Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL MIRI


NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2019 / 2020

JABATAN TEKNOLOGI  KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN


JABATAN
ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD/KURSUS DEB 4213 - EQUIPMENT MODIFICATION

KOMPETENSI K1 PERFORM PRE-INSTALLATION SITE CHECK

1.1 Contact customer for site access


1.2 Obtain site information
1.3 Check the route for any obstructions to equipment delivery
KOMPETENSI UNIT 1.4 Determine the need for lifting equipment
1.5 Determine the need for facilities at drop points
1.6 Identify required pre installation
1.7 Monitor site preparation
1.8 Issue site readiness documentation for installation

Trainee must be able to:

1. Demonstrate the installation and troubleshooting of equipment according


to standard operating procedures. (C3,PLO3)
KOMPETENSI
PEMBELAJARAN 2. Perform the installation and troubleshooting of equipment according to
standard operating procedures. (P4,PLO2)

3. Prepare pre-installation check requirement according to standard


operating procedures. (A4,PLO6)

NO KOD DEB 4213 /K 01/NK 01-10 MUKA : 01 DARIPADA 14

NO KOD JPK

PERFORM PRE-INSTALLATION SITE CHECK


(K1 PEMERIKSAAN TAPAK PRA PEMASANGAN)

Bagi memenuhi keperluan peralatan baru adalah sangat penting untuk mengkaji
dengan teliti syarat-syarat pra-pemasangan sebelum proses pemasangan. Persediaan pra-
pemasangan membenarkan pelangan dan Service Techician untuk menyediakan tempat
pemasangan untuk peralatan dan memudahkan proses pemasangan peralatan tersebut.
Pre-installation site check adalah aktiviti yang bertujuan :
 Untuk memastikan keberkesanan dan kelancaran aktiviti pemasangan yang akan
dijalankan
 Untuk memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi serta mengurangkan kos
tambahan

1.1 Hubungi Pelanggan Untuk Mengakses Tapak

Persediaan Tempat

Garis panduan berikut membantu dalam persediaan tapak untuk penghantaran dan
pemasangan peralatan.

 Pemilihan tapak untuk pemasangan sesuatu peralatan adalah pertimbangan pertama


dalam perancangan dan persediaan untuk pemasangan
 Pembekal bertanggungjawab untuk menghubungi pelanggan untuk mengakses
tapak sebelum melaksanakan apa-apa pemasangan peralatan

Hubungi pelanggan untuk mengakses tapak

2
Cara perhubungan mengikut SOP :-

 Mendapatkan semua maklumat yang diperlukan berkenaan tapak seperti :-


a) Peralatan yang diperlukan
b) Spesifikasi
c) Kelengkapan yang disediakan
d) Segala maklumat yang berkaitan

 Maklumat ini penting


a) Untuk memastikan peralatan yang diberikan adalah selaras dengan
spesifikasi yang diminta
b) Untuk penyediaan dokumentasi penting seperti senarai semak barangan,
kertas cadangan, perjanjian dan sebagainya

Kenalpasti person-in-charge mengikut SOP

 Menubuhkan satu pasukan bagi memastikan keberkesanan dan kelancaran


aktiviti di tapak pemasangan

Melantik pasukan pengakses tapak (site access appointment) mengikut SOP

 Pasukan pengakses tapak yang dilantik mestilah terdiri daripada jawatan utama
seperti :-
a) Jurutera Tapak
b) Pengurus Operasi
c) Juruteknik berkaitan
d) Charge-man

 Mereka yang dilantik akan :-


a) Menjalankan satu sesi lawatan tapak untuk menilai sendiri tapak projek
pemasangan yang akan dilaksanakan
b) Mengadakan satu mesyuarat selepas lawatan tapak bagi
membincangkan sebarang kekurangan dan kelebihan
c) Merangka aktiviti pembetulan yang diperlukan seperti penyediaan laluan
ke tapak, penyediaan sambungan paip air, elektrik, gas dan sebagainya
d) Merangka jadual penghantaran dan pemasangan “test run” dan aktiviti
“commissioning”

1.2 Mendapatkan maklumat Tapak / Tempat

Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk memberikan maklumat mengenai tapak


yang dapat memenuhi syarat-syarat pra-pemasangan seperti :-

A. Kesesuaian lokasi – Keperluan ruang


 Buat keputusan di mana peralatan tersebut akan ditempatkan dan pastikan
terdapat ruang kosong di sekeliling peralatan tersebut untuk membolehkan kerja-
kerja menservis dan kerja lain di kawasan itu dapat dilaksanakan
 Biarkan sekurang-kurangnya 15cm ruang kosong di belakang peralatan untuk
peredaran udara dan bagi menyediakan laluan untuk sambungkan elektrik
 Elakkan lubang-lubang udara di bahagian belakang peralatan daripada tersekat.
Barang-barang boleh jatuh ke belakang peralatan dan menghalang aliran udara,
lalu menyebabkan peralatan menjadi terlalu panas
 Berat dan dimensi peralatan perlu diambil kira untuk memenuhi keperluan ruang

3
B. Sumber kuasa – Keperluan elektrik
 Prestasi dan jangka hayat peralatan dipengaruhi oleh kualiti talian kuasa
yang dibekalkan kepada peralatan
 Untuk memastikan pretasi peralatan yang optimum adalah menjadi
tanggungjawab pelanggan untuk menyediakan sumber kuasa yang berkualiti
dan diterima untuk operasi peralatan

C. Persekitaran operasi yang sesuai – Keperluan alam sekitar


 Untuk memastikan pealatan bekerja dengan prestasi tinggi secara
berterusan, persekitaran operasi perlu diberi perhatian
 Jangan sekali-kali memasang peralatan dalam persekitaran yang mudah
terbakar dan meletop
 Pelanggan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan persekitaran
operasi yang boleh diterima seperti :-
I. Suhu
 Menyediakan sistem pengawalan suhu dan pengalih udaraan
(ventilation) yang mampu mngekalkan suhu bilik antara 17 dan
28̊C
 Apabila suhu bilik bertambah kebolehpercayaan peralatan
berkurangan. Semua komponen elektronik menjana haba semasa
beroperasi. Haba ini perlu dibebaskan ke udara sekitar untuk
memastikan komponen dapat terus beroperasi
II. Aliran udara
 Pastikan terdapat aliran udara bilik yang baik di sekitar
peralatan dan alat penyaman udara mestilah mampu
mengekalkan suhu tetap (seperti spesifikasi suhu yang
diberikan di atas) di sekitar kawasan peralatan
 Jangan letak peralatan di bawah saluran udara, berhampiran
tingkap atau berdekatan sumber haba dan sumber
penyejukan. Penurunan dan kenaikan suhu 1̊C atau lebih
dalam tempoh 10 minit boleh menjejaskan prestasi peralatan
III. Kelembapan
 Kelembapan persekitaran operasi mestilah di antara 40 dan
70%, dan pastikan tiada pemeluwapan (kondensasi) berlaku
 Mengendalikan peralatan pada kelembapan yang rendah
mungkin menyebabkan pengumpulan dan membebaskan
elektrik static, yang boleh memendekkan hayat komponen
elektronik
 Mengendalikan peralatan itu pada kelembapan yang tinggi
pula mungkin menyebabkan pemeluwapan, pengoksidaan dan
litar pintas dan juga akan menyekat penapis pada kipas
penyejukan (cooling fan)

 Segala maklumat lengkap berkenaan tapak diperlukan untuk memastikan segala


perancangan dan penjadualan aktiviti penghantaran dan pemasangan dapat
dilaksanakan tanpa sebarang masalah

 Maklumat tapak yang diperlukan adalah :-

4
a. Laluan utama : Jalanraya, jambatan dan lebuhraya
 Mereka yang bertanggungjawab perlu memastikan semua laluan
ke tapak projek tidak terganggu dengan kesesakan lalu lintas,
terputus hubungan dan sebagainya
 Jika terpaksa merentasi laluan sesak, maka jadual penghantaran
haruslah diluar waktu sesak tersebut
 Pemilihan laluan yang menghubungkan tapak projek adalah laluan
yang paling cepat, selamat dan mudah

b. Kemudahan utiliti : Telefon, surat-menyurat, air, gas dan elektrik


 Mereka yang bertanggungjawab perlu memastikan semua
kemudahan utiliti :
1) Berada berhampiran dengan sumber bekalannya
2) Berkeadaan baik dan sempurna untuk digunakan
3) Senang dubahsuai mengikut keadaan kesesuaian

c. Keadaan fizikal bangunan


 keadaan bangunan (jika berkenaan) didalam keadaan selamat
dengan binaan masih kukuh dan kuat.
 ada menyediakan kemudahan pelantar terbuka (jika berada di
tingkat tinggi) atau
 ada menyediakan Lift Muatan Besar jika peralatan adalah besar dan
sukar diceraikan satu per satu.
 ada menyediakan kemudahan tangga dan forklift jika peralatan
adalah kecil dan boleh diceraikan satu per satu.

d. Ujian Tanah
1. menyediakan Laporan Ujian Tanah (jika berkenaan) untuk menguji
keutuhan struktur tanah dan menguji tahap keasidan tanah jika
peralatan sensitif dengan haba, kelembapan dan asid.

e. Uji Tahap Keselamatan Bangunan


1. pastikan ada Layout Bangunan dan Sijil Menduduki Bangunan untuk
menilai Tahap keselamatan dan kelulusan menduduki
bangunan.
2. memudahkan kerja pengubahsuaian dijalankan tanpa mengganggu
binaan.

f. Kemudahan Keselamatan
 kemudahan peralatan keselamatan disediakan, sering diperiksa
secara berkala dan boleh digunakan.
 menyediakan laluan kecemasan
 -menyediakan alat penghawa dingin

g. Perundangan
 mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan oleh DOSH, TNB,
JKR dan Majlis Bandaran.
 semua aspek perundangan yang mementingkan keberkesanan dan
keselamatan.

Selain itu, kesemua maklumat berikut juga diperlukan untuk aktiviti / proses seterusnya
seperti:

5
a.Certificate of Fitness
- pihak berkenaan akan menyediakan semua Sijil Kelayakan yang berkenaan sebagai bukti
semua aspek keselamatan dan kesihatan dipenuhi untuk menjamin keselamatan pengguna
dan Peralatan.

b.Lukisan Teknikal dan Spesifikasi peralatan

 menyediakan layout berkenaan jika berlaku perubahan dan penambahan untuk


memudahkan kerja penyemakan.
 peralatan yang dibekalkan mestilah mengikut spesifikasi yang disyorkan supaya
tidak berlaku sebarang masalah seperti overload dan sebagainya.

c.Jadual untuk Sub-kontraktor

 untuk merangka kerja-kerja pengubahsuaian dan pendawaian


 untuk merangka kerja penghantaran barang dan peralatan
 untuk merangka kerja pemasangan barang dan peralatan

d. Kegunaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

 merangka satu siri audit keselamatan


 merangka jadual keselamatan
 merangka jadual penyelenggaraan mesin dan sebagainya

e. Sisa Pembuangan

 mengenalpasti sisa pembuangan dan cara penghapusannya


 mengubahsuai peralatan mengikut keadaan semasa supaya tidak mencemarkan
alam sekitar

f. Pengangkutan / Syarikat Forwarding


 memilih jenis pengangkutan dan laluan yang sesuai, murah dan selamat
 mengenalpasti syarikat forwarding yang bertanggungjawab menguruskan
penghantaran
 menganggarkan kos yang berkaitan

1.3 Periksa Laluan Daripada Sebarang Halangan Untuk Proses Penghantaran


Peralatan

 Kotak berisi peralatan biasanya akan dihantar lebih dahulu sebelum kehadiran
Juruteknik untuk proses pemasangan. Sebuah tempat yang sesuai untuk menyimpan
kotak peralatan perlu disediakan.
 Periksa samaada kotak peralatan rosak pada masa penghantaran. Perhatikan
kerosakan sebelum membenarkan Juruteknik untuk membuka kotak peralatan tersebut.
 Beri penerangan terperinci atau ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kotak
peralatan tersebut.
 Laporkan sebarang kerosakan kepada kotak peralatan itu kepada syarikat
pengangkutan.

D.ENTRANCE REQUIREMENTS (KEPERLUAN LALUAN MASUK )

6
 Tentukan laluan akses untuk proses penghantaran bekalan.
 Pemeriksaan awal bangunan dapat menunjukkan samada akses mencukupi bagi
proses penghantaran.
 Periksa laluan penghantaran ke lokasi pemasangan untuk memastikan kecukupan
ruang yang diperlukan dan menghindari semua halangan.
 Sebuah lorong kecil (tidak boleh menampung trak penghantaran), bukaan pintu yang
sempit, ketinggian yang terhad atau akses yang terhad ke kawasan penghantaran boleh
menyebabkan ketidakselesaan semasa proses penghantaran dan menghalang proses
pemasangan.
 Periksa sama ada kotak berserta peralatan muat untuk melalui pintu masuk.
 Periksa jika terdapat sebarang gangguan dari segi tinggi, lebar, dan panjang untuk
laluan akses .
 Jika pintu masuk tidak dapat menampung kotak, keluarkan peralatan dari kotak
sebelum dibawa ke dalam bilik. Jangan keluarkan peralatan daripada kotak
pembungkusan melainkan dengan kebenaran pegawai yang diberi kuasa. Pastikan
semua kandungan dari kotak kekal bersama peralatan.
 Pastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk menggerakkan peralatan di sekitar
ruang yang bersudut, ke dalam lif, atau melalui pintu.

Seperti yang tersirat di atas, inisiatif dan prosedur selanjutnya untuk penyediaan,
pelaksanaan dan pengurusan dokumen adalah satu prosedur yang harus diterangkan. SOP
ini sekurang-kurangnya harus menyebut:

a) yang boleh atau patut membuat jenis SOP;


b) kepada siapa cadangan untuk SOP harus diserahkan, dan siapa yang mengadili draf;
c) prosedur kelulusan
d) yang memutuskan pada tarikh pelaksanaan, dan siapa yang harus dimaklumkan
e) bagaimana semakan boleh dibuat atau bagaimana SOP boleh ditarik balik. Ia harus
ditubuhkan dan direkodkan siapa yang bertanggungjawab untuk pengedaran dokumen,
pengauditan dan pentadbiran yang betul (contoh salinan asli dan selanjutnya).
f) Akhir sekali, ia harus menunjukkan berapa kerap SOP yang sah harus dinilai secara
berkala (biasanya 2 tahun) dan oleh siapa. Hanya salinan yang dikeluarkan secara
rasmi boleh digunakan, hanya penggunaan arahan yang betul dijamin.

1.4 Peralatan Yang Diperlukan Semasa Proses Penghantaran


1.5 Kemudahan Yang Diperlukan Di Tempat-Tempat penurunan

7
Kepentingan untuk mengetahui dimensi dan berat kotak beserta peralatan untuk
menentukan peralatan yang perlu digunakan untuk mengangkat barangan dan
kemudahan lain yang diperlukan di tempat-tempat penurunan semasa proses
penghantaran, seperti :-

1. Hand Lifting Truck

Mengangkat trak tangan adalah untuk menyusun dan mengangkut barang yang
kurang daripada beban pallet. Menggunakan trak tangan angkat menjimatkan keperluan
untuk forklift dan selalunya lebih mudah bergerak di ruang yang sempit daripada forklift.
Trak tangan dibina seperti mereka mempunyai platform ketinggian laras yang
membolehkan pengguna mengangkat dan menurunkan barang ke ketinggian yang tepat
yang diperlukan untuk memuatkan dan memunggah. Platform laras ini menjadikan trak
tangan mengangkat seperti stacker di mana barang boleh ditambah sehingga kapasiti
max tercapai kemudian diangkut ke tempat yang baru.

 Lif berkuasa memberikan 35”-37” perjalanan menegak


 Pek kuasa stacker dan beban seperti trak tangan dengan platform bersaiz besar
 Tapak akan tetap stabil walaupun beban diangkatkan
 Suis terletak berhampiran dengan pemegang kawalan ergonomic
 Kuasa yang disediakan oleh bateri boleh dicas semula dengan pengecas onboard
 Bingkai aluminum yang ringan, tahan lama untuk kebolehlaksanaan yang tinggi

Aplikasi :
 Manufacturing / Warehousing

8
 Shipping & Receiving
 Home Centers / Box Stores
 Paint Supply Outlets
 Bars & restaurants
 Contractor Supply Houses
 Equipment Repair / Installation
 Office & Medical Suppliers / Facilities
 Landscape Supply & Nurseries
 Commercial Bakeries
 Small Appliance Delivery
 Route Delivery Trucks

2. Hand Pallet Truck

Merupakan alat yang terbuat dari plat besi dengan memiliki dua garpu yang
berfungsi untuk bantan beban dan menggunakan system hidraulik yang memompa oil
untuk mengangkat beban adapun pemompanan ada yang masih menggunakan cara
manual (tangan manusia) atau sudah menggunakan tenaga listrik atau bateri.
Hand Pallet atau yang sering disebut Hand Truck memiliki beberapa macam type
dan jenis yang dijual dipasaran antara lain seperti Manual, Elektrik, Scale/Timbangan,
Scissor, Paper Roll dan Stainless Steel. Terdapat beberapa kapasiti seperti 1 ton, 1.5
ton, 2 ton, 2.5 ton, 3 ton, 3.5 ton, 4 ton, hingga 5 ton dengan tinggi angkat 20cm hingga
maksima 1 meter.

3. Fork Lift Truck

9
Forklift adalah kereta berjalan atau kenderaan yang memiliki 2 garpu yang dapat
digunakan untuk mengangkat pallet. Garpu forklift pada umumnya kompatibel dengan
pallet yang berada pada pasaran. Biasanya barang diletakkan di atas pallet baru
kemudian barang dipindahkan atau diangkat. Ada beberapa sumber energy yang dapat
membuat forklift beroerasi di antaranya bahan bakar solar, bahan bakar gasoline, gas
dan bateri. Biasanya forklift digunakan di pabrik, garment ataupun pergudangan.
Forklift dengan bahan bakar solar dan gasoline biasanya di luar ruangan. Sedangkan
forklift yang menggunakan gas dan bateri banyak digunakan di dalam ruangan. Hal ini
kerana forklift yang menggunakan gas dan bateri tidak menghasilkan asap polusi. Hal ini
sangat penting untuk beberapa perusahaan seperti industry garmen, makanan,
minuman dan perusahaan lainnya yang mengharuskan kondisi bebas polusi/asap.
Berdasarkan cara pengoperasiannya, forklift dibezakan 2 jenis iaitu manual
transmission dan automatic transmission. Sebelum menggunakan forklift sebaiknya
anda menggunakan pengaman seperti helm, sepatu, masker dan kaca mata agar dapat
memenuhi standard forklift yang aman, baik dan benar.

Berikut adalah jenis forklift berdasarkan transmisi yang digunakan beserta


keterangannya :-

 Automatic Transmission Forklift :

Pada umumnya forklift automatic lebih mudah dioperasikan dari pada


manual. Membezakan adalah tuas handlenya. Tuas handle untuk automatic
forklift ada 4 bahagian iaitu naik-turun, depan-belakang, cungkil, geser kiri-
kanan. Untuk pengoperasiannya sangat mudah. Pedal bawah berfungsi
sebagai rem dan kopling (apabila ditinjak berfungsi sebagai kopling, apabila
dilepas berfungsi sebagai rem). Agar forklift bergerak jalan cukup
menggerakkan handle jalan ke arah depan atau belakang. Forklift jenis ini
tidak ada gigi.
 Manual Transmissions Forklift :

10
Forklift jenis ini memiliki pedal yang sama seperti kereta pada umumnya, diantaranya
ada pedal gas, kopling dan rem. Pengoperasian forklift ini lebih sulit disbanding
automatic. Forklift manual tidak terdapat tuas handle depan-belakang seperti
antomatic forklift. Berbeza dengan kereta pada umumnya, jika stereng dipusing
maka roda yang dipusing adalah roda bahagian belakang. Forklift jenis ini
mempunyai gigi dan tuas handle naik-turun serta cungkil.

Perlu diketahui forklift memiliki beberapa bahagian penting. Berikut bahagian-


bahagian penting forklift yang pada umumnya kita pergunaan :

1. Harus memiliki 1 pasang garpu kurang lebih 3 meter yang berfungsi untuk
mengangkat/menurunkan atau memindahkan pallet berisi barang
2. Forklift harus memiliki mast. Mast adalah 2 besi yang tebal yang berhubungan
dengan system hidraulik dan berfungsi untuk tilting dan lifting
3. Forklift harus memiliki Overhead Guard yang berguna untuk melindung pemandu
forklift dari kemalangan saat mengangkat atau menurunkan barang. Overhead
Guard juga melindung pemandu dari benda jatuh dari atas, dari panas dan juga
dari hujan
4. Forklift harus memiliki counterweight. Counterweight berfungsi sebagai
penyimbang beban

1.6 Kenal Pasti Keperluan Persediaan Pra Pemasangan

Kesediaan pra-penghantaran adalah kunci kepada semua pemasangan berjaya.


Tapak pemasangan dengan betul supaya masa tidak sia-sia dan tidak kesulitan yang
dihadapi.
Kesediaan yang perlu :
 Penyediaan lokasi
 Penyediaan utiliti
 Permit kelulusan pemasangan
 Kelulusan keselamatan
 Sebarang keperluan khusus dengan pembekal

Aspek-aspek penting dalam membuat lawatan tapak :


 Tapak pemasangan
 Lokasi dan laluan pengangkutan
 Pertukaran dan penempatan
 Penyediaan pra pemasangan di tapak
 Audit pra dan pengesahan
1.7 Memantau Persediaan Tapak / Tempat

11
1.7.1 Aspek-aspek penting dalam membuat lawatan tapak
- tapak pemasangan
- lokasi dan laluan pengangkutan
- pertukaran dan penempatan
- penyediaan pra-pemasangan di tapak
- audit pra dan pengesahan

 Tapak Pemasangan

- Lokasi terakhir di mana peralatan itu akan ditempatkan dan dikendalikan.


- Perhatian perlu diambil bagi memastikan setiap perkara dilakukan dengan betul dan
semua masalah yang berpotensi mungkin perlu dipertimbangkan.
- Beri perhatian kepada :

1. Ketersediaan
2. Kestabilan tanah
3. Akses laluan
4. Arah berfungsi
5. Aliran proses

 Lokasi dan laluan pengangkutan

- Pelan tapak perlu dikaji dengan teliti sebelum sebarang usaha dilakukan untuk membawa
masuk mesin.
- Sebanyak kesulitan yang tidak perlu dapat dielakkan jika perancangan pra untuk
pengangkutan dijalankan sementara menunggu penghantaran.

 Pertukaran dan penempatan

- Perhatian perlu diambil untuk memindahkan peralatan dari drop-off point ke lokasi sebenar
pemasangan.

 Penyediaan pemasangan di tapak

- Kesedian pra-penghantaran adalah kunci kepada semua pemasangan berjaya.


-Tapak pemasangan perlu bersedia dan persediaan dengan betul supaya masa tidak sia-sia
dan tidak ada kesulitan yang dihadapi.
- kesediaan yang perlu:
1. Penyadiaan lokasi
2. Permit kelulusan pemasangan
3. Kelulusan keselamatan
4. Sebaranf keperluan khusus dengan pembekal

 Audit pra dan pengesahan

- Cara yang sangat mudah untuk memastikan kejayaan pra-pemasangan adalah dengan
menyediakan senarai semak.
- Tulis semua barangan yang perlu diperiksa dan ruang untuk meletakkan catatan tindakan /
komen anda.
- Boleh mengenal pasti perkara-perkara yang belum selesai dan menghadapi masalah.
- Ini akan memberi peluang untuk pembetulan sebelunm peralatan yang tiba.

1.8 Menyediakan Dokumentasi Kesediaan Tapak Untuk Pemasangan

12
Senarai semak faktor penilaian kesediaan tapak / tempat :

Tapak pemasangan harus dinilai sebagai sebahagian daripada proses perancangan


lebih dahulu daripada pelaksanaan pemasangan untuk memastikan hasil pemasangan yang
Berjaya. Beberapa pertimbangan perlu diambilkira dalam perancangan pra-pemasangan
seperti yang digariskan di bawah :-
 Tapak yang bersih atau kerja persediaan lengkap sebelum hari pemasangan
 Menilai masa dan lokasi penghantaran peralatan
 Mengesahkan terdapat ruang simpanan yang mencukupi untuk peralatan dan
pastikan tiada kesan buruk yang timbul ke atas pengguna lain
 Menyelaraskan akses ke kemudahan itu beberapa jam lebih awal pada hari
pemasangan
 Menilai bagaimana ruang akan diuruskan supaya sukarelawan boleh melakukan
kerja dengan berkesan dan cekap serta dapat mengurangkan pembaziran
(contohnya : melakukan kitar semula)
 Mengesahkan kaedah pengudaraan dan lain-lain komponen keselamatan pekerja
adalah mencukupi untuk persekitaran kerja yang selamat

13
14

Anda mungkin juga menyukai