Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI: TEAM BUILDING CHALLENGE

1. BLIND FOLD

 Seorang daripada ahli anda akan memakai blind fold.


 Dia perlu mencari objek di lantai dengan mendengar arahan daripada
ahli-ahli yang lain.
 Jadi nak ke tak nak anda perlu fokus dan perhatikan betul-betul suara
ahli anda siapa.
 Ini kerana pihak musuh turut akan mengganggu anda dengan isyarat
yang salah.
 Pasukan yang dapat capai objek mereka dahulu, menang.

2. ISI AIR GUNA SPONGE

 Dalam pasangan, atau 2 orang.


 Mereka perlu mengangkat sponge basah menggunakan pipi sahaja,
untuk mengisi botol di sebelah sehingga penuh.
 Pasukan yang penuhkan botol mereka dulu, menang.

3. TELEFON BURUK

 Dalam kumpulan, ketua perlu ke hadapan dengan fasilitator


 Fasilitator akan memberikan maklumat kepada ketua.
 Ketua perlu menyampaikan maklumat yang diberi kepada rakan
kumpulan.
 Pasukan yang mempunyai maklumat dengan betul dikira sebagai
pemenang.

4. CIUMAN MAUT

 Setiap peserta perlu menggerakkan bola pingpong di lantai mengikut


laluan berhalangan tisu dengan mulut.
 Prosedur permainannya adalah setiap peserta hanya menggunakan
mulut, tangan disilangkan di belakang dan mulut tidak boleh mencecah
ke lantai.
5. KAPAL KARAM

 Surat khabar perlu dibentangkan di atas lantai.


 Semua peserta dikehendaki berdiri di atas surat khabar tersebut
 Fasilitator akan mengoyakkan kertas surat khabar tersebut sedikit demi
sedikit sehingga menjadi kecil.
 Peserta tidak dibenarkan meletakkan kaki di tempat yang tiada surat
khabar(lantai)
 Peserta akan berpaut antara satu sama lain agar tidak jatuh
 Peserta yang terjatuh dari rakit dikira batal dan terkeluar.

6. JALAN CERITA SATU KATA

Jalan Cerita Satu Kata meminta ahli pasukan untuk bersatu antara satu sama
lain dan mencipta cerita 1 minit yang kuat, satu perkataan pada satu masa.

1. Sediakan 5 perkara yang boleh diceritakan (Cth: Beg,Jam, Telefon,


Pinggan, Pen, Rumah, Kereta, Sekolah, Bunga dan Topi Keledar)
2. Masukkan perkataan tersebut di dalam balang.
3. Diminta salah seorang peserta untuk mencabut undian.
4. Undian yang mereka dapat perlu diceritakan dengan kuat.
5. Masa diberi selama 5 minit untuk berbincang.
6. Selepas berbincang, fasilitator akan meminta salah seorang wakil untuk
menceritakan item yang mereka dapat.
7. Peserta juga boleh berlakon/menyanyi atau boleh mengikut kreativiti
kumpulan masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai