Anda di halaman 1dari 28

Kementerian Kesihatan Malaysia

SOALAN LAZIM
PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

Soalan 1: Apakah coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan


saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe
acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory
syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaharu yang
ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).

Jangkitan coronavirus menyebabkan spektrum gejala daripada selesema


biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Soalan 2: Bagaimanakah novel coronavirus 2019 (COVID-19) merebak?

Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada


individu yang lain melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila
seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi
objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat
jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian
menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti
COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk
atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk
mengekalkan jarak lebih dari 1meter (3 kaki) dari orang yang sakit.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi


sentiasa berubah dan akan mengemas kini maklumat penyakit ini dalam
laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan
supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Soalan 3: Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung atau N95,
adakah ia membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19?

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah
1
disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih
praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang
pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang
memakai penutup mulut dan hidung ini.

Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat
dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ia lebih
sesuai diguna pakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di
fasiliti kesihatan.

Soalan 4: Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-


19?

Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan


sukar bernafas.

Soalan 5: Saya mempunyai gejala batuk dan hidung berair. Saya baru
balik dari mengembara ke negara-negara yang terdapat kes pneumonia
disebabkan jangkitan COVID-19. Perlukah saya pergi ke klinik swasta
atau adakah saya perlu pergi ke Jabatan Kecemasan & Trauma hospital
Kerajaan?

Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam,


atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila
dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut
dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana.

Soalan 6: Apakah rawatan untuk jangkitan COVID-19?

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan
COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang
dialami pesakit.

Soalan 7: Adakah penyakit jangkitan COVID-19 ini boleh menyebabkan


kematian? Apakah perbezaannya dengan SARS?

COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian,


terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah

2
kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Walau bagaimanapun, ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh
berubah dari semasa ke semasa.

Soalan 8: Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19.?

Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan selepas pulang


ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-
langkah berikut:

• Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap
mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand
sanitizer;

• Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask)


serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam
tempoh lawatan;

• Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul


rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam
tempoh lawatan;

• Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual


haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang
jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan

• Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak


dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

Soalan 9: Rakan sekerja / rakan sekelas / kawan saya melancong ke


negara yang mempunyai kes COVID-19. Apabila mereka kembali,
adakah mereka perlu mengasingkan diri mereka?

Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya


dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk
ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home
Assessment Tool serta Health Alert Card (Lampiran1). Mereka dinasihatkan
untuk tinggal di rumah dan perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2
3
minggu. Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan
dengan membawa bersama Health Alert Card.

Soalan 10: Apakah peranan agensi pelancongan dalam mengawal


penularan jangkitan COVID-19.?

Agensi pelancongan diminta untuk memaklumkan mengenai situasi terkini


kejadian wabak penyakit COVID-19 dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan
oleh KKM kepada pekerja masing-masing dan pelanggan yang ingin ke
negara yang mempunyai kes COVID-19 dari semasa ke semasa iaitu:

 Menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari melawati negara


China sehingga dimaklumkan kelak.

 Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci


tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

 Sekiranya lawatan ke negara yang mempunyai kes COVID-19 tidak


dapat dielakkan, semasa berada di sana:

o Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak


bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
o Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang
menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau
menyentuh sebarang jenis haiwan;
o Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah /
tidak dimasak dengan sempurna.

 Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu


mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk
mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas
pulang ke tanah air

 Pengembara yang datang dari negara yang mempunyai kes COVID-


19 perlu dimaklumkan keperluan mengisytiharkan status kesihatan
sebelum tiba ke Malaysia. Selain itu prosedur keperluan menjalani
perintah Pemantauan dan Pengasingan serta isolasi sekiranya
bergejala perlu dijelaskan kepada pelanggan.

4
 Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk
membuat saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka
ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

 Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan


dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan
persekitaran termasuk menjalankan disinfeksi.

Soalan 11: Apakah tindakan KKM dalam mencegah dan mengawal


penularan penyakit COVID-19 ini?

KKM telah memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 ini secara harian
melalui sumber-sumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping
menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

i. Membuka Bilik Gerakan COVID-19.


ii. Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan
kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
iii. Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa
Malaysia.
iv. Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan
isolasi kes di hospital-hospital terpilih.
v. Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat
pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan
Pengasingan.
vi. Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
vii. Memantapkan kemampuan dan keupayaan makmal dalam
menjalankan ujian pengesanan virus ini.
viii. Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya
penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.
ix. Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala
dan komplikasi mencukupi.
x. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus
COVID-19 ini melalui media sosial dan media cetak.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KKM di talian 03 – 8881 0200
/ 0600 / 0700 emel ke cprc@moh.gov.my dan Whatsapp ke 010 969 9435
untuk sebarang pertanyaan. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri masing-
masing juga boleh dihubungi (Lampiran 2).

5
Soalan 12: Siapakah golongan berisiko tinggi?

Orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk


menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting
(non-essential). Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19
di hospital. Golongan berisiko adalah:
 Kanak-kanak
 Warga emas berusia 65 tahun ke atas
 Pesakit dengan penyakit kronik
 Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
 Wanita hamil

Penting - (Jangan melawat pesakit di hospital sekiranya anda demam atau


mengalami selesema dan batuk)

Soalan 13: Bagaimanakah pengesanan kontak dilakukan?

Temu bual - Semasa di hospital, pasukan perubatan menyenaraikan lokasi


perjalanan dan kontak pesakit dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Penyiasatan - Pasukan kesihatan menjejaki kontak pesakit untuk mengesan


dan menyiasat hubungan/interaksi dengan pesakit serta mendapatkan
maklumat lanjut.

Mengenal pasti - Keputusan dibuat bagi menentukan individu berkaitan


merupakan kontak rapat/dekat dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

Sekiranya kontak mengalami GEJALA - beliau akan dirujuk ke hospital untuk


pengasingan dan rawatan lanjut. Sekiranya kontak SIHAT beliau akan
menjalani ujian untuk pengesahan dan diletak di bawah pengawasan di
rumah bagi tempoh 14 hari.

Soalan 14: Bolehkah pengambilan sampel COVID-19 di rumah?

Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi


perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi
ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-
19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh
mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuat naik
aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan
pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan

6
sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta
berkenaan. Buat masa ini, perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta
seperti di bawah:

a) Bookdoc
b) Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
c) Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
d) Qualitas Medical Group Sdn Bhd
e) Gleneagles Kuala Lumpur
f) Pantai Hospital Kuala Lumpur
g) Pantai Hospital Cheras
h) Pantai Hospital Klang
i) Pantai Hospital Ayer Keroh, Melaka
J) Twin Tower Medical Centre, KLCC
k) DoctorOnCall

Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut.


Senarai syarikat swasta ini mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa.

Soalan 15: Apakah yang perlu dilakukan ketika dibawah Perintah


pengawasan rumah (Home Surveilance)?

 Sentiasa berada di rumah, pastikan anda boleh dihubungi setiap masa.


 Hadkan pelawat.
 Senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda
 Amalkan adab batuk yang betul/beretika. Tutup mutut dan hidung
menggunakan tisu apabila batuk atau bersin.
 Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI
TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitizer.
 Sentiasa pakai face mask.
 Cuci tangan dengan kerap.
 Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
 Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun
pencuci sebelum digunakan semula.
 Buka semua tingkap untuk pengudaraan rumah yang baik.
.
Soalan 16: Senarai Hospital Rujukan Bagi Mengendalikan Kes Yang
Disyaki (PUI) Dan Kes Sahih COVID-19

7
Negeri Bil. Nama Hospital No. Telefon
Perlis 1. Hospital Tuanku Fauziah 04-9738000
Kedah 2. Hospital Sultanah Bahiyah 04-7406233
3. Hospital Sultanah Maliha 04-9663333
Pulau 4. Hospital Pulau Pinang 04-2225333
Pinang
Perak 5. Hospital Raja Permaisuri 05-2085000
Bainun
6. Hospital Teluk Intan 05-6298400
7. Hospital Slim River 05-4508000
Kelantan 8. Hospital Raja Perempuan 09-7452000
Zainab 2
9. Hospital Sultan Ismail Petra 09-9611666
10. Hospital Kuala Krai 09-9611666
11. Hospital Tumpat 09-7263000
12. Hospital Tanah Merah 09-9545000
Terengganu 13. Hospital Sultanah Nur Zahirah 09-6212121
14. Hospital Hulu Terengganu 09-6813333
Selangor 15. Hospital Sungai Buloh 03-61454333
WP Kuala 16. Hospital Kuala Lumpur 03-26155555
Lumpur
Negeri 17. Hospital Tuanku Ja‘afar 06-7684000
Sembilan
18. Hospital Rembau 06-6860600
Melaka 19. Hospital Melaka 06-2892344
Johor 20. Hospital Sultanah Aminah 07-2257000
21. Hospital Enche Besar Hajjah 07-7787000
Kalsom
22. Hospital Permai 07-2311000
Sabah 23. Hospital Queen Elizabeth 1, 088-517555
Kota Kinabalu
24. Hospital Duchess of Kent, 089-248600
Sandakan
25. Hospital Tawau 089-983533
26. Hospital Wanita dan Kanak- 088-522600
kanak, Likas
27. Hospital Lahad Datu 089-895111
28. Hospital Keningau 087-313000
Sarawak 29. Hospital Umum Sarawak, 082-27666609
Kuching
8
Negeri Bil. Nama Hospital No. Telefon
30. Hospital Miri 085-420033
31. Hospital Bintulu 86-859000
32. Hospital Sibu 084-343333
WP Labuan 33. Hospital Labuan 087- 596888

Soalan 17: Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di tempat


kerja?

Setiap majikan dan pekerja perlu mengamalkan langkah-langkah ini


walaupun tiada jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

 Pastikan tempat kerja anda bersih dan bebas kuman - Kerap lap
permukaan dan alatan dengan bahan disinfeksi.
 Tingkatkan kekerapan dan membasuh tangan dengan betul (20 saat)
dalam kalangan pekerja dan pelanggan - Letakkan “hand sanitizer” di
tempat yang mudah dicapai di tempat kerja dan pastikan ia kerap diisi
semula.
 Sediakan topeng muka dan tisu di tempat kerja untuk pekerja yang
selesema atau berkahak - Sediakan juga tempat lupus tisu yang
sesuai.
 Menasihati pekerja untuk dapatkan nasihat perjalanan sebelum
melakukan tugas yang memerlukan pekerja bertugas di kawasan yang
dilanda wabak
 Beri taklimat kepada pekerja dan pelanggan sekiranya COVID-19 mula
berjangkit dalam komuniti sekitar anda dan galakkan kuarantin di
rumah jika tidak sihat

Soalan 18: Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di


sekolah?

Pengurusan sekolah perlu melakukan nyahkuman & disinfeksi di permukaan


yang mudah dicemari seperti:
1. Kerusi
2. Meja
3. Tombol pintu
4. Papan kekunci komputer

9
Sekiranya terdapat warga sekolah/pekerja yang disahkan positif COVID-19,
sekolah / pejabat tidak perlu ditutup. Memadai kerap lakukan nyahkuman/
disinfeksi. Pakai penutup hidung & mulut (face mask) sekiranya bergejala,
basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer. Jarakkan diri sejauh
satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang bergejala.

Soalan 19: Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di pusat


beli belah dan kenderaan awam?

Pemilik premis/ kenderaan awam perlu kerap melakukan


nyahkuman/disinfeksi permukaan yang mudah dicemari kuman seperti
eskalator & susur tangan, troli, tombol pintu, butang lif dan mesin ATM.

 Basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer


 Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak
orang bergejala.
 Pengusaha/pemilik kenderaan awam perlu kerap melakukan
nyahkuman / disinfeksi pada permukaan yang mudah dicemari seperti
pintu, kerusi dan tempat pemegang.
 Pakai penutup hidung & mulut (mask) jika bergejala.

Soalan 20: Panduan penganjuran atau menghadiri majlis / kenduri


kahwin?

Tanggungjawab & tindakan tuan rumah

 Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tetamu (gantikan dengan


meletakkan tangan kanan di dada di sebelah kiri).
 Sekiranya bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social
distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan
tetamu.
 Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer.
 Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi
dengan sabun.
 Sekiranya berkemampuan, sediakan hand sanitizer kepada tetamu.

Tanggungjawab & tindakan tetamu

 Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tuan rumah dan tetamu lain
(gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada di sebelah kiri)
10
 Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun
 Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social
distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan
individu lain.
 Sekiranya bergejala, pakai topeng muka untuk menghadiri majlis
kenduri atau lebih baik tidak menghadiri majlis tersebut.

Soalan 21: Apakah kesesuaian penganjuran program ketika COVID-


19?

 Penganjuran program di tempat awam adalah tertakluk kepada


penilaian serta keputusan oleh pihak penganjur program tersebut.
 Mengambil kira kemampuan pihak penganjur program untuk
melaksanakan dengan sebaiknya langkah-langkah pencegahan dan
kawalan dalam kalangan peserta program bagi mengekang penularan
jangkitan COVID-19 semasa program tersebut diadakan.
 Tindakan haruslah dilaksanakan oleh para peserta dan penganjur
program bagi bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-
19 semasa penganjuran program terbabit.

Tindakan Peserta Program:

 Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, berehat di rumah bagi


mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan elakkan dari menghadiri
program berkaitan, di samping turut mendapatkan rawatan bagi gejala
yang dialami.
 Mengamalkan etika batuk - iaitu menutup mulut dan hidung dengan
tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan
dengan serta merta.
 Sentiasa menjaga kebersihan, khususnya cuci tangan dengan betul
dan lebih kerap - iaitu gunakan air dan sabun sekurang- kurangnya
untuk tempoh selama 20 saat atau gunakan hand sanitizer
 Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung serta bahan
pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.

Tindakan Penganjur Program:

 Menjalankan saringan dalam kalangan peserta program dan TIDAK


membenarkan mana-mana peserta yang dikesan mempunyai demam
mahupun gejala jangkitan saluran pernafasan (seperti sakit tekak,
batuk, selesema) untuk menghadiri program tersebut, di samping
11
menasihatkan mereka untuk mendapatkan rawatan.
 Menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) dalam kuantiti
yang mencukupi dan diletakkan di lokasi-lokasi strategik untuk
kegunaan para peserta program.
 Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai kejadian jangkitan
COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan serta kawalan yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui laman web
sebagaimana berikut:
1. http://www.moh.gov.my
2. https://www.infosihat.gov.my/
3. https://kpkesihatan.com/

Soalan 22: Bagaimana mengendalikan majlis?

Lebih 80% kes positif COVID-19 di Malaysia adalah dalam kalangan kontak
rapat kepada kes positif. Situasi ini berlaku semasa menghadiri majlis yang
melibatkan ramai orang. Sebaiknya tangguhkan dahulu pelaksanaan majlis.
Jika majlis perlu diteruskan, ambillah langkah-langkah berikut:

Tanggungjawab Tuan Rumah / Pengendali Majlis

 Letakkan tangan kanan di dada kiri sebagai ganti bersalam bagi


meraikan
 Pastikan pekerja katering tiada gejala demam atau batuk atau sakit
tekak atau sukar bernafas
 Guna peralatan makan minum pakai buang
 Pastikan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) disediakan dan
diletakkan di lokasi strategik.
 Pastikan tempat basuh tangan beserta sabun yang mencukupi
disediakan
 Pastikan lokasi majlis mempunyai pengudaraan yang baik.

Elakkan hadiri majlis sekiranya anda:

 Baru pulang dari negara terjejas COVID-19


 Demam, batuk, sakit tekak atau sukar bernafas

Soalan 23: Apakah yang dimaksudkan dengan perintah kawalan


pergerakan ketika COVID-19?

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini


12
terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada
masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang
dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini
memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat
mungkin.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan


Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di
seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan
dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah
Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di


seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis
perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit
dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus
untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan
surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar


negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki
menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara
sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam


negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk


sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat
tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan


swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

13
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang
terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services)
iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan,
minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan,
kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang,
keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, orang


awam boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian
hotline 03-88882010 atau ikuti Telegram & Facebook Majlis Keselamatan
Negara untuk perkembangan semasa berkaitan Perintah Kawalan
Pergerakan

Soalan 24: Senarai klinik kesihatan yang membuat penyaringan


persampelan COVID-19?

BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN


KAWASAN/ BAHAGIAN
1. PERLIS
Kangar i. KK Beseri
ii. KK Kangar
iii. KK Padang Besar
vi. KK Simpang Empat
2. KEDAH
Langkawi i. KK Kuah
ii. KK Padang Matsirat
iii. KK Ayer Hangat
Padang Terap i. KKIA Kuala Nerang
Sik i. KK Jeniang
Yan i. KK Guar Cempedak
Pendang i. KK Pendang
Kulim i. KK Taman Selasih
Kota Setar i. KK Bandar Alor Setar
ii. KK Simpang Kuala
iii. KK Simpang Empat
iv. KK Kuala Kedah
v. KK Alor Janggus
vi. KK Jalan Putra
vii. KK Langgar
14
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
viii. KK Pokok Sena
ix. KK Kota Sarang semut
x. KK Datuk Kumbar
Bandar Baharu i. KK Bandar Baharu
ii. KK Lubuk Buntar
iii. KK Serdang
Kubang Pasu i. KK Ayer Hitam
ii. KK Banai
iii. KK Changlun
iv. KK Kodiang
v. KK Laka Temin
vi. KK Napoh
vii. KK Tunjang
Kuala Muda i. KK Bedong
ii. KK Bukit Selambau
iii. KK Bakar Arang
iv. KK Kota Kuala Muda
v. KK Sg Lalang
vi. KK Merbok
vii. KK Bandar Sungai Petani
Baling i. KK Malau
ii. KK Kupang
iii. KK Parit Panjang
iv. KK Tawar
v. KK Kuala Ketil
vi. KK Kampung Lalang
3. P. PINANG
Timur Laut i. KK Jalan Perak
Barat Daya ii. KK Bayan Baru
Seberang Perai Utara iii. KK Sungai Dua
Seberang Perai Timur iv. KK Seberang Jaya
Seberang Perai Selatan v. KK Bukit Panchor
4. PERAK
Kinta i. KK Jelapang
ii. KK Greentown
Kampar iii. KK Kampar
Hulu Perak iv. KK Lenggong
Kuala Kangsar v. KK Padang Rengas

15
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
Batang Padang vi. KK Tapah
Perak Tengah vii. KK Seri Iskandar
Hilir Perak viii. KK Teluk Intan
Kerian ix. KK Bagan Serai
LMS x. KK Simpang
Manjung xi. KK Sitiawan
Mualim xii. KK Tanjung Malim
5. SELANGOR
Kuala Selangor i. KK Bestari Jaya
ii. KK Kuala selangor
iii. KK Jeram
iv. KK Ijok
Hulu Langat i. KK Bandar Tun Hussein Onn
ii. KK Semenyih
iii. KK Bangi
iv. KK Batu 14
Kuala Langat i. KK Jenjarom
ii. KK Teluk Datuk
iii. KK Teluk Panglima Garang
iv. KK Sijangkang
v. KK Kebun Baru
vi. KK Bandar
vii. KK Tg. Sepat
viii. KK Bukit Changgang
Klang i. KK Bandar Botanik
Petaling i. KK Kelana Jaya
ii. KK Taman Medan
iii. KK Puchong
iv. KK Seksyen 19 Shah Alam
v. KK Seksyen 7 Shah Alam
vi. KK Seri Kembangan
Gombak i. KK Sg Buloh
ii. KK Selayang Baru
iii. KK AU2
iv. KK Taman Ehsan
v. KK Rawang
vi. KK Gombak Setia
vii. KK Kuang

16
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
viii. KK Batu Arang
ix. KK Hulu Kelang
x. KK Batu 8
Hulu Selangor i. KK Serendah
ii. KK Ulu Yam Bharu
iii. KK Rasa
iv. KK Kalumpang
v. KK Selisik
vi. KK Soeharto
Sabak Bernam i. KK Simpang Lima
Sepang i. KK Salak
ii. KK Sg Pelek
iii. KK Dengkil
iv. KK Sepang
6. W.P KUALA LUMPUR
Cheras i. Pejabat Kesihatan - drive through
Kepong ii. KK Jinjang
Lembah Pantai iii. PLAN Msia (Bangunan lama Jab.
Perancangan Bandar & Desa
Msia, next to JKWPKL) - drive
through
Titiwangsa iv. KK Kuala Lumpur
v. KK Putrajaya Presint 9
vi. Pejabat Kesihatan Putrajaya -
drive through
8. N. SEMBILAN
Seremban i. KK Nilai
ii. KK Senawang
iii. KK Seremban 2
Port Dickson iv. KK Lukut
v. KK Pasir panjang
Jempol vi. KK Bahau
vii. KK Palong 4,5.6
Tampin viii. KK Gemas
ix. KK Gemencheh
Kuala Pilah x. KK Juasseh
xi. KK Terachi
Rembau xii. KK Rembau

17
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
xiii. KK Astana Raja
Jelebu xv. KK Pertang
xvi. KK Simpang Durian
xvii. KK Titi
9. MELAKA
Melaka Tengah i. KK Tengkera
ii. KK Seri Tanjung
iii. KK Ayer Keroh
iv. KK Kuala Sg. Baru
v. KK Masjid Tanah
Alor Gajah i. KK Rembia
ii. KK Durian Tunggal
iii. KK Alor Gajah
Jasin i. KK Merlimau
ii. KK Simpang Bekoh
10. JOHOR
Tangkak i. KK Payamas
ii. KK Sg Mati
Johor Bahru iii. Wad B2, Hospital Permai
Pontian iv. KK Pekan Nanas
Kulai i. KK Kulai Besar
ii. KK Kulai
Batu Pahat i. KK Batu Pahat
ii. KK Senggarang
iii. KK Yong Peng
Kluang iv. KK Jalan Mengkibol
v. KK Simpang Renggam
Kota Tinggi vi. Asrama Jururawat
Muar vii. KK Maharani
viii. KK Parit Jawa
Mersing ix. KK Jemaluang
Segamat x. KK Segamat
11. PAHANG
Kuantan i. KK Balok
ii. KK Beserah
iii. Klinik Kesihatan Bandar
iv. Klinik Kesihatan Indera Mahkota
v. Klinik Kesihatan Kurnia

18
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
vi. Klinik Kesihatan Paya Besar
vii. Klinik Kesihatan Permatang
Badak
viii. Klinik Kesihatan Jaya Gading
ix. Klinik Kesihatan Gambang
x. Klinik Kesihatan Bkt Goh
xi. Klinik Kesihatan Sg Lembing
Lipis i. KK Benta
ii. KK Padang Tengku
iii. KK Bukit Betong
iv. KK Merapoh
v. KK Mela
vi. KK Sungai Koyan
vii. KK Betau
viii. KK Jerkoh
ix. KKIA Lipis
Cameron Highland i. KK Ringlet
ii. KK Kg. Raja
iii. KK Tanah Rata
Temerloh i. KK Temerloh
ii. KK Tanjung Lalang
iii. KK Bandar Mentakab
iv. KK Kuala Krau
v. KK Sanggang
vi. KK Kerdau
vii. KK Lanchang
Pekan i. KK Bandar Pekan
ii. KK Peramu Jaya
iii. KK Chini
iv. KK Nenasi
Bera i. KK Padang Luas
ii. KK Bandar 32
iii. KK Purun
iv. KK Triang
v. KK Kemayan
vi. KK Bukit Mendi
vii. KK Tembangau
Raub i. KK Dong

19
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
ii. KK Jeruas
iii. KK Tersang
iv. KK Lembah Klau
Rompin i. KK Rompin
ii. KK Tanjung Gemok
iii. KK Tekek
iv. KK Leban Chondong
v. KK Bukit Ibam
vi. KK Bandar Tun Abdul Razak
vii. KK Perantau Damai
viii. KK Chanis
ix. KK Perwira Jaya
Maran i. KK Maran
ii. KK Sri Jaya
iii. KK Pekan Tajau
iv. KK Chenor
v. KK Pekan Awah
vi. KK Jengka 2
vii. KK Jengka 22
viii. KK Bandar Jengka
ix. KK Jengka 7
Bentong i. KK Bentong
ii. KK Karak
iii. KK Mempaga
iv. KK Simpang Pelangai,
v. KK Chemomoi
vi. KK Telemong
vii. KK Lurah Bilut
Jerantut i. KK Jengka 8
ii. KK Sg Tekam Utara
iii. KK Bandar Jerantut
iv. KK Damak
v. KK Kuala Tembeling
12. TERENGGANU
Marang i. KK Bukit Payong
Kuala Nerus ii. KK Batu Rakit
Dungun iii. KK Ketengah Jaya
Kuala Terengganu iv. KK Manir

20
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
Hulu Terengganu v. KK Kuala Berang
Setiu vi. KK Rahmat
Besut vii. KK Padang Luas
Kemaman viii. KK Batu 21/2
13. KELANTAN
Kota Bharu i. KK Kota Jembal
ii. KK Perol
Pasir Mas iii. KK Meranti
Bachok iv. KK Mahligai
Machang v. KK Labok
Jeli vi. KK Jeli
Pasir Puteh vii. KK Pasir Puteh
Gua Musang viii. KK Gua Musang
14. SABAH
i. Semua KK
15. SARAWAK
Kuching i. Kompleks Belia dan Sukan
Samarahan i. KK Kota Samarahan
ii. KK Sebuyau
iii. KK Asajaya
iv. KK Sadong Jaya
v. KK Munggu Lallang
Serian i. Institut Latihan KKM Serian
Sri Aman i. KK Sri Aman
ii. KK Lubok Antu
Betong i. KK Mid Layar
ii. KK Debak
iii. KK Pusa
iv. KK Beladin
v. KK Roban
vi. KK Kabong
Mukah i. Emergency & Trauma Depart.
Hospital Mukah
Sibu i. KK Lanang
Sarikei i. KK Bintangor
ii. Emergency & Trauma Depart.
Hospital Sarikei
Bintulu i. KK Bintulu

21
BIL. NEGERI/ DAERAH/ KLINIK KESIHATAN
KAWASAN/ BAHAGIAN
ii. KK Tatau
Kapit i. KK Kapit
ii. KK Song
iii. KK Sg Asap
iv. KK Belaga
Miri i. KK Miri
Limbang i. KK Kuala Lawas
ii. Emergency & Trauma Depart.
Hospital Limbang
16. W. P LABUAN
Labuan i. KK Labuan
Updated 20.03.2020

Tempoh operasi klinik kesihatan yang membuat saringan adalah 8.00 pagi hingga 5.00
petang bagi hari Isnin sehingga Jumaat dan hari Ahad hingga Khamis bagi Negeri
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor. Walau bagaimanapun berikut adalah klinik yang
menyediakan saringan semasa hujung minggu.

BIL. DAERAH/ KAWASAN/ KLINIK KESIHATAN


BAHAGIAN
1. PERLIS
i. KK Kangar - Sabtu 8.00pg -
11.00pg
ii. KK UTC - Sabtu 8.00pg - 4.00ptg
- Ahad 8.00pg - 4.00ptg
2. KEDAH
(dari 20 Mac 2020 - 22 Mac 2020 pukul 8.30 pagi - 12.00 tengahari)
Langkawi i. KK Kuah
Kota Setar ii. KK Bandar Alor Setar
Kuala Muda iii. KK Bandar Sg Petani
Kubang Pasu iv. KK Changlun
Kulim v. KK Taman Selasih
Pendang vi. KK Pendang
Baling vii. KK Kuala Ketil
Padang Terap viii. KKIA Kuala Nerang
SIK ix. KK Jeniang
Bandar Baharu x. KK Serdang
Yan xi. KK Guar Cempedak
3. KELANTAN

22
BIL. DAERAH/ KAWASAN/ KLINIK KESIHATAN
BAHAGIAN
(Hujung minggu KK ini beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang)
Kota Bharu i. KK Kota Jembal
ii. KK Perol
Pasir Mas iii. KK Meranti
Bachok iv. KK Mahligai
Machang v. KK Labok
Jeli vi. KK Jeli
Pasir Puteh vii. KK Pasir Puteh
Gua Musang viii. KK Gua Musang
Updated 20.03.2020

Soalan 25: Adakah saya dibenarkan untuk keluar bersukan/beriadah di


tempat awam seperti taman, tasik, gimnasium, kolam renang dan lain-
lain?

Tidak. Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan


Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan
Jangkitan) 2020 melarang orang awam dari keluar bagi tujuan keagamaan,
sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

Soalan 26: Jika saya mempunyai maklumat mengenai pelanggaran


Perintah Kawalan Pergerakan, bagaimanakah saya boleh
melaporkannya?

Jika mana-mana orang mempunyai maklumat tentang pelanggaran Perintah


Kawalan Pergerakan bolehlah melaporkannya ke Balai Polis berdekatan
atau Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886 8110 atau 03-8886 8126

Soalan 27: Jika saya baru pulang dari luar negara, adakah saya perlu
menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun saya tidak pergi ke negara
yang dijangkiti COVID-19 atau pun tidak menunjukkan sebarang
simptom jangkitan?

Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit


Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020
mewajibkan semua rakyat Malaysia atau pemastautin tetap yang baru
pulang dari luar negera hendaklah melalui pemeriksaan kesihatan di pintu
masuk negara tidak kira sama ada pulang dari negara yang tidak mempunyai
kes COVID-19 atau tidak menunjukkan sebarang simptom.

23
Soalan 28: Adakah perkhidmatan perhotelan dan penginapan boleh
beroperasi seperti biasa?

Kesemua premis penginapan pelancong dibenarkan untuk beroperasi


secara minimum. Namun, kesemua tetamu premis penginapan pelancong
hendaklah berada di dalam bilik penginapan sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan. Perkhidmatan sajian di premis penginapan pelancong
hanya boleh dibuat bagi tujuan tempahan oleh in-house guest secara room
service. Perkhidmatan dan fasiliti sampingan seperti kolam renang, ruang
permainan gimnasium dan spa adalah tidak dibenarkan. Untuk maklumat
lanjut tentang perhotelan dan penginapan bolehlah merujuk kepada MoTAC.

Soalan 29: Adakah perkhidmatan sokongan seperti call centre, logistik


atau pentadbiran bagi premis/syarikat yang memberi perkhidmatan
perlu boleh beroperasi seperti biasa bagi menyokong perkhidmatan
tersebut?

Ya.

Soalan 30: Semua soalan-soalan berkaitan cuti di syarikat swasta?

Perkara ini hendaklah dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia.

24
Lampiran 1

Health Assessment Tool

25
Health Alert Card

TATACARA PENILAIAN KESIHATAN KENDIRI


Amalkan langkah–langkah mudah berikut apabila anda tidak sihat di rumah:
 Bagi yang bekerja / bersekolah, gunakan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk
berehat di rumah;
 Hadkan pergaulan dengan mereka yang sihat di sekeliling anda;
 Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Sejurus
selepas itu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
 Amalkan adab batuk yang baik;
 Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan
dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer),
terutamanya selepas batuk atau bersin. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask)
apabila berurusan dengan orang lain.

Individu dengan gejala demam dan batuk dan / atau sakit tekak adalah dinasihatkan untuk
mendapatkan rawatan perubatan sekiranya pada bila-bila masa mereka mengalami mana-mana
tanda dan gejala seperti berikut:
 Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula
selepas 3 hari
 Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir
bertukar menjadi kebiruan
 Batuk berdarah
 Sakit dada yang berterusan

Jika anda mempunyai mana-mana gejala di atas, segera:


Dapatkan rawatan di: _______________________________
atau
Buat panggilan ke nombor: ___________________________
 Pergi dapatkan rawatan dengan menggunakan kenderaan persendirian; atau
 Jika perkhidmatan ambulan diperlukan, sila dail 999 untuk bantuan.

*Perhatian: Sila simpan kad ini bersama anda dan serahkan kepada mana-mana fasiliti kesihatan
yang anda kunjungi. Kad ini perlu disimpan selama 14 hari dari tarikh ia diberikan kepada anda.

Kepada Pengamal Perubatan Yang Merawat Pesakit Ini


Individu yang membawa kad ini adalah merupakan penumpang atau anak kapal yang baru pulang
dari Wuhan, China atau negara yang mengalami penularan aktif jangkitan (dalam tempoh 14 hari
yang lepas). Jika anda mendapati beliau mengalami gejala seperti demam (≥38°C), radang paru-
paru atau jangkitan respiratori serius dengan susah bernafas, sila rujuk ke hospital yang
berhampiran dengan SEGERA.

26
Lampiran 2

NOMBOR TELEFON JABATAN KESIHATAN NEGERI

NOMBOR
BIL. NEGERI WAKTU OPERASI EMEL
TELEFON
1. Perlis Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 04-9760712 cprcjkn.pls@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti Beroperasi melalui pegawai
Umum atas panggilan
2. Kedah Ahad - Khamis 8.00 pagi - 6.00 petang 04-7741174 cprc_jknkedah@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Umum
3. Pulau Pinang Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 04-2629902 epid_penang@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 10.00 pagi - 2.00 petang
Umum
4. Perak Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 05-2433962 cprcprk@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 10.00 pagi - 5.00 petang
Umum
5. Selangor Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 03-51237366 cprc_sel@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 9.00 pagi - 1.00 petang 03-51237367
Umum
6. WP Kuala Lumpur Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 03-26983757 cprckl@moh.gov.my
& Putrajaya Sabtu, Ahad & Cuti 9.00 pagi - 3.00 petang 03-22687301
Umum
7. Negeri Sembilan Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 06-7641326 cprcjknns@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 8.00 pagi - 5.00 petang
Umum
8. Melaka Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 06-2345999 cprcmelaka@moh.gov.my

27
NOMBOR
BIL. NEGERI WAKTU OPERASI EMEL
TELEFON
Sabtu, Ahad & Cuti 9.00 pagi - 5.00 petang 06-2883019
Umum
9. Johor Ahad - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 07-238 2217 cprcjknj@moh.gov.my
Jumaat, Sabtu & Cuti 8.00 pagi - 5.00 petang
Umum
10. Pahang Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 09-570 7910 cprc_pahang@moh.gov.my
09-570 7914
Sabtu, Ahad & Cuti 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Umum 09-570 7909
11. Terengganu Ahad - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 09-6229775 bgerakan.trg@moh.gov.my
Jumaat, Sabtu & Cuti 9.00 pagi - 3.30 petang 09-6353752
Umum
12. Kelantan Ahad - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang 09-747 2089 cprc_kel@moh.gov.my
Jumaat, Sabtu & Cuti 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Umum
13. Sabah Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 088-219455 sbhcprc@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 8.00 pagi - 5.00 petang 088-512531
Umum 088-512533
14. Sarawak Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 082-443248 cprc_sarawak@moh.gov.my
Sabtu, Ahad & Cuti 8.00 pagi - 5.00 petang
Umum
15. WP Labuan Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang 087-596160 cprclabuan@gmail.com
Sabtu, Ahad & Cuti 8.00 pagi - 5.00 petang
Umum

28

Anda mungkin juga menyukai