Sains Tahun 6
Sains Tahun 6
(A) Hidupan Seni
1. Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
2. Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat mikroorganisma.
3. Terdapat 5 jenis mikroorganisma:
(B) Proses Hidup Mikroorganisma
1. Mikroorganisma melakukan proses hidup seperti bernafas, bergerak dan bertumbuh.
(C) Pertumbuhan Mikrob
1. Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma.
2. Pertumbuhan mikroorganisma memerlukan air, udara, suhu, nutrien dan keasidan yang sesuai.
(D) Kesan Buruk Mikroorganisma
(E) Kegunaan Mikroorganisma
(F) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera
1. Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh penyebaran
mikroorganisma.
2. Penyakit berjangkit dapat merebak melalui:
1. Makanan dan minuman
2. Bersin dan batuk (udara)
3. Sentuhan secara langsung
4. Haiwan pembawa seperti lalat dan nyamuk
3. Langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit:
1. Mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
2. Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.
3. Meminum air yang dididihkan.
4. Membalut luka untuk melindungi daripada jangkitan
5. Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
6. Kuarantin / Mengasingkan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.