Anda di halaman 1dari 1

ANJING YANG TAMAK

Terima kasih dan salam sejehtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim adil lagi yang bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan para hadirin
sekalian. Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk : “ Anjing Yang Tamak”, “ Anjing Yang Tamak”.

Seekor anjing berasa bangga kerana telah mendapat seketul tulang


yang besar dari pasar. Ia menggonggong tulang itu sambil berlari ke
tempat yang selamat untuk memakan tulang itu.

Anjing sampai ke sebatang sungai yang jernih airnya. Ia berjalan di


atas titi untuk menyeberangi sungai itu.

Tiba-tiba, anjing berhenti lalu melihat ke dalam air sungai. Ia


ternampak seekor anjing yang lain di dalam air. Anjing itu juga
menggonggong seketul tulang sepertinya. Ia tidak sedar itu ialah
bayangnya.

Anjing pun berfikir: “ Tulang kepunyaan anjing itu kelihatan lebih


besar daripada tulang kepunyaan aku. Aku mahu rampas tulangnya.”

Ketika ia membuka mulutnya untuk merampas tulang itu, tulang di


dalam mulutnya terjatuh ke dalam sungai. Tulang itu tenggelam dan ia
tergamam.

Kawan-kawan, kita mestilah berpuas hati dengan apa yang kita miliki.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai