Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT KEJURUTERAAN TENTERA DARAT

KEM KAMPUNG SAWAH


71050 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )

KOD DAN NAMA


PROGRAM / EE-021-2:2012 ELECTRONIC EQUIPMMENT AND
PROGRAMME CODE & APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING
NAME

TAHAP / LEVEL L2

KOD PROGRAM, KOD


DAN TAJUK
KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01 ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
PROGRAMME CODE,
COMPETENCY UNIT AND
TITLE
1. IDENTIFY ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
REQUIREMENTS
NOMBOR AKTIVITI 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
KERJA DAN PENYATAAN
/ WORK ACTIVITIES REQUIREMENTS
NUMBER AND 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
STATEMENT
REQUIREMENTS
4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING.

NO. KOD / COMPETENCY Muka Surat / Page : 1


EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
UNIT ID Drp / of : 8

TAJUK : PENGHURUFAN DAN PENOMBORAN

TUJUAN :

Kertas penerangan ini menerangkan bentuk bentuk huruf dan teknik –teknik
penghurufan supaya tulisan pada lukisan yang hasilkan menepati spesifikasi piawaian
yang telah ditetapkan.
Muka Surat / Page : 2
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

PENERANGAN
1.0 BENTUK-BENTUK HURUF

Penghurufan dalam lukisan kejuruteraan diperlukan bagi mendokumentasikan


sesuatu lukisan. Latihan penghurufan yang berterusan akan menghasilkan tulisan
yang baik dan seragam. Terdapat dua bentuk penghurufan yang diamalkan dalam
lukisan kejuruteraan, iaitu huruf tegak piawai dan huruf condong piawai.

1.1 Huruf Tegak Piawai


Huruf tegak piawai ditulis pada sudut 90° pada garisan panduan. Abjad yang
ditulis dalam grid tegak piawai seperti ditunjukkan dalam gambarajah 1(a).

Gambarajah 1(a): Huruf tegak piawai. Gambarajah 1(b): Huruf tegak piawai.

1.2 Huruf Condong Piawai

Huruf condong piawai ditulis mengikut julat kecondongan antara 60° hingga 75°
pada garisan panduan. Setiap huruf ditulis dengan saiz, tinggi, lebar dan tebal
garisan yang seragam. Huruf condong piawai yang ditulis dalam grid condong
piawai ditunjukkan dalam Gambarajah 1(b).

2.0 Bentuk-Bentuk Tulisan


Tulisan boleh ditulis secara rapat, jarang, halus atau tebal seperti dalam Rajah 2.
Semua ini bergantung pada penggunaannya, misalnya kertas lukisan yang besar
tentulah tidak jelas tulisannya jika dilukis dalam bentuk tulisan yang halus.
Muka Surat / Page : 3
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

Gambarajah 2 : Bentuk-bentuk tulisan

2.1 Saiz-Saiz Tulisan


Huruf boleh dibahagikan kepada beberapa-beberapa kumpulan saiz sepert
ditunjukkan dalam gambarajah 3 dan gambarajah 4 di bawah.

Gambarajah 3: Kumpulan untuk huruf besar

Gambarajah 4 Kumpulan untuk huruf kecil


Muka Surat / Page : 4
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

3.0 TEKNIK PENGHURUFAN


Teknik penghurufan yang dicadangkan dalam lukisan kejuruteraan ialah teknik
penghurufan lejang tunggal (satu arah pergerakan) seperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah 5.
Anak panah menunjukkan gerakan pensel ketika menulis. Gunakan tekanan pensel
yang sama ketika menulis dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan. Lakukan
dengan teliti agar abjad yang ditulis menyentuh garisan panduan.

Gambarajah 5 : Teknik penghurufan dengan lejang tunggal

3.1 Penggunaan Garis Panduan


Garisan panduan digunakan bagi menetapkan ketinggian abjad seperti
ditunjukkan dalam gambarajah 6. Amalkan penggunaannya dalam menulis
huruf sama ada di atas kertas, dinding; tembok dan sebagainya. Gunakan gred
pensel seperti 2H untuk melukis garisan panduan. Garisan panduan tidak perlu
dipadam apabila penghurufan siap ditulis.

Gambarajah 6: Teknik penghurufan menggunakan garisan panduan.

3.2 Saiz Huruf Dan Penggunaannya.

Apabila huruf kecil digunakan bersama dengan huruf besar, tinggi huruf kecil ini
hendaklah lebih kurang 0.6 tinggi huruf besar. Huruf besar biasanya digunakan
untuk melabelkan bahagian-bahagian utama objek manakala huruf kecil
digunakan untuk menulis keterangan lanjut mengenai bahagian objek tersebut.
Jadual 1 di bawah menyenaraikan ketinggian huruf besar yang sesuai bagi
setiap saiz kertas.
Muka Surat / Page : 5
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

Tinggi Huruf Lebar Huruf


Saiz Kertas
Penggunaan Maximum Minimum
Lukisan
(mm) (mm)
A0 9 7
Tajuk Utama Dan
A1, A2, A3, 7 5
Nombor
A4 5 4
A0 7 5
Tajuk Kecil
A1, A2, A3, 5 4
(Sub-Title)
A4 3 3
A0 3.5 3
Nota A1, A2, A3, dan
2.5 2
A4
A0 3.5 3
Dimensi A1, A2, A3 3 2.5
A4 3 2

Jadual 1: Tinggi Huruf Besar Berbanding Saiz Kertas

3.3 Jarak Antara Huruf dan Jarak Antara Perkataan


Apabila menulis huruf-huruf untuk membentuk perkataan, jarak antara
huruf-huruf hendaklah lebih kurang sama. Rajah 7(a) dan 7b) menunjukkan
cara yang baik dan cara yang kurang baik ketika menentukan jarak huruf.

Gambarajah 7(a) Cara yang baik: Luas antara huruf


adalah sama.

Gambarajah 7(b) Cara yang kurang baik: Jarak antara huruf


adalah sama.
Muka Surat / Page : 6
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

Bagi jarak antara perkataan pula andaikan saiz 1 huruf seperti di gambarajah 8.

Gambarajah 8: Jarak antara perkataan.

3.4 Jarak Antara Baris

Jarak antara baris yang sesuai adalah sperti yang ditunjukkan dalam
gambarajah 9.

Gambarajah 9: Jarak antara baris.

3.5 Keseragaman Penghurufan

Keseragaman amat penting dalam penghurufan supaya tulisan itu nampak lebih
kemas dan menarik. Ketika penghurufan, anda perlu memastikan huruf yang
ditulis adalah seragam sama ada dari segi gaya, saiz, kecondongan, ketebalan
dan jarak.
Kecuaian ketika penghurufan boleh menyebabkan beberapa kesilapan
dilakukan. Antara kesilapan yang sering dilakukan ketika penghurufan
ditunjukkan dalam gambarajah 10. Lazimnya kesilapan ini dilakukan kerana
sikap tergesa-gesa dan kurang berhati-hati.
Muka Surat / Page : 7
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

Gambarajah 10: Beberapa kesilapan ketika penghurufan.


Muka Surat / Page : 8
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/KP(4/7)
Drp / of : 8

SOALAN :

1. Nyatakan jenis kesilapan penghurufan bagi setiap bentuk penghurufan yang


ditunjukkan di bawah:-

Bentuk Penghurufan Kesilapan

RUJUKAN:

1. Mohd Noh Bin Sarip & MD. Nasir Bin Abd. Manan (2005), Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustakan, Petaling Jaya; ms 40-42, ISBN NO
983-62-7434-0

Anda mungkin juga menyukai