Anda di halaman 1dari 8

DIKELUARKAN OLEH JABATAN MUFTI PERLIS

HARTA DARI SUMBER YANG HARAM

(TEKS KHUTBAH JUMAAT KHAS PPN 21 JANUARI 2022)

1
HARTA DARI SUMBER YANG HARAM

(TEKS KHUTBAH JUMAAT KHAS PPN 21/1/2022)

ُ‫ات‬ُ‫للُنَ ْح َمدهُُ َونَ ْستَ هع ْي نهُُ َونَ ْستَ غْ هفرهُ َونَعوذُُبهاللُ هم ُْنُشروهُرُأَنْ ف هسنَاُ َوهم ُْنُ َسيِّئَ ه‬
ُ‫ْح ْمدُُ ه‬ َ ‫اَل‬
َُ‫ ُأَ ْش َهدُ ُأَن ُلُ ُإهلهُه‬،‫ي ُلَه‬ ُ َ‫ضلهلْهُ ُف‬
‫لَُ َه ه‬
َُ ‫اد‬ ُ َ‫ ُ َم ُْن ُيَ ْه هد ُهه ُاللُ ُف‬،‫أَ ْع َمالهنَا‬
‫لَُم ه‬
ْ ‫ضلُ ُلَهُ ُ َوَم ُْن ُي‬
ُ‫ص ُِّل ُ َو َسلِّ ُْم‬َ ُ ُ‫ُاللهم‬.ُ‫ ُ َوأَ ْش َهدُ ُأَنُ ُم َحم ًدا ُ َع ْبدهُ ُ َوَرس ْوله‬،‫ك ُُلَه‬ َُ ْ‫إهلُ ُاللُ ُ َو ْح َدهُ ُ ُلَُ َش هري‬
ُ‫ يَأَيّ َها‬.‫سانُ ُاهلَى ُيَ ْوهُم ُالدِّيْن‬ ‫ه هه‬ ‫َعلَى ُمحمدُ ُو َعلَى ُآلههُه ُوأ ه ه‬
َ ‫َص َحاب ُه ُ َوَم ُْن ُتَب َعه ُْم ُبا ْح‬ ْ َ َ َ
ُُ‫ ُفَهان‬،‫أَما ُبَ ْعد‬.‫آمنوُاْ ُاتّقوُاْ ُاللُّهَ ُ َح ُّق ُت َقاتههُه ُ َو ُلَ ُتَموت ُّن ُإه ُلّ ُ َوأَنْ ت ُْم ُ ّم ْسلهمو َُن‬َ ُ ‫ين‬ َُ ‫ّذ‬ ‫ال ه‬
ُ،‫صلى ُاللُ ُ َعلَْي هُه ُ َو َسل َم‬ َ ُ ُ‫ي ُ َه ْديُ ُم َحمد‬ ُ‫ ُ َو َخ ْي َُر ُال َْه ْد ه‬،‫ث ُكهتَابُ ُالل‬ ُ‫الح هديْ ه‬
َ ُ‫ق‬ َُ ‫َص َد‬ ْ‫أ‬
ُ‫ض َللَةُ ُفهى‬ َ ُ ُ‫ ُ َوكلُ ُبه ْد َعة‬،ٌ‫ ُ َوكلُ ُم ْح َدثَةُ ُبه ْد َعة‬،‫َو َشرُ ُاألم ْوهُر ُم ْح َدثَات َها‬
َ ُ ُ‫ ُ َوكل‬،ٌ‫ض َللَة‬
.‫النا هُر‬
Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Pada hari jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri,
marilah kita bersama-sama bertakwa kepada Allah SWT iaitu dengan menambahkan
kekuatan iman kita terhadap Allah SWT, dengan cara melaksanakan segala perintah
Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh
berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan di hari akhirat kelak.
Khutbah pada hari ini akan membicarakan berkenaan dengan tajuk: “HARTA DARI

SUMBER YANG HARAM”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi sekalian,

ISLAM tidak pernah menghalang kita untuk mencari seberapa banyak harta atau
kekayaan di atas muka bumi ini. Namun, Islam melarang kita bersikap gelojoh atau
tamak ketika mencari harta, sehingga tidak mempedulikan sama ada harta itu daripada
sumber yang halal ataupun haram. Rasululah SAW bersabda;

‫ال أ َِم ْن َح ََل ٍل أ َْم ِم ْن َحَرٍام‬ ِ


َ ‫َّاس َزَما ٌن ََل يُبَ ِاِل الْ َمْرءُ ِبَا أ‬
َ ‫َخ َذ الْ َم‬ َّ َِ‫لَيَأْت‬
ِ ‫َي َعلَى الن‬

2
Ertinya; Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana
mereka mendapatkan harta, apakah dari (sumber) yang halal atau (dari sumber)
yang haram. (Hadis Riwayat Al Bukhari)

Harta yang diperolehi daripada sumber yang haram dan dimurkai oleh Allah boleh
menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Walaupun seseorang itu melakukan amal soleh seperti solat, puasa, berjihad di jalan
Allah, mati syahid dan sebagainya, dia akan tetap mendapat azab di neraka jika dia
memperolehi dan memiliki harta dari sumber yang haram. Sepertimana yang
berlaku kepada (ٌ‫ ) ِم ْدعَم‬Mid’am yang mengambil harta rampasan perang Khaibar
yang belum dibuat pembahagian, lalu dia terkena anak panah dan meninggal dunia.
Para sahabat Radiayallahuanhum berkata; Untuknya syurga, lalu Nabi SAW
bersabda:
‫ُخ ْيب ر هُمن ُالْمغَانه هم ُلَم ُت ه‬
ُ‫ص ْب َها‬ َ ‫ُوال هذي ُنَ ْف هسي ُبهيَ هدهه ُإهن ُالش ْملَةَ ُالتهي ُأ‬
ْ َ ْ َ َ َ ‫َخ َذ َها ُيَ ْوَم‬ َ ‫َكل‬
‫ارا‬ ‫اسمُلَتَ ْشتَ هعل َ ه‬
‫الْم َق ه‬
ً َ‫ُعلَْيهُن‬ َ
Ertinya;"Tidak! Demi zat yang jiwaku ada di tanganNya, sesungguhnya
selendang dari harta rampasan perang yang telah dia ambil pada hari
peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api
neraka keatasnya". (Hadis Sahih, Riwayat Abu Daud)

Kita tidak boleh mengambil harta hak milik seseorang muslim melainkan dengan
keizinannya atau kehendaknya. Rasulullah SAW bersabda;

ُ‫يبُنَ ْفس هُم ْنه‬


‫ُإهلُبه هط ه‬،ُ‫ُام هرئُم ْسلهم‬
ْ ‫ُمال‬
‫ه‬
َ ‫َلُيَح ُّل‬
Ertinya;“Tidak halal harta seorang muslim melainkan dengan kerelaan (atau
keizinan) darinya”. (Hadis Sahih, Riwayat Al-Baihaqi)

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Di antara jalan-jalan untuk memperolehi harta yang diharamkan oleh Islam ialah
seperti rasuah, pecah amanah, penipuan di internet, riba, memakan harta anak yatim,
mencuri tulang ketika melakukan pekerjaan, berniaga sesuatu yang diharamkan oleh
syariat, menipu dalam timbangan, mencampur adukkan barangan yang elok dengan

3
barangan rosak, menjual barangan yang merbahaya kepada kesihatan dan lain-lain
lagi. Harta yang perolehi daripada sumber yang haram akan mendatangkan kesan
yang buruk kepada diri kita semua. Antara kesan buruk yang akan menimpa kita
disebabkan makan dari hasil harta yang haram ialah;

Yang pertama; Barangsiapa yang makan, minum, berpakaian dan sebagainya


daripada sumber yang haram maka doanya tidak akan diterima atau tidak dikabulkan
oleh Allah SWT, sepertimana yang tersebut didalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim :

‫ب‬ ِّ ‫الس َم ِاء يَا َر‬


ِّ ‫ب يَا َر‬ َّ ‫ث أَ ْغبَ َر ََيُُّد يَ َديْ ِه إِ ََل‬
َ ‫الس َفَر أَ ْش َع‬
َّ ‫يل‬ ِ ‫الرجل ي‬
ُ ُ َ ُ َّ ‫ذَ َكَر‬
‫ط‬

‫اب‬ ‫ج‬‫ت‬
َ ‫س‬ ‫ي‬ ‫ََّن‬
َّ ‫أ‬‫ف‬
َ ِ‫اْلر‬
‫ام‬ ْ ِ‫ومطْ َعمهُ حر ٌام وم ْشربهُ حر ٌام ومْلبسهُ حر ٌام وغُ ِذى ب‬
ُ َ ُْ ََ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َُ َ َ َ َ ُ َ َ
‫ك‬ ِِ
َ ‫ل َذل‬
Ertinya;")Nabi SAW( menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama
bermusafir sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah
tangannya ke langit dan berdoa:•Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Padahal
makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya
dari yang haram dan dia dibesarkan dengan makanan yang haram. Maka
bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya".•

Kedua; Daging yang tumbuh daripada harta yang haram akan dibakar oleh api
neraka, sepertimana Rasulullah S.A.W. bersabda :

‫َّار أ َْوََل بِِه‬ ِ ِ ٍ ِ ‫يا َكعب بن عجرَة إِنَّه َلَ ي ربو َْلم نَب‬
ُ ‫ت م ْن ُس ْحت إَلَّ َكانَت الن‬
َ َ ٌ ْ ُ َْ ُ َ ْ ُ َ ْ ُ ْ َ
Ertinya;“Wahai Ka’ab bin ‘Ujroh, sesungguhnya Setiap daging yang tumbuh dari
bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya.( Hadis
Sahih, Riwayat Imam Al-Tirmizi)

Ketiga; Bersedekah daripada harta yang haram tidak akan diterima oleh Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda;

4
ٍ ُ‫إِ َّن اللَّه تَبارَك وتَع َاَل ََل ي ْقبل ص َدقَةً ِمن غُل‬
‫ول‬ ْ َ َُ َ َ َ ََ َ
Ertinya; Sesungguhnya Allah Tabarakataala tidak akan menerima sedekah dari
hasil harta yang dicuri. (Hadis sahih liqairihi, Riwayat Imam Ahmad)

Keempat; Mendapat laknat. Iaitu dijauhkan dari rahmat Allah SWT, sepertimana
yang tersebut dalam satu hadis yang sahih, riwayat Abu Daud;

.‫الر ِاش َى َو الْ ُمْرتَ ِش َى‬


َّ ‫ول اللَّ ِه‬
ُ ‫لَ َع َن َر ُس‬
Ertinya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”.

Mereka yang melakukan perbuatan keji ini atau bersubahat dengan rasuah, adalah
penjenayah yang merompak harta rakyat, tamak, mementingkan diri sendiri dan
pemusnah negara. Oleh itu, kita wajib berusaha bersungguh-sungguh mencari harta
daripada hasil usaha yang halal serta menjauhi segala usaha mencari harta daripada
sumber yang haram, sepertimana maksud yang terkandung di dalam doa yang
diajarkan oleh Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam;

‫ك َع َّم ْن ِس َو َاك‬ ِ ْ ‫ وأَ ْغنِِين بَِف‬، ‫اللَّه َّم ا ْك ِفين ِِبَلَلِك عن حر ِامك‬
َ ‫ضل‬ َ َ ََ ْ َ َ َ ُ
Ertinya;“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari
yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada
selain-Mu”. (Hadis Riwayat Attirmizi).

Dan, hendaklah kita ingat bahawasanya harta daripada sumber yang halal walaupun
sedikit adalah lebih diberkati. Al-Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah pernah berkata;

‫ب َوَيَْ َح ُقهُ اللَّهُ تَ َع َاَل‬ ِ ْ ‫اْلَ ََل ِل يُبَ َارُك فِ ِيه َو‬
ُ ‫اْلََر ُام الْ َكثيُ يَ ْذ َه‬ ْ ‫يل ِم َن‬ِ‫والْ َقل‬
ُ َ
Maksudnya;“Dan (harta yang) Sedikit dari (sumber) yang halal itu akan diberkati
padanya, sedangkan (harta) yang banyak (dari sumber) yang haram itu akan
lenyap dan Allah Ta’ala akan menghilangkan (keberkatannya)”. (Majmu’ Al-Fatawa)

‫ه‬ ‫ه ههه‬ ‫آنُالْع هظ ْي هم ه‬


‫ه‬ ‫ه‬ ‫ه‬
َ ‫ُوإهياك ْمُب َماُف ْيهُم َنُاآليَات‬
ِّ ‫ُو‬
ُ‫الذ ْك هر‬ َ ‫ُونَ َف َعن ْي‬
َ َ ‫ُولَك ْمُف ْيُالْق ْر‬
َ ‫ار َكُاللُل ْي‬ َ َ‫ب‬
.‫ْح هكُْي هُم‬
َ ‫ال‬

5
KHUTBAH KEDUA

ُ.‫ُو ُأَ ْش َهد ُأَن ُم َحم ًدا ُ َرس ْولُ ُالل‬ َُ ‫ْح ْمد ُلهل هُه ُ َو ْح َده‬
َُ ‫ُو ُأَ ْش َهد ُأَ ْن ُلَ ُإهلَهَ ُإهل ُالل‬ َ ‫اَل‬
،ُ‫ُأَماُبَ ْعد‬،‫َج َم هع ْي َُن‬ ‫ُو ُ ه‬ ‫هه‬
ْ ‫ص ْحبهه ُأ‬
َ َُ ‫ُو ُ َعلَىُآله‬
َُ ‫ُعلَىُم َحمد‬ َ ‫ُو َسلِّ ْم‬
َ ‫ُوبَا هر ْك‬ َ ‫ُص ِّل‬َ ‫اَللهم‬
.           

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Insan hebat yang disukai Allah ialah insan yang berdikari, rajin berusaha, mencari
rezeki untuk menyara diri dan ahli keluarganya, tanpa meminta-minta. Tidak
bergantung kepada bantuan dan belas kasihan orang lain, sebagaimana hadis (Rafi'
bin Khadijٌ) ‫ ( َرافِعٌبنٌخَ ِديج‬dia berkata :

‫ه هه‬ ُّ ‫ولُالل ههُأ‬


‫َيُالْ َك ْس ه‬ ‫ه‬
ُ‫ُم ْب رور‬ َ ‫ُع َملُالرج هلُبيَده‬
َ ‫ُوك ُُّلُبَ ْيع‬ َ َ‫بُأَطْيَبُق‬
َ ‫ال‬ َ ‫اُرس‬
َ َ‫يلُي‬
َ ‫ق‬
Ertinya:Telah ditanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, apakah pekerjaan
yang paling baik?” Rasulullah SAW bersabda, “Seorang lelaki yang bekerja
dengan tangannya dan tiap-tiap jual beli yang baik (yaitu perniagaan yang halal,
jujur dan bersih)”. (Hadis Hasan Liqairihi, Riwayat Ahmad)

Pekerjaan yang paling baik di sisi Islam ialah pekerjaan yang dijalankan dengan hasil
usaha sendiri. Perniagaan yang paling baik di sisi Islam ialah perniagaan yang
dijalankan secara jujur dan bersih daripada segala bentuk penipuan dan
pengkhianatan.

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Sesungguhnya, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 56:

            

 

6
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi, maka
wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat dan salam ke atas
Nabi.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang sahih, daripada Anas Bin Malik RA;

ٍ ‫ط عْنه ع ْشر خ ِطيئ‬ ِ ِ


‫ات‬َْ َ َ َ ُ َ َّ ‫ َو َح‬، ً‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َع ْشرا‬
َ ‫صلَّى َعلَ َّي َواح َد ًة‬
َ ‫َمن‬
yang bermaksud ; “Barangsiapa berselawat ke atas aku satu kali, maka Allah
membalasnya (dengan merahmatinya dan Allah memberi ganjaran pahala
kepadanya sebanyak) 10 kali dan (Allah) menghapuskan dosa-dosanya”.(Hadis
riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adabulmufrad)

‫يم َو َعلَى ِآل‬ ِ ‫اَللّه َّم صل علَى ُُم َّم ٍد وعلَى ِآل ُُم َّم ٍد َكما صلَّيت علَى إِب ر‬
‫اه‬
َ َْ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ِّ َ ُ
‫يم َو َعلَى ِآل‬ ِ ‫إِب ر ِاهيم وبا ِرْك علَى ُُم َّم ٍد وعلَى ِآل ُُم َّم ٍد َكما بارْكت علَى إِب ر‬
‫اه‬
َ َْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َْ
ِ ‫ أَللّه َّم ا ْغ ِفر لِْلمسلِ ِمَي والْمسلِم‬.‫َحي ٌد ََِمي ٌد‬
‫ات‬ ِ َ َّ‫إِب ر ِاهيم ِِف الْعالَ ِمَي إِن‬
َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ ْ َْ ‫ك‬ َْ َ َ ْ َْ
ِ ‫ك ََِسيع قَ ِري‬ ِ ِ ِ ِ ‫ األ‬،‫ات‬ ِ َ‫والْم ْؤِمنَِي والْم ْؤِمن‬
‫ب‬ُ ‫ب َُمْي‬ ٌ ْ ٌ ْ َ َّ‫ إن‬.‫َحيَاء مْن ُه ْم َواأل َْم َوات‬ ْ ُ َ َْ ُ َ
ِ ُ‫اْلن‬ ِ ‫ك ِم َن الْبَ َر‬ ِ ‫اْل‬ ِ ِ ْ ‫الد‬
‫ون َو‬ ُْ ‫ص َو‬ َ ِ‫ اللَّ ُه َّم إِنَّا نَعُ ْوذُ ب‬.‫اجات‬ َ َْ ‫َّع َوات َوقَاض َى‬
.‫َس َق ِام‬ ِ
ْ ‫اْلُ َذ ِام َو م ْن َسيِّ ِئ األ‬
ْ
Ya Allah! Ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun
yang telah mati.ٌ Ya Allah! kami berlindung denganMu daripada penyakit sopak,
penyakit gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

Ya Allah! Berikan petunjuk hidayah serta rahmatMu kepada kami sekalian


hamba-hambaMu dan kepada pemimpin kami terutamanya Raja pemerintah Negeri
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin
Jamalullail serta kaum kerabat Baginda, supaya sentiasa beramal dengan kitabMu dan
sunnah nabiMu Muhammad SAW, dan Engkau lanjutkanlah usia baginda berdua
dalam keadaan selamat, sihat sejahtera dan semoga dengan kesihatan yang baik yang

7
telah Engkau kurniakan kepada baginda berdua, terlaksanalah pemerintahan yang
adil lagi diredhai olehMu.

Ya Rahman, Ya Rahim! Kami memohon kepadaMu dengan segala kerendahan


diri sebagai hambaMu, Engkau indahkanlah akhlak kami, Engkau perbaikilah
pergaulan antara kami. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas,
berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.

Ya Rahman, Ya Wadud, Engkau baikilah keluarga kami, anak isteri kami,


saudara mara kami, jiran tetangga kami dan seluruh urusan mereka yang kami kasih.
Engkau jadikanlah kami umat yang mempunyai ketinggian akal dan budi, mempunyai
minda yang unggul dalam menguruskan kehidupan ini dan menjadi teladan yang baik
kepada manusia yang lain.

Ya Allah! Jadikanlah Negeri Perlis ini sebagai negeri yang makmur, rakyatnya
hebat, mantap, bermentaliti kelas pertama dalam tindakan, hidup bersih,ٌbersatu padu
dan dilimpahi berkat serta Rahmah dari sisimu. Engkau jauhkanlah kami dari bala dan
kerosakan. Engkau tambahkanlah nikmatmu kepada kami. Engkau berikanlah kepada
kami kebahagiaan hidup di dunia dan di hari akhirat.

‫ إِ َّن اهللَ يَأْ ُمُر‬.          

‫ان َوإِيْتَ ِاء ِذي الْ ُق ْرََب َويَْن َهى َع ِن الْ َف ْح َش ِاء َوالْ ُمْن َك ِر‬
ِ ‫بِالْع ْد ِل وا ِإلحس‬
َْ َ َ
.‫ يَعِظُ ُك ْم لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّكُرْو َن‬،‫َوالْبَ ْغ ِي‬

Anda mungkin juga menyukai