Anda di halaman 1dari 2

PENINGKATAN JANGKITAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI)

DAN JANGKITAN COVID-19

1. Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa


pada masa ini, terdapat sedikit peningkatan dalam tren (slightly upward
trend) kes influenza-like illness (ILI) dan kes COVID-19.

2. Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan juga menjangkakan


berlakunya sedikit peningkatan kes ILI dan COVID-19 semasa musim
cuti persekolahan ini berikutan dengan peningkatan pergerakan orang
ramai samada di dalam negeri atau keluar negeri.

3. Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai untuk:


i) Sentiasa mengamalkan tanggungjawab sosial masing-masing dengan
mengamalkan kebersihan diri, etika batuk dan bersin yang betul,
memakai sungkup muka jika mengalami tanda-tanda jangkitan dan
tidak menghadirkan diri ke tempat- tempat awam dan majlis-majlis
keramaian;
ii) Mendapatkan vaksinasi FLU / vaksinasi COVID-19 yang dilengkapi
dengan dos penggalak, khususnya mereka yang berisiko tinggi
seperti warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan
ibu-ibu yang mengandung. Ini adalah untuk mengurangkan risiko
jangkitan yang teruk;
1
iii) Mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika mengalami tanda-
tanda jangkitan yang berpanjangan atau jika tanda-tanda jangkitan
menjadi semakin teruk; dan
iv) Memakai sungkup muka apabila pergi untuk mendapatkan rawatan
terutamanya di Klinik Flu dan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan
serta jika melawat pesakit di wad-wad.

4. Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi ini dan akan


memaklumkan apa jua perkembangan mengenainya dari masa ke masa.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian
Darussalam 123 ataupun melayari laman sesawang Kementerian
Kesihatan www.moh.gov.bn.

- TAMAT -

Rujukan : KK/PR/2
Tarikh : 14 Jamadilawal 1445H / 28 November 2023

Anda mungkin juga menyukai