina.”
Kedengaran bisikan-bisikan liar mula
memecah kesunyian suasana. Dengkilah tu,
mentang-mentanglah yang sebut nama aku tu
Ketua Murid yang diminati ramai. Entah celah
mana yang harus diminati, aku pun tak tahu.
Apa-apa pun, aku berterima kasih kerana
dia telah menyelamatkan aku daripada situasi

269
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

memalukan ketika ini. Marker pen diserahkan


semula kepada Puan Faizah sebelum aku
menapak ke luar kelas.
“Encik Johan tunggu dekat bilik guru,”
beritahunya. Aku sekadar berterima kasih dan
segera berlalu ke tangga. Rasa nak ketawa pun
ada, beria betul berencik bagai. Padahal, Encik
Johan tu papa aku kut!
Hmm, apa lagilah yang papa nak
daripada aku? Tak cukup lagi ke bersyarah
panjang lebar di rumah tentang markah subjek
Sejarah aku? Nak buat macam mana, bapanya
guru Sejarah tapi anaknya tetap dapat markah
atas pagar. Memang mendapatlah.
Langkah kaki berhenti di hadapan pintu
masuk bilik guru. Sempat aku terkumat-kamit
membaca apa yang patut sebelum memulas
tombol. Dah macam nak berjumpa jin pula aku
rasa. Hesy, agak-agaklah Aimina. Papa kau
sendiri tu.

270
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Assalamualaikum,” ucapku perlahan.


Serta-merta badan yang terasa berbahang tadi
bertukar dingin dan nyaman. Maklumlah, dah
namanya bilik guru pastinya lengkap
berpenghawa dingin.
Meja yang terletak paling hujung
dihampiri. Aku tak faham betul kenapa cikgu
lelaki suka duduk di belakang-belakang. Bukan
setakat cikgu, anak muridnya pun sama. Dari
kejauhan, aku nampak ada kelibat seorang
lelaki sedang berdiri di tepi meja papa. Siapa
pula tu?
“Assalamualaikum Encik Johan.” Ucapan
salamku menghentikan perbualan di antara
mereka.
“Zhafran, nanti kita sambung bincang
pasal ni. Awak balik kelas dulu.” Papa
mengeluarkan arahan, menghalau pelajar
bernama Zhafran itu secara halus.
“Baik cikgu, saya minta diri dulu.” Zhafran

271
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menyalami tangan papa sebelum berlalu pergi.


Bagus betul budak ni, siap cium tangan minta
restu.
“Ada apa papa panggil Mina?” Aku
memulakan perbualan setelah kelibat Zhafran
mula menghilang.
“Mina tak ada jawatan penting dalam PRS
kan tahun ni?” soal papa. Dalam rasa hairan,
aku mengangguk jua.
Memang tahun ini aku pilih untuk menolak
apa-apa jawatan yang ditawarkan. Dah penat
nak dengar kutukan dan umpatan manusia
sekeliling. Guna kabel fiber optiklah, ada
rasuah cikgulah, macam-macam.
“Kenapa tanya?”
“Mina tahu kan, sekolah kita dapat pelajar
luar tahun ni. Pelajar pertukaran,” tutur papa.
Aku mengangguk, maklum dengan
kenyataan tersebut.
“Tak silap Mina, budak sekolah

272
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

antarabangsa dekat TTDI. Kan? Sebab sekolah


kita pun ada buat lawatan ke sana beberapa
bulan lepas.” Tekaanku disambut anggukan
daripada papa.
“Betul. Disebabkan itu, papa nak letakkan
seorang pelajar di bawah jagaan kamu.”
Tersentak aku mendengar kata-kata papa.
“Sorry?” Tak pasal-pasal terkeluar
Bahasa Inggeris aku.
“Budak ni pelajar Turki. Mina pernah
belajar Bahasa Turki, sesuailah papa letak dia
bawah kamu. Senang nak berkomunikasi,
mudah nak sampaikan apa-apa.”
Aku tayang muka cemberut. Tak setuju
langsung!
“Mina masuk kelas asas je kut pa.
Bukannya kelas penuh sampai tahap boleh jadi
penterjemah.”
“Apa salahnya? Lagipun penjaga boleh
dapat sijil. Bolehlah Mina, papa dah tak tahu

273
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

nak ambil siapa. Mina pun boleh speaking juga,


tak ada masalah rasanya.” Terkelip-kelip mata
papa meraih simpatiku. Tak ada maknanya aku
nak terpujuk, lagi buat aku rasa nak ketawa
adalah.
“Hmm, lelaki ke perempuan?” soalku
lambat-lambat. Nak tahu saja, jangan ingat aku
setuju seratus peratus pula!
Papa tak menjawab, sebaliknya dia
keluarkan sehelai kertas. Macam senarai
nama. Diletakkan di atas meja dan dia tunjuk
sebaris nama dengan pen di tangannya.
Aimina Muhammad Johan - Aydin
Behzad.
“Pa!” Aku terjerit tak berpuas hati.
Sudahlah buat permintaan mengejut, diberi
pula manusia berlawanan jantina.
“Ini je yang tinggal Min, yang lain semua
dah dapat penjaga masing-masing.”
Kertas di meja kuangkat dan dibelek

274
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lama. Ingin mengesahkan kata-kata papa itu.


Membulat mataku tatkala menangkap sesuatu
di antara aksara yang ditaip rapi itu.
“Dah la Mina seorang je yang dapat lelaki.
Tak aci…” rengekku cuba meminta simpatinya.
Apalah yang ada dalam fikiran papa sampaikan
anaknya yang kurang bersosial ini menjadi
mangsa?
“Bolehlah Mina, papa dah buntu ni.
Bolehlah, bolehlah…” Ha, sudah. Papa dah
mula keluarkan mod pemujuk terhebat dia. Tak
pelik kalau lepas ni dia boleh kaitkan dengan
kematian pula. Nasiblah dapat ayah kuat
berdrama ni.
Tiga minit aku terdiam, kepala ligat
menyusun alasan. Fikir punya fikir, nampaknya
aku tak punya pilihan. Akhirnya dalam penuh
ketidakrelaan, aku mengangguk setuju. Terus
tersenyum panjang papa dibuatnya.
Tuhan… Apalah nasib aku kali ini!

275
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

DETIK yang paling aku mahu elakkan akhirnya


menjelma juga. Hari Isnin, tepat jam 8:05 minit
pagi, rombongan pelawat dari Sapphire
International High School selamat tiba di
sekolahku. Sejurus selepas perhimpunan pagi
tamat, kami para penjaga yang berjumlah
sepuluh orang kesemuanya dipanggil untuk
sesi taklimat dan pengenalan diri.
“Aimina, awak dapat siapa?” Soalan
daripada Aisyah, rakan sekelasku.
“Aydin Behzad namanya,” balasku
ringkas. Selebihnya, terpulanglah dia nak tafsir
apa pun. Tapi aku yakin Aisyah bukan sejenis
mulut tempayan.
Kelibat tuan pengetua, Tuan Haji
Aizuddin menghentikan sesi perbualan kami.
Aku nampak sepuluh orang pelajar beruniform
serba biru sedang menuju ke arah kami semua.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera
pelajar yang dikasihi sekalian. Seperti yang kita

276
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tahu, hari ini kita menerima rombongan pelawat


dari Sapphire International High School Taman
Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.”
“Berdiri di sebelah kanan saya ialah
Madam Catherine, guru pengiring rombongan
yang dialu-alukan kedatangannya ini. Tak
mahu berucap panjang, saya mempersilakan
beliau untuk memberikan sepatah dua kata.”
Wanita yang aku kira berada dalam
lingkungan usia awal 40-an itu tersenyum
sebelum mengambil alih tempat Tuan Haji
Aizudin berdiri tadi. Beberapa minit berucap di
dalam Bahasa Inggeris, akhirnya segalanya
bertemu titik noktah. Maka tibalah saat yang
aku tak pernah inginkan. Masanya berkenalan
dengan ‘budak jagaan’ aku!
“Wanda Chris, your guardian is Tania
Natasya (Wanda Chris, penjaga awak ialah
Tania Natasya).” Gadis bermata hijau itu
mendekati pelajar kelas sebelah yang dikenali

277
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sebagai Tasya.
“Sayyid Nuqaib, Alif Ilhan.” Aku lihat
mereka berjabat tangan.
Seorang demi seorang diperkenalkan
kepada penjaga masing-masing. Melihatkan
cuma tinggal seorang lelaki dan seorang
perempuan, maka tahulah aku siapa Aydin
Behzad. Orangnya tinggi dan berhidung
mancung, fizikal standard seorang lelaki Timur
Tengah.
“Aydin Behzad, Aimina Johan.”
“Hos geldiniz (Selamat datang),” ucapku
dengan wajah yang dimaniskan. Jejaka ini
nampak sedikit terpana. Mungkin tak
menyangka aku boleh bertutur dalam bahasa
ibundanya.
“Hos bulduk. Wow, you can speak Turkish
(Saya gembira berada di sini. Wah, awak boleh
berbahasa Turki)!”
Aku cuma tersenyum dan mengangguk

278
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sekali. Kekok rasanya berbicara dengan orang


baru. Lelaki pula tu, kalau perempuan tak
adalah janggal sangat.
Selepas itu, kami bergerak mengiringi
rombongan mengelilingi sekolah.
Memperkenalkan beberapa tempat yang ada
dan melawat kawasan hostel yang bakal
menjadi tempat penginapan mereka selama
tiga minggu. Sepanjang tempoh itu juga, baik
aku mahupun Aydin memilih untuk tidak
berbual seperti pelajar lain. Mungkin dia juga
segan, sama seperti apa yang aku rasakan.
“Ini kelas kita. Memandangkan awak di
bawah jagaan saya, kita akan berada di dalam
kelas yang sama,” ujarku apabila kami
diarahkan pulang ke kelas masing-masing.
“Jadi, selamat berkenalan Aydin. Saya
Aimina.” Senyum sekali di hujung kata. Dia turut
membalas senyumanku dan turut
memperkenalkan dirinya sekali lagi.

279
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Aydin Behzad.”

SEDAR tak sedar, sudah hampir seminggu


rombongan dari Sapphire duduk ‘berkampung’
di sekolah aku. Ini bermakna, sudah lima hari
aku menjadi penjaga Aydin Behzad. Lima hari
kerana tak termasuk hujung minggu.
Selama tempoh ini juga, berbelit-belit
lidahku bertutur dalam Bahasa Inggeris. Aku
jamin, tamat sahaja tempoh tiga minggu sesi
pertukaran pelajar ini, aku boleh berbicara
dalam bahasa penjajah tersebut dengan
cemerlang dan terbilang.
Hari ini hari Sabtu. Aku perlu ke sekolah
untuk menghadiri ceramah jati diri dan motivasi.
Tak patut sungguh buat ceramah motivasi
masa-masa begini. Sudahlah mengganggu
hujung minggu aku, ditambah pula dengan
kehadiran mamat kelahiran Istanbul, Turki itu.

280
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Malasnya!
“Morning Aimina,” sapa Aydin ketika aku
menghampirinya. Semangat betul dia ni.
Tersampuk jin hostel agaknya. Lainlah aku,
masih dibayangi saka katil dan bantal peluk di
rumah.
“Hmm, pagi.”
“Awak nampak pucat,” komennya,
semestinya berbahasa Inggeris.
“Saya okey.” Malas-malas aku
membalas. Mata yang terasa berat ditenyeh
perlahan.
Bunyi mikrofon mengalih perhatian kami
berdua. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan
bacaan doa, ucapan alu-aluan dan sesi
memperkenalkan panel penceramah jemputan.
Bosan, bosan!
Entah berapa jam berlalu, sesi pertama
pun melabuhkan tirainya. Sakit pinggang aku
duduk bersila lama-lama. Tak faham betul apa

281
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

fungsi ceramah motivasi seperti ini. Sedangkan


modus operandi yang digunakan sama saja.
Cuba adik-adik bayangkan… huh. Tak ada
kemajuan langsung.
“Saya nak pergi kantin,” beritahuku
kepada Aydin.
“Okey. Nanti cari saya dekat sana. Nak
buat panggilan sekejap.” Jarinya menunjuk
lurus ke arah pondok astaka sebelum haluan
kami berpecah.
Menghampiri kaunter jualan air, sempat
aku menjeling ke arah sekumpulan pelajar
perempuan yang sedang bergelak ketawa.
Tanpa sedar, aku tersenyum hambar. Sudahlah
Aimina, bukannya kau tak biasa bergerak
secara solo seperti ini.
Botol air mineral diambil dan aku lakukan
pembayaran. Setelah mendapat wang baki, aku
bergerak mencari Aydin di kawasan astaka.
Berkat fizikalnya yang tinggi macam galah,

282
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mudah sahaja aku mengecamnya dari arah


belakang.
Sepanjang mengenali dia, kadang-
kadang memang aku rasa menyampah.
Entahlah, sedangkan dia tak buat salah pun.
Tetapi kebanyakannya aku rasa kekosongan
aku terisi dengan adanya aktiviti yang
memerlukan kami berdua berganding bahu.
Merasalah juga aku bagaimana rasanya punya
teman rapat, walaupun aku tidaklah akrab
mana dengan dia.
“Ya daddy. Abang okey je dekat sini.
Habis tiga minggu ni, abang balik rumah
nenek.”
Suara yang cukup kenali itu membuatkan
langkah kakiku membrek secara mengejut. Aku
pandang figura yang berdiri beberapa langkah
daripadaku.
“Okey. Cakap dengan mummy tak payah
risau. Insya-Allah, assalamualaikum daddy.”

283
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Panggilannya ditamatkan. Aydin berpusing ke


belakang.
“Mak!” Dia terjerit spontan.
Mendengarkan itu, makin mencerun mataku
menatapnya. Dia labuhkan duduk di salah
sebuah bangku.
“What?” soalnya seakan tiada apa-apa
yang berlaku.
Aku memilih untuk tidak membalas dan
terus memandangnya. Sehinggalah dia
kelihatan tersentak, seakan tersedar tentang
satu perkara.
“Boleh jelaskan apa yang berlaku, Aydin
Behzad?”

“JADI, apa motif awak menyamar jadi mamat


Turki?” Aku ajukan soalan dengan tangan
disilangkan di dada. Aydin masih mengekalkan
riak selamba.

284
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Tak ada motif. Saya tak menyamar,


sebab itu memang hakikatnya. Saya ada darah
Turki. Daddy orang Malaysia, mummy orang
Turki yang bermastautin di sini.”
“Relakslah, apa yang awak nak marah?
Bukannya masalah besar pun, saya cuma tak
berbahasa Melayu dengan awak selama satu
minggu.”
Aku menunduk. Teringat segala apa yang
aku lakukan selama satu minggu ini. Ah,
malunya! Aku mengajar dia benda yang dia dah
lama tahu rupanya. Ini juga bermakna, apa
yang aku rungutkan dalam bahasa Melayu turut
difahaminya. Aimina, memalukan!
“Kalau awak rasa malu atas apa yang
awak buat selama ni, berhenti. Awak cuma
menjalankan amanah, dan saya tak terdetik
pun nak buat awak memalukan diri sendiri.
Malah saya menghargai setiap usaha awak,
Aimina.”

285
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Aku mendiamkan diri. Mamat ni… tengah


pujuk aku ke macam mana?
“Janganlah marah. Saya baru nak
berkawan dengan awak.” Pernyataannya
menarik perhatianku untuk kembali
mengangkat wajah menghadapnya.
“Awak… nak kawan dengan saya?”
Aydin mengangguk sambil menyedut
minuman.
“Kenapa? Ada masalah ke? Selama ini
pun memang saya anggap awak kawan baru
saya.”
Lidahku seakan terkelu. Sudah sekian
lama rasanya sejak seseorang datang nak
menyatakan kesudian untuk berkawan dengan
aku. Nampak tak betapa sunyinya hidup aku
selama ini? Terkelip-kelip mataku memandang
Aydin. Tak percaya,
“Tengok apa lagi? Pelik sangat ke, orang
nak berkawan je.” Aydin menyoal dengan dahi

286
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang sedikit berkerut. Andai saja dia tahu


yang…
“Saya tak ada kawan rapat,” luahku
secara tiba-tiba. Tangannya yang sedang
bermain dengan penyedut minuman terhenti.
Dia menoleh ke arahku.
“Patutlah…” tuturnya perlahan.
Pandangan dikalihkan menghadapnya. Apa
yang patut?
“Tak sebab selama ni saya perasanlah
juga kalau waktu rehat, kalau saya join kawan-
kawan saya makan, awak akan duduk makan
seorang je,” terangnya. Barulah aku
mengangguk tanda faham. Ingatkan apalah
tadi.
Suasana jeda seketika. Kami lebih selesa
melayan perasaan masing-masing sehinggalah
dia kembali membuka mulut.
“Tapi kenapa tak ada? Saya rasa awak
tak adalah teruk untuk dijadikan kawan.”

287
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Aku jungkitkan bahu. Entahlah, aku pun


tak ada jawapan untuk itu.

SEMINGGU berbaki sebelum tugasanku


sebagai seorang penjaga tamat. Kami berdua
pun semakin akrab dari hari ke hari. Ternyata
Aydin seorang kawan yang baik dan
personalitinya juga sama padan dengan aku.
Sama-sama ‘masuk air’ orang kata.
“Aimina.”
“Apa?” soalku acuh tak acuh.
Mengganggu betullah dia ni. Perut aku dah la
dari tadi buat hal. Norma hari pertama
menstruasi.
“Nak tanya, bilik mesyuarat dekat mana?
Madam Catherine minta saya jumpa dia dekat
sana, tapi saya tak pasti mana letaknya bilik tu.”
“Hmm... tingkat dua, blok sebelah.
Pergilah, saya nak tidur.”

288
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Awak temankan saya boleh?” Aku


berdecit mendengar permintaanya.
“Maaf, saya penat. Awak ada kaki dan
masih boleh berjalan. Sila pergi sendiri,” ujarku
dan kepala kembali dilentokkan di atas meja.
“Awak okey tak? Sihat?” Aku sekadar
mengangguk. Rasanya tak perlulah dia tahu
yang aku tengah senggugut. Malu!
“Kalau tak sihat, cakaplah. Saya boleh
panggilkan cikgu atau belikan apa-apa.”
“Awak okey tak ni?”
“Aimi...”
Aku merengus kasar. Terganggu habis
rehatku dengan soalan bertalu-talu
daripadanya. Soalan kurang bijak pula tu!
“Tak payah sibuklah. Jangan nak
busybody sangat boleh? Saya tahulah jaga diri
sendiri.” Spontan jawapan kasar terkeluar dari
mulutku. Ah, ini semua salah hormon!
Riak prihatin pada wajah Aydin mula

289
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

memudar. Aik, tak mungkinlah dia terasa pula?


“Awak tahu kenapa awak ni susah nak
dapat kawan?” Dia mengutarakan persoalan.
Berkerut dahiku mendengarnya.
“Sebab awak ego. Keras kepala. Selalu
rasa diri sendiri betul. Mulut sesedap rasa
keluarkan kata-kata yang menggoreskan hati.
Dah lama saya perhatikan awak.”
“Awak fikirlah sendiri apa yang saya
cakap ni. Kadang-kadang, tak semua
kesalahan tu kita boleh letak di bahu orang lain.
Sesekali kita perlu refleks kekurangan diri
sendiri,” tokoknya sebelum bangun dan
menonong meninggalkan aku sendiri.
Aku terkaku di tempat duduk sendiri.
Benarkah aku seperti apa yang dia katakan itu?

TOPIK yang sedang dibicarakan oleh Cikgu


Azian di hadapan kelas sedikit pun tidak

290
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menarik perhatianku. Mataku lebih banyak


mengerling ke arah tempat duduk di tengah-
tengah kelas. Terbit keluhan dari mulutku.
Sudah dua hari aku tidak bertegur sapa
dengan Aydin. Entahkan aku yang ego, atau dia
yang beremosi. Atau, mungkin kedua-duanya
sekali.
“Awak okey, Aimina? Dari tadi lagi asyik
mengeluh.” Soalan daripada Mikayla, rakan
meja sebelahku mengalihkan iris mataku
daripada terus memandang Aydin.
“Saya okey.” Aku senyum segaris.
Dua hari memikirkan apa yang dikatakan
Aydin, ternyata ada kebenaran dalam setiap
apa yang dinyatakannya. Baru aku sedar,
bukannya orang tak mahu berkawan dengan
aku. Sebaliknya, aku yang terlalu memilih siapa
untuk dibuat kawan.
Sebagai contoh, Mikayla di sebelahku ini.
Bukannya aku tak nampak dia masih mencuba

291
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

untuk berkawan dengan aku, tapi aku yang


memilih untuk membutakan mata dan membina
tembok di antara kami. Sedangkan tiada yang
kurang pada Mikayla.
Oh, tidak. Memang tiada yang kurang,
kerana dia lebih daripada aku. Dia budak
pandai, lebih-lebih lagi dalam subjek yang
diajar papa aku sendiri. Disebabkan papa
sering membanding-bandingkan markah aku
dan dia, sedikit sebanyak hati aku jadi meluat
dengan Mikayla.
Nampak tak Aimina? Kau ego tak
bertempat. Sedangkan kau boleh sahaja
berbaik dengan dia dan minta dia ajarkan
mana-mana topik yang kau kurang mahir.
Berbalik kepada Aydin, aku tekad. Hari ini
aku perlu rendahkan ego dan meminta maaf
dengannya. Saat bersama dia cuma berbaki
empat hari lagi. Tak boleh dibazirkan begitu
sahaja.

292
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Tambahan pula, aku dah mula nampak


kewujudan Aydin sebagai seorang sahabat.
Dua hari tak bertegur sapa cukup buat aku
sedar yang aku sudah mula menerima dia
sebagai seorang kawan baik.

“AIMINA, Cikgu Azmir minta kau jumpa dia


dekat bilik guru.” Arahan daripada Firas, ketua
kelasku disambut dengan kerutan. Kenapa
pula?
“Kenapa?” soalku. Firas cuma mencebik
dan mengangkat bahu tanda tak tahu.
“Hmm, okey. Thanks Firas,” ucapku
sebelum mempercepatkan urusan mengemas
buku dan terus menuju ke bilik guru di tingkat
dua.
Memasuki bilik guru, aku tergamam
apabila berpasang-pasang mata sedang
memandang tajam ke arahku. Dalam rasa

293
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

hairan, aku cuma menundukkan kepala dan


terus ke meja Cikgu Azmir.
“Cikgu panggil saya?”
Cikgu Azmir tidak membalas. Tangannya
naik membuka laci meja dan sehelai sticky note
dikeluarkan dan diletakkan di hadapanku.
“Puan Faizah jumpa ni di dalam buku
Matematik kamu. Boleh jelaskan apa semua ni,
Aimina Muhammad Johan?”
Kertas berwarna merah jambu itu aku
ambil dan aksara yang tercoret di atasnya
dibaca. Membuntang mataku melihat bahasa
yang digunakan sang penulis. Kata-kata kesat
yang menghina Puan Faizah terlalu kasar
sehinggakan aku tak sanggup untuk
meneruskan pembacaan. Yang pasti, ini bukan
kerja aku!
“Ini bukan saya yang tulis cikgu.” Kertas
diletakkan kembali ke meja. Terasa roh aku
ingin melayang aku saat ini. Siapa pula yang tak

294
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

puas hati dengan aku ni?


“Sebab tu saya nak jumpa kamu. Saya
yakin kamu tak buat semua ni. Saya cukup
kenal dengan kamu Aimina. Tapi kami tak boleh
syak sesiapa sebab kawan-kawan kamu kata
sticky note yang serupa ada dalam kotak
pensel kamu. Tulisan dia pun sama sebiji
dengan kamu.”
“Demi Allah cikgu, saya tak buat! Saya
sendiri tak tergamak nak baca sampai ayat
yang terakhir,” nafiku bersungguh-sungguh.
Jadi… inilah sebabnya beberapa orang
guru memandang sinis ke arahku tadi. Dalam
rasa terkejut yang bukan kepalang, bunyi derap
tapak kaki membuatkan kami menoleh
serentak. Papa.
“Apa Mina dah buat ni?” Meninggi suara
papa memarahiku. Tidak lagi mempedulikan
pandangan orang lain yang turut berada di sini.
“Johan, kita bincang elok-elok. Tak baik

295
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

marah-marah.” Pantas Cikgu Azmir menahan


papa daripada terus marah.
“Macam inilah Aimina. Buat masa ini,
awak balik dulu. Sehingga ada maklumat
selanjutnya, saya akan panggil awak semula.”
Sumpah. Sumpah aku rasa nak menangis
sekarang ini. Sudah jatuh, ditimpa tangga.
Belum selesai masalah aku dan Aydin,
ditambah pula satu masalah lain. Aku pandang
papa, dia nampak semakin tenang tetapi masih
enggan memandang aku. Mungkin marah,
mungkin kecewa dengan berita yang baru
didengarinya.
“Terima kasih, cikgu,” ujarku dan terus
melangkah ke pintu keluar. Terasa bagai bumi
berhenti berputar. Kaget. Ini fitnah yang agak
berat untuk seorang pelajar. Mengeluarkan
kata-kata kesat terhadap seorang guru bukan
satu kesalahan yang kecil.
“Mina.” Aku berpaling ke arah punca

296
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

suara itu. Mikayla.


“Saya dengar semuanya. Selama saya
kenal awak, saya tahu awak tak salah,” tuturnya
lembut. Aku mengetap bibir. Rasa bersalah
mula menerpa apabila teringatkan layanan
acuh tak acuhku terhadapnya selama ini.
“Kayla, saya…”
“Kalau awak nak minta maaf, saya dah
lama maafkan walaupun saya tak tahu apa
salah awak.”
Mendengarkan itu, hatiku tiba-tiba
dirundung sebak. Ah, hormon! Terus aku
meluru ke arah Mikayla dan tubuhnya didakap
erat. Tersedu-sedu aku menangis di bahunya
tanpa segan-silu.
Mungkin inilah masanya aku membuka
lembaran persahabatan bersama Mikayla.

DUA hari terbuang tanpa sebarang

297
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

perkembangan positif. Baik tentang nota misteri


itu mahupun tentang Aydin. Oh, pembetulan.
Ada satu perubahan. Aku dah mula berbaik-
baik dengan Mikayla.
Keadaan semakin memburuk apabila
cerita tentang sticky note itu telah tersebar ke
seluruh kelas. Ada yang buat-buat tak kisah, tak
kurang juga yang menjeling benci tanpa
sembunyi. Entah siapa yang menyebarkan
semua itu, aku pun tak tahu.
Kelibat Puan Faizah yang sedang
berjalan di koridor kelas sedikit sebanyak
membuatkan aku berasa malu. Walaupun itu
bukan kerja aku, namun rasa bersalah itu tetap
menghantuiku.
Langkah kaki wanita pertengahan 40-an
itu berhenti di hadapan pintu kelas. Serentak
dengan itu, suasana hingar-bingar kerana
ketiadaan guru bertukar sepi. Dapat aku
tangkap beberapa jelingan pelajar mencerun ke

298
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

arahku.
“Aimina dan Haifa. Ikut saya. Awak juga,
Aydin,” arahnya senada dan terus berlalu tanpa
menunggu kami bertiga. Aku bangkit dan
bertukar pandangan dengan Mikayla seraya
tersenyum segaris. Pantas langkah kaki dibuka
menuju ke pintu kelas.
Di hadapan papan putih, laluanku
bertembung dengan Haifa. Entah apa salah
aku, bahunya disenggolkan dengan bahuku.
Hampir sahaja aku terjelepok kalau bukan ada
yang menahan di belakang.
Gulp! Tak perlu tengok, dah tahu siapa
orangnya. Mendengar siulan nakal beberapa
orang pelajar lelaki cukup untuk aku mengecam
siapa orangnya. Siapa lagi kalau bukan mamat
Istanbul celup aku!
“Err… terima kasih,” ucapku malu-malu
dan terus keluar dari kelas.
Kami bertiga bertemu dengan Puan

299
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Faizah di tepi koridor kelas.


“Aimina, awak dibebaskan daripada
pertuduhan tempoh hari,” beritahu Puan Faizah
dengan nada yang serius. Dah macam dalam
perbicaraan mahkamah pula rasanya.
“Betul ke puan?” Soalanku dibalas
anggukan sekali.
“Aydin dah beritahu saya semuanya.” Aku
menoleh ke arah susuk tinggi di sisiku. Dia
cuma mengerdip mata sekali tanda
mengiyakan pernyataan Puan Faizah.
Sekejap. Kalau aku dah terlepas,
bermakna pelakunya sudah dikenal pasti.
Adakah ini bermaksud…
“Saya tak tahu apa salah saya pada
awak, Haifa. Tapi awak perlu ikut saya ke bilik
disiplin. Sekarang!” Memetir suara Puan Faizah
menengking Haifa. Kecut juga perutku
dibuatnya.
“Aydin, Aimina. Awak boleh masuk

300
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

semula. Maaf mengganggu awak berdua.”


Kelibat Puan Faizah berlalu bersama
Haifa. Kedengaran suasana di dalam kelas
riuh-rendah dengan bermacam-macam
spekulasi. Tidak mempedulikan semua itu, aku
pandang Aydin.
“Awak, terima kasih. Terima kasih sangat-
sangat.”
Senyuman yang terukir di wajahnya buat
aku rasa lega. Akhirnya, yang sekian lama aku
rindukan telah kembali!
Kau rindu senyuman ke rindu tuan dia,
Aimina?
“Sama-sama. Tanggungjawab saya
untuk terangkan apa yang saya nampak,”
ujarnya tenang. Melihatkan itu, aku tahu ini
masanya. Rendahkan ego, sekarang Aimina!
“Saya… saya nak minta maaf atas
perkara hari tu. Tak patut saya label awak
sebagai penyibuk sedangkan awak cuma

301
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

mengambil berat.” Kepala menekur


memandang kasut di kaki. Malu dengan
kesalahan sendiri.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Saya
tak ambil hati pun. Mengada sangatlah kalau
saya merajuk dengan seorang perempuan,”
selorohnya bersahaja. Aku tergelak kecil.
“Jadi, kita kawan?”
“Ada saya kata kita putus kawan ke? Tak
ada, kan?” Dia tersenyum dengan kening
terangkat di hujung kata.
Gila tak kalau aku kata dia nampak kacak
sekarang ini?

PEJAM celik pejam celik, tiga minggu lawatan


dari Sapphire berakhir. Tibalah saat yang aku
rasa terlalu berat untuk merelakannya.
Perpisahan!
“Nah!” Aydin hulurkan sehelai sampul

302
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

surat ketika kami berada di dataran hostel.


Dalam hairan, lambat-lambat aku menyambut
sampul putih itu.
“Apa ni?”
“Jangan buka dulu. Saya dah naik bas,
dah hilang daripada pandangan mata, awak
boleh buka.”
Malas mahu membantah, aku hanya
menurut. Sampul dimasukkan ke dalam kocek.
Bagasi beroda di sisinya ditatap. Ah, kenapa
hati ini terasa sayu semacam?
“Tak sangka, sekejapnya tiga minggu
berlalu. Terima kasih juga sebab ‘jaga’ saya
selama tempoh lawatan ini berlangsung.” Dua
jarinya digerakkan tatkala menyebut perkataan
‘jaga’. Tawa kami meletus selepas itu.
“Terima kasih juga, awak dah tolong
saya. Juga menyedarkan saya betapa
indahnya sebuah persahabatan,” tuturku.
Kenapa ayat aku terasa skema semacam?

303
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Saya cuma hidupkan apinya, awak yang


masukkan segala perencah. Tak perlu
berterima kasih, awak yang memilih untuk
mengubah hidup awak.”
“Tak sangka mamat Istanbul celup
macam awak pandai bermadah segala.”
Terangkat keningnya mendengar gelaran yang
aku sebutkan.
“Mamat Istanbul celup?” Aku tersengih
panjang sebelum kami sama-sama tertawa.
Kelibat bas berwarna biru menghampiri
kawasan hostel. Inilah saatnya. Aydin menarik
pemegang beg.
“Ada rezeki, kita mesti jumpa lagi,”
katanya. Aku mengetap bibir.
“Insya-Allah.”
Dia mula melangkah ke arah bas.
Beberapa langkah menjauhiku, dia berhenti
dan berpaling semula. Tangannya melambai
seakan gaya seorang budak kecil. Dalam

304
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

senyuman, aku turut membalas lambaiannya.


Terima kasih untuk segalanya, Aydin
Behzad.

“HAH, berangan!”
Terhinjut bahuku tatkala disergah
seseorang. Aku pusing ke belakang lantas
lengannya dicubit manja.
“Mikayla ni… terkejut tahu?” Kelam-kabut
aku menyorokkan gambar yang ditatap sejak
tadi. Namun dia lebih pantas merampasnya
daripada peganganku. Tersenyum senget dia
sebaik sahaja melihatnya.
“Oh… teringat abang Turki rupanya…”
Foto itu direntap semula. Malu!
Ini gambar pemberian Aydin dalam
sampul surat putih itu. Dua bulan berlalu, aku
masih tak jemu menatap gambar ini. Gambar
swafoto kami ketika ceramah motivasi

305
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

beberapa bulan lepas. Turut disertakan adalah


sepucuk surat bertulis tangan daripadanya. Apa
isi kandungannya, biarlah aku sahaja yang
tahu.
“Eh, Mina ada dengar tak? Kita ada
pelajar baru.”
“Ye ke?” soalku sambil menyimpan
senyuman dalam hati.
“Dengar-dengar lelaki. Tak sabarnya nak
jumpa, mesti handsome kan?” Mikayla tayang
riak gatal. Pantas aku menampar pahanya.
“Gatal!”
Kelibat Cikgu Azmir menghentikan sesi
usik-mengusik kami. Setelah memberi salam
dan membaca doa, kami semua dibenarkan
untuk duduk.
“Kelas, kita ada pelajar baru.”
Mendengarkan itu, senyumanku melebar tanpa
dapat ditahan.
“Boleh masuk.”

306
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Sebaik sahaja figura itu melangkah


masuk, suasana kelas bertukar kecoh. Hanya
aku yang masih tersenyum tenang. Dia
kembali!
“Saya rasa… semua dah kenal dengan
dia. Atau ada yang lupa?”
Jejaka itu tersenyum. Dia menjeling
sekilas ke arahku.
“Cikgu, tempat duduk depan Aimina tu
kosong ke?”
“Kenapa? Awak nak berkepit dengan
penjaga awak? Nak jadi menantu Cikgu
Johan?” Usikan Cikgu Azmir mengundang tawa
seisi kelas. Aku lihat Aydin sedikit tersipu
sebelum cikgu mempersilakannya untuk duduk.
“Hai, Aimina. Nama saya Aydin Behzad,
tapi awak boleh panggil saya mamat Istanbul
celup,” usiknya ketika menarik kerusi di
hadapanku.
Terlepas tawa halusku mendengar kata-

307
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

katanya. Terasa pinggangku dicucuk sekali


oleh Mikayla dari arah sisi. Usiklah nak usik apa
pun. Sekarang ni yang aku tahu, aku rasa
bahagia.
Mamat Istanbul celupku kembali!

- TAMAT -

308
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

HAK
MUHAMMAD HAIKAL ABD RAZAK
(KEHIDUPAN)

“PUAN, kami minta maaf. Kami sudah sedaya


upaya cuba selamatkan suami puan tetapi Allah
lebih sayangkan dia.”
Najwa segera rebah. Masih terngiang-
ngiang lagi apa yang dikatakan doktor kelmarin.
Tidak menyangka sekarang ini dia berada
betul-betul di hadapan kubur suaminya.
Terpampang jelas nama penuh suaminya yang
terukir pada batu nisan itu.
Tangisan masih tak henti mencurah
mengingatkan kejadian kemalangan yang telah
meragut nyawa insan kesayangan di depan
matanya kelmarin. Air mata diseka dan
diteruskan bacaan Yasin sehingga habis
biarpun diselangi sedu-sedan.
“Abang… Najwa pergi dulu. Najwa janji

309
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Najwa akan jaga anak-anak dengan baik.


Najwa doakan semoga abang tenang di sana.
Nanti Najwa dan anak-anak akan datang ziarah
abang lagi.”
Segera Najwa bangun dan diikuti dua
orang budak lelaki yang lengkap berbaju
Melayu dan bersongkok hitam. Kedua-dua
belah tangan Najwa dipimpin dua anak itu untuk
segera beredar dari tanah perkuburan.
“Ibu, adik rindu abah. Adik tak nak
tinggalkan abah seorang kat sini.” Ammar, anak
yang paling kecil bersuara. Dia masih polos
untuk mencerna apa yang berlaku.
“Along pun bu…” rintih Amsyar, si abang
pula.
Najwa segera bertinggung separas
ketinggian anak-anaknya. Mahu sahaja dia
menangis dan meraung ketika itu juga tetapi dia
sedar dia harus kuat di hadapan mereka.
Sekarang, anak-anaknya itu hanya ada dirinya

310
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sahaja untuk bergantung. Begitu juga dirinya


sendiri.
“Along, adik. Ibu tahu kamu sedih dengan
pemergian abah. Ibu tahu… kamu rindu abah.
Ibu pun sedih. Tapi kita kena kuat. Kita tak
boleh macam ni. Allah lebih sayangkan abah,
sebab tu abah pergi dulu.” Suara Najwa timbul
tenggelam menahan sebak seperti ada batu
yang menyekat di kerongkong. Berat dia mahu
katakan semua itu tatkala dirinya masih belum
dapat menerima kenyataan.
Najwa terus memeluk dua beradik itu.
Kepala mereka Najwa usap lembut dan cium.
Hanya merekalah sekarang ini permata
berharga yang ditinggalkan arwah Malik.
Permata yang akan Najwa tatang dan jaga
dengan sebaik mungkin.
‘Ya Allah! Ujian yang Engkau berikan
kepada kami terlalu berat Ya Allah,’ rintih hati
Najwa.

311
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Tanpa diduga, lebih banyak lagi ujian


yang bakal Najwa tempuhi atas pemergian
suaminya itu. Dugaan yang tak pernah dijangka
oleh seseorang yang bergelar balu dan ibu tiri…

SAMPAI sahaja di perkarangan rumah, kelibat


seorang wanita dengan sebuah kereta sedan
mewah berwarna hitam sedang menunggu di
luar. Dia turut mengenakan baju dan beg
tangan yang berjenama. Daripada lagaknya,
dia bukan calang-calang orang.
Najwa hela nafas dan teruskan langkah
sambil memimpin dua anaknya. Kalau boleh,
mahu sahaja dia menerobos wanita di
hadapannya itu.
“Kejap, Najwa.” Suara wanita itu segera
menghentikan langkah Najwa.
“Awak nak apa eh datang sini lagi? Awak
memang tak serik lagi ke?”

312
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Wanita itu tertawa kecil. “Tak payah nak


buat-buat tak tahu Najwa. Aku datang sini
sebab nak ambil hak akulah. Hak aku!”
Nafas Najwa turun naik. Sikap wanita di
hadapannya ini memang sudah melampau
baginya. Waktu-waktu begini jugalah dia nak
cakap pasal hak.
“Along, adik. Masuk rumah dulu. Kejap
lagi ibu masuk tau.” Najwa terus memberi
arahan kepada anak-anaknya. Dia tahu sangat
dengan niat wanita di hadapannya itu.
Amsyar dan Ammar tanpa bersuara
hanya mengangguk dan turuti sahaja arahan
ibu mereka.
“Izara, awak memang tak berhati perut
langsung kan. Abang Malik baru je meninggal
dan sekarang awak nak cakap pasal hak?
Manusia jenis apa awak ni?” sambung Najwa
kepada wanita yang bernama Izara itu.
“Malik tu bekas suami aku! Jadi buat apa

313
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

aku nak kisah pasal dia. Yang penting sekarang


aku nak ambil hak aku tu. Aku nak Amsyar. Tu
je.” Dengan sinis dan bengisnya Izara
hamburkan itu.
‘Patutlah arwah Malik ceraikan kau Izara.
Perangai kau yang ego tinggi melangit dan
pentingkan diri dari dulu, memang tak pernah
berubah,’ bisik hati Najwa.
“Kalau saya tetap tak nak bagi Amsyar kat
awak, awak nak buat apa?” Dia bertegas.
“Hei Najwa! Kau tu kena sedar diri sikit
yang kau tu hanya mak tiri Amsyar. Faham tak?
Mak tiri!” Suara Izara meningkatkan ke oktaf
yang lebih tinggi. Sengaja dia tekankan
perkataan ‘mak tiri’ itu.
Najwa tersentak seketika. Dia tahu dan
sedar dirinya siapa tetapi itu bukan tiket
untuknya segera mengalah kepada wanita
bernama Izara itu.
“Ya. Memang saya ibu tiri kepada

314
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Amsyar. Dan kau tu ibu kandung dia. Tapi saya


tetap tak akan bagi Amsyar tu kat orang lain
lagi-lagi kat perempuan macam kau!” bentak
Najwa sekali nafas. Hilang sudah panggilan
‘awak’ kepada Izara tadi.
Izara terus memberi jelingan maut. Boleh
tahan juga mulut si Najwa ni.
“Najwa! Kau tak payah nak overprotective
sangat. Aku ingat lepas Malik tu meninggal,
fikiran kau tu berubah. Rupa-rupanya sama je,
keras kepala,” bidas Izara.
“Aku nak selesaikan benda ni dengan
cara elok sebab kau tu dah jadi balu dah pun.
Lagipun kau kan dah ada seorang lagi anak
dengan arwah Malik. Kau jagalah dia. Tak
payahlah tamak sangat sampaikan anak aku
pun kau nak jaga sekali.” Izara masih tak mahu
kalah.
Najwa kepal tangannya menahan geram.
Segera dia hela dan hembus perlahan

315
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

nafasnya. Tak naklah timbulkan sebarang isu


nanti.
“Macam nilah Izara. Apa-apa hal
berkaitan saya, anak-anak saya dan keluarga
saya, kau tak payahlah masuk campur. Saya
boleh jaga dia orang. Saya balu atau tidak, itu
bukan alasan untuk saya lepaskan Amsyar. Itu
yang saya nak ingatkan,” kata Najwa.
“Lagipun, selepas kau kena cerai tujuh
tahun yang lepas, awak tak pernah terfikir pun
nak jenguk Amsyar tu. Hanya kerana Amsyar tu
tak sempurna, kau buang dia. Kau hina dia. Kau
tak ingat ke ha?”
Izara menegangkan rahang. Ya betul,
peristiwa tujuh tahun lepas, dialah yang salah.
Dialah puncanya. Peristiwa yang masih segar
dalam ingatan. Hanya disebabkan sifat egonya
yang tak dapat menerima ketidaksempurnaan
fizikal Amsyar, pada malam itu jugalah dia
ditalak dua.

316
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Sebab tulah aku datang sini sebab nak


tebus salah aku. Aku tahu aku bukan ibu yang
baik tapi bagilah aku peluang nak jaga dia.
Untuk tebus dosa aku. Tolonglah Najwa,” rayu
Izara.
“Sudahlah Izara. Saya tetap dengan
pendirian saya yang saya akan pertahankan
Amsyar. Kau pergilah balik kat suami kau tu,
jangan ganggu keluarga saya lagi.” Najwa terus
meninggalkan Izara di situ. Dia melangkah
masuk ke dalam rumah tanpa sebarang
ucapan.
Izara mengeluh deras. Tak faham kenapa
Najwa bersikap sebegitu padahal sudah
banyak kali dia berusaha memujuk.

“SADAQALLAHUL ‘azim…”
Usai membaca ayat suci al-Quran, Najwa
kucup naskah kitab suci itu. Al-Quran yang

317
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menjadi tanda mas kahwinnya bersama arwah


Malik. Tiba-tiba, terasa hiba pula hatinya
mengenangkan semua itu. Air mata sudah
mulai bergenang padahal dirinya telah berjanji
untuk terus kuat.
“Ibu!”
Suara seseorang menyedarkan
lamunannya. Segera Najwa seka takungan air
di tubir matanya itu.
“Ya Along, ada apa sayang?” Najwa
hanya pancarkan senyuman yang nampak jelas
keterpaksaan itu.
Amsyar masuk ke dalam bilik, lalu segera
dia melabuhkan punggung di sisi Najwa.
“Adik dah tidur ke?” tanya Najwa.
“Hmm... lepas main tadi, dia terus tidur.”
Najwa angguk dan usap perlahan kepala
Amsyar.
“Ibu, Along nak tanya satu benda boleh?”
Najwa terdiam seketika. Ini pasti Amsyar mahu

318
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bertanya tentang hal siang tadi.


“Tanyalah. Insya-Allah ibu jawab,” balas
Najwa berusaha tenang.
“Betulkah Mak Cik Izara tu ibu kandung
Along? Kalau dia ibu kandung Along, kenapa
Along tengok dia macam jahat je,” ujar Amsyar.
Kanak-kanak mana boleh menipu. Pasti itu
yang terbuku di hatinya selama ini.
Najwa tidak tahu mahu memberi reaksi
apa.
“Aip! Along. Tak baik tau hukum orang
berdasarkan luaran mereka. Mak Cik Izara tu
tak buat apa-apa pun kat kita. Dia tak jahat
pun.”
“Habis tu? Kenapa dia bertengkar dengan
ibu kat luar tadi? Setiap kali dia datang sini,
mesti dia cakap dia nak jaga Along. Masa
arwah abah hidup pun, dia asyik cakap yang dia
akan jaga Along nanti. Along tak naklah bu…”
luah Amsyar.

319
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Along… dia tu ibu kandung Along tau.


Tak baik cakap macam tu.” Najwa menegur
anaknya walhal dirinya juga berasa bengang
dengan sikap Izara itu.
Tentang Izara, Amsyar sudah tahu
kebenarannya. Dan dia tahu itu kerana arwah
Malik yang beritahu semuanya. Kalau tak
kerana arwah Malik, sampai sekaranglah
Amsyar itu tidak tahu siapa Izara baginya.
“Along nak tinggal dengan ibu dan adik
sampai bila-bila. Along tak nak kita berpisah.”
Tiba-tiba terasa seperti habuk memasuki
mata pula. Mata Najwa mulai berkaca.
Cukuplah dia sudah kehilangan suaminya. Tak
nak berpisah dengan cahaya matanya yang
seorang ini.
“Ya Along, ibu tahu tu. Ibu akan jaga
Along sampai bila-bila. Tapi Along kena ingat,
Mak Cik Izara tu tetap ibu kandung Along.”
“Tapi kenapa dia buang Along kalau dia

320
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ibu kandung Along. Dia tinggalkan Along dulu


sebab kaki Along kudung ke? Sebab Along
cacat macam ni?” Amsyar lalu menampakkan
kaki kanannya. Hanya kaki palsu.
Air mata yang ditahan menitis jua. Tak
mampu Najwa berpura-pura kuat lagi. Tak
sanggup dia ungkapkan kebenaran demi
menjaga hati Amsyar.
“Along… bukan sebab tu. Tak ada siapa
yang buang Along pun. Semua orang sayang
Along tahu tak?” Najwa menyemangati
anaknya yang tertunduk sedih.
Najwa terus memeluk erat anaknya
sebelum anaknya itu sempat ajukan soalan
lain. Pelukan hangat yang membuatkan
Amsyar terbuai dalam dakapan ibunya.

“MACAM mana progress awak dengan anak


awak tu? Berjaya dah ke?” Kamil sengaja

321
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

meleretkan suaranya seperti mahu menyindir.


“Awak tak payah nak menyibuk tentang
hal anak saya tu. Pandai-pandailah saya nak
uruskan dan pujuk mak tiri dia tu,” rungut Izara
sambil jari-jemarinya ligat menaip sesuatu pada
laptop.
Kamil tertawa mengejek. Penuh sinis.
“Saya ingat dah hampir dua bulan awak
ulang-alik kat kampung sana tu, adalah sikit
perubahan. Rupa-rupanya, habuk pun tak
dapat. Kalaulah awak tak mandul, tak payahlah
awak bersusah-payah pergi cari anak awak tu.”
Tubuh tiba-tiba berasa panas diselubungi
rasa geram. Izara terus menoleh menatap
suaminya. “Sekarang ni awak nak salahkan
sayalah? Awak nak salahkan saya sebab saya
mandul? Macam tu?” Izara berang.
“Eh! Mana ada. Saya cakap je, tak
maksudkan apa-apa pun," nafi Kamil yang
mulai menggelabah. Kalau isterinya itu marah,

322
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tidur luarlah jawabnya.


Mata Izara masih tak lepas dari menjeling
suaminya. Lalu dia mengeluh kuat.
“Saya tak fahamlah dengan Najwa tu.
Memang tak sedar diri yang dia hanya mak tiri.
Saya kalau boleh nak selesaikan hal ni dengan
cepat tapi dia sendiri yang panjangkan
masalah.”
“Dah awak tu yang cari masalah dengan
dia, memanglah dia senang-senang takkan
lepaskan anak awak tu. Cuba kalau kita cari
anak angkat. Kan senang. Selesai masalah,”
ucap Kamil yang sudah tayang muka berlagak.
“Tak nak! Saya tak akan ambil anak
angkat yang terang-terang bukan darah daging
saya. Saya tak nak harta saya ni, jadi milik
orang luar. Awak faham tak?” Izara
meninggikan suara.
Kamil urut pelipis kepalanya. Pening
kalau nak dilayan isterinya yang satu ini.

323
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Dah tu, awak nak berlawan dengan mak


tiri tu sampai bila? Dulu masa suami dia hidup
pun dia tak nak mengalah. Apatah lagi
sekarang dia yang hidup sendirian tu. Lagilah
dia bebas sebab dia ada hak penuh,” terang
Kamil.
“Hak penuh awak cakap? Dia tu tak ada
hak langsung tau. Kalau diikutkan, arwah Malik
yang layak tapi sekarang, lepas Malik
meninggal, hak tu sah-sahlah sudah jatuh ke
tangan saya,” marah Izara yang masih tak
mahu kalah berdebat.
Malas layan, Kamil terus baringkan
tubuhnya di atas katil.
“Suka hati awaklah Izara. Kalau awak nak
sangat jaga anak awak tu, failkan saja benda ni
kat mahkamah. Saya pun dah tak pening-
pening fikirkan masalah tu.” Kamil terus
menarik selimut ke paras dada. Bersedia untuk
tidur.

324
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Izara menjongketkan kening. Seketika dia


terfikirkan idea suaminya itu.
‘Mahkamah? Peguam? Hmm…’

AMSYAR sedang menunggu ibunya setelah


selesai sesi persekolahan. Mujurlah Cikgu
Zainab dan dua orang rakan menemaninya
berbual. Jadi, taklah dia terasa sunyi sangat
sepanjang menunggu di sekolah pendidikan
khas itu.
Lalu kereta sedan berwarna hitam yang
tak asing itu datang memarkir betul-betul di
hadapan mereka. Tak lain dan tak bukan,
sudah pastinya Izara. Dia keluar dari perut
kereta dan berjalan ke arah Amsyar.
“Assalamualaikum,” ucap Izara kepada
mereka di hadapan.
“Waalaikumussalam.” Perlahan sahaja
Amsyar menjawab salam. Pandangannya

325
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sudah dibuang ke arah lain.


“Cik ni siapa ya?” tanya Cikgu Zainab
kehairanan.
Izara pandang sekilas wajah Amsyar itu.
“Saya mak kandung Amsyar.”
“Izara!”
Suara Najwa yang tiba-tiba memecah
perbualan itu mengejutkan mereka. Najwa yang
sedang memimpin tangan Ammar itu terus
berjalan laju mendapatkan Amsyar.
‘Waktu macam ni jugalah dia nak datang,’
getus hati Izara yang tak puas hati.
Tangan Amsyar segera Najwa genggam.
Tangan kiri mahupun kanan, tak lepas dari
memegang erat dua beradik itu.
“Awak datang sekolah Amsyar kenapa
eh? Awak nak buat apa dengan dia?” Najwa
terus hamburkan kata-katanya. Dirinya sudah
tidak peduli letusan amarahnya disaksikan oleh
Cikgu Zainab dan pelajar-pelajar lain.

326
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Aku hanya nak hantar dia balik rumah je.


Tak salah kan?”
“Tipu! Awak sebenarnya nak bawa lari
Amsyar kan? Cakap!”
Izara ketap giginya.
“Yang kau nak tuduh-tuduh aku ni dah
kenapa? Ya. Memang betul aku nak sangat
jaga Amsyar ni tapi aku tahu had aku. Aku
taklah sekejam yang kau fikirkan Najwa!” Izara
membentak keras.
“Kau diam! Selagi kau tak dapat keizinan
aku, selagi tu kau tak boleh dekat dan sentuh
anak-anak aku sesuka hati!” Letusan amarah
Najwa sudah tidak dapat tahan lagi. Hilang
sudah panggilan ‘awak’ kepada Izara.
Izara memandang tajam Najwa. Marah
benar Najwa sampaikan penjelasannya sendiri
dia tak mahu dengar.
“Aku hanya nak hantar dia balik ke rumah
kau. Lagipun Amsyar tu anak aku. Buat apa aku

327
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

nak dapatkan keizinan kau! Kau tu hanya mak


tiri je. Aku ni mak kandung dia. Kau tak boleh
nafikan yang Amsyar ni lahir dari rahim aku!
Darah daging aku!” Izara mengherdik.
Najwa terdiam seribu bahasa. Jika
berkenaan darah daging ini, dia tidak dapat
menyangkalnya.
Najwa beranikan diri menatap wajah
Izara. “Tapi aku yang jaga dia dari kecil. Aku
jaga dia dari dia bayi lagi. Aku ni mak tiri dia tapi
sekurang-kurangnya aku tak pernah tinggalkan
dia. Aku tak pernah hina, caci dan maki dia.
Walaupun lepas aku lahirkan Ammar, anak
kandung aku, tapi kasih sayang aku kat Amsyar
tak pernah surut. Aku sayang mereka berdua.”
Najwa lalu terus memeluk kedua-dua anaknya.
Izara terus mengalihkan pandangan ke
arah lain. Kata-kata tajam dari Najwa bagaikan
menusuk dirinya. Dirinya yang dahulu terlalu
zalim, terlalu kejam. Layakkan dirinya dipanggil

328
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ibu?
“Kau jaga dia sepuluh tahun, seratus
tahun, seribu tahun sekalipun, darah yang
mengalir dalam badan Amsyar tu tetap darah
aku. Bukan darah kau,” bidas Izara.
“Kau tak payahlah paksa diri kau. Suami
kau dah meninggal. Takkanlah kau nak
harapkan upah menjahit kau untuk sara budak-
budak ni? Kalau kau bagi aku jaga Amsyar, at
least kuranglah sikit bebanan kau tu,” tambah
Izara lagi.
Darah terasa mendidih pula mendengar
jawapan selamba Izara.
“Selagi aku ada kudrat, selagi aku ada
tulang empat kerat ni, aku tak akan rasa
terbeban demi sara dan besarkan anak-anak
aku. Dan kau, aku dah bagi peringatan jangan
ganggu keluarga aku lagi tapi kau degil. Aku
tak…” Belum sempat Najwa menghabiskan
ayatnya, Izara memotong.

329
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Kau nak ke aku bawa kes ni kat


mahkamah?” pangkas Izara yang terus
memberi ugutan keras.
Najwa menelan air liur. Jika kes ini
dibawa ke mahkamah, sudah terang lagi
bersuluh peratusan kemenangan bagi dirinya
hanyalah kurang daripada 10 peratus. Itu tak
boleh berlaku!
“Ka… kau nak bawa kat mahkamah?”
Izara mengangguk. “Aku akan bawa kat
mahkamah, tapi kalau kau tak nak, kau bagi je
Amsyar kat aku. Kita selesaikan dengan cara
elok.”
Najwa pejamkan matanya seketika. Cuba
bertenang.
“Sampai tahap macam tu kau nak rampas
Amsyar? Kau dah gila ke Izara,” gumam Najwa
yang mengetap giginya untuk merendahkan
suara.
“Aku dah bagitahu, aku nak tebus dosa

330
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

aku. Sebab tu aku betul-betul nakkan Amsyar.”


“Dosa kau cakap?” Najwa menyeringai.
“Dosa kau dengan arwah Abang Malik
pun kau tak pernah minta ampun, sekarang kau
risau pasal dosa kau?”
Izara terus menatap tajam wajah Najwa.
“Kau kenapa eh nak babitkan dosa aku
dengan arwah Malik? Kau tu suci sangat ke?
Kau tu tak ada dosa? Apa kau ingat perempuan
bertudung labuh macam kau ni kebal daripada
dosa semua tu? Hei, Najwa! Mulut kau tu
busuk. Sebenarnya kau yang hasut Amsyar
dan arwah Malik bencikan aku kan? Dari dulu
lagi aku benci kau sebab perangai kau yang
melampau macam ni!”
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi kiri Izara.
Segera Izara mengusap pipi mulusnya yang
memerah akibat daripada tamparan kuat
Najwa.

331
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Cikgu Zainab dan pelajar-pelajarnya yang


memerhati tercengang dengan drama yang
mereka saksikan di depan mata. Segera Cikgu
Zainab mendekati Najwa dan
menenangkannya. Pertama kali dia lihat Najwa
sebegitu.
“Kau kurang ajar! Kau tak cukup
menuduh aku bukan-bukan, sekarang kau nak
babitkan cara pemakaian dan agama pula. Aku
selama ni sabar je dengan kau sebab dulu
arwah Abang Malik nasihatkan aku. Tapi
sekarang aku tak boleh tahan lagi.” Menjegil
mata Najwa ucapkan kata.
“Aku nak kau balik sekarang. Balik!”
Najwa sambung dengan tempikan yang
membingit.
“Kau cabar aku eh Najwa. Okey. Kita
jumpa kat mahkamah!” Izara terus memberi
amaran sambil kakinya melangkah laju masuk
ke dalam kereta. Rasa geram masih membara.

332
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Amsyar dan Ammar laju memeluk Najwa.


Mereka berusaha menenangkan ibu mereka
itu. Najwa menitiskan air mata. Tercungap-
cungap dia setelah semburkan api amarahnya
tadi.

NAJWA berjalan untuk menuju ke dalam bilik


anak-anaknya. Sempat dia menghendap
Amsyar dan Ammar di sebalik ruangan pintu
yang terbuka. Sibuk mereka mewarna buku
yang baru mereka dapat tadi.
Najwa pancarkan segaris senyuman
sebelum perlahan-lahan ia memudar. Ketika itu
juga, dia teringat kembali akan pesanan arwah
suaminya beberapa bulan lepas.
“Awak janganlah berkasar sangat dengan
Izara tu.” Dialog yang pernah dituturkan arwah
Malik menjadi bualan di layar fikiran.
“Abang ni baik sangatlah. Izara tu nak

333
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

rampas Amsyar dari kita tau, bang.”


“Ya, abang tahu. Tapi tak salah kan kalau
kita nak bagi peluang untuk dia?”
“Kenapa abang ni eh? Senang-senang
nak bagi Amsyar kat orang yang dah sakitkan
hati abang. Kenapa?” tanya Najwa yang tak
puas hati.
“Sebab Izara tu syurga Amsyar. Seburuk-
buruk Izara, dia tetap ibu dan syurga kepada
Amsyar tu. Tak tergamak saya nak pisahkan
mereka hanya disebabkan dendam lama,”
pesan arwah Malik.
Hati menjadi sebak. Air mata mulai
bergenang.
“Ibu?”
Suara Ammar dari dalam bilik
menghentikan lamunan Najwa. Segera Najwa
gosok matanya yang sudah berkaca. Cuba
menahan air mata daripada keluar.
“Ya, sayang. Ada apa?” Seraya Najwa

334
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

masuk ke dalam bilik dan menempatkan


duduknya di sebelah anak-anaknya di atas
sebuah katil bersaiz besar itu.
“Ibu nangis ke?” tanya Ammar yang naif.
Segera Najwa menggeleng. “Tak adalah.
Mana ada.”
Najwa nafikan itu tetapi yang sebenarnya,
sebak di dada masih terasa. Rasanya semakin
memedihkan jiwa.
“Ibu, betulkah lepas ni Along kena ikut
Mak Cik Izara?” Soalan lain keluar dari mulut
Amsyar pula.
Najwa membungkam. Lantas dia
membetulkan posisi duduknya menghadap
tepat wajah Amsyar.
“Along, Along tahu kan kita dah dapat
surat dari mahkamah tadi?” Najwa mengusap
kedua-dua belah pipi Amsyar.
Amsyar hanya mengangguk laju.
“Ibu nak bagitahu Along, segala

335
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kemungkinan boleh berlaku kat mahkamah


nanti. Tapi ibu tak janji, ibu boleh pertahankan
Along. Maafkan ibu.” Air mata jatuh bercucuran
di pipi.
“Tapi, adik tak nak berpisah dengan
Along… adik nak main sama-sama dengan
Along.” Si kecil, Ammar pula menyampuk.
Biarpun usianya baru lima tahun, pasti bakal
terasa juga perpisahan itu.
“Along pun, Along tak nak berpisah
dengan ibu dan adik. Along dah tak nak berpi…
pisah dah dengan sesiapa lepas ni.” Sedu-
sedan Amsyar menyatakan hasratnya.
Berat sebenarnya Najwa mahu menerima
ini tapi dirinya harus reda.
“Along, adik. Tengok ibu.” Najwa usap
lembut dagu anak-anaknya dengan kedua-dua
belah tangannya.
“Memang betul, ibu tiada pertalian darah
dengan Along. Ibu dan adik hanya pengganti

336
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kekosongan dalam keluarga ni. Keluarga arwah


abah. Tapi ni ibu nak pesan...” Najwa tersekat-
sekat suaranya kerana diiringi tangisan.
“Walaupun ibu hanya ibu tiri Along,
walaupun adik hanya adik tiri Along, tiada istilah
ibu atau adik tiri bagi keluarga kita. Istilah tiri tu,
tak pernah wujud dalam kamus hidup ibu. Ingat
tu. Along dan adik, sama-sama anak kandung
ibu. Sama-sama ibu dah besarkan dari kecil
lagi. Ibu tak akan membeza-bezakan anak-
anak ibu ni, Jadi ibu harap, walaupun Mak Cik
Izara tu menang kes ke atas Along, tetapi ibu
dan adik tetap keluarga Along. Kita satu
keluarga sampai bila-bila,” ucap Najwa.
Najwa terus memeluk kedua-dua
anaknya yang air matanya sudah membasahi
pipi. Tangisan tiga beranak yang menyelubungi
malam yang sendu itu. Tangisan kasih sayang
yang tak berpenghujung.

337
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“ATAS persetujuan bersama daripada pihak


mahkamah, dengan ini, mahkamah perintahkan
hak jagaan seorang anak yang bernama
Muhammad Amsyar bin Abdul Malik, diberi hak
dan diletakkan hak penjagaan kepada plaintif,
Nur Izara Sofea binti Yahaya.”
Keputusan yang diumumkan hakim tadi
masih membekukan Najwa. Dia sedar dan
tahu, keputusan itu adalah dalam jangkaannya
tetapi tetap sahaja itu mengejutkan dirinya.
Pengadilan yang memaksakan seorang
anak berpisah dengan insan kesayangannya.
Biarpun insan itu tiada pertalian darah,
‘Ya Allah! Tabahkanlah hatiku ini Ya
Allah. Kau kuatkan hati anak-anakku untuk
menerima semua ini.’ Hanya doa yang mampu
Najwa pinta saat ini. Saat yang amat
memilukan hati.

338
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“SELAMAT datang Amsyar. Inilah rumah


mama. Suka tak?” Izara mempelawa Amsyar
masuk ke dalam rumah.
Amsyar hanya tayang segaris senyuman.
Senyuman yang jelas hilang serinya. Biarpun
rumah yang dilihat di depan matanya itu
kelihatan gah dan cantik, tetap Amsyar rasakan
satu kekosongan.
“Amsyar… lepas ni jangan panggil Mak
Cik Izara dah. Panggil mama je tau.” Sambung
Izara memperkenalkan diri.
“Dan saya papa.” Kamil pula mencelah
perbualan.
Amsyar hanya angguk. Masih terasa
kekok dengan suasana baru. Mana taknya,
sebelum ni sudah terbiasa tinggal di suasana
kampung. Tiba-tiba, hari ini terpaksa tinggal
sekali di bandar pula.
“Muka dia sama macam muka awaklah.
Mata, hidung. Macam fotostat,” seloroh Kamil

339
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tatkala meneliti wajah Amsyar.


“Dah saya yang lahirkan dia. Memang
samalah,” bidas Izara.
“Amsyar, lepas mandi nanti, kita makan
sama-sama tau. Mama ada masak makanan
special untuk Amsyar.” Sempat Izara memberi
pesanan mesra.
Lantas, dia terus menapak ke tingkat atas
untuk menunjukkan arah bilik baharu Amsyar.
Amsyar pula hanya membuntuti sahaja ibunya
itu tanpa suara.

IZARA menempatkan duduknya berhadapan


meja solek. Rambut disisirnya rapi. Bedak
dipakai sebati di muka. Lalu, matanya
memandang suaminya yang sedang melipat
kain sejadah. Baru habis solat, mungkin.
“Awak,” panggil Izara.
“Hmm…”

340
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Awak dah daftarkan ke nama Amsyar


untuk sekolah baru dia tu?”
“Iya, dah. Petang tadi lagi saya dah
daftarkan,” jawab Kamil lalu dia melabuhkan
punggungnya di atas katil.
“Sekolah pendidikan khas ke sekolah
harian biasa ni?”
“Sekolah pendidikan khaslah. Kan awak
yang minta tu. Lagipun saya tahulah keadaan
fizikal Amsyar tu macam mana.”
Izara angguk kepalanya kerana lega.
Nasib baiklah suaminya ini dengar juga
katanya. Tak adalah tersalah itu dan tersalah
ini.
“Awak, awak ada perasan tak yang
Amsyar tu suka menyendiri. Dia makan pun
sikit je. Lepas tu, bila saya ajak berbual dia
macam nak mengelak. Awak ada rasa macam
tu?” luah Izara.
“Biasalah tu budak-budak. Nak makan

341
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

banyak macam mana lagi. Yang awak kata dia


mengelak daripada awak tu, sebab dia masih
tak biasa lagi dengan kita. Sabarlah sikit,
jangan tergopoh-gapah sangat.” Kamil
memberi sepatah dua nasihat kepada isterinya.
“Tapi awak, dah dua minggu dia duk sini,
tak ada perubahan langsung.”
“Awak jangan risaulah. Nanti bila dia dah
start bersekolah, bila dia dah mula bergaul
dengan orang, mungkin waktu tu dia boleh
berubah untuk terima kita.”
Izara hela nafas. Amsyar sudah menjadi
haknya, tetapi kenapa terasa seperti Amsyar
masih jauh daripadanya.
“Tak apalah. Saya nak pergi tengok
Amsyar kat bilik dia jap,” Izara lalu bangun
daripada duduknya. Kamil hanya mengangguk.
Izara berjalan menuju ke bilik tidur
Amsyar. Berniat hanya mahu berbual dengan
anaknya itu tetapi apabila dia pulas sahaja

342
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tombol pintu bilik, pergerakannya secara


automatik terhenti.
Izara buka perlahan-lahan pintu untuk
mengintai di celahan bukaan pintu. Kelihatan
Amsyar sedang duduk membelakanginya di
atas sejadah. Daripada tingkahnya, sudah pasti
anak itu selesai mengerjakan solat dan sedang
melafazkan doa.
“Ya Allah… Kau ampunilah dosaku, dosa
ibuku dan dosa arwah abahku.”
“Ha! Buat apa tu?” Tiba-tiba Kamil separa
berbisik menyampuk tatkala Izara sedang
mengintai. Izara yang terkejut terus menampar
bahu Kamil. Merengek sakit dia.
“Shh… janganlah bising. Amsyar tengah
baca doa tu.” Izara merapatkan jari telunjuk di
bibir. Terus dia pasangkan pandangannya
kepada Amsyar semula. Masih berdoa.
Mujurlah dia tak dengar dan tak perasan.
Kamil pun hanya ikut sahaja mengintai

343
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Amsyar.
“Amsyar yang tujuh tahun tu pun rajin
solat. Awak bila lagi?” Sempat lagi Kamil
menyindir.
“Awak diamlah.” Izara malas berbahas
tentang itu. Mata mereka berdua masih
tertancap pada Amsyar.
“Aku rindu keluarga aku Ya Allah. Aku
rindu arwah abah. Aku rindu ibu. Aku rindu adik.
Aku nak mereka semula.” Tangisan menjurai-
jurai mengalir di pipi Amsyar.
“Aku tak nak tinggal kat sini. Aku nak
tinggal dengan ibu, dengan adik,” sambung
Amsyar yang belum habis berdoa.
Izara dan Kamil saling berpandangan.
Dalam hati Izara, terasa hiba pula dirinya
mendengar rintihan daripada anaknya. Rintihan
daripada seorang kanak-kanak yang masih
bersih dan suci seperti kain putih. Rintihan yang
benar-benar ikhlas dari hati.

344
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Izara putuskan tekad. Dia terus


melangkah masuk ke dalam bilik setelah
Amsyar mengaminkan doa.
“Amsyar sayang… kenapa menangis ni?”
tanya Izara biarpun dia sudah tahu
jawapannya.
“Amsyar rindu ibu dan adik. Amsyar nak
balik rumah…” pinta Amsyar yang masih tak
henti menangis.
Izara terus memeluk erat anaknya. Jauh
di lubuk hatinya, sepertinya ada sesuatu yang
menggerakkan hatinya itu. Sesuatu yang
memberi kesedaran kepada diri seorang Izara
Sofea.

“AWAK pasti dengan keputusan awak ni?”


Kamil bertanya.
Izara hela nafas, ambil masa untuk
menjawab soalan yang agak ‘sukar’ dari mulut

345
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kamil itu.
“Ya.” Izara mengangguk dan cuba
senyum.
“Kalau itu pilihan awak, saya tak akan
bantah.”
Izara diam seketika. Bila teringat akan
rintihan Amsyar semalam membuatkan hatinya
tersedar. Kasih ibu kandung memang tak ada
galang gantinya tetapi kasih seorang ibu tiri
pula? Semuanya terbukti dengan doa dan
permintaan Amsyar tadi.
“Awak, saya rasa saya dah rasakan
balasan dan kifarah Allah,” ucap Izara.
Kamil terus mengerutkan dahi. Tiba-tiba
sahaja isterinya itu berperangai lain daripada
biasa.
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Dulu disebabkan saya malu dapat
Amsyar, saya buang dia, saya hina dia. Hanya
disebabkan sikap saya yang pentingkan

346
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kesempurnaan ni. Padahal, dia anak saya,”


luah Izara yang mulai berkaca-kaca matanya.
“Dan sekarang, Allah tarik keupayaan
saya untuk dapatkan anak. Saya dah mandul.
Lepas tu Amsyar dah tak boleh terima saya.
Saya memang manusia kejam. Saya memang
manusia jahat. Saya…” Belum sempat Izara
habiskan katanya, Kamil segera menghalang.
Kamil segera menempatkan duduknya
bersebelahan Izara. Dia cuba untuk
menenangkan isterinya yang sudah ditakluki
rintihan.
“Haih awak… tak baik cakap macam tu.
Allah takkan sesekali uji seseorang hamba-Nya
di luar kemampuan mereka. Percayalah.” Kamil
lalu menarik lembut kepala Izara untuk
disandarkan pada bahunya.
“Awak patut bersyukur sebab awak diberi
kesedaran. Awak diberi petunjuk untuk insaf
dan berubah. Itu satu rezeki dan nikmat tau.

347
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Jadi, janganlah sedih-sedih macam ni. Allah tu


Maha Pengampun. Yang dah lepas tu, biarlah
berlalu. Janji awak ada effort untuk bertaubat,”
sambung Kamil lalu dia mengusap perlahan
bahu isterinya.
Izara terus melepaskan tangisan yang
semakin teresak-esak. Mujurlah suaminya
sentiasa ada di sisi. Biarpun Kamil selalu
menampakkan sisi yang kuat bergurau itu,
tetapi sebenarnya dia seorang yang serius
demi membimbing isterinya.
‘Ampunilah dosaku Ya Allah…’

NAJWA termangu sendiri. Dia tatap satu keping


foto keluarganya di pantai. Arwah Malik, dirinya,
Amsyar dan Ammar. Semuanya lengkap. Tapi
sekarang, semua itu takkan pernah kembali
seperti dahulu.
“Ibu, bila Along nak balik?” Ammar terus

348
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

merengek.
Najwa segera menyimpan foto itu. Air
mata dia tahan dari keluar.
“Sayang… nanti Along baliklah tu,” dalih
Najwa padahal dirinya tak mahu Ammar terlalu
risau.
Ammar mencebik. Merajuk kerana ibunya
sering menyatakan itu. Sering berikan harapan
palsu kepada dirinya.
“Ala, ibu. Minggu lepas ibu kata Along nak
balik rumah. Tapi Along tak balik pun. Takkan
hari ni pun Along tak balik?” kata Ammar. “Adik
rindu Along. Adik nak main dengan Along.”
Najwa termati kata. Tak tahu mahu
berdalih apa lagi. Tak sanggup lagi dirinya
menipu Ammar.
“Assalamualaikum!”
Kedengaran suara beberapa orang
sedang memberi salam dari luar. Suara yang
memang tak asing lagi bagi Najwa. Segera dia

349
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

pimpin Ammar untuk sama-sama menjenguk ke


luar.
“Waalaikumussalam.” Mata Najwa
membuntang luas. Memang benar tekaan
hatinya tadi. Amsyar bersama Izara dan
suaminya sedang tercegat berdiri di luar rumah.
“Along?”
“Ibu! Adik!”
Najwa dan Ammar terus berlari
mendapatkan Amsyar. Begitu juga Amsyar.
Mereka bertiga saling memeluk. Pelukan
melepaskan rindu yang tak berpenghujung itu.
“Along kenapa baru nak balik? Ibu dan
adik tunggu Along lama tau.” Najwa cium pipi
Amsyar.
“Along rindu ibu…”
Dakapan masih tak lepas antara mereka
bertiga. Dakapan yang hangat.
“Kami datang nak bagi balik Amsyar kat
kau, Najwa,” ucap Izara sambil melihat tiga

350
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

beranak itu.
“Terima kasih Izara. Tapi kenapa tiba-tiba
je macam ni?”
“Walaupun kau mak tiri Amsyar, aku tak
boleh nafikan yang kasih sayang kau terhadap
dia terlalu besar. Kasih sayang yang ingin
seorang anak impikan. Saya sebagai mak
kandung pun, tak mampu beri kasih sayang
sebegitu. Sebab tu kau lebih berhak.” Berat
sebenarnya Izara mahu katakan itu, tetapi dia
harus luahkan kerana ini adalah keputusannya
sendiri.
“Aku nak minta maaf. Aku banyak buat
salah kat kau, kat keluarga kau. Aku tak nak kita
bermasam muka lagi.” Tambah Izara.
“Saya pun Izara. Saya pun nak minta
maaf. Terima kasih sebab percayakan saya
untuk jagakan Amsyar.” Lalu Najwa terus
memeluk Izara.
“Jaga Amsyar baik-baik. Aku harap aku

351
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dan suami aku ni dapat bantu kau dan anak-


anak… dan berikan kami keizinan untuk jenguk
dia orang bila-bila masa.” Izara menyatakan
hasrat dan permintaannya.
Najwa mengangguk bersetuju. “Baiklah.
Terima kasih sebab bagi hak penjagaan ni kat
saya.”
Dia terus memeluk Izara semula. Dua
beradik itu turut berada dalam dakapan dua
orang ibu. Keluarga baru kini bersatu.
Akhirnya pergaduhan mereka menjumpai
jalan penghujung jua. Biarpun pada awalnya,
konflik yang menimpa agak menyukarkan
mereka untuk berbaik.
Kerana itu, semua orang ada hak untuk
memberikan dan mencurahkan kasih sayang.
Hak untuk mencintai dan dicintai. Itulah
perkataan yang dinamakan hak.

-TAMAT-

352
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

SYURGA YANG BERDOSA


SITI NUR NAJWA BAHARUDIN
(KEHIDUPAN)

ANGIN bertiup lembut pada petang yang


damai. Seorang wanita berjalan perlahan
menghampiri sebuah kerusi kayu sebelum
melabuhkan duduknya. Dia mengalami
kesukaran ketika ingin duduk berikutan faktor
usia yang sudah mencecah 60 tahun. Wanita
itu sedikit tercungap-cungap lalu pantas dia atur
nafas sempurna.
Pandangan mata tuanya dicampak jauh
ke arah pokok bunga yang dia tanam sendiri.
Tanpa sedar, bibirnya melepaskan sebuah
keluhan berat. Ralit sungguh dia memerhati
bunga-bunga pelbagai warna dan spesies itu
sehingga dia langsung tidak menyedari bahawa
dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang
mata yang merenung redup. Encik Zamri

353
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

segera mendapatkan isterinya, Puan Azimah.


“Apa yang difikirkan itu, Mah? Jauh benar
abang nampak Mah termenung. Mulut pula tak
berhenti-henti mengeluh. Kenapa?” soal Encik
Zamri prihatin. Puan Azimah sekadar
memandang wajah suaminya dengan segaris
senyum tawar.
“Tak ada apalah, abang. Mah tengok
pokok bunga yang Mah tanam bulan lepas.
Sudah keluar bunganya. Cantik!” ujar Puan
Azimah beralasan. Encik Zamri tersenyum
sambil menggelengkan kepalanya perlahan.
Dia kenal benar dengan isterinya. Pasti ada
sesuatu yang bermain ligat di fikiran wanita itu
namun sengaja didiamkan.
“Abang kenal Mah sudah lama. Tidak
perlulah Mah nak bohong abang. Abang ini
suami Mah. Kalau ada apa-apa yang Mah nak
kongsikan, abang sudi jadi pendengarnya,”
pujuk Encik Zamri lembut.

354
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba sahaja


empangan mata Puan Azimah pecah berderai.
Cepat-cepat Encik Zamri menyekanya lalu
merangkul erat isterinya.
“Kenapa, Mah? Cerita pada abang.
Jangan buat abang risau,” ujar Encik Zamri.
“Abang. Mah rindu Alif dan Alia, abang.
Mah teringin nak jumpa mereka. Mah nak peluk
mereka, abang. Mah nak masak makanan
kegemaran mereka. Mah nak minta ampun
dengan mereka atas apa yang Mah sudah
lakukan kepada mereka. Mah ibu yang jahat,
abang,” luah Puan Azimah.
“Astaghfirullahalazim! Apa yang Mah
cakap ni? Kan abang dah bagitahu Mah, Alif
dan Alia akan balik. Jangan risau!” Encik Zamri
cuba memujuk.
“Sudah 15 tahun mereka tinggalkan kita,
abang. Berapa tahun lagi kita perlu tunggu
untuk mereka pulang jumpa kita? Sudah tak

355
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tertanggung dosa yang Mah pikul ini, abang.


Cepatlah bawa Mah jumpa mereka,” rayu Puan
Azimah.
Encik Zamri mengurut lembut pelipisnya.
Di mana harus dia cari kedua insan itu? Sudah
15 tahun berlalu namun tidak pernah ada
khabar berita. Entah masih hidup atau sudah
meninggal dunia. Sudah berkahwinkah atau
masih sendiri? Encik Zamri sendiri tidak punya
jawapan yang khusus.
“Kita kena sabar dan doa banyak-banyak,
Mah. Abang pun sudah tak tahu mahu cari
mereka di mana lagi. Semua tempat abang
sudah pergi, batang hidung mereka pun abang
tidak nampak, Mah. Bukan abang tak cuba cari,
tetapi belum ada rezeki kita nak berjumpa
dengan mereka.” Encik Zamri tersenyum kelat.
Air mata yang masih setia meluncuri pipi Puan
Azimah pantas diseka.
“Hari sudah senja. Marilah masuk ke

356
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

dalam rumah. Banyak nyamuk dan agas di luar


pada waktu-waktu begini,” arah Encik Zamri.
Puan Azimah mengangguk sebelum
perlahan dia berdiri sambil dibantu oleh Encik
Zamri.
“Mah masuklah dulu. Abang nak bakar
sabut dan kotak telur dulu untuk halau nyamuk.
Kalau tak malam nanti, alamat berbintat-
bintatlah badan kita berdua,” gurau Encik
Zamri. Puan Azimah tergelak spontan.
“Iyalah. Mah masuk tutup tingkap dan
pintu dapur dulu, ya?”
Encik Zamri pantas mengangguk dan
menuruni anak tangga untuk membakar sabut
kelapa dan kotak telur. Puan Azimah yang
sudah siap menutup semua tingkap dan pintu
dapur terus bergerak masuk ke dalam
kamarnya. Punggungnya dilabuhkan di atas
tilam beralaskan cadar berona hijau.
Bingkai gambar yang tersusun elok di

357
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

atas meja kecil di sebelah katilnya diperhatikan.


Tidak sampai beberapa saat, bingkai itu sudah
berada di dalam pelukan Puan Azimah.
Gambar Alia dan Alif ditatap kasih dengan
linangan air mata. Dia tahu dia yang bersalah
sehingga anak-anaknya meninggalkannya. Dia
tahu hakikat itu. Dia telah berlaku kejam
terhadap anak-anaknya. Memang wajar
tindakan anak-anaknya.
Dia seorang ibu yang gagal. Dia telah
gagal untuk mempamerkan kasih sayangnya
kepada anaknya sehingga mereka
beranggapan dia tidak langsung menyayangi
mereka. Dia lebih suka bercakap dengan
anggota badannya ketika mengarah atau
menasihati anak-anaknya berbanding menegur
dengan lembut. Dia lebih senang
menggunakan rotan setebal setengah inci
untuk mendidik anak-anaknya berbanding
membelai mereka dengan manja.

358
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Sekiranya anak-anaknya menghadapi


masalah di sekolah, dia lebih memilih untuk
membiarkan anak-anaknya terkapai-kapai
menyelesaikannya sendiri dengan alasan agar
mereka lebih berdikari. Ketika ada air mata
yang berladung di tubir mata anak-anaknya, dia
lebih gembira untuk mengabaikan tangisan itu
daripada memujuk kerana yakin anaknya
sudah cukup dewasa untuk mengubat sendiri
nestapa yang merabak hati.
Dia ibu yang teruk! Dia lebih selesa
menjunjung tinggi orang luar daripada memuji
bangga anak sendiri. Dia lebih rela
memanjakan anak orang lain malah sanggup
melayan setiap kerenah mereka tetapi darah
daging sendiri sentiasa dimaki dan diherdik. Dia
masih ingat betapa kerasnya hatinya sehingga
sanggup mengheret Alif di atas jalan tar
sehingga sampai di hadapan rumah. Kesalahan
Alif ketika itu cuma satu. Alif mengadu kepada

359
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sahabatnya, Adam, tentang sikap dan layanan


Puan Azimah yang terlalu berbeza dengan ibu
lain.
“Aku bukan nak aibkan mak sendiri tapi
aku sudah tidak tahan lagi, Adam. Aku teringin
nak merasa pelukan daripada seorang mak
macam yang kau selalu dapat. Aku tak minta
nak hidup mewah atau nak barangan yang
mahal pun. Aku cuma minta mak aku sayang
aku dan kakak aku macam mak kau sayang
kau. Kau ada tujuh orang adik-beradik tetapi
mak kau tak pernah gagal sayang kau dan adik-
adik kau sama rata. Aku pula cuma dua beradik
saja. Jangankan peluk, senyum pun aku dan
kakak aku tak pernah dapat,” luah Alif kepada
Adam.
“Aku faham kau marah dan aku cuma
boleh jadi pendengar saja, Alif. Aku tak ada di
tempat kau, jadi aku tak boleh nak bagi
pendapat atau solusi apa-apa. Aku sendiri

360
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kesian dengan kau. Kau boleh sorok kesan


lebam yang mak kau pukul daripada
pandangan orang lain, tetapi mata aku tajam
macam helang. Aku nampak, Alif. Cuma aku
diamkan,” balas Adam.
Puan Azimah yang sudah lama menjadi
pendengar mula merasakan darahnya
mendidih hebat. Panas telinganya mendengar
tidak sepanas hatinya yang sedari tadi
membahang.
“Alif!” tempik Puan Azimah. Mata Alif
terbuntang. Mukanya pucat lesi, ditoreh tidak
berdarah.
“Ini kerja kau ya, Alif? Mengutuk aku. Apa
lagi? Kau jaja keburukan aku kepada orang
luar. Kau ingat aku ni pangkat kawan-kawan
kau yang kau boleh umpat keji di belakang
aku?” Suara Puan Azimah memetir.
Alif ditolak sehingga tersungkur. Di
hadapan Adam, dia menarik rambut Alif lantas

361
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menyeretnya di atas jalan tar sepanjang


perjalanan untuk tiba di rumah. Rayuan dan
rintihan Alif langsung dia tidak hiraukan.
Setibanya di rumah, Alif dicampak di halaman
rumahnya bagaikan guni beras. Alia yang
melihatnya segera berlari mendapatkan
adiknya.
“Alif! Apa mak buat pada Alif ni?” soal Alia
dengan nada sayu.
“Kau tanya dulu adik kau ni apa yang dia
canang pada orang luar. Kau tak perlu nak
sibuk-sibuk marah aku macam aku ni dah tak
betul nak bantai orang tak bersebab,” ujar Puan
Azimah angkuh sebelum dia meninggalkan Alif
dan Alia tanpa rasa bersalah.
Alia segera membawa adiknya duduk di
pondok sebelum luka-lukanya dibersih dan
dibalut dengan teliti. Puan Azimah sekadar
memerhati dari sebalik tingkap dengan
pandangan sinis.

362
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Malam itu, giliran Alia menjadi mangsa


Puan Azimah. Pinggan yang dibawa oleh Alia
jatuh berkecai mencium lantai kayu. Puan
Azimah yang memang pantang melihat anak-
anaknya membuat kesilapan pantas
menghukum. Alia dimaki dan dicerca sesuka
hati seakan Alia itu patung cendana yang tiada
perasaan. Tidak cukup dengan itu, Alia malah
dipukul dengan ganas dan rakus. Alif yang cuba
melindungi kakaknya turut sama dikerjakan.
“Alia minta maaf, mak! Sakit, mak!” rayu
Alia. Rambutnya dicekak kuat sebelum
dicampak seperti mencampak kelapa busuk di
dinding.
Kepala Alia terhantuk pada bucu meja.
Darah membuak keluar dan Alif mula panik,
namun Puan Azimah masih tenang menayang
riak tidak bersalah. Kepulangan Encik Zamri
malam itu disambut dengan kejadian yang
mengejutkan. Encik Zamri pantas menegur

363
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

isterinya sebelum menghantar Alia ke klinik


berdekatan. Syukur lukanya tidak dalam, cuma
lebarnya tetap memerlukan empat jahitan untuk
menutupinya.
“Mah?” Panggilan Encik Zamri pantas
membawa Puan Azimah keluar dari dunia
silamnya dan mengembalikannya ke dunia
nyata. Puan Azimah mengeluh buat yang
kesekian kalinya.
“Mengeluh lagi?” soal Encik Zamri. Puan
Azimah sekadar tersenyum kelat.
“Tidurlah, Mah. Abang yakin mereka akan
balik semula untuk jaga kita,” pujuk Encik
Zamri.
Sikap lemah-lembut Encik Zamri itulah
yang menjadi asbab Puan Azimah rela
menerima lamaran lelaki itu. Puan Azimah
tersenyum lagi. Kali ini, senyum manis yang
ditayangnya.
“Hah, kan manis kalau senyum begitu,”

364
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

puji Encik Zamri sebelum pasangan suami isteri


itu mula mendayung sampan untuk berlabuh di
dunia mimpi.
Keesokan harinya, Puan Azimah mula
melaksanakan rutin hariannya. Dia akan
menyediakan sarapan untuk suaminya
sebelum suaminya ke ladang getah untuk
menoreh. Selepas itu, dia akan mula
melakukan kerja-kerja rumah seperti mencuci
pakaian, membersihkan halaman rumah dan
bercucuk tanam pada sebelah pagi dan petang.
Waktu bergerak sangat pantas. Puan
Azimah yang ralit melipat pakaian yang sudah
kering tiba-tiba tersedar dia belum memasak
untuk makan tengah hari. Pada kebiasaannya,
Encik Zamri akan pulang ke rumah untuk
makan tengah hari memandangkan jarak
rumah ke ladang getahnya tidak jauh. Hanya
beberapa meter dari pintu belakang rumahnya.
Puan Azimah segera ke dapur. Menu ringkas

365
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

namun menyelerakan dapat dihidangkan tepat


pada masanya.
“Assalamualaikum, Mah. Masak apa hari
ini?” soal Encik Zamri.
“Mah buat sambal ketuk dan goreng
ayam tiga ketul saja, abang. Mah lupa nak
suruh abang belikan cili kering. Kalau tak, Mah
sudah masak asam pedas ayam kegemaran
abang,” ujar Puan Azimah berbaur kesal.
“Tidak mengapalah, Mah. Ini pun sudah
memadai. Nanti petang baru abang belanja
barang dapur. Abang perasan yang banyak
juga barang yang sudah habis,” balas Encik
Zamri.
Puan Azimah mengganguk. Usai makan,
mereka duduk berehat seketika di ruang tamu.
“Abang. Abang ada cari Alia dan Alif tak
hari ini?” soal Puan Azimah.
“Belum berkesempatan. Kenapa?” soal
Encik Zamri semula.

366
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Mah mimpikan mereka semalam. Mah


rindu sangat pada mereka. Kalaulah Mah tak
halau mereka 15 tahun yang lepas,” kesal Puan
Azimah.
Encik Zamri sekadar membisu. Keduanya
ligat memutarkan kejadian 15 tahun lalu yang
menjadi punca Alia dan Alif tiada di rumah
usang itu untuk menemani mereka.

15 TAHUN lalu…
“Alia tak nak!” bantah Alia tegas. Itu kali
pertama Alia membangkang keputusan Puan
Azimah.
“Berani kau lawan cakap aku?” Mata
Puan Azimah menjengil garang.
Muka Alia juga berkerut garang. Walau
apapun yang terjadi, dia tidak mahu menurut
kemahuan ibunya kali ini yang mahukannya
bernikah dengan anak Pak Hasan yang sudah

367
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berumur 40 tahun. Walhal, dia baru berumur 19


tahun. Dia masih terlalu muda untuk terjun di
dalam dunia perkahwinan. Dia punya banyak
impian yang masih belum tercapai dan salah
satunya, mahu melanjutkan pelajaran di luar
negara. Masakan dia mahu berkahwin dengan
lelaki yang sudah berusia?
“Alia tetap tak mahu. Keputusan Alia
muktamad!” Alia betul-betul nekad kali ini. Dia
sudah penat untuk menjadi mangsa Puan
Azimah. Dia tak mahu masa depannya hancur
lebur di tangan Puan Azimah.
“Jangan biadap, Alia! Kau suka atau
tidak, aku akan terima pinangan dia,” putus
Puan Azimah yang turut sama nekad.
“Mak ni kenapa? Kakak tak nak, kan?
Mak tak boleh paksa kakak!” bantah Alif.
“Kau diam, Alif. Lunyai kau aku kerjakan
nanti,” ugut Puan Azimah.
“Alif dah letihlah, mak. Badan Alif ni dah

368
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lali kena pukul dengan mak. Cukup sampai sini


saja, mak. Kami dah tak sanggup nak
‘sedekahkan’ masa depan kami pula untuk mak
hancur lunyaikan. Cukuplah,” ujar Alif. Puan
Azimah mula berang.
“Kau tak payah nak ajar akulah!” tengking
Puan Azimah.
“Memang kena ajar sebab mak tak reti
jaga anak!” Pertama kali Alif mengherdik Puan
Azimah.
“Alif. Jangan biadap,” tegur Alia.
“Alif dah tak bolehlah nak hormat dia, kak.
Alif benci dia!” luah Alif.
Puan Azimah tergamam sendiri
mendengar pengakuan Alif. Darahnya
menggelegak dahsyat.
“Kau ulang apa kau kata,” cabar Puan
Azimah. Alia memaut lengan Alif bersama
gelengan kecil namun Alif sudah tidak dapat
dikawal lagi.

369
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Alif cakap, Alif benci mak! Mak tak


pernah layan Alif dan kakak macam yang
sepatutnya mak layan. Apa yang mak tahu
hanya nak pukul, pukul dan pukul! Mak ingat
kami ni anak patung ke?” herdik Alif lagi.
“Oh, kau tak suka cara aku besarkan
anak-anak akulah?” soal Puan Azimah.
Kali ini, amarahnya sudah sampai di
tahap tertinggi. Hasutan dan bisikan iblis yang
suka melihat perpecahan dan huru-hara
berlaku didengar dengan taksub.
“Ya! Cara mak salah!” bidas Alif.
“Kalau macam tu, kau keluar dari rumah
ni sekarang!” Berdentum guruh di hati Alif dan
Alia.
“Mak! Apa mak cakap ni?” soal Alia. Air
matanya mengalir deras.
“Aku ulang ya? Aku nak kau berdua kutip
baju kau dan keluar dari rumah aku sekarang!”
Suara Puan Azimah semakin meninggi. Alif

370
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

merenung tajam Puan Azimah sebelum


menghadiahkan wanita itu seulas senyum sinis.
“Jangan menyesal!” ujar Alif.
Beg galasnya diisi dengan pakaian dan
barangan peribadinya yang lain. Melihat Alia
yang masih merayu sambil bersujud di kaki
Puan Azimah membuat hati Alif membengkak.
Bagasi Alia pula dikeluarkan dari almari dan
semua pakaian serta keperluan kakaknya
dimasukkan laju. Alif keluar dengan sebiji beg
sandang yang sudah siap disandang dan
bagasi Alia di tangan kirinya. Alia menghampiri
Alif.
“Alif. Kita tak boleh keluar dari rumah ni.
Kita nak duduk mana nanti?” soal Alia.
“Alif ada duit sikit ni, kita tempah dulu
mana-mana hotel. Nanti kita fikir bila dah
sampai hotel tu,” ujar Alif.
“Bagus! Keluar sekarang!” jerkah Puan
Azimah.

371
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Mak. Alia minta ampun mak. Halalkan


makan dan minum Alia dan Alif, mak.” Alia
peluk kaki Puan Azimah. Puan Azimah
menendang Alia jauh.
“Keluar dari rumah ni sekarang! Aku
haramkan kau jejak kaki lagi rumah ni! Faham?”
soal Puan Azimah.
“Astaghfirullahalazim! Apa ni Mah?” Encik
Zamri mengucap panjang melihat keadaan
keluarganya yang berantakan. Dia baru pulang
dari kilang tempat dia bekerja.
“Anak abang dah melampau! Mah tak
mahu simpan anak-anak derhaka ni dalam
rumah kita. Kau tunggu apa lagi, Alif? Alia?
Berambus!” tengking Puan Azimah.
“Mengucap, Azimah! Sabar!” tegur Encik
Zamri.
Alif menggeleng. Dia memaut lengan Alia
yang teresak-esak. Tangan Encik Zamri
dikucup hormat oleh keduanya sebelum pergi.

372
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Awan hari itu menjadi saksi betapa


hancurnya hati Alif dan Alia. Ketika mereka
masih kecil dicaci dan dipukul. Kini, umur
mereka sudah mencecah 19 tahun, tidak Alif
duga akan dihalau oleh ibu kandung sendiri.
Dalam diam, Alif menangis.

“ABANG nak buat apa buluh dan daun ketupat


banyak-banyak itu?” soal Puan Azimah.
Cepat betul masa berlalu. Diam tak diam,
sudah berbulan berlalu sejak dia menjeruk rasa
memendam perasaan kesal serta teringatkan
perbuatan jahatnya yang tegar menghalau
anak-anaknya. Sampai hatinya ketika itu.
Ketika ini, hanya duka nestapa menghiasi
hatinya.
Namun, sedar tak sedar juga, bulan
Ramadan sudah masuk dan kini, tinggal lima
hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut

373
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Hari Raya Aidilfitri. Petang itu, Puan Azimah


membantu suaminya mengangkat daun
ketupat.
“Mah buat ketupat ya tahun ni?” pinta
Encik Zamri.
“Semua ni?” Puan Azimah menunding jari
pada daun ketupat yang siap diikat 100 helai.
Ada dua ikat daun bermakna ada 200 jumlah
keseluruhan daunnya.
“Ya. Abang buat lemang dan dodol. Mah
jangan lupa masak rendang ayam.” Suara
Encik Zamri kedengaran lebih ceria daripada
kebiasaan.
“Ada apa-apa yang abang terlupa nak
kongsi dengan Mah? Abang nampak ceria
benar hari ini,” soal Puan Azimah.
“Mestilah ceria. Orang jauh nak datang.
Meriahlah raya kita tahun ni,” ujar Encik Zamri.
Puan Azimah mengangguk faham. Adalah itu
saudara jauh atau sahabat baik Encik Zamri

374
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang tinggal jauh mahu bertandang, fikir Puan


Azimah.
“Iyalah. Kalau macam tu saya masuk
dululah. Nak anyam daun ketupat,” pamit Puan
Azimah.
Hari berganti hari, akhirnya Syawal
menjelma jua. Takbir raya bergema syahdu.
Puan Azimah sibuk menyusun juadah
sementara menunggu kepulangan Encik Zamri
dari masjid. Sedang dia mencuci cawan di
singki, telinganya dapat menangkap suara
suaminya di ruang tamu bersama suara-suara
mesra yang lain. Ruang tamunya menjadi riuh
dengan suara kanak-kanak dan suara
suaminya bercerita itu dan ini.
“Itulah rasanya orang jauhnya,” teka Puan
Azimah.
Hatinya tiba-tiba berdebar. Seakan ada
tarikan magnet yang menariknya untuk ke
ruang tamu. Tidak mahu lagi berteka-teki, Puan

375
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Azimah melangkah ke ruang tamu. Matanya


bertembung dengan sepasang mata bening
milik seorang gadis sebelum bertemu pula
dengan mata hitam seorang lelaki. Jantungnya
hilang rentak. Nafasnya mula tidak teratur.
“Mak!” Alia dan Alif merangkul tubuh
Puan Azimah. Puan Azimah terkedu.
“Mak. Alia balik ni. Mak marah ke?” soal
Alia.
“A… Alia. Alif...” Tersangkut-sangkut
bicara Puan Azimah.
“Maafkan mak. Mak gagal jadi mak yang
baik. Mak berdosa pada kau berdua,” pinta
Puan Azimah.
“Kami yang salah sebab selalu sakitkan
hati mak. Maafkan kami, mak. Alia dah banyak
buat salah dengan mak. Mak syurga Alia
sampai bila-bila,” luah Alia.
“Mak syurga Alif juga.” Alif menyeka air
matanya.

376
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Mak dah berdosa dengan kau berdua.


Masih layakkah dipanggil syurga? Mak, syurga
yang berdosa! Mak, syurga yang menjanjikan
derita untuk penghuninya. Maafkan mak,” pinta
Puan Azimah. Dia benar-benar menyesal
dengan segala kesilapan yang dilakukannya.
“Mak, jangan cakap begitu,” marah Alia
sebak.
“Maafkan mak!”
Air mata meluncur laju di pipi semua
orang yang berada di situ. Sesi meminta ampun
bermula. Setelah hampir 40 minit memohon
keampunan, Alia dan Alif masing-masing
memperkenalkan pasangan hidup dan cahaya
mata mereka. Makin meriah rumah mereka.
Puan Azimah tersenyum melawan renungan
redup Encik Zamri.
‘Terima kasih, Ya Allah. Kau pinjamkan
aku peluang kedua untuk bersama anak-
anakku. Terima kasih kerana Kau sudi

377
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

lembutkan hati mereka untuk kembali ke


pangkuanku. Aku masih syurga mereka yang
berdosa tetapi aku tidak akan pernah lagi
melakukan dosa yang sama lagi,’ bisik Puan
Azimah.
Kini, dia bahagia di samping suami, anak-
anak, menantu dan cucunya yang tersayang.

- TAMAT -

378
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ASTEROPE: PEWARIS
TERAKHIR POISON
DRAGON
NUR ALIAA NADHIRAH ADNAN
(FANTASI)

AWAN hitam yang berarak di istana Zidian


membuang isi di dalamnya. Hujan turun dengan
lebat sekali disertakan dengan bunyi kilat yang
sabung-menyabung. Seorang lelaki bermata
heterokromia, elok merenung langit yang kelam
itu dengan pandangan kosong tanpa
memikirkan keadaannya yang sudah basah
kuyup.
Satu keluhan berat dilepaskan sebelum
memalingkan badan ke belakang. Di saat
matanya bertembung dengan sepasang mata
berwarna biru gelap, rasa terkejut mula
menyapa.
“Kau ni… nasiblah aku tak melatah. Dah

379
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berapa lama kau usyar aku?” soal lelaki itu


dengan datar. Gadis bertudung merah itu
mencebik.
“Abang tu… kalau tak serius sangat tak
boleh ke? Adik tengok abang dari tadi duduk
termenung je dalam hujan sampai baju pun
basah. Demam nanti siapa yang susah? Adik
juga yang susah. Abang tu tengku makhkota
kerajaan ni. Tak lama lagi, hari pertabalan
abang akan tiba jua…” Mendengar leteran
adiknya, lelaki itu hanya mampu menutup
telinga dan bangun dari situ.
“Ni adik nak beritahu ni, bonda minta adik
panggil abang,” katanya membuatkan langkah
lelaki itu berpatah balik. Kedua bahu adiknya
dipegang erat seperti inginkan kata seterusnya.
“Kenapa dengan bonda? Bonda sakit ke?
Beritahu aku, Astria!” Nada suara lelaki itu
mulai risau. Tindakan lelaki itu membuatkan
gadis bernama Astria itu menghela nafas

380
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sebelum tangannya itu ditolak lembut. Dia tahu


keadaan akan jadi begini apabila dia
memberitahu perkara mengenai bonda mereka.
Kedua tangan abangnya digenggam erat bagi
menghilangkan rasa gemuruh.
“Tenang Asterope Irvine. Bonda baik-baik
saja. Tujuan bonda panggil abang kerana ingin
meminta abang pergi melihat ayahanda.
Jangan terlalu risau,” kata Astria sambil
memberikankan satu senyuman manis.
Mendengar kata-kata adiknya, lelaki bernama
Asterope itu menghela nafas lega.
“Jom, adik teman abang pergi berjumpa
dengan ayahanda di kamarnya.” Astria menarik
tangan Asterope turun dari bumbung.
Asterope merelakan tangannya ditarik.
Dalam diam, dia tersenyum melihat telatah
Astria. Secara tidak langsung, telinganya
tertangkap satu suara bisikan halus dan
membuatkan Asterope memandang sekilas ke

381
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

belakang. Angin di luar semakin kuat hingga dia


dapat merasakan lembaian sejuk mengusap di
pipinya.
“Asterope…”
“Dia akan kembali. Kamu perlu bersedia
untuk apa jua yang akan berlaku…” bisik suara
tersebut.
Ingin dia mencari pemilik bisikan suara
itu, namun niatnya itu tidak kesampaian tatkala
tangannya masih lagi ditarik oleh Astria.
Sudahnya, Asterope terpaksa mengabaikan
saja bisikan suara itu.

PADA masa yang sama di Kerajaan Radiant,


seorang gadis berambut biru laut menatap
guguran kepingan-kepingan air beku melalui
tingkap biliknya sepertimana yang selalu dia
lakukan sejak kecil lagi. Pintu biliknya diketuk
lalu menampakkan dua figura yang berbeza.

382
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Seorang gadis berambut perak dan


seorang lelaki emas laut melangkah masuk ke
dalam biliknya. Gadis berambut emas itu hanya
memandang kedua mereka dengan senyuman
kelat sekali. Kedua mereka memandang gadis
di hadapan mereka dengan penuh kerisauan.
Sehelai selimut mendarat di bahu gadis
itu yang mana membuatkan dia terkejut. Lebih
mengejutkan yang kedua mereka memeluk
gadis itu untuk beberapa minit lamanya.
“Xiao Wen, Xiao Sheng… mengapa?”
soal gadis itu apabila pelukan antara mereka
terlerai.
Xiao Wen tertawa kecil melihat reaksi
keliru adiknya lalu berkata, “Xiao Zhi, kamu
ingat kakak dengan abang kamu ini tak tahu ke
apa yang kamu fikirkan?” Mata Xiao Wen
menunjukkan isyarat yang bermaksud kini
giliran Xiao Sheng pula untuk bersuara.
Xiao Zhi bertambah keliru. Apa

383
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sebenarnya yang dimaksudkan oleh kakak dan


abangnya?
“Cuba tengok di luar sana. Kamu tahukan
itu simbol apa?” kata Xiao Sheng sambil
menunding jari ke luar tingkap. Ketiga-tiga
beradik itu melihat satu simbol aneh yang
terbentuk pada yang awan salji.
“Sudah 50 tahun berlalu sejak…” gumam
Xiao Zhi perlahan.
“Kebangkitan puak Shadow. Sudah 15
tahun juga sejak kematian ibu dan ayah kita.”
Xiao Wen mula rasakan sebak pada diri.
Sungguh perit rasanya… kehilangan orang
paling mereka sayangi. Kedua ibu bapa mereka
hanyalah manusia biasa, bukan seperti mereka
bertiga yang dilahirkan dengan darah immortal.
“At least, we’re still together. Both of our
mom and dad will always be a part of us
(Sekurang-kurangnya, kita masih bersama. Ibu
dan ayah kita akan sentiasa menjadi

384
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

sebahagian daripada kita),” tutur Xiao Sheng


dan mendapat anggukan daripada kembarnya
dan juga adik perempuannya.
Namun, hatinya turut berkata, ‘Dia akan
kembali. Kau perlu bersedia, wahai pewaris
terakhir Poison Dragon.’

ASTEROPE dan Astria tiba di hadapan bilik


milik raja Kerajaan Zidian yakni ayahanda
mereka. Pintu bilik diketuk bagi meminta
keizinan penghuni di dalam. Namun, bunyi
seperti kaca pecah mengejutkan mereka yang
berada di luar. Tanpa memikirkan apa-apa,
pantas mereka berdua meluru masuk ke dalam
bilik itu. Pintu dibuka dengan kuat lalu
nampaklah bonda mereka sedang memarahi
seorang lelaki yang kelihatan sudah berumur.
“Bonda! Ayahanda! Apa yang terjadi?” soal
mereka risau.

385
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kedua bonda dan ayahanda mereka


memandang Asterope dan Astria dengan
hairan. Kemudian, mereka memandang satu
sama lain dan tergelak kecil. Asterope dan
Astria pelik melihat bonda dan ayahanda
mereka. Dapat mereka perhatikan keadaan di
dalam bilik itu seperti ada orang yang main
kejar-kejar. Naik merah pipi mereka berdua
melihat kamar orang tua mereka.
“M… maaf! Kami tak sengaja main terjah
masuk.” Asterope menundukkan kepala tanda
serba salah. Disangka mendapat simpati tetapi
lain pula yang jadinya tatkala satu pukulan
keras hinggap di kepalanya. Asterope
mengerang kesakitan lalu memandang Astria
tajam. Tak guna punya adik. Orang tak buat
apa-apa, boleh pula dia kena pukul. Gadis itu
menjelirkan lidah, bagaikan tiada sedikit pun
rasa bersalah. Kejam!
“Abang ni, otak tu boleh tak jangan

386
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

melayang ke mana-mana? Cuba tengok dekat


dalam bilik ni. Bukan kita berempat je yang ada
dalam kamar ini,” jelas Astria kepada abangnya
yang masih bingung.
Asterope memandang sekitar bilik itu
semula dan mendapati ada seekor burung
helang putih hinggap pada tingkap kamar itu.
“Oh, Ryuto… eh, Ryuto Asahi!”
Burung helang itu hanya tersenyum sinis
memandang Asterope. Sayap dikibaskan lalu
burung helang tersebut merubah dirinya
kepada rupa manusia lelaki berambut putih.
Burung helang yang digelar Ryuto itu
menunduk hormat kepada keluarga diraja di
hadapannya.
“Yo, Aster! Lama tak jumpa. Dah berapa
lama ya? Oh ya, dah lapan tahun tak jumpa!”
katanya teruja melihat rakan karibnya yang
sudah sekian lama tidak bertemu. Asterope
hanya membalas dengan pandangan beku bak

387
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ais. Bukan tidak gembira, tetapi setiap kali


kedua mereka ini bersama, ada saja masalah
yang akan dibuat oleh Ryuto.
“Kau salah landing ke apa sampai bilik
mak dengan ayah aku jadi macam ni?” soal
Asterope, hilang segala tutur budinya tatkala
mendapat sengihan daripada rakannya.
“Gomen, gomen (Maaf, maaf). Hujan
lebat tadi, mana aku nampak arah mana nak
landing. Ehehehe,” jawab Ryuto.
Asterope hanya membuat muka
menyampah. Malas mahu layan!
“Abang Ryuto ada apa datang ke Zidian?”
celah Astria.
Ryuto yang mendengar pertanyaan Astria
itu terus mengeluarkan sebuah tatal dan
diserahkan kepada raja dan permaisuri
kerajaan itu.
“Tuanku Raja Zaffer dan tuanku
Permaisuri Ameera, patik membawa pesanan

388
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

daripada bonda patik, Ratu Kiyoko dari puak


Feathers. Mengikut pemerhatian kami, terdapat
demon dan lesser demon di Nevermore
semakin aktif menyerang penduduk yang
berdekatan dengan wilayah itu,” ujar Ryuto.
Kata-kata itu membuatkan semua
penghuni di situ mengerutkan kening
memahami apa yang dimaksudkan Ryuto.
Perkara yang dibahaskan ini bukan perkara
yang mudah untuk diselesaikan. Itulah yang
difikirkan Asterope.
Namun, sekiranya perkara tersebut tidak
diambil tindakan, ini mungkin boleh
mengancam keamanan kerajaan-kerajaan
disekitarnya. Jika dia cuba ingat kembali,
kejadian seperti ini pernah terjadi beberapa
abad yang lalu. Segala memori lepas cuba
dicarinya.
Namun, malang menimpanya apabila
tiba-tiba kepalanya berasa sangat sakit dan

389
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

bagaikan ingin pecah. Dia mengerang


kesakitan. Apa yang terjadi? Mengapa
kepalanya terasa berat dan sakit sebegini?
Kakinya tidak mampu menyokong badannya
lalu terjatuh.
Astria dan yang lain yang berada di situ
serta-merta berasa terkejut apabila Asterope
yang berada berdekatan dengan mereka tiba-
tiba terjatuh. Astria cuba memanggil abangnya
berkali-kali, namun tiada sahutan.
“Abang! Abang! Bonda, ayahanda,
bagaimana ni? Abang tidak menjawab
panggilan adik!” Astria cemas.
Ameera cuba menenangkan diri anak
perempuannya itu. Satu jampi pula dilakukan
Ryuto. Dia dapat merasakan suatu aura yang
asing datang dari diri Asterope.
‘Ini… mana (kuasa) naga. Tak
mungkinlah… Aster…’
Ryuto memandang keluarga diraja di

390
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

hadapannya itu. Dia berasa dilema, tidak tahu


bagaimana ingin dia jelaskan kepada keluarga
rakan karibnya.
Astria yang memandang ekspresi Ryuto
yang kelihatan risau mengerutkan dahi. Pasti
ada sesuatu yang berlaku kepada abangnya.
Jika tidak, Ryuto tidak akan menunjukkan
ekspresi itu. Sudah lama mereka bertiga saling
berkenalan dan buat pertama kalinya, Astria
melihat sikap ceria yang selalu ditunjukkan
lelaki itu berubah secara drastik.
“Abang Ryuto, kenapa dengan abang?
Tak pernah Astria tengok dia jadi macam,” soal
Astria meminta jawapan daripada lelaki itu.
Ryuto hanya memandang Astria sambil
memberikan satu senyuman sayu. Seperti yang
dia jangkakan, ada sesuatu yang tidak kena
dengan Asterope. Akhirnya, Ryuto mengambil
keputusan untuk menunjukkan sahaja analisa
mana yang ada pada diri Asterope kepada

391
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Astria dan semua orang yang berada di situ.


Cuma, satu perkara saja yang dia boleh
katakan, “Tuanku Putera Asterope merupakan
orang yang dipilih untuk mewarisi darah terakhir
Poison Dragon.”

SATU cahaya terang menerangi kawasan di


situ. Asterope mendapati dirinya berada di
sebuah padang rumput yang dipenuhi dengan
bunga. Suasana yang cerah dan nyaman di
samping bunyi kicauan burung-burung di situ
membuatkan fikirannya berasa tenang. Dapat
dia perhatikan seorang kanak-kanak
perempuan bermain bersama seekor anak
naga berwarna hitam dengan gembiranya.
“Hehehe… Kuro, tunggulah Catharina!”
kata kanak-kanak itu sambil mengejar naga
hitam tersebut. Malang sekali kanak-kanak itu
terjatuh semasa berlari, tetapi itu tidak

392
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

membuatkan dia berasa kesal malah dia


tertawa dengan perkara itu lalu memeluk naga
hitam tersebut ke dalam dakapannya.
Asterope tersenyum senang melihat
gelagat mereka. Namun, suasana yang ceria itu
terus bertukar kepada keadaan yang lebih
suram. Kelihatan kanak-kanak perempuan itu
menangis tatkala naga hitamnya terbaring
lemah di hadapannya. Yang paling tidak
disangka Asterope adalah kedua kanak-kanak
perempuan itu dan naga tersebut dikelilingi
dengan mayat serta berlumuran dengan cecair
merah pekat yang berbau hanyir.
Kanak-kanak perempuan itu ngongoi
sambil meletakkan naga hitam yang dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan di pangkuannya.
Asterope mendekati mereka. Dapat dia rasakan
mana kanak-kanak itu semakin lama, semakin
kuat. Matanya dipenuhi kemarahan dan
kebencian.

393
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“Aku akan bunuh mereka yang cuba


menghalang aku.”
Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan
dan Asterope cuba untuk bangun daripada
baringnya. Namun, perbuatannya dihalang oleh
Astria yang sedar akan pergerakan abangnya.
“Jangan bangun. Abang masih lemah
lagi,” tegas Astria sambil memandang Asterope
dengan pandangan yang sukar diterjemahkan.
Melihatkan keberadaan Astria, Asterope
memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya,
dia kini berada di biliknya. Apa yang berlaku
kepadanya? Bagaimana dia boleh pengsan?
Semua itu menimbulkan tanda tanya pada
dirinya. Tapi kini, cuma dua benda sahaja yang
paling ingin dia ketahui. Siapa dan bagaimana
dengan kanak-kanak yang muncul dalam
mimpinya itu?
“Dah berapa lama aku pengsan?” soal
Asterope perlahan.

394
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Astria yang dari tadi sibuk membancuh air


teh yang ada di biliknya itu terhenti. “Abang
pengsan selama lima hari,” jawabnya.
Keadaan antara mereka menjadi janggal
tatkala tiada sesiapa yang meneruskan bicara
sehinggalah pintu bilik dibuka dan kedua bonda
dan ayahanda mereka melangkah masuk.
Melihat air muka mereka berdua, firasatnya
mengatakan bahawa apa yang berlaku
kepadanya buka sesuatu yang boleh dibuat
main.
“Bonda, ayahanda.” Astria menunduk
hormat begitu juga dengan Asterope yang ingin
berbuat demikian. Namun, disebabkan
badannya masih lemah, terpaksa dia duduk di
katilnya.
“Bonda, ayahanda… apa yang sedang
berlaku kepada anakanda sebenarnya?”
Asterope perlukan jawapan. Mungkin, mimpi
yang dialaminya itu berkait rapat dengan

395
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

kerjadian yang melanda negara mereka ketika


ini. Iris heterokromianya memandang tepat kea
rah muka kedua orang tuanya.
Zeffer memalingkan muka ke arah
Ameera lalu menghela nafas berat.
Pandangannya kembali semula kepada
Asterope. Zeffer mula berbicara mengenai
perkara yang mereka temui semasa Asterope
dalam lenanya.
Setelah Zeffer menjelaskan segalanya
kepada anaknya, dia berkata, “Ayahanda tahu
kamu agak terkejut mendengar semua ini. Kami
faham, amat susah untuk kamu percaya semua
ini dalam masa yang singkat. Ambil masa
kamu.”
Asterope yang mendengar kata-kata
daripada ayahandanya itu memandang sekilas.
Kemudian, dia bangun dari katilnya lalu menuju
ke tingkap biliknya. Pandangannya meliar ke
sekeliling menikmati cuaca yang cerah, namun

396
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

matanya segera tertancap kepada satu simbol


aneh yang berada di langit nan biru.
“Jadi, anakanda perlu ke Kerajaan Elvian
untuk mencari jawapan mengenai perkara ini,
bukan?” Tiba-tiba, Asterope bersuara.
Soalannya serta-merta membuatkan
mereka semua terdiam. Siapa saja yang berani
berkata apa-apa jika putera mereka ini sudah
mula termenung seorang diri. Itulah tabiatnya
yang paling menonjol jika dia kecewa, risau
ataupun marah.
“Astria-chan! Abang Ryuto kamu dah
jumpa lokasi semasa Kerajaan Elvian!”
Ryuto menerjah masuk ke bilik itu dengan
mata yang bercahaya, namun begitu keadan
secara tidak langsung menjadi pelik. Astria
hanya menepuk dahinya. Boleh pula lelaki ini
masuk bawa berita tidak kena masa. Ryuto
menggaru balakang kepalanya sambil tertawa
janggal.

397
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Kakinya dibawa melangkah mendekati


keluarga diraja itu sambil tangannya
memegang beberapa barang hasil daripada
penyelidikannya. Satu jampi membuatkan
lantai yang bersimen itu membentuk peta
seluruh kerajaan mereka dan kerajaan-
kerajaan yang ada di sekeliling itu.
“Seperti yang tuanku semua dapat
perhatikan, kawasan yang bercahaya ini
merupa lokasi semasa Kerajaan Elvian.
Kerajaan asal pewaris pertama darah Poison
Dragon. Ini mungkin akan mengambil beberapa
hari perjalanan dan jalan yang paling cepat
untuk dilalui putera adalah dengan merentas
kerajaan ini untuk mendapatkan maklumat
mengenai Kerajaan Elvian,” jelas Ryuto sambil
jarinya menunjukkan jalan yang perlu dilalui
oleh Asterope.
Kerajaan yang akan dia rentasi ini bukan
seperti kerajaan lain. Kerajaan Taffelit

398
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

merupakan kerajaan yang penduduknya tidak


mempunyai sebarang kuasa atau kebolehan
luar biasa, tetapi mereka mempunyai teknologi
yang sangat canggih dan tidak pernah diketahui
oleh mana-mana kerajaan.
“Tuanku putera kena cepat sampai ke
destinasi ini sebab Kerajaan Elvian adalah
kerajaan mistik yang tidak berada pada satu
tempat untuk jangka masa yang lama dan
sering berubah-ubah lokasinya,” tambah Ryuto.
Asterope mengambil masa untuk
menghadap semua maklumat yang baru
diterimanya. Lepas satu, satu. Banyak sungguh
yang dia kena hadam. Mahu meletup
kepalanya!
“Baik, kita akan ikut jalan ini untuk ke
Elvian,” ujarnya serius.

DI Kerajaan Radiant, Xiao Zhi yang sedang

399
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berada di perpustakaan bandar mencari-cari


segala informasi yang diperlukan mengenai
permata Disastrynia yang pernah diceritakan
oleh abang dan kakaknya. Dia mengeluh berat.
Tiada satu pun informasi berguna yang dia
inginkan terdapat di dalam mana-mana buku di
situ.
“Takkan tak ada satu pun maklumat pasal
permata tu?” dengus Xiao Zhi.
Dia bangun daripada duduknya dan
meneruskan kembali pencariannya terhadap
buku yang diperlukan. Dalam pada itu, anak
matanya tertangkap satu cahaya yang bersinar
menerangi satu sudut perpustakaan. Ia disertai
dengan cahaya bulan. Tidak disangkanya,
cahaya itu datang dari sebuah buku yang
diselaputi habuk dan debu serta bagaikan
sudah berabad lamanya tidak dibuka.
Xiao Zhi membelek-belek buku tersebut
dan menjumpai satu helaian muka surat yang

400
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

berlipat. Dia membuka lipatan itu dan


menemukan beberapa informasi yang dicarinya
selama ini. Akan tetapi, maklumat yang
diperolehnya tidak mencukupi.
Dirinya berpendapat bahawa maklumat
yang dia inginkan selebihnya pasti ada di
tempat lain. Satu tempat sahaja yang muncul di
benak fikirannya. Kerajaan yang mempunyai
akses kepada semua maklumat di dunia ini
yang tiada di tempat lain, dan itu adalah
Kerajaan Taffelit.

UDARA dihirup bagi mendapatkan semula


oksigen yang hilang apabila mereka tiba di
puncak bukit itu. Asterope dan Ryuto masing-
masing sudah lelah mendaki dari kaki bukit
hinggalah ke puncaknya. Masakan tidak,
semasa mereka berada dikaki bukit, Asterope
dan Ryuto bertembung dengan sekumpulan

401
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

semut gergasi berlari ke arah mereka.


Cepat-cepat mereka mendaki bukit tetapi
malangnya, kaki Ryuto tergelincir dan mereka
berdua terjatuh dalam rempuhan itu. Setelah
mengatasi masalah itu, mereka mula kembali
mendaki bukit tersebut. Disangka tiada apa
yang akan terjadi, namun tiba-tiba sahaja ada
tanah runtuh melanda mereka. Nasib sahaja
mereka terselamat, kalau tidak mereka sudah
menjadi arwah.
“Kaulah ni! Aku suruh perhatikan, kau
cakap tak ada apa-apa,” kata Asterope jelas
mukanya tidak berpuas hati. Sudah dia agak
perkara sebegini akan terjadi jika lelaki tak guna
ini ikut bersama. Namun begitu, dia perlu akur
dengan kata-kata bonda dan ayahanda dia di
mana mereka meminta Ryuto untuk menjaga
keselamatannya.
“Serius aku cakap, yang aku memang tak
nampak apa-apa masa terbang tadi,” dalih

402
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ryuto dengan tegasnya.


Sumpah matanya tidak tipu. Puak
Feathers merupakan puak yang dikenali
disebabkan kelebihan mempunyai penglihatan
yang sensitif dan mereka mampu melihat
sehingga enam kilometer jauhnya. Tipulah
kalau dia cakap dia tersalah pandang. Itulah
yang difikirkannya. Hairan. Adakah
kebolehannya itu sudah lemah disebabkan
perkara yang berlaku sekarang ini?
Sampai sahaja mereka di pintu masuk
kerajaan itu, tiada perkataan lain yang mampu
terungkap selain perkataan ‘menakjubkan’.
Kerajaan yang penduduknya tidak mempunyai
sebarang kuasa mahupun kebolehan istimewa
ini merupakan kerajan paling megah dan
canggih yang mereka pernah lihat.
Terdapat robot di sana, robot di sini,
kedai-kedai yang sentiasa bersinar terang
dengan pelbagai jenis warna lampu serta mesin

403
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

yang tidak pernah dilihat mereka berdua.


Sampai ternganga mereka tatkala melihat
kehebatan Kerajaan Taffelit ini. Kedua mereka
kemudiannya menjelajah kerajaan itu dan
mencuba semua peralatan yang dianggap aneh
oleh mereka.
“Aster, tengok robot ni buat mi dengan
sendirinya! Kakkee! (Hebat!)” ujar Ryuto teruja
melihat robot itu menarik doh mi. Ryuto
merupakan anak kepada ketua puak Feathers
yang membesar di hutan. Jadi, tidak hairanlah
mengapa bersinar matanya melihat perkara
seperti ini.
Ketika Ryuto sedang seronok berjalan
dan Asterope hanya mengikuti dari belakang,
tanpa disedarinya, mereka terlanggar seorang
gadis. Habis buku-bukunya terjatuh. Dia mula
mengutip buku-bukunya kembali. Ryuto dan
Asterope berasa bersalah lalu menolong gadis
itu mengutip bersama.

404
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

“T… terima kasih kerana t… tolong,” tutur


gadis itu perlahan.
“Eh, tak ada apalah sangat. Kami pun
minta maaf juga sebab terlanggar cik,” balas
Ryuto.
Gadis itu memandang mereka berdua.
Membulat matanya tatkala melihat susuk di
hadapannya itu. Asterope yang perasan akan
itu turut sama terkejut. Ryuto pula sudah keliru
dengan keadaan yang mereka berada
sekarang ini.
“Aster.”
Asterope tidak membalas apa-apa, hanya
pandangan dinign sahaja yang diberikan. Dia
kemudiannya berpaling dan menarik lengan
Ryuto pergi dari situ.
“Tunggu!” Kakinya terhenti kaku situ.
“Kita dah lama tidak berjumpa dan ini cara
kau menyapa rakan yang bersama dengan kau
semasa di dalam guild.”

405
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Gadis itu memandang Asterope serius.


Sudah lama dia cuba melupakan lelaki di
hadapannya ini tetapi tidak dia sangka bahawa
mereka akan bertemu kembali dalam keadaan
sebegini.
Mereka kini berada di sebuah kafe.
Pandangan mereka, masing-masing tidak lari.
Ryuto yang tidak sanggup duduk lama di dalam
situasi itu mula menerangkan tujuan mereka ke
Taffelit. Setelah mendengar penjelasan Ryuto,
gadis itu berkata, “Kau tahu kan sebahagian
daripada maklumat itu semuanya ada di
markas guild kita? Sebab itulah kau ke sini,”
tekanya.
Ryuto hanya mengangguk setuju. “Betul
itu, cik Xiao Zhi. Bagaimana cik boleh tahu?”
Ryuto menyoal kembali.
“Saya tahu sebab saya ini merupakan
bekas ahli guild itu, sama seperti Asterope,”
jawabnya ringkas.

406
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Dua batang jarinya memegang dagu.


Baru dia faham mengapa Asterope mengambil
masa yang lama untuk bersetuju datang ke sini
sebelum ke Elvian untuk mencari maklumat
tentang kerajaan itu.
“Semua yang berlaku itu bukanlah salah
aku. Sudah banyak kali aku beritahu mereka
semua tapi tiada seorang pun yang percaya
termasuklah kau!” marah Asterope.
Xiao Zhi yang melihatkan ulah Asterope
hanya tenang dan sedikit pun tidak takut
dengan tengkingan Asterope. Dia bangun lalu
membawa buku-buku itu pergi. Namun,
sebelum kakinya melangkah keluar dari kafe
tersebut, dia berpaling sekilas ke arah
Asterope.
“Mereka mungkin sukar untuk menerima
kau kembali, namun tiada seorang pun yang
layak mengetuai mereka selain daripada kau.
Jom, ikut aku ke markas,” kata Xiao Zhi lalu

407
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

melangkah pergi.
Melihatkan itu, Asterope terdiam. Dia dan
Ryuto akhirnya mengikuti gadis itu di belakang.
Tidak lama kemudian, mereka bertiga tiba di
sebuah markas guild yang terletak di hujung
bandar yang riuh dan tegang. Keadaan guild ini
masih sama seperti yang Asterope masih ingat.
Debarannya terasa tatkala dia melangkah
masuk ke dalam. Dapat dia lihat yang di
dalamnya sangat bersih dan kemas, tidak
seperti dulu yang agak berserabut dengan
kertas dan buku-buku di sana sini. Nampaknya,
mereka baik-baik saja tanpanya. Asterope
menghela nafas lega.
“Huh, kau berani muncul balik lepas
bertahun kau tinggalkan kami ya. Dasar ketua
pembelot,” tutur satu suara.
Kelihatan seorang lelaki berupa separa
serigala memandang tepat ke arah Asterope.
Namun, satu pukulan mengenai kepala lelaki

408
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

tersebut dan dia mengerang kesakitan.


“Aku dah kata jangan ungkit balik
kejadian tu. Kau ni pun satu.” Seorang gadis
bertudung hijau memarahi lelaki itu. Xiao Zhi
memandang mereka menyampah. Perangai
masih lagi tidak berubah walaupun sudah lama
dia tinggalkan guild ini.
“Emy, Xander… kami perlukan bantuan
kau orang untuk mencari maklumat mengenai
Kerajaan Elvian dan permata Disastrynia.
Boleh kau orang bantu kami?” pinta Xiao Zhi
dan Asterope menundukkan diri kepada
mereka berdua. Emy dan Xander terkejut
melihat mereka itu berlaku sedemikian.
“Zhi Zhi, janganlah macam tu. Kami akan
bantu kamu bertiga. Sudahlah, kami tak simpan
dendam pun. Begitu juga dengan Aster. Betul
tak, Xander?” katanya lalu mendapat anggukan
malas daripada lelaki itu.
Walaupun mereka berdua masih ragu-

409
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

ragu untuk menolong Xiao Zhi dan Asterope,


keempat-empat mereka masih lagi kawan tidak
kira besar mana pun masalah yang dihadapi.
Emy dan Xander membawa Aster, Xiao Zhi dan
Ryuto ke bilik bacaan rahsia yang hanya
diketahui oleh senior guild. Mereka berjalan
memasuki lorong yang tersedia di situ. Sihir
cahaya dilakukan bagi menerangi jalan mereka
ke bilik bacaan rahsia itu.
“Seram betul lorong ni. Takut aku
jadinya,” adu Ryuto sambil bersembunyi di
belakang Asterope.
Mereka meneruskan kembali perjalanan.
Namun begitu, malang menerpa apabila tanpa
disedari, Ryuto terpijak sebuah perangkap di
situ. Mereka dapat rasakan lorong itu bergegar
dan siling di situ semakin mengecil. Asterope
dan yang lain berlari ke arah pintu bilik bacaan
itu apabila tiba-tiba pula ada anak panah
meluncur keluar dari celah dinding dan

410
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

menghala ke arah mereka!


“Elak!” jerit Xiao Zhi.
Semakin lama, semakin rendah siling itu.
Ruang untuk mereka berlari juga semakin
mengecil. Mereka semua cuba sedaya upaya
untuk mengelak daripada bilahan anak panah
yang tidak terbilang banyaknya itu. Namun,
dalam kekecohan itu, satu anak panah
mengenai bahu Emy.
Racun daripada anak panah itu mula
menunjukkan efek. Diri Emy semakin berat,
kakinya tidak mampu menyokong lalu terjatuh.
Xander yang sudah jauh ke hadapan berpatah
balik lalu mendukung Emy di belakangnya.
Mereka dengan pantas keluar daripada
perangkap itu.
Helaan dilepaskan masing-masing
selepas sahaja berjaya melepasi perangkap itu.
Setibanya di situ, mereka terpana melihat pintu
gerbang yang diukir bentuk naga dan seorang

411
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

gadis. Ini membuatkan Asterope merasakan


sakit kepala. Ryuto menyokong dirinya agar dia
tidak terjatuh.
“Nampaknya, darah Poison Dragon itu
memang ada pada kau. Bilik bacaan ini
merupakan tempat di mana, pewaris pertama
darah Poison Dragon bersembunyi daripada
musuh,” jelas Xander tatkala melihat diri
Asterope semakin lemah.
Xiao Zhi pula menggunakan mantera
penyembuhan pada Emy yang masih lagi
pengsan.
“Emy… tolonglah bangun,” rayu Xander
risau akan keadaannya. Beberapa ketika
selepas itu, Emy sedar daripada pengsannya.
“Kita di mana?” soal Emy yang masih lagi
tidak berdaya.
“Kita… kini berada di hadapan bilik
bacaan rahsia itu,” jawab Ryuto.
Nampaknya, inilah destinasi mereka

412
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

untuk membongkarkan segala rahsia mengenai


Kerjaan Elvian dan Poison Dragon serta
permata Disastrynia. Satu perkara yang pasti,
kebenaran yang akan mereka bongkarkan ini
hanyalah permulaan bagi penamat mereka.

-TAMAT-

413
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Nurin Zahirah
Wattpad: Syaf_Asriqa

Kehidupan Zahirah dibelenggu dengan sebuah


misteri tatkala penghuni Rumah Anak Yatim
Seri Impian, sering menidakkan kehadiran
Nurin. Bahkan, kejadian Nurin diculik
menambahkan persoalan di benak fikiran gadis
itu! Manakan tidak, para penjaga seakan-akan
lepas tangan untuk menjaga Nurin. Apakah
kesudahan Zahirah dalam membongkar kisah
misteri seorang Nurin? Adakah Nurin sekadar
delusi ataupun kanak-kanak itu wujud di alam
nyata?

414
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Sahmura
Wattpad: BananaAdelyn_

Perubahan mendadak Airis Hannani


membimbangkan Liu Meilin dan Kamitha
Mishra sehinggalah suatu hari, Airis menyuruh
mereka mengikutnya ke Muzium Negara. Airis
diberi misi untuk mencuri sahmura biru yang
termahal di dunia dan dia memerlukan bantuan
Meilin dan Kamitha untuk melancarkan lagi
pelannya. Adakah misi mereka akan berjaya
dengan nyawa Aqil Hilmi menjadi taruhan atau
sebaliknya?

415
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Adeina
Wattpad: AlynnNick

Aufa Adeina, seorang gadis yang riang dan


petah berkata-kata. Namun, siapa sangka di
sebalik personalitinya itu tersimpan satu sisi
gelap. Muhammad Hayyan, seorang doktor
psikatri yang ditugaskan untuk merawat
Adeina. Rasa yang singgah di dalam hati
disimpan elok sehingga pada suatu hari, si
gadis dengan selamba melamarnya. Sedang
bahagia menyapa, badai melanda dalam
hubungan mereka. Tragedi berdarah menjadi
permulaan bagi segalanya. Adakah akan ada
sinar bahagia buat mereka?

416
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Mencari Bayangmu
Wattpad: Nurinnalphaa

Ammar Faiq, seorang Detektif Unit Khas


Siasatan Jenayah sedang giat menyiasat satu
kes pembunuhan bersiri kejam yang digelar
“The Virgin Devil” bersama pasukannya. Pada
masa yang sama, saudara kembarnya yang
sekian lama dicari akhirnya memuncul diri.
Kenapa mimpi-mimpi aneh selalu datang
menghantui tidur malamnya? Adakah kes yang
disiasat ada hubung kait dengan kembarnya,
Arman Fais? Mungkinkah ini yang dikatakan
sebagai “physic connection”?

417
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

5 Syarat Cinta
Wattpad: jijahorkid

Adham gusar memikirkan permintaan umi dan


abi tentang perkahwinannya. Sahabat baiknya
Imani telah berkongsi tips jika dia hendak
mencari bakal suami. Lima syarat telah
diputuskan dan siapa sahaja yang dapat
memenuhi kesemua syarat akan menjadi
suaminya. Tanpa diduga, syarat itu telah
dipraktikkan oleh Adham sendiri. Berjayakah
rancangan Adham untuk memperisterikan
Imani? Apakah lima syarat yang telah
ditetapkan? Antara sahabat dan cinta, mana
satu yang menjadi pilihannya?

418
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Mencari Cinta
Wattpad: dsyaf_

Har Athman anak ketua kampung, mempunyai


rupa paras dan juga berharta. Namun, akibat
kepolosan dalam diri membuatkan dirinya
sering dipermainkan oleh wanita. Ghina Ulya, si
gadis bandar yang terpaksa tinggal di kampung
nendanya akibat urusan keluarga. Pertemuan
Har Athman dan Ghina Ulya membuatkan Har
Athman yakin bahawa Ghina Ulya adalah
wanita yang dicari-cari. Namun, adakah betul
telahannya bahawa gadis itu lain daripada
gadis-gadis lain yang suka mempermainkannya
akibat sifatnya yang lurus bendul? Dapatkah
Har Athman mencari cinta ke-20?

419
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Mamat Istanbul Celup


Wattpad: aylamalikha

Aimina Johan, si pendiam dan tak punya ramai


kawan. Selalunya kalau zaman sekolah, anak
cikgu inilah yang paling terkenal, paling ‘top’
dan paling disukai ramai. Tapi, dia tidak macam
itu. Sampailah satu hari ni, seorang mamat
Timur Tengah tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
Persahabatan mula terjalin, namun satu kes
memalukan terjadi dalam kehidupannya
membuatkannya hilang arah. Sekali lagi, dia
terputus kawan. Nasibnya pula bertambah
malang apabila dituduh menulis surat layang
berisi kata nista kepada Cikgu Faizah.
Bagaimanakah nasib Aimina dalam
menghadapi konflik penuh ranjau ini?

420
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Hak
Wattpad: kyocakkanim

Najwa dan Izara, dua orang ibu yang merebut


hak jagaan Amsyar yang dikategorikan sebagai
Orang Kelainan Upaya (OKU). Perebutan anak
antara ibu kandung dan ibu tiri ini terjadi apabila
kematian sang suami dan ia membuatkan
konflik yang menerpa semakin rumit. Apabila
Izara mengugut Najwa dengan perkataan
mahkamah, Najwa terdiam. Sedar akan posisi
dirinya yang kurang berhak jika nak
dibandingkan dengan Izara. Tapi, dia yang
menjaga Amsyar sejak kecil setelah dibuang
oleh si ibu kandung. Antara Najwa dan Izara,
siapakah yang bakal mendapat hak jagaan
Amsyar? Siapakah yang akhirnya dipilih oleh
anak itu?

421
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Syurga Yang Berdosa


Nama Pena: Juewa Baharudin

Alif dan Alia dibesarkan dengan kekasaran.


Mereka dihidangkan dengan penderitaan akibat
dipukul dengan kejam. Saat sakitnya mereka,
dijamah pula dengan keperitan dilibas hinaan
yang tajam bak belati. Biarpun sudah berbuih
mulut Encik Zamri menegur isterinya Puan
Azimah tentang miskinnya acuan didikan
wanita itu dengan kasih sayang, namun nasihat
Encik Zamri dibiar sepi tidak didengari.
Kejadian tersebut membuatkan anak-anaknya
melarikan diri. Di usia senja, Puan Azimah
mulai insaf dan merindui anak-anaknya. Dia
menyesal atas perbuatannya. Dia… syurga
yang berdosa. Akan adakah lagi sinar
kemaafan buatnya?

422
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

Ada apa dengan karya…

Asterope: Pewaris Terakhir Poison Dragon


Wattpad: WhiteHazelle

50 tahun sudah berlalu sejak kebangkitan puak


Shadow. Sejak itu jugalah, banyak perubahan
yang berlaku kepada dunia maraca. Asterope,
tengku mahkota kerajaan Zidian yang
dilahirkan dengan darah immortal serta rakan
kembara lamanya yang sudah sekian lama
berpisah perlu mencari jawapan mengenai
rahsia yang tersimpan rapi daripada
pengetahuan dunia. Rahsia itu tidak lain dan
tidak adalah rahsia yang menghubungkan
Kerajaan Elvian dan Poison Dragon serta
permata Disastrynia. Persoalannya,
mampukah mereka mempertemukan rahsia
yang menghubungkan kesemua itu?

423
KOMPILASI CERPEN LOCKDOWN

424

Anda mungkin juga menyukai