Anda di halaman 1dari 3

SMK BANDAR BARU SULTAN SULEIMAN

Lebuh Sultan Abdul Samad,


42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR

TAJUK AKTIVITI : KERTAS CADANGAN KIOSK DIGITAL


STaMan
PEGAWAI MEJA : ALIZA ABD AZIS
KOD : 2022/ PROGRAM PSS & NILAM/ 02

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :

a. mengadakan Program Kiosk Digital STaMan


b. anggaran perbelanjaan sebanyak RM 1000.00 (sumbangan persendirian)

2. LATAR BELAKANG
a. Program Kiosk Digital STaMan dibina selaras dengan norma baharu akibat
Pandemik Covid-19 yang menyebabkan gaya pembacaan berubah daripada
bahan fizikal kepada bahan bacaan dalam talian. Oleh itu, buku digital perlu
disediakan untuk memenuhi keperluan pembacaan murid pada masa ini.
b. Semua bahan bacaan dalam format pdf yang dimuat naik ke dalam Kiosk Digital
STaMan perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada penerbit untuk
mengelakkan pelanggaran Akta Hak Cipta. Oleh itu, Kiosk Digital STaMan
dengan kerjasama pihak BLINK amat sesuai dibina bagi memenuhi keperluan
pembacaan murid pada era Pandemik ini, di samping tidak melanggar Aktar Hak
Cipta.
c. Unit NILAM telah dipertanggungjawabkan sebagai urus setia untuk
melaksanakan program tersebut.

3. OBJEKTIF
a. Melaksanakan program pembacaan digital selaras dengan norma baharu
b. Mengisi masa terluang murid dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku
secara dalam talian dan melakukan aktiviti bersama pihak BLINK secara dalam
talian.
c. Koleksi buku digital yang disediakan sesuai dengan tahap murid dan yang
memenuhi piawai serta tidak melanggar Akta Hak Cipta Buku.
d. Menyediakan Kiosk Digital selaras dengan konsep PSS Abad ke-21.

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Memastikan semua murid dapat mengakses Kiosk Digital STaMan dan
memaksimumkan penggunaannya
b. Memantau rekod bacaan murid dari semasa ke semasa

5. KUMPULAN SASARAN
a. Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

6. IMPLIKASI KEWANGAN
a. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan program ini berjumlah RM1000.00
b. Sumber kewangan : Sumbangan peribadi
c. Anggaran Perbelanjaan

1
Kos
JENIS Jumlah
Kuantiti Seunit Keterangan
PERBELANJAAN (RM)
(RM)
1. Bahan
a. Koleksi Buku Bahan bacaan dalam
200 5.00 1000.00
Digital talian untuk murid
Jumlah Besar 1000.00

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat : Puan Nurul ‘Ain Binti Muhammad Zain (Pengetua)
Pengerusi : Puan Puziah Binti Tuban (Penolong Kanan Pentadbiran)
Penyelaras 1 : Azliana bt Adnan
Penyelaras 2 : Zubaidah bt Halim
Setiausaha : Aliza Abd Azis

Penyelaras / Ketua

a. Hebahan Aktiviti : Azliana bt Adnan


: Noraini Ismail

b. Bahan aktiviti/ Paparan Portal : Aliza Abd Azis

c. Guru Pembimbing : Azliana bt Adnan


: Pushpah a/p Manickam
: Norazrin bt Hawari
: Zubaidah bt Halim
: Aliza bt Abd Azis

Dibantu oleh Pengawas PSS

8. STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh : Sepanjang tahun
Masa : Sepanjang masa
Tempat : Di mana-mana sahaja kawasan yang ada capaian Internet
Program ini dilaksanakan melalui 2 strategi iaitu promosi Kiosk digital dan Rekod
Bacaan di IQ NILAM dan E-NILAM. Antara aktivitinya ialah :

2
a. Murid membaca buku di Kiosk Digital STaMan
b. Murid merekodkan bacaan di IQ NILAM atau E-NILAM
c. Murid melakukan aktiviti bersama pihak BLINK secara dalam talian

i. Kuiz Kiosk Digital STaMan


ii. Bina Kata Kiosk Digital STaMan
iii.Ikon Harta Karun Kiosk Digital STaMan

9. PELAN PENGURUSAN RISIKO


Tarikh : Sepanjang tahun
Masa : Sepanjang masa
Tempat : Di mana-mana sahaja kawasan yang ada capaian Internet

10. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pemerhatian
b. Laporan Jawatankuasa

11. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Kiosk Digital STaMan dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan.

12. SYOR

Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;

a. Mengadakan Program Kiosk Digital STaMan; dan


b. Anggaran peruntukan sebanyak RM 1000.00 (Sumbangan peribadi)

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………………….
(ALIZA ABD AZIS) (PUZIAH BT TUBAN)
SU NILAM Penolong Kanan Pentadbiran

Disahkan oleh,

………………………………………………..….
(NURUL ‘AIN BINTI MUHAMMAD ZAIN)
Pengetua

Anda mungkin juga menyukai