Anda di halaman 1dari 2

ZIRAFAH YANG TAMAK

SINOPSI
Cerita sebuah Zirafah yang tamak. Zirafah itu memakan buah epal yang segar tanpa
menghiraukan kawan-kawannya. Pada suatu hari, Si Arnab dan Si Rusa meminta
pertolongan daripada Zirafah untuk mengambil buah epal itu tetapi Zirafah menghiraukan
kata-kata Arnab dan Rusa, lalu terus memakan buah epal tersebut. Tiba-tiba, Si Zirafah
tersangkut di dahan pokok dan meminta pertolongan daripada kawan-kawannya. Tetapi,
kawan-kawannya menghiraukan pertolongan Zirafah. Selepas itu, Arnab datang membantu
Zirafah yang sedang meminta pertolongan. Selepas sahaja Arnab membantu Zirafah, maka
Zirafah insaf dan berbaik dengan kawan-kawannya semula.

1. Pada suatu hari, di dalam sebuah hutan tinggalah seekor Zirafah yang berlagak. Dia
sering memuji dirinya kerana dirinya mempunyai leher yang sangat panjang.
Kesemua buah-buahan yang sedap dan sudah masak di kawasan itu habis dimakan
oleh Zirafah.

2. Pada musim buah-buahan, terdapat banyak buah-buahan yang rangup dan sedap.
Di kawasan hutan tersebut, terdapat sebatang pokok epal yang tinggi. Pokok
tersebut mempunyai banyak sekali buah epal yang berbuah. Zirafah sangat gembira
kerana dia dapat memakan buah-buahan epal tersebut dengan puas dan riang.

3. Tiba-tiba ada seekor Arnab dan rusa lalu di kawasan pokok epal tersebut. Arnab itu
berkata “Hai Zirafah, bolehkah berikan saya sedikit buah epal itu? Kata sang arnab.
“Sebiji sahaja jadilah“ pinta Sang Rusa. Zirafah lalu berkata “ Ha Ha Ha, kalau kamu
nak makan buah epal itu, kamu berdua pergilah ambil sendiri “. Jawab Zirafah sambil
ketawa sombong.

4. Pokok epal itu terlalu tinggi bagi kami Zirafah, kami tidak dapat mengambilnya “.
Ujar Sang Arnab dengan sayu. “Kamu tidak nampak kah saya sedang makan? Shuh
shuh, pergi dari sini, jangan ganggu saya lagi.” ujar Zirafah dengan kasar.

5. Awak terlalu sombong Zirafah, sekiranya awak tersekat di ranting besar itu, saya
tidak akan tolong kamu kerana kamu seorang yang sangat tamak!” Ujar Sang Arnab
sambil berlalu pergi dengan Sang Rusa dengan perasaan marah dan hampa. Sang
Zirafah hanya ketawa sombong dan memakan buah epal itu dengan sedap sekali
tanpa memikirkan tentang perasaan Sang Arnab dan Sang Rusa.

6. Sebaik sahaja Sang Arnab dan Rusa berlalu pergi, mereka disapa Sang Lembu dan
Gajah. “ Arnab, Arnab, Rusa, Rusa! Kenapa muka kamu berdua sedih? Pinta Sang
Lembu. Lalu Arnab dan Rusa pun bercerita kan perkara yang terjadi kepada sang
Lembu dan Gajah dengan perasaan marah dan kecewa. “ish ish ish, jahat nye
Zirafah tidak tolong kamu berdua! Lepas ni kita jangan tolong dia” pinta Sang Gajah.

7. Tiba-tiba, leher Zirafah tersangkut pada ranting besar kerana lehernya terlalu
panjang. Zirafah tidak dapat bergerak kerana tersekat pada ranting besar itu.
Lehernya terasa amat sakit.
8. "Tolong, tolong!!" jerit Si Zirafah. Semua binatang di hutan itu hanya mendengar
jeritan zirafah itu dan tidak mahu menolongnya. Ia kerana Zirafah sebelum ini sangat
mementingkan diri, tamak dan sombong.

9. Arnab, Rusa, Gajah, Lembu dan semua binatang yang telah diketawakan oleh
Zirafah itu sebelum ini tidak mahu datang membantunya.

10. Tetapi akhirnya, Sang Arnab dan rakan-rakan yang lain tetap menolong untuk
mengeluarkan leher Sang Zirafah dari ranting besar itu. Selepas itu, Sang Arnab dan
rakan-rakannya berjaya mengeluarkan leher Zirafah dari ranting besar tersebut.

11. “Arnab, terima kasih kerana menolong saya keluar dari ranting besar itu tersebut.
Kalau tidak, saya sudah mati kerana ranting itu “, ujar Sang Zirafah. ”Saya tak
macam kamu Zirafah yang sombong dan tamak dengan haiwan lain. Walaupun kita
sesama haiwan, saya tidak begitu kejam membiarkan haiwan lain dalam kesusahan.
Lain kali jangan lah kamu buat begitu kepada haiwan di hutan ini “. Ujar Sang Arnab
dengan nada tegas.

12. Sang Zirafah kesal dengan perbuatannya lalu meminta maaf kepada semua haiwan
di hutan itu dan berjanji akan menolong satu sama lain apabila mereka dalam
kesusahan.

MORAL
Pengajaran yang kita dapat dalam cerita Sang Zirafah yang tamak ini ialah kita tidak
boleh tamak dan sombong dengan orang sekeliling kita. Ini kerana ia akan
membuatkan orang lain tidak mahu berkawan dengan kita. Apabila kita berada
dalam kesusahan, tiada siapa yang akan sudi membantu kerana kita sendiri juga
tidak suka menolong orang lain. Tamat.

Anda mungkin juga menyukai