Anda di halaman 1dari 6

Tugasan PBL (Project Based Learning)

Biologi KSSM Tingkatan 5


2022

Menghasilkan bunga aneka warna


dengan mengaplikasikan konsep
pengangkutan air dalam xilem
Air penting untuk pertumbuhan pokok kerana air membantu untuk menggerakkan
garam mineral dari dalam tanah ke batang dan daun. Dengan itu, tumbuhan
mempunyai tisu vaskular iaitu xilem yang mengangkut air dan garam mineral yang
diserap oleh akar ke batang dan daun tumbuhan dengan bantuan tarikan
transpirasi, tindakan kapilari serta tekanan akar.
TEKANAN AKAR
menggerakkan air dari tanah ke dalam salur xilem akar secara osmosis

1. Di dalam sel rambut akar, keupayaan air adalah lebih rendah


Keupayaan air rendah berbanding keupayaan air di dalam tanah.
2. Oleh itu, air dari tanah meresap masuk ke dalam sel rambut
akar dan sel epidermis akar secara osmosis.
3. Sel-sel rambut akar mempunyai keupayaan air yang tinggi
Pergerakan air

menyebabkan air meresap dari sel-sel akar ke sel korteks


secara osmosis.
4. Keadaan tersebut menyebabkan osmosis berlaku secaara
Rambut akar berterusan merentas lapisan korteks, endodermis dan perisikel
Tanah 5. Hal ini mewujudkan tekanan akar yang menolak air ke dalam
Keupayaan air tinggi salur xilem akar dan seterusnya ke dalam salur xilem batang.
TINDAKAN KAPILARI

1. Tindakan kapilari terhasil daripada daya lekatan


dan daya lekitan molekul air.
2. Daya lekatan wujud antara molekul air dengan
dinding xilem manakala daya lekitan wujud
antara molekul air.
3. Kedua-dua daya ini membolehkan pergerakkan
air secara berterusan di dalam salur xilem batang
serta dapat melawan tarikan graviti.
TARIKAN TRANSPIRASI

1. Tarikan transpirasi terhasil apabila air yang tersejat


melalui stoma menarik air dari dalam daun.
2. Semasa proses transpirasi berlaku, air meresap
keluar sebagai wap air dari ruang antara sel ke
persekitaran melalui stoma yang terbuka.
3. Sel-sel mesofil berspan kehilangan air dan menjadi
keupayaan air rendah.
4. Molekul air daripada sel-sel berhampiran akan
meresap secara osmosis ke sel-sel mesofil berspan.
5. Ini menghasilkan tarikan transpirasi yang menarik
molekul air dari dalam salur xilem daun untuk
bergerak ke luar daun.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai