Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

QKU 3133
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF SEKSUAL

TUGASAN KUMPULAN
(PENYAKIT REPRODUKTIF)

NAMA NO. MATRIK GAMBAR


KHAIRUL AZFAR BIN ABDUL WAHAB D20191089837

AIDIL ASWAD BIN KASIM D20191089829

MOHD SHAHRUL NIZAM BIN AZIZ D20191089855

NAMA PENSYARAH :
Profesor Madya Dr. Azali bin Rahmat
Pengenalan
Molluscum contagiosum adalah penyakit kulit berjangkit bukan kanser yang
disebabkan oleh jangkitan virus kumpulan poxvirus. Ia dipindahkan dari seseorang
melalui kulit ke kulit dan adalah salah satu penyakit yang biasa dijumpai di klinik
kesihatan primer. Penyakit ini adalah terhad tanpa komplikasi jangka masa panjang
walaupun pesakit yang mengalaminya biasanya yang berimuniti rendah;contohnya
pesakit HIV atau kencing manis. Ia dapat juga berlaku pada golongan kanak-kanak.
Malangnya, dalam dua dekad ini terdapat semakin banyak kes jangkitan kuman
oportunis seperti poxvirus di kalangan pesakit HIV yang tidak terhad, namun
mendatangkan komplikasi yang tukar rupa bentuk badan pesakit (disfiguring). Kajian
terkini membuktikan bahawa molluscum contagiosum adalah tanda penyakit kulit
yang mendatangkan kecurigaan kuat bahawa sesuatu pesakit menghidap penyakit
imuniti rendah seperti HIV. Pesakit yang menghidap jangkitan molluscum
contagiosum biasanya adalah tanpa gejala lain.
Perubahan ketara kulit adalah fasa pembentukan biji yang bulat, pejal, licin,
menonjol dari permukaan kulit, mempunyai pusat berlesung (central umbilication)
dan bersaiz antara 3 hingga 5 mm diameter. Untuk pesakit HIV, bijinya adalah lebih
besar dari biasa. Kanak-kanak biasaanya dijangkiti dibahagian hujung-hujung anggota
badan, tengah badan dan bahagian muka. Penyakit berasal jangkitan seksual pula
biasanya muncul pada bahagian abdomen dan kawasan celah alat kelamin. Pada
umumnya, jangkitan ini tidak bahaya. Dia akan hilang sendiri dan akan mengambil
masa 12-18 bulan kalau dibiarkan. Tetapi, jangkitan akan jadi lebih teruk pada orang
yang berimuniti rendah seperti pesakit HIV.

Punca
Penyebab utama ialah virus Molluscum Contagiosum, seperti yang telah
dibincangkan. Virus ini tergolong dalam keluarga virus pox dan sangat berjangkit.
Keadaan ini lebih kerap berlaku pada kanak-kanak dan disebarkan melalui hubungan
langsung. Semasa menggaru atau menggosok, moluskum contagiosum boleh merebak
ke bahagian badan yang berbeza dari individu yang sama. Pada orang dewasa,
kebanyakannya disebarkan melalui hubungan seksual dan mungkin juga berlaku pada
individu yang kurang imuniti. Di samping itu, virus ini tersebar dari alat perkongsian
isi rumah seperti pinggan mangkuk, peralatan tempat tidur, pakaian, mainan, tuala,
dan lain-lain. Di tempat lain juga seperi sekolah sering mencatatkan wabak
epidemiologi penyakit ini. Hal ini berlaku kerana kanak-kanak sering belajar dan
bermain bersama-sama.
Selain itu, melalui penelitian, molluscum contagiosum didapati tidak boleh
menyebar di dalam air berklorin yang terdapat di kolam renang. Pakar mengesyaki
bahawa lebih banyak kemungkinan perenang-perenang menghantar virus melalui
penggunaan tuala bersama; peralatan seperti kickboards; atau sentuhan kulit.

Tanda Molluscus Contagiosum


Individu yang menghidapi penyakit Moluskum Kontagiosum kebiasaanya akan
mengalami bintik-bintik kecil pada bahagian kulit. Bintik-bintik kecil ini akan muncul
pada bahagian kulit manusia yang terkena virus Molluscus Contagiosum ini seperti
pada bahagian leher, wajah, kelopak mata, ketiak dan badan. Kebiasaanya, bintik-
bintik kecil ini tidak akan muncul pada bahagian tapak tangan, tapak kaki dan mulut.
Apabila penyakit ini merebak melalui hubungan seks, kebiasaanya bintik-bintik
kecil ini akan muncul pada bahagian bawah perut dan berdekatan dengan kemaluan.
Namun begitu, kadang-kala bintik-bintik kecil yang muncul pada bahagian bawah
perut dan berdekatan dengan kemaluan berkemungkinan adalah Herpes. Perbezaan
Molluscus Contagiosum dengan Herpes ialah tidak berasa sakit pada bahagian bintik-
bintik tersebut.
Ciri-ciri penyakit Molluscum Contagiosum ialah:
1. Muncul bintik-bintik kecil pada permukaan kulit dalam jumlah satu hingga
melebihi 20, namun tidak mempunyai rasa sakit.
2. Kebiasannya ia berbentuk kecil dan berkilat.
3. Bintik-bintik yang muncul berwarna merah jambu atau mengikuti warna kulit
manusia.
4. Terdapat lekukan di bahagian tengah bintik.
5. Terdapat cairan di dalam bintik.
6. Berdiameter dua hingga lima milimeter.
7. Muncul pada bahagian wajah, badan, lengan, kaki, bahkan muncul pada
bahagian peha dalaman serta berdekatan dengan kemaluan.
Terdapat beberapa kes, individu yang menghidapi penyakit bawaan virus
Molluscus Contagiosum ini tidak menyedari dirinya menghidapi penyakit ini dalam
tempoh enam bulan. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai rasa sakit
disebabkan oleh kekurangan gejala pada peringkat awal jangkitan penyakit.
Tanda Moluskus Kontagiosum Kelihatan

Gambar 1: Bahagian Kelopak Mata

Gambar 2: Bahagian Leher

Gambar 3: Bahagian Badan

Gambar 4: Bahagian Tangan


Gambar 5: Molluscus Contagiosum

Gambar 6: Bahagian Perut

Jenis Rawatan Moden dan Tradisional

Rawatan Moden
Penyakit ini akan sembuh dengan sendirinya namun ianya sangat lama sehingga 6
hingga 12 bulan. Penyakit berjangkit ini mempunyai rawatan moden yang dapat
dilakukan oleh pihak pakar di hospital atau di klinik-klinik. Rawatan tersebut dapat
dilakukan dengan Curettage, Cryotheraphy, Diathermy, Terapi laser, dan rawatan
kimia.
Curettage adalah kaedah rawatan yang dilakukan di hospital dan klinik dengan
mengikis bahagian yang terkena jangkitan (papule) dengan menggunakan alatan
(Curet) yang berbentuk seperti sudu dan bahagian hujung yang tajam. Selain itu,
Cryotherapy, rawatan yang menggunakan semburan cecair (cecair nitrogen) dengan
tekanan yang kuat bagi membekukan. Setiap luka yang dibekukan selama 10 saat atau
sehingga lapisan ais terbentuk disekitar luka. Rawatan Cryotherapy ini kadang kala
dilakukan dalam beberapa sesi dan akan menyebabkan parut.
Seterusnya, rawatan Diathermy yang menggunakan alatan elektrik yang
dipanaskan untuk membakar Molluscum Contagiusum dan sebelum rawatan ini
dimulakan pesakit akan diberikan bius. Selain itu terapi laser juga digunakan dan
kaedahnya lebih kurang seperti kaedah rawatan Diathermy namun ianya
menggunakan laser untuk membakar dan menyingkirkan Molluscum Contagiusum.
Akhir sekali, rawatan kimia yang disapukan pada permukaan yang terkena
jangkitan pada kulit. Trichloroacetic acid membantu dalam rawatan kulit dan
kebiasaannya terkandung dalam produk-produk kesihatan dan kecantikan.

Rawatan Tradisional
Rawatan tradisional ini dapat digunakan bagi menghilangkan penyakit
Molluscum Contagiusum melalui rawatan di rumah seperti menggunakan minyak pati
pokok teh kerana minyak pokok the mempunyai sifat antimikroba dan anti radang
yang membantu untuk penyembuhan dengan lebih cepat dan mencegah penyebaran
jangkitan. Cara rawatan ini hanya dengan menyapukan minyak pati teh dua kali
sehari. Cara penggunaannya adalah, menggunakan kapas dan dicelupkan ke dalam
minyak tersebut dan sapukan. Seseorang itu juga dapat menggabungkan dengan
minyak pokok the dengan sedikit iodium/iodine.
Minyak kelapa juga merupakan rawatan tradisional yang digunakan dengan
hanya menyapukan minyak dengan menggunakan kapas 2 hingga 3 kali dalam sehari.
Minyak kelapa merupakan sumber asid lemak yang kaya dan membantu mengekalkan
kelembapan kulit. Minyak kelapa juga mempunyai sifat anti radang dan dapat
menyembuhkan dengan lebih cepat dan berkesan mencegah perkembangan jangkitan.
Seterusnya, garam mengandungi magnesium yang tinggi membantu melegakan
keradangan dan membantu mempercepatkan kesembuhan. Cara rawatannya adalah
dengan meletakkan secawan garam ke dalam air dan rendamkan bahagian seperti
tangan yang terkena jangkitan selama 20 hingga 30 minit. Lakukan selama setiap hari
bagi melihat kesembuhan yang cepat.
Buah lemon juga merupakan rawatan tradisional yang digunakan bagi membantu
untuk mengubati Molluscum Contagiosum. Hal ini kerana sifat anti bakteria
melindungi kulit dari jangkitan bakteria dan sifat anti radang mempercepatkan
penyembuhan pada kulit. Caranya adalah dengan memerahkan buah lemon dan
menyapukan jus lemon tersebut dipermukaan yang terkena jangkitan dengan kapas.
Dilakukan sebanyak 2 kali sehari sekurang-kurangnya seminggu.
Aloe vera atau pokok lidah buaya yang merupakan ubat semula jadi dan terbaik
untuk merawat sebarang luka dan banyak digunakan dalam produk-produk
kecantikan. Aloe vera adalah bersifat menyembuhkan dan anti radang. Cara
penggunaanya adalah menyapukan gel aloe vera pada permukaan yang terkena
jangkitan dan biarkan selama 25 hingga 30 minit seterusnya basuhkan dengan air
yang bersih.
Akhir sekali, adalah rawatan tradisional dengan menggunakan bawang putih. Hal
ini kerana bawang putih yang mengandungi allicin yang dapat digunakan sebagai ubat
semula jadi untuk menyembuhkan penyakit kulit. Cara penggunaannya adalah dengan
menghancurkan bawang putih dan letakkan sedikit air dan sapukan pada bahagian
yang dijangkiti. Rawatan ini dilakukan 2 hingga 3 kali dalam sehari.

Akibat tidak dirawat


Pada umumnya penyakit ini tidak berbahaya dan tidak membataskan fizikal bagi yang
terjangkit dengan jangkitan ini. Penyakit Molusscum Contagiosum adalah jangkitan
daripada virus (Poxvirus) yang akan sembuh dengan sendirinya. Namun, seseorang
yang mengalami jangkitan ini akan mengalami penyakit ini dengan jangka masa yang
lama sehingga 6 hingga ke 12 bulan. Namun, jika seseorang yang menghidapi
penyakit HIV atau tahap imuniti yang rendah akan menyebabkan penyakit ini sukar
untuk baik dan memakan masa yang sangat lama dan rawatan akan lebih rumit.
Selain itu, pakar perubatan tidak menyarankan rawatan moden kepada kanak-
kanak yang menghadapi penyakit ini kerana ianya akan sembuh sendiri. Hal ini
kerana kaedah merawat dibimbingkan akan menyakitkan kanak-kanak serta
meninggalkan kesan luka.

Kesimpulan
Penyakit Molluscus Conagiosum ini merupakan penyakit kulit yang boleh
membawa jangkitan kepada orang lain. Jangkitan kuman mungkin boleh dirawat
dalam masa 6 bulan. Aspek penting untuk mengawal penyakit ini adalah dengan
menerima rawatan daripada doktor sekiranya terdapat tanda-tanda awal jangkitan.
Pada masa yang sama, kebersihan kawasan persekitaran perlulah dijaga agar tidak
membawa kepada penyakit ini.

Rujukan

Brown, S. T., Nalley, J. F., & Kraus, S. J. (1981). Molluscum contagiosum. Sexually


transmitted diseases, 8(3), 227-234.
van der Wouden, J. C., van der Sande, R., Kruithof, E. J., Sollie, A., van Suijlekom‐
Smit, L. W., & Koning, S. (2017). Interventions for cutaneous molluscum
contagiosum. Cochrane Database of Systematic Reviews, (5).

Tyring, S. K. (2003). Molluscum contagiosum: the importance of early diagnosis and


treatment. American journal of obstetrics and gynecology, 189(3), S12-S16.

Anda mungkin juga menyukai