Anda di halaman 1dari 1

KELAB DOKTOR MUDA 2021

MINGGU 3

Sila salin di dalam buku kelab doktor muda


SKOP 2 : UNIT 2 : MENJAGA KEBERSIHAN BADAN DAN RAMBUT
1. Penyakit-penyakit Berkaitan dengan Kurang Penjagaan Kebersihan Badan dan Rambut :
• Jangkitan kutu.
• Kudis buta.
• Penyakit-penyakit kulit seperti kurap dan panau.
2. Amalan Penjagaan Kebersihan Badan dan Rambut
a. Mandi
• Mandi setiap hari adalah penting untuk membersihkan badan daripada
peluh, kotoran dan kuman.
• Mandilah dengan menggunakan air bersih dan sabun.
• Gosok setiap bahagian badan untuk menanggalkan kotoran dan daki.
Selepas mandi, keringkan badan dengan tuala yang bersih dan pakailah
pakaian yang bersih.
• Elakkan berkongsi tuala bagi mencegah jangkitan kulit.
• Basuh tuala sekurang-kurangnya seminggu sekali.
b. Membasuh rambut
• Kebersihan rambut perlu dijaga supaya kelihatan bersih, sihat dan kemas.
• Rambut yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan kutu.
• Rambut perlu dicuci dengan syampu rambut semasa mandi dan dibilas
dengan air yang bersih. Keringkan rambut.
• Elakkan berkongsi sikat rambut untuk mencegah jangkitan kutu.
c. Menukar pakaian
• Pakaian perlu ditukar setiap hari demi kebersihan dan imej diri.
• Pakaian yang kotor dan berbau busuk menggalakkan pembiakan pelbagai
jenis kuman yang boleh menyebabkan penyakit kulit.
• Tukarlah pakaian sekiranya kotor.
LAYARI VIDEO
Cara mencuci rambut
https://youtu.be/pCBK3BXhzKI
cara menjaga kebersihan badan
https://youtu.be/-ph34IkuDK0
Page 1 of 1

Anda mungkin juga menyukai