Anda di halaman 1dari 174

STAY WITH ME 1

HAK CIPTA TERPELIHARA


LEANAREEN
DISEMBER 2021

Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan


semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada
dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta
sebagainya tanpa kebenaran penulis.

Semua tempat di cerita ini merupakan ciptaan semata-mata.


Jika terdapat persamaan, mungkin ianya adalah kebetulan
sahaja.

Sebarang maklumat di dalam cerita, saya mencari di Google.


Jika terdapat kesilapan, bolehlah tegur di ruangan review.

Start: 8 December 2021


End: 10 December 2021

STAY WITH ME 2
Bab 1
Pada setiap hujung minggu, waktu itu merupakan waktu
tersibuk untuk Meleana. Dia sering melakukan aktiviti
sukarelawan di mana-mana tempat yang memerlukan. Jika
terpaksa untuk ke luar negeri atau luar negara, dia sanggup
mengorbankan cuti dan wang tunai untuk menghulurkan
bantuan kepada yang memerlukan.

"Hujung minggu ni, aku kena pergi Kelantan. Kau nak ikut
ataupun nak jaga rumah?" Tanya Meleana kepada sahabat
baiknya, Wardani. Wardani merupakan sahabat baiknya dari
sekolah rendah lagi.

"Aku nak ikut kau, tapi parents aku suruh balik Mersing. Ada
kenduri saudara aku dekat sana. Jadinya, hujung minggu ni
rumah kosong. Kau pergi Kelantan lama ke?" Wardani
bertanya. Dia risau jika kawannya itu pergi lama dan dia tidak
mempunyai teman untuk pergi kerja bersama-sama.

STAY WITH ME 3
"Aku pergi Kelantan mungkin dalam 2 hari. Hari Ahad aku
balik kalau tiada urusan lagi. Aku tak minta cuti pun dengan
bos. Kalau ada hal yang tak selesai lagi, baru aku beritahu bos
untuk sambung cuti." ujar Meleana.

Dia berasa sungguh bersyukur kerana mendapat bos yang


memahami kerja sukarelawannya itu.

Wardani juga banyak menyertai aktiviti sukarelawan seperti


Meleana, tetapi dia lebih banyak menyertai aktiviti yang
berada di dalam negeri sahaja. Untuk aktiviti luar negeri,
Wardani agak kurang menyertainya. Dia hanya menyertai
aktiviti di luar negeri jika Meleana meminta tolong.

Manakala Meleana lebih suka menyertai aktiviti sukarelawan


di luar negeri malahan juga di luar negara jika dia mempunyai
cuti panjang dan mempunyai masa lapang.

STAY WITH ME 4
Meleana lebih banyak membantu doktor-doktor yang
kekurangan staf kerana dia pernah menjadi Naib Pengerusi
Persatuan Bulan Sabit Merah sejak dia sekolah menengah
lagi. Manakala, Wardani lebih kepada bantuan umum.

"Kau pergi Kelantan, untuk apa?" Tanya Wardani yang keliru


kerana Meleana banyak menyertai pelbagai jenis sukarelawan.
"Aku pergi tempat kem askar sebab ada aktiviti latihan untuk
rekrut baru. Aku kena sedia sebab dekat sana kekurangan
doktor." Ujar Meleana.

"Untunglah kau, jumpa abang askar yang handsome. Nanti


dekat sana, mintalah nombor sekali, mana tahu ada yang
sangkut." Sakat Wardani.

Meleana tersengih apabila Wardani menyakat dia.

STAY WITH ME 5
"Kau dah tengok senarai doktor yang bertugas nanti? Aku
dengar ramai sukarelawan sebab doktor dekat kem yang kita
nak pergi ni kebanyakkannya pergi ke kem latihan dekat
tempat lain." Ujar Arman yang merupakan salah seorang staf
dan menolong Kapten yang bertugas untuk latihan kali ini.

"Aku pun ada tengok juga tadi. Bagus juga ramai


sukarelawan. Mana tahu aku ada sangkut dekat diaorang ke?"
Gurau Anaqi.

"Aku harap rekrut baru kali ni tiada yang banyak songeh


sangat. Nanti, sikit-sikit itulah, inilah. Serabut kepala aku
nanti." sambungnya lagi.

Anaqi merupakan Kapten untuk latihan ini. Manakala Arman


merupakan Leftenan yang membantu Anaqi.

Latihan rekrut baru untuk kali ini diadakan di Kelantan. Ini


kerana tahun ini merupakan giliran negeri Darul Naim
tersebut untuk menjadi tuan rumah.

STAY WITH ME 6
"Kita nak gerak pergi sana bila?" Arman bertanya kepada
Anaqi.

"Khamis malam Jumaat. Sampai sana pagi."

"Kau drive kan Qi?" Arman membuat muka comel kepada


Anaqi.

"Ya ya aku drive. Nak harapkan kau lambat lagi. Tapi duit
minyak dengan tol kau bayar. Tugas aku drive kereta je."
Anaqi membuat muka berlagak kerana dia tidak perlu
mengeluarkan sesen duit untuk membayar duit minyak dan
tol.

"Okay! Yang penting aku tak drive. Malas." Arman


merupakan seorang yang pemalas untuk drive. Kalau nak
tengok dia drive, masa dia nak balik kampung jelah. Waktu
kerja, memang dia harapkan Anaqi. Anaqi pun redha je sebab
Arman sentiasa memberi dia duit untuk minyak dan
sebagainya.

STAY WITH ME 7
Bab 2
"Dani! Aku dah nak pergi ni. Aku gerak dulu tau. Jangan
lupa kunci pintu, tingkap semua kunci. Tadi aku dah check
semua dekat bilik aku, mana tahu ada yang aku tak perasan."
Laung Meleana kerana dia akan bergerak terlebih dahulu.

"Okay-okay, aku check balik nanti. Kau hati-hati tau. Kalau


mengantuk, berhenti dulu. Jangan terus je" Wardina memesan
kepada Meleana.

Meleana hanya mengangguk apabila mendengar nasihat


Wardani.

Meleana yang akan bergerak dengan keretanya iaitu Perodua


Myvi yang berwarna purple manakala Wardina menggunakan
kereta Proton Persona yang berwarna merah. Kedua-dua
kenderaan itu merupakan hasil titik peluh mereka berdua
sendiri.

STAY WITH ME 8
Meleana memakai baju tshirt berwarna kelabu dan cardigan
serta seluar palazo hitam. Dia juga memakai tudung selendang
berwarna hitam.

"Bye Dani, aku gerak dulu tau. Hati-hati bawa kereta. Esok
gerak jangan tengah hari sangat, panas menanti. " Bergegas
Meleana berkata sebelum memulakan perjalanan.

Meleana pergi ke Tumpat pada hari Khamis pagi manakala


Wardani pergi ke Mersing pada hari Jumaat.

STAY WITH ME 9
Setelah hampir 7 jam menempuh jalan di highway dari Kuala
Lumpur, akhirnya Meleana selamat tiba di tempat destinasi
iaitu Kem Askar di Tumpat.

Bunyi telefon mengejutkan Meleana. Dia memandang sekilas


siapa yang menelefon dia itu lalu menjawab panggilan
tersebut.

"Assalamualaikum Lea, dah sampai Tumpat?"

"Waalaikumussalam ibu, dah. Lea sampai dalam pukul 6.30


pm tadi. Solat asar pun tadi dah jamak dekat RnR. Sekarang
ni nak rehat kejap sementara tunggu Maghrib."

"Ohh, kalau macam itu, rehatlah dulu. Jangan lupa makan


malam. Ibu letak dulu ye. Assalamualaikum."

Meleana menjawab salam tersebut lalu mematikan talian.


Selepas meletakkan telefon di atas meja, dia terus mengambil
tuala dan mandi.

STAY WITH ME 10
Sebaik sahaja selesai mandi, Meleana terus mendirikan solat
Maghrib dan Isyak.

'Malam ni makan mee segera jelah. Penat nak keluar. Lagipun


tadi aku ada masak air.' Omel Meleana

Setelah selesai makan, dia terus baring di atas katil sambil


bermain telefon lalu tertidur.

STAY WITH ME 11
"Weyh Arman, cepatlah siap. Kau ingat Tumpat dengan
Terendak ni dekat ke? Perempuan pun kalahlah kalau kau
bersiap saing dengan diaorang." Marah Anaqi terhadap
Amran.

Kadang bukan apa, Arman bersiap dari Subuh sampai Zuhur


kalau boleh. Haha takdelah, Hiperbola sangat tu.

"Aku dah siap ni. Stoking aku tak jumpa pulak. Semalam aku
dah letak dekat tepi beg. Haa, ni pun stokingnya." Katanya
sambil tersengih dan menunjukkan sepasang stokingnya itu.

Arman memang macam tu, stoking hilanglah, jam hilanglah,


padahal sengaja cari alasan sebab dia dah tahu dia punca
lambat.

"Dah jumpa kan stokingnya? Jom gerak, aku nak kalau boleh
sebelum subuh dah sampai sana." Ujar Anaqi.

STAY WITH ME 12
Anaqi dan Arman telah selamat tiba di Tumpat setelah
hampir 10 jam menempuh highway. Mereka tiba di Tumpat
sebelum subuh.

Mereka terus pergi ke masjid berdekatan untuk menunaikan


solat subuh kerana waktu subuh hampir masuk waktu.

Sebaik sahaja selesai solat subuh, Anaqi dan Arman terus


mencari kedai makan untuk sarapan.

"Qi, kita makan dulu boleh tak? Aku laparlah. Sebelum masuk
kem tu, carilah dulu kedai makan tepi jalan. Lepas sarapan
terus masuk kem, rehat." Cadang Arman.

"Haa makan dekat depan tu boleh kan? Tengok macam ramai


orang, mesti sedap dekat situ." Anaqi bersetuju dengan
cadangan Arman yang hendak makan dulu sebelum masuk
kem.

Anaqi terus mem'parking'kan keretanya di tempat parking


yang kosong.

STAY WITH ME 13
"Tengok macam takde meja kosong je. Tapikan aku tengok
ada perempuan tu macam duduk seorang je. Kita try tanya dia,
kalau dia duduk sorang, kita duduk situ jelah. Aku dah lapar
sangat ni." Ujar Arman lalu Anaqi pun bersetuju.

STAY WITH ME 14
Meleana POV

Sebaik sahaja aku selesai solat subuh, perut terus buat hal.
Lapar. Tapi semalam macam perasan ada kedai makan.

'Agak-agak pagi ni buka tak kedai tu? Kalau buka, makan


dekat situ jelah.' Desis hatiku.

Aku terus mencapai tudung sarung serta cardigan dan ambil


kunci kereta.

Apabila sampai di kedai makan tersebut, aku terus duduk di


tempat meja makan yang kosong lalu meng'order' makanan
dan minuman. Sementara menunggu makanan sampai, aku
melihat telefon dan membalas chat dari Wardani.

Sedang aku ralit membalas chat, aku dengar ada seseorang


mengetuk meja. Aku mendongak sedikit untuk melihat siapa
yang mengetuk itu.

STAY WITH ME 15
"Hai, awak duduk sorang je ke? Kalau duduk sorang, boleh
tak saya dengan kawan saya duduk sini? Meja lain dah penuh"
Kata lelaki itu sambil tersengih. Setelah aku berfikir sambil
melihat meja meja lain, aku mengangguk dan membenarkan
kedua-dua lelaki itu duduk di tempat meja aku.

Rasa awkward muncul pada diriku apabila kedua-dua lelaki


ini duduk bertentangan dengan aku dan tidak memulakan
perbualan.

Aku memulakan perbualan dengan diaorang untuk


menghilangkan rasa awkward. "Hai, korang dari mana?
Tengok gaya macam jauh perjalanan korang" Tanyaku.

'Alamak lupa pulak nak tanya nama diaorang'. Desis hatiku.

"Sebelum korang jawab soalan tadi, beritahu nama dulu


boleh? Pelik pulak berbual dengan korang tapi tak tahu nama.
By the way, nama saya Meleana. Panggil Lea atau Leana pun
boleh."

STAY WITH ME 16
"Nama saya Arman, yang ni pulak Anaqi. Kitaorang dari
Terendak. Datang sini sebab ada kem latihan askar." Jawab
Arman.

"Ohh, saya pun datang sini sebab kem latihan tu. Saya jadi
doktor sukarelawan. Jauh betul korang dari Terendak nak ke
Tumpat. Mesti korang penat kan?" Tanya aku.

"Jauh tu memang jauh, tapi nak buat macam mana, dah


memang tanggungjawab kami. Awak pulak dari mana?" Soal
Anaqi yang memulakan bucara kerana dia hanya memerhati
dari tadi.

Aku hanya tersenyum apabila melihat Anaqi bertanyakan


soalan. "Saya dari KL je, nak kata jauh, takdelah jauh sangat.
Korang berdua lagi jauh. Eh! Lupa pulak. Korang order lah
dulu, sibuk berbual sampai lupa pulak nak ambil order korang
berdua."

STAY WITH ME 17
Sambil menunggu makanan, kami berbual-bual ringkas.

"Weyh Qi, muka kau hampir sama macam Leana. Korang ni


adik beradik terpisah ke apa?" Arman menyampuk.

"Kau ni pandai pandai je cakap. Kau tenung muka Meleana ke


apa sampai cakap muka kitaorang hampir sama? Kalau kau
tenung aku takpe juga" Anaqi membantah.

Terasa ada air panas menyimbah ke muka aku apabila Anaqi


berkata bahawa Arman tenung muka aku.

"Mana ada aku tenung. Dari pertama kali aku nampak


Meleana tadi, aku dah nampak yang muka korang sama."

"Awak, kan dalam dunia ni ada 7 orang muka sama. Mungkin


Anaqi tergolong dengan muka yang sama macam saya." Aku
menyampuk kerana aku ada terbaca tentang orang yang
mempunyai raut wajah yang sama.

STAY WITH ME 18
"Korang lepas ni terus masuk kem rehatlah kan?" Aku
menukar topik perbualan.

"Haah, penat drive dari malam tadi. Hari ni memang tak ada
jadual apa apa. Jadinya, kitaorang rehat jelah. Saja gerak awal
dari Tumpat. Dapat tengok tengok suasana dekat sini dulu.
Nanti takut tak sempat pulak" Anaqi membalas.

Tak lama selepas kami berbual, pelayan menghantar kami


punya makanan dan minuman.

Setelah selesai makan, kami pun beredar dari kedai makan itu.
Jimat duit aku sebab Anaqi yang belanja. Katanya sebagai
tanda terima kasih sebab bagi kebenaran berkongsi meja di
kedai makan tadi.

End POV

STAY WITH ME 19
"Qi, muka kau serius sama macam Meleana. Kau memang tak
perasan ke? Ke sebenarnya kau ada adik tapi kau tak bagi tahu
aku ni?" Arman berasa tidak puas hati tentang raut wajah
Meleana dan Anaqi sama.

"Aku pun perasan juga. Tapi, aku ni kan anak tunggal. Mana
ada adik beradik. Aku tengok gambar arwah parents aku
dengan aku. Mana ada adik beradik lain. Kau pun pernah
tengok gambar family aku kan?"

Anaqi telah kehilangan kedua ibu bapanya semasa umurnya


berusia 2 tahun akibat kemalangan jalan raya. Dia berasa
sungguh bersyukur kerana Allah memberinya peluang untuk
meneruskan kehidupan. Kadang kala, dia berasa sedih
walaupun semasa kehilangan kedua ibu bapanya, dia belum
faham keadaan yang berlaku.

"Manalah tahu kan, kau ada adik beradik lain tapi kau
sorokkan dari aku."

STAY WITH ME 20
Arman masih tertanya-tanya mengapa raut wajah Anaqi dan
Meleana sama. Dia berasa tidak puas hati dengan jawapan
Meleana yang mengatakan terdapat 7 orang yang mempunyai
raut wajah yang sama. Firasat dia kuat mengatakan bahawa
ada sesuatu yang tidak kena antara Meleana dan Anaqi.

'Ah, yang aku sibuk ni pahal' Desis hati Arman.

"Kalau ada sekali pun, buat apa aku nak bagi tahu kau? Buang
masa aku je" Anaqi meng'roll'kan mata dia ke atas.

STAY WITH ME 21
Bab 3
Keesokkan harinya, bermulalah kem latihan askar di
Tumpat yang dijalankan selama 2 hari.

Anaqi dan Arman telah bersiap-siap dengan memakai pakaian


lengkap askar.

"Arman, agak-agaknya lah kan kita dapat jumpa Meleana lagi


tak? Semalam terlupa pulak nak tukar nombor telefon. Aku
rasa aku dah boleh cakap dekat mak aku yang dia dah ada
calon menantu." Kata Anaqi.

"Kan dia bertugas dekat tempat perubatan. Habis latihan


pergilah jumpa dia kejap." Jawab Arman sambil tersenyum-
senyum apabila terdengar perkataan calon menantu dari mulut
Anaqi.

STAY WITH ME 22
Anaqi ni susah sikit nak bercakap pasal isteri. Sekali dia
cakap, terus nak bagitau dekat mak dia yang dia dah ada
calon.

"Kau kenal kenal lah dengan dia dulu. Kalau kau rasa dah
kenal dia betul betul dan dia single, kau terus merisik dia tau.
Aku tunggu je ni. Aku tak kisah single, yang penting kau naik
pelamin dulu." Sambungnya lagi.

Anaqi tersenyum malu.

STAY WITH ME 23
Meleana bersiap-siap untuk menjalankan tugas sebagai
doktor sukarelawan di kem.

Dia memakai baju dan seluar yang bersesuaian untuk


memudahkan tugasnya jika terdapat kecemasan.

'Alamak, dah nak pukul 8 ni. Kena cepat.' Omel Meleana


ketika dia melihat jam yang hampir pukul 8 itu.

Setelah sampai di kem, Meleana terus pergi ke tempat


perubatan. Dia juga berkenalan dengan beberapa orang
sukarelawan dari pelbagai negeri. Terdapat 4 orang
sukarelawan lelaki dan 3 orang sukarelawan perempuan.

"Hai, nama saya Azhara." Salah seorang sukarelawan


memulakan bicara dengan mengenalkan dirinya.

"Hai, nama saya Farhan."

"Hai, nama saya Naura."

"Hai, nama saya Aysar."

"Hai, nama saya Huzaifah."

"Hai, nama saya Aakif."

STAY WITH ME 24
"Hai, nama saya Meleana." Dia menjadi orang terakhir
mengenalkan diri.

"Okay semua sukarelawan dah kenalkan diri. Saya Doktor


Hadwan. Ketua perubatan untuk kem kali ini. Di sini saya
ingin memberitahu bahawa kem ini akan bertukar tempat pada
setiap bulan. Jadi, saya nak awak semua sign kontrak
sukarelawan untuk mengikuti semua aktiviti kem latihan di
setiap negeri. Nanti saya sertakan surat untuk diberikan
kepada bos tempat kerja masing-masing." Ujar doktor
Hadwan.

Setelah selesai semua urusan, mereka mula menjalankan tugas


seperti menyediakan peralatan. Sambil sambil itu, mereka
juga berbual-bual tentang hal masing-masing.

STAY WITH ME 25
Tepat pada pukul 8.30 pagi, aktiviti untuk para rekrut
dimulakan. Latihan dimulakan dengan ucapan dari Anaqi.

"Assalamualaikum semua, saya Kapten Anaqi selaku ketua di


kem latihan untuk tahun ini. Saya harap semua dapat
memberikan kerjasama antara satu sama lain. Saya
mengharapkan juga tiada para rekrut yang tercedera. Pastikan
semua menjaga diri masing-masing. Faham semua?" Anaqi
memberikan ucapan kepada semua askar latihan.

"Faham, ketua!" Semua rekrut menjawab serentak.

Sebaik sahaja Anaqi selesai berucap, Arman memberikan


ucapan seterusnya.

"Saya Leftenan Arman. Saya akan menerangkan latihan-


latihan pada hari ini. Pada pagi ini, kita akan mulakan latihan
dengan kawad kaki. Tengah hari nanti, kita akan berehat
selama satu jam untuk makan dan menunaikan solat fardhu
Zuhur. Pada waktu petang, kita ada aktiviti membina
kesihatan garis asas sebelum kita bergerak kepada latihan
dalam kelengkapan tempur. Saya harap tiada kejadian yang
tidak diingini berlaku pada hari ini dan hari seterusnya. Faham
semua?"

STAY WITH ME 26
"Faham!"

Sejurus sahaja selesai Arman memberi ucapan, pihak yang


bertugas mula membahagikan kumpulan kepada semua rekrut.

Aktiviti membina garis asas pada petang ini dimulakan


dengan menjalani Ujian Kecergasan Fizikal Individu (IPPT).
Selain itu, aktiviti Balapan Berhalang Standard (SOC).
Mereka yang terlibat dalam aktiviti tersebut perlu
menyarungkan kelengkapan bertempur secara lengkap
berserta raifal untuk SOC.

Aktiviti diteruskan dengan SOC 12. Halangan ini


mensimulasikan keadaan operasi dalam hutan dan di kawasan
urban untuk membantu askar askar memperoleh koordinasi,
pergerakkan dan keyakinan.

Aktiviti pada hari ini berakhir dengan belajar


mempertahankan diri.

Para rekrut juga belajar untuk mempertahankan diri apabila


bersemuka dengan musuh di samping menggunakan raifal.

STAY WITH ME 27
"Alhamdulillah, hari pertama ni tiada apa apa yang berlaku.
Allah permudahkan urusan kita untuk hari pertama." Wajah
Anaqi menunjukkan reaksi bersyukur.

"Esok aktiviti tembak guna 'peluru hidup'. Yang ni aku risau


sikit. Kang tersalah tembak, naya kita nanti." sambungnya
lagi.

"Eh, kau taknak jumpa Meleana ke? Tadi pagi bukan beria
lagi kata nak minta nomborlah" Arman menukar topik
perbualan sambil tersengih.

"Dah takde urusan lagi kan? Kita pun dah solat. Jomlah ikut
aku pergi jumpa dia. Dah alang alang ni." Jawab Anaqi.

"Jom!"

STAY WITH ME 28
Meleana POV

Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Aku berasa lega


kerana tiada kes yang terjadi.

'Eh, tu bukan Anaqi dengan Arman ke? Diaorang nak ke sini


ke?' Omelku

"Assalamualaikum Leana. Awak ada apa apa urusan lagi ke


lepas ni? Free tak? Ingat nak ajak minum petang dekat kafe
kalau awak sudi. Hehe" Ujar Arman

"Waalaikumussalam, saya free je petang ni. Lagipun tadi saya


dah solat. Bolehlah pergi kafe tu. Boleh basahkan tekak."

"Kalau macam tu, jomlah."

End POV

STAY WITH ME 29
Setelah tiba di kafe,

"Err..... Leana, awak asal mana? Memang asal KL ke?" Anaqi


memulakan perbualan.

"Saya asal Muar. Dapat tawaran kerja dekat KL, tu yang


duduk sana. Lagipun, senang kalau ada aktiviti sukarelawan,
saya duduk dekat tengah tengah. Nak pergi Utara boleh,
Selatan boleh, pantai Timur pun boleh. Kalau ada aktiviti
yang kena pergi luar negara, saya pergi naik dari KLIA je.
Anaqi dengan Arman, asal mana?" Meleana menanyakan
balik soalan yang dituju kepadanya tadi.

"Saya memang asal Terendak. Wow! Aktiviti sukarelawan


dekat luar negara pun awak join juga?" Balas Arman

"Saya asal Tangkak, tak jauh pun dengan Muar. Nak datang
merisik awak pun boleh." Gurau Anaqi

"Haah, kalau aktiviti tu memang tak cukup orang, saya


volunteer pergi." Meleana menjawab soalan yang ditanyakan
oleh Arman tadi.

Meleana berasa mukanya berubah menjadi rona merah kerana


malu apabila Anaqi menyentuh hal merisik.

STAY WITH ME 30
"Semalam lupa pulak nak tukar nombor. Bolehkan nak minta
nombor telefon awak? Mana tahu, lepas ni kita dapat jumpa
dekat luar kem pulak." Sambung Anaqi yang menukar topik
perbualan sambil menunjukkan riak selamba.

"Boleh je. Bagi saya telefon korang, saya taip nombor. Nanti
pandai pandailah korang berdua nak chat ke, missed call ke?"

"Okay okay!" Jawab mereka berdua serentak.

Mereka terus memberikan telefon diaorang kepada Meleana.


Meleana mencapai telefon Anaqi dan Arman lalu menaip
nombor telefonnya.

"Nah, saya dah save no saya. Saya save nama Meleana tau.
Saya cakap ni mana tahu korang ingat saya save nama sayang
ke apa ke." Ujar Meleana sambil menghulurkan telefon untuk
dipulangkan kepada Anaqi dan Arman.

"Haha, mana tahu Leana nak save nama nama manja.


Kitaorang tak tahu isi hati Leana." Arman tersengih.

STAY WITH ME 31
"Haishh, takkanlah saya nak buat macam tu. Lain lah kalau
saya tunang dengan salah sorang dari korang. Bolehlah save
nama nama manja. Gitu, HAHA." Gelak Meleana

"Kenapa tak masa couple je save nama manja manja?" Arman


menunjukkan reaksi pelik. Iyalah kan zaman sekarang kan
kalau couple dah save nama manja. Pelik juga si Arman
terhadap Meleana nak tunggu tunang baru boleh save nama
manja.

Meleana yang sedang menghirup air itu memberhentikan


perbuatannya apabila ingin menjawab soalan yang ditanya
daripada Arman tadi.

"Sebenarnya, saya tak prefer couple semua tu. Biarlah kalau


kita nak kenal budi dan hati seseorang tu, bila kita dah
bertunang."

"Ohhh" Arman meng'oh'kan dan mengangguk apabila


mendengar penjelasan dari Meleana.

Perbualan antara Arman dan Meleana terhenti apabila telefon


Meleana berbunyi.

STAY WITH ME 32
"Leana, tak payah angkat pun takpe. Saya missed call awak
tadi." Ujar Anaqi. Patutlah senyap je. Rupanya menunggu
masa nak missed call Meleana.

"Peh kau, tak menyabar nak suruh Meleana save nombor


kau." Kata Arman sambil memukul bahu Anaqi.

"Sakitlah. Aku ni bukan tak menyabar. Sekali dibuatnya aku


terlupa, susah Leana nak chat dengan aku." Kata Anaqi sambil
mengusap tempat bahu yang dipukul oleh Arman tadi.

"Dah dah, jangan gaduh gaduh. Anaqi, saya dah save nombor
awak." Kata Meleana sambil menunjukkan telefonnya.

"Hehe, terima kasih" Kata Anaqi sambil tersenyum.

"Haa Leana, saya missed call nanti jelah ye." Ujar Arman.

"Sama-sama. Haa okay je. Tak kisah pun"

STAY WITH ME 33
Bab 4
Hari terakhir untuk kem latihan di Tumpat.

Latihan diteruskan dengan rekrut berlatih menembak


SAR 21 dengan menggunakan peluru hidup di lapangan luar.
Latihan ini dibuat selepas latihan menembak simulasi di
Pelatih Kemahiran Menembak Individu.

Mereka juga diajar untuk membezakan antara kawan dan


lawan sebelum menembak, melalui latihan menembak di
sasaran video berasaskan senario.

Acara penutup untuk kem kali ini ialah rekrut melontar grenad
langsung. Rekrut perlu belajar pelajaran teori dan latihan
menggunakan grenad dami.

STAY WITH ME 34
"Alhamdulillah, selesai jugak akhirnya kem dekat Tumpat ni.
Sementara tunggu kem seterusnya, bolehlah juga aku ajak
Meleana keluar." Kata Anaqi memandangkan dia mempunyai
tugas di KL selama beberapa minggu sebelum kem
seterusnya.

"Untunglah kau. Boleh jumpa Meleana selalu nanti."

"Macamlah kau tak ikut aku pergi KL juga. Kau jangan cakap
kau tolak tugasan tu. Memang aku tak anggap kau kawan
lagi." Anaqi membuat muka sedih.

"Aku pergilah, takkanlah aku nak tinggalkan kawan baik aku


ni berseorangan menjalankan tugas demi negara."

Anaqi dan Arman ibarat bagai isi dengan kuku. Mana-mana


Anaqi pergi, mesti ada Arman. Maklumlah, Arman ni kan
pembantu Anaqi.

STAY WITH ME 35
"Assalamualaikum Dani. Aku dah sampai." Laung Meleana
sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

"Waalaikumussalam. Lea, akhirnya kau balik juga. Nasib baik


kau pergi tak lama. Kalau tak, kempunan aku pergi kerja
sorang sorang tau. Risau aku ingatkan kau balik lambat lagi."
Bimbang Wardani apabila nampak kelibat Meleana mula
memasuki ke dalam rumah.

"Kau baru sampai rumah ke Dani?" Tanya Meleana sambil


menolak bagasi untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

"Takdelah baru sampai, aku sampai tengah hari tadi. Kat


dapur tu ada nasi beriyani. Pergilah makan. Aku tahu kau
lapar kan."

"Kau ni tahu tahu je aku lapar. Kaulah sahabat dunia akhirat


aku. Kalau macam tu, aku mandi dulu lah ye. Tinggal nak
mandi je, tadi solat dah jamak. Lepas tu, kita makan sama
sama." Pamit Meleana.

"Tapikan kalau kau panaskan dulu lauk tu mesti sedap. Aku


harap kau panaskan tau." Sambungnya lagi.

STAY WITH ME 36
"Yelah. Aku panaskan. Dah pergi cepat mandi. Bau busuk
sampai rumah jiran sebelah." Wardani berkata sambil
menahan gelak.

STAY WITH ME 37
Setelah selesai Meleana mandi, dia dan Wardani terus makan
di meja makan. Sambil mereka berdua makan, mereka berbual
bual tentang aktiviti sukarelawan yang disertai oleh Meleana
di kem.

"Hah kau pergi kem latihan tu, ada jumpa abang askar yang
handsome tak? Minta nombor telefon diaorang tak?" Tanya
Wardani bertalu talu.

"Ada. Aku ada jumpa dua orang. Handsome, baik pula tu.
Diaorang yang minta nombor aku, aku pun bagi jelah."

"Wah, untunglah kau. Nanti, kalau dia ajak jumpa, kau


ajaklah aku dengan kawan dia sekali. Mana tahu, jodoh aku
dapat dengan askar juga. Kau tahukan impian aku nak kahwin
dengan askar. Dapat couple pun jadi lah."

"Tadi, ada juga aku terdengar dia kata yang dia dengan kawan
dia tu ada tugasan dekat KL. Kalau betul apa yang aku dengar
tu, kita ajaklah jumpa. Makan makan sambil tu boleh
kenalkan diri. Bila - bila kita set date and time dengan
diaorang. Kita paling tak pun kena buat petang weekdays
sebab weekend ni aku nak pergi rumah anak yatim dan rumah
warga emas. Rindu pula dengan diaorang." Ujar Meleana.

STAY WITH ME 38
"Aku on je. Kita jumpa hari Rabu boleh tak? Sebab tak silap
aku hari Rabu ni kita dapat balik awal." Tanya Wardani.

"Nanti aku tanya diaorang."

"Okay!"

STAY WITH ME 39
Anaqi dan Arman selamat tiba di Kuala Lumpur. Mereka
perlu melaporkan diri kepada pihak atasan terlebih dahulu
sebelum pulang ke rumah.

Sebaik sahaja mereka selesai melaporkan diri, mereka terus


bergerak ke rumah.

"Kita dekat KL ni, kita duduk mana? Sewa rumah ke duduk


kuarters?" Tanya Arman.

"Pihak atasan cakap tadi, kita duduk kuarters sebab arahan


dari pihak sini. Lagipun kita pergi sebab urusan kerja, bukan
saja saja." Balas Anaqi.

"Ohh,okay. Kau taknak ajak Meleana keluar ke?"

"Ada juga terdetik dekat hati aku nak ajak dia, tapi takut dia
sibuk. Nanti aku tanya dia."

Bunyi telefon Anaqi menandakan terdapat mesej dari


seseorang.

STAY WITH ME 40
Meleana
Assalamualaikum Anaqi. Betul ke awak dengan Arman ada
tugasan dekat KL? Sebab saya ada dengar yang korang ada
tugasan dekat sini. Kalau betul, boleh tak saya dengan kawan
saya nak ajak keluar makan-makan? Kebetulan hari Rabu ni
saya dapat balik awal.

Anaqi
Waalaikumussalam. Haah betul, saya dengan Arman memang
ada tugasan dekat KL sementara tunggu kem seterusnya.
Sekejap ya. Saya tengok jadual dulu.

Anaqi
Boleh boleh, jadual saya tak padat sangat. Hari Rabu ni kita
keluar.

Anaqi
Memandangkan awak bawa kawan awak. Nanti saya tanya
Arman dia nak ikut ke tak.

Anaqi
Nanti nak jumpa dekat mana bagitahu ya

STAY WITH ME 41
Meleana
Okay! Apa apa saya inform dekat awak nanti

"Arman, tadi baru cakap yang aku terdetik nak ajak dia keluar.
Tiba-tiba Meleana ajak kita keluar hari Rabu ni. Dia ajak kau
sekali. Plus, dia ada bawa kawan dia juga. Meleana ni boleh
telepathy kita lah." Ujar Anaqi.

"Cun Meleana bawa kawan. Mana tahu rezeki lepas sebulan


kau naik pelamin, aku pun naik pelamin juga. Tapi kan,
Meleana yang ajak kita keluar dulu, aku rasa macam tak
gentle lah." Arman tersimpuh malu.

"Mengarutlah kau. Siapa yang ajak keluar dulu tu aku tak


kisah."

"Silap silap kita naik pelamin saing. Kita tak tahu apa takdir
yang tertulis." sambung Anaqi lagi.

"Baiklah Ustaz Anaqi." Arman tergelak.

STAY WITH ME 42
Skip hari Rabu

Mereka berjumpa di Restoran Ceria. Rupa-rupanya kuarters


Arman dan Anaqi tidak jauh dari rumah Meleana dan
Wardani. Jadinya, mereka membuat keputusan untuk pergi
makan di kedai makan yang berdekatan dengan kuarters askar
kerana harga makanan dan minuman mampu milik. Restoran
Ceria merupakan tempat kegemaran Meleana dan Wardani.
Bila dekat KL ni, semua jadi mahal. Bila jumpa kedai makan
yang harga murah, terus jadi tempat favourite.

Setelah mengambil order, mereka berbual-bual sambil


menunggu makanan.

“Nama saya Wardani. Boleh panggil saya Dani." Ujar


Wardani.

"Saya Arman, yang ni pula Anaqi. Saya panggil awak Dani


jelah ye. Dani asal mana? Sama macam Leana juga ke?"
Tanya Arman.

"Haah, Saya asal Muar. Kami memang kawan dari sekolah


rendah. Rezeki dapat kerja tempat yang sama."

STAY WITH ME 43
"Dani ni single lagi ke? Kalau single dan available, Arman
nak try ni. Hahahaha" Sakat Anaqi

"Haha, saya single. Masih mencari lagi ni. Hehe"

"Hah Arman, kau ada peluang..... aarghh, hishh sakitlah"


Berkerut dahi Anaqi apabila terkena cubitan ketam di peha
dari Arman.

Apalah, kata askar. Tapi kena cubit, terus berkerut dahi.


Hahahaha

Meleana dan Wardani hanya mampu menahan gelak melihat


karenah Anaqi dan Arman.

"Hishh sakitlah kau cubit. Memang betul pun kan kau single
dan available." Ujar Anaqi sambil mengusap tempat yang
dicubit Anaqi tadi.

"Hehe sorry Leana dengan Dani. Anaqi ni memang tau. Tapi


betul juga. Tak salah kan? Lagipun saya dengan Dani single."
Arman tersengih.

STAY WITH ME 44
"Saya okay je. Hehe. Nak nombor telefon awak boleh?"
Wardani bertanya kepada Arman dengan reaksi tidak tahu
malunya itu.

"Haa, awak taip dekat nombor telefon awak dekat telefon saya
jelah. Saya lelaki, takkan awak pulak yang nak mula langkah
pertama." Ujar Arman sambil memberi telefon miliknya
kepada Wardani.

"Saya tak kisah, hihi"

Meleana yang melihat dari tadi hanya mampu mengelengkan


kepala sambil tersenyum. Tak sangka dia yang Wardani tu
jadi miang bila jumpa abang askar.

STAY WITH ME 45
"Wah kau Dani, suka kau ye dapat couple dengan Arman.
Tercapai juga impian kau nak couple dengan askar. Tapi kau
tak rasa awal sangat ke couple dengan Arman? Kan kau baru
jumpa dia tadi."

"Alah kau. Daripada hari kau balik hari tu, bila kau cerita
pasal diaorang, mata kau dah menceritakan segalanya. Aku
tengok Anaqi tu macam suka je dekat kau. Kau pun sama,
tengok pun dah tahu. Kau suka kan dekat Anaqi. Jujur jelah
dengan aku. Tak payah nak malu malu dengan aku. Kita kan
dah lama kawan."

"Aku memang suka dia, tapi....."

"Tapi apa lagi, kau malu kan sebenarnya?"

"Bila-bila lah aku bagi tahu. Nak kenal hati budi masing-
masing dulu. Kan aku baru kenal dia. Lagipun aku kan tak
suka couple semua tu. Aku taknak bertepuk sebelah tangan.
Kalau Anaqi pun suka aku, aku cakap jelah dengan dia, terus
hantar rombongan dekat keluarga aku. Tak jauh pun, dia
orang Segamat je."

STAY WITH ME 46
"Ikut suka kau lah, Leana. Aku doakan jodoh kau dengan dia.
Korang nampak serasi."

"Hmm" Meleana mengeluh perlahan.

"Kita kan nak pergi Rumah Anak Yatim dengan Rumah


Warga Emas nanti. Nak pergi belanja beli?" Tanya Wardani.
Dia baru teringat kata-kata Meleana yang mahu pergi
menjenguk anak yatim dan warga emas.

"Kita belanja untuk Rumah Anak Yatim hari Jumaat jelah.


Balik kerja terus singgah. Untuk Rumah Warga Emas, kita
pergi lepas balik dari Rumah Anak Yatim jelah. Kalau beli
serentak, nanti pening yang ni untuk siapa, yang itu untuk
siapa." Balas Meleana.

"Lagipun budak budak dah naik sekolah. Kan cuti seminggu.


Aku nak beli alat tulis untuk diaorang." Sambungnya lagi.

"Ohh okay-okay!"

STAY WITH ME 47
Bab 5
Meleana POV

Skip hari Sabtu

Dah lama aku tak pergi ke sini. Rumah Anak Yatim


Kasih. Aku pergi ke sini hari ni bersama Wardani. Kami
berdua menaiki kereta Wardani.

Rumah ini diduduki sebanyak 20 pelajar yang terdiri daripada


13 perempuan dan 7 lelaki. Rumah ini dijaga oleh Puan
Zaahidah dan Tuan Azhad. Mereka membuka rumah anak
yatim kerana mereka ingin memeriahkan suasana rumah
mereka kerana mereka tidak mempunyai zuriat.

Rumah ini juga mempunyai 4 orang pekerja iaitu 1 lelaki dan


3 perempuan. Tuan Azhad hanya mengarahkan mereka
bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

STAY WITH ME 48
Kebiasaannya, banyak sukarelawan yang datang pada hari
Sabtu dan Ahad. Jadi, Tuan Azhad tidak mahu mencampur
adukkan tugas pekerjanya dan sukarelawan yang hadir pada
hari tersebut.

"Assalamualaikum! " Laung Wardani setelah kami keluar dari


kereta.

"Waalaikumussalam. Kak Lea, Kak Dani. Rindunya Isha


dekat akak. Kenapa akak dah lama tak datang sini?" Tanya
Arisha sambil memeluk aku. Terkebil-kebil matanya sambil
mendongak melihat aku.

"Akak ada bawa banyak barang ke? Kalau ada, Risha panggil
yang lain tolong bawakkan." Sambungnya sambil melihat
barang barang dalam kereta.

"Akak dah lama tak datang sebab sibuk sikit. Boleh juga tu,
panggil dalam dua tiga orang tau. Jangan ramai-ramai. Tolong
angkat barang dalam kereta." Balas aku.

STAY WITH ME 49
"Okay kak Lea! Sekejap tau, Risha panggil."

Sementara menunggu Arisha memanggil yang lain, aku


bersiap sedia membuka pintu dan but kereta.

"Haa! Arisha dengan Dariya ambil barang dekat seat


belakang. Farhah dengan Madiha ambil barang dekat but
kereta. Nanti barang yang Arisha dengan Dariya bawa letak
dekat bilik rehat. Barang yang Farhah dengan Madiha bawa
letak dekat dapur. But dengan pintu tu tak payah tutup. Nanti
akak tutupkan." Arah Wardani

"Okay akak!" Jawab mereka serentak.

"Lagi satu, Risha, nanti panggil semua pergi dekat bilik rehat.
Akak ada belikan barang sekolah baru untuk korang." Arahku

"Okay kak Lea!" Sahut Arisha.

STAY WITH ME 50
Aku dan Wardani tersenyum melihat mereka.

End POV

STAY WITH ME 51
"Semua dah berkumpul dekat sini kan?" Tanya Meleana.

"Dah akak!" Jawab semua.

"Memandangkan cuti sekolah hampir berakhir, kak Dani


dengan kak Lea ada belikan barang-barang sekolah baru untuk
korang semua. Alat tulis dan buku latihan. Untuk baju sekolah
yang dah tak muat, nanti akak berbincang dengan Umi
Zaahidah. Manalah tahu, cuti sekolah ni ada yang naik berat
badannya. Okay semua?" Tanya Wardani.

"Kami okay je." Jawab Firas mewakili semua.

"Lepas ni, umi nak masak dengan kak Lea. Kak Dani nak
kemas bilik rehat dan ruang tamu. Ada yang nak tolong umi
dekat dapur?" Puan Zaahidah memulakan bicara.

"Saya! Saya!" Farhah dan Dariya jawab serentak.

STAY WITH ME 52
"Okay, yang lain nanti tolong kak Dani kemas yang apa patut.
Yang lelaki tanya abah ada apa apa tak yang boleh ditolong.
Tolong tanam sayur lagi ke? Cabut rumput-rumput dalam
pasu bunga umi tu ke?" Arah Puan Zaahidah.

"Baik umi!" Jawab semua budak lelaki serentak.

STAY WITH ME 53
"Umi, hari ni kita masak laksa Penang boleh? Tadi Lea ada
beli barang barang buat laksa. Lea dah lama teringin nak
makan laksa yang umi buat, tapi tak sempat nak cakap." Ujar
Meleana sambil membuat muka comel kepada Umi.

Meleana gemar makan laksa Penang yang dibuat oleh Puan


Zaahidah kerana beliau berasal dari Pulau Pinang dan
menetap di Kuala Lumpur setelah berkahwin dengan Tuan
Azhad.

Kata Meleana, laksa umi memang terbaik kerana kuahnya


yang tidak terlalu pekat dan sedap. Jika berkesempatan, Puan
Zaahidah akan buat sendiri mee yang digunakan untuk
dimakan bersama kuah laksa.

"Boleh, apa salahnya kan? Umi pun dah lama tak makan
laksa. Ada beli daun kesom tak? Kalau takde, pergi ambil
dekat belakang rumah. Abah ada tanam sikit hari tu." Balas
umi sambil menunjukkan tempat daun kesom ditanam.

STAY WITH ME 54
"Tadi ada cari juga dekat kedai, tapi takde. Nasib baik ada
tanam, kalau tak menangis tak berlagu Lea hari ni." Meleana
tersengih.

"Dah, pergi minta dekat abah sana." Umi tergeleng geleng


sambil tersenyum tengok karenah Meleana.

STAY WITH ME 55
"Kak Dani, kita nak buat apa? Kalau kita hias semula bilik
rehat tu boleh?" Tanya Kesuma.

"Boleh je. Nanti Fahira dengan Fahara keluarkan semua buku


dekat rak dekat depan tu, susun semula ikut saiz. Kalau boleh
susun ikut ketebalan buku juga. Aathifah, awak ambil
vacuum, bersihkan habuk dulu. Nanti Adlina mop dekat sini.
Yang lain tolong kawan-kawan yang lain ye." Arah Wardani.

"Untuk yang tiada kerja, tolong kak Dani keluarkan piala


dekat dalam almari tu. Kak Dani nak bersihkan habuk habuk
dekat situ." Sambung Wardani sambil menunjukkan almari
yang dipenuhi oleh piala yang dimiliki oleh semua pelajar
yang berada di Rumah Anak Yatim ini.

"Baik kak Dani!" Balas semua serentak.

STAY WITH ME 56
"Abah, hari ni kita nak tanam sayur lagi ke?" Tanya Fahim
menunjukkan reaksi gembira dan teruja.

"Wah semua dah seronok nak tanam sayur. Hari tu bukan


main, kata gelilah, nanti tangan kotor lah. Akhirnya suka
juga." Tuan Azhad tersenyum.

"Kan kitaorang tak pernah tanam sayur. Tu yang takut tangan


kotor dengan tanah tu." Jawab Firas.

"Haa, kalau macam tu, tadi umi ada suruh cabut rumput dekat
pasu bunga umi kan? Aafi, ajak kawan dalam seorang, tolong
cabut rumput dekat pasu bunga umi yang dekat halaman
belakang. Adiel pula, ajak kawan seorang cabut rumput dekat
pasu dekat halaman depan rumah. Yang lain, kita tanam
sayur. Boleh semua?" Tanya Tuan Azhad setelah
membahagikan tugas kepada semua budak lelaki.

"Boleh, abah!" Jawab mereka serentak.

STAY WITH ME 57
"Abah, daun kesom ada lagi tak? Hari ni Lea dengan umi nak
masak laksa Penang." Meleana mencelah perbualan Tuan
Azhad dengan budak lelaki.

"Ya Allah, sedapnya laksa Penang. Haa, ada tu dekat pasu


situ. Ambil lah nak berapa banyak. Ni abah nak tanam lagi."

"Okay abah!"

STAY WITH ME 58
"Farhah, pergi panggil kak Dani dengan lain ajak makan.
Dariya, panggil abah dengan budak lelaki yang lain ajak
makan juga. Umi dengan kak Lea dah nak siap hidang
makanan." Arah Puan Zaahidah.

"Okay umi!"

Semua berkumpul di ruang makan. Tuan Azhad mengetuai


bacaan doa makan.

"Subhanallah, sedapnya bau laksa Penang. Abah tanam sayur


tadi tahan je bau kuah laksa tu." Abah memulakan bicara.

"Abah ni pun. Kalau dah tahan tu cakap aja. Umi ni boleh je


bagi sikit buat rasa rasa."

Semua makan laksa dan pencuci mulut yang dibuat oleh


Meleana. Pencuci mulut yang dibuat oleh Meleana ialah
puding jagung. Air pada hari ini ialah sirap limau ais.

Setelah selesai makan, mereka berkumpul di ruang tamu.

STAY WITH ME 59
"Esok kamu berdua ada aktiviti ke?" Tanya Puan Zaahidah.

"Kami ingatkan nak pergi Rumah Warga Emas Zahrah."

"Ohh kalau macam tu, nanti umi nak kirim duit boleh? Nanti
kamu berdua belilah apa-apa."

"Boleh je umi." Jawab Wardani.

"Umi, abah. Kitaorang balik dulu ya. Nanti nak singgah


supermarket kejap. Nak beli barang barang nak bawa esok."
Pamit Meleana dan Wardani.

"Haa yelah. Baik baik bawa kereta tu."

"Baik umi. Semua, akak balik dulu ya. Nanti bila bila akak
free akak datang lagi. Bye semua!" Ujar Meleana dan
Wardani.

STAY WITH ME 60
"Bye akak!" Kata semua serentak.

Setelah selesai salam dan memasukkan barang ke dalam


kereta, mereka memulakan perjalanan untuk ke supermarket.

Wardani memecahkan suasana sunyi dalam kereta yang hanya


kedengaran bunyi radio.

"Lea, esok kau tak nak try ajak Arman dengan Anaqi pergi
rumah warga emas tu? Mana tahu diaorang nak."

Meleana yang hendak tertidur terjaga apabila terdengar suara


Wardani.

"Haa? Apa kau cakap tadi?"

"Try ajak Anaqi dengan Arman pergi rumah warga emas tu


esok."

"Okay. Aku call kejap."

STAY WITH ME 61
"Assalamualaikum Anaqi"

"Waalaikumussalam, ya Leana. Kenapa call?"

"Ingatkan nak ajak awak dengan Arman esok pergi Rumah


Warga Emas Zahrah. Nak hantar barang barang dapur dekat
sana. Esok free ke?"

"Saya dengan Arman free je esok. Pukul berapa nak pergi?

"Saya pergi dalam pukul 9. Nanti saya share location dekat


awak."

"Okay"

"Saya letak dulu ya. Apa apa chat je saya. Assalamualaikum"

Setelah Meleana mematikan panggilan, Wardani dengan


teruja terus menanya Meleana.

STAY WITH ME 62
"Weyhh, diaorang boleh pergi tak?"

"Anaqi kata boleh."

Wardani terus tersuka ria kerana dapat jumpa buah hati esok.

STAY WITH ME 63
Sementara di kuarters Anaqi dan Arman.

Bunyi telefon mengejutkan tidur Arman. "Qi,ni Leana ada call


kau." Amran berkata sambil mamai baru bangun tidur.

Anaqi yang sedang berada di dapur terus berlari untuk


mendapatkan telefonnya.

Skip panggilan telefon

"Man, esok kita ikut Leana dengan Dani pergi rumah warga
emas boleh kan? Diaorang ada nak hantar barang dapur dekat
sana. Lagipun, kita dapat tambah pahala."

"Aku on je. Lagipun aku dapat jumpa buah hati aku." Arman
tersengih.

Arman dan Wardani telah couple semenjak pertama kali


mereka berjumpa.

STAY WITH ME 64
"Nanti kita pergi belanja sikitlah. Takkan nak bawa tangan
kosong pergi sana. Belilah buah-buah dengan barangan dapur
sikit." Ujar Anaqi.

"Lepas Asar lah kita pergi."

"On!"

STAY WITH ME 65
Bab 6
Keesokkan harinya,

Meleana dan Wardani selamat tiba di Rumah Warga


Emas Zahrah. Mereka berdua menggunakan kereta Wardani
kerana semalam mereka berbelanja menggunakan kereta
Wardani.

Ingatkan nak angkut semua barang ke kereta Meleana, tapi


mengenangkan banyak barang yang kena angkat dan berat,
mereka membuat keputusan untuk tinggalkan barang tersebut
dalam kereta Wardani.

"Lea, Anaqi dengan Arman dah sampai belum? Aku tak


nampak pun diaorang." Tanya Wardani sambil mencari kereta
kepunyaan Arman. Anaqi dan Amran menggunakan
kenderaan Arman iaitu Honda City yang berwarna hitam.

STAY WITH ME 66
Arman ni, dahlah single, lepas tu bawa Honda City, handsome
pula tu.

"Haa, tu pun diaorang." kata Wardani lalu menunjukkan


keberadaan kereta Honda City kepunyaan Arman.

Setelah mereka semua keluar dari kereta, mereka berbual-bual


dahulu sebelum masuk ke dalam rumah.

"Hehe sorry lambat sikit. Tadi sesat tak jumpa rumah ni.
Maklumlah, tak biasa dengan jalan KL ni." Ujar Anaqi sambil
menggaru belakang leher.

"Takpe, kitaorang faham. Lagipun takdelah lambat mana pun.


Kitaorang pun baru je sampai." Balas Meleana sambil
tersenyum.

Arman yang melihat di dalam kereta Wardani itu terus


menanyakan soalan kepada mereka.

STAY WITH ME 67
"Ni korang bawa banyak barang kan, nak kitaorang tolong
angkatkan tak? Kitaorang kan abang askar, sado" Kata Arman
sambil menunjukkan otot di lengan tangannya.

"Hishh kau ni, sempat nak berlagak pula." Marah Anaqi


terhadap Arman.

Meleana dan Wardani menahan gelak melihat telatah Anaqi


dan Arman.

"Emm boleh juga. Tolong angkatkan beras dengan gula dekat


but belakang. Dekat but tu, ada juga barang yang berat dan
besar. Yang lain biar saya dengan Dani je yang angkat. Nanti
beras dengan gula tu letak dekat dapur ya. Yang lain letak je
dekat pintu tu. Nak tanya ibu dulu nak letak mana barang
barang yang tu." Arah Meleana sambil menunjukkan barang
barang yang berada di but kereta Wardani.

"Okay!" Jawab Arman dan Anaqi serentak.

STAY WITH ME 68
"Kitaorang pun ada bawa barangan dapur sikit. Saya terus
letak dekat dapur ya nanti." Sambung Anaqi sambil menunjuk
barangan yang dibawa di dalam kereta Arman.

"Boleh je"

"Nanti jumpa pemilik rumah ni, panggil dia ibu tau. Dia lebih
selesa orang panggil dia ibu." Ujar Wardani.

Anaqi dan Arman mengangguk sebagai tanda faham.

"Assalamualaikum!" Laung Wardani dari luar.

"Waalaikumussalam, Ya Allah, Dani, Leana. Dah lama tak


datang sini. Rindu betul ibu dengan korang. Masuk, masuk!"
Sahut Puan Wani selaku pemilik Rumah Warga Emas Zahrah.

STAY WITH ME 69
Beliau lebih selesa dipanggil ibu kerana apabila dia menjaga
warga emas, dia merasakan dia merupakan ibu kepada semua
warga emas di sini.

Rumah Warga Emas Zahrah ini telah ditubuhkan sejak 3


tahun lalu. Rumah ini ditubuhkan semenjak Puan Wani
kehilangan ibu bapanya serta suaminya. Dia berasa
bertanggungjawab untuk menjaga warga emas yang
kesusahan.

"Emm ibu, ni Leana dengan Dani ada bawa kawan. Yang


tengah angkat beras tu, Anaqi. Yang angkat gula tu, Arman.
Kawan Leana dekat kem." Kata Meleana sambil menunjukkan
Anaqi dan Arman.

"Betul ke kawan? Ke ada apa apa ni?" Puan Wani tersenyum


sambil menyalam tangan Meleana.

STAY WITH ME 70
"Betul lah ibu, Dani je yang dengan Arman tu. Leana mana
nak couple tu semua. Nanti tahu tahu dia dah bergelar isteri
orang." Wardani menyampuk sebaik sahaja giliran dia untuk
menyalam Puan Wani.

"Apa apa sahajalah korang ni. Ni haa, rezeki korang dengan


kawan korang tu hari ni. Ibu baru nak masak nasi beriani.
Semua teringin, tu yang ibu nak masak nanti."

"Subhanallah ibu, sedapnya. Dah lama tak makan nasi beriani


yang ibu masak." Ujar Meleana

Kelihatan Anaqi dan Arman sudah selesai mengangkat semua


barangan yang dibawa oleh mereka.

"Assalamualaikum ibu, maaf lambat tegur ibu. Angkat barang


dulu tadi." Ujar Anaqi dan Arman sambil menundukkan
kepala sebagai tanda hormat kepada Puan Wani.

STAY WITH ME 71
"Waalaikumussalam, takpe, ibu faham. Ni namanya siapa.
Senang nanti kalau ibu nak panggil." Tanya Puan Wani sambil
menunjukkan ke arah Anaqi.

"Nama saya Anaqi. Nak panggil apa apa pun tak kisah."

"Yang ni pulak?" Tanyanya lagi lalu menunjukkan ke arah


Arman pula.

"Nama saya Arman."

"Ibu dah kenal korang, senang sikit nak panggil. Korang nak
buat apa, buatlah. Borak-borak dengan atuk dan nenek ke? Ibu
nak masak kejap. Leana dengan Dani, jom tolong ibu masak.
Ibu pergi dapur dulu ye." Pamit Puan Wani.

STAY WITH ME 72
Anaqi masuk ke dalam untuk melihat beberapa warga emas
yang sedang duduk di ruang tamu rumah ini. Manakala
Arman pergi ke halaman belakang rumah.

"Assalamualaikum nenek." Ujar Anaqi yang ingin berkenalan


dengan seorang nenek yang duduk di atas kerusi roda. Dia
menyalam nenek itu.

'Mungkin nenek pernah terlibat dalam kemalangan.' Bisik


Anaqi dalam hati.

"Waalaikumussalam, nak. Kamu siapa? Nek wan tak pernah


nampak kamu pun sebelum ni." Ujar nenek itu yang lebih
gemar membahasakan dirinya sebagai nek wan.

"Saya Anaqi, kawan Meleana." Ujar Anaqi sambil tersenyum.

"Segak kamu ni. Sesuai dengan Leana tu."

STAY WITH ME 73
"Taklah nek. saya biasa biasa je." Ujar Anaqi yang
menidakkan ketampanan dirinya itu. Dia mengusap belakang
lehernya.

"Kamu datang sorang je ke? Kamu ni kerja apa? Badan kamu


tegap. Mesti kerja berat. Macam arwah suami nek wan dulu."
Kata nek wan.

Baginya Anaqi ini seperti sama arwah suaminya yang


meninggal akibat kemalangan jalan raya. Nek wan terselamat
dalam kemalangan itu tetapi kejadian tersebut telah
mengorbankan arwah suaminya dan menyebabkan nek wan
tidak boleh berjalan seperti biasa kerana kecederaan di tulang
dan otot kaki.

"Saya datang dengan kawan saya. Nama dia Arman. Saya


dengan Amran kerja askar. Tu yang badan tegap sikit. Arwah
suami nek wan pun askar juga ke?"

STAY WITH ME 74
"Taklah. Dia dulu polis. Nenek pun dulu polis. Tapi sebab
kemalangan itu, nenek bersara awal. Kesihatan nenek tak
membenarkan."

"Innalillah. Takpelah nek, kesihatan lagi penting. Harap nek


wan tabah ya." Ujar Anaqi sambil mengusap belakang nek
wan.

Anaqi yang ingin menanyakan mengapa nek wan tinggal di


sini terus membatalkan niatnya kerana dia tidak mahu
menyinggung hati nek wan.

STAY WITH ME 75
Sementara itu, Arman pula berkenalan dengan atok yang
berada di halaman belakang. Atok tersebut seperti tengah
termenung memikirkan sesuatu.

"Assalamualaikum tok, saya Arman. Atok, apa khabar?


Sihat?" Arman memulakan perbualan sambil menghulurkan
tangan untuk di salam.

"Waalaikumussalam, tok sihat. Kamu kawan Leana dengan


Dani ke? Tadi tok nampak kamu datang sama-sama dengan
mereka." Ujar tok Malik itu. Dia menyambut huluran tangan
Amran.

"Tok tengah termenungkan apa tadi?" Tanya Arman sambil


bermain dengan rumput di halaman itu.

"Tok tengah fikir kenapa anak-anak tok tinggalkan tok dekat


sini. Apa salah tok. Tiada pun sorang lawat tok dekat sini."
Ujar tok Malik yang hampir mahu mengalirkan air mata
mengenangkan nasib dia.

STAY WITH ME 76
"Tok, saya pun tak berani nak cakap. Anak anak ni macam
takde rasa tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa mereka."

"Tok pun rasa begitu. Tapi tak mengapa, tok dah maafkan
semua kesilapan diaorang. Mungkin mereka terlalu lalai
dengan duniawi."

Arman menganggukkan kepalanya tanda benar tentang


kenyataan yang diberitahu oleh Tok Malik itu tadi.

Sebagai seorang anak, kita perlulah mempunyai rasa


tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa kita. Walaupun
sesibuk mana kita dengan duniawi, carilah ruang masa untuk
mereka. Mereka telah menjaga kita dari kecil hingga dewasa.
Mereka juga sanggup melakukan apa sahaja untuk kita.
Jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita semasa
kecil. Senangkan hati kedua ibu bapa kita, In Sha Allah, Allah
akan permudahkan segalanya.

STAY WITH ME 77
Kalau betul kita sibuk dengan kerja dan takut apabila
tinggalkan mereka di rumah kerana mereka mempunyai sakit
yang teruk, hantarlah mereka ke rumah warga emas dan ambil
apabila selesai kerja. Hantar mereka dengan niat untuk
mencari kawan untuk mereka dan mengembirakan hati
mereka.

Tapi sebaiknya jagalah mereka di rumah berbanding


mengharapkan orang yang menjaga mereka. Aib mereka
biarlah hanya kita sahaja yang tahu.

STAY WITH ME 78
Sementara di dapur, Puan Wani, Meleana dan Wardani telah
memulakan kerja untuk memasak nasi beriani. Puan Wani
telah menyediakan semua bahan untuk di masak. Jadinya,
Meleana dan Wardani hanya perlu menolong memasak sahaja.

"Leana, ambil periuk tu. Ibu nak masak ayam beriani ni.
Leana masukkan bahan yang ibu dah sediakan tu. Dani, basuh
beras tu dulu, nanti biar ibu yang masak." Arah Puan Wani
sambil menunjukkan bahan-bahan yang perlu dimasak.

"Okay ibu!"

"Ibu, nanti Dani dah siap basuh beras, Dani buat acar nenas
tau." Kata Wardani.

"Baik, ibu."

STAY WITH ME 79
Skip masak

Meleana dan Wardani telah siap menghidangkan semua


makanan yang dimasak oleh mereka tadi.

Menu pada hari ini ialah Nasi Beriani Ayam, puding jagung
dan air sirap bandung. Turut disediakan bubur ayam untuk
beberapa warga emas yang kurang sihat.

Semua hidangan disediakan di atas meja makan. Untuk bubur,


Meleana menyediakan di tepi meja katil untuk yang tidak
mampu bangun. Meleana perlu menyuap mereka terlebih
dahulu sebelum dia menjamah hidangan yang disediakan.

Manakala Wardani menyediakan di sebuah meja khas untuk


warga emas yang menggunakan kerusi roda.

Meja khas untuk warga emas yang berkerusi roda lebih


rendah sedikit berbanding dengan meja biasa.

STAY WITH ME 80
"Dani, panggil semua untuk makan. Jangan lupa panggil
Anaqi dengan Arman tu sekali."

"Baik ibu. Tak mungkinlah Dani lupa panggil Anaqi dengan


Amran tu." Ujar Wardani sambil tersengih.

Semua telah bersiap sedia untuk menjamu hidangan yang


disediakan.

"Anaqi, ibu nak minta tolong ketua baca doa boleh?" Pinta
Puan Wani.

"Boleh ibu."

STAY WITH ME 81
Skip makan

Selesai makan, Meleana dan Wardani menolong mengemas di


bahagian meja makan dan di dapur.

Manakala, Anaqi dan Aanrm menolong warga emas untuk


membawa mereka pergi ke ruangan solat untuk membantu
mereka mengambil wuduk.

Untuk warga emas wanita yang berkerusi roda, Meleana dan


Wardani sudah hantar mereka terlebih dahulu ke ruangan solat
dan Puan Wani akan membantu mereka.

Puan Wani tidak mengambil pekerja untuk membantu dia


kerana pada setiap hari akan ada sukarelawan yang datang
untuk membantunya.

Untuk hari ini, Meleana, Wardani, Anaqi serta Amran datang


untuk membantunya. Kadang kala saudara Puan Wani datang
dan tidur di sini untuk menbantu Puan Wani.

STAY WITH ME 82
Pada mulanya, dia pernah mengambil pekerja. Akan tetapi,
pekerjanya suka mengambil kesempatan. Puan Wani kurang
yakin untuk mengambil pekerja lagi.

Warga emas di rumah ini mudah dijaga. Itu juga merupakan


salah satu sebab mengapa Puan Wani tidak mengambil
pekerja. Dia boleh mengawal semua urusan di dalam rumah
ini.

Selesai solat, Meleana dan Wardani berbual bual dengan


warga emas yang lain.

Tak lama selepas itu, Meleana meminta izin untuk pulang ke


rumah.

"Ibu, Leana dengan Dani balik dulu ya. Nanti dah petang
sangat takut sesak jalan." Pamit Meleana sambil menyalam
Puan Wani.

STAY WITH ME 83
"Haa, yelah. Bawa kereta tu elok elok Dani. Hari Ahad ni
banyak kenderaan."

"Baik ibu." Balas Wardani sambil mengangkat tangan sebagai


tanda faham. (Yang macam kawad jumpa ketua tu, tak pandai
nak explain)

"Ibu, Arman dan Anaqi balik juga ya. Petang ni pihak atasan
nak jumpa. Maaflah datang sekejap je." Kata Amran sambil
menggaru kepalanya.

"Haa kamu pun hati hati juga. Takpe, korang dah datang ni
pun ibu dah bersyukur sangat ada yang nak tolong ibu hari
ni."

"Balik dulu ya ibu." Ujar mereka berempat serentak.

Mereka terus bergerak pulang ke rumah masing-masing.

STAY WITH ME 84
Bab 7
Hujung minggu telah berlalu, Meleana dan Wardani
kembali bekerja di pejabat.

Untuk hari ini, mereka terpaksa menaiki berlainan kereta


kerana Wardani perlu pulang awal untuk menyelesaikan
bayaran cukai.

"Lea, nanti kau pergi kerja naik kereta sendiri tau. Nanti lepas
makan tengah hari aku balik awal sebab nak bayar cukai. Aku
nak naik kereta kau hari ni, tapi aku baru teringat nak bayar
cukai." Ujar Wardani sambil mengambil kunci kereta
miliknya.

Memang sekarang pembayaran cukai boleh dibuat di atas


talian, tetapi Wardani perlu jumpa seseorang untuk hal urusan
rumah.

STAY WITH ME 85
Meleana yang sedang mematikan suis lampu terberhenti
seketika apabila terdengar suara Wardani.

"Haa yelah. Kau dah nak pergi ke?" Balas Meleana.

"Haah" Wardani bergegas masuk ke dalam kereta.

Garaj rumah mereka muat untuk memparkingkan dua buah


kereta. Wardani terpaksa keluar terlebih dahulu kerana kereta
dia menghalang kereta Meleana. Kereta Wardani berada di
hadapan sedikit kerana semasa hujung minggu yang lalu,
mereka hanya menggunakan kereta Wardani sahaja. Kereta
Meleana dimasukkan ke dalam sedikit demi keselamatan.

"Elok-elok bawa kereta tu."

Meleana yang telah selesai mematikan semua suis terus


mengambil kunci kereta. Dia terus memakai kasut dan
mengunci semua pintu pagar.

STAY WITH ME 86
Sebaik sahaja selesai mengunci pintu pagar, Meleana terus
menekan kunci kereta miliknya dan masuk ke dalam kereta.

Setelah Meleana keluar dari garaj rumah, pintu pagar rumah


ditutup dengan menggunakan sistem automatik dengan
menggunakan remote yang diletak di kunci keretanya.

Sejurus tiba di pejabat, Meleana terus thumb print tanda dia


telah masuk bekerja. Setelah selesai thumb print, Meleana
menekan button lift untuk ke atas.

Bangunan tempat dia bekerja ini mempunyai 10 tingkat.


Tempat kerjanya di tingkat 9 manakala Wardani di tingkat 8.
Mereka berdua bekerja di tempat yang sama, tetapi berlainan
department.

Setelah dia duduk di tempat kerjanya, dia terus memulakan


kerjanya.

Tak lama selepas itu, kedengaran interkom Meleana berbunyi.

STAY WITH ME 87
Bos Meleana di tempat kerja ini, iaitu Puan Tengku Aileen
Farhana selaku CEO di Syarikat Alam Holding menelefon
Meleana untuk masuk ke dalam biliknya pada pukul 10 pagi
nanti.

Bilik Puan Aileen Farhana berada di tingkat 10, sama aras


dengan bilik mesyuarat dan bilik perjumpaan klien.

Jam telah menunjukkan waktu 10 pagi. Meleana terus pergi ke


bilik bosnya. Dia perlu menaiki lift untuk ke sana.

Tok tok tok

"Masuk!" Kedengaran suara Puan Farhana yang sedikit dingin


menyuruh Meleana masuk ke dalam biliknya.

Kelihatan Puan Farhana sedang duduk di tempatnya. Beliau


memakai pakaian rasmi iaitu tudung hitam, kot hitam dan kain
hitam.

STAY WITH ME 88
Meleana segera pergi ke meja Puan Farhana.

"Silakan duduk Leana."

"Terima kasih, puan." Ujar Meleana sambil menundukkan


dirinya dan terus duduk di tempat yang disediakan.

"Leana, hujung minggu ni awak ada apa-apa program ke?"


Puan Farhana memulakan perbincangan.

Dia ingin memastikan bahawa Meleana tidak mempunyai apa-


apa aktiviti untuk hujung minggu ini kerana dia ingin
menyampaikan bantuan.

"In Sha Allah, tiada puan. Kenapa? Puan perlukan bantuan


saya ke?"

STAY WITH ME 89
"Baguslah kalau tiada hal. Saya nak minta awak dan Wardani
pergi beri bantuan dekat gelandangan hari Sabtu ni. Ni duit
untuk belikan mereka makanan dan barangan keperluan.
Dalam ni, ada kira-kira RM1000, saya harap awak dapat
gunakan wang ini dengan betul. Kalau ada lebih, sedekah
sahaja dekat mana mana tempat yang memerlukan sama ada
dalam betul wang ataupun barangan. " Kata Puan Farhana
sambil menghulurkan sampul yang berisi wang tunai.

Meleana dan Wardani adalah salah satu orang yang amat


dipercayai untuk melakukan tugasan ini.

Sudah menjadi kebiasaan di Syarikat Sirius Holding untuk


membantu orang yang kesusahan. Pada setiap hujung minggu,
terdapat beberapa staf yang di pilih, mereka akan diberikan
wang sebanyak RM1000 untuk membantu gelandangan atau
orang orang yang memerlukan. Bantuan yang biasa diberikan
berbentuk makanan.

"Baik puan. Apa apa saya akan maklumkan pada Izzati. Saya
minta diri dulu." Pamit Meleana.

STAY WITH ME 90
Izzati merupakan setiausaha dan pembantu peribadi kepada
Puan Farhana.

Puan Farhana menganggukkan kepalanya tanda memberi


kebenaran kepada Meleana untuk keluar dari biliknya.

Sebaik sahaja Meleana duduk di tempatnya, kedengaran


telefonnya berbunyi.

Wardani menelefonnya.

Wardani mengatakan bahawa dia ingin mengajak Meleana


keluar makan tengah hari bersama sama dengan dia.

Kadangkala, Meleana sering keluar makan tengah hari


bersama rakannya yang lain berbanding Wardani.

STAY WITH ME 91
Skip

Meleana dan Wardani pergi keluar makan tengah hari di


restoran terdekat yang berada beberapa minit dari pejabat
mereka. Mereka pergi bersama sama.

Sebaik sahaja selesai order, Meleana membincangkan tentang


bantuan yang diamanahkan oleh Puan Farhana kepada
mereka.

"Dani, nanti kau mesej orang yang kau selalu tempah


makanan tu, cakap nak dalam 250 makanan. Minta nasi
ambeng tau. Air tempah air sarsi atau air sirap ais je. Tadi
Puan Farhana bagi duit dalam RM1000 minta kita sedekahkan
dekat gelandangan." Meleana memulakan perbualan diantara
mereka.

"Haa okay okay. Ada nak tempah apa-apa lagi ke? Aku rasa
macam ada lebih duit tu." Balas Wardani sambil mencari
nombor telefon pihak tempahan di dalam telefonnya.

STAY WITH ME 92
"Kita sedekahkan je dekat mana-mana."

"Bagus juga tu."

Setelah selesai makan, Meleana kembali pulang ke tempat


kerja manakala Wardani Kembali sebentar ke pejabat untuk
thumb print lalu pulang untuk menyelesaikan urusan.

STAY WITH ME 93
Bab 8
Minggu ini merupakan minggu sibuk untuk Anaqi dan
Arman. Mereka perlu menyelesaikan beberapa tugasan
penting sebelum mereka pulang semula ke Kem Terendak.

Tugasan di Kuala Lumpur hanya perlu mengagihkan tugas


untuk kem yang dilaksanakan untuk rekrut baharu. Pihak Kem
Terendak menghantar Anaqi dan Arman kerana mereka
merupakan orang penting dalam melatih rekrut untuk tahun
ini.

Untuk kem seterusnya, ia akan dijalankan di Perak. Mereka


yang terlibat perlu menyusun pelbagai tugasan.

Untuk kem di Perak, Anaqi dan Arman hanya perlu


membantu pihak atasan yang terlibat.

STAY WITH ME 94
Semasa bertugas di Kuala Lumpur, Anaqi dan Arman
diberikan sebuah bilik yang disediakan.

Arman yang sedang menyusun fail terberhenti seketika kerana


teringat sesuatu.

"Haa Qi, aku baru teringat nak tanya kau. Kita gerak balik
Terendak bila?"

Anaqi yang sedang menyemak borang-borang rekrut


mengalihkan perhatian kepada Amran.

"Lepas sembahyang Jumaat lah, kiranya dalam pukul 3


macam gitulah."

"Kalau nak cepat, kita pergi sembahyang tu, terus kemas beg
masukkan dalam kereta. Siap sembahyang terus gerak balik
Terendak." Sambung Anaqi lagi.

STAY WITH ME 95
"Kalau macam tu, kita gerak lepas siap sembahyang jelah.
Aku takut sesak je nanti." Ujar Arman sambil menyiapkan
kerja menyusun fail.

Anaqi mengangguk tanda betul tentang kesesakan jalan raya


nanti.

Semasa Anaqi dan Arman ralit membuat kerja masing-


masing, kedengaran pintu diketuk tanda ada orang ingin
masuk.

Tok tok tok

Mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum


membenarkan orang tersebut masuk.

"Masuk!" Sahut Anaqi.

STAY WITH ME 96
Anaqi dan Arman memberhentikan sebentar kerjanya lalu
memberi perhatian kepada orang tersebut.

Kelihatan Karina kemas dalam berpakaian seragam yang


berada sebalik pintu.

"Anaqi, Arman maaf menganggu. Tuan Muammar nak jumpa


kamu berdua sebelum makan tengah hari. Pukul 11.30 pagi
pergi ke bilik dia." Pembantu Tuan Muammar iaitu Karina
memberi pesanan kepada Anaqi dan Arman.

"Baik, kami kena bawa apa apa maklumat atau yang


berkenaan ke?" Ujar Anaqi sambil berdiri menunjukkan tanda
hormat kepada Kirana yang datang menyampaikan pesanan
Tuan Muammar.

"Tadi Tuan tiada pesan apa apa kepada saya untuk kamu
berdua bawa apa apa. Bawa telefon je kalau macam itu. Apa
apa boleh taip dekat note je nanti."

"Okay baik" Balas Arman sambil tersenyum.

STAY WITH ME 97
"Kalau macam itu, saya balik ke tempat saya dulu ya." Pamit
Kirana.

Anaqi mengangguk tanda okay kepadanya.

Sebaik sahaja Kirana keluar dari bilik mereka, mereka berdua


menyambung semula kerja.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Anaqi dan Arman


mengemas semua fail dan borang supaya kelihatan lebih
teratur.

Bilik Tuan Muammar berada kira-kira selang 4 bilik dari bilik


mereka.

Anaqi mengetuk pintu bilik Tuan Muammar.

Tok tok tok

STAY WITH ME 98
"Masuk!" Kedengan suara dingin Tuan Muammar
membenarkan mereka berdua masuk ke dalam biliknya.

Tuan Muammar yang segak berpakaian seragam askar sedang


duduk di tempat mejanya.

Anaqi dan Arman terus masuk dan menutup pintu bilik


semula. Mereka berdiri berhadapan dengan meja Tuan
Muammar.

"Tuan!" Kata Anaqi dan Arman sambil membuat tanda


hormat (macam kawad)

"Silakan duduk kamu berdua." Kata Tuan Muammar dengan


tegas membenarkan mereka berdua duduk di kerusi yang
disediakan.

Tuan Muammar tidaklah jahat sampai tidak membenarkan


mereka berdua berdiri sepanjang perbincangan mereka.

STAY WITH ME 99
"Saya baru berkesempatan untuk jumpa kamu berdua. Jadi
bagaimana dengan kem di Tumpat hari itu? Ada apa apa
masalah ke?" Tuan Muammar memulakan perbincangan
antara mereka.

"Alhamdulillah, tiada masalah tuan. Semua berjalan dengan


lancar." Balas Anaqi.

"Arman, kamu baik baik sahajakan ikut Arman ke mana-mana


sahaja? Kalau kamu ada masalah, beritahu, nanti saya akan
arahkan pihak yang lain ganti awak."

"Saya okay je tuan. Tak kisah pun. Sudah menjadi kebiasaan


untuk saya untuk ikut Anaqi." Balas Arman sambil tersengih.

"Baguslah kalau macam itu."

Mereka semua meneruskan perbincangan untuk kem


seterusnya.

STAY WITH ME 100


Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.

"Anaqi dan Arman, marilah ikut saya pergi lunch. Saya


belanja. Kamu berdua pun hujung minggu ini dah nak balik
Terendak kan?" Kata Tuan Muammar sambil mengambil
telefon dan dompet yang disimpan di dalam laci.

"Haah tuan, kami balik hari Jumaat ni."

Sebaik sahaja mereka keluar dari bilik Tuan Muammar, Anaqi


dan Arman terus pergi ke lobi, manakala Tuan Muammar
berhenti sebentar di meja Kirana untuk memaklumkan
bahawa dia pergi makan tengah hari bersama Anaqi dan
Arman.

Mereka pergi makan di kedai makan yang tidak jauh dari


kem.

STAY WITH ME 101


Keesokkan harinya

Kedengaran lagu Its You yang dinyanyikan oleh Suzairi


berkumandang di radio.

Meleana dan Wardani dalam perjalanan untuk pulang ke


rumah setelah seharian bekerja.

"Lea, Anaqi ada beritahu kau tak yang hari Jumaat ni diaorang
dah balik Terendak?" Tanya Wardani yang duduk di bahagian
penumpang hadapan.

Meleana yang memandu hari ini kerana mereka menaiki


kereta Meleana untuk pergi ke kerja.

"Eh, takde pulak dia beritahu aku. Mungkin dia busy kot."
Teka Meleana.

STAY WITH ME 102


"Alaa, aku baru nak ajak diaorang pergi sumbang makanan
dekat gelandangan weekend nanti. Kenapal ah diaorang balik
hari Jumaat. Huaaaa!" Kata Wardani sambil membuat muka
hendak nangis.

Ceh Dani ni, nak jumpa Arman beritahu jelah. Nak nangis
pulak

"Dahlah kau. Nak dating pergi jelah. Takyah nak buat muka
nangis tu."

"Kalau aku pergi dating, kau jangan nangis pulak. Mana tahu
kau jeles." Sengih Wardani.

"Buang masa aku nak jeles. Lagipun kau keluar dengan


Arman, bukan dengan Anaqi. Nanti kau pergi dating tu, cakap
dengan Arman, aku kirim salam dekat Anaqi."

STAY WITH ME 103


"In Sha Allah. Aku keluar dengan Arman malam ni tau.
Makan malam takyah masak pun takpe. Kau tu bukan makan
malam sangat pun."

Meleana mengiyakan apa yang Wardani kata itu. Meleana


bukan seorang yang makan malam. Dalam seminggu, dalam 3
kali sahaja dia makan malam. Bukan sebab jaga badan, tapi
dia yang malas nak makan. Dia lebih suka duduk di dalam
bilik sambal menonton drama yang ada di dalam Netflix.
Wardani sahaja yang rajin makan.

Bak kata Wardani, jimat perbelanjaan dapur. Sebab mereka


tidak selalu berada di rumah terutama hujung minggu kerana
sibuk menguruskan aktiviti sukarelawan.

STAY WITH ME 104


Bab 9
Skip hari Sabtu

Pagi ini, Meleana dan Wardani pergi ke rumah tempat


Wardani membuat tempahan makanan untuk diberikan kepada
gelandangan tengah hari nanti.

Hari ini mereka menaiki kereta Meleana. Meleana yang


memandu pada hari ini. Sebelum pergi tadi, Wardani hendak
membawa keretanya, tetapi Meleana halang kerana takut
orang yang menguruskan makanan yang ditempah menelefon
Wardani.

Boleh sahaja semasa Wardani memandu, dia membuka loud


speaker jika orang tersebut menelefonnya, tetapi Meleana
risau jika Wardani hilang fokus semasa memandu.

STAY WITH ME 105


Jadinya, Meleana membuat keputusan biarlah dia sahaja yang
memandu untuk hari ini.

Semasa dalam perjalanan, Meleana memulakan perbualan


dengan menanyakan tentang makanan yang ditempah tempoh
hari lalu.

"Dani, kau dah telefon belum Cik Nora tu? Kang nanti kita
datang dia belum siap kemas-kemas lagi."

Cik Nora merupakan orang yang selalu berurusan denga


Wardani untuk menempah makanan untuk diberi kepada
orang-orang yang diperlukan.

"Dah, tadi sebelum gerak, aku dah mesej dia. Cik Nora kata
okay." Balas Wardani

"Haa baguslah."

STAY WITH ME 106


Mereka berdua telah tiba di rumah Cik Nora. Meleana telah
siap-siap memarking undur untuk memudahkan semua
makanan dan minuman dimasukkan ke dalam but kereta dan
tempat penumpang di bahagian belakang.

Wardani sudah diberitahu oleh Cik Nora sebaik sahaja tiba di


rumahnya, tekan loceng dan Cik Nora akan membuka pintu
pagar rumahnya.

"Assalamualaikum Cik Nora!" Laung Wardani kerana dia


sudah keluar dari kereta terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam, Dani. Masuk masuk. Mari sini tolong


angkat semua ni. Acik dah letak semuanya dalam bakul.
Tinggal bawa ke depan je." Sahut Cik Nora.

"Baik, saya masuk dulu tau."

"Lea! Aku masuk dulu tau" Kata Wardani sambil mengetuk


tingkap kereta Meleana kerana dia sedang membuka seatbelt.

STAY WITH ME 107


Meleana menunjukkan tanda okay.

Sebaik sahaja selesai memasukkan semua makanan dan


minuman ke dalam kereta, mereka berdua meminta izin untuk
bergerak ke tempat destinasi.

"Acik, kami berdua pergi dulu. Duit untuk semua ini saya dah
habis bayar kan haritu?" Pamit mereka berdua sambil
menyalam tangan Cik Nora.

"Haah, kamu dah habis bayar hari tu. Nah ni ada serba sedikit
untuk kamu berdua makan tengah hari nanti. Ni pula duit
untuk kamu berdua sumbangkan di mana-mana tempat yang
diperlukan. Terima kasih sudi buat tempahan dekat acik."
Kata Cik Nora sambil memberi bekal makanan dan minuman
serta sampul duit untuk diberikan kepada mereka.

"Baik, acik. Sama-sama. Kami kan pelanggan tetap acik."


Kata Wardani sambil tersengih.

Cik Nora menganggukkan kepala sambil tersenyum.

STAY WITH ME 108


Meleana memarkingkan keretanya berdekatan dengan Lorong
Bintang.

Meleana dan Wardani membawa bakul yang berisi makanan


dan minuman untuk diagihkan.

Meleana dan Wardani berpisah untuk mengagihkan makanan.

Mereka mula mengagihkan makanan dan minuman kepada


semua gelandangan yang berada di kawasan itu.

Untuk agihan hari ini, semua bekalan makanan dan minuman


habis diagihkan kepada semua gelandangan.

Meleana dan Wardani berjumpa semula di kereta. Kedengaran


azan menandakan telah masuk waktu Zuhur.

STAY WITH ME 109


"Dani, kita pergi solat dekat surau depan tu,boleh kan? Kita
makan lepas solat." Cadang Meleana sambil menunjuk di
mana surau.

"Bagus juga tu, telekung aku ada letak dekat belakang."

"Jom gerak pergi surau depan tu."

Setelah selesai solat, mereka berdua terus makan makanan


yang dibekalkan oleh Cik Nora tadi pagi.

Sejurus selesai makan, mereka pergi ke tempat tempat yang


mereka ingin menghulurkan bantuan.

Meleana dan Wardani selesai semua urusan dan pulang ke


rumah sebelum Asar.

STAY WITH ME 110


Bab 10
Skip

Beberapa bulan berlalu,

Meleana POV

Selesai juga akhirnya kem latihan askar. Penat juga badan


sebab adakalanya kem diadakan sebulan 2 kali pergi
mengikuti kem. Adakalanya, juga sebulan 3 kali. Bergantung
kepada pihak yang bertugas. Cuti hujung minggu banyak
dikorbankan.

Untuk kem latihan kali ini, tiada kes yang berat berlaku.
Cuma terdapat kes ringan seperti rekrut kurang rehat dan
sebagainya.

STAY WITH ME 111


Hampir 6 bulan aku hanya mengfokuskan kepada hal itu.
Setelah mendapatkan rehat yang secukupnya, aku mengambil
peluang untuk melawat ke rumah anak yatim dan warga emas.
Sejak aku sibuk dengan kem, aku hanya mengirimkan salam
dan wang ringgit kepada Wardani untuk menyampaikannya.

Adakalanya selepas aku pulang dari kerja, aku membeli


sedikit barangan dapur untuk diberikan kepada mereka yang
memerlukan.

Ada juga yang bertanya, "Mana Lea?", "Dah lama tak nampak
Kak Leana." "Rindu Kak Leana." Maka, Wardani lah yang
perlu menjawab satu persatu persoalan itu.

Untuk hari ini, aku pergi ke tempat pusat rawatan kanser yang
terletak di Rawang. Aku pergi bersama Anaqi kerana dia
mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama aku sambil
melakukan kerja sukarelawan.

STAY WITH ME 112


Untuk pergi ke pusat kanser tersebut, Anaqi mempelawa aku
untuk menaiki kereta dia. Anaqi menggunakan kereta Honda
Civic yang berwarna putih.

End POV

STAY WITH ME 113


Sebaik sahaja mereka memulakan perjalanan, Anaqi
memecahkan suasana kereta yang hanya kedengaran bunyi
radio.

"Leana, esok awak ada apa-apa hal ke?"

Meleana yang sedang ralit melihat suasana luar mengalihkan


perhatian kepada Anaqi yang bertanya soalan tadi.

"Esok saya free, kenapa?"

"Ikut saya balik rumah parents saya nak tak? Eh silap, bukan
parents, tapi pakcik dan makcik saya. Diaorang yang jaga
saya sejak saya umur 3 tahun lagi. Arwah parents saya dah
meninggal sebab kemalangan." Kata Anaqi sambil menahan
sedu.

"Innalillah. Ikut awak balik kampung awak? Ermm boleh juga


sebab esok Dani pun tiada dekat rumah. Nak pergi pukul
berapa?" Tanya Meleana

STAY WITH ME 114


"Kita pergi lepas Subuh. Awal sikit. Nanti awak packinglah
baju sikit. Mana tahu kita boleh singgah rumah parents awak
sekali."

"Boleh juga. Saya pun dah lama tak balik sana. Sebelum ni
balik sekejap je. Nanti nak bawa kereta sendiri atau awak nak
ambil saya?"

"Saya ambil awak jelah. Lagipun Dani takde dekat rumah


kan? Biar tinggal satu kereta dekat rumah. Ada safety sikit."
Pesan Anaqi.

"Okay!"

STAY WITH ME 115


Anaqi dan Meleana tiba di pusat rawatan kanser di Rawang
pada pukul 11 pagi.

Aktiviti Meleana apabila di pusat rawatan kanser adalah


memberi semangat kepada semua insan. Meleana juga sering
memberi bantuan dalam bentuk wang kerana susu untuk
membekalkan tenaga kepada pesakit kanser agak mahal
berbanding susu biasa.

STAY WITH ME 116


Keesokkanya harinya,

Anaqi dan Meleana tiba di rumah keluarga Anaqi setelah


hampir 4 jam menempuh perjalanan.

Mereka berdua keluar dari kereta.

Kelihatan ada seorang lelaki sedang membaca surat khabar,


manakala seorang wanita sedang mencabut rumput di dalam
pasu.

“Assalamualaikum mak, abah” Ujar Anaqi sambil menyalam


Tuan Roshan iaitu pakcik Anaqi. Meleana hanya
menundukkan kepalanya tanda hormat.

“Waalaikumussalam, Qi. Ni ke kawan kamu yang kamu cakap


nak bawa jumpa abah tu? Meleana kan namanya?” Kata Tuan
Roshan sambil tersenyum.

STAY WITH ME 117


“Haah, abah. Leana, awak pergilah jumpa mak saya tu.”

“Okay. Pakcik, saya nak jumpa mak Anaqi dulu ya.” Pamit
Meleana.

Tuan Roshan menganggukkan kepalanya.

Meleana terus pergi ke tempat pokok bunga banyak di tanam.

“Assalamualaikum makcik. Saya Meleana kawan Anaqi.”


Kata Meleana sambil menghulurkan tangan untuk menyalam
tangan Puan Rosa.

“Waalaikumussalam. Oh kamu, Anaqi ada cakap juga dengan


makcik yang dia nak bawa kamu jumpa makcik. Maaflah
tangan makcik kotor.” Balas Puan Rosa sambil membuka
sarung tangan lalu menyambut salam Meleana itu.

STAY WITH ME 118


“Tak mengapa. Wah, banyaknya makcik tanam bunga dekat
sini. Macam-macam jenis ada.” Ujar Meleana sambil melihat
sekeliling.

“Hobi makcik suka tanam bunga. Setiap kali pergi pasar tani,
mesti beli pokok bunga yang makcik tiada.”

“Wah, kalau saya nak anak pokok bunga yang itu boleh tak?
Saya nak bagi dekat mak saya nanti.” Kata Meleana sambil
menunjukkan pokok bunga daisi kampung yang berwarna
putih itu.

“Boleh, apa salahnya. Nanti makcik potongkan sikit.”

STAY WITH ME 119


Semasa makan tengah hari, Meleana berbual-bual dengan
Anaqi sekeluarga.

“Leana asal mana?” Puan Rosa menanyakan soalan kepada


Meleana.

“Saya asal Muar.”

“Dekat je rupanya, nanti kalau balik kampung, jangan segan


silu nak singgah sini. Haa kamu Anaqi, nanti hantar Leana
balik Muar ke atau Leana tidur dekat sini?” Balas Tuan
Roshan.

Meleana menganggukkan kepalanya dan membalas In Sha


Allah.

“Qi hantar Leana balik nanti. Lepas Zuhur nanti gerak pergi
Muar. Anaqi pun nak jumpa family Leana sekali.” Ujar
Anaqi.

STAY WITH ME 120


“Mak, abah, Qi gerak dulu. Nanti Qi datang sini lagi lepas
jumpa keluarga Leana.” Kata Anaqi.

“Pakcik, makcik, saya balik dulu. Terima kasih sudi masak


makan tengah hari dan bagi pokok bunga ni.” Ujar Meleana
sambil menunjukkan plastik yang berisi anak pokok bunga
daisi itu.

“Sama-sama Leana. Nanti bila-bila datang sini lagi.” Balas


Puan Rosa.

Meleana bersalaman dengan Puan Rosa dan menundukkan


badannya terhadap Tuan Roshan.

Anaqi dan Meleana masuk ke dalam kereta Anaqi.

Mereka membuka tingkap untuk melambai tangan kepada


Tuan Roshan dan Puan Rosa.

STAY WITH ME 121


Pon!

Kedengaran Anaqi menekan hon tanda hendak bergerak.

Mereka bergerak untuk perjalanan ke Muar.

STAY WITH ME 122


Mereka selamat tiba di kediaman keluarga Meleana.

Anaqi memarkingkan keretanya di halaman rumah Meleana.

“Assalamualaikum ibu, ayah!” Laung Meleana sebaik sahaja


keluar kereta.

Anaqi menggelengkan kepalanya melihat karenah Meleana.

‘Rindu sangat tu dengan parents’ Omel Anaqi.

“Waalaikumussalam, Leana. Ya Allah budak ni. Siapa itu?


Kawan yang kamu cakap tu ke?” Sahut Puan Maharani sambil
menunjukkan ke arah Anaqi yang sedang berdiri di sebelah
keretanya.

“Anaqi, mari sini, jumpa ibu saya.” Panggil Meleana.

STAY WITH ME 123


Anaqi bergerak ke arah Puan Maharani dan menundukkan
badannya.

“Assalamualaikum makcik.”

“Waalaikumussalam, nama kamu siapa ya? Makcik lupa nama


kamu. Ada juga Leana cakap, tapi makcik lupa.” Kata Puan
Maharani sambil tersengih.

“Nama saya Anaqi, makcik.”

Puan Maharani menganggukkan kepalanya.

Meleana yang kelihatan mencari seseorang mula menanyakan


soalan kepada Puan Maharani.

“Ibu, ayah mana?”

“Ada dekat belakang, tengok kambing.”

STAY WITH ME 124


Tuan Qayyum dan Puan Maharani mempunyai kandang
kambing di belakang rumah.

“Oh! Lea ajak Anaqi pergi belakang tau. Nak bawa Anaqi
jumpa ayah dengan kambingn dekat belakang. Jom Anaqi.”
Ajak Meleana.

Sebaik sahaja tiba di kendang kambing, Meleana terus


memanggil Tuan Qayyum.

“Ayahh! Buat apa tu?” Tanya Meleana sambil mengambil


bekas rumput untuk diletakkan di tempat makan kambing.

“Ayah tengah isi air dekat bekas minum ni. Kata Lea, balik
dengan kawan hari ini, mana kawannya?”

Anaqi yang sedang mengusap seekor kambing it uterus


mengalihkan perhatian.

STAY WITH ME 125


“Saya pakcik.” Kata Anaqi sambil menghulurkan tangan
untuk menyalam.

“Ya Allah, segaknya kamu ni. Lea, betul ke kawan ni? Tak
lebih?” Sakat Tuan Qayyum kerana dia tahu anaknya itu tidak
suka couple.

“Mana ada, ayah ni. Kawan je, tak lebih pun.”

“Kenapa bawa Anaqi terus ke sini? Jumpa dekat dalam nanti


kan boleh?” Segan Tuan Qayyum apabila anaknya terus
membawa tetamu ke kandang.

“Tak mengapa, pakcik. Saya tak kisah pun. Best pula tengok
kambing dekat sini.”

“Suka hati kamulah.”

STAY WITH ME 126


Kedengaran suara Puan Maharani memanggil suami dan
anaknya serta tetamu yang datang untuk masuk ke dalam
minum petang.

“Abang! Leana! Bawa Anaqi masuk dalam ni. Ibu ada


sediakan minum petang sikit ni.” Puan Maharani memanggil
semua untuk jemput minum petang di dalam rumah.

“Leana, bawa Anaqi masuk dalam dulu. Ayah nak bersihkan


kasut dulu ni.”

“Baik ayah.”

Meleana mengajak Anaqi membasuh tangan terlebih dahulu


di paip yang disediakan di tepi rumah.

“Leana, kandang kambing dengan lembu ni dah lama ke ayah


awak usahakan?” Tanya Anaqi semasa perjalanan untuk
masuk ke rumah.

STAY WITH ME 127


“Ermm, adalah dalam 10 tahun juga.”

“Ohh”

Semasa minum petang bersama-sama, mereka sekeluarga


serta Anaqi berbual-bual.

“Anaqi, malam ni makan malam dekat sini ya.” Pinta Puan


Maharani.

“In Sha Allah.”

STAY WITH ME 128


Sebelum mereka makan malam, mereka menunaikan solat
Maghrib berjemaah terlebih dahulu.

Anaqi mewakilkan dirinya untuk menjadi imam untuk solat


Jemaah ini.

Skip makan

“Pakcik, makcik saya balik dulu ya. Takut dah lewat nak
sampai rumah nanti.” Pamit Anaqi lalu menyalam tangan
Tuan Qayyum.

“Hati-hati bawa kereta tu.” Pesan Puan Maharani.

“Leana, esok saya ambil awak pukul 10.30 pagi ya. Apa-apa
saya chat awak.” Pesan Anaqi terhadap Meleana. Mereka
berdua akan bergerak pulang

STAY WITH ME 129


Bab 11
Anaqi dan Meleana pulang semula ke Kuala Lumpur
setelah 2 hari berada di Johor.

Pada malam selepas mereka pulang dari Johor, mereka


berjumpa di Pisces Hotel. Mereka pergi ke restoran di hotel
tersebut untuk makan malam bersama-sama.

"Leana, saya sebenarnya dah lama pendam perasaan ni dekat


awak." Anaqi memulakan bicara antara mereka berdua.

Meleana yang sedang makan meletakkan sudu dan garpu


apabila terdengar Anaqi bercakap. Lanta situ, Meleana
menumpukan perhatian kepada Anaqi.

STAY WITH ME 130


"Saya sebenarnya dah lama suka dekat awak, sejak first time
kita jumpa dekat first kem latihan hari tu. Awak ada cakap
yang awak tak minat couple couple tu kan? Jom tunang?
Weekend ni saya hantar rombongan. Family saya pun
berkenan dengan awak masa saya bawa balik kampung
semalam." Sambungnya lagi sambil mengeluarkan kotak
baldu merah yang berisi cincin dan sejambak bunga yang
disorokkan di kerusi lain.

Anaqi terus memberikan sejambak bunga ros itu kepada


Meleana lalu menghulurkan kotak baldu merah itu.

"Kiranya ni, awak ajak saya keluar sebab nak lamar saya lah
ni?" Balas Meleana lalu dia menerima sejambak bunga diberi
oleh Anaqi itu.

"Haah!"

STAY WITH ME 131


"Kalau macam itu, awak hantarlah rombongan dekat rumah
saya. Cincin ini, awak bagi masa awak hantar rombongan
dekat rumah saya nanti. Kalau parents saya setuju, kita dah
boleh proceed untuk tunang. Saya tak kisah sebenarnya, kalau
parents saya setuju, saya pun setuju." Meleana menunjukkan
riak tenang walaupun dalam hatinya berasa sungguh teruja.

Anaqi yang dari tadi memandang Meleana terus bersetuju


untuk pulang ke kampung pada hujung minggu ni.

‘Alhamdulillah, Leana dah setuju. Tinggal keputusan parents


Leana je ni.’ Omel Anaqi

“Awak okay je kan kalau balik kampung lagi minggu ni?


Mana tahu awak penat ke ada hal ke?” Tanya Anaqi.

“Minggu ni saya memang tiada apa-apa aktiviti. Tak kisah


pun balik kampung. Boleh jumpa parents.”

“Baguslah kalau macam itu.”

STAY WITH ME 132


Anaqi menghantar Meleana pulang ke rumah setelah mereka
selesai makan malam.

Sebaik sahaja Meleana memberi salam, dia terus masuk


dengan riak teruja.

Wardani yang sedang menonton televisyen terkejut apabila


melihat Meleana yang tiba-tiba teruja itu.

“Eh kau ni dah kenapa? Dah kena sampuk dengan Anaqi ke


apa?” Pelik juga dengan Meleana ni. Takut Wardani nak
tengok. Balik pun dah malam, paling tak kena sampuk ni.

“Memang dah kena sampuk dengan Anaqi dah pun. Kau tahu
tak? Tadi-…”

“Aku tak ikut kau tadi.” Wardani menyampuk dengan loya


buruknya sambil tergelak.

STAY WITH ME 133


“Bagilah aku habiskan ayat aku dulu, kau ni pun. Tadi kan
Anaqi propose aku!!” Dengan terujanya Meleana bercerita
kepada Wardani.

“Kau biar betul? Jangan main-main dengan aku Lea. Kalau


betul, mana cincinnya?” Wardani menunjukkan wajah tidak
percaya.

“Buat apa aku nak tipu kau. Cincin tu, aku pesan suruh bagi
masa dia datang rumah aku nanti. Hari Jumaat ni aku minta
cuti nak balik kampung. Family Anaqi nak hantar rombongan
dekat rumah aku.”

“Wah kawan aku ni dah berpunya.” Teruja Wardani

“Aku pun nak minta cuti jugalah. Kalau Puan Farhana tanya,
aku cakaplah yang ada orang nak merisik Meleana. Aku jadi
tukang sarung cincin.” Wardani menahan gelak.

STAY WITH ME 134


“Suka hati kaulah. Aku nak bersihkan diri dulu ni. Nanti
sebelum tidur aku sambung meroyan.” Kata Meleana sambil
menaiki tangga untuk membersihkan diri.

‘Yeayy! Crush suka aku balik, Yahooo.’ Omel Meleana.

Wardani hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja


melihat karenah Meleana.

‘Orang angau nak bertunang memang macam itu. Bilalah aku


nak bertunang ni.’ Desis hati Wardani.

STAY WITH ME 135


Bab 12
Skip Hari Jumaat

Untuk bergerak pulang ke kampung pada hari ini,


Meleana dan Wardani menaiki berlainan kereta kerana
Wardani ingin singgah di Melaka terlebih dahulu untuk
membeli barangan yang dikirim oleh ibunya.

Semasa di dalam perjalanan, Meleana teringat apabila dia


bercakap dengan ibu bapanya bahawa Anaqi ingin
menghantar rombongan untuk merisik Meleana.

Tuan Qayyum dan Puan Maharani gembira mendengar


apabila mendengar bahawa anak perempuannya mahu
dipinang orang.

STAY WITH ME 136


Bertambah suka ibu bapa Meleana apabila mengetahui jejaka
yang berjaya mengetuk pintu hati Meleana ialah Anaqi.

Keluarga Anaqi akan menghantar rombongan ke rumah


Meleana pada hari esok.

Untuk hari ini, Meleana sekeluarga hanya mengemas kawasan


rumah untuk mencantikkan suasana dan keselesaan tetamu
yang akan datang esok hari.

Pakaian yang dipakai oleh Meleana esok ialah baju kebarung


yang dijahit khas oleh Puan Maharani. Sebaik sahaja Puan
Maharani sedia maklum bahawa rombongan keluarga Anaqi
akan datang pada hari Sabtu ini, dia terus membeli kain untuk
dijahit supaya Meleana kelihatan lebih berseri-seri dengan
memakai baju yang dijahit oleh ibunya.

STAY WITH ME 137


Kedengaran suasana meriah di kediaman Meleana kerana dia
menjemput saudara yang terdekat untuk hadir bagi
memeriahkan suasana.

Keluarga Anaqi akan tiba pada pukul 11.30 pagi. Mereka


akan makan tengah hari di rumah Meleana sebaik sahaja
selesai urusan merisik dan perbincangan tarikh pertunangan
dan pernikahan.

Meleana yang kelihatan sungguh jelita dengan pemakaian


baju kebarung dan tudung selendang yang berwarna putih.
Dia masih lagi duduk di dalam biliknya bersama Wardani
sementara menunggu ketibaan keluarga Anaqi.

“Kawan aku sorang ni dah berpunya. Nanti tahu tahu kau dah
jadi isteri orang. Aku pula duduk seorang diri dekat rumah
nanti.” Dengan wajah sedih Wardani berkata.

“Aku jadi isteri orang lama lagi, Dani. Sempat lagi kau nak
cari housemate baru.”

STAY WITH ME 138


“Hmm, nanti aku bosan. Huarghh”

Kedengaran pintu bilik Meleana di ketuk mengalihkan


perhatian Wardani yang sedang melayan mood sedihnya.

“Leana, jom keluar. Keluarga Anaqi dah sampai.” Puan


Maharani menyampaikan maklumat.

“Lea, kau keluar dulu. Biar aku yang tutup semua suis.”

“Haa okay. Terima kasih Dani.”

STAY WITH ME 139


Semua ahli keluarga Anaqi dan saudara mara Meleana telah
menunggu di ruang tamu. Anaqi dan Arman akan tiba sedikit
lewat untuk memberi laluan untuk acara merisik terlebih
dahulu.

Untuk perbincangan tarikh pertunangan dan pernikahan,


Anaqi dan Meleana hanya mengikut keputusan kedua-dua
pihak keluarga.

Sebaik sahaja Meleana tiba di ruang tamu, semua terpegun


melihat kecantikan Meleana. Walaupun pemakaian yang
ringkas, tapi mampu menarik perhatian semua orang.

Acara pemakaian cincin diteruskan oleh Puan Rosa. Dia


memakaikan cincin belah rotan tersebut di jari manis tangan
kiri.

Meleana terus menyalam tangan Puan Rosa.

STAY WITH ME 140


Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi kereta Anaqi
menandakan Anaqi sudah tiba.

Sejurus Anaqi dan Arman memberi salam dan menyalam


semua yang hadir, Anaqi dan Meleana mengambil beberapa
keping gambar.

Anaqi yang segak berpakaian kemeja berwarna putih dan


seluar slack berwarna hitam kelihatan segak apabila
bergambar bersama Meleana.

STAY WITH ME 141


Bab 13
Setelah hampir 3 bulan bergelar pasangan bertunang, hari
perkahwinan Anaqi dan Meleana telah tiba.

Hari Jumaat, hari yang dipilih oleh Anaqi dan Meleana untuk
akad nikah. Keesokkan harinya, barulah resepsi diadakan di
rumah Meleana, manakala minggu depan resepsi dijalankan di
rumah Anaqi.

Untuk akad nikah, acara tersebut diadakan di Masjid Sultan


Abu Bakar yang terletak tidak jauh dari rumah Meleana.
Mereka memilih untuk bernikah di rumah Allah.

STAY WITH ME 142


Untuk pakaian nikah, Meleana memilih baju kurung moden
yang dijahit khas oleh Puan Maharani. Baju Anaqi iaitu, Baju
Melayu Cekak Musang juga dijahit khas oleh Puan Maharani.

Meleana yang kelihatan berdebar ketika menunggu ketibaan


keluarga pengantin lelaki. Wardani yang menjadi pengapit
Meleana membantu menghilangkan debaran di hati Meleana.

"Lea, aku tahu kau takut. Tenangkan fikiran, banyakkan


istighfar. Sejuk tangan kau ni." Kata Wardani sambil
mengenggam tangan Meleana.

Meleana mengangguk lalu menahan dirinya daripada terlalu


berdebar.

Tidak sangka dirinya akan menjadi seorang isteri kepada


Anaqi sebentar sahaja lagi.

STAY WITH ME 143


Daripada pertemuan pertama mereka di kedai makan,
sekarang sudah tiba masanya untuk mereka bergelar pasangan
suami isteri.

Kelihatan suasana mula menjadi meriah apabila pihak


keluarga lelaki mula memasuki kawasan masjid.

Sebaik sahaja Anaqi duduk berhadapan tok kadi dan bapa


kepada Meleana, tok kadi memulakan perbicaraan.

Selesai tok kadi menyampaikan ucapan, mikrofon mula


berganti kepada Encik Qayyum untuk menyampaikan akad.

Encik Qayyum menghulurkan tangan untuk memulakan acara


akad lalu Anaqi menyambut huluran tersebut.

STAY WITH ME 144


"Anaqi bin Roshan"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan puteriku Meleana binti Qayyum


dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Meleana binti Qayyum dengan mas


kahwinnya RM1000 tunai."

"Sah?"

"Sah"

Kelihatan Anaqi mengucapkan kalimah Alhamdulillah


berulang kali.

Anaqi meminta izin untuk menunaikan solat sunat selepas


nikah.

STAY WITH ME 145


Di situasi Meleana,

Sebaik sahaja perkataan sah dilafazkan oleh keempat-empat


saksi, Meleana terus mengucapkan kalimah Alhamdulillah
dan hampir menitiskan air matanya.

Meleana terus menyalam tangan ibu mertuanya dan ibu


kandungnya.

Sebaik sahaja Anaqi selesai menunaikan solat sunat selepas


nikah, dia terus pergi ke arah Meleana untuk acara pembatalan
air sembahyang.

"Assalamualaikum Isteriku" Kata Anaqi sambil menghulurkan


tangan untuk Meleana menyalamnya.

"Waalaikumussalam Suamiku" Balas Meleana lalu


menyambut huluran salam oleh suaminya.

STAY WITH ME 146


Anaqi terus mengambil cincin yang diletak di atas dulang
yang disediakan. Anaqi menyarungkan cincin tersebut di jari
manis tangan kanan Meleana.

Meleana pula mengambil cincin dan memakaikannya di jari


manis tangan kanan Anaqi.

Sebaik sahaja selesai pemakaian cincin, Meleana terus


menyalam tangan suaminya lalu Anaqi mengucup dahinya.

Kedengaran bunyi 'Klik klik' tanda merakam gambar sebagai


kenangan.

STAY WITH ME 147


Majlis resepsi yang dijalankan di kediaman Meleana, mereka
memilih warna biru langit sebagai tema untuk majlis hari ini.

Anaqi dan Meleana memilih warna tersebut kerana mereka


berdua mempunyai citarasa warna kegemaran yang sama.

Majlis akan dimulakan pada pukul 11.00 pagi dan berakhir


pada pukul 5.00 petang. Untuk acara bersanding, acara
tersebut dijalankan pada pukul 2.00 petang.

Majlis diadakan dengan meriah apabila semua saudara-mara


datang untuk memeriahkan majlis. Tidak kurang juga tetamu
yang hadir pada hari ini.

STAY WITH ME 148


Bab 14

Untuk percutian bulan madu, Anaqi dan Meleana pergi


Pulau Langkawi. Mereka pergi 3 hari selepas majlis resepsi di
kediaman Anaqi kerana Anaqi tidak mengambil cuti yang
lama. Mereka memilih Pulau Langkawi kerana di situ terdapat
banyak tempat menarik. Percutian ini ditaja oleh ibu bapa
Meleana dan Anaqi.

Mereka pergi Pulau Langkawi dengan menaiki kapal terbang.


Mereka mengambil tiket berlepas dari Lapangan Terbang
Senai.

Sebaik sahaja tiba di Langkawi, Anaqi terus menghubungi


nombor individu yang menguruskan kereta sewa.

STAY WITH ME 149


Pada mulanya, Tuan Qayyum ingin mengupah untuk
membawa mereka berjalan-jalan, tetapi Anaqi menolak kerana
dia berkata mereka ingin meluangkan masa berdua sahaja dan
menginginkan privasi.

Anaqi dan Meleana check in di Dayang Hotel terlebih dahulu


untuk menunaikan solat dan meletakkan beg.

Destinasi pertama untuk percutian Anaqi dan Meleana ialah


Oriental Village. Oriental Village merupakan laluan untuk
menaiki kereta kabel.

Mereka berdua banyak mengambil gambar bersama ketika di


Oriental Village.

“Abang, jom naik kereta kabel tu. Sayang pergi bila tiket dulu
ya.” Meleana meminta izin kepada Anaqi.

“Boleh je sayang. Nah, ni duit. Pergi beli tiket.” Kata Anaqi


sambil menghulurkan dompetnya kepada Meleana.

STAY WITH ME 150


Sebaik sahaja Meleana selesai membeli tiket, mereka berdua
terus beratur untuk menaiki kereta kabel tersebut. Rezeki
Anaqi dan Meleana pada hari ini, cuaca amat baik dan angin
yang tidak terlalu kencang untuk menaiki kereta kabel.

Anaqi dan Meleana menikmati ciptaan Tuhan yang dapat


dilihat semasa dalam perjalanan ke atas.

Anaqi mengambil beberapa keping gambar candid Meleana


yang ralit melihat suasana luar.

Meleana yang terasa dirinya seperti di ambil gambar terus


melihat ke arah Anaqi.

“Abang, sayang tahu abang ada ambil gambar sayang. Nak


tengok boleh?” Meleana membuat muka comel kepada Anaqi.

“Tengok dekat bilik jelah nanti ya?”

STAY WITH ME 151


“Okay!”

Mereka berdua banyak mengambil gambar berdua semasa


berada di atas. Mereka juga mengambil peluang untuk
menenangkan diri dengan suasana yang tenang dan aman.

Keesokkan harinya,

Anaqi dan Meleana bergerak pergi ke Island Hopping.


Mereka pergi dengan menaiki bot. Dengan kesempatan yang
ada, mereka pergi ke Tasik Dayang Bunting.

Antara aktiviti yang mereka lakukan seperti snorkeling.

“Abang,seronoknya dekat sini. Jom pindah Langkawi boleh


tak? Sayang boleh tenangkan fikiran dekat sini.” Kata
Meleana.

STAY WITH ME 152


Mereka berdua sedang duduk di atas pasir sambil menghayati
ketenangan pantai.

“Amboi, senangnya minta macam tu. Abang ni askar, mana


boleh pindah suka hati. Lainlah awak tu, dah tak kerja.”

Meleana telah berhenti kerja di Syarikat Sirius Holding kerana


mengikuti Anaqi yang bekerja di Terendak.

“Hehe”

Hari terakhir

Untuk hari terakhir percutian ini, mereka pergi membeli belah


untuk dibawa pulang.

Antara barangan yang dibeli ialah coklat, minyak gamat dan


macam macam lagi.

STAY WITH ME 153


Bab 15
Setahun berlalu,

Pada pagi ini, Anaqi sekeluarga akan balik ke kampung


halaman Anaqi. Mereka tinggal di kuarters askar yang
disediakan di Terendak.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama


Maqil, yang berusia 8 bulan.

Mereka telah bersiap-siap untuk bergerak.

"Abang, beg Maqil jangan lupa bawa masuk kereta. Semua


saya dah siapkan dekat tepi katil." Laung Meleana dari bawah.

Mahu sahaja Meleana membawa semua beg turun ke bawah,


tetapi Anaqi tidak membenarkannya Meleana untuk
mengangkat barang yang berat.

STAY WITH ME 154


"Abang tengah nak bawa turun ni. Seat Maqil abang dah
sediakan. Sayang, pergi letak Maqil dulu. Naik kereta abang
tau. Abang dah panaskan enjin tadi."

“Okay abang.”

“Sayang dah check semua kan? Plug dan suis semua dah tutup
kan? Tingkap semu dah tutup kan?” Tanya Anaqi semasa
hendak memasukkan semua barang ke dalam but kereta.

“Dah, semua tempat saya dah tengok tadi. Abang dah kunci
pintu ke? Kalau belum, biar sayang yang kuncikan.”

“Abang belum kunci lagi tadi. Bawa barang terlupa nak kunci
sekali. Kunci abang dah letak dekat pintu.”

Meleana terus pergi mengunci pintu.

STAY WITH ME 155


Mereka memulakan perjalanan dengan doa keluar rumah.
Jarak perjalanan dari Terendak ke Tangkak kira-kira 48
kilometer.

Mereka tiba di rumah Tuan Roshan pada pukul 10.15 pagi.


Alhamdulillah jalan tidak terlalu sesak.

Anaqi memarkingkan keretanya di garaj yang disediakan.


Meleana mendukung Maqil lalu keluar dari kereta terlebih
dahulu terus memberi salam.

“Assalamualaikum mak, abah.” Ujar Meleana sambil


menyalam tangan Puan Rosa.

Encik Roshan dan Puan Rosa yang sedang mengeluarkan


barang dari but kereta kerana baru pulang dari pasar tani terus
mengalihkan perhatian apabila terdengar bunyi kereta dan
orang memberi salam.

STAY WITH ME 156


“Waalaikumussalam. Ya Allah, kenapa balik tak cakap hari
ni? Kalau mak dengan abah tak balik lagi tadi, lamalah kamu
bertiga tunggu mak dekat luar. Hai cucu nenek, makin
tembam.” Kata Puan Rosa sambil memegang pipi Maqil.

“Kamu ni dari Terendak ke? Ke dari Muar?” Tanya Tuan


Roshan.

“Dari Terendak, bah. Saja balik sini, 2 minggu lepas dah balik
Muar. Ingatkan balik dari Muar terus singgah sini, tapi Qi ada
kerja.” Anaqi menyampuk

“Tak mengapa, abah faham. Nah ambil kunci ni dulu, bawa


Maqil masuk. Kesian panas ni Kamu pun Ros, masuk dalam.
Barang ni biar saya dengan Anaqi yang bawa masuk dalam.”
Kata Tuan Roshan sambil menghulurkan kunci kepada Anaqi.

Anaqi terus beri kunci rumah kepada Meleana kerana dia


yang dukung Maqil. Puan Rosa mengikut Meleana.

STAY WITH ME 157


“Baik bah. Banyak barang mak dengan abah beli hari ni.”
Kata Anaqi sambil mengeluarkan semua barang.

“Biasalah mak kamu tu. Pantang nampak barang yang tiada di


rumah. Semua dibeli.” Tuan Roshan menggelengkan
kepalanya sambil tersenyum.

STAY WITH ME 158


Untuk makan tengah hari untuk hari ini, Anaqi dan Meleana
yang mengambil tugas untuk memasak.

Tuan Roshan dan Puan Rosa diberikan rehat dan menjaga


Maqil semasa kedua ibu bapanya bertungkus lumus masak di
dapur.

Menu tengah hari untuk hari ini ialah ayam masak lemak cili
api dan sayur kobis campur tumis. Meleana juga menyediakan
bubur ayam untuk Maqil.

Selesai menghidang semua makanan, Meleana memanggil


Tuan Roshan dan Puan Rosa untuk makan tengah hari
bersama-sama.

Mereka sekeluarga duduk di meja makan. Maqil duduk di


kerusi yang sediakan khas untuk kanak-kanak.

STAY WITH ME 159


Setelah selesai makan, Meleana dan Puan Rosa mengemas
semula meja makan. Lauk lebihan diletakkan di dalam peti
sejuk supaya boleh di makan lagi.

Anaqi dan Tuan Roshan pula menyediakan tempat untuk


menunaikan solat Zuhur berjemaah.

Maqil yang sedang bermain di ruang tamu tidak merengek


seperti memahami.

Solat Zuhur ini diimamkan oleh Tuan Roshan.

STAY WITH ME 160


Setelah selesai solat, Anaqi dan Meleana serta Maqil meminta
izin untuk masuk bilik.

“Sayang, abang rasa macam nak beli almari baru untuk bilik
sini. Sebab dah lama sangat. Boleh tolong abang keluarkan
baju dekat almari tu? Maqil biar abang yang tidurkan? Pinta
Anaqi sambil mendukung Maqil.

“Boleh je. Abang nak beli almari tu beli?”

“Petang nanti, sayang kemas dulu ya?”

“Okay!”

Meleana terus membuka pintu almari untuk mengeluarkan


semua baju Anaqi.

Semasa mengeluarkan semua baju, tiba-tiba Meleana


ternampak satu surat yang bersampul.

STAY WITH ME 161


Tertulis di situ, ‘Anaqi bin Qayyum’

Meleana segera bangun dan menunjukkan surat tersebut


kepada Anaqi.

“Abang, siapa Anaqi bin Qayyum ni?” Tanya Meleana sambil


menunjukkan surat tersebut.

“Sayang jumpa dekat mana surat ni?”

“Dalam almari abang.”

Anaqi terus mengeluarkan isi surat tersebut.

“Eh abang, kenapa nama ibu dengan ayah ada dekat sini?
Betul ke bukan abang punya? Kenapa dekat sini di tulis
nombor kad pengenalan abang?”

STAY WITH ME 162


“Sayang, abang rasa macam ada yang tak kena. Jom kita balik
rumah ibu ayah. Maqil tinggal sini.”

“Kejap, saya pakai tudung dulu.” Dengan tergesa-gesa,


Meleana segera memakai tudung instant.

Anaqi mendukung Maqil yang sedang tidur untuk diberikan


kepada Puan Rosa.

“Mak, minta tolong jaga Maqil sekejap. Qi dengan Leana nak


balik Muar. Ada hal.” Kata Anaqi sambil meletakkan Maqil di
tilam.

“Haa yelah. Hati-hati bawa kereta tu.” Pesan Puan Rosa.

STAY WITH ME 163


Tuan Qayyum dan Puan Maharani yang sedang minum petang
pelik melihat kereta Anaqi mula memasuki halaman rumah.

“Awak, Anaqi dengan Meleana balik tu.” Puan Maharani


menunjukkan kereta Anaqi.

Anaqi segera mematikan enjin kereta lalu keluar.

Anaqi dan Meleana menyalam tangan Tuan Qayyum dan


Puan Maharani.

“Ibu, ayah. Qi nak tanya. Ni surat apa? Kenapa ada nama ibu
dengan ayah. Lagi satu, ni nombor kad pengenalan Qi ni.”
Tanya Anaqi sambil menunjukkan surat yang dijumpai oleh
Meleana tadi.

Tuan Roshan dan Puan Maharani memandang sesama sendiri.

“Mana kamu dapat surat ni, Qi?” Tanya Puan Maharani

STAY WITH ME 164


“Tadi Lea yang jumpa dekat almari abang.” Balas Meleana.

Tuan Qayyum yang hanya mendiamkan dirinya memulakan


percakapannya.

“Qi, Lea, jom kita pergi hospital. Sekarang. Jangan banyak


tanya. Pergi je hospital swasta.” Suara Tuan Qayyum yang
seperti menahan nangis itu mengarahkan anak dan
menantunya untuk pergi ke hospital.

“Telefon mak dengan abah kamu Qi, suruh mereka pergi ke


hospital yang dituju.” Sambungnya lagi

“Baik ayah, Qi dengan Lea gerak dulu ya?” Pamit Anaqi

Tuan Qayyum dan Puan Maharani mengangguk tanda


mengiyakan.

STAY WITH ME 165


Semasa perjalanan ke hospital,

“Abang rasa, kenapa ibu dengan ayah suruh kita pergi


hospital?”

“Abang tak pasti, abang cuma rasa tak sedap hati ni. Seperti
akan ada suatu perkara yang berlaku nanti.”

“Kita doa yang baik baik ye abang.”

“Aamiin.”

Anaqi dan Meleana berasa gusar dan bimbang apabila Tuan


Qayyum menyuruh mereka untuk pergi ke hospital dengan
kadar segera.

STAY WITH ME 166


Bab 16
Sebaik sahaja tiba di hospital, Anaqi dan Meleana
menunggu ketibaan Tuan Qayyum dan Puan Maharani serta
Tuan Roshan dan Puan Rosa untuk tiba di hospital.

Setelah mereka semua tiba di hospital, Tuan Qayyum


menguruskan semuanya.

“Qi, Lea, ibu nak walau apa yang terjadi, tabah ya.”

“Kenapa ni ibu? Ada apa-apa yang ibu dengan ayah sorokkan


dari kami berdua ke?” Tanya Meleana dengan risau.

“Encik Anaqi, Tuan Qayyum dan Puan Maharani, sila masuk


ke dalam bilik untuk urusan pengambilan darah.” Kedengaran
suara jururawat memanggil mereka membantutkan pertanyaan
Meleana kepada ibunya.

STAY WITH ME 167


‘Ya Allah, kau permudahkanlah urusan suami dan ibu
bapaku’ Doa Meleana di dalam hati.

Sementara menunggu keputusan darah, mereka semua kecuali


Meleana solat Asar terlebih dahulu memandangkan sudah
masuk waktu.

Meleana yang perlu menjaga Maqil terpaksa solat lambat


sedikit.

Sebaik sahaja semua selesai solat, keputusan ujian darah telah


keluar.

“Ini keluarga Tuan Qayyum, betul?” Doktor Uwais bertanya


untuk mendapatkan kepastian.

“Ya betul doktor. Macam mana dengan keputusan ujian darah


tadi?” Tuan Qayyum menjawab lalu bertanya.

STAY WITH ME 168


“Berdasarkan ujian darah yang kami dapati, keputusan DNA
Tuan Qayyum dan Puan Maharani sama dengan Encik Anaqi.
Dengan keputusan DNA ini, ia membuktikan bahawa Encik
Anaqi merupakan anak kandung kepada Tuan Qayyum dan
Puan Maharani. Dengan ini, Meleana juga merupakan adik
kepada Anaqi.”

“Allah!” Terduduk Anaqi dan Meleana apabila mendengar


keputusan ujian darah yang dilakukan tadi.

STAY WITH ME 169


Semua bergerak pulang setelah selesai semua urusan di
hospital. Tuan Roshan dan Puan Rosa juga mengikuti semua
ke Muar untuk membincangkan perkara yang baru diketahui
semasa di hospital tadi.

“Ibu, selama ni Qi dengan Lea adik beradik kandung? Kenapa


bukan ibu dengan ayah yang jaga Qi selama ni?” Tanya Anaqi
setelah puas menangis.

“Maafkan ibu dengan ayah, Qi. Dulu masa ibu lahirkan Qi


dulu, kewangan ibu dan ayah sangat merundum. Kami tak
mampu nak belikan susu dan lampin untuk Qi. Jadi kami
membuat keputusan untuk memberi Qi kepada arwah ibu bapa
angkat kamu.”

Tuan Qayyum memulakan percakapannya.

“Esok Qi dengan Lea, kena pergi pejabat agama untuk


urusan.”

STAY WITH ME 170


“Baik ayah.” Jawab Anaqi dan Meleana.

“Walau apa jua yang berlaku, biarlah abang yang menjaga


Lea sampai Lea jumpa pengganti abang.” Pesan Anaqi

“Baik abang, Lea pun akan jaga abang sampai abang jumpa
pengganti Lea walaupun kita tidak tinggal serumah lagi.”

STAY WITH ME 171


Bab 17

"Ibu, ayah, beri keizinan untuk Leana supaya dia tinggal


dengan Qi untuk sementara waktu ini. Biar Qi yang jaga dia
sampai dia jumpa pengganti Qi." Ujar Anaqi sambil menahan
air mata yang hendak gugur.

"Baiklah, kalau macam itu yang Qi mahu, ibu izinkan. Kamu


berdua boleh tinggal serumah. Tapi ingat Anaqi, kamu bukan
suami isteri lagi. Ingat batas kamu sebagai seorang abang.
Leana juga, ingat batas kamu sebagai seorang adik." Pesan
Puan Maharani.

"Tapi ayah tak izinkan kamu berdua tinggal serumah. Nanti


ayah carikan rumah yang berdekatan dengan kem.” Bantah
Tuan Qayyum

STAY WITH ME 172


"Baik abah. Nanti biar Qi yang uruskan perpindahan Lea
dengan Maqil."

Setelah apa yang berlaku, Anaqi dan Meleana menerima


hakikat bahawa mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Maqil pula dijaga oleh Meleana dan dia masih boleh


berbinkan Anaqi kerana Anaqi dan Meleana tidak tahu
mereka adalah adik-beradik kandung sewaktu mereka
bernikah.

“Tidak semua kisah cinta mempunyai pengakhiran yang


bahagia.”

Tamat

STAY WITH ME 173


Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan E-Book Stay With Me
ini.

Maafkan saya jika terdapat banyak kekurangan dan


kesalahan tatabahasa, ejaan. Mungkin cerita ini tidak mampu
menepati citarasa anda. Cerita ini juga banyak skip, In Sha
Allah untuk Stay With Me edit version, saya akan cuba
kurangkan skip dan perbaiki kesilapan saya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kawan-kawan


kerana menyokong saya untuk menghasilkan sebuah E-Book ini
dari mula sehinggalah tamat.

Untuk sebarang review, bolehlah isi di form di bawah:

https://forms.gle/dNKvzdVa5s1mGkRa7

STAY WITH ME 174

Anda mungkin juga menyukai