Anda di halaman 1dari 2

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

Panduan Menyediakan Laporan Pemeriksaan Tesis


(USULAN)
Berikut adalah panduan kepada pemeriksa bagi menyediakan Laporan Pemeriksaan Tesis:

1. Pendahuluan
a) Bidang kajian: sama ada sesuatu yang baru dan bernilai atau sebaliknya.
b) Cara pengkajian: sama ada menepati bidang kajian dan memadai atau sebaliknya.
c) Lain-lain komen yang berkaitan dengan bidang kajian dan cara pengkajian yang dipilih
oleh penulis.

2. Kandungan (Usulan: Bab 1-3)


a) Apakah perkara-perkara yang cuba dikemukakan oleh penulis?
b) Adakah pendapat-pendapat penulis bernas dan mempunyai sokongan-sokongan yang
kuat? Berikan contoh-contoh.
c) Perbincangan dan penghujahan serta contoh-contoh yang dipilih oleh penulis sama ada
menepati apa yang mahu dikemukakan atau sebaliknya.
d) Apakah kekuatan dan kelemahan penyelidikan ini dari segi kandungan mengikut bab.
e) Kesimpulan dan rumusan yang dibuat oleh penulis.
f) Lain-lain perkara mengenai kandungan projek yang perlu dilaporkan.
g) Meneliti laporan turnitin (tidak melebihi 30%)

3. Penyampaian
a) Ejaan, gaya dan bahasa yang digunakan.
b) Kemampuan penulis menyampaikan hasil kajian/penyelidikan.
c) Lain-lain perkara mengenai penyampaian projek yang difikir perlu dilaporkan.

4. Format
Format dan rujukan perlu mengikut Gaya UKM terkini.

5. Rumusan dan Cadangan Lain


a) Adakah calon telah mencapai taraf sebagai seorang penyelidik berwibawa?
b) Adakah Kajian dapat mencapai objektif kajian?
c) Adakah sumbangan kepada ilmu kajian sesuai mencapai tahap ijazah?

6. Keputusan
Sila kemukakan laporan bertulis yang lengkap kepada Urusetia Siswazah Fakulti untuk diserahkan
pada hari pembentangan pelajar.

( ) Lulus dan terus kajian


( ) Lulus dan teruskan kajian tertakluk kepada pembetulan minor dan Disahkan oleh
*Penyelia / Pembaca
( ) Pembetulan major dan bentang semula Usulan Penyelidikan di Seminar Siswazah
( ) Lain-Lain: ______________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai