Anda di halaman 1dari 11

SMK CONVENT TAIPING

AEB 6053
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

KERTAS KERJA
KARNIVAL BAHASA
INGGERIS 2019:
STORYTELLING
COMPETITION
PERINGKAT NEGERI PERAK
2019
KARNIVAL BAHASA INGGERIS: STORYTELLING
PERINGKAT NEGERI PERAK
2019

Anjuran
SMK CONVENT, TAIPING, PERAK

1.0 PENDAHULUAN

KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2019: STORYTELLING COMPETITION adalah


program julung-julung kali dianjurkan oleh SMK Convent, Taiping. Program ini adalah
menjurus kepada pencarian bakat-bakat baru di kalangan pelajar-pelajar Sekolah
Menengah seluruh negeri Perak untuk aktiviti-aktiviti koakademik Kesusasteraan
Bahasa Inggeris khususnya dan aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris amnya. Pada tahun ini,
Kebitaraan Bahasa Inggeris SMKCT akan menganjurkan KARNIVAL BAHASA
INGGERIS 2019 di peringkat NEGERI sebagai satu cara menyahut seruan kerajaan
sebagai penggerak program meningkatkan MBMMBI dan seterusnya melahirkan pelajar
yang fasih berbahasa Inggeris. Pertandingan ini diharapkan dapat mengembangkan
bakat dan keupayaan pelajar dalam pelbagai kemahiran termasuk kemahiran
berkomunikasi dan bercerita dalam Bahasa Inggeris. Pertandingan ini juga diharapkan
dapat mendidik para peserta mengekspresi emosi dan pandangan mereka dengan lebih
kreatif. Cerita yang dipilih dan disampaikan dengan baik adalah bukti kesungguhan
para peserta untuk bersaing dengan sihat.

OBJEKTIF

1.1 Mencungkil bakat dan potensi pelajar untuk bercerita dalam Bahasa
Inggeris.
1.2 Mendorong kreativiti pelajar dalam menyampaikan cerita.
1.3 Menarik minat pelajar untuk menghargai Kesusasteraan Bahasa Inggeris
1.4 Mewujudkan jaringan di antara sekolah-sekolah kluster dan sekolah
menengah di negeri Perak.

2.0 BUTIR-BUTIR PROGRAM / PENGELOLAAN

2.1 Tarikh : 25 APRIL 2019


2.2 Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
2.3 Tempat : SMK CONVENT, TAIPING, PERAK
2.4 Penyertaan: Satu kumpulan dari setiap sekolah di mana setiap kumpulan
terdiri
daripada.
2.5 Bayaran pendaftaran: RM 50.00 untuk setiap INDIVIDU

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Inggeris mengikut syarat-syarat seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Setiap sekolah yang bertanding perlu menghantar satu pelajar sahaja uantuk
menyertai setpertandingan ini.
2. Salinan cerita perlu diemelkan kepada pihak penganjur 2 minggu sebelum tarikh
pertandingan.
3. Cerita yang disampaikan mestilah dalam Bahasa Inggeris. Ia boleh terdiri
daripada bahan yang telah diterbit, diubahsuai atau ciptaan sendiri.
4. Tema cerita yang disampaikan adalah bebas tetapi mestilah mempunyai nilai-
nilai pengajaran, boleh mengandungi unsur-unsur jenaka serta tidak menyentuh
isu-isu sensitif seperti ras, agama, politik, peribadi seseorang dan sebagainya.
5. Setiap peserta diberi masa 10 minit untuk bercerita.
6. Loceng akan dibunyikan sekali sahaja, iaitu pada minit ke 10, menandakan
peserta perlu menamatkan persembahan. Tiada masa tambahan akan diberikan.
Kegagalan peserta menamatkan cerita akan menyebabkan peserta kehilangan
markah (penalti).
7. Hiasan pentas seperti props dan backdrop, pemakaian kostum, pemakaian alat
solek serta kesan bunyi adalah dibenarkan. Namun begitu, ia perlu diurus sendiri
oleh para peserta. Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang peralatan
yang peserta perlukan.
8. Keselamatan para peserta dan peralatan yang di bawa adalah di bawah
tanggungjawab peserta. Sebarang kehilangan dan kerosakan tidak akan
ditanggung oleh pihak penganjur.
9. 10 markah akan ditolak sekiranya peserta menyentuh isu-isu sensitif dan gagal
menyampaikan cerita dalam masa ditetapkan.
10. Penyertaan adalah terbatal sekiranya peserta merujuk kepada kertas atau apa
jua bahan rujukan skrip cerita sama ada bercetak atau dalam talian, dan
sekiranya peserta dibantu oleh individu lain (prompter).
11. Peserta akan dinilai dan peserta yang memperoleh markah tertinggi akan
diisytihar sebagai pemenang.
12. Sekiranya berlaku persamaan markah, maka markah berikut akan diberi
keutamaan,
a. Penyampaian
b. Jalan cerita
13. Markah penyampaian akan berfokus kepada nilai-nilai kreativiti seperti props,
kostum dan sebagainya. Jalan cerita pula mestilah menarik minat para juri dan
audiens sebagai pendengar.
14. Para juri adalah terdiri daripada2 orang.
15. Markah tidak akan diumumkan.
16. Hadiah yang akan disampaikan ialah, Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan
saguhati kepada setiap sekolah.
17. Keputusan adalah muktamad.
5.0 Yuran Penyertaan

Yuran penyertaan untuk satu pasukan ialah RM 50.00 untuk seorang pelajar iaitu
peserta pertandingan bersama seorang guru pengiring.

6.0 JADUAL PROGRAM

25 April 2019 (Khamis)


9.0 Tentatif Program
BIL MASA NAMA PROGRAM TEMPAT
1. 7.30 am – 8.00 am Pendaftaran Dewan Srikandi

2. 8.00 am – 8.30 am Sarapan Kantin

3. 8.30 am – 9.00 am Taklimat pertandingan Dewan Srikandi

4. 9.00 am – 1.00 pm Pertandingan Dewan Srikandi

5. 1.00 pm – 2.30 pm Makan tengahari dan rehat Kantin / Surau

6. 2.30 pm – 4.30 pm Penyampaian hadiah dan sijil Dewan Srikandi

7. 4.30 pm- 5.00 pm Bersurai


7.0 AJK PROGRAM

Pengerusi : Pn. Saharidah binti Sahaban


Pengetua SMK Convent ,Taiping
Naib Pengerusi 1: Pn Hajah Yuhana Hiza bt Yahaya
PK Pentadbiran dan Kurikulum
Naib Pengerusi 2: Pn. Norsaliza bt Khalid
PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 3: Pn. Sormon a/p Nai Liew
PK Kokurikulum

Penyelaras Kluster :Pn.Maheran binti Man


Penyelaras Program :Pn. Sugguna Munisamy
Setiausaha Storytelling :Pn. Nur Hafeza binti Mohd Idris

8.0 PENUTUP

Melalui program seperti ini, Kebitaraan Bahasa Inggeris SMK CONVENT akan dilihat
sebagai sebuah organisasi yang mantap dan mahir dalam mengendalikan program di
peringkat negeri. Justeru, sokongan dari pihak pentadbir SMK CONVENT dan seluruh
warga pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri Perak mahupun Kementerian Pelajaran
Malaysia amat diperlukan. Semoga program ini dapat berjalan seperti yang dirancang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:


(NUR HAFEZA BINTI MOHD IDRIS)
Penyelaras
STORYTELLING
Maklumat Penting :

1. Each school can only send 1 team to represent the school for each competition.
(Setiap sekolah hanya boleh menghantar 1 kumpulan untuk mewakili sekolah bagi setiap
pertandingan.)
2. The registration fee would be RM 50 for each participant for each competition in every
category.
(Yuran pendaftaran bagi setiap peserta untuk setiap pertandingan bagi satu kategori adalah
RM50.)
3. Fee will be inclusive of a participation certificate and meals for breakfast and lunch.
(Yuran pendaftaran adalah termasuk makan pagi dan tengah hari serta sijil penyertaan.)
4. No accommodation is provided throughout the competition.
(Penginapan tidak disediakan sepanjang pertandingan.)
5. The registration fee can be made payable in cash or cheque to SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CONVENT (CIMB 80-0480183-2) on the competition day.
(Yuran pendaftaran boleh dibayar dalam bentuk tunai atau cek kepada SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN CONVENT (CIMB 80-0480183-2) pada hari pertandingan.
6. For the team or school which withdraws their participation or not being able to be present on
the competition day, a penalty of RM100 FOR EACH CATEGORY OF THE COMPETITION will
be imposed to compensate the loss borne by the host in preparation of the competition.
(Bagi sekolah atau kumpulan yang menarik diri atau tidak dapat menghadiri pertandingan
tersebut, penalti berjumlah RM100 BAGI SETIAP KATEGORI PERTANDINGAN akan
dikenakan bagi menampung kerugian yang perlu ditanggung oleh pihak penganjur untuk
persediaan pertandingan tersebut.)
7. Registration form can be emailed to aeb6053@moe.edu.my or fax to 05-8070415.
(Borang pendaftaran boleh dihantar melalui emel ke aeb6053@moe.edu.my atau faks kepada
05-8070415.)
8. For further information, please contact Mdm. S.M.Sugguna a/p S.Munisamy (Coordinator) at
010-4657035 or Mdm. Nur Hafeza bt. Mohd Idris (Co-coordinator) at 011-58220062
(Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan S.M.Sugguna a/p S.Munisamy di talian 010-4657035
(Penyelaras Program) atau Puan Nur Hafeza bt. Mohd Idris (Penolong Penyelaras) di talian
016-.)
9. The dateline for the registration is on 22nd April 2019 by 5 p.m.
Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah selewat-lewatnya pukul 5 petang pada 22 April 2019
JUDGING FORM

PARTI- CONTENT PRESENTATION LANGUAGE AND CREATIVITY; TOTAL


CIPANT (30 MARKS) (30 MARKS) FLUENCY PROPS,SOUND
(20 MARKS) EFFECT, (100)
COSTUME
(20 MARKS)
1

10

Anda mungkin juga menyukai