Anda di halaman 1dari 31

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK,


KOTA SAMARAHAN,
SARAWAK.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN PERBAHASAN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PERINGKAT IPG KAMPUS TUN
ABDUL RAZAK

TARIKH
9 HINGGA 12 MEI 2022

ANJURAN BERSAMA
JABATAN SAINS IPG KAMPUS TUN ABDUL
RAZAK
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar Peringkat IPG Kampus Tun Abdul
Razak ialah sebuah program yang dianjurkan hasil kerjasama guru pelatih PISMP
Pendidikan Islam Ambilan Jun 2018 dengan Jabatan Sains IPGKTAR yang bertujuan untuk
merapatkan lagi hubungan antara guru pelatih dengan pensyarah, di samping
mendedahkan kepada pelajar mengenai perjalanan program perbahasan bagi peringkat
IPG. Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar untuk mengadakan
aktiviti dan memahami prosedur pengendalian aktiviti. Akhir kata, program ini sangat
bermanfaat untuk dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti dan
berketerampilan tinggi. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjelaskan dengan secara teliti
tentang aktiviti yang bakal dijalankan serta garis panduan dan peraturan bagi pertandingan
perbahasan.

2.0 RASIONAL

Melalui pelaksanaan aktiviti ini, para guru pelatih akan didedahkan dengan seni
perbahasan, teknik perdebatan yang betul, kemahiran berfikir dengan pantas, dan
sebagainya. Melalui aktviti ini, potensi yang ada pada diri guru pelatih akan dapat dicungkil
dan digilap bagi melahirkan guru yang berkualiti dan serba boleh. Selain itu, aktiviti ini juga
mampu membentuk para guru yang berfikiran kreatif, kritis, berkeyakinan tinggi dan
mempunyai teknik berkomunikasi yang baik. Bukan setakat itu sahaja, program ini juga
merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan guru-guru
pelatih dalam mengendalikan sesuatu organisasi dengan cekap. Dengan mengikuti projek
ini, para guru pelatih dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan membentuk sahsiah
diri yang positif sebagai suatu proses membentuk keterampilan ikhtisas keguruan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan kepada pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak pengetahuan semasa
membuat keputusan di dalam pendebatan.
3.2 Mencari pasukan pelapis debat IPG Kampus Tun Abdul Razak.
3.3 Mencungkil bakat dan potensi yang ada pada diri para guru pelatih IPG
Kampus Tun Abdul Razak.
3.4 Membentuk keyakinan diri yang tinggi supaya dapat melaksanakan pelbagai
program dan aktiviti alam sekitar.
3.5 Menambahkan ilmu pengetahuan para guru pelatih mengenai Pendidikan Alam
Sekitar.
4.0 NAMA PROGRAM
Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar Peringkat IPG Kampus Tun Abdul
Razak

5.0 ANJURAN BERSAMA


Jabatan Sains IPG Kampus Tun Abdul Razak

6.0 TARIKH
9 hingga 12 Mei 2022

7.0 TEMPAT
Dewan Sri Samarahan, IPGKTAR

8.0 SASARAN
Semua guru pelatih IPG Kampus Tun Abdul Razak

9.0 ORGANISASI PELAKSANA


Penaung : Pn. Anis Alisya Bt. Abdullah
Penasihat : Cik. Hajah Rosidah Binti Abdollah

9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Muyang Anak Jami


Naib Pengerusi : Noor Bahar Bin Mohd Azhar
Setiausaha : Zakia Bt Setu
Bendahari : Rosidah Bt Abdollah
Ahli Jawatankuasa : Dr. Tay Soon Hiang
: Vitcsy Anak Michael Niob

9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Mohd Irfan Bin Mustafa Kamal


Naib Pengerusi : Nor Syahidah Binti Anuar
Setiausaha : Siti Nur Qayyum Binti Sawal
Bendahari : Salnatasha Binti Mohd Sabri
Urusetia : Nurul Izzati Binti Jeperih
: Wan Ahmad Naufal Bin Wan Yusoff
Tempat & Peralatan : Ali Bin Abd Aziz Zaki
: Shahmel Azrul Bin Roslan
Publisiti & Dokumentasi : Mohd Farid Bin Sayuti
: Halimatul Saadiah Binti Raffee
Siaraya : Mohd Ali Bin Mohd Aldiee
: Muhammad ‘Ammar Rusydi Bin Nadtzri
Penghakiman : Nurlisa Binti Wasin
Hadiah : Nur Azyyati Binti Ramzi
: Fatin Amira Binti Amir Bakar
Buku program : Syuhada’ Binti Kamal

10.0 ANGGARAN KEWANGAN


Belanjawan adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

1. Jangka masa program ini dijalankan iaitu selama empat hari.


2. Bilangan hakim yang terlibat.
3. Sasaran yang ditetapkan iaitu semua guru pelatih IPG Kampus Tun Abdul
Razak.

PERKARA JUMLAH
BIL.

1. Makanan dan minuman peserta/hakim RM 300.00

2. Fotostat bahan edaran dan nota RM 50.00

Hadiah dan cenderahati RM 160.00


- Pertandingan RM 50.00
3. - Hakim
RM 70.00
- Tetamu kehormat
- Hamper RM 200.00

4. Banner RM 120.00

5. Poster RM 40.00

Lain-lain
- Alat tulis

6. - Perhiasan Pentas
- Kain Rentang RM 150.00

- Tanda nama (Peserta, Urusetia, Hakim)


- Air Mineral

Tabung kecemasan RM150.00


7.

JUMLAH BESAR RM 1300.00


11.0 TENTATIF PROGRAM
2 Mei 2022

 6.00 hingga 9.00 malam


 Taklimat kepada semua peserta dan AJK
9 Mei 2022

 6.00 hingga 9.00 malam


 Pertandingan perbahasan Pendidikan Alam Sekitar peringkat awal
 Pusingan pertama dan kedua
10 Mei 2022

 6.00 hingga 9.00 malam


 Pertandingan perbahasan Pendidikan Alam Sekitar peringkat suku akhir
 Pusingan pertama dan kedua
11 Mei 2022

 6.00 hingga 9.00 malam


 Pertandingan perbahasan Pendidikan Alam Sekitar peringkat separuh akhir
 Pusingan pertama dan kedua
12 Mei 2022

 5.00 hingga 9.00 malam


 Pertandingan perbahasan Pendidikan Alam Sekitar peringkat akhir
 Majlis penyampaian hadiah

12.0 PENUTUP
Semoga rancangan aktiviti ini akan menjadi satu platform bagi kami sebagai guru pelatih
IPG Kampus Tun Abdul Razak untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baharu yang
boleh dimanfaatkan untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik yang bertaraf dunia pada
masa hadapan kelak. Akhir sekali, diharapkan agar segala objektif yang telah dirancang dan
nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam
kehidupan seharian para peserta dan juga pihak yang terlibat.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(SITI NUR QAYYUM BINTI SAWAL) (NOOR BAHAR BIN MOHD AZHAR)
Setiausaha, Pensyarah Jabatan Sains,
Pertandingan Pendidikan Alam Sekitar, IPG Kampus Tun Abdul Razak,
PISMP Ambilan Jun 2018, Kota Samarahan,
Pendidikan Islam. Sarawak.

Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

(MUYANG ANAK JAMI) (ANIS ALISYA BT ABDULLAH)


Ketua Jabatan Sains, Pengarah,
IPG Kampus Tun Abdul Razak, IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan, Kota Samarahan,
Sarawak. Sarawak.
LAMPIRAN A
SENARAI NAMA PISMP PENDIDIKAN ISLAM 1618

SENARAI NAMA PISMP AMBILAN JUN 2018 (MELAPOR DIRI PADA 25.06.2018)
KUMPULAN : PISMPPI 1618
BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN JANTINA TARIKH LAPOR DIRI

1 FATIN AMIRA BINTI AMIR BAKAR 991219-12-6856 P 25 JUN 2018

2 HALIMATUL SAADIAH BINTI RAFFEE 990809-12-6202 P 25 JUN 2018

3 MOHD ALI BIN MOHD ALDIEE 990911-12-6997 L 25 JUN 2018

4 MOHD FARID BIN MOHD SAYUTI 981002-13-6261 L 25 JUN 2018

5 MOHD IRFAN BIN MUSTAFA KAMAL 990114-12-6679 L 25 JUN 2018

6 NOR SYAHIDAH BINTI ANUAR 991004-12-6840 P 25 JUN 2018

7 NUR AZYYATI BINTI RAMZI 990529-13-6422 P 25 JUN 2018

8 NURLISA BINTI WASIN 980315-12-6190 P 25 JUN 2018

9 NURUL IZZATI BINTI JEPERIH 980131-12-5070 P 25 JUN 2018

10 SALNATASHA BINTI MOHD SABRI 990618-12-5354 P 25 JUN 2018

11 SHAHMEL AZRUL BIN ROSLAN 991115-13-5475 L 25 JUN 2018

12 SITI NUR QAYYUM BINTI SAWAL 991107-12-5138 P 25 JUN 2018

13 SYUHADA' BINTI KAMAL 981021-12-5330 P 25 JUN 2018

14 WAN AHMAD NAUFAL BIN WAN YUSOFF 980318-13-6183 L 25 JUN 2018

15 ALI BIN ABD AZIZ ZAKI 990324-12-5535 L 25 JUN 2018


MUHAMMAD 'AMMAR RUSYDI BIN
16 991001-07-5793 L 25 JUN 2018
NATDZRI

P : 09 ORANG
L : 07 ORANG
JUMLAH : 16 ORANG
LAMPIRAN B
PERATURAN UMUM PERTANDINGAN PERBAHASAN

1.0 STRUKTUR KEJOHANAN


1.1 Kejohanan ini dijalankan dalam kategori Bahasa Melayu.

2.0 PENYERTAAN
2.1 Para peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya lima belas minit (15
minit) sebelum masa pengundian.
2.2 Peserta debat hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan.
2.3 Penukaran peserta adalah dilarang kecuali dengan kebenaran jawatankuasa
penganjur.
2.4 Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi kurang sopan, seperti mengucapkan
perkataan kasar dan keji.
2.5 Pendebat tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan ayat-ayat Al-Quran
dan hadis ketika berhujah. Penggunaan bahan bantuan luar seperti buku, carta,
majalah dan lain-lain semasa perdebatan berlangsung adalah dilarang sama
sekali.
2.6 Peserta hendaklah berkelakuan tertib dan sopan semasa pertandingan.

3.0 SISTEM PERTANDINGAN


3.1 Pertandingan ini akan menggunakan kaedah “system power match” berkumpulan
(kaedah Swiss Bracket) untuk pusingan awal. Sistem ini akan digunakan untuk
menentukan pasukan yang akan berlawan dan juga peranan mereka (pencadang
/ pembangkang).
3.2 Penentuan kumpulan lawan untuk perdebatan yang pertama akan dilakukan
secara undian. Selepas perdebatan yang pertama, setiap pasukan akan
ditentukan kedudukan mereka. Kriteria-kriteria yang akan diambil kira untuk
menentukan kedudukan pasukan adalah seperti yang berikut : a) menang / kalah
b) juri c)margin d)markah
3.3 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan pertama
akan ditentukan secara undian.
3.4 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan yang
seterusnya akan ditentukan mengikut peranan setiap pasukan dalam perdebatan
sebelumnya. Selalunya penentuan pasukan adalah berdasarkan kepada jumlah
sesebuah pasukan itu menjadi pencadang atau pembangkang.
3.5 Penentuan peranan (pencadang / pembangkang) untuk perdebatan bagi
pusingan suku akhir, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir adalah
berdasarkan undian atau lambungan duit syiling di hadapan ketua pasukan
masing-masing.
3.6 Kedudukan pasukan akan ditentukan selepas selesai pusingan awal. Ini adalah
untuk menentukan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya. Kedudukan
pasukan ditentukan mengikut kriteria berikut : a) Menang / kalah b) Juri (jika
sesuai) c)Margin d)Markah
3.7 Pertandingan pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir akan dijalankan
mengikut sistem kalah mati.
4.0 STRUKTUR DEBAT
4.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-
Parlimen Malaysia.
4.2 Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan pencadang dan
pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pendebat dan seorang
pendebat simpanan.
4.3 Pasukan Pencadang terdiri daripada Perdana Menteri dan dua orang anggota
pencadang manakala pasukan pembangkang terdiri daripada ketua
pembangkang dan dua orang anggota pembangkang.
4.4 Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi
pihak pencadang dan pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat
pertama atau kedua dari pihak masing-masing.
4.5 Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti berikut :

Ucapan Substantif :
Perdana Menteri / pencadang pertama 7 minit
Ketua Pembangkang / pembangkang pertama 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pencadang kedua 7 minit
Anggota Pertama Pembangkang / pembangkang kedua 7 minit
Anggota Kedua Pencadang / pencadang ketiga 7 minit
Anggota Kedua Pembangkang / pembangkang ketiga 7 minit

Ucapan Gulungan :
Gulungan Pembangkang 4 minit
Gulungan Pencadang 4 minit
Keseluruhan 52 minit

4.6 Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit
masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan
celahan/meminta penjelasan, dan sekali lagi pada permulaan minit terakhir bagi
menandakan masa untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan
dibunyikan dua kali apabila masa tamat.
4.7 Untuk ucapan gulungan, loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit
terakhir dan dua kali apabila masa tamat.
4.8 Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran
oleh Yang Dipertua Dewan (Speaker). Pendebat akan diminta menamatkan
ucapan dan boleh dikenakan penalti.

5.0 PERANAN SETIAP PASUKAN


5.1 Peranan pihak pencadang adalah untuk menyokong usul. Mereka perlu
mendefinisikan usul, memberi hujahan/kes yang menyokong usul dan membidas
sebarang cabaran yang dibuat oleh pihak pembangkang terhadap usul mereka.
5.2 Peranan pihak pembangkang adalah untuk membangkang usul. Mereka perlu
menjawab definisi yang dikemukakan pihak pencadang dengan hanya samada
MENERIMA atau MENOLAK sahaja. PINDAAN terhadap definisi adalah TIDAK
DIBENARKAN.
6.0 PENGHAKIMAN
6.1 Seboleh-bolehnya, setiap perdebatan akan dihakimi oleh satu panel hakim yang
terdiri daripada tiga (3) anggota. Bilangan ahli panel mestilah ganjil.
6.2 Pada pusingan awal kebiasaannya, seorang hakim akan bertindak sebagai Yang
Dipertua Dewan dan akan digelar sebagai Tuan Yang Dipertua. Dalam pusingan
suku akhir, separuh akhir dan akhir, Yang Dipertua tidak semestinya dilantik dari
kalangan hakim.
6.3 Yang Dipertua Dewan bertanggungjawab menjemput pendebat berucap,
menjaga ketertiban majlis dan tertakluk kepada peraturan ini, membuat
keputusan tentang sebarang aspek tatacara dan prosedur perdebatan yang
mungkin dipertikaikan.
6.4 Para Hakim mestilah : a)Mencapai keputusan menang/ kalah, keputusan seri
tidak dibenarkan. b)Tidak menyampuk atau membuat sebarang komen semasa
perdebatan berjalan.
6.5 Ketua Hakim mesti mengisytiharkan keputusan kepada pasukan yang bertanding
dan memberi alasan / ulasan terhadap keputusan yang dicapai oleh panel dalam
komentar yang tidak melebihi 5 minit.
6.6 Ahli-ahli panel tidak boleh berbincang dan mesti mencapai keputusan dengan
sendiri.
6.7 Jika tiada keputusan secara sebulat suara dapat dicapai, maka keputusan
majoriti akan diterima pakai. Pindaan terhadap sebarang keputusan tidak akan
dibenarkan selepas penyerahan undi.
6.8 Hakim hendaklah berlaku adil dalam menilai fakta. Hujahan yang disampaikan
harus diterima seadanya selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya oleh pihak lawan.
6.9 Keputusan hakim adalah muktamad.

7.0 PEMARKAHAN
7.1 Setiap ucapan substantif akan diberikan markah maksimum 100 bagi setiap
kepakaran penghakiman berdasarkan kepada :

Hakim Isi
Isi 50 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 25 markah

Hakim Gaya/Penyampaian
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 50 markah
Bahasa 25 markah

Hakim Bahasa
Isi 25 markah
Gaya/Penyampaian 25 markah
Bahasa 50 arkah
7.2 Isi

i. Diadili dari segi hujah yang dibentangkan atau dihuraikan, pengembangan


dan kekuatan fakta yang disokong dengan bukti sama ada dari segi contoh
atau data bagi hujah yang dibentangkan itu.
ii. Setiap hujah yang dibentangkan hendaklah bersesuaian dengan tajuk debat.
iii. Isi yang diketengahkan juga boleh memasukkan bidasan yang hendaklah
dikemukakan dengan tepat dan berkesan. Bidasan boleh dilakukan oleh
setiap pendebat sama ada pada permulaan atau pada akhir perdebatan
ATAU diselang-selikan semasa berdebat ATAU dengan merangkumkan
bidasan tersebut dalam hujahnya ATAU ketika menyuarakan bantahan
(menolak) bagi sebarang pandangan yang bertentangan dengan pendirian
pasukannya.
iv. Penggulung haruslah memberikan ulasan yang ringkas, tetapi menyeluruh
tentang hujah-hujah yang telah dikemukakan terdahulu oleh pasukannya.
v. Penggulung juga dibenarkan membentangkan “isi yang baru”, iaitu hujah
yang tidak pernah dikemukakan oleh pasukannya sebelum masa
penggulungan. Walau bagaimanapun, contoh baru bagi menguatkan hujah
asal atau bagi menolak hujah lawan dibenarkan.
vi. Aspek bahasa dan gaya penyampaian semasa membuat penggulungan akan
diambil kira dalam pemarkahan.
vii. Markah untuk penggulung tidak akan diambil kira sebagai markah penilaian
pendebat terbaik.

8.0 FAKTA BARU


Tiada sebarang “fakta baru” dibenarkan bagi disampaikan dalam ucapan substantif
pendebat ketiga dan ucapan gulungan mana-mana pasukan. Contoh baru adalah bukan
fakta baru. Hujahan atau fakta adalah dikira “baru” kecuali:
a) ia telah digunakan dalam mana-mana hujahan terdahulu.
b) ia merupakan bidasan terhadap hujahan pasukan lawan.

9.0 DEFINISI
9.1 Tugas memberi definisi usul perbahasan yang wajar dan boleh didebatkan
adalah hak dan tangggungjawab pihak pencadang.
9.2 Pihak pembangkang boleh :
a) menerima definisi pencadang secara keseluruhan / mutlak, atau
b) menolak secara keseluruhannya/mutlak dan mengemukakan definisi
alternatif.

Pihak pembangkang boleh menolak definisi pihak pencadang secara


keseluruhannya hanya jika;

a) definisi pihak pencadang tidak mempunyai kaitan yang kuat dengan


maksud sebenar usul.
b) Definisi pihak pencadang adalah “truistik” : iaitu tidak boleh dibangkang
dengan hujahan rasiona‟.
10.0 PENJELASAN
10.1 Penjelasan (celahan) dalam konteks ini bermaksud penjelasan yang diminta
oleh pihak lawan bagi membetulkan pendebat yang sedang berucap atau
menimbulkan fakta penting. Ia hendaklah ringkas dan bersangkutan dengan apa
yang sedang dibincangkan oleh pendebat tersebut. Markah akan diberi untuk
penjelasan dan jawapan terhadap penjelasan yang efektif.
10.2 Pendebat yang sedang berucap mempunyai hak mutlak sama ada untuk
menerima atau menolak penjelasan yang cuba diberikan. Bagaimanapun,
penolakan penjelasan yang berterusan atau penerimaan yang keterlaluan
sehingga menjejaskan kualiti ucapan pendebat tersebut harus dipandang serius
oleh hakim. Adalah disyorkan setiap pendebat menerima sekurang-kurangnya
dua penjelasan. Walau bagaimanapun, pertandingan ini tidak mengenakan had
maksimum atau minimum bagi menerima penjelasan.
10.3 Penjelasan tidak boleh melebihi 15 saat. Loceng akan dibunyikan selepas 15
saat. Jika penjelasan belum selesai, pendebat yang meminta penjelasan
hendaklah duduk serta-merta.
10.4 Penjelasan tidak boleh diminta sebelum berakhir minit pertama dan pada
minit terakhir mana-mana ucapan substantif. Loceng akan dibunyikan sekali lagi
menandakan permulaan dan sekali lagi pada pengakhiran waktu meminta
penjelasan dibenarkan. Penjelasan tidak boleh diminta dalam ucapan gulungan.
10.5 Hanya ahli dari pihak lawan boleh meminta penjelasan. Pendebat hendaklah
memberi isyarat jika ingin mencelah (berdiri, mengangkat tangan dan
sebagainya).
10.6 Pendebat yang sedang berucap boleh menerima atau menolak penjelasan
dengan memberi isyarat fizikal atau memberitahu secara lisan. Jika ditolak,
pendebat yang ingin meminta penjelasan hendaklah duduk dan menunggu
peluang yang lain.
10.7 Apabila penjelasan diterima, pendebat yang sedang berucap tidak boleh
menjawab selagi pendebat yang meminta penjelasan belum selesai mencelah
atau peruntukan masa 15 saat yang diberi belum tamat (yang mana dahalu).
Pendebat tidak wajar memotong penjelasan yang diminta oleh pasukan lawan
apabila penjelasan telah diterima.

11.0 BANTAHAN SEMASA PERDEBATAN SEDANG BERLANGSUNG


11.1 Bantahan dalam konteks ini bermaksud bantahan yang diajukan oleh
pendebat kepada Yang Dipertua Dewan semasa perdebatan berlangsung bagi
menarik perhatian beliau terhadap pelanggaran sebarang peraturan perdebatan
seperti : a) penggunaan aksi atau bahasa yang kurang sopan dalam perdebatan,
atau b)pengenalan fakta baru semasa dalam ucapan substantif pendebat ketiga
dan / atau ucapan gulungan, atau c)mana-mana pendebat yang melebihi had
masa daripada 30 saat.
11.2 Adalah tanggungjawab setiap pasukan untuk menyuarakan bantahan
terhadap sebarang perlanggaran peraturan. Keputusan Yang Dipertua Dewan
sama ada untuk menerima atau menolak bantahan yang dikemukakan adalah
muktamad.
11.3 Jika bantahan diterima, Yang Dipertua Dewan boleh mengarahkan pendebat
yang terbabit agar mematuhi peraturan yang dibangkitkan dan masa yang
digunakan untuk membuat bantahan akan dikira daripada masa pendebat yang
sedang berucap.
12.0 RAYUAN
12.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan secepat mungkin selepas selesai sesuatu perdebatan.
12.2 Jika Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mendapati berlaku sebarang
kesilapan atau kecacatan dalam pengendalian sesuatu perdebatan, usaha akan
dibuat agar tidak ada mana-mana pihak yang terjejas. Sekiranya perlu, hakim
dan peserta akan diberitahu tentang isu berbangkit agar ia tidak berulang.
PERTANDINGAN PERBAHASAN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PERINGKAT IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

BORANG PEMARKAHAN (KERAJAAN)

USUL: ______________________________________________________
______________________________________________________

UCAPAN
YAB.PERDANA MENTERI YB.MENTERI KEDUA YB.MENTERI KETIGA
PENGGULUNGAN
NAMA NAMA
Markah 6-10 11-15 16-20 21.25 26-30 6-10 11-15 16-20 21.25 26-30 6-10 11-15 16-20 21.25 26-30 Markah 6-7 8-9 10-11 12-13 14-15
ISI ISI
(30 markah) (15 markah)
STRATEGI STRATEGI
(30 markah) (15 markah)
Markah 6-8 9•11 12-14 15-17 18-20 6-8 9•11 12-14 15-17 18-20 6-8 9•11 12-14 15-17 18-20 Markah 3 4 5-6 7-8 9-10
GAYA GAYA
(20 markah) (10 markah)
BAHASA BAHASA
(20 markah) (10 markah)
24-39 40-55 56-69 70-85 86-100 24-39 40-55 56-69 70-85 86-100 24-39 40-55 56-69 70-85 86-100 18-23 24-29 30-35 36-44 45-50 JUM.BESAR
JUMLAH JUMLAH
(100 markah) (50 markah)
360

BONUS KERJA SEPASUKAN ( PESERTA SIMPANAN ) CELAHAN = 10 MARKAH

ISI: STRATEGI: GAYA: BAHASA:

1. Nilai isi bidasan. 1. Struktur dan tempoh 1. Nilai sebutan bahasa, gerak 1. Gaya bahasa, struktur ayat

2. Nilai kekuatan hujah. penghujahan badan dan nada suara. dan tatabahasa.

3. Nilai hujah tanpa dipengaruhi 2. Fokus bidasan kepada isi 2. Toleransi terhadap gaya dan 2. Sebutan (baku), kelancaran,

gaya pengucapan. utama. kepantasan penyampaian. nada dan intonasi

Nama Hakim Tandatangan

.................................................... .......................................... Tarikh : ...............................


PERTANDINGAN PERBAHASAN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PERINGKAT IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

BORANG PEMARKAHAN (PEMBANGKANG)

USUL: ______________________________________________________ BILIK BAHAS PERINGKAT


______________________________________________________

YB.PEMBANGKANG YB.PEMBANGKANG UCAPAN


YB.KETUA PEMBANGKANG
KEDUA KETIGA PENGGULUNGAN
NAMA NAMA
Markah 6-10 11-15 16-20 21.25 26-30 6-10 11-15 16-20 21.25 26-30 6-10 11-15 16-20 21.25 26-30 Markah 6-7 8-9 10-11 12-13 14-15
ISI ISI
(30 markah) (15 markah)
STRATEGI STRATEGI
(30 markah) (15 markah)
Markah 6-8 9•11 12-14 15-17 18-20 6-8 9•11 12-14 15-17 18-20 6-8 9•11 12-14 15-17 18-20 Markah 3 4 5-6 7-8 9-10
GAYA GAYA
(20 markah) (10 markah)
BAHASA BAHASA
(20 markah) (10 markah)
24-39 40-55 56-69 70-85 86-100 24-39 40-55 56-69 70-85 86-100 24-39 40-55 56-69 70-85 86-100 18-23 24-29 30-35 36-44 45-50 JUM.BESAR
JUMLAH JUMLAH
(100 markah) (50 markah)
360

BONUS KERJA SEPASUKAN ( PESERTA SIMPANAN ) CELAHAN = 10 MARKAH

ISI: STRATEGI: GAYA: BAHASA:

1. Nilai isi bidasan. 1. Struktur dan tempoh 1. Nilai sebutan bahasa, gerak 1. Gaya bahasa, struktur ayat

2. Nilai kekuatan hujah. penghujahan badan dan nada suara. dan tatabahasa.

3. Nilai hujah tanpa dipengaruhi 2. Fokus bidasan kepada isi 2. Toleransi terhadap gaya dan 2. Sebutan (baku), kelancaran,

gaya pengucapan. utama. kepantasan penyampaian. nada dan intonasi

Nama Hakim Tandatangan


.................................................... .......................................... Tarikh : …………………………
LAMPIRAN D

SPESIFIKASI TUGAS AHLI JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERBAHASAN


PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PERINGKAT IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TARIKH: 9-12 MEI 2022


TEMPAT: IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN

BI SENARAI
SPESIFIKASI TUGASAN
L JAWATANKUASA

01. Pengerusi & Naib  Memastikan kelancaran keseluruhan program.


Pengerusi  Memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan
tugas mereka dengan baik.
 Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa.
 Memantau dan menilai serta memberi cadangan
terhadap persediaan dan pelaksanaan.
 Menyemak dan mengesahkan minit mesyuarat.

 Memaklumkan Pengarah tentang Tetamu Kehormat


yang akan hadir.

02. Setiausaha & Naib  Menyediakan dan memurnikan kertas kerja


Setiausaha Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar
Peringkat IPG Kampus Tun Abdul Razak.
 Menguruskan notis/memo panggilan mesyuarat JK dan
mencatat minit mesyuarat.
 Menguruskan memo bagi mewajibkan kehadiran
pelajar
 Menguruskan memo bagi menjemput semua
pensyarah dan staf sokongan ke Pertandingan
Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar Peringkat IPG
Kampus Tun Andul Razak.
 Menerima dan menyenaraikan nama-nama peserta.
 Mengemaskini senarai penyertaan dan peserta.
 Menyediakan borang penilaian.

03. Bendahari  Menyimpan dan mengemaskini semua rekod


perbelanjaan dan kewangan.
 Memberi nasihat/ cadangan dalam pengurusan
perbelanjaan.
 Menyedia resit rasmi yuran pendaftaran (jika ada).
 Membantu JK Pendaftaran dalam aspek melibatkan
kewangan.
 Mendapatkan sebut harga untuk mencetak buku
program (jika ada).

04. Urusetia  Ketua membuat agihan tugas dan mengadakan


mesyuarat.
 Menyediakan carta alir pertandingan setiap acara.
 Menyediakan syarat-syarat pertandingan.
 Mencadangkan senarai nama hakim bagi setiap
pertandingan.
 Menyediakan borang kehakiman, borang penyertaan
pertandingan.
 Menyediakan taklimat pertandingan.
 Memberi taklimat/ membuat pengumuman kepada
peserta jika perlu.

05. AJK Tempat dan  Menguruskan tempat pertandingan


Peralatan  Memastikan kekemasan, keselesaan dan kesesuaian
tempat, tempat untuk majlis perasmian/penutupan dan
pertandingan.
 Memastikan peralatan/ keperluan-keperluan di dalam
bilik/ ruang berkenaan disediakan dengan lengkap.

06. AJK Publisiti &  Membuat laporan program untuk didokmentasikan.


Dokumentasi
 Memilih gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke
dalam laporan.

 Menyediakan, mendokumentasikan laporan lengkap


program dan memastikan ia dicetak.

 Menyebarkan tentang Pertandingan Perbahasan


Pendidikan Alam Sekitar Peringkat IPG Kampus Tun
Abdul Razak.
 Mengumpul dan menjilid semua bahan yang berkaitan.
 Menghimpun semua laporan JK Kecil.
 Menempah atau menyediakan banner (bekerjasama
dengan JK Buku Program).

07. AJK Siaraya  Menyediakan dan menguruskan perihal PA System


ketika pertandingan berlangsung.
 Menyediakan backdrop LCD.

08. AJK Penghakiman  Pengerusi mengadakan mesyuarat.


 Membincangkan syarat-syarat pertandingan.
 Membuat ulasan dan rumusan pertandingan.
 Mengumumkan keputusan pertandingan.

09. AJK Hadiah  Ketua membuat agihan tugas.


 Merekabentuk sijil penghargaan untuk peserta dan
AJK.
 Memastikan hadiah/ cenderamata disediakan untuk
peserta, urusetia, AJK.
 Menyediakan sijil penghargaan untuk para peserta dan
AJK.
 Memastikan urusan penyampaian cenderamata/
hadiah dijalankan dengan lancar.

10. AJK Buku Program  Menyediakan teks Kata Alu-aluan untuk Buku Program.
 Mendapatkan bahan untuk kandungan Buku Program
daripada Penyelaras (tentatif/jadual program, senarai
JK terkini).
 Merekabentuk & menyediakan Buku Program dan back
drop untuk cetakan.
 Menyerahkan buku program kepada JK Pendaftaran
untuk diedarkan kepada peserta semasa pendaftaran.
 Menyediakan montaj bagi majlis penutupan rasmi
perasmian.
LAMPIRAN E

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERBAHASAN


PENDIDIKAN ALAM SEKITAR IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK SESI
2021/2022
Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2021
Tarikh : 17 November 2021
Masa : 9.00 pagi-12.00 tengah hari
Tempat : Kediaman Rumah Masing-masing (Platform Google Meet)

Hadir

1. Pengerusi Program
(Mohd Irfan bin Mustafa Kamal) -Pengerusi

2. Naib Pengerusi Program


(Nor Syahidah binti Anuar)

3. Ketua Bendahari Program


(Salnatasha binti Mohd Sabri)

4. Ketua Urusetia Program


(Nurul Izzati binti Jeperih)

5. Ketua AJK Siaraya Program


(Mohd Ali bin Mohd Aldiee)

6. Ketua AJK Dokumentasi Program


(Mohd Farid bin Mohd Sayuti)

7. Ketua AJK Penghakiman Program


(Nurlisa binti Wasin)

8. Ketua AJK Hadiah Program


(Nur Azyyati binti Ramzi)

9. Ketua Setiausaha Program -Setiausaha


(Siti Nur Qayyum binti Sawal)

Tidak Hadir dengan Maaf:

Ketua AJK Buku Program


(Syuhada’ binti Kamal)
Turut hadir:

Pensyarah Jabatan Sains IPGKTAR


(Encik Noor Bahar bin Mohd Azhar)
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Kata alu-aluan

Tuan pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam, salam


sejahtera dan salam IPGKTARKU SAYANGI berserta ucapan terima kasih
kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Pengerusi memulakan majlis.
1.2 Ucapan penghargaan

Tuan pengerusi mengucapkan ribuan penghargaan kepada wakil pensyarah


Jabatan Sains IPGKTAR, Encik Noor Bahar bin Mohd Azhar di atas
keprihatinan beliau terhadap siswa pendidik dalam mesyuarat ini.

1.3 Makluman Untuk AJK Program

Tuan pengerusi memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat tentang


mesyuarat pada hari tersebut merupakan mesyuarat kedua yang diadakan
pada tahun 2021 bersempena dengan perbincangan pertandingan
perbahasan Pendidikan Alam Sekitar yang akan diadakan.

Tindakan: Untuk makluman semua

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


Minit mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar
Bilangan 1 Tahun 2021 pada 17 November 2021 disahkan tanpa pindaan.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Bil. 2 Muka surat 2 Perenggan 3: Kebenaran Menggunakan Peralatan Teknikal

Mesyuarat mengambil maklum bahawa AJK Siaraya program perlu


melaksanakan perbincangan bersama pihak pengurusan mengenai isu
kebenaran penggunaan peralatan teknikal dan yang berkaitan.

Tindakan: AJK Siaraya

4. PERBINCANGAN KERTAS KERJA

Kertas Bil. 1 Tahun 2021: Anggaran Perbelanjaan dan Status Kewangan bagi
Program Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar Tahun 2022

Mesyuarat mengambil maklum:

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bendahari program, Salnatasha binti


Mohd Sabri tentang anggaran perbelanjaan dan status kewangan terkini selepas
dibahagikan mengikut keperluan program pertandingan telah mendapat persetujuan
kesemua ahli mesyuarat yang akan dilakukan pada 9 sehingga 12 Mei tahun 2022:

(a) Makan dan minuman


(b) Hadian dan cenderahati
(c) Poster dan banner
(d) Bahan dan nota edaran

Tindakan: Semua biro yang berkenaan


5. HAL-HAL LAIN

Lanjutan Tarikh Penutupan Penyertaan Pertandingan Perbahasan


Pendidikan Alam Sekitar IPGKTAR Tahun 2022

Mesyuarat mengambil maklum bahawa tarikh penutupan penyertaan bagi


pertandingan perbahasan yang akan berakhir pada 1 April 2022 akan dilanjutkan
sehingga 6 April 2022. Sehubungan dengan itu, Naib Pengerusi Program perlu
mengeluarkan memo baru kepada semua kelas berhubung dengan perkara
tersebut.

Tindakan: Naib Pengerusi Program

6. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. Tuan pengerusi


mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama yang diberi oleh
semua ahli dalam mesyuarat tersebut.

Dicatat oleh: Disemak oleh:

______________ ______________
(Siti Nur Qayyum binti Sawal)
(Mohd Irfan bin Mustafa Kamal)
Setiausaha Mesyuarat Program PAS
Pengerusi Mesyuarat Program PAS
2021/2022
2021/2022
Tarikh: 18 November 2021
Tarikh: 18 November 2021
LAMPIRAN F
LAMPIRAN G
TEKS PENCADANG

Selamat pagi dan salam sejahtera, saya akan membuka arena perdebatan pada hari
ini. Sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, barisan
kerajaan yang disegani,perwakilan pembangkang, Ahli-ahli berhormat dan siding parlimen
yang saya muliakan sekalian. Selamat bersua dan selamat bersidang di arena perdebatan
pada pagi ini.

Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Saya amat bersyukur
kerana dengan berkat keamanan dan keharmonian di bawah pimpinan kerajaan negara kita
dari dahulu sehingga kini. Oleh itu, pada hari ini, dewan kembali bersidang untuk
membahaskan satu usul penting yang pastinya akan mencuri perhatian sidang dewan
sekalian.

Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan, Sebagai Perdana Menteri saya akan
menyatakan hujah-hujah yang menyokong usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung
oleh menteri pertama, menteri ketiga pula membidas hujah-hujah songsang daripada pihak
pembangkang. Jadi, dapatlah dirumuskan di sini, Pendidikan Alam Sekitar diajar sebagai
satu mata pelajaran tersendiri adalah lebih berkesan daripada diintegrasi merentas
kurikulum di sekolah.

Tuan Yang Dipertua,

Usul pada hari ini berbunyi, “Pendidikan Alam Sekitar diajar sebagai satu mata
pelajaran tersendiri adalah lebih berkesan daripada diintegrasi merentas kurikulum di
sekolah”. Oleh itu, sebelum saya pergi lebih jauh lagi, izinkan saya terlebih dahulu Tuan
Yang Dipertua untuk memberikan definisi usul ini secara literal agar pihak pembangkang
khususnya tidak terkial-kial untuk mencari asas perjuangan kami. Pendidikan Alam Sekitar
bermaksud, usaha terancang untuk mengajarkan mengenai bagaimana kebergunaan
persekitaran semula jadi, dan amat khasnya, ialah mengenai bagaimana setiap insan boleh
menguruskan tingkah laku dan ekosistem sehingga boleh berhidup secara berkekalan.
“Mata pelajaran tersendiri” pula bermaksud, mata pelajaran yang membentuk kerjaya atau
rancangan belajar, dan diajar yang terdiri daripada satu atau lebih subjek yang disusun
dalam sesuatu kursus akademik. “Diintegrasi merentas kurikulum” pula bermaksud, unsur
nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Begitulah definisi usul yang saya berikan
secara literal sebentar tadi.

Saya juga ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan hujah-hujah yang
bentangkan sebentar sahaja lagi dan seterusnya usul kami akan diterima dengan konsensus
tanpa sebarang pertikaian. Tuan Yang Dipertua, Kami meletakkan dua indikator bagi
memantapkan usul kami. Yang pertama, saya katakan ialah keperluan mewujudkan mata
pelajaran Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek elektif di sekolah. Yang kedua indikator
kami ialah kesediaan semua pihak untuk menerima Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek
tersendiri di sekolah. Oleh itu, berdasarkan indikator-indikator ini secara justifikasi, saya
sepenuhnya yakin bahawa hujah yang akan kami kemukakan sebentar sahaja lagiakan
diterima tanpa perlu diperdebatkan dengan hujah-hujah palsu daripada pihak pembangkang.

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Pelajaran telah mengkaji keperluan mewujudkan mata pelajaran


Pendidikan Alam Sekitar sebagai subjek elektif di sekolah. Hal ini disebabkan oleh sikap
remaja masa kini yang memandang enteng akan kepentingan menjaga alam sekitar. Mereka
juga kabur akan rasionalnya, di samping diburukkan lagi dengan sikap tidak
bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains, dan Geografi yang telah
memasukkan topik berkenaan alam sekitar, maka pengekalan perlu dilakukan. Seandainya
cadangan mewujudkannya sebagai mata pelajaran elektif tidak dilaksanakan, maka
sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan ke arah mengangani masalah pencemaran
alam sekitar yang semakin meruncing. Ringkasnya, silibus tentang pendidikan alam sekitar
perlu diwujudkan, tidak kiralah sebagai subjek tunggal mahupun sisipan memandangkan
kepentingannya dalam jangka panjang.

Seterusnya Tuan Yang Dipertua,

Para pendidik dan pihak kementerian umumnya percaya bahawa penambahbaikan


diperlukan dalam sistem pendidikan awam negara untuk meningkatkan kesedaran pelajar
tentang Pendidikan Alam Sekitar. Ramai sarjana dan ahli akademik bersetuju bahawa
pelajar tidak pandai berfikir, menaakul, menganalisis, atau menyelesaikan masalah tanpa
bimbingan daripada guru. Banyak matlamat reformasi pendidikan menekankan keperluan
untuk mengukuhkan mata pelajaran teras seperti matematik, sains dan geografi; mengajar
merentasi bidang mata pelajaran; meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan menyelesaikan
masalah; dan mengaitkan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan keperluan dan isu
masyarakat. Pendidikan alam sekitar mempunyai potensi yang besar untuk menyumbang
kepada matlamat reformasi pendidikan ini.

Sebagai contoh, ia dapat mengukuhkan pengajaran dalam banyak mata pelajaran


teras, terutamanya sains, kerana sains adalah asas untuk menyelesaikan banyak cabaran
alam sekitar kita. Pada masa yang sama, pendidikan alam sekitar boleh menggalakkan
pengajaran antara disiplin kerana topik alam sekitar boleh ditangani dari pelbagai perspektif,
termasuk saintifik, sejarah dan budaya. Pendidikan alam sekitar juga boleh membawa
cabaran alam sekitar tempatan ke dalam bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran analisis
dan penyelesaian masalah.

Aspek terakhir dasar pendidikan alam sekitar, tetapi tidak kurang pentingnya, adalah
melatih individu untuk berkembang maju dalam masyarakat yang mampan. Di samping
membina hubungan yang kukuh dengan alam semula jadi, rakyat Malaysia mesti
mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk berjaya dalam tenaga kerja abad ke-21.

Dengan itu, Tuan Yang Dipertua, kami mohon untuk terus mencadang.

Terima Kasih.
TEKS PEMBANGKANG

Sayang-sayang buah kepayang,

Sayang hujah kerajaan pincang,

Jaga-jaga pembangkang datang,

Untuk meniup hujah kerajaan terbang.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan pihak pembangkang, perwakilan kerajaan,
seterusnya ahli-ahli Dewan yang dihormati.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

Tuan Yang Dipertua, ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah kepimpinan kerajaan pada hari ini, dewan
kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

Sebentar tadi Yang Berhormat Perdana menteri telah membentangkan satu usul iaitu
“Pendidikan Alam Sekitar diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri adalah lebih
berkesan daripada diintegrasi merentas kurikulum di sekolah” . Namun, setelah kami kaji,
setelah kami teliti terdapat kelemahan dan ketidakrelevenan usul kerajaan pada hari ini.
Dengan izin Tuan Yang Dipertua, kami mohon membangkang dan menolak usul kerajaan
pada hari ini.

Haliza Abdul Rahman (2018) pernah mengatakan dalam kajian beliau di Asian
Journal of Environment, History and Heritage bahawa Pendidikan Alam Sekitar ini masih
belum mencapai objektif yang ditetapkan iaitu bagi menanam dan memupuk minat murid
untuk mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah untuk diterap dan diamalkan dalam
kehidupan seharian mereka. Ini selaras dengan dapatan kajian Mohmadisa dan Mohamad
Suhaily (2005) yang merumuskan bahawa penerapan nilai alam sekitar tidak dilaksanakan
dengan sepenuhnya dalam pendidikan oleh guru dan tidak dapat diterima oleh kumpulan
sasar iaitu murid.

Yang Berhormat,

Kami membangkang serta membantah sekiranya mata pelajaran Pendidikan Alam


Sekitar ini perlu diteruskan. Ini kerana, secara keseluruhannya tahap pengetahuan kalangan
guru berkenaan alam sekitar adalah pada tahap sederhana. Ini dibuktikan oleh beberapa
pengkaji iaitu Abdul Aziz (2003), Ponniah (1996), Teoh (1996), Nur Akhmal (2004) dan
Mageswary et.al (2006) tidak ada kesignifikan kolerasi antara kefahaman konseptual alam
sekitar murid, guru pelatih dan guru dengan kemahuan untuk menjaga alam sekitar. Oleh
itu, mengapa perlu diteruskan mata pelajaran tersebut sekiranya guru kurang berkomitmen
dan memandang enteng semasa proses pdp dalam pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar?

Yang Berhormat,

Bertahun yang lalu juga tular mengenai keengganan sebuah kumpulan pendidik
serta sokongan daripada sebahagian ibu bapa murid-murid untuk meneruskan mata
pelajaran Pendidikan Alam Sekitar di akhbar Free Malaysia Today yang dicoretkan oleh Nur
Hasliza Mohd Salleh. Sebuah kumpulan pendidikan tersebut telah berkata, kerajaan tidak
perlu memperkenalkan mata pelajaran berkaitan alam sekitar, sebaliknya pihak sekolah dan
ibu bapa yang harus menunjukkan teladan kepada generasi muda dalam pemuliharaan
alam. Malah, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor
Azimah Abdul Rahim berkata pendidikan alam sekitar tidak semestinya dalam bentuk mata
pelajaran, sebaliknya lebih kepada amalan harian.

Dalam pada itu, beliau memberi contoh sekolah boleh mendidik pelajar melaksanakan
konsep 3R, iaitu mengitar semula, mengurangkan dan guna pakai (Recycle, Reducing dan
Reusing) dengan lebih serius untuk mengatasi masalah pencemaran serta alam sekitar.
Katanya, Malaysia juga perlu mengikut jejak negara lain yang kini memfokuskan cara
menangani isu berkaitan alam sekitar.

Yang Berhormat,

Oleh sebab itu, atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul Pendidikan Alam
Sekitar diajar sebagai satu mata pelajaran tersendiri adalah lebih berkesan daripada
diintegrasi merentas kurikulum di sekolah dikaji semula untuk kepentingan keseluruhan
masyarakat Malaysia. Kami di pihak pembangkang, membangkang dan tidak bersetju
sekiranya subjek Pendidikan Alam Sekitar ini diajarkan sebagai satu mata pelajaran dan ia
lebih berkesan sekiranya diintegrasikan sebagai merentas kurikulum sahaja dalam beberapa
mata pelajaran di sekolah.

Dengan itu, Tuan Yang Dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.

Terima Kasih.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS TUN ABD RAZAK,
JALAN DATO MOHD MUSA, Tel : 04-6603190
94300 KOTA SAMARAHAN, Faks : 04-6603190
SARAWAK.

Rujukan kami :
Tarikh :

Cik Hajah Rosidah Binti Abdollah,


Timbalan Pengarah IPG Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Dato Mohd Musa,
94300 Kota Samarahan,
Sarawak.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU KEHORMAT MAJLIS PENUTUPAN


PERTANDINGAN PERBAHASAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT
IPGK TUN ABDUL RAZAK

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa Pelajar kumpulan PPISMPPI 1618
dengan kerjasama Jabatan Sains IPGK Tun Abdul Razak akan mengadakan Majlis
Penutupan Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar Peringkat IPGK Tun
Abdul Razak. Sehubungan dengan itu tuan dijemput untuk hadir ke program tersebut.

3. Butir-butir program tersebut adalah seperti berikut:-


Tarikh : 12 Mei 2022
Masa : 5.00 petang – 9.00 malam
Tempat : Dewan Sri Samarahan, IPGKTAR

4. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUYANG ANAK JAMI)


Pengerusi Pertandingan Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar,
IPG Kampus Tun Abdul Razak
Persatuan Pendidikan Alam Sekitar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Dato' Mohd. Musa,
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia.

Ketua Unit Kokurikulum,


Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Dato' Mohd. Musa,
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia. 7 Mei 2022

Tuan,
Permohonan Peminjaman Peralatan pelaksanaan Pertandingan Perbahasan
Pendidikan Alam Sekitar.
Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk,
2. Persatuan Pendidikan Alam Sekitar IPGKTAR mengadakan pertandingan
Perbahasan Pendidikan Alam Sekitar peringkat IPGKTAR.
3. Sehubungan dengan itu, kami memerlukan beberapa peralatan untuk
melancarkan perjalanan program itu. (Lampiran A)
4.Kami berharap permohonan kami akan dipertimbangkan dan mendapat Tindakan
yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian Terima Kasih.

Yang Benar,

……………………………………………
(Siti Nur Qayyum Binti Sawal)
Setiausaha,
Persatuan Pendidikan Alam Sekitar ,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.
LAMPIRAN A
Bil Nama Peralatan Jumlah/ Unit
1 Kerusi VIP 10
2 Loceng 3
3 Meja VIP 2
4 Pasu bunga ( perhiasan pentas) 8
5 Speaker 2

Anda mungkin juga menyukai