Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KURSUS ASAS PERPUSTAKAAN

PUSAT SUMBER ZA’ABA


SMK IBRAHIM FIKRI

TARIKH

18 MAC 2021

MASA

8.00-9.00 PAGI

TEMPAT

RUMAH MASING-MASING
PENGENALAN

Pengawas perpustakaan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan
tanggungjawab untuk membantu Unit Pusat Sumber Sekolah, terutamanya dalam hal
berkaitan pengurusan sumber maklumat di sekolah. Pengawas Pusat Sumber juga
merupakan pelajar yang dilantik sebagai pemimpin untuk menjadi pembantu guru di
perpustakaan sekolah, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh
dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan
panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan
pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka supaya
pengawas pusat sumber ini lebih jelas bidang tugas mereka Percambahan fikiran dan minda
adalah salah satu cara bagi memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

OBJEKTIF

Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para Pengawas Pusat Sumber dapat:

1. Mengenal diri sendiri sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber dan mengenali
kawan-kawan.
2. Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
3. Mewujudkan kumpulan Pengawas Pusat Sumber yang bekerja di dalam satu
pasukan.
4. Berkeyakinan dengan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
5. Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
6. Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.

Tarikh dilaksanakan : 18 MAC 2021

AJK Pelaksana :
Rujuk Lampiran A

Tempat : DI RUMAH MASING-MASING

Aktiviti
-Pengawas menonton video kursus Asas Pengawas.
-Pengawas membaca bahan kursus dalam bentuk digital di Rak Digital PSS Za’aba.
-Pengawas mengisi Link kehadiran Kursus Asas Pengawas
https://forms.gle/CM3wb5N7djKs1UJ1A
-Pengawas menjawab soalan kuiz berbentuk google form di Link:
https://forms.gle/TKraHrrK582jo7Dh7
Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Anggaran Jumlah


1. Hadiah Pemenang Hamper alat tulis
Markah Kuiz melebihi 80% RM10 x 20 RM 200.00

3. Kertas Sijil RM 30.00 RM 30.00

Jumlah RM 230.00

Penutup
Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk
meningkatkan keyakinan pelajar, program ini banyak membantu pelajar untuk menjadi
seorang pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam hal berkaitan
pengurusan pusat sumber dan maklumat.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh :

______________________ ____________________
(NORINAH BINTI OTHMAN) (ZAINON BINTI AWANG)
Guru Perpustakaan Media Pengetua
SMK Ibrahim Fikri SMK Ibrahim Fikri
Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Cg Zainon binti Awang (Pengetua)


Timbalan : Cg Ramly bin Deraman (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi
Naib Pengerusi 1 : Cg Hassan bin Ismail (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Cg Wan Ahmad Nadzri bin Wan Abdullah(PK Ko )
Naib Pengerusi 3 : Cg Nor Asikin binti Abdullah (PK Ting. 6)
Naib Pengerusi 4 : Cg Noorma binti Musa (PK PPKI)
Penyelaras PSS : Cg Norinah binti Othman (Guru Perpustakaan Media)
Pen. Penyelaras : Ustazah Rosniwati binti Ab Wahab
Penyelaras Perpustakaan : Cg Maimunah binti Salleh

Persediaan Video : Cg Norinah binti Othman

Persediaan Soalan Kuiz : Ustazah Rosniwati

Persediaan bahan pdf : Cg Maimunah binti Salleh

AJK Sijil : Cg Nor Salmiha binti Aziz

AJK Hadiah : Cg Arni binti bakar


Cg Nor Hazlina binti Hasan

Anda mungkin juga menyukai