Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Seksyen 24 Kod Sekolah: BBA8105

1. Nama Guru Norfarahin Binti Abd Rahman

2. Judul Gelagat Organisasi 3. Bidang: Pendidikan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini memberi pendedahan tentang suatu bidang kajian yang menyelidik kesan gelagat atau
perangai seseorang individu, kumpulan dan struktur di dalam mempratikkan ilmu tersebut bagi
meningkatkn keberkesanan organisasi mereka . Gelagat organisasi menitikberatkan kajian ke
atas apa yang dilakukan oleh manusia di dalam organisasi dan bagaimana sesuatu gelagat itu
memberi kesan ke atas perlaksanaan tugas organisasi tersebut. Oleh kerana ia mengambil berat
tentang keadaan yang berkaitan dengan pekerjaan ia juga memberi penekanan terhadap
perhubungan dengan gelagat dengan tugas-tugas pekerjaan, ketidakhadiran pekerja, pusing ganti
pekerjaan, produktiviti, perlaksanaan tugas dan pengurusan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai seorang guru mahupun pentadbir gelagat organisasi sangat penting untuk mendapat
gambaran tentang setiap organisasi. Gelagat ahli organisasi sangat dapat dijangka kerana
terdapat banyak kajian yang menceritakan tentang perangai ahli-ahli organisasi. Taburan normal
telah didapati di dalam setiap organisasi. Sebagai contoh nisbah mereka yang menentang, yang
menurut dan rela paksa. Di dalam buku ini juga menyentuh tentang dinamika kumpulan di mana
terdapat kaedah untuk mengenali kumpulan formal dan tidak formal dan juga bagaimana
seseorang pentadbir dapat memotivasi guru melalui kumpulan tersebut

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kaedah-kaedah yang diberikan di dalam buku ini memberikan suatu gambaran tentang organisasi
pendidikan. Secara khasnya pemimpin akan tahu bertindak jika terdapat konflik dalaman.
Komunikasi antara pentadbir, ahli organisasi dan pekerja bawahan juga ditekankan kerana
komunikasi yang mempunyai gangguan akan menyebabkan maklumat tepat tidak akan sampai
secara betul.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... ........................................................
( NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN ) (EN AZMAN BIN MOHD ARIS)
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK Seksyen 24 Kod Sekolah: BBA8105

1. Nama Guru Norfarahin Binti Abd Rahman


Motivasi Perkhidmatan Awam Dalam
2. Judul Kalangan Negara Maju dan 3. Bidang: Motivasi
Membangun
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menghuraikan sejumlah 24 perbincangan berkaitan motivasi yang dikumpulkan menerusi
6 bab utama meliputi pendahuluan, motivasi dan kehidupan manusia, teori-teori motivasi dalam
sektor awam, motivasi perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam di negara-negara
maju, motivasi perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam di negara-negara sedang
membangun dan perbezaan pandangan mengenai kepentingan terhadap wang dalam kajian
motivasi perkhidmatan awam.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Motivasi perkhidmatan awam yang diamalkan oleh negara maju dan negara yang sedang
membangun mempunyai perbezaan yang amat ketara. Namun demikian, motivasi ini tetap
menjurus kepada satu tujuan yang sama iaitu untuk meningkatkan potensi diri bagi setiap
penjawat awam.
Tujuan motivasi antara lain dapat mendorong ghairah dan semangat kerja bagi seseorang pekerja
dan juga meningkatkan disiplin serta moral seorang penjawat awam.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Segala ilmu atau nasihat yang diberikan daripada buku ini dapat membantu meningkatkan
keyakinan diri semasa bersama – sama rakan sekerja.
Membantu rakan sekerja serta menerapkan nilai kerjasama kepada murid harus dititikberatkan.
Menerapkan semangat maju diri dan usaha yang berterusan dapat membantu meningkatkan
keyakinan semasa proses pdpc berlangsung di dalam bilik darjah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................................... ........................................................
( NORFARAHIN BINTI ABD RAHMAN) (EN AZMAN BIN MOHD ARIS)

Anda mungkin juga menyukai