Anda di halaman 1dari 4

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT 2020

Teks Pengacara Majlis


Bengkel Literasi Maklumat

PEMBACA SKRIP ATURAN MAJLIS


Dipersilakan para pensyarah dan pelajar sekalian mengambil
tempat masing-masing di dalam dewan kerana majlis kita akan
DAYAH bermula sebentar lagi

LAOSHI SALUTASI
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam
sejahtera.

Yang Dihormati,

Penolong Pengarah Pusat Rujukan Malaysia dan Luar Negara,


Perpustakaan Negara Malaysia
Pn Norhamiza binti Mohamad Hanopiah

Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor


Puan Noraini Binti Ishak

Timbalan Pengarah Akademik KVKS


Puan Harlina Binti Zakaria

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik KVKS


Puan Zarina Binti Salleh

Ketua Jaminan Kualiti KVKS


Puan Noraini Bt Ramlan

Yang Dihormati ketua-ketua jabatan, ketua-ketua program,


ketua-ketua unit, para pensyarah serta pelajar Kolej Vokasional
Kuala Selangor.

Anak helang mencari makan


Anak merbah menyanyi menari
Selamat datang kami ucapkan
Semoga hadirin selesa di sini

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran para


pensyarah dan pelajar ke dewan Kolej Vokasional Kuala
Selangor yang permai lagi indah ini.

Pada majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmatnya kita diberikan kesempatan waktu untuk berhimpun
bagi melaksanakan Bengkel Literasi Maklumat. Semoga segala
NAYLIEZA 2015Page 1
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT 2020

perancangan yang diatur bagi majlis ini berjalan dengan baik


dan lancar.

Hadirin dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
sama mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh

Fadzli Dzil Ikram bin Shariman

Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------


DAYAH BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan
doa tadi.  Mudah-mudahan bengkel literasi kita diberkati
Allah.

Untuk maklumat para pensyarah, kehadiran untuk taklimat kali


ini dijanakan dengan sistem imbasan Qrcode yang terdapat di
group rasmi aplikasi whatsapp KVKS. Diharap para pensyarah
dapat mengisi kehadiran dengan menggunakan imbasan QR
code tersebut untuk dikreditkan ke dalam akaun individu bagi
portal SPLKPM.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan majlis pada


hari ini, di sini dibacakan beberapa pengumuman:
LAOSHI PENGUMUMAN
1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin agar dapat
mematikan nada deringan telefon bimbit masing-masing atau
menukarkan kepada mode senyap.
2. Pihak majlis mengharapkan agar para pensyarah dan pelajar
yang hadir dapat memenuhkan ruangan tempat duduk di
bahagian hadapan terlebih dahulu, bagi memudahkan
kemasukan para pensyarah dan pelajar yang akan datang
seterusnya.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan


kerjasama hadirin sekalian.

Hadirin yang budiman,

NAYLIEZA 2015Page 2
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT 2020

Bagi meneruskan majlis, dengan segala hormatnya menjemput


Pn Norhamiza binti Mohamad Hanopiah, Penolong Pengarah
Pusat Rujukan Malaysia dan Luar Negara,
Perpustakaan Negara Malaysia bagi menyampaikan taklimat
berkenaan literasi maklumat. JEMPUT
PENCERAMAH
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Pn Norhamiza binti Mohamad Hanopiah, Penolong
Pengarah Pusat Rujukan Malaysia dan Luar Negara,
Perpustakaan Negara Malaysia bagi meluangkan masa dalam
memberikan taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

Sebagai penghargaan,
Majlis menjemput

Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor,


Puan
Noraini Binti Ishak,
PENYAMPAIAN
DAYAH
Diiringi oleh, CENDERAHATI
Ketua Jaminan Kualiti KV Kuala Selangor,
Puan Noraini Binti Ramlan

untuk menyampaikan sedikit cenderamata daripada pihak


Kolej.

Dijemput,

Pn Norhamiza binti Mohamad Hanopiah, Penolong Pengarah


Pusat Rujukan Malaysia dan Luar Negara,
Perpustakaan Negara Malaysia untuk menerima sedikit
cenderamata.

Hadirin sekalian,
Dengan ini selesailah sudah

Bengkel Literasi Maklumat pada hari ini

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada hadirin sekalian yang telah menghadiri majlis
pada hari ini. PENUTUP
LAOSHI
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ahli jawatankuasa
Perpustakaan Ibnu Firnas KVKS dan barisan Majlis Perwakilan
Pelajar KVKS serta mereka yang terlibat secara langsung mahu
pun tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas sebarang kekurangan sepanjang majlis ini

NAYLIEZA 2015Page 3
BENGKEL LITERASI MAKLUMAT 2020

berlangsung .

Sesungguhnya,
gitar tidak akan bersuara tanpa jari,
bulan tak akan purnama tanpa matahari,
begitu juga majlis kita tidak akan berseri tanpa rahmat Ilahi.
Segala yang baik datang dari Alah SWT dan segala yang
kurang adalah dari kelemahan kami.
Sekian, Wabillah hitaufik walhidayah .....
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semua hadirin diminta bersurai.

NAYLIEZA 2015Page 4

Anda mungkin juga menyukai