Anda di halaman 1dari 12

SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI

BAHASA KEDUA) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 1 / 2020

MPU3323

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 1

NO. MATRIKULASI : 980906565208001


NO. KAD PENGENALAN : 980906565208
NO. TELEFON : 011-35761703
E-MEL : azahida@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI
SEMBILAN

0
BIL TAJUK MUKASURAT
.
1 Pengenalan 2
2 Definisi globalisasi berdasarkan video 1 & video 2 3
3 Sindiran Sosial 4-5
4 Perbezaan Nilai-nilai Murni yang Hampir Dilupakan 6-7
5 Kesimpulan 8
6 TUGASAN 2 9 - 10
7 Rujukan 11
ISI KANDUNGAN

1
1. PENGENALAN

Globalisasi boleh didefinisikan sebagai proses untuk menjadikan dunia dibawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Melalui proses ini, dunia sudah tidak lagi dibataskan oleh sempadan semata-mata.
Terdapat pelbagai perantaraan komunikasi media yang membolehkan sesebuah negara
tersebut berkomunikasi. Antaranya ialah internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Perkembangan ini meningkatkan kadar perhubungan di antara sesebuah negara dengan
negara yang lain dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, globalisasi ditakrifkan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia tiada batas dari segi perhubungan manusia disebabkan perkembangan
pesat dalam teknologi maklumat. Manakala para cendekiawan barat pula menganggap
globalisasi adalah sebagai salah satu proses kehidupan yang serba luas. Ia juga
merangkumi segala jenis aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh
dibangunkan oleh semua manusia didunia ini tanpa mengira bangsa dan agama. Ini
bermaksud segala-galanya boleh menjadi milik bersama dengan adanya konsep dunia
tanpa sempadan atau globalisasi.

2
2. DEFINISI GLOBALISASI BERDASARKAN VIDEO 1 & VIDEO 2

Berbalik kepada tugasan asal, globalisasi di dalam Video 1 boleh didefinisikan sebagai
bagaimana sesebuah budaya itu boleh mempengaruhi seseorang dengan adanya
kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi. Video 1 ini menunjukkan bagaimana
Muniandy Chinnadorai dan kawan-kawannya telah dipengaruhi dengan budaya Hip Hop
yang berasal dari negara luar. Dari segi pemakaian, cara percakapan, dan juga sikap telah
menunjukkan bahawa mereka sangat meminati budaya Hip Hop tersebut. Sehinggakan
ada yang menukar nama daripada Muthusamy Karupiah kepada Sam. Tambahan pula,
walaupun mereka terpengaruh dengan budaya luar, mereka masih menghormati sesama
sendiri dan menjaga hubungan kekeluargaan. Ini jelas menunjukkan bahawa biarpun
globalisasi telah berlaku, namun sesebuah pertalian tetap utuh dan terjalin.

Beralih kepada Video 2 pula, globalisasi yang dimaksudkan adalah kemajuan dunia pada
hari ini yang meliputi segenap dimensi sehinggalah ke pedalaman sekalipun. Di dalam
video itu menunjukkan Aiman bersama keluarganya yang berasal dari bandar pulang ke
kampung halamannya untuk menyambut perayaan hari raya Aidilfitri. Kelihatan Razif
pula yang berasal dari kampung merasa begitu gembira apabila melihat mereka pulang.
Aiman bertanyakan kepada Razif samada terdapat Wifi atau tiada di rumah itu. Namun
Razif mengatakan tiada. Lalu Aiman pun mengeluh kerana hidupnya sudah terbiasa
diluangkan bersama gajet dan Internet. Niat Razif menafikannya hanya kerana ingin
meluangkan masa dan bermain bersama abang sepupunya itu. Lama kelamaan hubungan
mereka menjadi semakin rapat dan sentiasa meluangkan masa bersama. Ini menujukkan
globalisasi telah pun terjadi sehinggalah membawa perubahan di kawasan pedalaman.
Tanpa kita sedari masyarakat kampung hari ini kian maju dengan kehadiran teknologi
maklumat dan Internet. Ini membuktikan bahawa mereka juga tidak ketinggalan zaman
dan mengikuti perkembangan arus kemodenan.

3
3. SINDIRAN SOSIAL

Sindiran sosial bermaksud menyampaikan sesuatu pendapat atau pandangan yang


bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh penutur secara literal. Kini sindiran
menjadi satu trend ragam bahasa dalam kalangan pengguna media sosial untuk membuat
teguran, kritikan atau nasihat terhadap sesuatu isu dalam media sosial.

Terdapat beberapa sindiran sosial yang diketengahkan dalam kedua-dua video tersebut.
Pertama, sindiran sosial yang terdapat dalam Video 1 ialah ramai golongan muda
sekarang yang terpengaruh dengan budaya luar. Namun begitu video 1 menunjukkan
walaupun golongan muda sekarang telah terpengaruh dengan budaya luar, namun adat
resam dan sikap saling menghormati golongan lebih tua tetap tidak dilupakan.
Contohnya, Muniandy Chinnadorai dan kawannya telah ditegur oleh nenek beliau kerana
mengendahkan kehadirannya di situ. Walaupun ditegur di depan kawan perempuan
mereka namun mereka masih berbual dengan nada yang baik dan hormat pada nenek. Ini
jelas menunjukkan yang walaupun golongan muda telah dipengaruhi dengan pelbagai
unsur hiburan luar mereka masih mengamalkan nilai-nilai murni. Tidak seperti yang
selalu masyarakat kita buat iaitu memandang enteng kepada golongan muda dan belia.

Selain itu, sindiran sosial kedua yang terdapat dalam video 1 ialah masyarakat sekarang
sering menyorokkan identiti sebenar mereka dan memberi identiti yang palsu kepada
orang ramai. Ini dapat dilihat sebagai metafora yang sering berlaku di mana sebilangan
orang akan menafikan masa lalu mereka demi merangkul masa depan yang lebih baru dan
baik. Sebagai contoh, Muthusamy Karupiah telah menafikan nama sebenar beliau di
hadapan kawan-kawannya dan menukar nama kepada Sam. Hal ini demikian kerana Sam
merasakan yang nama Sam tersebut adalah lebih moden dan bergaya. Berbanding nama
sebenar dia yang agak ketinggalan zaman. Ini dapat dilihat jelas di mana Sam sanggup
untuk menyembunyikan identiti sebenar dia dengan memberikan identiti palsu kepada
orang ramai. Ini juga menunjukkan bahawa Sam ingin mengikuti trend terkini
sehinggakan menukar namanya sendiri yang lebih moden dan bergaya.

Sindiran sosial yang terdapat dalam Video 2 ialah sikap masyarakat yang kini dilihat
begitu terikat dengan gajet dan peranti digital untuk memperoleh maklumat serta
berkomunikasi, tanpa mengendahkan dunia fizikal di sekeliling mereka. Hal ini kerana
4
masyarakat kita sudah terbiasa dengan kecanggihan teknologi sehinggakan ianya menjadi
sangat penting dalam kehidupan harian kita. Contohnya, dalam video tersebut kelihatan
Aiman berasa sangat kecewa apabila mendapati bahawa tiada Wifi atau capaian Internet
di rumah itu. Aiman juga lebih gemar menghabiskan masa sendirian berbanding bermain
dengan sepupunya Razif. Setelah ditegur oleh bapanya Aiman, barulah Aiman pergi
bermain dengan Razif. Jelaslah bahawa masyarakat sekarang tidak boleh hidup tanpa
gajet dan teknologi.

Selain itu, sindiran sosial kedua yang terdapat dalam video 2 ialah hubungan
kekeluargaan dan tali persaudaraan yang kian renggang dalam diri masyarakat Malaysia.
Hal ini berikutan Aiman tidak berapa gemar apabila keluarganya mengajak dia untuk
balik ke kampung bagi menyambut perayaan hari raya Aidilfitri. Aiman juga tidak berapa
rapat dengan ahli keluarganya yang lain. Dia lebih suka menghabiskan masanya sendiri
dan bermain permainan video. Namun setelah ditegur bapanya, Aiman akhirnya akur
untuk bermain dengan Razif. Mereka bermain macam-macam permainan seperti penutup
ceper, guli, dan mengusik pokok semalu. Lama-kelamaan hubungan mereka yang
dulunya renggang kini menjadi akrab. Sehinggakan Razif menyediakan tempat duduk
khas untuk Aiman ketika di meja makan. Tegasnya, hubungan kekeluargaan yang
renggang merupakan sindiran sosial dalam video ini.

5
4. PERBEZAAN NILAI-NILAI MURNI YANG HAMPIR DILUPAKAN

Terdapat beberapa perbezaan nilai murni yang hampir dilupakan dalam kedua-dua video
ini. Dalam video 1, nilai murni yang hampir dilupakan ialah sikap berfikiran rasional. Ini
dapat dilihat daripada sikap Muniandy Chinnadorai dan kawan-kawannya yang tidak
berfikiran rasional ketika keluar rumah. Mereka mengenakan pakaian baju panas yang
tidak relevan dengan cuaca panas negara Malaysia hanya kerana terikut dengan budaya
luar. Ini sangat berbeza dengan nilai murni yang diamalkan dengan masyarakat dahulu
kala yang sentiasa berpakaian sopan dan melambangkan jati diri masing-masing. Sebagai
contoh, kaum Melayu mengenakan pakaian tradisional baju Melayu dan baju kurung,
kaum Cina mengenakan Ceongsam, manakala bagi kaum India pula memakai Saree dan
Kurta. Jelaslah bahawa nilai murni yang hampir dilupakan ialah sikap berfikiran rasional
masyarakat hari ini.

Seterusnya, nilai murni yang hampir dilupakan ialah nilai murni kasih sayang terhadap
sesama manusia. Di dalam video 2 menunjukkan Aiman dan Razif menjadi renggang
akibat daripada kemajuan teknologi dan komunikasi. Hal ini kerana sudah menjadi norma
baharu bagi masyarakat sekarang yang suka menyendiri dan buat hal masing-masing. Ini
boleh dilihat jelas dalam video tersebut di mana Aiman kebanyakannya lebih suka
menghabiskan masanya sendirian dan bermain dengan permainan videonya. Sehinggalah
ayah Aiman menegur Aiman untuk bermain bersama dengan Razif. Lama-kelamaan
mereka menjadi semakin rapat dan mula bermain bersama-sama. Hal ini jauh
bertentangan dengan norma masyarakat dahulu yang rajin bertanya khabar dan menyapa.
Mereka langsung tidak berat mulut untuk menegur sesiapa yang mereka terserempak.
Jelaslah bahawa nilai kasih sayang sesama manusia merupakan perbezaan nilai murni
yang hampir dilupakan.

Berikutnya, nilai murni yang hampir dilupakan ialah nilai jati diri masyarakat hari ini
yang kian pudar. Kita boleh lihat melalui video 1 di mana Muthusamy Karupiah yang
sanggup menukar namanya kepada Sam oleh kerana terikut dengan budaya luar. Sam
menukar namanya kerana dia terpengaruh dengan budaya Barat yang dirasakan lebih
maju dan moden. Sam juga telah ditegur oleh nenek Muniandy Chinnadorai kerana
merasakan nama Sam itu tiada membawa apa-apa makna. Setelah Sam memberitahu
namanya yang sebenar, kelihatan nenek itu memuji nama itu kerana maksud nama itu
6
jauh lebih baik dan sedap. Hal ini juga berbeza dengan masyakarat dahulu di mana jati
diri mereka sangat kuat dalam diri mereka. Ini kerana mereka bangga dengan keturunan
dan darah daging mereka. Sebagai contoh, mereka memberi nama anak-anak mereka
dengan baik dan indah seperti nama bunga, nama tokoh-tokoh hebat dan juga nama yang
membawa makna yang baik. Jelaslah bahawa nilai jati diri masyarakat hari ini merupakan
antara nilai murni yang hampir dilupakan.

Akhir sekali, nilai murni yang hampir dilupakan ialah nilai menghormati orang tua. Hal
ini demikian kerana berdasarkan video 2, kelihatan Aiman langsung tidak mengendahkan
nenek dan atuknya ketika pulang ke kampung. Bukan itu sahaja, Aiman juga tidak
berminat untuk berbual dan meluangkan masa dengan keluarganya yang lain. Aiman
lebih suka menghabiskan masanya sendirian sambil bermain dengan permainan videonya.
Nilai ini menunjukkan bahawa berbezanya sikap golongan muda sekarang berbanding
masyarakat dahulu. Ini kerana masyarakat dahulu amat mementingkan sikap
menghormati orang tua kerana menganggap mereka lebih berpengalaman dan banyak
makan garam. Mereka juga sangat menjaga adab pergaulan dan bahasa ketika berbual
dengan orang yang lebih tua. Contohnya, mereka menggunakan bahasa yang sopan dan
panggilan nama yang betul. Tegasnya, nilai menghormati orang tua adalah antara nilai
yang hampir dilupakan.

7
5. KESIMPULAN

Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan kepada
Tamadun Melayu yang telah dibina sekian lama berdasarkan kepada kronologi
persejarahan (Modul TITAS OUM, 2019). Berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan
bahawa Tamadun Melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan
rupa bentuk sesuatu bangsa atau masyarakat. Kedua-dua video tersebut adalah karya dari
seorang pengarah terhebat iaitu Allahyarham Yasmin Ahmad. Yasmin Ahmad adalah
salah satu nama yang sudah tidak asing lagi bagi mereka yang berada dalam industri
lakon layar. Yasmin Ahmad banyak melahirkan karya yang memberi impak kepada
masyarakat. Pelbagai jenis filem dan iklan yang telah dihasilkan sepanjang karier beliau
sebagai seorang pengarah. Bukan itu sahaja, sehingga kini kedua-dua video berkenaan
masih lagi segar dalam ingatan rakyat Malaysia. Selain itu, berdasarkan video-video ini
juga dapat digambarkan bahawa banyak sumbangan Tamadun Melayu dari pelbagai
bidang yang berjaya melahirkan satu rumpun bangsa yang dikenali, dihormati dan
disanjung tinggi. Banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan tauladan kepada
kita dalam kehidupan masa kini.

8
TUGASAN 2

Video 1

Dalam jurnal reflektif ini saya akan membincangkan dan berkongsi tentang pengalaman
sebelum dan selepas saya menonton kedua-dua video tersebut. Pertama sekali, pengalaman
saya sebelum menonton Video 1 ialah saya beranggapan yang video tersebut adalah
mengenai kehidupan remaja yang liar dan suka bergaduh. Saya juga beranggapan bahawa
mereka juga adalah budak nakal yang suka mengacau kaum perempuan yang mereka jumpa.
Pada awalnya, saya tidak berapa minat untuk menonton video tersebut disebabkan situasi
macam itu. Tetapi, pada hakikatnya video tersebut adalah mengenai bagaimana gambaran
situasi remaja muda sekarang yang kebanyakkannya terpengaruh dengan budaya luar.
Namun, segelintir daripada mereka masih lagi mempunyai nilai jati diri yang baik dan
bersikap baik serta saling menghormati. Sebagai contoh, watak utama iaitu Muniandy
Chinnadorai menunjukkan yang dia menghormati neneknya dengan menyapa neneknya di
pasar malam. Walaupun dirinya malu berhadapan dengan kawan perempuannya, dia masih
menegur neneknya itu dengan nada yang baik dan mesra. Kesimpulannya, pengalaman saya
selepas menonton video tersebut ialah saya berasa bangga dengan masyarakat muda hari ini
kerana masih mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

9
Video 2

Seterusnya, pengalaman saya sebelum menonton Video 2 ialah saya beranggapan bahawa
mereka merayakan suasana hari raya dengan kemeriahan dan kegembiraan bersama sanak
saudara. Saya juga beranggapan bahawa hubungan mereka sangat rapat. Tambahan pula, saya
begitu yakin bahawa memang tiada Wifi di rumah tersebut seperti yang dikatakan oleh Razif.
Ini kerana kita semua sedia maklum bahawa kebanyakkan rumah kampung kebiasaanya tiada
kemudahan Internet dan Wifi. Oleh sebab itulah kita akan meluangkan masa dan bermain
bersama sanak saudara. Tetapi berlainan pula dengan apa yang terjadi sebenarnya. Ini kerana
dalam video tersebut menunjukkan bahawa hubungan mereka iaitu antara Aiman dan Razif
tidak berapa rapat dan selesa. Contohnya, Aiman di dalam video lebih gemar menghabiskan
masanya sendirian dengan bermain permainan videonya dan mendengar lagu. Kelihatan
Razif pula sentiasa mahukan Aiman untuk bermain dengannya. Setelah disuruh ayahnya,
barulah Aiman bermain dengan Razif dan hubungan mereka kembali rapat. Di akhir video itu
menunjukkan yang Razif bergegas naik ke atas dan menekan butang "On" Wifi. Ternyata,
ada Wifi rupanya di rumah itu tetapi dirahsiakan oleh Razif. Kesimpulannya, pengalaman
yang saya dapat ialah jangan pandang rendah pada kuasa teknologi dan hubungan
kekeluargaan.

10
RUJUKAN

Abdullah, S. (2019). Implikasi Globalisasi Terhadap Nilai-Nilai Murni Kekeluargaan


Melayu. Implikasi Globalisasi Terhadap Nilai.

BERNAMA. (2019, September 7). Sinar Harian. Retrieved from Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/46922/BERITA/Nasional/TPM-bimbang-
masyarakat-ketagih-gajet

Dinsim, F. (2016, February 1). Kemerosotan Nilai Murni Di Kalangan Remaja Masa Kini.
Retrieved from Blogger: http://fourtkaizen.blogspot.com/2016/02/kemerosotan-nilai-
murni-di-kalangan.html

Maxis. (2013, July 31). Youtube. Retrieved from Youtube: https://www.youtube.com/watch?


reload=9&v=Db8ZMam_d8I

Modul TITAS OUM. (2019). Dalam D. G. Darusalam, MPU3323 Tamadun Islam dan
Tamadu Asia 1 (hlm. 64). OPEN UNIVERSITY MALAYSIA.

PETRONAS. (2010, August 18). Youtube. Retrieved from Youtube:


https://www.youtube.com/watch?v=kaNBrCH6TNA

11

Anda mungkin juga menyukai