Anda di halaman 1dari 34

SKPD 1013 Pengantar

Sains Sosial

Disiplin-disiplin Sains Sosial


Kuliah 5 & 6
Antropologi
Kajian tentang perhubungan antara ciri biologikal dan ciri
sosial manusia

Sains mengenai manusia dan kelompok manusia (cth


komuniti atau masyarakat)

Kaji kelompok manusia (cth masyarakat), untuk ketahui


corak kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Matlamat - Melihat perbezaan-perbezaan dalam kelompok


manusia (masyarakat) tempatan daripada aspek bentuk dan
kebudayaan (cth masyarakat primitif dan pramoden)

Lihat pertumbuhan, peranan dan perkembangan peradaban


manusia dan kelompok manusia
Terdapat 3 aliran penting – Amerika, Perancis dan Inggeris

Umumnya, ada 4 sub-disiplin

a) Antropologi Budaya – kaji cara-cara masyarakat dan


kebudayaan berkembang, cth nilai, peraturan dan adat resam
masyarakat itu

b) Antropologi Fizikal – kaji pengaruh evolusi alam sekitar


terhadap ciri fizikal manusia

c) Antropologi arkeologi – menilai dan membuat rumusan


tentang budaya dan tabiat atau perlakuan manusia melalui
tinggalan-tinggalan manusia; kajian ke atas sejarah,
prasejarah, ciri kesejarahan budaya dan cara hidup
masyarakat lampau; cuba fahami mengapa perubahan
berlaku dan bagaimana perubahan terjadi
d) Antropologi gunaan – guna kepakaran antropologi
untuk menyelesaikan masalah sosial, gubal dasar,
buat perancangan, dll

Teori utama – teori evolusi klasik, struktural


fungsionalisme, teori difusi

Kaedah penyelidikan – kumpul data (etnografi,


survei, temu bual, pemerhatian ikut serta atau tidak
ikut serta); biasanya kaedah analisis data secara
kualitatif
Sejarah

Kajian peristiwa lampau


- sebab berlaku, akibat/kesan kepada masyarakat
dan negara, benar atau tidak dikaitkan dengan
masa kini
- kesan dari sesuatu peristiwa – dasar negara, dsb

Kaji perkembangan politik, ekonomi dan sosial,


kawasan, negara dan tamadun manusia dengan
melihat dokumen lama seperti surat, diari, catatan
pengembaraan, laporan, perjanjian, laporan
arkeologi
Sub disiplin - arkeologi, sejarah sosial, sejarah politik,
sejarah ekonomi, sejarah antarabangsa, historiografi,
sejarah Asia-Pasifik, sejarah Asia Tenggara, dll

Matlamat – beri kesedaran tentang keadaan sebenar


masyarakat dan negara lampau dan kini, pengalaman
lepas dijadikan ikhtibar/teladan/landasan hidup kepada
masyarakat, ajar masyarakat agar tidak mengulangi
kesilapan lampau

Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian di


lapangan, penyelidikan di arkib/muzium, temu bual, survei,
kajian kes di tempat arkeologi); biasanya kaedah analisis
data secara kualitatif
Geografi

Kaji aspek-aspek semula jadi dan bagaimana aspek


tersebut mempengaruhi kehidupan manusia dan
kelompok manusia

Juga mengkaji bagaimana alam semula jadi


mempengaruhi perkembangan kebudayaan
kelompok manusia

Kajian mengenai manusia, kawasan dan persekitaran


dari perspektif ruangan dan menghargai saling
bergantungan antara manusia dan alam fizikalnya
Ada 2 sub disiplin

a) Geografi fizikal – kaji dan pelajari proses alam semula jadi


dan akibatnya
- tanah tanih, iklim, pola cuaca, pembentukan muka bumi,
tumbuhan, ekologi haiwan dan persekitaran yang
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh manusia

b) Geografi manusia – kaji aktiviti organisasi ruang manusia


dan hubungan manusia dengan persekitarannya – aktiviti
manusia seperti pertanian, perindustrian, pembandaran,
tingkahlaku manusia dalam ruang, isu-isu alam sekitar,
ekonomi, politik, pengangkutan, pengurusan sumber,
perancangan wilayah, penduduk, pertempatan,
pembangunan tak seimbang, dll
Matlamat – sampaikan pengetahuan tentang proses fizikal
yang berlaku di bumi dan pembangunan kemanusiaan dan
sosial pada peringkat lokal, nasional dan global; sampaikan
pengetahuan tentang aktiviti manusia dalam ruang, isu
persekitaran, impak pembangunan, penerokaan sumber,
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,
kependudukan dan sebagainya

Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian, survei,


temu bual, pengujian di makmal, penggunaan remote
sensing untuk kumpul maklumat tentang permukaan bumi
dengan cara foto udara atau imej satelite, penggunaan
sistem komputer iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS)
untuk mengumpul, menyimpan, mendapatkan semula,
menganalisis dan memaparkan data ruangan dari dunia
sebenar, penggunaan peta); kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatf
Sosiologi

Kajian sistematik tentang hubungan (relationships) dalam


kalangan individu atau kelompok manusia seperti pola-pola
hubungan dan tingkah laku yang ditonjolkan, kesan
daripada tingkah laku

Tingkah laku yang dipengaruhi oleh faktor sosial, politik,


kelompok masyarakat dan persekitaran

Kaji tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya,


interaksi sosial, corak sosialisasi, perubahan sosial,
masalah sosial, globalisasi dan umumnya tentang
kehidupan sosial sesebuah kelompok manusia
Biasanya kajian tentang masyarakat industri, maju, moden,
kompleks

Sub disiplin – sosiologi organisasi, sosiologi devian,


kriminologi, sosiologi politik, sosiologi pendidikan, sosiologi
perubatan, sosiologi ekonomi, sosiologi agama, dll

Matlamat – beri kefahaman tentang sifat perkelompokan


manusia (cth masyarakat), cth bagaimana kelompok itu
berkembang dan berubah dan kesannya

Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temu bual,


permerhatian tidak ikut serta); kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatif
Sains Politik
Kajian tentang peraturan sosial untuk menjaga keamanan
dan keteraturan (order) dalam sesebuah kelompok
manusia

Kaji sumber kuasa, penggunaan kuasa, pengagihan kuasa,


perolehan kuasa, perebutan kuasa, proses mengawal dan
menghad penggunaan kuasa

Kaji peranan individu dan institusi politik (cth kerajaan,


parti-parti politik, organisasi dan institusi)
Kaji isu-isu seperti konflik dan kestabilan politik,
organisasi politik, sistem pentadbiran, undang-
undang, hubungan antarabangsa, dasar awam,
falsafah dan teori politik, pertubuhan bukan
kerajaan, pola pengundian, kedudukan parti politik,
hubungan antara Amerika dengan negara-negara
lain di dunia seperti ASEAN

Sub disiplin – ekonomi politik, perhubungan


antarabangsa, pentadbiran awam dan dasar
kerajaan, politik perbandingan, dll
Matlamat – sampaikan pengetahuan
mengenai sistem kerajaan, proses
pentadbiran, proses politik, polisi dan
ideologi untuk mewujudkan keamanan
dan kestabilan

Kaedah penyelidikan – survei, temu


bual, pemerhatian ikut atau tidak ikut
serta; kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatif
Psikologi

Kajian jiwa manusia

Kajian tentang minda atau proses mental, emosi,


personaliti, tingkah laku individu (spt bagaimana
tingkah laku itu dipengaruhi oleh tingkah laku
orang lain)

Kaji meneliti individu, interaksi semuka dan


kelompok kecil untuk memahami mekanisme
yang terlibat dalam proses pengamatan dan
pembelajaran
Sub disiplin psikologi – psikologi sosial, psikologi
klinikal, psikologi industri dan organisasi, psikologi
kanak-kanak dan psikologi kaunseling, psikologi
pendidikan

Psikologi kaunseling – kaunseling kepada individu


yang menghadapi masalah jiwa

Psikologi industri dan organisasi – kaji dan nilai


tingkah laku manusia dalam pekerjaan yang
berkaitan dengan produktiviti dan keselesaan
tempat kerja
Psikologi klinikal – rawat sakit jiwa, kecelaruan
mental serta tingkah laku bilazim, mendiagnos dan
merawat pesakit dengan kaedah psikologi

Psikologi pendidikan – melihat aspek-aspek


kurikulum, latihan perguruan, ko-kurikulum,
penilaian pelajar dan penyesuaian pelajar di
tempat pengajian

Psikologi kanak-kanak – beri perhatian kepada


perkembangan kanak-kanak seperti fizikal, emosi,
mental dan sosial
Matlamat – Beri kefahaman dan pengetahuan
tentang sifat tabii, tingkah laku serta jiwa
manusia/individu dan kelompok manusia

Contoh teori-teori – Teori psikodinamik, teori


humanistik dan kewujudan

Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian,


experimentasi di makmal, survei, temu bual);
kaedah analisis data secara kualitatif dan
kuantitatif
Komunikasi

Kajian tentang cara bagaimana sesuatu idea,


maklumat, berita, nilai, sikap dan sebagainya
disalurkan dan dikongsi oleh individu dengan
individu lain

Kaji proses mesej dihantar dari satu punca kepada


penerima

Sub disiplin – komunikasi pembangunan,


perhubungan awam, komunikasi organisasi,
komunikasi antarabangsa, perfileman, penyiaran,
pengiklanan, telekomunikasi dan kewartawanan
Boleh juga kaji peranan pengiklanan dalam
pasaran antarabangsa, bagaimana komunikasi
membantu menyalurkan maklumat pembangunan
dan jenis-jenis komunikasi yang sesuai dengan
pekerja dalam sebuah organisasi

Matlamat – lahirkan individu yang berkebolehan


berkomunikasi, berkebolehan dalam mengurus
dan mengendalikan peralatan media cetak dan
elektronik yang merupakan media untuk
menyampaikan pengetahuan atau maklumat/berita
kepada orang awam
Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temu bual,
pemerhatian, fotografi, rakaman video, experimentasi);
kaedah analisis data secara kualitatif dan kuantitatif
Ekonomi

Kajian tentang pengeluaran, pengagihan sumber dan


barangan dan perkhidmatan,

Kaji bagaimana sesebuah kelompok manusia menentukan


cara untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan untuk
memenuhi kehendak atau permintaan orang/kelompok
manusia

Cara mengeluarkan dan menggunakan sumber produktif yang


terhad, aktiviti ekonomi, permintaan dan penawaran untuk
barangan dan perkhidmatan, pembangunan dan kemunduran,
hubungkait ekonomi dengan alam sekitar
Kaji inflasi, penggangguran, polisi, kualiti alam sekitar dan
penggunaan sumber, peranan bank dunia (World Bank),
tabung kewangan antarabangsa (International Monetary
Fund), blok perdagangan seperti Kesatuan Eropah
(European Union), pola gunatenaga manusia sehubungan
dengan perubahan demografi, pertukaran barangan,
penentu harga barangan, sistem perbankan, dll

Sub disiplin – ekonomi mikro, ekonomi makro

Ekonomi mikro – kajian unit-unit analisis yang kecil seperti


firma perniagaan, individu, isi rumah dan tingkahlaku
mereka semasa membuat sesuatu keputusan
Ekonomi makro – kaji unit-unit yang lebih luas
seperti pada peringkat nasional dan global, kaji isu
seperti penggangguran, pendapatan negara,
defisit, inflasi, corak pembangunan ekonomi
negara

Matlamat – menghuraikan dan meramal peraturan


sosial untuk memuaskan kehendak ekonomi dan
meramal apa yang akan terjadi

Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temu


bual, pemerhatian); kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatif
Linguistik

Kajian mengenai bahasa dan pertuturan


dengan meneliti pelbagai aspek bahasa

Satu bidang ilmu yang bersifat saintifik yang


mengkaji bahasa secara empiris atau
secara bersistem

Kajian tentang ilmu bahasa


Kaji bahasa-bahasa manusia yang berbeza atau
berkaitan satu sama lain – bagaimana manusia
menyusun perkataan dan bunyi untuk
berkomunikasi sesama sendiri, menganalisis
sejauh mana bahasa mempengaruhi pengamatan
dan pemikiran manusia, hubungkait antara
bahasa, sistem makna dan budaya

Sub disiplin – fonologi, morfologi, sintaksis,


semantik bahasa Melayu, psikolinguistik,
sosiolinguistik, dialektologi, linguistik sejarah, dll
Fonologi – kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa

Morfologi – kajian proses pembentukan dan pengkategorian


kata dalam bahasa (spt bahasa Melayu)

Sintaksis bahasa – kajian aspek-aspek yang berkaitan dengan


ayat bahasa (spt bahasa Melayu)

Semantik – kajian makna yang terkandung dalam pelbagai


unsur bahasa (spt bahasa Melayu)

Dialektologi – kaji variasi bahasa (spt bahasa Melayu)


berasaskan kawasan tempat tinggal penutur
Linguistik sejarah – kaji aspek-aspek bahasa yang
berkaitan dengan aspek kekerabatan

Sosiolinguistik – kaji hubungan antara bahasa dan situasi


sosial

Psikolinguistik – kajian aspek-aspek bahasa yang berkaitan


dengan akal dan bahasa manusia, kaji proses mental
manusia semasa berbahasa

Matlamat – Paparkan cara-cara bahasa berfungsi sebagai


alat berkomunikasi dan membantu manusia mencapai
pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan harian

Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temu bual,


pemerhatian); kaedah analisis data secara kualitatif dan
kuantitatif
Kajian Pembangunan

Tekan proses bagaimana satu-satu perubahan


berlaku dalam konteks struktur dan kaji
permasalahan pembangunan yang berkaitan dengan
menjelaskan,memahami dan meneliti kenapa satu-
satu perubahan berlaku.

Jelaskan isu-isu pembangunan melalui inter-


disciplinary studies’ - untuk mengatasi kelemahan
dalam disiplin-disiplin tradisional seperti ekonomi,
geografi, sosiologi,antropologi dan sains politik.
Displin ini tekankan saling kaitan/kait-
mengait antara teori-teori pembangunan
dengan polisi kerajaan.

Disiplin ini menggabungkan sains sosial


dengan kemanusiaan dalam kajian
mengenai pembangunan

Meliputi pelbagai disiplin untuk mewujudkan


satu pendekatan antara disiplin dalam
usaha memahami pembangunan dan
masalah-masalah material dan bukan
material
Bidang kajian pembangunan telah bermula sejak
50 tahun yang dahulu

Pada peringkat awal, lebih fokus kepada wilayah-


wilayah miskin, contoh negara/wilayah miskin
menjadi bertambah miskin disebabkan oleh
keadaan persekitaran mereka yang tidak
menggalakkan inovasi kerana wujudnya kekangan
daripada kemudahan dan sebagainya.

Kolonialisme juga dilihat menjadi sebab kepada


jurang perbezaan antara negara yang miskin dan
kaya.
Pengamal kajian pembangunan ini termasuk para
sarjana perancang pembangunan di negara dunia
ke-3 dan pekerja sosial yang menyumbang
kepada konsep pembangunan sebagai
pemodenan

Peneraju teori pemodenan memberi sumbangan


dengan membezakan ekonomi, sosial, budaya dan
politik secara jelasnya berbeza dengan nilai tradisi
di negara-negara kurang membangun.

Jurnal pertama dalam bidang kajian pembangunan


ialah Economic Development and Cultural Change
yang diterbitkan dalam tahun 1952.
Antara penulis yang menggunakan pendekatan
disiplin kajian pembangunan - Andre Gunder
Frank (jelaskan kebergantungan negara-negara
sedang membangun dengan menggunakan neo-
marxist).

Lepas itu, konsep kebergantungan yang diutara


oleh Frank dikembangkan oleh Samir Amin (1976),
Paul Baran (1957), Arghiri Emmanuel (1972),
Walter Rodney (1972) dan Immanuel Wallerstein
(1974,1979).
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai