Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

“BULAN SYA‟BAN: PERSEDIAAN DI AMBANG RAMADAN”


(11 Mac 2022M/ 08 Syaaban 1443H)
____________________________________________________________________________________________________________

‫ َوأ ََمَرنَا‬،‫َح َس ِن تَق ِو ٍمي‬ ‫أ‬ ‫ِف‬ِ ‫ن‬


َ ‫ا‬ ‫نس‬ ِ
‫اْل‬
ْ ‫ق‬ ‫ل‬
َ ‫خ‬ ‫ي‬ ‫ذ‬ِ َّ‫ اَلْـحمد لِّٰلّ ِو ال‬،‫اَلْـحمد لِّٰلّ ِو‬
ْ َ َ َ َُْ َُْ
،ُ‫ك لَو‬ َ ْ‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن ََل إِلَـّٰوَ إَِّّل اهللُ َو ْح َدهُ َّل َش ِري‬.‫ـخلُ ِق الْ َك ِرِمي‬ ُ َ َ ‫ب‬
‫ل‬
ْ ‫ا‬
‫و‬ ‫ى‬ ‫و‬ ‫ق‬ْ ‫ـ‬ ‫ت‬
َّ ‫ال‬ِ
.ُ‫ـح َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُو‬ َ ‫َن َسيِّ َدنَا ُم‬ َّ ‫َوأَ ْش َه ُد أ‬
.‫ي‬ ِ ْ ‫اَل ّٰلّه َّم ص ِّل وسلِّم علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰلِِو وصحبِ ِو أ‬
َ ْ ‫َْجَع‬ ْ َ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ْ َ َ َ ُ
‫اعتِ ِو‬ َ‫ط‬‫و‬ ِ ‫ اِتَّـ ُقوا اهلل أُو ِصي ُكم وإِيَّاي بِتَـ ْقوى‬،‫اهلل‬
‫اهلل‬ ِ ‫ فَـيا ِعباد‬،‫أ ََّما بـع ُد‬
َ َ َ َ َ ْ ْ ْ َ َ َ َ َْ
.‫لَ َعلَّ ُك ْم تُـ ْفلِ ُح ْو َن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan melakukan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di
akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk:
„Bulan Sya’ban: Persediaan Di Ambang Ramadan‟.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kini kita telah berada dalam bulan Sya’ban. Bulan Sya’ban adalah
salah satu bulan yang mempunyai keistimewaan kerana dalam
bulan ini terdapat satu malam yang dikenali sebagai nisfu Sya’ban.
Malam nisfu Sya’ban merupakan salah satu malam yang penuh
berkat, rahmat dan dimakbulkan doa. Imam As-Syafie rahimahullah
menyatakan dalam kitabnya al-Umm : “Telah sampai pada kami

1
bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam
iaitu pada malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari
Raya Fitrah, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu
Sya’ban. Oleh itu hidupkanlah malam tersebut dengan berzikir,
membaca al-Qur’an dan lain-lain amal ibadah untuk mendapatkan
rahmat dan keredhaan Allah subhanahu wata'ala. Firman Allah
subhanahu wata'ala dalam surah al-Baqarah ayat 152:

      

Maksudnya: Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi


hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu
dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan
janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).

Muslimin yang dirahmati Allah,


Bulan Sya’ban adalah antara bulan yang disukai oleh Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam. Kerana di dalam bulan inilah, baginda
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memperbanyakkan puasa
sunat berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Sebagaimana
hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rahimahullah
daripada Sayyidatina Aishah radiallahu anha :

،‫ول ّلَ يـُ ْف ِطُر‬


َ ‫وم َح ََّّت نَـ ُق‬ ‫ص‬ ‫ي‬ ‫وسلم‬ ‫عليو‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ ِ َّ‫ول الل‬
‫و‬ ُ ‫(( َكا َن َر ُس‬
َُُ
‫ول اللَّ ِو صلى اهلل عليو‬ َ ‫ت َر ُس‬ ‫َي‬
‫أ‬
‫ر‬ ‫ا‬ ‫م‬َ‫ف‬ .
ُ َْ َ ُ ُ َ ‫وم‬ ‫ص‬ ‫ي‬ ‫ّل‬
َ ‫ول‬
َ ‫ق‬
ُ ‫ـ‬
َ ‫ن‬ ‫َّت‬
َّ ‫ح‬ ‫ر‬
َ ُ َُ
ِ ‫ويـ ْف‬
‫ط‬

2
‫ َوَما َرأَيْـتُوُ أَ ْكثَـَر ِصيَ ًاما ِمْنوُ ِِف‬،‫ضا َن‬
َ ‫استَ ْك َم َل ِصيَ َام َش ْه ٍر إِّلَّ َرَم‬
ْ ‫وسلم‬
))‫َش ْعبَا َن‬
Maksudnya: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam senantiasa
berpuasa sehingga kami berkata beliau tidak berbuka, dan beliau
sentiasa berbuka sehingga kami berkata beliau tidak berpuasa.
Maka aku tidak melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
menyempurnakan puasa sebulan penuh kecuali Ramadan, dan aku
tidak melihat puasa beliau yang lebih banyak dibandingkan puasa
pada bulan Sya’ban.

Sebagai umat Islam, kita hendaklah mencontohi apa yang


dilakukan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
dengan memperbanyakkan puasa sunat, membaca al-Qur’an,
berdoa, berzikir, bertaubat, beristighfar, bersedekah dan
seumpamanya. Di samping mengerjakan amal ibadat dan
kebajikan, ia juga merupakan suatu latihan rohani bagi
mempersiapkan diri menyambut dan mengagungkan bulan
Ramadan Al-Mubarak.

Muslimin yang dirahmati Allah,


Bulan Sya’ban adalah bulan latihan bagi membiasakan dan
mempersiapkan diri bagi menunaikan kewajipan berpuasa dalam
bulan Ramadan. Bagi mereka yang sudah biasa berpuasa sunat di
bulan Sya’ban atau bulan-bulan yang sebelumnya tentu mereka itu
berasa mudah dan ringan untuk mengerjakan ibadah puasa di
bulan Ramadan. Oleh itu, perlu diingat jika kita masih mempunyai

3
puasa Ramadan yang belum di qadak maka tunaikanlah puasa itu
semasa kita masih ada waktu sebelum tibanya bulan Ramadan.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah al-Baqarah ayat
185:

               ...

          

  


Maksudnya: ... dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak
hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa
(sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana
mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

Ketahuilah perbuatan melengah-lengahkan qadak puasa tanpa


keuzuran sehingga datang bulan Ramadan yang berikutnya adalah
berdosa dan diwajibkan ke atasnya mengqadakkan puasa tersebut
dan membayar fidyah. Oleh itu, janganlah dilengah-lengahkan lagi
qadak puasa sehingga datangnya Ramadan yang baharu.

Melihat betapa besarnya kelebihan dan keistimewaan yang


terdapat di bulan Sya’ban ini, maka sewajarnya kita merebut
peluang ini dengan sebaik-baiknya, jangan kerana sibuk dengan

4
urusan duniawi seperti kerja pejabat, sekolah, keluarga dan
sebagainya, menyebabkan kita lalai dan leka sehingga tidak
berpeluang merebut keistimewaan di bulan Sya’ban ini.
Berusahalah untuk meningkatkan amal ibadah dan kebajikan di
bulan Sya’ban yang mulia ini semata-mata bagi mendapatkan
berkat, rahmat dan pengampunan daripada Allah subhanahu
wata'ala.

Akhirnya, marilah kita bersama-sama menghayati firman Allah


subhanahu wata'ala dalam surah al-Kahfi, ayat 30:

.‫الرِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬ ِ ‫ بِس ِم‬.‫الرِج ْي ِم‬
َّ ‫اهلل‬ ْ َّ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬
َ
ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫أَعُوذُ ب‬
ْ
            

Maksudnya : Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal


soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-
orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

‫فِْي ِو ِم َن‬ ‫ َونَـ َف َع ِِن َوإِيَّا ُك ْم ِِبَا‬،‫آن الْ َع ِظْي ِم‬


ِ ‫بارَك اهلل ِِل ولَ ُكم ِِف الْ ُقرء‬
َْ ْ َ ََ
‫الس ِمْي ُع‬
َّ ‫ إِنَّوُ ُى َو‬،ُ‫ َوتَـ َقبَّ َل ِم ِّ ِْن َوِمْن ُك ْم تِالََوتَو‬،‫اْلَ ِكْي ِم‬
ْ ‫الذ ْك ِر‬ ِّ ‫ات و‬ ِ ‫اَلي‬
َ َ
‫َولِ َسائِِر‬ ،‫َستَـ ْغ ِفُر اهللَ الْ َع ِظْي َم ِِل َولَ ُك ْم‬ ‫أ‬‫و‬ ،‫ا‬‫ذ‬
ْ َ َ ْ ْ ُْ ََ ‫ى‬ ‫ِل‬ ِ‫و‬‫ـ‬َ‫ق‬ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ ، ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫الْعل‬
‫إِنَّوُ ُى َو‬ ‫استَـ ْغ ِفُرْوُه‬
ْ َ‫ف‬ ، ِ َ‫ والْمؤِمنِي والْمؤِمن‬،‫ات‬
‫ات‬ ُْ َ َْ ُْ َ
ِ ‫الْمسلِ ِمي والْمسلِم‬
َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫الرِحْي ُم‬َّ ‫الْغَ ُف ْوُر‬

5
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
___________________________________________________________________________________________________________________

‫اهلل‬ ‫ّل‬ َِّ‫إ‬ ‫و‬ ‫ـ‬


ّٰ‫ـ‬
َ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫ّل‬
َ ‫ن‬ْ َ
‫أ‬ ‫د‬
ُ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ َ
‫أ‬ . ‫ر‬‫َم‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ‫ا‬
‫ري‬ ِ‫ اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو ََح ًدا َكث‬.‫اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو‬
ُ َ َ ََ َ ً ْ َْ َْ
‫ اَل ّٰلّ ُه َّم‬.ُ‫َن َسيِّ َدنَا ُمـ َح َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُو‬ َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،ُ‫ك لَو‬ َ ْ‫َو ْح َدهُ َّل َش ِري‬
‫ أ ََّما‬.‫ي‬ ِ‫َْجع‬ ْ ‫أ‬ ِِ‫ص ِّل وسلِّم وبا ِرْك علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰلِِو وأَصحاب‬
‫و‬
َْ َ َ ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ َ
.‫ اِتَّـ ُقوا اهللَ َح َّق تُـ َقاتِِو لَ َعلَّ ُك ْم تُـ ْفلِ ُح ْو َن‬،‫اهلل‬
ِ ‫ فَـيا ِعباد‬،‫بـع ُد‬
َ َ َ َْ
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama kita terus melakukan kawalan kendiri
dengan sebaik-baiknya dan mematuhi garis panduan serta
Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak
COVID-19 yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi
mengelakkan terdedah kepada bahaya wabak penyakit kerana
mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Pada masa yang
sama, teruskanlah memohon keampunan dan bermunajat kepada
Allah subhanahu wata’ala agar diangkat segera wabak ini daripada
kita.

:‫اِل‬
ّٰ َ ‫قَ َال اهللُ تَـ َع‬
           

  

‫ت‬ ‫ي‬ َّ
‫ل‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬َ ، ٍ ‫اَل ّٰلّه َّم صل علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا مـح َّم‬
‫د‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ِّ َ ُ
‫ َوبَا ِرْك َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا‬،‫َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا إِبْـَر ِاىْي َم َو َعلَ ّٰى أّٰ ِل َسيِّ ِدنَا إِبْـَر ِاىْي َم‬
6
‫ت َع ّٰلَى َسيِّ ِدنَا إِبْـَر ِاىْي َم‬ ‫ك‬
‫ار‬
ْ
َ ََ َ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫م‬‫ك‬َ ، ٍ ‫مـح َّم ٍد وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا مـح َّم‬
‫د‬ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ
.‫َحْي ٌد َمـ ِجْي ٌد‬
َِ ‫ك‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ، ‫ي‬ ِ
‫م‬ ‫ل‬
َ ‫ا‬ ‫ع‬ْ‫ل‬ ‫ا‬ ِ
‫ِف‬
َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ ، ‫م‬‫ي‬ ِ ‫وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا إِبـر‬
‫اى‬
ِ ‫ات اْألَحي‬
‫آء‬ ِ َ‫والْمؤِمنِي والْمؤِمن‬ ِ ‫والْمسلِم‬
‫ات‬ ‫ي‬ ‫م‬ِ ِ‫اَل ّٰلّه َّم ا ْغ ِفر لِْلمسل‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ُْ َ َْ ْ ُ ْ ُ
ِ َ‫ات ويا ق‬
‫اض َي‬ ِ ‫م ِـجيب الدَّعو‬ ‫ب‬ ‫ي‬ِ
‫ر‬ ‫ق‬
َ ‫ع‬ ‫ي‬ َِ
‫َس‬ ‫ك‬ ِ ‫ِمْنـهم وا ْألَمو‬
َ َّ‫ إِن‬.‫ات‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌْ َْ َ ْ ُ
.‫ات‬ ِ ‫اْلاج‬
َ َْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati,


hindarilah kami daripada sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala.

7
‫‪Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Kabulkanlah doa kami.‬‬
‫‪Terimalah segala amal ibadah dan ketaatan kami kepada-Mu. Ya‬‬
‫‪Allah,‬‬ ‫‪kukuhkanlah‬‬ ‫‪perpaduan‬‬ ‫‪dan‬‬ ‫‪kesatuan‬‬ ‫‪hati‬‬ ‫‪kami.‬‬
‫‪Limpahkanlah ke atas kami nikmat kesihatan dan keafiatan.‬‬
‫‪Kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan‬‬
‫‪penyakit-penyakit dan bebaskanlah negara kami daripada segala‬‬
‫‪perkara yang tidak diingini seperti banjir besar, persengketaan,‬‬
‫‪kemiskinan, kebuluran dan wabak penyakit, khususnya wabak‬‬
‫‪COVID 19.‬‬

‫اج َع ْلوُ طَ ُه ًورا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ف مرضانَا ومرضى الْمسلِ ِمي‪ ،‬اَل ّٰ‬
‫ل‬ ‫ِ‬ ‫اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْش ِفنَا‬
‫َّ‬
‫ُْ َ ُ ْ‬‫ّ‬ ‫َ‬ ‫َ َْ‬ ‫َ‬ ‫َوا ْش َ ْ‬
‫ض ِص َّحة‪َ ،‬وِم ْن بَـ ْع ِد‬ ‫َمْن ِزلَتَـ ُه ْم‪َ ،‬وأَبْ ِدلْ ُـه ْم ِم ْن بَـ ْع ِد الْ َمَر ِ‬ ‫لَ ُـه ْم‪َ ،‬و ْارفَ ْع‬
‫الْبَ َال ِء َعافِيَة‪.‬‬
‫ي‪ ،‬اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَ ُـه ْم َو ْار ََحْ ُه ْم‪،‬‬ ‫ُْ َ‬
‫اَل ّٰلّه َّم ارحم موتَانَا وموتَى الْمسلِ ِ‬
‫م‬ ‫ُ ْ َ ْ َْ ََْ‬
‫َلخَرِة َح َسنَةً‬ ‫الدنْـيا حسنَةً وِِف اْ ِ‬ ‫ُّ‬ ‫ِف‬ ‫ِ‬ ‫ا‬‫َ‬‫ن‬‫وعافِ ِهم و ْاعف عْنـهم‪ .‬ربـَّنَآ أّٰتِ‬
‫َ ََ َ‬ ‫ََ ْ َ ُ َ ُْ َ‬
‫ي‪.‬‬ ‫م‬‫ب الْعالَ ِ‬ ‫َّ‬ ‫ر‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫م‬‫وقِنَا ع َذاب النَّا ِر‪ .‬أّٰ ِمي‪ ،‬أّٰ ِ‬
‫ْ ْ َ َ َ َْ‬ ‫َ َ َ‬
‫آء ِذي الْ ُق ْرَ َّٰب َويَـْنـ َه ّٰى‬ ‫ان‪ .‬وإِيت ِ‬ ‫ِعباد ِ‬
‫اهلل‪ .‬إِ َّن اهللَ يَأْ ُمُر بِالْ َع ْد ِل َواْ ِْل ْح َس ِ َ َ‬ ‫ََ‬
‫اهلل‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ر‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫ذ‬
‫ْ‬ ‫ا‬‫َ‬‫ف‬ ‫‪.‬‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫و‬‫ر‬‫ك‬‫َّ‬ ‫ذ‬
‫َ‬ ‫ت‬
‫َ‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ع‬‫َ‬‫ل‬ ‫م‬ ‫ك‬‫ُ‬ ‫ظ‬
‫ُ‬ ‫آء والْمْن َك ِر والْبـ ْغ ِي‪ .‬يعِ‬ ‫ع ِن الْ َفحش ِ‬
‫ُ َ‬ ‫ْ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُْ‬ ‫َ‬
‫ضلِ ِو‬
‫اسأَلُ ْـوهُ ِم ْن فَ ْ‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫م‬‫ك‬‫ُ‬ ‫د‬
‫ْ‬‫ز‬‫ِ‬ ‫ي‬ ‫و‬‫الْع ِظيم ي ْذ ُكرُكم‪ .‬وا ْش ُكروه علَى نِع ِم ِ‬
‫َ ْ َ َ ْ ْ َ ُ ْ ُ َ ّٰ َ َ ْ َ ْ‬
‫صنَـعُو َن‪ .‬أَقِْي ُموا َّ‬
‫الص َال ِة‪.‬‬ ‫َ‬‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫م‬
‫َُ َ ُ َ ْ ُ َ ْ‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ع‬ ‫ـ‬ ‫ي‬ ‫اهلل‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫ر‬‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬‫ْ‬ ‫َ‬
‫أ‬ ‫يـع ِط ُكم‪ .‬ولَ ِذ ْكر ِ‬
‫اهلل‬ ‫ُْ ْ َ ُ‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai