Anda di halaman 1dari 11

DI SEBALIK NAMA

SINOPSIS

Di Sebalik Nama menceritakan tentang 2 orang detektif yang menyiasat tentang kematian
abang Adam di hotel.Konflik Bermula apabila Ashley mula suspek rakan kerjanya iaitu
Maddie yang tidak menyokong Adam tetapi menyerang belah Adam.Apakah yang mungkin
telah terjadi dan jika ia pembunuhan mengapakah pembunuh itu membunuh abang Adam
adakah kisah silam yang telah menyebabkan pembunuh itu membunuh abang Adam.

WATAK- PERWATAKAN

ASHLEY
Detektif.
Tinggi.
Kulit gelap.
Berumur 25-28.
Sangat curiga.
Detektif yang berfikiran logic.
Pandai bergaya.
MADDIE
Pendek.
Berumur antara 21-25.
Penampilan yang sangat kemas.
Kulit putih.
Seorang detektif yang pandai merancang.
Rakan sekerja Ashley.
ADAM
Kelihatan seperti kanak-kanak.
Berumur 10-14.
Adik kepada si mati.

KATE
Kelihatan seperti seorang datin.
Tinggi.
Bertudung.
Memakai celak muka yang tebal.
FATTAH
Tinggi.
Bersubahat dengan pembunuh.
Adik rapat Maddie.
Kaya.
Pandai bergaya.

WATAK TAMBAHAN

AMIN
Manager Hotel Mutiara
Tinggi
Kacak
Kulit sawo matang
JULIA JOLEEN
DI SEBALIK NAMA
MASA : PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
ADEGAN 1
Adam masuk pentas dan terus menangis.

ADAM : (Monolog) Aku sayang abang aku. (Senyum) Setiap hari, aku dan abang akan

berkongsi masalah masing-masing. Supaya tiada rahsia yang terpendam di

jiwa. (Sedih) Tapi, abang aku dah mati! Kenapa abang aku patut pergi dulu?

Kenapa bukan aku yang jadi galang ganti? Abang aku mati dijumpai dalam

bilik hotel. Darah mengalir berlumuran lantai di situ. Ramai yang percaya

bahawa ini bukan kes pembunuhan, namun kes bunuh diri. Tapi tidak bagi

aku. Aku akan cari pembunuh itu untuk menuntut keadilan abang aku.

KATE : (menggunakan phone pejabat) Alice , tolong panggilkan Ashley dan Maddie

ke bilik mesyuarat.

Ashley dan Maddie masuk.

KATE : Ashley kamu ditugaskan untuk mencari kebenaran atas kes pembunuhan ini.

Maddie akan menjadi rakan sekerja untuk kes ini.

ASHLEY : Puan, bolehkah saya berjumpa dengan keluarga si mati untuk mengambil

maklumat tentang mangsa.

MADDIE : Ashley saya pasti kes ini melibatkan bunuh diri sebab kau tengoklah keluarga

dia pun semua dah tak ada kecuali Adam tu, so apa kata kita cari sahaja bukti

yang sedia ada


KATE : Baiklah, saya akan tinggalkan kes ini di tangan kamu berdua.Saya berharap

kamu berdua akan mendapatkan jawapan yang benar.

ASHLEY : Baiklah puan.

Kate keluar pentas.

ADEGAN 2

MADDIE : Jadi sekarang apa perlu kita lakukan? Tempoh untuk kita menyelesaikan kes

ini sudah hampir ke penghujungnya. Kalau kita tak ambil tindakan atau

memutuskan sesuatu keputusan yang adil, keluarga si mati akan menyalahkan

kita berdua yang bertanggungjawab atas kes ini.

ASHLEY : Biar saya fikirkan dulu tentang perkara ini, Maddie. Bukan senang untuk

saya dan kau menjatuhkan sesuatu keputusan sam ada adil atau kejam. Supaya

kita tidak akan disalahkan pada masa kelak seperti yang kau katakan tadi.

MADDIE : Saya rasa kita perlu selidik tentang latar belakang si mati. Kes ini akan lebih

mudah untuk kita tandanginya.

ASHLEY : Saya setuju dengan pilihan kau Maddie. Menurut keterangan semua

pencarian saya, si mati hanya mempunyai seorang adik lelaki yang tinggal

serumah dengannya. Selain itu, tiada lagi matlumat tentang si mati kecuali

perkerjaan, tempat tinggal dan tarikh lahir.

MADDIE : Baiklah. Ashley, tentang kes ini adakah pembunuh itu meninggalkan apa-apa

bukti? Contohnya, cop jari? Atau rakaman CCTV?

ASHLEY : Buat masa sekarang saya tidak mendapat apa-apa informasi, tetapi saya yakin

yang saya akan berjumpa dengan orang yang bersubahat tidak lama lagi.
MADDIE : Saya juga berharap pada benda yang sama (Menjeling sindir ) tapi Ashley

saya pasti ini bukan pembunuhan.

ASHLEY : Maddie kita ditugaskan untuk mencari kebenaran atas si mati bukan untuk

mereka cerita.

MADDIE : Tetapi, kes ini telah tular yang ia bukannya kes pembunuhan ini malah kes

bunuh diri.

ASHLEY : Apakah bukti kau menyatakan ini kes bunuh diri Maddie! Apa!

MADDIE : Ashley saya bukannya nak gaduh tapi kita hanya membuang masa jika kita

proceed dengan kes ini.

ASHLEY : Kenapa buang masa pula ? Kau lupa ke yang si mati mempunyai seorang

adik. Takkan kita nak cakap abang dia bunuh diri. Adik dia pun ada otak

Maddie , dia nampak mayat abang dia !

MADDIE : Ashley, Adam itu hanya budak mungkin apabila kita terangkan bahawa

abang dia membunuh diri disebabkan stress mungkin dia akan faham.

ASHLEY : Aku rasa kan better kau resign dari kes ini, ataupun bukan kes ini sahaja

mungkin kerja terus kut sebab aku rasa kau ni memang dah tak layak untuk

jadi seorang detektif.

MADDIE : Ok then kita proceed but jangan menyesal pula nanti if kau buang masa cari

jawapan yang sedia ada.

ASHLEY : Aku akan pasti aku takkan menyesal dan supaya mendapat jawapan yang

benar supaya dapat mencari pembunuh itu dan supaya dapat memberikan

keadilan bagi si mati dan adiknya Adam.


MADDIE : Ashley saya minta diri dulu ye.

ASHLEY : Kes ini tak settle lagi kau nak pergi mana?

MADDIE : Lunch Break Ashley.

ASHLEY : Ouh okey.

(Ashley keluar pentas )

ADEGAN 3

(Manager hotel masuk pentas untuk berjumpa dengan Ashley.)

AMIN : Puan Ashley ?

ASHLEY : Amin !

AMIN : Puan saya ke sini untuk memberikan serba sedikit maklumat yang sedia ada

di bilik hotel si mati. Cleaner saya terjumpa lipbalm di tempat kejadian.

ASHLEY : Amin mana lipbalm itu ?

AMIN : Ini dia. Kami tidak menyentuhnya menggunakan tangan kasar tapi telah

menggunakan sarung tangan.

ASHLEY : Terima kasih kerana ini akan menyelesaikan kes ini tidak lama lagi juga

adakah kamu tahu tentang latar belakang keluarga si mati.

(Maddie masuk dan menyorokkan dirinya )

AMIN : Pastinya saya tahu, kerana bapa si mati merupakan kawan sekelas saya

dahulu. Ayah Ali meninggal dunia 5 tahun lalu disebabkan cancer dan ibunya

meninggal selepas beberapa bulan disebabkan sakit jantung maka tinggalah

dua orang anaknya yang masih kecil sejak kejadian itu mereka menjadi anak
yatim piatu.Ali merupakan seorang yang tidak putus asa dan seorang yang

sangat rajin dia berniat untuk menghantar adiknya ke sekolah maka dia datang

ke hotel saya untuk meminta pertolongan dan selepas beberapa jam berjumpa

dengan saya dia didapati mati di dalam bilik hotel.

ASHLEY : Terima kasih kerana telah berkongsi maklumat dan jika ada apa-apa

maklumat lagi kamu boleh terus menelefon saya. ( mencari kadnya dia beg

dompet) hah, ini dia kad saya.

AMIN : Sama-sama, saya minta diri dulu ya.

ASHLEY : Baiklah.

Maddie keluar dari tempat dia menyorok dan berlakon ibarat dia baru masuk.

MADDIE : Ashley, siapakah itu ?

ASHLEY : Oh itu, Manager Hotel Mutiara.

MADDIE : Kenapa dia ada kat sini ?

ASHLEY : Tentang kes Ali, tak sangka pembunuh itu tertinggal bukti.

MADDIE : Tak mungkin Ashley, apa bukti tu ?

ASHLEY : Bukan tak nak kongsi maklumat tapi aku rasa bukti ini akan dirahsiakan

sampai ke hari penentuan.

MADDIE : Oh okey ( berkata dalam keadaan resah ).

Maddie keluar pentas dan Ashley menelefon Fattah

FATTAH : Ye puan ada apa telefon saya?

ASHLEY : Kau dah awasi ‘dia’. Aku tak nak dia terlepas.
FATTAH : Saya janji akan tangkap ‘dia’. Saya takkan biar dia terlepas.

Lampu dipadamkan perlahan-lahan. Kelihatan Maddie sedang tekun menulis di sebuah buku

manakala Ashley sedang mengkaji barang bukti.

MADDIE : Keringnya bibir aku . (berbisik sendiri )

ASHLEY : (Memandang Maddie) Kalau kering sapulah lipbalm kau tu.

MADDIE : Lipbalm aku tertinggal. Kenapa kau tanya ? Kau nak pakai ke ?

ASHLEY : Taklah I’m just curious. U always have your lipbalm with you. Kau tak perlu

tipu aku lah.

MADDIE : What’s your problem Ashley ?

ASHLEY : ( mengambil barang bukti ) Habis itu, apa ini ? Fattah kita berjaya

memerangkap pembunuh !

Fattah memasuki pentas lalu menarik dan terus mengikat Ashley di sebuah bangku.

ASHLEY : Fattah apa ini ?

MADDIE : Kau fikir kau dah cukup pandai ? Nak perangkap aku ? Sebernanya Fattah

yang engkau tumbuk rusuk itu adik aku.(gelak) Kau fikir adik aku sanggup

perangkap kakaknya sendiri ?

ASHLEY :What in the world is going on Fattah!

FATTAH : Kau tu luncai. Kami ini pemburu engkau (gelak)

( Fattah mengambil lipbalm dan meyerahkannya kepada Maddie. Maddie mengambil dengan

senyuman yang mekar di bibir.)


MADDIE : Eh lipbalm aku ? (perli) Ni lah bahan bukti yang kau sanjung sangat kan !

Sekarang ini aku akan hapuskan bahan bukti ini depan mata engkau!

Maddie menconteng muka Ashley dengan menggunakan lipbalm yang dipegang manakala

Fattah mengoyakkan dokumen-dokumen yang telah dikumpul oleh Ashley.

Fattah mengeluarkan pisau lalu ingin menikam Ashley. Kate muncul lalu

menghalakan pistol kea rah Fattah dan Maddie. Bunyi siren dimainkan.

KATE : Letakkan senjata kau ! Kamu telah dikepung oleh Pihak Polis dalam kes

pembunuhan Mohd Ali Ibrahim seksyen LIA3019.

Lampu dipadamkan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai