Anda di halaman 1dari 9

Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Pendahuluan

Beliau merupakan salah seorang guru sufi yang terkemuka di segala zaman dan diantara
ahli sufi yang mempunyai karya yang banyak telah diterjemahkan kedalam banyak bahasa.
Sesiapa yang menceburkan diri ke dalam dunia mistisisme Barat khususnya Sufisme, sudah
semestinya pernah mendengar nama beliau sebagai salah seorang ahli sufi. Di samping itu,
orang-orang yang mempelajari puisi, khususnya yang tertarik dengan hasil kayra dari Persia,
melihat karya Rumi sebagai model puisi terbaik dalam bahasa Persia. Bahkan, kaum terpelajar
seperti Reynold A. Nicholson dan A.J.Arberry, mengambarkan Beliau sebagai seorang penyair
mistis terbesar di segala zaman. Terekat Sufi Dawis Berputar merupakan tarekat yang didirikan
oleh beliau. Sehingga sekarang ianya cukup terkenal di kalangan barat melalui pertumjukan
muzik dan tariannya yang ditampilkan di Eropa dan Amerika Syarikat. Ajaran-ajaran beliau
sangat dihargai dan dimanfaatkan oleh guru-guru Sufi setelahnya, serta dipelajari dalam lingkup
mistik morden. Bukan sahaja kaum Sufi yang merujuk pelajaran dari ajaran-ajarannya, tetapi
mereka yang meminati puisi juga dimabukkan oleh kata-kata beliau yang ajaib itu. Dalam
contoh berikut merupakan puisi yang diterjemahkan oleh Nocholson yang mengisahkan ilalang
(sebagai symbol manusia) yang meratapi perpisahan dengan asalnya(Tuhan) yang diwakili oleh
rumpun ilalang.

“Dengarkan seruling sebagaimana ia berkisah, kerana perpisahannya ia adukan derita”

Katanya “Sejak aku terpisah dari rumpun bambuku, laki-perempuan telah merintih
dalam jeritku”

Ku ingin dada yang terkoyak-koyak perceraian biar ku unggkapan semua derita


kerinduan.

Siapa saja yang terlempar dari asalnya mencari saat kembali ia bergabung dengannya.

Pada setiap kelompok, jeritan ku gubah lagu dan dendang, aku bergabung dengan
malang dan senang.

Setiap orang menduga dan sudah menjadi kawanku;

1
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Tapi tak seorang pun ingin tahu raksia apa yang sedang ku kandung. Rahsiaku tak jauh
dari jeritanku, namun mata dan telinga tak cukup punya cahaya (untuk mencerapku).

Raga bukan selubung ruh, ruh pun bukan selubung raga; tapi tak seorang pun diizinkan
memandang ruh.1

Siapa Jalaluddin Al- Rumi

Beliau juga terkenal dengan nama “Maulana” di Timur dan dikenali sebagai Rumi di
Barat. Ketika lahir, keluarganya menamakan dia Muhammad, walaupun dia datang akan digelar
Jalalludin. Untuk "Maulana", ia membawa maksud kepada "Tuan kita atau Guru kita", manakala
gelaran "Rumi" adalah berkaitan dengan "tanah Rum" atau "Anatolia", di mana beliau tinggal.
Dalam hayatnya, beliau telah juga disebut sebagai "Hudavendigar", yang bermaksud "pemimpin
yang cemerlang", manakala tajuk antarabangsa yang terkenal sekarang "Mevlana" amat jarang
digunakan. Nama "Rumi" telah ditambah ke akhir, tetapi kemudiannya.

Jalalludin al-Rumi dilahirkan pada 30 September 1207 di bandar Balkh, Khurasan, yang
pada masa itu telah didiami oleh suku kaum Turki; (Balkh, hari ini, masih dalam sempadan
Afghanistan). Ibunya yang bernama Mukmin adalah anak perempuan Ruknuddin, "Amir"
(pemerintah berdaulat) di Balkh dan bapanya, Baha’addin Walad, "Sultanul ulama" (ketua
ulama) merupakan ulama yang dikenal baik dan dihormati, pakar hukum dan seorang suf, yang
asal garis keturunan spritualnya adalah Ahmad al-Gazali iaitu guru sufi di abad sebelumnya.

Walaupun bapanya menikahi anggota keluarga kerajaan, namun dia menentang cara
pengendalian kerajaan Raja pada ketika itu iaitu Kharazm shah. Mulanya Raja menghadiri
semua pengkuliahan eksoteris Baha’, tetapi akhirnya timbul kecemburuan terhadap popularitas
Baha’ dan kemudian raja pun mula mencurigai akan ajaran-ajarannya. Hal tersebut menjadikan
Baha’ sebagai musuh kerajaan.

1
R.A Nicholson, the Matsnawi of Jalal ad-Din Rumi, vol 1, (London:Luzac, 1977) hlm.5

2
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Pertembungan mereka berpendapat dengan Fahruddin Al- Razi, seorang ahli falsafah
yang sezaman dengannya. Akhirnya bersama-sama dengan penaklukan Mongol pada pada
1219, beliau diarahkan untuk meninggalkan kampung halamannya diiringi oleh seluruh
keluarga. Penghijrahan mereka, melalui Baghdad, Mekah, Madinah, Damsyik, Malatya,
Erzincan, dan Karaman, berakhir, pada 3 Mei 1228, di Konya atas jemputan Alauddin Keykubad,
Maharaja Seljuk.

Dalam perjalanan mereka, ketika Baha’ singgah di Nisyapur, kota kediaman ‘Athsar,
yang pada saat itu usianya sudah uzur. ‘Athsar menyambut keluarga ini dengan mesra termasuk
Jalaludin yang pada ketika itu masih muda. Potensi besar yanag ada pada Jalaluddin sudah
dapat dibaca oleh ‘Athsar. Perkara ini digambarkan oleh Ira Friedlander : “Baha’ dan ‘Athsar
duduk bersama sambil minum teh, dan memperbincangkanAl-Quran. Beberapa jam kemudian
keluarga itu bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan. Ketika itu Jalalludin yang masih muda
berjalan tepat di belakang ayahnya. ‘Athsar menoleh kepada salah seorang muridnya dan
berkata “Lihatlah situasi khusus ini; di sana berjalan lautan yang diikuti samudera” 2

Pada kunjungan tersebut. ‘Athsar menghadiahkan Jalal dengan Asrsrnama (kitab


Rahsianya) kemudian berkata kepada baha’ : “tidak lama lagi putramu akan menjadi api yang
membakar para pencinta di seluruh jagat”. Karya tulis ‘Athsar ini mengajarkan prinsip-prinsip
Sufisme melalui kisah dan fabel telah menjadi satu perkara yang paling mempengaruhi karya
Rumi.

Setelah menunaikan ibadah haji di Mekah, Baha’ serta keluarganya meneruskan


perjalanan menuju Asia kecil. Ketika bersinggah dikota Larnada, Jalaluddin yang berusia 21
tahun ketika itu talah menikahi salah seorang anak kepada sahabat bapanya iaitu Jauhar.

Oleh kerana pada ketika itu Raja seljuk iaitu Allauddin kay Qobad telah mengetahui
kediaman Baha’ dan Raja juga sangat penghargai ilmu pengetahuan dan filsafat serta
mendukung kegiatan orang-orang terpelajar telah Rum, Jalaluddin mengaplikasikan nama Rum
sebagai nama samarannya.

2
Ira Friedlander, the Whirling Dervishes,(New York: Collier Books 1975) hlm 40

3
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Rumi dikurniakan dengan kebijaksanaan yang luar biasa. Pada ketika umurnya masih
belia, beliau telah menguasai tata bahasa Arab, ilmu persajakan, Al-Quran, ilmu haukum, Hadis,
huraian tentang Al-Quran, Sejarah, dogma-dogma, teologi, logika, filsafat, matematik dan
astronomi. Beliau juga mengejar kebenaran ilahi dan rahsia. Dia menguasai bahasa Turki, Arab,
Parsi, Yunani dan juga Yunani klasik. Beliau mengkaji agama-agama lain bersama-sama dengan
Islam. Dari sejarah perubatan, beliau menerima pendidikan awal daripada bapanya dan
kemudian dari Sayed Burhanuddin Tarmizi dan lain-lain ulama pada masa itu. Ketika ayahnya
Baha’ meningal dunia pada tahun 1231, Rumi yang berusia 24 tahun telah meneruskan posisi
ayahnya sebagai guru dan mengajar beratus-ratus pelajar dalam Madrassah (universiti teologi)
tersebut.

Rumi dan Syams

Ringkasan mengenai syams

Nama penuhnya Muhammad Malikdad kemudian dipanggil nama Syamsudin (“Matahari


Agama”) Tabrizi. Dilahirkan di kota Tabriz, Persia pada tahun 1148 masehi. Di masa kecilnya, dia
mempunyai perwatakan yang bebeza dengan kanak-kanak yang lain. Bukannya bermain tetapi
dia lebih cenderung dan suka menghadiri pengajaran-pengajaran Sufi dan mempelajari guru-
guru Sufi di masa lalu. Pada usia belia, ia sudah merasakan keinginan untuj mencari hakikat
cinta di dalam dirinya. Kerana dia tidak menukan teman sebaya yang memahami dirinya maka
ia lebih banyak menghabiskan waktunya besendirian. Kerana itulah Syams selalu kelihatan
sedih.

Ketika Syams hampir dewasa, seorang guru sufi yang bernama Abu Bakar Shilaf-Baf,
mulai melatihny di dalah tahapan spiritual. Namun tidak lama, kerana sang guru kemudian
menyedari bahawa Syams telah mencapai tingkat yang tinggi sehingga tidak perlu lagi menjadi
seorang murid. Atas saranan gurunya, Syams mula mencari murid untuk dirinya sendiri, murid
yang akan mewujudkan harapannya. Sehinggalah akhirnya ia berjumpa dengan Jalaluddin Al-
rumi dan mengambilnya sebagai murid.

4
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Pertemuan Syams dan Rumi

Syamsudin pertama kali bertemu dengan Jalaludin dalam sekitar tahun 1244. Ketika
Rumi berusia 38 tahun. Pertemuan ini telah menjadi satu peristewa yang mengubah jalan hidup
Rumi selamanya. Andaikan Rumi tidak bertemu dengan Syams, barangkali Rumi tidak akan
pernah menulis puisi sama sekali dan kemungkinan besar Jalaluddin al-Rumi yang dikenali
sekarang ini pasti namanya tidak akan terkenal di mata para sufi. Seperti yang dinyatakan oleh
Chittick, “pengaruh Syams mewarnai seluruh dinding jiwa Rumi dalam bentuk puisi dan
menggerakkan samudera keberadaannya, menghasilkan gelombang yang bergulung-gulung
yang mengubah sejarah kepstakaan Persia”.3

Namun terdapat banyak kisah bagaimana terjadiperistewa pertemuan mereka berdua. Kisah
dibawah merupakan kisah yang paling sering diceritkan.

Pada suatu hari, Rumi sedan menunggang kuda diikuti murid-murid dan pengikutnya.
Beliau berhenti di universitu di mana ia mengajar sepertia biasa. Satu lembaga yang
berterampilan yang menyedihkan mengikuti Rumi masuk ke dalam kelas. Orang itu adalah
Syamsuddin Tabrizi. Tanpa ba-bi-bu, Syams bertanya, “Siapa yang lebih agung? Bayazid
Bisthami atau Nabi Muhammad?

Rumi yang merasakan tenaga pandangan dari Syams menembus jiwanya lalu menjawab,
“Nabi Muhammad adalah orang yang lebih agung.”

Syams berkata, "Bukankah Nabi berkata, 'Ya Tuhan, aku belum mampu memujimu
dengan puji sebagaimana Engkau memuji diri Mu,' sedangkan Bayazid mengumumkan, 'Betapa
agung muaraku; kemuliaan datang padaku ketika aku diangkat, akulah derajatnya ditinggikan."
Syams, yang melihat Rumi tidak mampu menjawab pertanyaan tersebut kemudian
menerangkan bahawa kehausan Bayazid terhadap yang bersifat ketuhanan ketika dia minim

3
William C. Chittick, the Sufi Path of Love: yhe Spiritual Teaching of Rumi, (Albany: state Universitu of New York,
1983) hlm 2

5
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

seteguk air, sedangkan hausnya Nabi tidak akan pernah terpuaskan, kerana Nabi selalu haus
akan air pengetahuan Ketuhanan yang lebih banyak.

Menemukan dirinya dilemahkan oleh ucapan Syams yang begitu kuat, Rumi
menjatuhkan diri di kaki Syams, lalu dia menangis hingga tidak sedarkan diri. Ketika Rumi sedar,
kepalanya berada di atas pangkuan Syams yang sedang duduk. Tak lama kemudian, kedua lelaki
ini mengasingkan diri bersama-sama selama tiga bulan.

Terdapat lagi kisah-kisah yang lain tentang bagaiman cara pertemuan mereka berdua
bermula. Walau kisah mana sekalipun, tetapi yang pasti, Rumi melihat dalam kedatangan
Syams terus merasakan kerendahan jiwa. Runi yang menganggap dirinya ahli dalam segala ilmu
pengetahuan yang ada, luluh dan menemukan dirinya bergantung kepada gurunya yakni Syams.
Ia meninggalkan semua yang dimiliki demi cinta Kekasih Abadi, yang sekarang berwujud Syams.
Dia berhenti mengajar dan membimbing di Universiti serta meninggalkan kegiatan sehari-
harinya yang lain. Dia bersimpuh di depan gurunya, melupakan semua tingkat kemajuan yang
telah dicapainya, mulai dari awal mempelajari ABC Cinta ketuhanan.

Perubahan Rumi

Syams dan Rumi menghabiskan waktu bersama dalam tiga atau empat bulan di tempat
pengasingan. Tak seorang pun tahu apa yang diajarkan oleh Syams kepada Rumi dalam masa
pengasingan itu. Apa yang dilihat para pengkaji adalah bahawa Rumi muncul kembali pada usia
38 tahun sebagai orang yang sudah berubah. Dia tidak lagi memberikan ceramah keagamaan
dan meminpin doa, melainkan membimbing sama' Sufi dan tarian mabuk Sufi. Sebagai
penganti perbincangan falsafah, dia akan mendengarkan tiupan seruling bulu lalang atau
memainkan rabab, alat muzik senar yang dipetik. Rumi yang tidak memiliki latar belakang
berpuisi, mulai menyusun syair-syair yang sangat indah untuk melahirkan dan menonjolkan
cintanya kepada Tuhan. Api yang dinyalakan Syams sudah membakar Rumi.

6
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Kerana Rumi banyak menghabiskan waktunya bersama Syams , dia pun berhenti
mengajar, murid-muridnya merasa iri hati kepada Syams dan merindukan waktu ketika
bersama dengan guru mereka. Akibatnya mereka membuat satu komplot untuk menghapuskan
Syams.

Setelah selama 16 bulan Syams tinggal di Konya, dia pun pergi ke Damaskus. Rumi yang
tidak tahan berpisah dengan gurunya, mengirimkan putranya iaitu Sulthan Walad pergi ke
Damaskus untuk mencari Syams. Syams sepakat untuk kembali ke Konya namun tak lama
setelah kedatangannya di Konya pada tahun 1247, dia menghilangkan diri secara misteri dan
tidak ada lagi khabar berita mengenainya sehinggalah sekarang ini. Sebahagian penelitian
dibuat, ada yang melaporkan bahawa syams telah dibunuh oleh murid-murid Rumi yang
cemburu, lalu tubuhnya dihancurkan.

Kehidupan Rumi Setelah Kepergian Syams

Semenjak kehilangan gurunya Syams, Rumi merasakan kerinduan yang sangat


mendalam dan dia mula menulis puisi-puisi cinta dengan menjadikan Syams sebagai subjek di
dalam puisinya. Menurut Chittick bahawa semua puisi Rumi jelas melihatkan bentuk luar
menyelebungi makna yang sanga mendalam. Perpisahannya dengan Syams ad-Din hanyalah
penampilan luaran sahaja, secara realitinya ianya adalah perpisahan dengan Kekasih yang
besifat ilahiah.4 Puisi-puisi tersebut pada umumnya mencerminkan keadaan spiritual Rumi,
sebahagian puisi menyinggung pengalaman-pengalaman penyatuan.

Setelah rumi menyedari bahawa Syams tidak akan kembali, dia mula memakai pakaian
berkabung seperti jubah India dan topi wol. Kemudian ia menyelenggarakan peremuan sama’
secara teratur untuk mengenag Syams. Dari pertemuan-pertemuan inilah terbentuknya Tarekat
Mawlawiyyah atau dikenali Tarekat Darwis Berputar.

4
Chittick, The Sufi Path of Love, hlm 4

7
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Tarekat Darwis Berputar

Sebahagian pengkaji terpelajar bersepakat bahawa tarian sufi berputar itu diajarkan oleh syams
kepada Rumi. Dikatakan bahawa tarian berputar ini merupakan symbol dari pergerakkan jiwa
berputar, yang terjadi kerana kasih dan cintanya kaum sufi kepada Tuhan.

Sumbangan Rumi

Diantara sumbagan yang dihasilkan oleh Rumi ialah ktab Matsnawi, ia juga dikenali sebagai Al-
quran orang Persia. Ia mengandungi puisi bersajak empat baris, yangng panjang dan terdiri dari
enam buku puisi jadi jumlah keseluruhannya adalah lebih dari 25 700 baris syair.

Matsnawi juga dianggap sebagai kumpulan fable, dogeng dan lelucon yang diambil Rumi dari
Al-quran, hadith serta peristewa dan persoalan sehari-hari. Sebahagian besar merupakan cerita
yang panjang dan kebiasaan penyair memasukkan atau menanamkan pesanan moral di tengah-
tengah cerita.

Diantara cerita-cerita di dalam karya Rumi ialah:

1. Sang Raja dan Gadis Perawan


2. Penjual penganan dan burung beonya
3. Sang filosof dan Nakhoda kapal
4. Musa dan Gembala
5. Dan lain-lain
6.

Kesimpulan

Nama Jalaludin AL-Rumi merupakan nama yang termasyhur dan dikenali pengikut-pengikutnya.
Sehingga kni tarian-tarin berputar itu masih boleh didapati di Negara Turki. Penjagaan tarekat
ini yang diajarkan oleh Rumi telah disambung oleh murid-muridnya dan keturunannya.
Terdapat berbagai-bagai cabang aliran ini telah berkembang, dan tarekat ini merupakan
tergolong di dalam tarekat falsafah kerana memandangkan ianya banyak menyentuh kepada
falsafah dan pergerakkan badan iaitu simbol kecintaannya kepada Tuhan.

8
Shaikh Sharul Azhar bin Shaikh Hj Ahmad 09SP004

Bibliografi

1. R.A Nicholson, the Matsnawi of Jalal ad-Din Rumi, Vol 1, cetakan kedua 1977 , Luzac
London.
2. Mojdeh Bayat dan Mohammad Ali Jamnia, Biografi Sufi Besar, cetakan pertama 2008,
penerbit Diadit Media Jakarta, Indonesia.
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jalaluddin_Muhammad_Rumi
4. http://tsa-alrumi.blogspot.com/
5. http://www.ipuisi.com/biografi-jalaludin-rumi

Anda mungkin juga menyukai